Tuesday, December 04, 2012

As HERBALIFE started to change my LIFE.

www.tips-fb.com

Salam readers,


 haha slim tak i kat sebelah tu. 


Ok. kesinambungan kisah HOW I MET HERBALIFE. 

Pronto I need Herbalife to lose weight memandangkan banyak usaha aku FAIL! Aku quite lost juga pasal herbalife ni. Tak tahu nak tanya pada siapa, tak tahu nak rely pada siapa. Masalah besarnya bila aku di India aku tak tahu macam mana nak dapatkan produk ni. I never realised wujudnya Herbalife di India. Seriusly. huhu. Tapi bila aku tanya-tanyakan Bam2. He told me, adalah beberapa orang di UIA ni yang dia kenal ada jual herbalife. Bam2 tolong tanyakan about that. Tapi entah macam mana, sebab mungkin perantaraan orang dan tak berapa jelas aku pun tak faham keadaanya dan macam mana nak beli herbalife ni.


Takkanlah nak pos dari Malaysia ke India. Susahnyakan..Itu sahaja dalam pemikiran aku sebab aku tak tahu pun by beli member id, aku boleh je order sendiri di India ni thru online order. As easy as ABC kan??? Tapi aku tak tahu semua itu.


End up, aku terjumpa seorang kawan aku ni. Dia dah lama consume herbalife dan jadi distributor. Oh, sangat bertuahnya aku. Ibarat orang gemuk disedut lemaknyaaaaaa. heee. Puas cari tapi akhirnya terjumpa. Syukur sangat. Terus aku cakap aku nak beli. Memang aku ak fikir lama dan tak fikir banyak. Badan aku dah banyak sangat lemak dan toksin yang sepatutnya dinyah dan disingkirkan pronto.


Aku tak tahu beli herbalife nak harga murah kena jadi member.

Aku tak tahu jadi member boleh dapat 25% off.

Aku tak tahu herbalife jadi member je ada id, boleh guna dekat 83 buah negara.

Aku tak tahu boleh order online je

Aku tak tahu kalau beli sendiri boleh kumpul volume point sendiri.

Aku tak tahu apa itu volume point pun.

Aku tak tahu apa itu diskaun 25%, 35%, 42% dan 50%

Aku tak tahu cara makan yang details pun.

Aku tak tahu nak tanya siapa.

Aku tak ada exact coach.

Aku tak tahu kalau beli herbalife ni ibarat kita ada coach peribadi yang akan guide kita sampai kita dapat apa yang kita nak.

Dan banyak lagi yang aku tak tahu.


Despite all the things yang aku tak tahu tu, Alhamdulillah. After all the struggles and my determination, aku berjaya kurangkan 10kg dalam masa 3 bulan. Yesss I'm proud of myself. huhu


Seriously aku banyak belajar sendiri, aku try and error sendiri macam mana cara nak makan. Aku membaca sana dan sini nak tahu apa itu herbalife. Still aku masih blurr pasal keahlian herbalife. Sebab aku tak tahu nak rely pada siapa. Bila aku tanya kawan aku, dia cakap susah nak jadi member dekat India ni. Tapi takpelah. Aku still beli with retail prices. Aku siap promote seorang lagi kawan aku ikut sama makan herbalife ni memandangkan she really needs it like myself.


Selama 8 bulan aku consume herbalife with retail price with no id member, no volume poin and no personal wellness coach. 


On top of that, aku rasa bangga dengan diri sendiri sebab mampu kurangkan 10kg in 3 months and all by myself. Aku kesal sedikit sebab tak diberi penerangan dan pendedahan dengan details pasal herbalife ni. Tapi positifnya, aku syukur sebab kawan aku juga aku berjaya jumpa herbalife, aku berjaya dapatkan berat badan ideal dan kekal dengan gaya hidup sihat ini. So, we take the positive part ok. Eventhough ramai yang cakap, rugilah aku makan 8 bulan tapi harga retail tak dapat kumpul vp sendiri siap dah dapat promote orang lain lagi. It's ok, bila ALLAH nak bagi rezeki ni anytime and anywhere. U don't blame others on this.
 ><


Jadi hari ini, terus terang aku cakap.. siapa yang nak consume herbalife secara serius.. I'll make sure this thing won't happened again to u guys. Aku akan explain terang-terang pasal herbalife. 

Kenapa?

Sebab I'm A proud distributor, consumer dan HERBALIFE personal wellness coach. Aku bukan jual produk semata-mata. Aku nak membantu orang untuk menjadi sihat. Happykan bila orang say thanks to you bila mereka dah dapat berat yang mereka nak with improve health. Huhu. I want them to be like me. 


Selepas 3 bulan aku consume herbalife ni, banyak sangat perubahan yang aku dah nampak pada diri aku. haha. Best weh jadi slim dan rasa sihat ni. Best sangat-sangat tak tipu.


Ingat tak aku pernah cerita yang aku dah siap-siap iron seluar slack nak ke kelas, tapi bila pakai tak muatkan? Selepas 3 bulan, aku cuba balik. OMAIGOD. haha. the outcome is seriously AMAZING. Aku sarung je seluar yang dulunya tersekat dan tak boleh muat langsung tuuuu...seluar tu terus jatuh balik. Faham tak betapa longgarnya seluar tu. Rasa happy sangat. Family dan BAM2 tak tahu pun aku dah lost weight sebanyak ini, haha. Saja nak bagi surpris bila balik Malaysia.


Paling best bila semua orang dah start tegur,


" Intan kau nampak kurus gila dahhhh"
" Peh herbalife work on you. I'm so jealous"
" Eh kau pakai baju pinjam ke ni. Kenapa nampak besar sangat ni?"
" Intan, u looking great!!! u lost a lot of weight!!"


Serious best perasaan itu. huhu. >< 

the most amazing part is, my sinusitis dah berkurang,
 tak bergantung pada ubat. my period pain gone.
 my skin complexion wow gitu. heee.
and i lost 10kgs!!! my inches all reduced!





Banyak baju dah kena baju baru sebab yang dulu dah besar. Seluar pun kena pakai belt. hehe. Yang pasti badan aku rasa sangat sihat dan ringan. I'm just so happy I met herbalife. Herbalife really change my lifestyle. Thank you ALLAH, Thank you herbalife.


just anyone yang nak ubah cara hidup mereka. gaya hidup TAK sihat kepada sihat. Tapi tak tahu bagaimana dan macam mana nak mula. InsyaALLAH aku cuba bantu.


Jangan malu dan jangan segan untuk bertanya. 
Feel free to contact me, sms/ whatsapp 010-7669946.


p/s: You will never regret with this "luar biasa" herbalife ><

Thursday, November 22, 2012

This is not a regular story about how I met Herbalife! | Macam mana boleh terjebak dengan Herbalife?

www.tips-fb.com

Dear readers,

This is me before herbalife.
At this rate, people yang tak kenal aku akan cakap normal je. Tapi orang yang kenal aku serious akan rasa terperanjat tiba-tiba badan aku macam kena pam. So, ini lepas aku gain weight like 6kgs lepas balik Malaysia.


Me and my 2 awesome friends!! diorang sangat slim and i sangat gemuk. wuwuwuu. Ok of kos i yang kat tengah-tengah tu kan. 


Bila bercakap tentang herbalife semua orang, ramai orang sudah tahu.. TAK payah cerita panjang lebar, google je berderet-deret orang akan ceritakan tentang produk amazing ni. Berderet-deret bloggers, consumers, distributors akan share pengalaman mereka menggunakan produk terbaik ini. 


Herbalife

One word yang aku sendiri tak pernah sangka aku akan gunakan produk ini. Masuk bulan ni dah genap 1 tahun 7 bulan aku consume nutrisi untuk sel-sel dalaman aku. Aku nak ceritakan pengalaman yang boleh mengubah pemikiran aku terhadap produk ni. Macam mana aku boleh mencuba herbalife. Macam mana aku boleh rasa nak kurus. Ye aku tak tipu aku makan untuk jadi kurus. Berat aku yang berlebihan menyebabkan aku rasa tak sihat dan mengah. Memang rata-rata orang akan cakap, HERBALIFE ini untuk kurus. Salah tanggapan tu, kita minum herbalife untuk sihat dan meng'urus'kan sistem dalaman kita, bila sel-sel badan dah dapat nutrisi terbaik, sistem dalaman kita diubah kepada yang lebih baik and bila kita ada weight loss it's a BONUS for u (kalau berat badan berlebihan).


ok, ok. aku nak cerita macam mana aku boleh terjebak ni. hehe.


Dulu berat aku boleh dianggap normal oleh akulah. haha. around 58kg macam tu. Selagi tak jejak ke 60kg kira normal lah kan? kalau dah ke 60kg nightmare wooo =.= aku ni sangat suka timbang berat badan. Kalau dekat India tu, setiap kali pergi town sure aku timbang, abang kat kedai tu dah kenal kot muka aku. Syarat utuk timbang mesti before makan time perut tengah lapar kebulur. air pun tak nak minum =.= lepas tu dah timbang dengan member2, kalau berat maintain aku senyum.. Kalau berat turun aku akan yesssss terjerit-jerit macam orang sawan.. kalau berat aku naik, muncung macam boleh ikat pastu letak ampai. Serious janji aku tak nak makan dah. Tapi sampai malam aku lupa janji hangat-hangat taik ayam aku. Aku pun balun makan sedapppp! Balik hostel, usap perut baru sedar. Terus rasa bersalah KEJAP. kejap je.


Final exam. aku stress, aku makan. tapi still terkawal. Habis final, cuti balik malaysia. Sebulan. lamakan. Lama dan cukup masa untuk aku ternak lemak.


aku ada habis buruk. Aku suka makan kuih muih. Kalau kuih-muih tuuuuu 10bijik aku telan sorang. Buruk kan aku????? =.=


Maka melepaskan geram, tempoh sebulan aku asik balun kuih. Beli kuih dengan mak aku 10 bijik kuih. on the way ke sekolah mak aku, mak aku yang drive. Di satu persimpangan, mak aku kata.

" along nak kuih tu satu" sambil mata pandang jalan, tangan hulur kat aku.

OH oh

hmm ma dah habis.

" Hah habis?" terkulat jap mak aku. then mak aku tergelak. Makk aihhhhh 10 bijik tak sampai 5 minit dah habis??? betul balas dendam ni long.


Esok insiden yang sama berulang.  cukup sebulan ko bayangkanlah aku macam mana. burukkan perangai aku =.= bila aku timbang. ohmaienglish! berat aku dah melebih 60+++kg. Ini adalah satu nightmare. Dalam hati, takpe kat india nanti aku diet turunlah balik. Selalukan macam tu. Ayat nak sedapkan hati.SEMUA orang terperanjat tengok aku yang dah macam di pam2 ni. Tapi aku masih lagi menyedapkan hati dengan tersenyum. 

Bila tanya bam, " awak kita dah gemuk ke?"
Bam jawab ambil berhati-hati, " Takde lah awak nampak dah berisi sikit je, tapi masih comel"
ok. ayat sedapkan hati dia dah keluar. Fine.


Balik India.

Serious.diet secara serious. bukan main-main. Aku google macam mana nak kira calories intake bagai. Punyalah aku berjaga-jaga, catat dalam diari calories intake aku daily. Tapi hampeh! Aku kecewa. Berat still tak nak turun. Bila petang kena paksa jogging dengan bam2. dapat 2-3 round oklah. Sampai aku jogging ambil menangisssss sebab Bam2 paksa. sedih T_T. Tapi aku perlukan itu demi nak sihat dan kurus balik><


Serious. cari member pergi gym. Finally dapat member yang punyai semangat yang jitu macam aku Igy & Stef. Gigih sangat, setiap petang balik kelas dalam 3.30ptg. Sampai bilik mandi-mandi, solat ,jamah whole grain bread terus gerak ke gym di town yang jauhnya naik bas 30min. Sampai gym gigih ikut jadual trainer alternately cardio & dan weight lifting. errr weight lifting ke orang panggil ek? hehe. then lepas tu sambung lagi untuk 3types sit up untuk tummy tu lagi. squat dan pelbagai lagi sampailah around 6.30 ptg baru gerak balik. Malam pun makan capati je ok. Akhirnya, aku yang penat tapi berat aku masih lagi macam spring 60-64kg. sangat mengecewakan. Tapi niat murni masih diteruskan. Nasib baik bam2 ada bagi semangat. uhuk.


Berat tak turun.

Suatu hari yang indah. Aku terjumpa balik seluar slack yang first time datang India. Semangat. Terus iron. Lepas mandi, nak pakai. tapi stuck kat hip aku. Tak boleh masuk apetah lagi nak zip!!!! gilaaaa macam harammmmm. Memang sakit hati meluap-luap. Dekat sape? dekat diri sendiri. waaaahhhh nape aku makan kuih 10 bijik ni.. nape aku tak nak bagi mak aku sikit kuih tu... waaaa. menci nyaaaaaaaa.


Ok. this is my limit! Aku dah sangat stress dengan diri aku. plus kalau dalam sehari orang tak tanya aku soalan ni memang tak sah.

" Hey intan, why u become fat???" memandangkan batchmates aku ramai lelaki, memang ayat menyakitkan hati tak pandai beli penapis. serious tension.


Dulu aku suka google pasal herbalife. aku suka sangat baca pasal HERBALIFE dekat blog JOEGRIMJOW. Tapi baca je lah, percaya tidak. So, bila dah jadi macam ni, I have to find another alternatives. Bukan aku tak pernah jaga kalori makan aku, bukan aku tak pernah exercise. Aku pernah buat. Tapi tak cukup menjadi. Tak cukup jalan. That's why i have to find another solution sebagai batu loncatan aku. I have to! STAT!


haha ok penat. sambung hari lain.


p/s: How i survive with herbalife tanpa coach! pity me kan????

3 bulan attach dengan pakar Peridontik, Restoratif dan Pakar Pergigian kanak-kanak.

www.tips-fb.com

Dear readers,

Lamanya tak update blog =.=

First of all, dah balik dari JB. Now dah mula posting Orthodontics. Alhamdulillah. Pakar yang sangat best.Seorang doktor pakar orthodontic perempuan yang sangat-sangat aku kagumi. huhu. 

Ok, nak cerita sikit pengalaman posting di JB. 3 bulan aku berada di JB aku attach dengan 3 kepakaran. Periodontics, Restorative dan Paediatrics. Dental pun ade paeds ok! 


PERIODONTICS
Secara amnye, Periodontics tu berkaitan dengan gusi. Apa-apa masalah berkaitan dengan komponen di keliling gigi mereka akan deal with it. Dan mereka sangat pakar tentng gusi. hehe. Sebagai contoh, tiba-tiba pesakit datang dengan keadaan gusi yang membengkak, gosok gigi berdarah atau mungkin gigi yang goyang dan pesakit ini tak nak cabut gigi mungkin. Jadi mereka yang nak sangat gigi mereka ini dicabut atas sebab goyang (gusi dah longgar) bukan sebab lubang ye.. mereka akan direfer ke sana. Tapi faham-faham ye bukan senang nk refer refer ni. hehe


Apa aku dok buat di sana?

Of kos kerja aku lebih kepada scaling (cuci gigi). Mula-mula gross scaling iaitu buat cucian gigi secara tak lah details sangat sampai deep sangat dalam gusi tapi still kena make sure bersih. Sebelum tu, kena buat periodontal charting. Arghhhh ini sangat remeh ok. huhuhu. kena teliti satu-satu gigi, tengok pocketting, mobility, gingival recession. Yang pasti kena check satu gigi untuk 6 point. Kena check dekat mana ada plaque ada bleeding on probing. T.T Mula-mula memang terkial-kial. Tapi dah sebulan Alhamdulillah ok! hee.




ni contoh periodontal chart yang kena di penuhkan.



Perbandingan gusi yang sihat dan tidak sihat


Kalau gusi tak sihat, ada ruang yang dalam melebihi 3mm antara gigi
dengan gusi maksudnya gusi tak sihat, ada peridontal pocket.



ni contoh cara nak check periodontal pocket/ pocketing.



 periodontal probe akan dimasukkan ke dalam gusi macam dalam gambar A.




PAEDS
Pakar pergigian kanak-kanak memang sangat mencabar! dah lah kanak-kanak, berkaitan dengan gigi pula tu. adesss. Tak banyak sangat yang dapat belajar dalam tempoh sebulan. Tapi still boleh observe pakar dan senior officers treat pesakit. Yang aku pasti pakar ni memang serious sayang betul dengan pesakit dia, most of the patient he will treat them by himself. huhu. Sangat tabah dan gigih mnghaapi pelbagai kerenah kanak-kanak ini yang most of them have their own medical problems. Ada yang Down syndrome's, hyperactive etc. 

bila petang dan pagi buat ward round, masuk ward paeds rasa sayu tersentap sikit huhu. Kesian budak-budak kecik ni.. kecik-kecik dah berumah di hospital. Pray hard supaya diorang getting better soon. By the way suka environment paeds. Suka staff-staff dekat paeds. Baik sangat. 




RESTORATIVE
Ini department yang paling aku sangat nervous nak pergi sebabnyaaaaaa tetttttt. Huhu aku masa di India tak banyak sangat exposure about restorative and conservative department. Semua orang pun asyik nak cabut gigi je kan. Tapi pakar restorative di HSI Dr. Nor Sitah memang terbaik!!! Sangat-sangat mengagumi Dr. Nor. Sepanjang berada di resto memang beliau tak pernah jemu ajar aku yang sangatlah tak tahu menahu. Rasa malu pun ada bila tanya itu tak pernah buat, ini tak pernah buat. Senior officer Dr. Dell pun sangat-sangat membantu. Staff pun ramah dan baik. Just love being there. Alhamdulillah banyak sangat ilmu yang aku terima di sana. 

Sedihkan, di India tak pernah buat RCT molar.. Crown prep pun tak pernah buat. All the materials and instruments pun berbeza. Tapi nasib baik dapat pakar dan senior yang banyak membantu. I'm so thankful to be posted there. hehe. 




ok ini crown preparation untuk buat crown pada gigi. Gambar 1 untuk gigi depan, gambar 3 untuk gigi belakang.


 Ini pula untuk bridge/ jambatan gigi.



Ini rawatan saraf akar/ root canal therapy untuk gigi depan



Ini rawatan saraf akar/ root canal therapy gigi belakang.



Oklah, till then.

p/s: Banyak nak post tentang gigi. ><

Sunday, October 14, 2012

My Engagement day: Hantaran sebagai tanda sayang =P

www.tips-fb.com

As Salam readers,




nak sambung cerita pasal my E-Day. Hantaran kami decided nak buat 9 dulang berbalas 7. Biasanya kalau tunang ni lebih kepada manisan dan sedikitlah barang-barang peribadikan? hehe.

FOR HIM

 SIRIH JUNJUNG

dah modified tak jadi junjung, buat dalam kotak sahaja. That box pun actually daripada box for belt and  wallet. hehe. Then aku balutkan box tu cantik-cantik guna wrapping paper and put some renda bermanik to make it look nice. Bunga-bunga to fresh flowers yang tak sampai RM10. Cuba cari roses tapi sebab masa tu Hari Malaysiakan, kedai banyak tutup. T.T




  COKLAT

Sebagai manisan mulut coklat memang tak pernah ketinggalankan? hehe. So I chose to put a box of 16 Ferrero Rocher in the middle. Then the box tu pun dah hias dengan renda-renda berkilat. hehe. Since Bam2 really likes Toblerone I put two of toblerone. Itu pun Bam2 tak sempat nak jamah. haha. Then aku letak juga coklat kecil untuk ditaburkan si sekeliling Ferrero Rocher. Ada Crunch, Kisses Hershey's dan Cadbury Blueberry and Strawberry Yogurt.

Oh yeah, I love the puzzle photo of us hujung tu. I made it di Jusco Tebrau. Ala kan ada booth kecil-kecil tengah-tengah jalan tu. Siap dalam 30 minit. It costs me RM30 for that. I love that, sebab tak terlalu besar and just nice kan dekat corner tu? ><



  SET KEMEJA & NECKTIE

Haha aku bukanlah orang yang hebat nak gubah hantaran ni, So, just put the shirt, necktie with the DR.DANIAL's clip and BAM2's Littman stethoscope. All in blue colour. The necktie and shirt bought in Sogo. YaALLAH seriously tak nak dah pergi Sogo. Ramainya orang macam semuttttt. Rimas gilaaaa. huhu. Sampaikan nak naik escalator pun kena beratur ikut turn. At last memang cari those 2 things je, tak larat nak cuci mata ke nak shop yang lain sebab punyalah ramai manusia di sana. 



APAM POLKADOT

Satu lagi sebagai manisan mulut. Apam polkadot yang berwarna-warni yang dibuat oleh makcikku. heee. Yang pink box tu beli di kedai yang jual barang hantaran. Sebenarnya nak cari paper box je tapi tak jumpa. At last this satin pink box menarik sangat. Satin pink love box ni harganya around RM9.90. Beli dekat kedai barang-barang untuk buat hantaran di Melaka. 



 SEJADAH

Kebetulan sangat sejadah ni warna biru. Hehe. Sejadah ni aku beli dekat Jalan TAR. Mahal juga harganya. Lebih kurang RM50. Mungkin berkualiti dan tebal. Asalnya nak buat sejadah ni macam bentuk rehal tapi disebabkan dah ada satu rehal so aku nak make it simple je. Buat bentuk kipas dan ikat dengan renda bermanik yang berjuntai-juntai tu. Habis cerita. Bakul tu pun dah bereben bagai. Nanti komplikated sangat pun tak cantik. Serabut je kan.


BUAH- BUAHAN

Buah-buahan ni memang wajib ada bukan? Sebagai pencuci mulut. Hehe. Buah ni ayah yang beli. Kombinasi buah epal merah, epal hijau, pear dan anggur. Nak nampak cantik kenalah lap buah tu sampai berkilat. Tak perlu susah payah pun nak letak minyak bagi nampak kilat cukup sekadar lapkan bersih-bersih. Seolah-olah macam kita polish. 


RASBERRY CHEESE CAKE IN JARS

Suka ini! Rasberry Cheese Cake in jars yang di sponsor oleh busuku. hee.Thank you much. Asalnya aku nak buat sendiri. Tapi sebab busu nak tolong buatkan. Aku sangatlah berbesar hati hehe. Tambahan dengan riben soft peach sebagai hiasan nak tembahkan seri. Seriously dah masuk dalam fridge memang sedap dimakan. 




KEK
Ada lagi 2 dulang, ada Kek. Kek aku pilih Kek Banana Chocolate Secret Recipe. Ni special request dari Bam2. So aku bagi la kek secret, awal-awal abang tu dah pesan. Kek ni boleh tahan paling lama 3 jam sahaja tanpa fridge. So memang letak dalam fridge sahaja sampailah masa majis baru keluarkan kek letak atas dulang. Kadang-kadang bukannya apa, kek yang cantik sangat gunakan fondant bagai ni, deco je lebih sedapnya tidak. Mahal pula tu. Nanti tak ada orang nak makan. So aku decide ok juga beli kek secret ni puas hati. Cantik atau tak belakang kira janji orang makan sedap. Mahal pun puas hati. Ye tak?


SET BELT & WALLET
Tak ada gambar pula. Yang ni lagi simple aku buat. Disebabkan kotaknya aku dah gunakan untuk buat sirih junjung. So just gulungkan belt dan posisikan dengan wallet. Tadaaaaa. haha. senangkan? Biar simple je tak payah pening-pening kepala.



FOR ME


SIRIH JUNJUNG
Balasan sirih junjung.Cantik sangat huhu. Mudah dan kreatifkan? Siap ada kapur dan pinang lagi. hee.


TELEKUNG
Set telekung yang dihias cantik. Nampak macam kelopak bunga. Serious tak nampak macam telekung. huhu. Kreatif kot. Hehe. Puas ni aku nak buka satu-satu. haha. Telekung tu beli dengan Bam2 dekat jalan TAR. Memang murah-murah kat sana.



SEPASANG BAJU BATIK
Cantikkan!!! Baju batik yang dibeli di Kelantan. heee. warna merah jambu lagi.


APAM POLKADOT
Apam polkadot sebagai pemanis mulut. Sedap dan lembut. huhu. Sekejap je dah habis.


COKLAT
Coklat sebgai pemanis mulut. Haha banyak gila kot. Serious tak tipu sampai sekarang ada lagi ni kat rumah.


AL-QURAN & REHAL
Al-Quran dan rehal berbentuk ukiran kayu. Rehal ni sekali dengan kotak. Memang cantik. 


BUAH-BUAHAN
Buah-buahan sebagai pencuci mulut. I love the cage!!!


KEK
Kek fondant yang cantik ><




 CINCIN RISIK & CINCIN TUNANG



Nak share gambar-gambar pooyo ni. hik


Mini Pelamin


Heart broken?


 No, we are in LOVE <3


 AND WE ARE ENGAGED!


 p/s: Sorry sangat lama gilaaaaa tak update blog. My life getiing busy and busier. ><

Thursday, September 20, 2012

My Engagement day : The preparation begin..

www.tips-fb.com

Hi Readers,

Nak Share cerita preparation aku menjelang my E-DAY 16092012.




Sebenarnya bila orang tanya rasa apa? Aku tak tahu nak explain. Haha. The feeling bila nak jadi tunangan orang ni sangatlah berbeza. Lepas ni tak cakap dah boipren aku tu... Dah kena cakap TUNANG aku.. Actually bila decide je nak bertunang ni, aku pun agak sibuk mencari andaman mana yang aku nak hire. Kos pun aku ambil kira memandangkan pertunangan sekadar mengikut adatkan. Tak perlulah nak berhabis-habisan kan? Sekadar mencukupi apa yang ada. hik.



ANDAMAN
At last aku dan mama decide nak gunakan andaman CINDAI CHANTEK. Hmm sangatlah kebetulan akak Aisyah owner CC ni duduk opposite je dengan rumah aku. Senangkan? Harganya sangat-sangat berpatutan. Butik akak ni pun tak jauh dari rumah aku. Betul-betul dekat duyong juga. Kalau aku nak try test baju tak adalah susah sangatkan.



BAJU
First time pergi terus berkenan dengan baju warna soft peach (oren-oren sikit). Tapi mama berkenan baju warna macam light cream chocolate like kebaya macam tu. Last-last aku bayar deposit dan bagitahu akak tu nanti aku datang untuk decide baju ye. 



MINI PELAMIN
Yang ni aku punyalah google nak cari mini pelamin yang aku berkenan. Huuuu. Siap tunjuk gambar contoh dekat akak tu. Akak tu kata ok je. Bila aku sampai rumah tiba-tiba aku bertukar fikiran. Haha. Mama selalu cakap aku ni cerewet. Memang. Sangat!!! haha.  At last berdasarkan gambar-gambar yang aku dah google, right click and save aku cuba design sendiri apa yang aku nak. Bunga-bunga kiri kanan  mini pelamin pun aku decide nak warna apa. Aku nak mix kan warna peach, turqoise/biru, soft pink, shocking pink and white. banyakkan??? hehe. last-last puas hati, petang tu terus pergi balik dekat butik dengan Ika dan tukar design siap tunjuk gambar mini pelamin yang aku dah lakar-lakar cincai tu. haha. poyosss tak??? 

Aku suka sangat dengan paper lanterns. huhu. tapi CC ada warna putih je. So aku buat keputusan nak beli sendiri then simpan boleh guna lagi nanti. Asalnya nak beli online tapi terlambat takut tak sempat sampai. Akhirnya minta jasa baik encik BAM2 belikan dengan Petaling Street kedai amoi yang femes tu. hik. Dah bagi tau colour dan size apa nak. Tapi kalau nama pun lelaki yang beli.. haha. Tak kisahlah kita nak sogt ke dark colour bagi diorang sama je kot warna tu. Tapi oklah, puas hati. hehe thank you laling sudi susah payah belikan. hik.


half of the paper lanterns


BAJU
Ok berbalik pada baju. 2 weeks before the E-DAY aku pergi lagi butik. Hahaha asik nak ke butik je. Itu untungnya butik andaman dekat....! Ok kali ini aku pergi lagi dengan mama. Tengok semua baju. Hm, tiba-tiba tertarik dengan baju warna SHOCKING PINK dan TURQOISE HIJAU. Terus cakap dengan akak tu nak try dua-dua. Hmm, akak tu kata.. 

" Dik, baju turqoise tu kecik sikit tau sebab before ni orang yang pakai tu size badannya kecik.. " 
"Oh ok takpelah saya try "

Mak aihhhh, i muat ok. hahaha. muat-muat je badan aku pakai. Terus cuba tudung dan veil. Cantik berkenan sangat. Mama pun asyik cakap cantik. Terus decide nak baju tu. CONFIRM! DONE! Dah tak payah alter lagi sebab dah muat-muat. Hik i dah kecik u... 



HAND BOUQUET
Impian aku besar ok. Nak buat hand bouquet sendiri. Maka petang jumaat tu keluar dengan mama pergi kedai bunga huhu. Dapatlah beli bunga warna peach and cream. Konon-konon nak buat sendiri meh. Berkobar-kobar semangat ni. 

Tapi di pagi sabtu yang indah my BFF bagitahu ada surprise dia nak bagi. hmmm. ok. Tadaaaaaaaa a beautiful vintage looking HB wehhh. handmade by cik Raihan. Cantik sangat. Terharu. Warna faveret ku. Peach, cream and turqoise!!! Raihan baru nak berjinak-jinak buat sendiri HB ni. Dia ada juga mengambil tempahan pada yang berminat ye. hik.


the super duper lovely hand bouquet made by my BFF cik RAIHAN.



PHOTOGRAPHER
Hik yang ni suami adik aku JEFF yang tolong jadi tukang ambil gambar. Oklah tu kan. hehe. Kamera dia pun panjang dan berat-berat belaka menandakan dia punya gambar confirm cantik. (><)


Mr. Jeff the most dedicated photographer



DOORGIFT
Asalnya aku nak beli small jar dan nak buat cookies. Sebab tak banyak pun kalau dalam 300 botol je. Oh yeah, my mom nak buat open house sekali tu yang banyak. Tapi aku macam decide nak buat like 150 jars je kot. Tapi ada kekangannyaaaaaa... Saahdis.
 * Mama tak bagi drive kereta balik Melaka. So macam mana aku nak beli small jars kat Taman Johor jaya.
 * Mama cakap tak sempat nak buat cookies semua tu.

At last mama bagitahu ma tak jumpa small jars kat melaka tapi mama dah beli benda lain dah.. Nak isi sweets and chocs as the door gift untuk orang sebelah. 

Bila aku balik melaka, terperanjat sebab mama dah sediakan 2 jenis doorgift. Satu untuk orang sebelah. Dan 1 jenis lagi untuk tetamu lain. Mama guna paper bag goodies bag tu, dalamnya letak sebiji buah epal, lollypop dan chocs. Omai. Macam nak kahwin dah ni.



HANTARAN
Yang ni memang aku dah decide nak guna balik je hantaran my sista's last time. Cantik lagi buat apa nak membazir ye tak? Just nak kena buat sendirilah bunga sirih junjung. hik. Malam sebelum the E-DAY tu baru tungkus lumus siapkan.

Asalnya nak buat cake in a jar sendiri as one of the hantaran laaa.. Tapi busu pula offer nak buatkan. hm, pikir-pikir oklah aku pun macam sibuk nak uruskan benda lainkan.  Kek pun pakcik den tolong sponsorkan huhu. SECRET RECIPE it is. Aku suka tengok kek yang design lawa-lawa cantik-cantik. Tapi masalahnya kek cantik ni semuanya TAK SEDAP. So decide better go for Secret Recipe. Walaupun diorang tulis atas tu hodoh buruk dan cincai tapi sedap. haha. Apam polkadot makcik sponsor jugaaaaaa. sedap!


apam polkadot made by BIK IJA.



actually it is supposed to be cheese cake in a jar, hehe. tapi tak jumpa jar.
Jadilah macam ni. tadaaaaaa. Made by Busu!



PROPS PHOTO BOOTH
Aku plan nak ada my own photo booth.. Mula-mula nak beli je props online. Tapi mak aihhhh mahalnya sampai RM100++ dah la sikit je. Hmm baik aku buat sendiri. bermodalkan tak sampai RM20 nak beli kertas-kertas keras tu kan. Dapat banyak kot propss. hehe. Malam the E-DAY tu bertungkus-lumus buat props with my sistas Ika & Sheela. hik. Semangatkan?


Lovely tak? hehe. 



The "cut" props tu made special by my lil sista Sheela.



Love those!



Nurin cute!



My BFF since sekolah rendah. Sayang sangat mereka!


Thank you sudi datang memeriahkan majlis aku. hik.



CANDY BOOTH
Plan nak ada candy booth with choc fondue. Macam bestkan??? Tapi impian tak menjadi kenyataan. Later plan for my wedding boleh tak? hee.


Tak dapat candy booth. Candy jar boleh kan?



KHEMAH
oh khemah ni siap pakej dengan catering. Pak aji tanya nak warna apa. hee. Ma cakap nak warna biru/ turqoise. Sekali pak aji pasang khemah OMAIIIII warna faveret lagi.. Biru/turqoise + peach/orange. Serius weh cantik. Kenapa semua warna faveret. Adakah ini kebetulan. hehe.


Lovely khemah. sangat-sangat suka the colours.



Seawal 11 pagi dah boleh makan-makan tau.



CATERING
Yang ni Alhamdulillah ayah sponsor hik. sekaligus dengan open house. Catering ni memang biasa sangat kami sekeluarga suka ambil PAK AJI. hehe. Mmeang terbaik. Makanan menu kampung-kampung sedap.

Menu
Nasi Empit
Nasi putih
Daging Masak Rendang
Ayam Goreng rempah
Sambal goreng jawa (sayur)
Serunding jawa
Rojak
Bubur jagung dan barli
Air Katira (made by ayah)
Air sarsi
Kuih lapis (made by bik ayu)
Kek buah 



Menu yang disajikan.


p/s: Coming up next. hehe. to be continued.

Related Posts with Thumbnails