Friday, October 15, 2010

Alhamdulillah. Now I'm officially a dentist!!

www.tips-fb.com

Salam Readers,



Alhamdulillah akhirnya aku berpeluang nak menaip entri setelah hmm agak sekian lamalah juga aku tak menulis. banyak yang mahu aku kongsi. tapi aku simpan sahaja. tak apa.. kehidupan di Malaysia sangat sibuk weeehhh. banyak sedar - mara nak dilawat, shopping complex nak ditawaf, segala kuih-muih dan makanan enak nak dibedal.. aigoooo. busy wehhhh.


dan akhirnya dapat juga aku pos kan segala hadiah-hadiah kontest kepada pemenang-pemenang, agak lambat sebab last week aku pergi naik KL. hmm sari pun dah pos. terima kasih ye kamu-kamu sekalian kerana sudi beli sari tu, ada lah juga duit nak buat beli tiket.haha, nanti aku kandas dekat malaysia macam mana? hah??? tak jadi dentist aku tau.. tak jadi dentist macam mana korang semua nak dapat MC?? haha. takdelah. aku tak bagi MC senang-senang. siapa nak MC, mari datang jumpa aku.. aku bagi sedas dua das injection!!! ok??? deal~





BERITA GEMPAR NI WEH!!!


minggu lepas waktu aku selangkah lagi nak jejak LOWYAT, nak mencari my new babe~ hah apekah my new babe? adekah new handphone? rahsiaaaaaaa.hehe.


ok sambung-sambung, seorang rakan aku ni call aku,


ADAW: Intan tahu tak result dah keluar? 
AKU: hah iyeke?? tak tahu pun, ni baru 8/10 kot.. belum 15/10 lagi kan?
ADAW: betul... Saranya bagitahu adaw tadi. hm baru ingat nak tanya intan dah check belum ni.
AKU: laaaa. kite kat luar lah adaw...cehhhh cam mane nak check ni? adaw check dulu lah..
ADAW: ok ok kite check dulu eh.


hati aku dah berdebar beb masa tu. tak tenteram. bam2 cakap apa-apa masa tu dah macam masuk telinga kanan pastu terus keluar telinga kiri. fikiran aku jauh merawang. adoihhhh.


then ADAW call balik,

ADAW: intan!! adaw dah pass!!! 
AKU: wahhh tahniah!! bestnte,hee. kite check nantilah adaw.. tahniah tau.


aku dah lagi serba tak kena ni, aku sms member aku si wancik.


AKU: wancik, result dah keluar. dah boleh check online.
WANCIK: yeke? jap wani check.
AKU: ok.
WANCIK: intan!! wani pass!!!

dalam hati aku. YaAllah dah 2 orang. aku macam mana ni. aku risaukan paper Prostho aku yang macam taikkkk! adoih... risaunye aku.masa tu tujuan asal datang ke LOWYAT terus aku lupa. new babe yang aku idam-idamkan pon aku boleh lupakan!! kesian. bam2 dekat sebelah pun dah macam halimunan.


AKU: tahniah wani!! huhu, kite takleh check. sebab dekat luar ni wani. at lowyat.
WANCIK: intan nak wani check kan? 
AKU: eh takpe-takpe tak surprise lah. hehe. 



padahal dalam hati aku. time juga wanicik dah kompem-kompem check kan.



bile bam2 tengok aku dah macam minah senget je, dia cakap..

BAM2: takpe sayang, jangan risaulah awak pass punye lah.. kite pergi cari new babe awak dulu k sayang..
AKU: ok.. 
hmm mulut je cakap macam tu, tapi hati aku kata TAKK NAKKKKK!!! memberontak ni.
BAM2: ok ok kat pizza hut u ada wifi, nanti kite check sana, awak pass kite belanja pizza ok? ( huii macam pakai 6 sense.) 



sampai-sampai pizza, aku tak sempat-sempat dah ni dok tanya abang tu cam mane ni nak guna wifi, then bam2 pergi kedai 7eleven kejap, dupdap jantung aku.. bile aku check je nama aku...


PROSTHODONTICS, CROWN AND BRIDGES
ORAL MEDICINE AND RADIOLOGY
CONSERVATIVE DENTISTRY AND ENDODONTICS
PEDODONTICS
ORTHODONTICS
PERIODONTICS
ORAL SURGERY

semua tu tertulis perkataan PASS.




YA ALLAH aku rasa nak menangis je masa tu. huhu senyum lebar kot dari geraham ke geraham haha... rasa macam nak balik melaka peluk mama dan ayah yang banyak berkorban dan berdoa untuk aku.. buat si bam2 juga yang banyak berikan dorongan, doa dan segalanya..


hmm time tu juga aku order banyak-banyak. orang nak belanja.haha. tq bam2. bile perut dah kenyang, result dah keluar baru pergi sambung cari my new babe! hehe.



hm, bila aku kenang-kenang balik betapa susahnya nak melepasi sehingga tahun akhir di India ni, lagi-lagi Final Exam. sebab inilah yang menentukan masa depan aku sebagai seorang dentist. ya ALLAH, tak dapat digambarkan dugaan yang menimpa semasa tahun akhir ni.


1) kuota kes yang banyak tetapi pesakit tak sebanyak itu. dan harus dikongsi pula dengan rakan-rakan lain.. dekat 90 orang kot. sampaikan dah saat-saat akhir kes scaling masih tak siap-siap lagi. hingga aku pergi cari pesakit, bayar mereka untuk datang buat treatment. masa tu aku sudah tak fikir apa-apa, berapa banyak habis pun tak apa, janji aku dapat pesakit. 

2) bayangkanlah waktu study week datang ke kolej untuk buat kes? sudahlah study week setakat 2 minggu untuk 7-damn-heavy-subjects.ditolak dengan mencari pesakit... bile pesakit tak ada, balik lagi.. esok datang kolej lagi semata-mata mahu siapkan kuota.

3) paling tak boleh aku lupakan, ketika waktu exam praktikal oral surgery berlangsung, selepas viva aku menanti pesakit. sebab aku dikehendaki mencabut beri injection dan cabut gigi. tak ada pesakit datang, jam dah dekat pukul 3 lebih petang, aku dan 3 orang lagi rakan dan cuak semacam, then lecturer kata, awak datang esok... adoih masa tu bengan pon ada... bukan salah kami... sepatutnya memanglah kau kene sediakan pesakit untuk exam!! petang itu aku dengan rakan-rakan pergi masuk kampung.. cari pesakit kalau-kalau ada yang nak dicabut gigi. berbekalkan tamil rojak cuba pujuk pesakit. mana ada orang suka-suka nak cabut gigi walau dibayar kecuali sakit!! last-last kami pon pasrah. esok pagi-pagi dah tercongok depan kolej. Alhamdulillah berkat kesabaran dapat pesakit walaupun kes aku kes gigi firm.


4) bukan setakat 10 buah buku setebal kamus dewan nak dibaca, malah nak susah-susah pasal kes lagi, nak cari pesakit lagi, dan kena datang kolej beberapa kali untuk settlekan pasal buku rekod dan sebagainya. memang tension menguasai diri. dahsat beb!! huhu. kalau boleh tak mahu kenang~!



heee, tapi Alhamdulillah semua penat lelah dah terbayar. syukur sangat-sangat. terima kasih buat insan-insan tersayang kerana sokongan dan doa kalian sebab



NOW I'M OFFICIALLY A DENTIST!!!

DR.INTAN *big grin. Alhamdulillah*



hee, sekarang kena intern setahun di India.



sekian wassalam,

ada sesiapa nak bagi jam ni kat aku? huhu


p/s: minta maaf tau lambat pos hadiah dan sari sebab aku sangat busy last week. tq semua.

p/s/s: kalau ada yang mahu bertanyakan soalan berkaitan dengan gigi boleh bertanya di ruangan komen atau di formspring aku ye, insyAllah mana yang aku mampu jawab aku jawab ye. aku pun masih baru belajar dan akan terus belajar supaya dapat berkhidmat kepada kalian.

Wednesday, October 06, 2010

Pemenang Kontest Gambar makan paling sedap!

www.tips-fb.com

Salam Readers,


huhu aku pasti semua pun menantikan saat ni kan. hari ini aku akan umumkan siapakah pemenang 

kontest GAMBAR MAKAN PALING SEDAP!


keputusan ini BAM2 dan adik aku dah pilih. aku pun ikut setuju sahaja sebab semua pun layak menang ni. yang tak terpilih tu bukan sebab tak best. tapi sebab saingan pemenang ni.hee. esh kalau lah boleh bagi hadiah kat semua orang, aku dah bagi. tapi den tak mampu... ni saja ha den mampu.

PEREMPUAN:


 hee. udang tu sangat menyelerakan lah kak.wee.



huiii tengok adik ni makan. sampai menjilat tulang.
huhu kalau boleh makan tulang.dah lama makan k dik.hee.



huhu ini pula si mumun ni.excited betol dia nampak kek. so
adik aku kata sure dia tak sabar nak makan tu. memanglah nampak sodapp.



LELAKI


huhu yang ni gambar favorite. suka tengok gambar adik ni makan.hee
bukan aku je, bam2 dan adik aku pun suka. rasa hmmm sangat sodapp!
tak boleh kongsi2.huhu.


 tengok abang yang hujung tu.terpejam2 mata sebab sedap 
sangat huhu...



wakron. dah cuti makan tempe hari ni sebab nak makan western.
tengok besar mulut wak tu.haha. sekali ngappp je!


dan aku nak bagi hadiah saguhati TOPUP RM10

hee sebab aku suke pantun ke sajak dia letak kat entri dia ni.

Degupan jantung dup dap dup dap
Ke hospital sudah dihantar Marini
Jom tempek Gambar Makan Paling Sedap
Sebelum tarikh tutup 1 Oktober ini

Contest menarik tersenyum sendiri
Intan Berlian itulah pengajurnya
Syarat contest terpalit di entri
Kalau tak tahu silalah bertanya

Konsep dialog menjadi taruhan
Main point lawak itulah keutamaannya
Sesuai tak gambar yang dipertaruhkan
Untuk santapan contestnya

Penat berdialog ganjaran menanti
Di import dari India datang kemari
Pada yang tak join sangatlah rugi
Mencuba nasib untuk diri sendiri

Tataplah gambar dientry ini
Semoga juri berpuas hati
Pada yang menang bestnya dapat hadiah ni
Kain sari diimport mari

Terima kasih daun keladi
Intan Berlian namanya sedap
Buat contest jemput Miza lagi
Khas untuk Contest Gambar Makan Paling Sedap


hehe menarikkan!


kepada pemenang sila hantarkan alamat dan nama anda ke
emel aku ye.

bellarossa87@gmail.com

hmm sorry ok kalau lambat sikit post hadiah.tapi aku tetap akan post.

TAHNIAH !


terima kasih kerana join kontest ini. jangan ada yang kecil hati tau tak menang. cuba lagi bila next time aku buat kontest lagi... hmm rasa macam nak bagi saja semua menang. dah la banyak betul yang aku suka gambar-gambarnya. tapi bam2 yang bagi keputusan muktamad sebab aku dah rambang mata. =D

Related Posts with Thumbnails