Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Friday, April 08, 2011

Jom Teman Aku...

www.tips-fb.com

Photobucket

Malam itu Azie tidur sedikit lewat... 

cuba menghabiskan sisa-sisa kerja rumah yang melambak.. malam makin larut, jam berdenting buat kali yang entah ke berapa.. dicapainya jam tangan sebelah bantal, oh pukul 1 pagi sudah.. Esok mahu ke kelas lagi detik hatinya.. serabut-serabut. 


Malam sedikit sunyi, waktu offlight sudah lama berlalu.. menggagahkan diri menulis Matematik tambahan yang masih bersisa dengan hanya sekadar cahaya lampu koridor. Bila mata pijar, telefon bimbit yang diseludup bawa ke asrama dijadikan sumber cahaya. walaupun hanya sekejapan. Tapi masih mencukupi. 


Argh kenapa sunyi sangat, kisah-kisah hantu yang selalu dicanangkan kakak-kakak senior dan rakan-rakan seasrama mula menjengah. Mengganggu konsentrasi yang kian pudar dek heningan malam yang sunyi. Bunyi pungguk saling bersahutan. argh! sudah, Kenapa bulu roma tegak berdiri. Ke mana ke'machoan'ku di kala orang lain sembunyi di sebalik bantal bila cerita hantu dicanang rakan sekelas. akukan macho. apa aku takut. Cerita ini semua basi, jumpanya tidak.. tapi dicanang seluruh sekolah. kecoh je beb. 


Mata yang kuyu kian menjadi separa... tak boleh tahan ni, bulu roma tak nak turun-turun, nadi berdegup kencang.. 


Tiba-tiba rasa seperti digoyangkan bahu.. siapa pula kacau aku ni? bisik Azie, kacau saja.. terlupa tadi punyalah seram akibat enak dibuai mimpi.. Hilang wajah kacak macho si Rain. argh 4 dalam 1 , siap ada Chansung, Hee chul, Siwon dang! semua tengah berebutkan aku!! Hilang semua impian. hancus!


sayup-sayup terdengar suara, " Azie, tolong teman aku kejap. aku nak pergi bawah nak ambil air panaslah "


" ceh kacaulah kau ni Bulat! aku tengah sedap mimpi ni, tak boleh tunggu esok ke?"


selimut masih diselubung, lalu digapai jam tangan yang baru dibeli, cis baru pukul 3 pagi. 


" ala zie, aku laparlah. aku nak masak megi ni, jom teman aku.. " 


" malaslah lat. aku nak tidur, ko ajaklah orang lain"


eh, tadi bukan si bulat ni tengah berdengkur membuta ke? sekarang nak melantak. sahlah ko bulat detik hati kecil Azie. tapi masih berkeras tak nak bangun, menjeling bulat pon malas. lantaklah gua mahu tidur. Bulat masih tak makan saman, digegarnya Azie.geram.


" Azie, sampai hati kau. pandang aku pun tak. aku lapar.. sekajap sahaja zie" Azie membatukan diri.


" Azie..." suara bulat agak kaku dan dingin. kesian pulaaaa...


lalu dibuka selimut, kebetulan bulat membelakangkan azie.. lalu berpaling melihat bulat.




JOM TEMAN AKU....


Terseringai si bulat... sambil menunjukkan 2 taring. Bukan Bulat! mata merah menyala, baju putih melayang.. dengan rupa muka yang hodoh dan menyeramkan. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! sekuat hati kujerit.. sebelum tak sedarkan diri sempat kujeling Bulat di katil sedang enak dibuai mimpi...




p/s: bosan sangat sampai sempat buat cerita seram ni, by the way ni adaptation dari cerita seram yang sering aku dengar di zaman sekolah dulu.

Monday, October 25, 2010

Special Entry to my beloved friends.terima kasih atas persahabatan yang cukup indah ye.

www.tips-fb.com

Salam Readers,


sabtu malam ada kenduri doa kesyukuran sempena aku dah lepas final exam final year, sempena mama yang dah grad, dan ayah yang baru sahaja dapat anugerah Peladang Jaya. Sabtu hari tu, rakan-rakan dari sekolah rendah datang sekali. hee. Awa, Raihan, Ayit, Jukik, Kamil datang sekali.. mama kata lauk banyak jemputlah kawan-kaan datang... asalnya nak jemput mereka semua ni datang rumah aku Ahad. saja jumpa sambil buat makan-makan sikit... rindu lama tak jumpalah katakan.huhu.


tak habis-habis msg awekkksss ek ayet.


Ahad, walaupun tak ramai yang datang.. walaupun aku masak tak seberapa, walaupun sudah pukul 8 malam, walaupun semua orang sibuk, ada yang ada test, ada yang nak balik jauh. tapi sudi lagi singgah datang bertamu dekat rumah aku. aku hargai sangat-sangat. walau tak lama, walau sudah sekian lama tak jumpa.. rasa keakraban persahabatan masih ada, masih wangi masih tak lapuk ditelan zaman.. indahnya persahabatan bukan.. walaupun ketiadaan mira.huhu my bestfriend selain awa dan ran. takpe.. nanti kita jumpa ye mira kalau ada kesempatan...







ayet dan ran sampai dulu, seperti biasa orang paling awal datang, dan orang paling awal makan. huhu. terhibur tengok orang makan.. walau aku rasa entah apa aku masakkan. bertambah sesenduk demi sesenduk sambil mulut rancak bercerita mencungkil kembali kisah-kisah yang sudah lama terkubur.. mengorek kisah-kisah baru yang aku sendiri cuba catch up omputih kata. ahhh banyak sungguh yang masih di luar pengetahuan aku. setibanya piah bersama syafiq,jukik dan kamil.. lagi meriuhkan suasana.. borak kosong tapi penuh makna tersirat, seloroh bersahaja buat aku makin rindukan zaman sekolahku.. rindukan rakan-rakan didepan mata juga rakan yang tiada bersama.. entah bila dapat bersua. siapa tahu.. esok lusa mereka semua sudah bergelar raja sehari atau mungkin ibu dan bapa kepada anak 10 orang. huhu.








dari satu kisah ke satu kisah dicungkil kembali.. sambil bertanya khabar. aku perhatikan.. oh sudah besar kami rupanya. sudah dewasa mereka.. walaupun tampak akan dewasanya mereka.. masih terselit sifat nakal dan keanakkan.. aku terhibur. terhibur dengan keletah sahabat yang sudah sekian lama tak bersua muka. 11 tahun bukannya sekejap..mungkin awa,raihan dan mira setiap kali kakiku berpijak ke bumi malaysia aku pasti mencari ruang bersama.. namun yang lain-lain. inilah kali pertama bersua muka.. kalau setakat ini ruangan facebook menjadi penghubung.. ahhhh, facebook itu. bertemu 2 mata lagi indah. lagi bermakna.ada gelak tawa, senyuman terukir, dan yang pasti riak wajah yang menyelubungi segenap ruang bicara..


RAIHAN
huhu sahabatku ini, beb.. kau masih seperti dulu.. tiada yang berubah. ya barangkali kau kelihatan sedikit kecil.mungkin aku yang bertambah besar.. huhu tapi sifat fragile dalam diri kau masih seperti dulu. aku dan awa kerap menjadi dinding tempat menyerap segala suka duka kau. yaaa sekian lama kita bersahabat.. saat yang aku tak mungkin akan kulupakan di kelahiran ini.. ketabahan kau.. aku kagumi sejak dari dulu hingga sekarang.dari mula kau jejakkan kaki ke sekolah kita, 12 tahun lepas ye? dan kau akan terus tabah. menjadi sahabat yang baik, anak yang bijak.. senyuman itu, teruskan terukir, jangan dihilangkan kerana mungkin ada insan yang terhibur melihatnya seperti aku.


Raihan

AWA
huhu si sahabat yang begitu tegar luar dan dalamannya. ibarat kakak yang aku sanjung. kau takkan goyah meskipun badai melanda. hati kau sekeras besi aloi. waaah keras kah? haha. dan aku masih menyayangi kau sahabat. dulu kini dan selamanya. namun kau tahu, dalam keras ada lembutnya.. kalau tak mana mungkin ada hang tuah yang bisa mencairkannya lalu dibotolkan menjadi miliknya.period.haha.. ayat aku takleh blahkan. tolong!


MIRA
huhu sahabat yang aku sayang sejak dari umurku 6 tahun lagi. bukan setakat karib malah lebih dari itu. mungkin juga menjadi sebahagian dalamm hidupku. erti sahabat yang luas mungkin sukar kutafsirkan sendiri. senyuman yang tak pernah padam.sentiasa segar menjadikan aku senang disisinya. namun ruang masa dan kekangan yang menyebabkan kita sukar berjumpa. orang kata biar jauh namun hati saling memerlukan. sahabat. semoga berjaya dalam mengejar cita-cita.


PIAH
mungkin kita tak seakrab sejak dibangku sekolah. namun dewasanya kita bertambah keakraban ini. akukah yang buta tak dapat melihat persahabatan kita.ya aku belum terlambat untuk hulurkan salam persahabatan. huhu, gadis bernama piah.ye panggilanku.. tak pernah lekang hilai tawa. tawa kau ni jadi pengubat hati. kalau ada kau.pasti gegak gempita bumi ni. terhibur benar dengan kau. aku tahu, hidup kau.. liku-liku hidup yang kau tempuh walau ada ranjau dan duri. kau tempuh dengan gagah. teruskan menjadi gagah sahabat. sebab. kegagahan kau menempuh liku-liku ini pasti dilihat oleh DIA. moge kebahagian menjadi milik kau kelak.teruslah menghiburkan orang di sekekeliling ye =D



Piah



AYET
haha dulu kau kan pendek je aku tengok. nak tengok kau aku kena pandang "rendah".hehe. tapi kau dah dewasa. makin tinggi.. bila lagi mahu kahwin beb? muka kau tu memang dari dulu kan tak tahu malu. selamba. ingat lagi kau lukis komik.punyalah banyak sambutan. sampai ada yang sanggup bayar nak baca. aku suka minta free. haha. ada buat komik lagi? aku nak baca free lagi. masa mula-mula contact, aku tengok kau kat fb. dengan rambut panjang.. biar betik mamat ni. tapi bila dah bertentang 4 mata., oh kau dah dewasa. tutur kata kau tak lagi setajam dulu.kau berfikir bila berbicara.. sudah ada kedengaran dewasa dalam nada kau. haha. yang pasti seloroh kau masih sama.





KAMIL
hmm, dulu kau ketua darjah aku, comel je dengan badan bulat kau.hehe. tapi kau tetap maintain bulat sampai sekarang. barangkali dulu aku dengan kau tak seakrab seperti teman lain. ye itu dulu. baru aku tau, kau ni ada selorohnya, ada lawaknya.. lagi-lagi bila masuk dengan si jukik dengan syafiq. haruk pikuk jadinya. ramai kata, kaulah tulang belakang kebanyakkan reunion kita. teruskan usaha beb. huhu next time pastikan aku ada ye. sebab aku tak nak terlepas waktu itu. kau memang ada ketokohan pemimpin.hehe. cayalah! ouh yeah. kau ada test pon sanggup turun ke rumah aku. kagum ni.huhu.


Kamil


JUKIK
hmm dulu kau ni pendiamnya ya amat la.. mungkin dulu aku yang tak rapatkan.sekarang hilang dah semua tu. lagi galak kau bercakap, lagi rancak kau gelak.. sumber hiburan betul. memanglah sesuai kau dengan kamil tu. sehati berdansa. ada je benda yang nak dikaitkan.kau dengan lensa kamera kau yang tak dapat dipisahkan. huhu cemburu aku tengok kamera kau. mahu sebijik tapi skill takde. ko belajar sampai mantap.pastu aku kawen kau sajalah ye amik gambar tu.hehe.. 


SYAFIQ
haha. kau ni sumpahlah aku tak sangka kau punya humor.lagi campur dengan gelak gegak gempita si piah tu. memang bergegar rumah aku. semua gossip kau tahu.. muka kau je yang aku tengok ada banyaklah juga berubah. sampai aku terpikir-pikir masa 1st time tengok gambar raya korang... huhu tak sangkakan. dah besar da. ingatkan aku sorang je yang dewasa.haha.


Syafiq


last but not least. YB MAWARDI. huhu. moling datang pon bila semua dah nak gerak balik. nama pon YB memanglah paling lambatkan. tapi semua masuk balik gara-gara moling nak belanja minum dekat rumah aku. ye rumah aku tapi dia yang belanja... sumpah hebat. haha. dia ni lagi aku lama tak jumpa. hm pernah sekali dua jumpa dia dengan gf galah dia. sebab dia ketot je masa tu. ayat tak leh blah kau " weh intan kau dah pendek" cehhhh. tinggi sagatlah kau ni kan. huhu. yang pastikan kau tak banyak berubah. kau punya 3 suku, sengal kau, seloroh kau masih sama.. ye mungkin dulu kau suka kentut dalam kelas. tapi sekarang kau kata masih lagi pengotor seperti dulu.. cuma beralas, nak kentut je kau buat-buat bunyi kerusi supaya tak kantoi.  paling takleh blah, bila kau kata.. kau tak nak berhenti belajar... haha. nak belajar je. sampai umur 50tahun pun takpe. pastu duit ptptn hangus macam tu je. ngeng! hmm ye kau makin matang. dah boleh jadi bapak orang. haha.



puas aku disakat. aku tahulah aku lagi lama duk kat india.remaja aku, dewasanya aku di india.kau tahu. huhu sampai aku pun tak tahu bahawa takde gosok gigi untuk kucing. siot~ tipu aku hidup-hidup. aku ingat memang wujud. 


sakat menyakat, lagi-lagi si raihan. puas disakat.haha. ayat ayet. menggelupur nak kawen. tolonglah weh. nasib baik tak pecah perut aku gelak.nasib baik tak terbuka butang si raihan. perot dah penuh asik dok tambah makan.gelak lagi. ada terburai pulak nanti. sumpah tak pernah aku jumpa member gegak gempita macam korang ni ha.. awet mudalah aku sepanjang zaman. haha. dengan kisah si ayet yang pernah menenyeh muka dengan fair n lovely zaman sekolah dulu, kisah si jukik dengan babi hutannya, kisah si syafiq dengan gossippp hangetnya, si moling dan kentutnya... 


TOLONGLAH perhatikan gaya ayet belajar taekwando.dah la
gaya nak tumbuk aku.ngeng! yang 3 lagi tu plak. macam videoklip
hari raya dah aku tengok.haha.








ahh ramai lagi yang aku mahu temui. bilakah kesempatan yang ada.aku juga kurang pasti.. sebab masing-masing punyai cita-cita untuk dikejar.. punyai impian untuk dicapai.. masih jauh lagi perjalanan untuk dilalui. liku-liku mahu ditempuh.. namun esok masih ada.. mudah-mudahan umur kita panjang untuk bertemu di lain hari... insyaAllah sahabat.






huhu tak dilupakan.buah hati aku pun nak masuk dalam gambar.
credit to jukik.nice one! i like~

weee JIMBO dan NEMO


Ran allergic pon sanggup pegang.hehe.




 Jimbo in action


alahai makan pujuk s jukik suh duk diam2.


Tira merenung jauh nampak.huhu




buat MIRA, ATIQAH, IZZATI, NARIMAH, NISA, UDA, ZAHID,  IMAN, FARID dan ramai lagi tak mampulah pula aku nak sebut atu persatukan. kalau ada masa kite jumpa ye. tunggu sahaja sesiapa yang mahu berkahwin.. haha nantikan. entah siapa. masa tentukan. yang pasti.. photographer dah ada. tukang buat filem pon dah ada ni.. 


huhu rasa macam nak senyum kambeng sorang-sorang. macam kelakar bila pikir balik.dah besar dah kami semua.. dah matang, ada yang dah kerja. ada juga yang sudah menjadi milik orang... siapa sangka.. ada dikalangan mereka ni yang pernah aku crush dulu..haha. siapa dia. opsss rahsia. budak hingusan biasalah. bila aku kata mereka. skop besar beb. haha.. 


CREDIT PHOTOS GOES TO JUKIK with his beloved DSLR.


p/s: RAN harap kau jumpa balik phone kau ye.

Saturday, August 07, 2010

Terima kasih cikgu!

www.tips-fb.com

Salam readers,


pagi yang indah perut meragam.. dah 7-8 kali aku keluar masuk toilet.. gastrik kenapa kau datang sekarang.. dipersilakan merambus dari hidup aku wehhh.. aku nak final dah ni.. tolonglah.. adoihhhh! adekah stress induced gastritis.. yep barangkali... tak dapatlah nak dinafikan.. last year sampai kene endoscopy.. penuh dah medical record aku kat hospital tu pasal gastrik.. tak habis2...



ouh yeah. imbau lagi kenangan silam waktu sekolah.. ceh mood sekolah tak habis ni.. after form 3 aku berhijrah ke STF.. masa mak aku bagitahu aku dapat tawaran SBP tu.. hmm teruja gak aku.. sekolah mana ni.. then, mak aku kata STF.. erkkkksss... sumpah den tak pernah dengar.. gila dalam iglooo kan aku duduk.. haha.. baru kutahu, STF tu kira sederet lah dengan TKC, MCCK.. haha. masa tu tahu kolej2 glamer je.. STF pon glamer. aku je yang tak tahu.. sedih beb nak berpindah.. huhu..





tinggalkan kawan-kawan tercinta. hehe.. sehati sejiwa gitu.. berpindah sekolah baru bermakna kawan pon baru.. environment pon baru bagai.. huh, nak jumpa STF tu.. mahu pusing-pusing entah bapa kali kot.. sesat.. haha.. akhirnya sampai juga.



setiap petang aku nangis.. homesick. rindukan kawan-kawan lama.. yela, bila masuk sekolah yang ada form 1 sampai form5 ni.. bukan senang nak menyelit sekali.. cam biasa, public phone jadi umah kedua.. rasa macam form1 pon ada..hoho... tak tahan betol.. huh. nasib baik member-member baru semua baik-baik belaka. takde aku rasa tersisih.. tak susah mahu join sekepala..hehe... gila betol dugaan aku.. mak dah takleh datang petang-petang cam dulu.. jauh pon kat JB.heee. tapi takpe aku kan tabah.. wahahaha.



bila weekend pi outing. hmm, tempat tetap dan yang pasti mana lagi kalau bukan Plaza Angsana. kira itulah tempat escape dari sekolah. huhu.. aku takde sayap nak fly-fly.. aku student baikkkkk gituuuu. haha.. prefect ni wehh... wahahaha.. gila cipan aku jadi prefect.. adoihhh.. aku reject, cikgu tak bagi.. bukan apa rasa diri ni tak bapa nak layakk.. 





kan betul, bila orang dah dok beratur kat perhimpunan, aku lambat.. bagi alasan.. 


" ouh cikgu, saya dah chek blok.. kosong.. semua dah takde"


baik punye cover..padahal diri terpisat-pisat bangun tido.. hoho. maaapppp cikgu. gue dah kata gue tak layak.




ouh paling kuingat, aku duduk di belakang kelas masa form 5, tempat sangat strategik untuk membuta.. hehe.. subjek BM, AGAMA, SEJ.. memanglah aku selalu tak bernyawa.. bila cikgu BM masuk.. 


nak belajar ape?? 


prosa tradisional cikgu!!!


kenapa? sebab nanti cikgu suh baca sorang-sorang.. boleh lah tido.haha.


sampaikan satu hari aku segar bugar kan,


" eh intan pelik saya awak segar hari ni.. awak tak tido pula?"



zappppp sentapppp beb!!! haha.



bila cikgu sejarah masuk,


perkhh aku cam konfiden segar ni.. tapi lama-lama aku tewas juga.. bila aku tersentak.. terbuka mata, opsssiiii cikgu tengah datang menuju ke arah aku... aku pon segar-bugar.. khusyuk gila.. konon-konon konsentrate ni.. ouh ok cikgu melepasi aku tanpa syak wasangka... sekali....



PANG!!!!


bapakkkk arrrrr gila sakit kepala aku kena pukul dengan buku!!!! wahahaha.. gila bengong kejap kepala aku.. padan muka gue...hehe.


konon tobat? tak buat lagi kot.. dah jadi rutin.. hehe. kene pukul 10 kali mahu gila aku.. haha.




bila cikgu agama masuk,


errr, feveret student kene tanya soalan sebab selalu tido.. terpisat-pisat aku nak jawab.. baik punye kene perli.hehe.. dulu aku ni AJK SURAU. hmm jangan tanya kenapa.. kene lantik walau tak rasa layak.. bila aku datang lambat surau.. merahhhhhh kulitku dicubit... hoho. tunggu tersiat je..wahaha.. tak2 gue tipu.. takdelah sampai tersiat.. tu lah, jadi AJK SURAU tapi lambat.. orang dah habis imam aku baru terhegeh-hegeh nak datang...



STF sinonim dengan band girl nya... =D



dulu sekolah aku sangat femes dengan TERHEBATnye ADDMATH dan MATH MOD. hoho.. hari-hari kene push untuk maintain prestasi.. hoho rasa macam pandang nasi pon nampak nombor dah.. nak muntah bila tengok math.. hehe.. ugutann terbaik, kalau awak tak dapat A math mod. kawad satu sekolah bawa sepanduk.. "AKU FAIL MATH " errrr yeke camtu bunyiknye.hehe.


cikgu addmath aku pula, kalau sape terlelap ke kan.. ayat power dia kuar...
" kalau saya tumbuk awak... melekat kat dinding!!!"


hehe, cikgu pompuan tau.. aura dia..wahhhh dahsat.. setakat ni belum lagi ada yang kene.. semua tak berani,. takot melekat kat dinding tak leh nak kuar-kuar..hehe.. tapi aku suka sangat belajar addmath.. hee. inspirasi kot.. sebab cikgulah aku leh dapat A1 addmath.. weee... maceh cikgu



adoih kurindukan zaman sekolah. jeritan warden, itu yang kurindu.. latih tubi..kene suap.. ouh mana ada dah sekarang.. pandai-pandailah kau nak hidup.. 


hmm, tanpa cikgu-cikgu sekolah rendah, aku takkan berjaya lepasi UPSR.. tanpa cikgu-cikgu SHARODZ. aku takkan berjaya lepasi PMR dengan cemerlang sampai ke STF.. tanpa cikgu-cikgu STF.. mana mungkin aku boleh lepasi SPM sehingga melayakkan aku ke INDIA..
terima kasih cikgu.


wahh macam ucapan hari guru..


hari-hari pon hari guru.


mana mungkin tertanding dengan jasa guru..


sebab tu.. even cikgu dah pencen bagai.. kita tetap panggil mereka CIKGU!!



p/s: kenangan di sekolah terbaikkkkkkk!!!!

Thursday, August 05, 2010

Bila imbau kenangan masa form 1 kena paksa duduk asrama!

www.tips-fb.com


Salam Readers,



aku gian nak membebel bila lama aku tak membebel.. aitttt jangan salah paham.. membebel kat blog aku ni lah weh... aku pendiam tau.. mana ada bebel-bebel kat luar tu.hehe




hm, nak dijadikan cerita, masa aku call mak aku semalam terus buka cerita pasal aku duduk asrama, belajar jauh-jauh dari keluarga.. yang aku paling terharu tu, ayah aku kata.. dah 11 tahun along jauh dengan keluarga. huhu .. sebak-sebak.. lepas habis belajar ni aku nekad tak nak jauh-jauh dari mama dengan ayah..




bila imbau balik kenangan aku masa form 1, perkhhhh masa tu... aku melalak macam mana tak nak duk asrama, mak aku punyalah hati batu... tak de nye nak cair dengan tangisan comel aku tu... gila kentang! emo doh duk asrama.. yela, aku anak sulung.. mak akunye prinsip.. anak-anak kena duk asrama.. belajar berdikari!! gila kental kan mak aku!!


sekolah SMKA SHARIFAH RODZIAH.
sampai form 3 aku berada di sini, lepas PMR.. aku berhijrah ke STF.
terima kasih cikgu-cikgu sekalian.. jasamu kukenang.

paling ku ingat,

cikgu Zaimah
cikgu Haslina Hassan
Ustzh Noraini
teacher Nadia
cikgu Rubiah
cikgu Ismail


omaigod. memori ku semakin teruk!




tapi bila turn adik aku yang bongsu.. takde plak..haha.. yela bagos juga. sian mak ayah aku takde kawan.. nanti ada yang bercakap dengan kucing pula nanti...keh3...



ouh aku sangat ingat saat aku masuk asrama masa form 1, masa tu sekolah semua perempuan. hehe.. aku mana pernah sekolah campur laki wehhhh. hari-hari aku nangis.. nak balik!!!! aku bukan kira orang ramai ke tengok aku nangis... janji mak aku bersimpati weh.... tapi HARAM!!! takde langsung simpati..huhu







tu ha.. pondok telefon dah macam rumah kedua kot.. haha. kalau dia leh cakap, mahu dia halau aku.. hari-hari kasi banjir kat situ!!



hari-hari mak  dengan ayah aku datang.. hehe lawat anak dia yang cengeng ni kan.. hmm air mata masa tu bergalon galon dah aku bazirkan menagih simpati.. ceh. trick tak menjadi. aku guna trick lain pula.



bukit inilah.. hah ade ke leh banjir??? mana ada weh... tipu!!



aku si pemalas makan kat dewan makan.. gastrik aku menjadi-jadi.. hari-hari aku mogokkkkk!!! tak mahu perg kelas.. duk kat bilik kaunseling..hehe.. memang banyak cikgu kenal aku ni.. haha. aku si cengeng. mak aku hari-hari datang... sian diorang..heeee... tu la sape suh aku duk asrama.



aku ada bestfren dari skolah rendah yang sama masuk skolah asrama tu.. so bila mak dia datang, aku ikot lah.. masa tu.. dia cengeng gak.nangis.. nanti mak ayah dia kata, 

tengok intan tu, tak nangis pon... kuat je..


wah masa tu rasa macam tabah dan hebat gila. rasa banggaaaa takyah cakaplah.. konfiden tinggi mencecah langit beb.. tapi bila mak aku datang, dia pula ikot aku, aku punye turn plak cengeng.. hilang semua ketabahan dan kehebatan aku... mak aku kata,


tengok mira tu.. kuat je.. tak nangis pon....



ahhhhhh sudahhhh!!!! lakonan beb!! haha.



dulu mana ada duduk-duduk atas kerusi ni.. atas lantai je weh!



masa tu, tiap-tiap minggu, mak aku datang amik baju aku nak bawa balik. orang lain basuh sendiri, tapi aku...haha.. takyah cakaplah.. malu!


sampai form 2, aku masih si muka tebal hantar dobi kat mak.. bila petang-petang mak aku datang.. aku sumbat dalam plastik bag, sembunyi bawah tudung labuh (sekolah agama tu)... senyap-senyap aku gi kat keta mak aku... fuhhhh selamat.


sampailah satu hari tu, 


weh tan!! hantar apa tu?? hantar baju kat mak ke??



ceh kantoi... malu beb, kawan aku bahan aku lepas tu.. form 1 pon ramai yang dah basuh baju sendiri.. haha.. lepas tu, aku tobat.. aku cakap kat mak aku...


"ma, tak yah datanglah amik baju, along basuh sendiri,"


masa tu agaknya mak aku sujud syukur kot.. aku dah pandai basuh baju sendiri..




dulu aku macam tu lah... sekarang.. pendek sikit,hehe. ape yang pendek? paham-paham la wehhhh. malas mahu terang kan...  setiap tahun masa kat sekolah dulu.. pendek seinci.. makin naik setahun..pendek lagi seinci.. tapi Alhamdulillah dah tak pendek-pendek da... maintain gitu!!! tunggu panjang... tungguuuuu!!



nak jadikan cerita, mira si kawan aku tu.. duk luar asrama.. tapi aku nekad.. teruskan duk asrama.. memungut kenangan-kenangan manis dan pahit dalam kehidupan seorang pelajar asrama. nah! akhirnya.. pengalaman itu yang mengajar aku setabah ini duduk di negara orang!!!



tq ma dan ayah! heeee..



paling best sekalikan,


bila aku hantar adik aku daftar sekolah awal tahun hari tu, terserempak seorang cikgu yang sangat-sangat aku kenal.. hehe.cikgu geografi aku..


"eh awak!! buat apa kat sini??" kata cikgu tu..


"saya hantar adik saya daftar cikgu!"


" siapa nama adik awak ni?"


" sheela " jawab adik aku



" hah awak, jangan melalak melaung menangis macam kakak awak dulu ye? habis banjir sekolah ni.. nama je atas bukit.. tapi sebab kakak awak.. habis banjir.."



makkkk aiiiii sentappppp beb!!!



perkh, cikgu.. itu kisah lampau dekat 10 tahun lalu... adoih.. malu nye tak dapat lah nak cakapkan.haha..ye memanglah cikgu tu selalu gila tegur aku masa aku dok merempat kat bilik kaunseling dulu.. cehhh!


kumpulan nasyid femes amos.. Wardatuddiniah. tak tahulah kalau dah tukar namakan.hehe. masa ni sapa dapat masuk kumpulan nasyid ni dah kira hebatlah.. femes kot satu melaka.. aku?? aku takde suara macam siti.. setakat nak nyanyi dalam toilet.. memang kira hebatlah aku tu..



pengajaran: ingat kau dah 10 tahun takde orang ingat kau lagi??? so agak-agak nak menangis meroyan ke.. nak buat benda-benda tak semenggah masa zaman sekolah tu beragak-agak ok.. cikgu-cikgu.. memoori mereka sangat kuattt wooo...



p/s: huhu rindu nye zaman sekolah..indah kan?

Saturday, January 09, 2010

Suka kah engkau membuli dan dibuli? oh zaman tok kaduk ku.

www.tips-fb.com

hi bloggers..
semalam aku balik-balik je rumah,mama cakap adik aku sheela yang baru saja masuk di sekolah SMKA SHARIFAH RODZIAH tu melalak..melalak tu bukannya menyanyi atau menyalak.tapi menangis.tah nape mak aku kata dia tak tanya..sebab dah muncung 2-3 depa..


aku pon masuk tengok dia tengah layan BOYS OVER FLOWER.. best weh cerita ni.. aku ada crush dengan : So Yi Jung aka  Kim Bum...he's so cute..tapi hero dia Goo Jun Pyo aka Lee Min Ho pon hot..haha.. hmm tapikan aku macam lagi suke JAPANESE version..HANA YORI DANGO... esh melalut plak.aku bukan nak cite pasal ni lah labu..


hmm setelah aku tanya-tanya kat adik aku,dia kata senior marah dia..baru second day kat sekolah dah kena marah.. dia nak minta signature tapi tak sebut nama senior,senior kata " weh kitorang ni dah senior ok.ko tu baru form 1...respect ar sikit" adik aku ni pon terperanjat lah kan... "sorry kak" si senior yang kerek semacam ni pon jeling kaw2 kat adik aku... pastu apa lagi dia kena marah aku pon tak pasti.. uish adik aku baru kena jeling sikit je tuh..huhu..


puas aku dok pujuk-pujuk adik aku.."adik tak nak sekolah sana dah,semua pon jahat-jahat." puas aku pujuk-pujuk adik aku.. semua sekolah pon sama lah dik oii... seniority ada dimana-mana je.. nanti seriously ko dah senior pon macam tu lah.. " tak adik tak nak wat camtu" huhu...ok kita tengok lah nanti.. 


bukannya apa.kadang-kadang aku rasa macam nak baling je senior yang suke buli-buli atau nama lembutnya kan bermesra dengan junior.. tapi aku pikir-pikir balik itulah yang aku dok ingat-ingat..lawak pon ada.. pastu bila aku senior aku plak bermesra dengan adik-adik aku.. ala lama-lama budak yang aku dok kenakan tu terus kamceng ngan aku.. 


sebenarnya bila kita duduk asrama ni,mengajar kita jadi seorang lebih kuat..boleh bergaul dengan pelbagai ragam orang dan sesuaikan diri sebaiknya..nanti dah zaman uni tak da lah orang kata anak manja lagi duk bawah ketiak mak.. bukan tu je..belajar menghormati orang yang lagi tua lah..


masa form 1 dulu,aku ni tak pasal-pasal kena panggil dengan senior.ada ke patut dia kata aku buat GENG..dah pekehal nye lah.siap ada nama.. SIX SUPER GIRL..amacam cool tak? hahahha.hampas.tak da pon lah.kalo aku nak buat geng aku bagi nama lagi gempak lah wei... xda lah LAME sangat-sangat.. toca sana -sini.aku ni jenis malas nak layan..diamkan ajalah. nanti dia dah penat dia suh aku pergi.. hehe.yang lain ada lagi.. kalo kene bebel dengan senior..ko buat-buat bodoh je.jangan nangis plak..


bila aku dah senior lagi best..aku ni tak suka buli orang..seriously.,.tak caya? muka aku yang comel lagi lemah lembut dan lemah gemalai ini..mana ada muka pedajal orang..huhu..aku tengok je member-member aku ni.. serious lah..aku tak buat..ala setakat iron baju sikit-sikit..basuhkan baju selai dua.. amikkan makanan semangkuk..belikan makanan kat koop.. see mana ada aku buli..aku minta tolong.. pastu nanti aku upah seposen dua..


banyak yang aku tengok.yang paling lawak... junior ni kena tiup kipas sampai pusing..sian lak aku tengok dia tiup tak pusing-pusing kipas tu.. aku pon switch on kan suis kipas tu..see dah pusing.. semua pon tepuk tangan.. member aku ni punyelah hampas..diua suh plak budak ni tiup sampai stop.. tertiup-tiup dia.. ok meh aku tolong.. aku switch off kan suis tu balik.. 


bila kenang-kenang balik memang best zaman sekolah lagi-lagi duduk asrama.. banyak keja kebajikan aku buat.. basuh tandas? pungut sampah? ala itu pahala banyak dapat.. exercise free..huhuhu.. 


bila aku pindah sekolah masa form 4.. tah napa aku ni cikgu suruh jadi prefect.. sah memang muka aku ni nampak baik dan alim lagi sopan..tu cikgu suruh jadi prefect.. huhu.. aku cuba reject tapi tak berjaya.. sah aku ni memang sangat comel sampai cikgu tak bagi aku reject.. ni lah prefect tak guna macam aku.. malam-malam pecah common room nak tengok tv.. pegi class lambat..bile cikgu datang check blok.." cikgu-cikgu saya dah check dah sume tadi.dah kosong" cikgu punyelah bangga ada anak murid yang rajin macam aku.tak suruh pon dah buat.. padahal rambaut basah lagi pas mandi..


jadi kesimpulannya,aku pon cakaplah kat adik aku.. zaman sekolah tempuh dengan sehabis baik sepenuh jiwa raga.. nanti dah macam aku ni..rasa nak balik je sekolah sekarang juga..tapi aku tak nak amik sekali lagi SPM.. cukuplah sekali.huhuhu.. kalo senior tak suke janganlah buat.. dia marah diamkan aja..dia minta tolong buatkan aja.. tapi kalo rasa nak femes, try lah lawan..sure femes..sume orang pon nak toca ko.. berguna tak nasihat aku? seboleh mungkin jauhi masalah..nak nakal sekali sekala tunggu masa yang sesuai..ni baru form 1 belajar betol-betol.. nanti sampai form 5 bila budaya belajar tu dah ade.boleh lah selit-selitkan kenakalan ko.. tapi nakal-nakal macam mana pon..JANGAN SESEKALI KURANG AJAR DENGAN CIKGU... ngat 1 tu je k dik?




gambar zaman sekolah aku ni..korang jangan gelak guling-guling ok..aku nampak cam hodoh tapi aku cantik sebenarnya..korang rabun kot..hahaha.



aku zaman kanak-kanak hingusan



ni SEK.KEB PAYA DALAM.. mase ni aku dah tak
hingusan lagi dah.tapi orang lain semua berhingus beb.



ni masa aku sekolah SHARODZ...
hmmm spek mahal aku tu aku dah hantar kat arkib wat pameran.





jangan dicari aku yang mana..aku pemalu..
ni zaman tok kaduk aku..



ni aku dah pindah STF... aku prefect yang bergaya tak?haha





sports day rock bebeh!!
anum anum gagah berlari..
anum anum majukan diri
mari kita sorak... ANUM!!!!
*ikut rentak lagu papa yoko*





dinner..yang laki dua orang tu idaman malaya..
yang lain semua dah pupus kat sekolah aku..



muke aku yang comel tenggelam.



masa ni aku dah kat KUTPM shah alam..





bersama-sama housemate aku kat shah alam



last kopek...ni zaman kat INDIA.. mak aku kata
aku dah ada gaya india..yeke? tipu gile..
aku lah perempuan melayu terakhir..


p/s: ouh indahnya zaman sekolah.. bile lagi aku nak rasa zaman sekolah?



Related Posts with Thumbnails