Showing posts with label braces. Show all posts
Showing posts with label braces. Show all posts

Saturday, April 02, 2011

Apa itu supernumerary tooth?| berkongsi kisah masalah gigi berlapis.

www.tips-fb.com

Salam Readers,



Photobucket



Aku nak berkongsi satu kes yang melibatkan masalah pada gigi, selit sikit kisah gigi.. lama dah tak cerita tentang gigi.. adik ni ada bertanyakan soalan tentang masalah gigi yang dia hadapi sekarang.. disebabkan melalui cerita atau pun description sahaja tak memadai, maka adik ini hantarlah dua gambar gigi dia pada aku melalui facebook. katalah namanya Aju ( bukan nama sebenar) ok?



Aku hanya boleh memberikan beberapa penerangan pada Aju. Aju kata dia sudah pun pergi ke sebuah klinik pergigian di India. ouh Aju juga seorang pelajar perubatan di India juga. satu keistimewaan belajar di India kerana perkhidmatan dan rawatan pergigian melambak-lambak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. murah-murah pula tu kalau dibandingkan dengan Malaysia. berganda jauh lagi murah, walaupun kebiasaannya pelajar Malaysia akan dikenakan rate foreigner tetapi still jauh lagi murah. 



Aju cakap, doktor tu macam nak gesa-gesa dia buat rawatan.. dan cakap kena cabut gigi. so Aju ni takut la kalau-kalau doktor gigi ni penipu dan nak kan duit semata-mata, ialah nama pun negara INDIA. menipu duit nombor satu. aku cakap berdasarkan pengalaman ye bukan main sembrono je. seriously kalau dah datang India you will understand what we are going through. you want everything to be smooth and easy, just give them money!  ok jauh aku melalut. pantang menaip. mula nak melalut membebel... haha.


Photobucket



ok berbalik kepada kes Aju ni, nampak tak ada crowding di bahagian gigi depan Aju tu? aku dah labelkan nama-nama gigi tu di situ.. Lateral incisor tu atau nama lainnya gigi kacip kecil.. yang supernumerary tooth tu pula macam gigi extra. kalau in normal person tak akan ada gigi extra tu. hanya segelintir orang sahaja yang ada gigi extra ni..


Apakah dia supernumerary tooth/teeth?

Nama lainnya ialah hyperdontia. di mana melebihi daripada bilangan normal gigi. 

"Supernumerary teeth also known as hyperdontia is the condition where more then normal number of teeth are present. When the extra tooth is present in deciduous dentition that is the primary dentition or in permanent dentition then those specific extra teeth are called as the supernumerary teeth. By definition the supernumerary teeth are the extra teeth present in the normal cavity. These can be found in any region of the oral cavity"


Sekiranya supernumerary tooth ni ada di antara 2 gigi kapak (central incisors) ia dipanggil MESIODENS.


Photobucket



Photobucket


kebiasaannya, supernumerary tooth akan tumbuh di kawasan seperti :

1) anterior palate ( lelangit) just belakang gigi kapak (central incisors)
2) lower premolar area ( gigi geraham kecil )
3) wisdom tooth area ( kawasan gigi bongsu)


Adakah gigi supernumerary tooth ini akan memberikan masalah kepada individu tersebut?

jawapannya YA! 

1) gigi extra ini boleh menyebabkan berlakunya crowding pada gigi, maka susunan gigi akan menjadi tidak tersusun. Bila gigi tidak tersusun dengan betul atau berlapis, maka oral hygiene seseorang itu akan berkurang. contohnya, ada bahagian gigi yang tak dapat dibersihkan dengan hanya menggosok gigi, insiden untuk pengumpulan cebisan makanan juga tinggi. Hal ini boleh menyebabkan mulut berbau dan terjadi pengumpulan plaque dan calculus dengan lebih kerap ( orang panggil tahi gigi ).


2) selain daripada itu, gigi extra ni juga boleh menyebabkan pergerakan pada gigi lain, yelah kan gigi tu sudah ambil ruang gigi asal. jadi itu yang susunan berlapis dan tak teratur.


3) kadang-kadang boleh menyebabkan gigi asal tak tumbuh. kira pertumbuhan gigi asal terbantutlah.


4) selain itu, boleh juga menyebabkan pathological condition seperti cyst formation.. paling kerap dilihat ialah Dentigerous Cyst Formation along with this supernumerary tooth.


5) kadang-kadang posisi gigi extra ini boleh menyebabkan berlakunya root resorption of adjacent tooth


Rawatan? 

sekiranya gigi extra ini menimbulkan sebarang masalah, maka ia sepatutnya dicabut. dalam kes crowding.. gigi ini akan dicabut dan rawatan orthodontik akan segera diambil untuk membetulkan kembali kedudukan gigi supaya teratur dan menutup balik ruang yang ada. 


KEMBALI PADA KES AJU,


Photobucket


1) kalau pada gigi AJU ni, memang dah berlapis-lapis ( crowding ). perkara pertama sekali yang patut diambil ialah X-ray untuk melihat keadaan gigi tersebut... dan impression gigi tersebut patut diambil and jadikan cast sebagai study model. gambar juga patut diambil senang nak rujuk balik nanti.

2) supernumerary tooth sepatutnya dicabut. 

3) rawatan orthodontik boleh diambil untuk kembalikan gigi ke kedudukan yang sepatutnya.

4) gigi lateral incisor patut ditarik balik keluar supaya berada di kedudukan yang sepatutnya. jika space available tak cukup nak susun balik gigi itu, kemungkinan besar proximal stripping atau kedua-dua gigi first premolar akan dicabut untuk memberi ruang yang lebih supaya gigi dapat ditarik balik ke kedudukan asal.

semua ini terpulang kepada orthodontist anda, sebab itu x-ray, impression, gambar sebelum dan study model perlu diambil supaya mereka dapat merancangkan rawatan yang terbaik untuk anda ( treatment planning). kebiasaanya seseorang orthodontist akan buat yang terbaik untuk mendapatkan rawatan yang terbaik kepada pesakit mereka.. hal ini mencerminkan kemampuan dan kepakaran mereka. =D


p/s: terima kasih yang sudi follow belog picisan aku.. pejam celik eh dah lebih 500.
p/s/s: quotes of the day : the average woman would rather have beauty than brains, because the average man can see better than he can think.

Thursday, December 02, 2010

Do's and Dont's while wearing braces @ pendakap gigi.

www.tips-fb.com

Salam Readers,


ni aku nak bagi sikit tips apa yang patut dibuat dan patut dielakkan bila pakai BRACES.









1) Do clean your teeth using normal brush or orthodontic brush after every meal.


2) Your new fixed appliance will feel strange and uncomfortable at first. The attachments on the side of the teeth will buldge into your tongue and cheek and make them sore to start with, and the wire which pulls the teeth into place will make them feel loose & tender, which is only temporary and will resolve itself with time.


3) Do avoid hard foods, as they may break the braces and  wires.
EG: Nuts, Non-vege, apple, carrot etc, they maybe eaten if they are cut into smaller pieces first.


4) Avoid sticky foods such as chewing gum, chocolates etc.


5) Use fluoride mouthwash twice daily ( LISTERINE / ORAL B / CHLORHEXIDINE ), to rinse mouth thoroughly for atleast 30-40 seconds.


6) Don't leave your braces broken - contact your orthodontics to get fixed, as soon as possible.


7) Use elastic bands aptly, and as per orthodontist's instructions.


8) If soreness is present, use warm salt - water rinses and/ or paracetamol/ ibuprofen ( panadol )


9) For athletic patients, please wear an orthodontics gum shield at all times. An elbow or ball to the mouth can cause alots of destruction and pain.


10) Remember, a broken or lost appliance can not correct your teeth, but it will extend your treatment time.


11) It is essential that you continue to see your dentist regularly for your routine dental treatment.



p/s: ok kalau ada apa-apa yang tak faham bolehlah tanya di ruangan komen atau formspring ye =D

Monday, June 14, 2010

Kenapa perlu cabut gigi sebelum pakai braces @ pendakap gigi | kenapa terjadinya RELAPSE selepas memakai braces?

www.tips-fb.com

salam semua.

lama aku tak post dentistry kan..
disebabkan ada yang menanyakan aku soalan di formspring. kali ini baru aku ada kesempatan nak buat entri pasal ni.. tapi tak delah proper sangat k...

soalannya:
kenapa kena cabut gigi dulu sebelum buat orthodontic treatment ( braces @ pendakap gigi )? 


selalunya chief complaint disebabkan oleh crowding ( gigi berlapis ), anterior proclination ( jongang ), spacing, irregularly placement of teeth, bite correction, midline correction dan soft tissue profile.


so apa yang aku belajar.. ceh baru lepas buat exam ortho. tadi.hee. ingat lagi ni sikit2...


extraction memang diperlukan kalau space needed 2.5mm and more.. kalau setakat 2.5mm and less boleh gunakan proximal striping.. ataupun slicing bahagian kiri dan kanan gg tertentu..






ada macam jenis masalah gigi ni.

lagi-lagi kalau kes crowding.. memang perlukan banyak space..jadi nak create that space kena lah extract gigi dan kebiasaannya ialah gigi first premolars on both sides..  kenapa gigi premolar? sebab kalau gigi premolar.. their location in the arch is such that the space gained by their extraction can be utilized for correction of both in anterior and posterior region.. so easily nak tarik gigi depan ke belakang.. (contohnya kes jongang)


crowding

sekiranya tak nak juga cabut gigi. at the end of the treatment nanti tak dapatlah kepuasannya atau apa yang kita mahukan.. contohnya.. tak dapat nak betulkan jongang mahu pun gigi berlapis kalau dah tak de space..


anterior proclination (jongang)

jadi bagi aku, kalau sesiapa yang nak buat braces.. the specialist akan tanya dia apa yang dia mahukan? apa yang dia nak betulkan.. dan kemudian specialist akan tanya.. kalo kamu sanggup cabut atau tidak sekiranya kes kamu diperlukan.. atas persetujuan kamu, barulah treatment boleh diteruskan.. kalau tidak seperti yang aku katakan tadi.. the finishing nya kurang esthetic..

bila dah tak cukup ruang.. kenalah cabut gigi.

tak semua kes kena cabut gigi nya.. kalau ada space.. boleh saja.. banyak juga cara lain untuk regain space tetapi sekiranya boleh.. specialist akan sedaya upaya untuk elakkan extraction sebab nak preserve that particular teeth.

contohnya:
proximal stripping
expansion 
(biasanya budak kecik yang sedag membesar boleh lah gunakan growth modification, kalau dewasa kenalah undergo surgery @ orthognathic surgery)
extraction
distalization
( tarik gigi molar kebelakang)
uprighting the molar
derotation of the molars
proclination of anteriors


seterusnya:
kenapa ada nya RELAPSE?

relapse adalah perkara yang paling ditakuti oleh pemakai braces.. ape taknya.. dah menahan sakit pakai bertahun.. dengan harganya yang mahal.. then gigi boleh pula kembali kepada yang asal sedikit demi sedikit..

tetapi perkara begini tidak dapat dielakkan..

sebab itu perlunya memakai retainer selepas end of braces treatment.. paling kurang setahun untuk 24 jam setiap hari.. dan kemudian..retainer dimestikan untuk dipakai setiap kali pada waktu tidur for the whole life.. yess ppl..! waktu mlm lagilah gigi mudah bergerak.

atau boleh juga memakai permanent retainer ( bahagian lingual).. tapi yang ni senang lah berlaku pengumpulan makanan, plaque dan mungkin jadi caries kalau tak dibersihkan dengan betul.

gigi berkemungkinan kembali ke lokasi asalnya sebab adanya transseptal fibre..


maka sebab itulah umur yang ideal untuk ortho treatment seawal umur 7 tahun dan ke bawah.. pada waktu ini gigi permanent semua baru nak tumbuh.. and boleh guide the alignment dan growth of the mandible and maxilla.. boleh avoid extraction dan surgical treatment.. dan buat growth modification...


*gambar ihsan pakcik google

p/s: aku terangkan mana yang mampu je ok =D
aku dapat beatiful blogger award dari khazliqah dan missxidi.. heee tq ye korang!!!!

Thursday, April 22, 2010

Types of dental braces @ pendakap gigi | kelebihan dan kekurangannya.

www.tips-fb.com

salam semua,


ada seorang rakan yang tak bernama bertanyakan aku apa perbezaan metal braces (pendakap gigi ) dan ceramic braces.. jadi dalam entri kali ini aku nak bagi beberapa perbezaan dari segi kebaikkan dan kekurangan antara satu sama lain..

metal braces atau sebenarnya di panggil stainless steel braces @ silver braces.


sebelum itu,

ini adalah beberapa jenis braces yang ada di pasaran. setahu aku lah kan.

1) TRADITIONAL BRACES

bawah ni ada banyak jenis ok antaranya:


I) Metal @ Stainless Steel 


they can be silver or golden in colour.


silver colour braces



golden colour.
tapi ini bukan gold.
saje nak nampak cantikkan.
kaler lain pon aku rasa wujud.



ligature @ elastic boleh tukar-tukar setiap bulan.
dan boleh pilih kaler-kaler menarik



kelebihan:
 - metal bracket mestilah harga paling murah dalam banyak-banyak jenis ni.
- masa paling singkat kalau nak buat treatment banding dengan yang lain.
- ligature @ elastic kat keliling bracket tu boleh pilih kaler gelap kalau taknak ada staining problem.
- sangat kuat dan jarang patah or pecah or papelah.
- ada options gold atau silver brackets
- sesetengah treatment, short duration dan kurang sakit (kalau mild)

kekurangan:
- More visible than some other types
-         pada awalnya kurang comfortable
-         senang luka dan ada ulcer disebabkan oleh bracket.
   

II) Ceramic @ tooth coloured  braces







kelebihan:
- blend it with most of the teeth..particularly when the teeth are noot too white. not very noticeable in long distance or in photo.
- more comfortable sebab kurang atau tak irritate gums or soft tissue
- very strong

kekurangan:
- clear atau white ligatures kat bracket boleh stains tapi tiap-tiap bulan tukar pon.
- treatment duration longer
- lebih mahal dari metal
- sedikit besar dari metal
- untuk severe cases tak boleh sebab tak dapat nak tahan dengan certains force.


III) Gold braces




yang ni betul-betul made of gold.
khas untuk orang yang allergic stainless steel.
gold bracket dengan gold archwire sekali.satu pakej.
tapi aku caya ada je duit dah terlebih-lebih tu kan
saje buat guna gold.
pencuri kalau tahu tu, dia tak tahu cmne nak cabut
bracket dari gigi tu.
hah kompem dia cabut gigi korang.haha.


2)  CLEAR INSPIRE SAPPHIRE BRACES




clear sapphire braces ni sama macam ceramic juga
but more clear and white.
so sangat-sangat sesuai untuk orang yang
mempunyai gigi yang putih berseri.
kalau gigi ada kekuningan sikit-sikit tu.
lebih elok pakai yang ceramic braces.
tengok gigi mamat kat ats tu putih kan?

kenapa gigi kuning?

kalau gigi kau dah bersih.clear dari plaque dan calculus.
kaler kuning itu disebabkan oleh translucency of enamel.
so bolehlah see through warna dentin (kuning).

kelebihan
- Blend in with most teeth and are not very noticeable
- More comfortable than metal braces
- Very strong
- Do not stain

 kekurangan
- lebih mahal dari yang tradisional one. memanglah kan.. tengok material dia.
- treatment lebih beberapa bulan atau lebih dari metal braces
- Besar sedikit saiznya dari yang biasa
- tak boleh digunakan untuk semua kes. hanya mild cases saje boleh. so yang teruk-teruk kena gunakan metal braces sebab lebih tahan dan kuat bila force diaplikasikan.
- very white in colour.so boleh nampak dengan clear kalau gigi kamu tak seputih suci camtu.

3) LINGUAL BRACES



ada orang sangat tak suka atau pun rendah diri orang tengokkan.
so dia pilih untuk pakai dari bahagian lingual (dalam )

apa kelebihan dan kekurangannya?

kelebihan:
-        orang lain tak kan nampak atau persan pun sebab dari belakang gigi kan.

   
 kekurangan
-        boleh lukakan lidah (sebab besi-besi tu agak tajamlah)
-         susah nak bercakap pada mula-mula sajela.
-         lebih mahal
-         Treatment beberapa bulan lebih dari biasa.
-         Orthodontist must be specially trained in lingual treatment
-         tak boleh digunakan untuk severe cases.


4) VIAZIS BRACES




cuba tengok bentuk bracket tu segitiga kan?
ini juga dikenali sebagai "fast braces"
teknik ini dikenalkan oleh Texas Orthodontist Anthony D. Viasis
bentuknya triangular dan hanya menggunakan low-force square wire.
teknik ni less pain and sensitivity
dan treatment lagi cepat dari metal braces.
and semestinye more costly.


5) SELF LIGATING BRACES @ DAMON BRACES


ok yang ini dikenali sebagai "speed braces"
maksud self ligating ni.. dia takde dan tak perlu gunakan ligature atau 
elastic band around bracket tu untuk hold arch wire.


sebab dia ada sliding door sendiri.

kelebihan?
less food get trapped there.
dan size nye agak kecil.




new : DAMOND 3
half ceramic half metal..


6) INVISALIGN BRACES







yang ini khas untuk orang yang minor cases saja ye..
the "braces" consist of strong  plastic trays that are favricated especially for u.. dan semestinya invisible!

kelebihan:
 - invisible. orang takkan perasan pon.
- senang nak bersihkan sebab boleh buka pon kan.
- takkan irritate gusi seteruk metal braces
- tak kan stain langsung
- the aligners are numbered and worn for 2 weks each, so your time treatment is well established.
- bolehlah tengok komputer simulasi yang tunjukkan bagaimana gigi kau akan bergerak sekaligus dapat tengok macam mana rupa bentuk gigi kau bila habis treatment nanti..

 kekurangan:
 - sangat mahal
- treatment duration lama dari biasa
- untuk sesetengah kes, kau still kene gunakan traditional braces after that untuk betulkan certains problem
- sakit itu tetap ada.gigi bergerak mestilah sakit.
- plastic trays are the computer-fabricared by Align Technologies.
- 6 minggu masa yang diperlukan untuk aligners kau sampai dari kilang. wth. lame gila weh kene tunggu.. so kau perlukan lebih dari 1 aligners.yelah mana boleh biarkan gigi tu macam tu je selama 6 minggukan.
- severe problem tarak boleh ye.


*gambar ihsan pakcik google*

p/s: harap aku menjawab soalan sahabat itu ye.. =D 

Related Posts with Thumbnails