Salam Readers,
Alhamdulillah akhirnya aku berpeluang nak menaip entri setelah hmm agak sekian lamalah juga aku tak menulis. banyak yang mahu aku kongsi. tapi aku simpan sahaja. tak apa.. kehidupan di Malaysia sangat sibuk weeehhh. banyak sedar - mara nak dilawat, shopping complex nak ditawaf, segala kuih-muih dan makanan enak nak dibedal.. aigoooo. busy wehhhh.
dan akhirnya dapat juga aku pos kan segala hadiah-hadiah kontest kepada pemenang-pemenang, agak lambat sebab last week aku pergi naik KL. hmm sari pun dah pos. terima kasih ye kamu-kamu sekalian kerana sudi beli sari tu, ada lah juga duit nak buat beli tiket.haha, nanti aku kandas dekat malaysia macam mana? hah??? tak jadi dentist aku tau.. tak jadi dentist macam mana korang semua nak dapat MC?? haha. takdelah. aku tak bagi MC senang-senang. siapa nak MC, mari datang jumpa aku.. aku bagi sedas dua das injection!!! ok??? deal~
BERITA GEMPAR NI WEH!!!
minggu lepas waktu aku selangkah lagi nak jejak LOWYAT, nak mencari my new babe~ hah apekah my new babe? adekah new handphone? rahsiaaaaaaa.hehe.
ok sambung-sambung, seorang rakan aku ni call aku,
ADAW: Intan tahu tak result dah keluar?
AKU: hah iyeke?? tak tahu pun, ni baru 8/10 kot.. belum 15/10 lagi kan?
ADAW: betul... Saranya bagitahu adaw tadi. hm baru ingat nak tanya intan dah check belum ni.
AKU: laaaa. kite kat luar lah adaw...cehhhh cam mane nak check ni? adaw check dulu lah..
ADAW: ok ok kite check dulu eh.
hati aku dah berdebar beb masa tu. tak tenteram. bam2 cakap apa-apa masa tu dah macam masuk telinga kanan pastu terus keluar telinga kiri. fikiran aku jauh merawang. adoihhhh.
then ADAW call balik,
ADAW: intan!! adaw dah pass!!!
AKU: wahhh tahniah!! bestnte,hee. kite check nantilah adaw.. tahniah tau.
aku dah lagi serba tak kena ni, aku sms member aku si wancik.
AKU: wancik, result dah keluar. dah boleh check online.
WANCIK: yeke? jap wani check.
AKU: ok.
WANCIK: intan!! wani pass!!!
dalam hati aku. YaAllah dah 2 orang. aku macam mana ni. aku risaukan paper Prostho aku yang macam taikkkk! adoih... risaunye aku.masa tu tujuan asal datang ke LOWYAT terus aku lupa. new babe yang aku idam-idamkan pon aku boleh lupakan!! kesian. bam2 dekat sebelah pun dah macam halimunan.
AKU: tahniah wani!! huhu, kite takleh check. sebab dekat luar ni wani. at lowyat.
WANCIK: intan nak wani check kan?
AKU: eh takpe-takpe tak surprise lah. hehe.
padahal dalam hati aku. time juga wanicik dah kompem-kompem check kan.
bile bam2 tengok aku dah macam minah senget je, dia cakap..
BAM2: takpe sayang, jangan risaulah awak pass punye lah.. kite pergi cari new babe awak dulu k sayang..
AKU: ok..
hmm mulut je cakap macam tu, tapi hati aku kata TAKK NAKKKKK!!! memberontak ni.
BAM2: ok ok kat pizza hut u ada wifi, nanti kite check sana, awak pass kite belanja pizza ok? ( huii macam pakai 6 sense.)
sampai-sampai pizza, aku tak sempat-sempat dah ni dok tanya abang tu cam mane ni nak guna wifi, then bam2 pergi kedai 7eleven kejap, dupdap jantung aku.. bile aku check je nama aku...
PROSTHODONTICS, CROWN AND BRIDGESORAL MEDICINE AND RADIOLOGYCONSERVATIVE DENTISTRY AND ENDODONTICSPEDODONTICSORTHODONTICSPERIODONTICSORAL SURGERY
semua tu tertulis perkataan PASS.
YA ALLAH aku rasa nak menangis je masa tu. huhu senyum lebar kot dari geraham ke geraham haha... rasa macam nak balik melaka peluk mama dan ayah yang banyak berkorban dan berdoa untuk aku.. buat si bam2 juga yang banyak berikan dorongan, doa dan segalanya..
hmm time tu juga aku order banyak-banyak. orang nak belanja.haha. tq bam2. bile perut dah kenyang, result dah keluar baru pergi sambung cari my new babe! hehe.
hm, bila aku kenang-kenang balik betapa susahnya nak melepasi sehingga tahun akhir di India ni, lagi-lagi Final Exam. sebab inilah yang menentukan masa depan aku sebagai seorang dentist. ya ALLAH, tak dapat digambarkan dugaan yang menimpa semasa tahun akhir ni.
1) kuota kes yang banyak tetapi pesakit tak sebanyak itu. dan harus dikongsi pula dengan rakan-rakan lain.. dekat 90 orang kot. sampaikan dah saat-saat akhir kes scaling masih tak siap-siap lagi. hingga aku pergi cari pesakit, bayar mereka untuk datang buat treatment. masa tu aku sudah tak fikir apa-apa, berapa banyak habis pun tak apa, janji aku dapat pesakit.
2) bayangkanlah waktu study week datang ke kolej untuk buat kes? sudahlah study week setakat 2 minggu untuk 7-damn-heavy-subjects.ditolak dengan mencari pesakit... bile pesakit tak ada, balik lagi.. esok datang kolej lagi semata-mata mahu siapkan kuota.
3) paling tak boleh aku lupakan, ketika waktu exam praktikal oral surgery berlangsung, selepas viva aku menanti pesakit. sebab aku dikehendaki mencabut beri injection dan cabut gigi. tak ada pesakit datang, jam dah dekat pukul 3 lebih petang, aku dan 3 orang lagi rakan dan cuak semacam, then lecturer kata, awak datang esok... adoih masa tu bengan pon ada... bukan salah kami... sepatutnya memanglah kau kene sediakan pesakit untuk exam!! petang itu aku dengan rakan-rakan pergi masuk kampung.. cari pesakit kalau-kalau ada yang nak dicabut gigi. berbekalkan tamil rojak cuba pujuk pesakit. mana ada orang suka-suka nak cabut gigi walau dibayar kecuali sakit!! last-last kami pon pasrah. esok pagi-pagi dah tercongok depan kolej. Alhamdulillah berkat kesabaran dapat pesakit walaupun kes aku kes gigi firm.
4) bukan setakat 10 buah buku setebal kamus dewan nak dibaca, malah nak susah-susah pasal kes lagi, nak cari pesakit lagi, dan kena datang kolej beberapa kali untuk settlekan pasal buku rekod dan sebagainya. memang tension menguasai diri. dahsat beb!! huhu. kalau boleh tak mahu kenang~!
heee, tapi Alhamdulillah semua penat lelah dah terbayar. syukur sangat-sangat. terima kasih buat insan-insan tersayang kerana sokongan dan doa kalian sebab
NOW I'M OFFICIALLY A DENTIST!!!
DR.INTAN *big grin. Alhamdulillah*
hee, sekarang kena intern setahun di India.
sekian wassalam,
p/s: minta maaf tau lambat pos hadiah dan sari sebab aku sangat busy last week. tq semua.
p/s/s: kalau ada yang mahu bertanyakan soalan berkaitan dengan gigi boleh bertanya di ruangan komen atau di formspring aku ye, insyAllah mana yang aku mampu jawab aku jawab ye. aku pun masih baru belajar dan akan terus belajar supaya dapat berkhidmat kepada kalian.
32 si gojes suke membebel:
kamu dah dentist????
congrates..=)
Ekceli saya pun ada anak buah yang baru balik from India, dan die pun baru lepas untuk jadi Dr gigi ni. Mungkin dia sama kos dengan awak lah. Atau korang pun berkwan.hehe. semoga jadi dr yg baik! :)
akak nak jadi orang pertama
ucapkan tahniah hehe...
wah dah jadi DR INTAN dah sekarang nie hehe....
tahniah... tahniah...
tahniah intan :)
kena tgl kt india lg ke??
sis! rina jeles sket. tapi tak pe, bpe tahun ag. belajar3!
doakan rina jugak.
pa pe pun, mabruk alaik buat dr intan :)
congrats dear...wah!!!xsangka...
pasnie ak nak check gigi dgn ko r...
huhuhuhuhu
tp ak xnk pgl dr.intan..ak nk pgl dr.bell gak....hukhukhuk
p/s: jam tu ada jual ke???katne?xpnh nmpk pun..
alhamdulillah.
tahniah kak intan!!
tumpang gembira.
tiba2 rasa terinspirasi nak blaja kuat2 biar dapat grad dgn jayanya.
congrats sekali lagi!!
congrats intan..bangga sgt dengar story ni..:)
wahh..tahniah akak..
bila saya da posting nanti akak pon da balik dari kerja kat india kan?
best best :)
tahniah kakak:)penantian 4 tahun bebraloi:)syoknya.:)kakak intan la idola sy:)
wah..tahniah laa..
nti sy sakit gg sy jmpe dentist blogger ni ek
TAHNIAH INTAN!!
intan cyg..tahniah..juta2 kali..lamanya x lawat intan..k.ryna bz sgt..
akhirnya..semua rindu2..air mata..susah payah berbaloi kan..
syukurlah..nanti balik malaysia..jadi doc gg yg baik okeh..n tuntut hutang contest..huhu..
tahniah tan2..nnt cik ti nk mc cik ti cari intan kay.tp kt msia ah.bkn kt india kay :p
congrats!!
nanti boleh check gigi zella ye...hehehhe
tahniah Intannn!!!
ehhh silap
Dr Intan
ngeeeeeee:-D
pas ni kalau sakit gigi boleh jumpa intan terus
:-D
congratulations! :D
dr.intan...congratsssss
happy 4 u :-)
org kata..bkn senang nak senang,so kesusahan yg kita tempuh tu actually mndewasakan kita..just remember, experience yg intan tempuh tuh bkn leh dibeli..so thankful for that :-)
tahniah dr.intan :)
congrats and all the best in your career. :)
congratz dear! kita pon banggalah dpt kenal dgn dokter ni..hehe~
tahniah cik intan...
tq hadiah jersi tu...cantik
tahniah
tahniah doktor Intan..
pas ni apply koje mana? gomen ker?
kerja baik2 & berhemah yer & keep ur smile ON.. sbb ramai dentis gomen sgt kasar & suka marah2 & tak reti nak senyum... ;)
tahniah yer..alhamdulliah akhirnya berjaya juga bergelar sorang dr..auntie pun risau gak ni..lama lagi anak auntie nak habis
@ciklyndawawaiguana~ huhu tq dear.
@Anitadahahs~ yeke sis. entah2 sama je belajar sana. huhu.
@kak eija~ huhu tq kak.. !!
@adrinaqamarina~ adik kamu pon boleh. akak doakan adik ye!~
@nanaiidyll~ huhu thx syg. dr.bell pon comel juga... haha.
@fikah mus~ huhu tq dear. all the best syg. kamu pon boleh.huhu.
@kemma~ huhu tq dear!!
@alinac lover~ yong! tq. kene kerja setahun kat sna.. internship.
@nina~ huhu, haah dik nanti akak kerja stahun kat sana.
@chenurulhusna~ haha dik.uihh janganlah camtu. malu akak. tak layak lah jadi idola dik.
@sweet-ants~ haha boleh2 dear.insyaAllah will do my best.
@hazzy ishak~ huhu tq hazzy!
@kak ryna~ heee tq sangat2 kak.insyaAllah kak.hee. intan kat msia ni pon tapi tak sempat nak pergi kak. banyak sangat urusannya.
@ciktie~ hehe. boleh2.tapi kene inject lah boleh? haha
@@zella~ huhu lamanya tak jengah zella. tq dear.
@lotikus~ haha. boleh2 dear. tq dear!~
@Mr. Noble~ huhu tq!!
@maya~ sis.. tq alot sis. intan pegang kata2 akak tu.. insyaALLAH sis.
@ken~ bro ken tq alottt!!!
@yanamib~ huhu tq alott dear.
@wakron~ wlcome wakron.huhu tq!!
@tookie-tookie~ tq =D
@kakyong~ insyaAllah kakyong.intan pegang kata2 kakyong tau. hmm gomen kak. sebab ade perjanjian dengan JPA.huhu
@kak ina kl~ huhu tq auntie. bile anak auntie nak abes..heee
bestnye dh jdi dentist.. akk doakn sy supaya dpt jdi cam akk suatu hari nnt.. he3..(",)
tahniah ek sbb dah jd dentist ! all the best for your career. cita-cita adakalanya menyakitkan tapi kalau kta yakin ini yg kita nk, semuanya x mstahil :)
intan...
saya sangat2 berbangga dengan ketabahan awak mengharung semua perkara pelik di india tu..
dari blog awak saya belajar banyak perkara...
anyway..congrates..
finally u jadi gak DR Intan....
agak2 kita pernah jumpa tak kat luar..hehehe
Nysz~
insyaALLAH dear, tiada yang mustahil.
Shahira~
huhu tq dear, memang. tapi kene azam yang kuat untuk tempuh semua tu.
SABRINA~
huhu terharu dengar sabrina ckp macam tu, tq so much.. insyaLLAH. nanti kite jumpe kalau ada peluang. terigin mahu jmpe blogger2 semua hehe.
Post a Comment