Wednesday, April 28, 2010

Skodeng Bilik Anak Dara - tag dari kak kujie

www.tips-fb.com

salam semua,


Entri khas buat kak kujie.huhu.

kak jie telah tag  di sini untuk mengskodeng bilik kesayanganku yang telah berusia 4 tahun ni..huhu

adoih malu ni nak reveal. tapi sebab kak jie tersayang. aku kuatkan diri ni nak tunjuk haha.

yang lain.tutup mata lah ye.

buat-buat tak nampak je.

orang lain selain kak kujie adalah tidak diwajibkan untuk melihat gambar-gambar 18SG seperti di bawah ini.

nak tengok gak, sila berjaga-jaga dengan ilusi optik ye.



satu bilik yang takde lah besar mana, ada 2 katil dan 2 meja study.sumpah bilik ni mahal. kenapa? entah. mungkin sebab ada aircond?kalau takde aircond parah lah. panas lah. lagi-lagi summer di india.rasa nak pasang huge aircond satu salem!

wardrobe kain berwarna hijau tu, peninggalan sahabat aku Arwah Fatimatussolihah.. hm kebetulan almari sekangkang kera aku dan rumate dah penuh. ada extra wardrobe pula.huhu.itu pun gaya macam nak runtuh je.haha penuh sangat.nak buat macam mana. asal balik malaysia shopping baju. angkut baju dari malaysia.yang kat india makin membukit..




si gemuk putih tu namanya bubu. aku selalu tak peluk dia. aku jadikanpengganti aku duduk diam-diam atas kerusi kat meja study. sebab tuannya amat pemalas untuk study.huhu.

tepinya ada bean2 pemberian bam2. selalu aku peluk sebab dia sejuk.haha,

kad-kad birthday pemberian kawan-kawan. silih berganti setiap tahun, yang lama aku simpan.

nampak iron itu?
boardnye mana?
ni atas katil aku.huhu



almari solek bercermin besar.pakej lengkap buat bilik anak dara.
err penuh ek? haha. ada pelbagai khazanah. from top to toe.
mana tak penuh. muka je dah ada bapa jenis krim.
perfume nak macam-macam jenis dan botol.
aku punya yang mana? cepat teka.hehe.




meja study.penuh dengan segala buku dan khazanah juga.
boleh buka pameran sikit hari lagi.
bukan sahaja tempat aku memerah otak, tapi tempat aku
menulis di blog picisan ini.huhu. dan of kos. tempat aku
melayan movie dan series.huhu

buku dah tak muat kat rak. ini pon separuh ada bawah katil.
separuh bawah meja.. mana taknya. 4 tahun beb kat sini. 
kalau tak kuat boleh runtuh rak ni.buku pula stok tebal macam kamus.

kat sini jugalah aku simpan segala jenis supplement
yang mak aku bagi. ada b-complex, bio-c, lecithin e, garlic
dan entah ape lagi ubat.

AlQuran, Yassin, Majmuk Sharif, buku doa.

gambar-gambar buat pengubat kerinduan.



board pink dibuat oleh Arwah sahabatku Fatimahtussolihah.aku memang suka sangat-sangat ni.hmm gambar-gambar sebesar alam ni lah yang aku duk tenung bilarasa rindu dengan segala isi yang ada di Malaysia. termasuk lah gambar Arwah Tim. kebetulan just opposite my bed. so bolehlah tenung-tenung 
sebelum tidur.



huhu kak jie, oklah.. itu je gambar yang dapat disenaraikan di sini.. maaf kak jie lamalah sangat nak post tag ni.huhu..

tiada dalam gambar, meja untuk letak segala pinggan dan mangkuk.. botol-botol berisi makanan, susu dan milo.. 

tiada dalam gambar, loker makanan berisi segala makanan..heee.. tak perlulah tunjuk.

tiada dalam gamba, toilet ku.. huhu. 


bilik sempit ini yang berharga lebih kurang RM 800 sebulan.. gilakan? boleh dapat satu apartment kat malaysia.. dahlah dapur kongsi. huhu.


bil elektrik pon sangat2 mahal.huhu... ikut industrial rate..err apelah nasib..

huhu malu ngan kak jie bilik sepah amat.

maceh kak kujie sudi singgah lawat sini dan tag.huhu rasa teruja dan terharu bila kak kujie yang femes ni sudi jejak sini. hits dari link di blog akak telah membawa 20 orang ke sini.huhu.. maceh lagi ye kak.

so mari usha kak kujie! klik sini

p/s: fuh selesai satu hutang.. huhu menimbun lagi mahu ku langsaikan..



Tuesday, April 27, 2010

Resepi mudah Kuih Cara Manis. mesti cuba!

www.tips-fb.com

salam semua,


tepat pukul 10.30 malam semalam. aku dengan pipa takde keja.saje test skill memasak kuih2 tradisional.cewah.. haha.. padahal senang je pon nak buat kuih ni.

aku ngidam lah.


 tayang awal-awal gambar.hehe


mak aku kata, baguslah.ngidam tak dapat beli.. belajar buat.

persediaan untuk kahwin.lol.


RESEPI

1 cawan tepung gandum*
1 cawan susu ( nak sedap guna santan lagi best )*
1 biji telur*
sedikit garam*
sedikit gula*
pewarna hijau*
2 sudu minyak masak*
minyak secukupnya
gula secukupnya


CARA-CARANYA:

1) campurkan semua bahan-bahan bertanda * dan kacau.. nak lagi senang..sila blender kesemuanya sehingga sebati..




2) panaskan acuan dengan api yang kecil.. sapukan sedikit minyak pada lubang-lubang acuan.
3) tuangkan bancuhan tadi ke dalam lubang acuan



4) masukkan sedikit gula ke di tengah-tengah setiap bancuhan tadi ( setiap lubang acuan )
5) tutup acuan tadi dengan penutup periuk dan biar hingga masak.



agak buruk sikit rupanya.


bolehlah korang cuba. kalau ada cetak dah siap. kalau takde, nak guna pencetak kuih bahulu pun layan je lah..



p/s:  sedap tak tipu..
malam ni nak buat kek banana choco plak =D

Monday, April 26, 2010

Nampak Zip Terbuka. tegur ke buat tak nampak?

www.tips-fb.com

salam semua,


lately ni banyak persoalan bermain di minda.
minta pandangan bersama.huhu.



maaf brad darl. u jadi glamer kat sini.


kalau kau nampak ada seorang lelaki zip seluar dia terbuka. adakah kau akan tegur dia untuk mengelakkan aib apabila lebih ramai orang lagi yang akan melihat zip keadaan itu? aku kata lelaki sebab aku perempuan..

ialah kalau si gadis yang begitu.. tanpa berfikir panjang aku tegur.. kaum sendiri. maruah beb. tegur cepat sebelum ada mata lain melihat..



tapi kalau lelaki aku was2 sedikit. malu pon ada. buatnya dia terpikir.. 


minah ni usha zip seluar aku ke tadi.

kalau tak, takkan dia nampak zip aku terbuka.

atau untuk mengelakkan si lelaki ni malu bila ada si gadis ayu macam aku menegur. cewah.. haha.. entah2 sambil aku menegur sambil merah nyala blushing pipi aku..haha.


apa perasaan lelaki?

patutkah aku si gadis menegur atau kau rasa aku patut biarkan sahaja?






atau terbaik.

bagitahu lelaki lain supaya si lelaki lain itu boleh lah menegur bagi pihak aku?



aku rasa situasi ini serupa juga bila si gadis mengalami masalah  "keperempuanannya". silap hari boleh bendera merah pula di kain mahupun seluar.. kata kasar, tembus lah beb.


kalau aku, malu sangat bila ada lelaki yang menegur.


tetapi adalah tidak adil bila ada yang dah ternampak tetapi tidak menegurkan.


jadi kau si lelaki, bagitahu mana-mana perempuan terdekat di situ supaya memberitahu pada aku..


hmm yeah itu yang terbaik.


teringat kisah seorang sahabat aku, menegur abang di sebuah pasaraya, tidak kuingat namanya.. mydin barangkali.. " zip abang terbuka! " ye sahabatku seorang perempuan.


hoho kekuatan yang tinggi juga mahu menegur.


p/s: pendapat kamu sayang?


p/s: tak sangka follower blog picisan dan tulisan murahan ini dah melepas angka 500.. terima kasih tak terhingga buat kamu dan kamu.. aku sayang kamu.. tanpa kamu siapalah aku... ceh ayat yang memang "lame" kan.hehe.

Patutkah aku menegur? | sudikah aku ditegur? monolog dalaman yang hebat.

www.tips-fb.com

salam semua,


aku dikejutkan oleh berita yang agak hangat.

err tak sangka ramai orang disekeliling aku sudi baca blog picisan ku. tulisan murahan ku.. terima kasih, aku ikhlas menulis kau sudi membaca. kau suka baca aku gembira.. kau tak suka ada aku kisah? ye aku kisah sebenarnya.. aku tersalah kata, aku mohon maaf.. tapi apa aku tulis tetap hak aku. kau tak bisa menegur kalau itu luahan aku. aku harap kau mengerti. andai ia tiada kaitan dengan kau, usah kau terasa. aku punya perasaan.. kalau bukan pada kau dan kau tempat aku nak luah. tak salah bukan hanya blog picisan ini landasannya.


sila tutup mata keraskan hati andai kau tidak mahu terasa.


sebab aku bukan spesifiklannya pada kau.
melainkan kau makan cili rasa manisnya...


aku sering tertanya,


apa?


andai dia orang penting bagi kau.usah dikira keluarga mahupun sahabat handai.. sekiranya dia melakukan kesalahan yang sudah terang tak perlu bersuluh.. adakah aku sepatutnya menegur.



argh mungkin sekadar tegur melalui gurauan.
dia akan faham ke gurauan aku.

" weh minah, cun doh skirt kau. agak2 kalau kena tiup angin, sedap je..sejuk weh.. angin masuk!!" hahaha aku gelak dengan gaya plastik.



atau aku patut menyindir. sarcasm? 
orang layan ke?

" weh minah, kau beli kat bahagian baby ke skirt kau ni? "



ke tegur secara berhemah.

" minah alangkah sopan dan ayunya kalau skirt tu kau labuhkan lagi sampai ke buku lali"



argh aku kompiuslah.. 
tak2 yang atas tu aku cakap sebagai contoh sahaja. bukan ini yang aku nak tegur.tapi hal lain..



bukan senang dan mudah nak menegur orang apatah lagi menyedari diri ini 1001 kekurangannya. aku jua manusia lemah, tapi kadang-kadang aku mempunyai perasaan apakah salahnya kita saling menegur demi kebaikkan bersama..



mana mungkin manusia itu sedar yang dia kelihatan hodoh ber'mini skirt dengan betisnya yang lebar, capuk di sana sini.. melainkan ada manusia lain yang memberitahu.. ataukah dia buat-buat tak tahu? argh itu parah.. sebab yang melihat menanggungnya..tanggung apa? pikir sendiri maa.



then, aku terpkir lagi.



kalau aku, kawan aku begitu. bolehkah aku menegur? argh susah-susah.. bukan senang.. memanglah senang aku membebel mahupun menulis dalam blog picisan ni tapi sumpah nak melaksanakannya bukannye mudah.. kerap kali aku berada dalam situasi ini, dan akhirnya. langkah bacul diambil.. hanya mendiamkan diri kerana takutkan persahabatan terputus di tengah jalan..


baculkah aku?


kalau aku sayangkan dia. yang buruk aku tegur. walaupun aku tak berapa nak baik.. aku tegur dia. dia tegur aku balik.. lebih bermakna.. sama-sama sedar.


so patutkah aku lupakan


"if you want to point your finger to others, make sure your finger is clean! "


kau rasa?


bagaimana pula jika aku?


aku nak kah ditegur oleh sang sahabat tingkah aku yang kurang menyenangkan?


memang agak pahit menerima teguran. tapi yang pahit itulah akan membawa aku ke jalan kebaikkan. bukankah itu manis di akhirnya nanti?


kalau ada sesiapa nak menegur aku, tegurlah aku secara berhemah. aku tak nak faham sindiran. sebab aku tak nak faham double meaning.. buang masa! aku juga tak mahu faham gurauan.. bagi aku. kau nak tegur, tegur dengan elok. aku terima, walau muka aku kedut beribu.. masam mencuka.. itu luaran semata. dalam hati aku syukur. kau masih sayangkan aku..


terima kasih aku dahulukan buat sang sahabat sebegitu,
aku sayang kau macam kau sayang aku.


tetapi jangan sesekali aku dapat tahu kau mengata aku.. aku tak tahu tak mengapa.. hak kau. mulut kau. dosa pun kau.bukan aku.. kan lagi bagus kau tegur aku didepan dari dok ngata aku dibelakang. walau aku malas nak tutup mulut orang, tapi aku manusia biasa..punyai amarah dan emosi. 


argh, monolog dalaman memang hebat.
sudahlah. apa-apa mahu kau tegur?
apa-apa mahu kau kongsi?


aku tadahkan telinga.


p/s: sekian.selamat malam. mohon maaf aku tak sempat blogwalking. aku masih penat melayan department periodontics aku.. sayang dari aku.

Friday, April 23, 2010

Tips Penjagaan Gigi Berkesan. *senyum simpul *

www.tips-fb.com

salam semua,


entri ini aku post atas permintaan cikhel tersayang..

1) PEMAKANAN

pemakanan mesti dijaga, kalau boleh kurangkan makanan yang agak sticky sebab mestilah ada yang melekat si celah-celah gigi.. aku tak kata JANGAN.. aku kata KURANGKAN.. contohnya: coklat dan apa-apa sahaja yang sticky.. yang kalau lepas makan tu korang tercungkil-cungkil gigi guna lidah ye.

kurangkan juga makan between meals... atau kurangkan craving. ada orang dia tak suka makan nasi tapi suka makan coklat lah. biskutlah.. dan entah apa lagi. kawal sikit nafsu nak mengunyah walaupun aku pun susah nak kawal.haha. ialah bagi chance mulut tu berehat... mulut kalau boleh cakap, dia kata.. asik bekerja je aku 24-7..

seeloknya, minum air putih dan berkumur-kumur setiap kali lepas makan. ini dikatakan penjagaan atau pembersihan gigi sementara.


2) BERUS GIGI

berus gigi selalu untuk gigi yang sihat. kalau boleh berus gigi setiap kali lepas makan macam aku.. haha. tak kisahlah orang nak kata aku freak ke weird ke ape. but thats better.. aku rasa fresh dan bersih mulut setiap kali lepas gosok gigi..

atau Rasulullah pernah katakan..bersugi setiap kali nak bersolat.. lebih baik. kita ngadap Allah macam kita nak mengadap boifren lah.. ada korang jumpa boyfren tak gosok gigi. hah ada ke ek?

atau kalau kurang juga rajin sekurang-kurangnya 3 kali sehari.. pagi, tengah hari dan sebelum tidur.
atau kalau malas sangat 2 kali sehari.. bangun pagi dan sebelum tidur. janganlah sekali sehari je.. teruk sangat tu. seeloknya sebelum tidur pun kena gosok gigi sebab, sisa-sisa makanan yang berbaki dapat dibuang.. jadi takdelah bakteria sempat nak cilok lalu terjadinya karies di situ.

menggosok gigi penting sebab ia menjaga kesihatan gigi dan gusi.

cara yang betul?

seeloknya gunakan vertical technique. gosok ke atas dan ke bawah. atau lebih tepat membulat. (circular motion) hah boleh tak bayangkan macam mana? sekaligus dapat mengurut gusi-gusi sekali. urutan pada gusi penting sebab boleh stimulate blood flow sekaligus menyihatkan gusi.

bukannya horizontally.sebab boleh menyebabkan:
i) lapisan enamel pada gigi terhakis ( abrasion )
ii) the bristles can get into the tiny gap between the teeth and gums.

jangan gosok terlalu kuat. gosok dengan sederhana. supaya tidak melukakan gusi dan menyebabkan lapisan enamel pada gigi terhakis.

bila nak beli berus gigi,
pilih bristles ( bulu2 tu ) yang lembut, nylon dan round-ended supaya tak akan scratch and irritate gigi dan merosakkan gusi. 

duration?
20-30 saat untuk setiap seksyen.

gosok juga lidah kamu sebab nanti boleh menyahkan bakteria yang ada pada lidah yang boleh menyebabkan plaque dan calculus serta mulut berbau..



3) FLOSS DAN INTERDENTAL TOOTHBRUSH



dental floss





interdental brush


dental floss cara terbaik nak keluarkan sisa makanan yang tersekat di antara gigi. juga boleh digunakan untuk membuang plaque yang terbentuk.

nak tahu cara menggunakan floss? klik sini

begitu juga dengan penggunaan  interdental tooth brush.


4) FLUORIDE MOUTHWASH @ MOUTHRINSE
gunakan paling kurang sekali sebelum tidur.. tapi mesti digunakan selepas beberapa minit berus gigi. bukan sebaik sahaja selepas berus gigi.. kerana boleh menyebabkan reaction antara mouthwash and toothpaste.

30minit sebelum dan selepas menggunakan mouthwash ni, jangan makan ok!

seeloknya juga,gunakan yang tiada kandungan alkohol sebab untuk yang sensitive boleh menyebabkan ulcer. aku pernah terkena.. aku tak boleh guna listerine.huhu


5) ELAKKAN MINUM SODA DAN BERGAS

sebab mengandungi acids seperti citric acis dan phosphoric acid. 
asid-asid ini akan slowly react dengan gigi dan hakis permukaan gigi. (corrosive effect on teeth)

banyakkan minum susu, air putih dan jus.

susu = boleh menguatkan jaw anda * apa jaw dalam bm ek?*
air putih = pure dan takde microorganism *kecuali air putih tepi jalan dan tak masak le*
jus = takyah lah banyak2.. manis tu.



6) ELAKKAN MEROKOK DAN TOBACCO CHEWING

antara penyebab utama gigi dan other oral tissue damage.

boleh menyebabkan stains *euww* dan melemahkan gigi so gigi mudah rapuh dan reput.hoho.

paling dahsyat boleh menyebabkan oral cancerdan precancerous lesion.

leukoplakia, squamous cell carcinoma dan pelbagai lagi.


7) CHEWABLE GUMS

ada chewing gums yang tidak mengandungi gula yang sesuai digunakan untuk dikunyah setiap kali selepas makan untuk membersihkan gigi kamu!


8) ELAKKAN PENGAMBILAN ALKOHOL


sebab alkohol boleh menyebabkan irritation pada gusi, lidah dan soft tissues.
heavy alcohol intake can cause oral cancer.


9) BUAT CHECK-UP 6 BULAN SEKALI @ 2 KALI SETAHUN


ini yang terbaik. sebab bolehlah buat scaling ( cleanning of the teeth ).. buang segala plaque and calculus.. tampal gigi mana yang berlubang.

kenapa kena scaling? 
sebab bila scaling boleh membuang segala plaque dan calculus yang terkumpul pada gigi.. nak tahu apa itu calculus? tengok cermin.. ada tak benda keras kaler putih atau kuning atau dah teruk sangat tu kaler hitam pada gigi.. paling biasa di bahagian belakang gigi depan bawah. kalau tak buang boleh menyebabkan gingival recession dan periodontal disease.. so nanti elok2 kene scaling jem kena buat root planning , curretage, mucogingival surgery... err scary kan?


calculus


heavy calculus


recession ( exposed the root part )


recession



mucogingival flap surgery to correct recession



kenapa kena tampal gigi?
sebab kalau tak tampal, akan worsen the condition, caries akan spread ke pulp menjadi pulpitis ----> apical periodontitis ----> periapical abscess ( ada nanah ) atau periapical granuloma ----> periodontal cyst ----> osteomyelitis (bila dah involve bone )----> Periostitis ----> cellulitis ( dah masuk spaces between soft tissue )

hmm ingat caries boleh amik remeh saje?


petanda kau kena lawat dentist!

sakit of kos.

bila kau gosok gigi, start berdarah.. maka, gusi kau tak sihat.. sila jumpa dentist dan buang segala calculus yang berkumpul dalam mulut tu.. jangan di ternak banyak2 weh.. kalau nak gak, cuba kau bau mulut kau sendiri..


p/s: okay tak ni cikhel? huhu


Thursday, April 22, 2010

Types of dental braces @ pendakap gigi | kelebihan dan kekurangannya.

www.tips-fb.com

salam semua,


ada seorang rakan yang tak bernama bertanyakan aku apa perbezaan metal braces (pendakap gigi ) dan ceramic braces.. jadi dalam entri kali ini aku nak bagi beberapa perbezaan dari segi kebaikkan dan kekurangan antara satu sama lain..

metal braces atau sebenarnya di panggil stainless steel braces @ silver braces.


sebelum itu,

ini adalah beberapa jenis braces yang ada di pasaran. setahu aku lah kan.

1) TRADITIONAL BRACES

bawah ni ada banyak jenis ok antaranya:


I) Metal @ Stainless Steel 


they can be silver or golden in colour.


silver colour braces



golden colour.
tapi ini bukan gold.
saje nak nampak cantikkan.
kaler lain pon aku rasa wujud.



ligature @ elastic boleh tukar-tukar setiap bulan.
dan boleh pilih kaler-kaler menarik



kelebihan:
 - metal bracket mestilah harga paling murah dalam banyak-banyak jenis ni.
- masa paling singkat kalau nak buat treatment banding dengan yang lain.
- ligature @ elastic kat keliling bracket tu boleh pilih kaler gelap kalau taknak ada staining problem.
- sangat kuat dan jarang patah or pecah or papelah.
- ada options gold atau silver brackets
- sesetengah treatment, short duration dan kurang sakit (kalau mild)

kekurangan:
- More visible than some other types
-         pada awalnya kurang comfortable
-         senang luka dan ada ulcer disebabkan oleh bracket.
   

II) Ceramic @ tooth coloured  braces







kelebihan:
- blend it with most of the teeth..particularly when the teeth are noot too white. not very noticeable in long distance or in photo.
- more comfortable sebab kurang atau tak irritate gums or soft tissue
- very strong

kekurangan:
- clear atau white ligatures kat bracket boleh stains tapi tiap-tiap bulan tukar pon.
- treatment duration longer
- lebih mahal dari metal
- sedikit besar dari metal
- untuk severe cases tak boleh sebab tak dapat nak tahan dengan certains force.


III) Gold braces




yang ni betul-betul made of gold.
khas untuk orang yang allergic stainless steel.
gold bracket dengan gold archwire sekali.satu pakej.
tapi aku caya ada je duit dah terlebih-lebih tu kan
saje buat guna gold.
pencuri kalau tahu tu, dia tak tahu cmne nak cabut
bracket dari gigi tu.
hah kompem dia cabut gigi korang.haha.


2)  CLEAR INSPIRE SAPPHIRE BRACES




clear sapphire braces ni sama macam ceramic juga
but more clear and white.
so sangat-sangat sesuai untuk orang yang
mempunyai gigi yang putih berseri.
kalau gigi ada kekuningan sikit-sikit tu.
lebih elok pakai yang ceramic braces.
tengok gigi mamat kat ats tu putih kan?

kenapa gigi kuning?

kalau gigi kau dah bersih.clear dari plaque dan calculus.
kaler kuning itu disebabkan oleh translucency of enamel.
so bolehlah see through warna dentin (kuning).

kelebihan
- Blend in with most teeth and are not very noticeable
- More comfortable than metal braces
- Very strong
- Do not stain

 kekurangan
- lebih mahal dari yang tradisional one. memanglah kan.. tengok material dia.
- treatment lebih beberapa bulan atau lebih dari metal braces
- Besar sedikit saiznya dari yang biasa
- tak boleh digunakan untuk semua kes. hanya mild cases saje boleh. so yang teruk-teruk kena gunakan metal braces sebab lebih tahan dan kuat bila force diaplikasikan.
- very white in colour.so boleh nampak dengan clear kalau gigi kamu tak seputih suci camtu.

3) LINGUAL BRACES



ada orang sangat tak suka atau pun rendah diri orang tengokkan.
so dia pilih untuk pakai dari bahagian lingual (dalam )

apa kelebihan dan kekurangannya?

kelebihan:
-        orang lain tak kan nampak atau persan pun sebab dari belakang gigi kan.

   
 kekurangan
-        boleh lukakan lidah (sebab besi-besi tu agak tajamlah)
-         susah nak bercakap pada mula-mula sajela.
-         lebih mahal
-         Treatment beberapa bulan lebih dari biasa.
-         Orthodontist must be specially trained in lingual treatment
-         tak boleh digunakan untuk severe cases.


4) VIAZIS BRACES




cuba tengok bentuk bracket tu segitiga kan?
ini juga dikenali sebagai "fast braces"
teknik ini dikenalkan oleh Texas Orthodontist Anthony D. Viasis
bentuknya triangular dan hanya menggunakan low-force square wire.
teknik ni less pain and sensitivity
dan treatment lagi cepat dari metal braces.
and semestinye more costly.


5) SELF LIGATING BRACES @ DAMON BRACES


ok yang ini dikenali sebagai "speed braces"
maksud self ligating ni.. dia takde dan tak perlu gunakan ligature atau 
elastic band around bracket tu untuk hold arch wire.


sebab dia ada sliding door sendiri.

kelebihan?
less food get trapped there.
dan size nye agak kecil.




new : DAMOND 3
half ceramic half metal..


6) INVISALIGN BRACES







yang ini khas untuk orang yang minor cases saja ye..
the "braces" consist of strong  plastic trays that are favricated especially for u.. dan semestinya invisible!

kelebihan:
 - invisible. orang takkan perasan pon.
- senang nak bersihkan sebab boleh buka pon kan.
- takkan irritate gusi seteruk metal braces
- tak kan stain langsung
- the aligners are numbered and worn for 2 weks each, so your time treatment is well established.
- bolehlah tengok komputer simulasi yang tunjukkan bagaimana gigi kau akan bergerak sekaligus dapat tengok macam mana rupa bentuk gigi kau bila habis treatment nanti..

 kekurangan:
 - sangat mahal
- treatment duration lama dari biasa
- untuk sesetengah kes, kau still kene gunakan traditional braces after that untuk betulkan certains problem
- sakit itu tetap ada.gigi bergerak mestilah sakit.
- plastic trays are the computer-fabricared by Align Technologies.
- 6 minggu masa yang diperlukan untuk aligners kau sampai dari kilang. wth. lame gila weh kene tunggu.. so kau perlukan lebih dari 1 aligners.yelah mana boleh biarkan gigi tu macam tu je selama 6 minggukan.
- severe problem tarak boleh ye.


*gambar ihsan pakcik google*

p/s: harap aku menjawab soalan sahabat itu ye.. =D 

Wednesday, April 21, 2010

tag | Apa ada dalam bag aku. mahu tahu? | award untuk kamu!

www.tips-fb.com

masa yang ada. aku cuba bayar hutang-hutang yang menimbun ni.hehe.maaflah lambat bayar ek..

tag pertama dari hazzy superrrrbbb gitu!

Syarat²

   1. Selongkar beg anda, tak kisah la beg duit ke, beg tangan ke, beg bimbit ke. I don't care.
   2. Ambil gambar barang² dan tagkan barang tersebut
   3. Ceritakan serba sedikit kenapa anda perlukan barang itu berada dalam beg setiap hari setiap masa.
   4. Akhir sekali, tag 5 orang



hah ini aku tunjuk bag aku sebesar gajah. senang isi semua bende.huhu













hmm actually kalau aku pergi town mesti ada semua bende ni dalam bag aku:


1) purse ( of kos la.. gi mane-mane kena bawa purse )

2) telekung ( semestinya, di india ni g masjid tak denye telekung macam kat malaysia... orang india solat tak pakai pun telekung)

3) shade ( mesti2 sekarang ni lagi lah.. tengah musim panas woo. kene pakai,redup sikit pemandangan )

4) perfume (sembur jangan tak sembur ,haha )

5) bedak compact ( nanti nak touch up.lol.. ala pas solat t kan nak pakai tudung, tengoklah cermin. masjid kat india bukan macam di Malaysia.. besar sangat cerminnya. )

6) lipbalm ( kering bibir akibat cuaca panas.. protect guna spf lipbalm.hee )

7) botol air ( wajib! kat india tak boleh minum air sesuka hati, kalau nak sangat keluar masuk tandas kan, hah minumlah kau )

8) handphone. mestila bawa.aku bawa dua sebab satu number maxis satu lagi number india.huhu

9) earphone pinky ku yang wajib juga di bawa.weee.. tak sanggup tadah telinga dengar lagu tamil dalam bas.


so aku nak bagi homework dekat jejaka dan gadis bertuah kat bawah ni:

1) Aus Melankolik ( aku teringin nak tahu, laki ada ke bawa beg ek, pe isi dia..haha)
2)Cik Hel ( nak skodeng beg cikhel )
3) Miss Lolly ( semua mesti nak tahu pe bende cik lolly selalu dok kepit dalam beg tu kan.hehe )
4) Deqyalalink ( nah amik ni.. bagi idea buat entri baru.hehe )
5) kiwi ( haha. nah amik kau ahn.. aku bagi homework )


dan award ni aku terima dari deqyalalink..maceh dik!



disebabkan gorgeous award.. so untuk perempuan lah sesuai kan.. so aku nak bagi mereka-mereka ini.. laki tak boleh..


1) cikhel ( cikhel yang comel.gue suke skodeng sama cikhel )
2) miss lolly ( miss lolly yang best. sebab even komen dia berpuluh. follower beribu dia tetap drop comment kat page aku gak )
3) jardness ( kak jard yang best. silent reader kak jard )
4) nursarah ( nursarah yang menawan )
5) qamarina ( future orthopaedic huhu )
6) seha ( blog seha suka cerita zaman kanak2.aku suka baca. )
7) aziranadia ( batchmates ku. hm rajin update blog azira ni..hee )
8) fikaryna ( kak ryna ku syg )
9) iidyll @nana ( nana bila nak kahwin? )
10) hazzy superb ( hazzy superb yang ayu lagi menawan..weee )
11) atenchan ( junior ku syg )
12 ) faramira ( lasagna dia nampak sedap gila! cayalah.! huhu )


p/s: rajin-rajinkan diri buat tag best tu ek.huhu... dan amik lah award ikhlad dari hati aku yang suci ni.cewah!
tag dari kak jie, nanti akan ku tunaikan..nak kene amik gambar terbaik dulu! hehe.

Monday, April 19, 2010

why being that oh-so-cheap to seek people attention?

www.tips-fb.com

salam semua,




jom lukis.haha.
aku tak pandai lukis.
so aku curik pakcik google saja.


maaflah entri aku sekarang semua emo sikit.
err PMS kot ni..haha

yeah you. PMS like a bitch!! 


Kali ni aku nak cerita sikit pengalaman adanya seorang makhluk yang sangat pelik dan agak psiko. entah kenapa aku rasa psiko sebab dia ni nak berkawan dengan ramai orang tapi cara dia salah..


jangan lah terlalu baik sangat dengan dia ni.
ialah kalau kita dah berkawan rapat sangat.mestilah kita bercerita macam-macam even gosipping kan. yang si makhluk ni pula, dia pergi sampaikan dekat orang lain, lebih hebat si empunya-menjadi-mangsa-gosip. dan bertambah hebat lagi dia twist cerita tu.. dah jadi hyperbola pula.. hal ini berlaku kepada kawan aku.


dan yang peliknya.dia nak seek attention orang lain dengan menyampaikan cerita bukan-bukan dan melaga-lagakan orang lain pula.. 


kenapa aku bengang? 


padahal aku malas nak amik tahu pun

hah sebab terjadi juga kat diri aku.


makhluk ni menyampaikan kununnye aku bitch pasal si A dekat si B. dan si B bagitahu makhluk ni.lalu si makhluk pun bagitahu si A yang aku telah berjaya membawa kisah buruk itu.. menjaja merata-rata tempat..


gi matilah weh!
aku bukan macam kau. membawa berita sehangat hot fm dan jaja serata dunia mengaibkan orang sambil mencari kawan... so cheap lah kau makhluk!


sumpah doh, aku tak ada mention si A pada si B. apetah lagi menceritakan perilaku si A. aku tak kuasa nak masuk campur hal-hal macam ni.. buat apa mengata pasal orang.kau pun tonggang terbalik..


dan mahkluk ini agak psiko. sebab dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mencari kawan dan perhatian orang lain.. pathetic tak? ouh man.. benci gile perangai buruk ni.


aku malas nak masuk campur kisah kau. tapi tolonglah.bila nama aku dah masuk dalam list bitching kau. aku tak boleh tahan.. agaknya inilah perempuan kan.. duduk-duduk. tak de kerja.. walaupun ada kerja.. pergi jaja cita orang walaupun tak betull pastu tambah lah sikit asam garam gula buat penyedap cerita. hah kau dapat nama sebab kaulah penyampai terhebat di seantero dunia.


ok, khabar ini dari si sahabat baik makhluk. si makhluk ini punyalah hasad dengki melimpah ruah sampai merosakkan makanan orang lain dalam fridge. amik kau.. esok lusa kau pasti cirit birit dengan jayanya..



jom tembak!
aku tak kejam
tak-tak jangan tembak.



banyak lagi kisah psiko yang tak mampu aku berkata-kata.

sebabnya, takut korang ingat si makhluk ni alien dari 
planet zargus yang tiada hati dan perasan pula


argh psiko psiko.


aku dah tak tahan dah. tu aku emo kat sini.


maaflah korang kene bace.


aku PMS.


aku ada alasan.


yeah thats right!


blame my hormone!


p/s: aku tak sempat blogwalking lawat korang.aku datang nanti k.aku tengah busy nak exam.wuuu.

Sunday, April 18, 2010

Betulkah lelaki semua lelaki begitu? atau salah si perempuan ?

www.tips-fb.com

salam semua,


aku tertanya-tanya sebenarnya,

kenapa setiap kali aku baca entri bloggers lelaki yang berkaitan dengan perempuan seksi, perempuan tayang dada, tayang alur itu lah alur ini lah , segala lurah..dan pelbagai lagi tayangan, mesti ada ayat begini ;


" tak normallah aku kan kalau orang dah tunjuk aku tak pandang"

"bodohlah aku kalau tak jeling sekali dua"

" orang dah tayang, aku ni lelaki, macam mana baik pun mesti jeling sikit "

" lelaki baik mana pun, err mesti tengok punyalah "

" bergegar iman gua beb tengok! "

" lelaki normal mestilah tengok dada perempuan walau di mana saja, lagi-lagi yang dah ditayang! "


errr itulah antara yang aku terbaca, dan entah banyak lagi.. tak mampu lah aku nak senaraikan.. yang aku tertanya-tanya, betulke semua lelaki begitu?


sebab tu orang pernah kata, Allah bagi lelaki ni 9 akal dan 1 nafsu.. nafsu yang hanya berkaitan dengan " itu" semata.. perempuan ada banyak 9 nafsu yang diagihkan dengan pelbagai nafsu. nafsu shopping.. nafsu makan dan segala nafsu..


yang si lelaki pula, kadang-kadang aku tengok bangganya berjalan berkepit sana sini dengan awek nye yang baju tak cukup kain.. atau dengan kata lainnya separa bogel. kalau kau betul sayang awek kau.sepatutnya kau tegurlah dia.. pakai elok-elok sikit.. orang lain nampak.. malu.. lagipun simpan aset tu untuk kau bile kau dan dia kahwin nanti..

err ke kau pon enjoy tengok aset awek kau beb.


bila ada lelaki jeling awek-separuh-bogel kau.. tahu marah.

"lu pehal mat jeling-jeling awek gua"

padahal awek lu dok tayang lurah alur sana sini.. mana tak menarik perhatian si lelaki-normal-yang-biasanya-akan-pandang-benda-atau-rezeki-depan-matanya.


oyy orang kata, kucing kalau ikan depan mata terus ngap lah.


si awek-separuh-bogel sedap pula tunduk depan, tunduk belakang, senget sana, bongkok sini.. saja tayang aset. bangga beb ada aset ni..


si perempuan kata.

jangan judge aku weh. aku pakai je macam ni. tapi hati baik..

perempuan bertudung pun buat maksiat lah.. 

aku tak kata begitu, yang aku maksudkan.jangan diberi mata-mata jahat lelaki menerokai kau. hak kau bukan untuk tayangan umum.. itu peribadi.. 

satu je aku nak kata,
kalau kau pergi pasar.. kau tengok mangga kulit cantik je.. dengan mangga yang kulit dah busuk sikit.. padahal dalam kau tak tahu isinya baik ke tak mana kau pilih.. begitulah.. 


macam manapun orang tetap pandang luaran dulu baru dalaman..


yang paling baik, jagalah luaran dan dalaman. keduanya paling baik bukan? tidak sepatutnya wujud diskriminasi yang seksi itu jahat dan yang litup itu baik. sendiri kena tahu menjaga diri.. macam mana nak jaga diri.. tutup lah aset-aset kau tu.. jangan di tayang aset untuk bakal suami kau.. sian diorang nanti dapat aset yang dah dipamerkan..


aku tak salahkan lelaki lah walau pada hakikatnya lelaki kawal lah mata kau tu kan.. walau ada depan mata.. cuba kau kawal sikit.. 


dah perempuan yang dok tayang.. ialah buat apa dia tayang kalau bukan untuk orang tengokkan? hah bila orang tengok kau pandai pula menjeling.. errr.. yang kau tayang kenapa dik non.

sebab itulah perempuan ini makhluk Allah yang kadang-kadang sangat menyusahkan dan selalu membawa masalah dan fitnah..

bukan kerana dirinya mahu menimbulkan fitnah tetapi
perbuatan dirinya membawa fitnah.

bukan hatinya berniat fitnah tetapi
tubuh badan dan kelakuannya mengundang fitnah.


dan si lelaki!!


mungkin si lelaki akan menjawab


dah macam mana aku nak kawal mata.
aku pandang sana.. opsssi ada dada terbonjol..
aku pandang sebelah sini pula..
opsssi ada pula lurah dendam..
pandang tepi pula..
opsssi ada alur gajah pula..


mak aii..dah camtu mana aku nak pandang? aku kena jalan tutup mata kah?

kata si lelaki..


err betul juga ek..


jadi salah si perempuan-separuh-bogel kah?




p/s: maruah kita hak kita, jaga sebaik mungkin.. jangan di tayang. kau nak ke jadi  bahan pameran? tanpa bayaran pula tu? err.. kau jangan jadi perempuan di red light district nun... maruah kau tu, tak ternilai.bukannya untuk santapan mahupun cucian mata si lelaki-mata-buaya atau si lelaki-normal-yang-tak-terdaya-jalan-tutup-matanya.

sama-samalah kita menegur untuk kebaikkan bersama.

Saturday, April 17, 2010

Resepi Kek Coklat Moist Mudah | Happy birthday to mama dan roomate tersayang, Asma.

www.tips-fb.com



aku tayang dulu kek coklat moist ni..resepi sila lihat di bawah nanti ye..


Entri khas buat mama  serta roomate tersayang yang menyambut birthday bulan ni..

1) mama ( 13 April )




happy birthday mama, along jauh sangatlah nak sambut birthday mama.tapi along tak pernah lupa segala jasa baik mama terhadap along... huhu nanti along balik malaysia kita sambut birthday secara pukal ok ma.. 

love u ma! you are the best mom of the world.

ouh yeah, kawan-kawan.. ayah aku tak bagi pergi euro trip. suruh balik malaysia sebab nak buat cuti-cuti malaysia.. huhu ayah kata, rammmaaaaaiiiiiii sangat nak jumpa along kat malaysia ni..hehe.

so aku pergi juga chennai yang awalnya bertujuan nak renew passport untuk travel nanti.. tapi mak aku kata,

takpelah along buat belanja duit tu, renew kat malaysia nanti dengan mama, mama ayah semua nak datang india nanti...

yes!! akhirnya aku meng'enjoykan diri ke chennai dan shoppping!!! of kos.maceh ma.


2) birthday roomateku Norasmalina. ( 17 April )




hah promote sikit asma ni.
 roomate tercintan
 single dan available lagi ni.hehe.


petang tu, aku + pipa + casio sibuk nak buat kek untuk asma.
ini dia resepi mudah yang sedap

chocolate cake moist..

sedap ni tak tipu.haha.

RESEPI:

1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1/2 cawan coklat powder
100gm butter
2 biji telur
1/2 sudu besar esen vanilla
1/2 sudu besar serbuk penaik
susu atau fresh cream

cara-caranya:

1) pukul telur sampai kembang dan campur esen vanilla.

2) campur dengan tepung gandum, serbuk penaik,coklat powder, gula dan minyak masak.. kacau sampai sebati.

3) letak susu sedikit demi sedikit sampai mencapai kepekatan yang dikehendaki.. tak terlalu pekat tak terlalu cair ok.. biar sebati.

4) letakkan kertas ke dalam bekas acuan / aluminium dan sapukan sedikit butter supaya tak melekat dan mudah dikeluarkan.

5) kukus selama 1 jam. check air kukusan, kalau kurang sila tambah ye.jangan sampai kering. *aku suke kek kukus sebab moist sangat*




lepas masak



angkat guna kertas ke atas pinggan
dan sila buangkan kertas tersebut dengan hati-hati.


TOPPING
*tak perlu buat pun takpe sebab dah cukup sedap dah kek tu*

coklat cadbury untuk masak tu cairkan, tambah sedikit butter, susu dan gula. kalau nak lagi pekat gunakan fresh cream ye..



letak coklat topping.



DECORATION
*ikut suka*

1) sapukan coklat di seluruh permukaan kek
2) taburkan gula icing, gunakan penapis.. tabur dengan sekata.
3) letaklah badam di keliling kek tu, macam pagar lah kununnya.huhu
4) potong kiwi secara kepingan nipis ( buah lain pun boleh) 
dan susun atas kek
5)tulis nama 



 tabur icing sugar



 susun buah kiwi



 sesi menulis nama.dan menghias..


yeah dah siap pun.cantik tak huhu.




hasil decoration oleh aku dan steph.

tak lupa dengan bantuan pipa + casio + wancik.


UPDATED:

aku ada satu lagi resepi kek coklat moist yang best~

RESEPI KEK COKLAT MOIST YANG LEBIH MUDAH,MOIST DAN SEDAP.

klik atas tu tau.pastu comparelah mana yang lagi senang bagi korang eh.




p/s: Happy birthday mama.sayang sangat mama
happy birthday asma! huhu moga dapat jejaka yang hensem dan baik hati seperti Kim hyun Joong atau JGS..wee...

p/s/s: silalah cuba resepi ni ok.kalau sedap bagitahu aku.tak sedap korang lah salah buat.haha.

Related Posts with Thumbnails