Friday, November 22, 2013

Masalah gigi ngilu atau gigi sensitif.

www.tips-fb.com

Dear Readers,

Paling lama beristirahat dari menulis blog. hehe.

Okay, post kali ni berilmiah sikit, berkaitan dengan masalah pada gigi.

Pernah ada masalah gigi rasa ngilu dan sensitive?
Pernah dengar gigi haus / gigi lelas / gigi terhakis atau bahasa dental nya Cervical Abrasion? 

Kerapkali aku jumpa pesakit yang mempunyai masalah gigi yang terhakis ni. Kerapkali komplennya adalah benda yang sama. 

Pesakit: Doktor gigi saya ni rasa ngilu sangat. Lagi-lagi kalau minum sejuk ke manis ke panas ke. Kadang-kadang nak amik wudhu' kena air sejukkk pon pehhhhhhh tak boleh tahan ngilunya doktor. Kenapa ye? Sampai kepala ngilunya ni... 

aku mendengar keluhan pesakit dengan teliti. 

Pesakit: (dia sambung komplen) Tapikan doktor, saya selalu tau gosok gigi ni. Setiap kali amik wudhu' saya gosok gigi. Tapi masih ada masalah gigi ni. 

Agak-agak pesakit dah habis berkata-kata, aku minta dia buka mulut untuk periksa dulu apa masalah yang diahadapinya. Sekali aku periksa gigi yang dikatakan rasa ngilu/ sensitive tu.. Inilah yang aku nampak...






Okay rakan-rakan tahu tak apa puncanya??


Memang tak salah kita nak gosok gigi berapa kali sehari pun. Tetapi adakah kita pasti cara kita gosok gigi tu benar-benar efektif? Benar-benar membersihkan gigi kita tanpa mencederakan gigi kita. Yeahh ayat mencederakan gigi pon hadooo. hehe

Berus gigi banyak kali pun kalau caranya tak betul atau tak efektif akan memberi kesan buruk pada gigi kita. Seperti yang tertera pada gambar-gambar di bawah.






Berbalik kepada punca-punyanya tadi.

1) Gosok gigi dengan cara melintang (horizontal) iaitu ke kiri dan ke kanan. Iyelah senangkan gosok gigi macam ni. Rasa bersih gitu.

2) Menggunakan berus gigi yang berbulu keras (hard bristles) berbanding berbulu yang lebih lembut atau medium. 

3) Gosok gigi dengan terlalu kuat macam nak gergaji gigi kamu tuuu. hah sape buat macam ni? 

Okay, check balik, ada tak kamu semua yang menggosok gigi dengan 3 cara di atas? Mari ubah kepada cara yang betul.  Bila aku terangkan kepada pesakit tadi antara punca-puncanya yang menyebabkan gigi pesakit tersebut ngilu, aku dapat respons sebegini.

Pesakit: Doktor, tak puaslah gosok perlahan-lahan. Macam tak bersih je. Lagi-lagi pakai yang berbulu lembut tu. cepatlah kembangnyaaaa. 

Ye, sebab gosok terlalu kuatlah menyebabkan gigi kita haus dan lelas. Berus gigi tu kembang sebab anda semua menggosok gigi dengan tekanan yang sangat kuat. Cara membersihkan gigi yang betul bukan bermakna kita kena gosok gigi secara kuat tetapi berapa lama kita boleh gosok gigi.


Kenapa boleh rasa ngilu/ sensitive?

Apabila lapisan (pertama) pada gigi sudah terhakis, lapisan kedua gigi iaitu dentin (yang belubang-lubang halus/ dentinal tubules) akan terdedah kepada persekitaran mulut. Akibatnya, bila kita makan atau minum sejuk/panas/manis nanti, rasa itu akan terus sampai ke saraf gigi melalui dentinal tubules yang terdedah. 



 ni contoh senang nak fahamlah macam mana boleh sebabkan rasa ngilu tu.



Kadangkala jika anda gosok gigi secara melintang, boleh menyebabkan 
gusi anda turun dari kedudukan asal. Maka, bahagian akar yang terlindung oleh gusi
akan turut terdedah kepada persekitaran mulut dan mengakibatkan rasa ngilu.


Beginilah lebih kurang gambar lubang-lubang atau dentinal tubules.


Bagaimana cara yang betul?

1) gosok gigi secara membulat atau ke atas dan ke bawah.

Kenapa? Jika kita gosok secara membulat atau ke atas dan ke bawah secara tak langsung kita akan bersihkan gigi dan mengurut gusi untuk gusi menjadi lebih sihat. Jika gosok gigi secara melintang, kita sekadar memberus gigi tetapi gusi tu tak terurut pulaa.. akibatnya gigi kita yang terhakis.




2) Beli berus gigi yang berbulu (bristles) lembut atau soft. 


3) Biarlah kita menggosok gigi dengan secara sederhana perlahan tetapi ambil lebih sedikit masa. kalau selamat ni gosok gigi 2-3 saat. Sekarang ubah kepada 2-3 minit. 


 Janganlah sampai berus gigi ni kembang macam ini ye. 


Bagaimana nak rawat kalau dah rasa ngilu?

1) kalau lelasan itu terlalu besar atau teruk, boleh buat tampalan pada bahagian tersebut.

2) rawatan gigi sensitive di klinik-klinik gigi.

3) gunakan ubat gigi sensitive, ambil sedikit dan gosok dibahagian yang anda rasa ngilu lebih kurang 2-3 minit. Biarkan 2-3 minit dan kumur-kumur air. Buat 2 kali sehari. InsyaALLAH rasa ngilu itu akan berkurang sedikit demi sedikit (ambil masa berbulan juga untik hilang sepenuhnya). 
     - cara ini untuk tutup balik dentinal tubules yang dah terdedah ke persekitaran dalam mulut.



Bila tubules ni dah tertutup insyaALLAH rasa ngilu pun akan berkurang dan seterusnya hilang



p/s: This is not about how hard you brush but how efective it is to clean your teeth.

Tuesday, February 19, 2013

Pelbagai ragam pesakit di klinik.

www.tips-fb.com

Alhamdulillah,


lollypop


I manage to type this post. Hehe sejak kerja ni rasa kurang rajin menaip. Sekadar berkongsi sedikit demi sedikit di page Intanberlian's Blog. 


Alhamdulillah lagi,
08/02/2013 Genaplah setahun menggalas tugas sebagai Doktor gigi di Muar ni. Coming soon my permanent posting hehe.Lega bila dapat stay di Muar. Al-maklumlah Bam2 pun housemen di Hospital Muar. Jadi tak ada masalah nanti lepas berkahwin.


Maka dalam tempoh setahun bertugas ni, macam-macamlah kerenah pesakit yang kita jumpa. Memang kadang-kadang tak terlayan. Sebenarnya, memang niat murni di hati nak melayan setiap kerenah dan pertanyaan mereka. Tapi akibat kekangan waktu dan bilangan pesakit yang ramai kadangkala diri sendiri tak mampu memenuhi kehendak tu. Pelbagai ragam pesakit yang dah aku jumpa. Dari yang sangat-sangat baik sampailah ke yang ganas. hehe. Yang tak hargai pun ada. Sedihkan?

Tapi hanya segelintir sebegitu. Selebihnya, terlalu ramai yang menghargai.

Kadangkala tersenyum sendiri bila selesai cabutan, pesakit tunjuk thumbs up sambil tersenyum dan ucapan terima kasih doktor. Lega. Hilang rasa penat.



comelkan kek ni? hik wish somebody bought me one.


Satu hari, 

Seorang pesakit A datang untuk tampalan gigi. Selesai tampalan, pesakit A minta untuk diberikan MC sehari.

" Minta maaf Encik, kami tak boleh bagi MC untuk tampalan. Kalau cabutan atau kes-kes kecemasan, atau bengkak dan sakit memang kami bagi MC "

"Alaaaaa doktor, bagi sahajalah satu MC, saya dah tak kerja hari ini sebab nak datang sini "

" Maaf encik, memang kami tak dapat bagi, tapi kalau time slip memang kami beri kalau encik nak "
pesakit A terus keluar dengan muka masam.

Tengah buat rawatan pada pesakit B, tiba-tiba pesakit A datang menerpa lagi. 
" Doktor tengok gigi saya ni. Ada tak mana-mana gigi yang kena cabut "

" Encik, gigi encik ok tak ada mana-mana yang perlu dicabut "

" Yang ni doktor macam tak ok. Tolong cabutkan gigi saya ni. Lepas tu bagi saya MC"


YaALLAH, dalam hati aku merungut. Dah kenapa kau? Nak cabut gigi yang sound semata-mata nak MC????? Tahu tak, orang yang tak ada gigi tu wish they can plant their teeth back rather than begging me to pull out your sound tooth for the sake of MC.Haih macam-macam ragam kan?

how about him?

I said sambil tersenyum *tak tahu dia perasan ke tak, pakai facemask kan hik* , " Encik minta maaf, kerja saya merawat gigi yang memerlukan rawatan " and he just left me pissed off. 


Teringat situasi si sahabat,

Diherdik oleh pesakit hanya kerana dia tak mahu teruskan cabutan. Puas diterangkan kepada pesakit, tekanan darah yang terlalu tinggi sangat berbahaya apatah lagi pesakit tak pernah dapatkan rawatan dan ambil ubat untuk tekanan darahnya yang terlalu tinggi.

Bukan sahaja diherdik didepan orang ramai, malah diugut untuk dikomplen di pihak atasan supaya si sahabat ini ditukarkan ke tempat lain. Alahai encik, setiap keputusan yang kami buat ada sebabnya dan bila kami terangkan kenapa, lain pula jadinya. Sampai ada yang  kata, ala doktor tak matinya orang cabut gigi ni. Kalau tak ada masalah kesihatan memang tak ada apa-apa masalah. Jangan anggap masalah pada gigi remeh ><


Last week was very hectic. 


Mungkin cuti raya Cina. Cuti sekolah. Terlalu ramai pesakit. Aku ibaratkan macam pasar. Ramai doktor dan staff kerja lebih masa. Yess memang, kami tak boleh menolak pesakit yang datang mendaftar walaupun pada saat 5.29 petang. Working hours end at 5pm. Tapi sebab we have officers yang duty sampai 5.30pm. Kadang-kadang ini semua bergantung kepada timbang rasa dan budi bicara pesakit sendiri. If patient datang disebabkan sakit, bengkak atau kes-kes kecemasan, kami berbesar hati membantu. Tapi kalau yang datang till last minute tu just for scaling. haih. Dan alasannya, saya tak ada masa lain nak datang. Just think. Be considerate to us yang provide treatment since 7.30am non stop.


Another super fine teeth set cake.


Another situation,

Sedang buat rawatan, tiba-tiba pesakit menerjah masuk marah-marah sebab dah tunggu 2 jam. Bila tengok giliran memang belum sampai giliran pesakit tu.


First of all,
Bukan awak sahaja yang menunggu lama. Pesakit yang datang dari awal lagi lama menunggu. Ada yang dah tunggu more than 3 hours? 4 hours? Tolonglah hormat orang lain yang sabar menunggu dan menanti untuk dapatkan rawatan.

Second,
Kami yang di dalam bilik ni bukan berhibur, bersuka ria mahupun berdondang sayang tak buat kerja. Sekali lagi, kami bukan robot. Kami manusia biasa yang punyai 2 tangan, 2 kaki, 2 mata seperti encik-encik sekalian. Alangkah lebih elok lagi sekiranya encik-encik tidak menerjah, marah-marah, menempik dan apa lagi yang sama waktu dengannya kepada kami.Kami bekerja keras buat sehabis baik untuk merawat pesakit. Mahu kami buat habis laju? Minta maaf, kami buat dah habis laju dah tu. Mahukah encik tampalan yang kurang berkualiti? 

Third,
Selama mana pun kami bekerja dan berkhidmat, bagi kami setiap anatomi pada gigi anda, masalah mahupun lubang pada setiap gigi ternyata berbeza untuk setiap orang. Kadangkala lubangnya besar dan dalam. Ada yang di luar kemampuan kami untuk lihat dengan jelas. Apatah lagi dengan bukaan mulut yang terhad. Ditambah lagi dengan adanya ada air liur, lidah, gusi, tisu lembut dan sebagainya di dalam mulut menambahkan lagi kesukaran untuk mmbuat rawatan dalam masa yang terlalu cepat dan singkat. Bagaimana nak buat sesuatu rawatan yang laju tanpa mengambil kira akan semua faktor ini? hehe mencabar tak soalan saya? 

cuppy cakes. cute.



Just nak share satu lagi,

There is one patient datang. Before balik, dia sempat berkata.

" Doktor ramai orang ye hari ni? " Saya anggukkan kepala sambil tersenyum. 
" Kesian ya doktor. Mesti tak makan lagi " Senyum.
" Tak pe doktor, InsyaALLAH Allah akan balas jasa doktor " Senyum lagi.
" Terima kasih ye doktor ". ye sama-sama pakcik.

Kan elok sebegitu. Badan yang penat, tangan yang lenguh,tengkuk yng sakit, minda yang letih semua ditolak tepi. ><


p/s: Minta jasa baik. nombor telefon saya yang tertera tu bukan diletak untuk call saya lewat 1.00 pagi untuk bertanyakan masalah gigi ye. Cukup sekadar email dan msg di facebook page. InsyALLAH saya jawab.Terima kasih kerana memahami ><

Related Posts with Thumbnails