Showing posts with label entertainment. Show all posts
Showing posts with label entertainment. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

It Happened Only in India #2

www.tips-fb.com

As Salam Readers,


boleh tengok pemandangan belakang!



lol



motor pun ikut naik bas. greattt!



Jauh sangat dong pintu keretapinya. tak sempat nak kejar. lalu tingkap pon boleh.
tolong tolakkan montot aku cepat.



cayalah. main boleh sepak dengan gaya bebas.hehe teringat gua pakai labcoat kolej time main throwball dulu. hahaha gelakkan diri sendiri lagi. India apa pun boleh!nak mandi laut, mandi dekat water theme park, main gelongsorair pakai sari pon boleh. dekat malaysia ko takde tight, takde swimming suit, takde baju ketat nampak segala bentuk, lekuk, bonjol badan tak boleh. ko bogel lagi bagus!



Mereka ingatkan silalah letakkan kasut, chappal, selipar jepun anda di sini. Biasalah tu masalah komunikasikan.




Selagi ada dinding, selagi itu boleh dikencing dengan senang hati. Peh ini aku mahu cerita, panas punya cerita.. hari tu lalu depan hostel.. tempat biasa aku lalu nak shortcut pergi kedai depan. Dengan senang hati seorang makcik mengangkang lebar-lebar. angkat sikit sari takmo bagi kena tanah.. tiba-tiba berderas laju air kencing turun macam hujan lebat. dang man! aku selalu lalu situ weh! tak ada ke tempat bersih yang aku boleh pijak tanpa perlu merisaukan hati takut terpijak taik dengan kencing. huih. panas-panas. tempat awam ni makcik. kalau pakcik tu gua dah lali dah.. haih rosak mata, rosak hati.


nak bebel sikit, haih hari tu pergilah town, nak membeli-belah barang dapur.. tiba-tiba hujan lebat. ingat nak pergi makan malam. Dalam setengah jam selepas tu. hujan masih lebat ni.. sampai depan kedai makan faveret. Sedih gilaaa! bukannya kedai tutup. Tapi banjir dah hampir dekat lutut tingginya. Gila! baru setengah jam. Memang ramai orang dok tersekat dekat kedai tak boleh keluar. motor pon dah separa tenggelam. Kecewa. tu lah india.. sistem pemparitan tak betul. tersumbat sana-sini. Jalan pula tak rata. Nak lagi terbaik, kalau dekat Malaysia lepas hujan bau fresh dan best je, tapi dekat India ni.. tak kiralah tengah ke selepas hujan ke, bau tak payanh cakaplah. Macam bau loji tandas. Nak termuntah. Siapa nak pijak ke main air banjir dekat India.. memang suicidelah weh. pakai klorok pun belum tentu hilang bau!



Baik punya pakcik. hati-hati takut tersondol orang depan. Kalau kes macam ni orang depan dan belakang kene 2 km jarak baru selamat.



Barangkali keretapi ini selekoh kelandasan lain mungkin. ye. India segalanya mungkin!



Ala, ini benda biasa. hospital dah bertahun tu haa.. pesakit keluar masuk berapa riban entah. rilek je tangga ke bangunan tak siap. Adventure orang kata. Kolej aku cermin takde pon, tinggal besi-besi je.. rilek je. sempoi. 




Saje nak view tinggi sikit. Naiklah motor 2 tingkat.



Tayar spare.



nicely done



Coke or cock?



haha, yang ni terbaik!



p/s: Incredible India kan?

Monday, June 20, 2011

Fanpage FB yang sokong dan bantah hubungan Lisa Surihani dan Yusri bercinta!

www.tips-fb.com





Whoa, Lisa Surihani dan Yusri KRU. Sejujurnya aku pun tak berkenan. haha, tapi tak berkenan ke aku, tak suka ke aku.. tak minat ke aku.. tak secocok kah.. apa-apa sahajalah. SIAPA AKU nak halang si Lisa dan Yusri bercintan. haha.


wahai rakyat Malaysia sekalian alam, marilah kita sama-sama tepuk dada tanya balik diri sendiri.. Siapakah kita nak menghalang atau paling sedap ayat tak nak merestui hubungan mereka. Paling tak pun peminat.. tak ada kena mengena dengan hidup si Lisa dan Yusri. 


Save Lisa Surihani from Yusri KRU



Biarkan Lisa Surihani bersama Yusri KRU jangan ganggu mereka.



Haish, lepas dah create page macam ni, then gaduh-gaduh tak tentu pasal. Buang masalah gaduh-gaduh atas benda remeh temeh ni, Korang gaduh ke, keluar air mata darah ke, the fact yang mereka tengah bahagia takkan berubah. Haih. Pelik-pelik. Bahagia atau kecewa silalah abaikan. Apa-apa pun semua mereka yang tanggung. Rasa kelakar bila jumpa 2 page kat facebook berkaitan dengan Lisa dan Yusri. Yang satu page sokong dan yang satu lagi nak bangkang. Sudah-sudahlah masuk campur dalam hal yang tak sepatutnya. Chills! Semua orang berhak memilih pasangan atau apa yang mereka suka. Mereka pun manusia biasa ada perasaan mahu dan tak mahunya. Apa dah aku merepek.



Apa pun aku percaya admin yang create page facebook ni sekadar nak having some fun. But still. It's their life. Chillaxx! Yang pasti siapa kita nak judge melalui luaran yang mereka tak serasi bersama cewah.Pasni leh suruh diorang duet lagu serasi bersama ek? Ayat Yusri paling takleh blah, " rasa macam muda bila berkawan dengan Lisa " 12 tahun perbezaan umur tu dah bukan satu masalah sekarang ni.Oh ye ek, sekarang ni memang trendkan macam tu. Mungkin perempuan lebih selesa dengan lelaki yang usia lebih matang berbanding diri dia. Sebabnya? sebab lelaki lambat matang. Amik yang tua-tua. dah matang. ko ngamuk ke apa.. dia senyum aja. nama pun dah matang. ye dok? haha back to reality laa.. Lelaki ke perempuan semua pun manusia biasa. takde yang tak de emosi, rasa nak marah, penyabar tak tentu hala.. semua ada kelemahan dan kekurangan. Tak wujud lelaki macam SETH TAN tu, semuanya hanyalah impian dan fantasi. haha. come on guys. u know it! jangan jadi denial.



Well, moga hubungan mereka yang matang akan berkekalan. Doa untuk kebaikkan orang tak salah. Baik tau. So jangan nak doa buruk-buruk. Kalau jadi yang bukan-bukan. Janganlah pula cakap I TOLD U SO! heppp, tak baik!! kita rancang macam mana pun Allah juga yang tentukan. Sebelum merepek bukan-bukan. Jom stop. Ehem sebelum tu, sorrylah lama tak menconteng membebel di blog. Terima kasih pada yang bertanyakan soalan di emel mahupun formspring ye. =D






p/s: kesimpulannya lagi ramai tak suka dari suka. haha aku main hentam je. Sebab lagi ramai yang like page selamatkan Lisa dari Yusri. lol. 

Sunday, May 15, 2011

Review: Maharaja Lawak 2011 minggu ke-7, Amir akhirnya tersingkir!

www.tips-fb.com

As Salam Readers,



Maharaja Lawak kembali lagi minggu ini. Yep sememangnya minggu yang aku tunggu-tungu sebab nak tengok sehebat manakah kemampuan mereka beraksi dalam SILENT COMEDY. Punyalah tak sabarkan malam-malam Jumaat dah buka youtube cari. Awal betul mereka ni upload.haha. Best-best.


Here we go,


1) JAMBU






Entah kenapa aku memang suka sangat dengan Jambu, bukan aku sahaja cakap malah kawan-kawan aku pun. Sebab mereka ni memang best tang mimik muka dan gaya. Itupun dah boleh buat orang tergelak. Jalan cerita menarik dan memang timing pun kene. Tak adalah laju sangat sampai tak faham atau lambat sangat sampai jadi lembab. Rasa kelakar pula tengok diorang pakai baju ketat kaler pink tu huhu. Minggu lepas lagi aku dah agak Ah Jambu mesti boleh buat punyalah. Aku bagitahu kawan aku. Then selepas tengok kawan aku cakap.. Betullah apa kau cakap.haha. Apa-apa pun tahniah Jambu! 






2) SEPAH







Aku suka persembahan SEPAH. mungkin mereka bertigakan, jadi sudah ada advantages nya di situ. Cerita memang menarik. Walaupun Mamat tak banyak sangat pun part diakan. Tang Ambulans tu memang kelakarlah. Best! 





3) JOZAN







Hmm, Ramai juga yang aku dengar orang kata Jozan terbaik.. Tapi bagi aku, yep memang malam tu Jozan best.. Dengan latar belakang soundtrack yang memang menarik. Pace nya yang hmm agak laju tu sepatutnya di perlahankan sedikit sebab sampai aku tak faham, pening kepala aku cuba tangkap. Baru nak faham eh dah kene faham yang lain. Tapi memang tak dapat dinafikanlah Jozan memang best malam tu. Macam Charlie Chaplin pun ada. huhu. Aku paling kelakar masa awal-awal persembahan tu. huhu. Then member aku cakap, jalan cerita sama sangat contohnya Zizan macam nak sampaikan yang Johan sebagai pembantu macam useless sebab kantoikan je. Tapi yang lain semua best. Sebab diorang banyak idea nak tentang magik tu. Memang sangat entertaining!






4) NABIL





Adeh aku kesian sangat dengan Nabil. huhu. Sebab Nabil ni sorang-sorangkan tu lah kekurangannya di situ. Selama ni kekuatan Nabil pada kepetahannya bercakap dan melawak. Jadi bila suara dah takde sudah menjadi kekurangan di situ. Tetapi sekurang-kurangnya Nabil mencuba sebaik mungkin dengan props bagai. 




Balas, hmm ok not bad. 


Man, hm aku tak tengok pula.


Amir, hm idea dah ada. Bagi aku idea tu cubalah bagi Nabil buat ke.. mesti lawak punya. Tapi entah kenapa aku memang tak berkenan. Kadang-kadang aku rasa si Amir ni terlalu overconfident walaupun tak lawak mana. Pelik aku. Walaupun orang lain yang lagi hebat masih rendah diri, down to earth tapi Amir ada sedikit bongkak perangainya. Bak kata kawan aku, apehal mamat ni macam mengada sangat! hmm, lagi satu kalau juri tegur dengarlah. Dah memang kita tak hebat mana, baru nak belajar.. dengar dan belajar. Syukurlah boleh sampai minggu ke-7. Ini bukan Raja Lawak tapi Maharaja Lawak. Macam kurang ajar pula bila dia cakap macam tu pada Idham. Tak pasal-pasal si Mamat Khalid nak kene cari ayat, susun elok-elok sebab nak jaga hati kau weh. Haih, diorang tu antara orang besar dalam industri.. Tutup 1 periuk nasi namanya.





Kedudukan Undian






p/s: Akhirnya tersingkir pun AMIR!

Sunday, May 08, 2011

Review: Maharaja Lawak 2011 minggu ke-6, Aku suka Sepah!

www.tips-fb.com

As Salam Readers,


Review Maharaja Lawak untuk minggu ke-6 pula! Minggu ni walaupun aku rasa kurang menarik. hm  entah kenapa masig-masing macam dah ketandusan idea atau kehilangan taring mereka. Apa-apa pun mereka masing mampu menarik perhatian penonton sehingga tak kering gusi. 


Here we go,


1) SEPAH







Bagi aku, kumpulan Sepah menarik perhatian aku dengan lawak mereka yang memang boleh buat orang gelak sakit perut walaupun takdelah sampai guling-guling tu kan. hehe. Minggu ni gaya mereka sedikit muzikal dan bak kata Idham terlalu sama template mereka setiap minggu. Walaupun mereka antara yang terbaik tetapi juri mahukan satu kelainan yang boleh me'WOW'kan mereka. Well, aku takdelah tak setuju,tapi aku memang yakin Sepah ni memang lain dari yang lain sebab trio mereka ni bersahaja dan memang punyai chemistry antara satu sama lain. Selain dari muka poyo, lawak sempoi, mimik muka dan suara sedap. Haha kira pakej lah kan. Tapi benar juga kata juri, terlalu banyak cakap pun susah juga..hehe. So, sahut cabaran juri untuk melaksanakan SILENT COMEDY minggu depan ye!






2) JAMBU



Minggu ini juri kata, Jambu merupakan persembahan yang terbaik. Mengapa? Sebab mereka tak banyak berdialog, sekadar pergerakan dan mimik muka pun da boleh buat orang pecah perut. Haha. aku rasa itulah kelebihan Taukeh dan Yus. Dengan gaya dan mimik muka je aku dah rasa sangat lawak. Paling best aku rasa waktu minggu ke-4 kalau tak silap, Taukeh jadi Nora Danish pondan tu. Haih tengok banyak kali pun masih boleh gelak.Siap dah kene puji dengan juri mereka ada style Monty Phyton. Siapa mereka silalah Google ye. hehe. Kira diorang ni macam di luar zone tipikal lawaklah.. Minggu ni, lawak mereka pada asalnya perlawanan pingpong, kemudian boleh pula jadi badminton, bowling. Memang penonton sendiri kene berfikir dan berimaginasi. Last sekali dikir barat? haha. kesinambungan yang pelik tapi lawak. 







3) JOZAN



Jozan hmm, bagi aku macam kurang taringnya, kurang lawak. Tapi seperti biasa aura Jozan tu macam ada. hehe. So, tak lawak sangat pun still boleh nak gelak tengok gaya mereka. Aku mengharapkan sesuatu yang gah dan lebih berisi serta lebih banyak punchline. 







4) NABIL





Kalau sebelum-sebelum ni, Nabil memang kreatif dan mesti ada sahaja prop yang dia bawa setiap minggukan. Minggu ni aku rasa macam tak berapa bestlah Nabil. Dan betullah sangat-sangat kata juri tu, Kenalah pandai bajet masa. Rugi sahajakan kalau tak cukup masa. Tapi Nabil ni kira antara terbaik sebab dia sorang pun boleh melawak. Tang dia tiru gaya GPS punya suara tu. Memang sebijik weh! haha.







5) MAN




hmm, minggu ni agak better berbanding minggu yang lain-lain. Tapi mungkin Man ni kurang pengalaman lagi jadi masih kurang umppphh nya. Rasanya Man kene bawa satu kelainan pula, sebab sudah terlalu banyak immitation. 





Rasa tak sebar nak tengok minggu depan punya. Nak tengok sehebat mana mereka boleh buat prang pecah perut tanpa mengeluarkan suara. Silent Comedy! Hebat macam Mr.Bean tak? haha.



p/s: Siapakah bakal bergelar Maharaja Lawak? hehe

Sunday, May 01, 2011

Review: Maharaja Lawak 2011 Minggu ke-5!

www.tips-fb.com

As Salam Readers,


hehe review time! Tiba masa aku review untuk Maharaja Lawak minggu ke-5 pula. Yang pasti peserta pilihan ramai masih ada dalam minggu ini.. Siapa lagi kalau bukan Jozan, Nabil, Sepah dan Jambu! Mereka masih lagi menampilkan aksi dan gaya yang tersendiri. Tetapi aku rasa minggu ni semua peserta agak hambar dan kurang sedikit berbanding minggu ke-4 yang lalu. Walaupun begitu mereka masih lagi boleh membuatkan para penonton ketawa dan tergelak. Siapa setuju minggu ni mereka agak kureng sedikit? 


Here we go!


SEPAH





well, minggu ni aku rasa Sepah agak lawak berbanding peserta yang lain. Seperti biasa Sepah tak pernah nak hampakan penonton dan peminat mereka. Kalau minggu lepas, Idham ada komen tentang peranan Mamat yang agak kurang berbanding yang lain.. Jadi ternyata minggu ni mereka take the note dan tadaa Mamat punyai peranan dan banyak bercakap. Kenapa aku still rasa antara mereka Syuib lah paling kelakar? huhu. Kalau boleh kenelah lagi banyak isi dan punchline baru best rasanya. Mula-mula aku tak faham kenapa nak tukar semua jadi gigi taring. Haih, aku kan belajar pasal gigi, blank aku. Rupanya nak tajam dan jongang macam Mamat. haha. blank kejap. Tapi bila Mamat cakap 'ini jongang bangang!' gagaga. Baru sampai lawak tu. huhu kenapa mesti DAFI? Dafi Baik Punya! gagaga









JOZAN





hehe, bak kata Bam2.. lawak Jozan ni expected. Aku rasa mungkin kerana diorang ni dah selalu sangat melawak tak kiralah kat mana-mana, Raja Lawak? Pentas? rancangan sendiri? Rancangan orang? haha. So banyak lawak yang dah menjadi trademark dan kita pun dah biasa tengok. Tapi ternyata mereka ni walaupun expcted. Masih lagi mampu buat orang gelak. Kalau tak takkan dalam carta nombor 1 kot kan. Mimik muka pun dah orang tengok macam nak gelak guling-guling. Macam biasa chemistry diorang yang memang mantap tu buat kita rasa macam smooth je jalan cerita tu. well keep it up!






NABIL





yeah sekali lagi lawak paling kreatif aku nak anugerahkan pada si Nabil! Detektif Conan bukan Konan. haha. Bila aku tengok, mak aii sebijik macam Conan weh. Menang Lawak! dan paling lawak bila Nabil pakai tudung. comel.haha. dengan gaya dan loghat pekat nogoghi tu kan. hah part tu sangat lawak ok!. Nabil memang sangat berbakat. Tetapi bak kata Idham pace cerita atau sketch ni agak slow. Memang slow sikit jalan ceritanya. Kalau cepatkan pace nye mesti lagi bestkan. dan seperti biasa, Nabil mesti ada je propnye kan. tadaaaa darah bila kene tikam.hehe




JAMBU


Jambu pun best minggu ni, walaupun semuanya yang aku tengok agak everage gitu. Ada juga lawak yang boleh buat kita senyum kambing! hehe. Baju warna pink memanglah sesuai dengan nama Jambu!






MAN


hmm orang kata lawak Man banyak lawak cedok. Bukan sikit tapi banyak. Adakah kerana Man ni banyak sangat pressurenya bila bertanding dengan semua pelawak yang lagi tinggi standard mereka? Entah aku tak bape minat sangat dengan Man sebenarnya.




p/s: Jihan terkeluar. Mungkin Jihan ni kira ok tapi masih tak terlawan dengan lawak bersahaja peserta lelaki. 

Thursday, April 28, 2011

Review: Maharaja Lawak 2011 minggu ke-4, Jambu terbaik weh!

www.tips-fb.com

As Salam Readers,


Yeah seperti biasa, it's time for me to review Maharaja Lawak Minggu yang ke-4. Sorrylah, again lambat lagi. hehe. Minggu ini agak best. Walaupun aku tak tengok semuakan. haha. Malas nak tengok kalau rasa-rasa lepas tengok nanti aku mengeluh, "Baik tak payah tengok!" so awal-awal aku dah reject..


Here we go,


1) JAMBU




haha, entah kenapa lawak si Jambu ni aku suka pula. sangat bersahaja. tak payah banyak dialog.. cukup sekadar body language, mimik muka yang memang rasa nak lempang tu kan. haha. Puas gelak sorang-sorang tengok. Geli geleman pon ada. haha. tapi Taukeh lu memang terbaik yop! Gua respek! ayat yang aku rasa comel.  " Cancel Cendol" . budus. Lakonan lawak yang bersahaja tapi sangat lawak! Teruskan usaha Jambu!






2) SEPAH






Seperti biasa, Sepah tak pernah menghampakan aku dan juga penonton di luar sana. Walaupun kadang-kadang ada yang lagi baik dari Sepah setiap minggu, aku tak pernah rasa Sepah ni tak lawak langsung. Dan yang pasti takkan menyesal nak tengok lawak Sepah. Ada je idea yang menarik, punchline yang best. Betul juga kata Ahmad Idham, kebanyakkannya memang Mamat agak kurang peranan. So biar bagi sama rata. Apa-apa pun chemistry Sepah memang dah terbaik... Paling lawak, nak minta 3 juta supaya adil, sebab sejuta lagi nak bagi pada tebusan.haha. aku pun mahu diculik kalau dapat habuan sekali =P Lepas tu, kalau kene tangkap takpe sebab bapak budak ni ( si tebusan) kan peguam.. dialah bela kita. budus.






3) JOZAN





Jozan pun lawak kali ini memang lain dari yang lain, belum ada orang buat lagi cara macam ni rasanya. Idea menarik. Isi pun lawak. Dan yang pasti tema mereka. Sangat berani untuk mengambil tema ke arah keagamaan. Walau macam mana pun. Jozan pun best this week!






4) NABIL.



Kalau ada Anugerah Lawak Paling Kreatif, Nabil sangat sesuailah nak julang Anugerah ni. Yang pasti setiap minggu Nabil punya lawak sentiasa kreatif. Tapi minggu ni walaupun kurang lawak.. Tapi kira oklah bagi aku. Bak kata Abang Mamat Khalid.." weird ". Pemikiran Nabil mencari idea yang pelik dan kreatiflah yang menonjolkan Nabil lain daripada peserta ML yang lain. Setiap minggu pasti penonton ternanti-nanti apakah idea kreatif yang bakal dipersembahkan di pentas Maharaja Lawak. well, ini seolah-olah satu zon lain daripada tipikal lawak. Keep it up Nabil! 









AMIR, haha entah kenapa aku rasa Amir minggu ni ada juga lawaknya. hehe. tang kenekan Mamat Khalid, Idham dengan Apek.haha. comel juga rupanya lawak si Amir. 






MAN, bagi aku hm tak berapa bestlah minggu ni bro.



BALAS, aku pun tak tahu apa dah jadi dengan Balas. Macam dah takde idea dan semangat. R2 better kot! sayangnya R2 dah terkeluar.



p/s: lambat gila aku post review ni.

Monday, April 18, 2011

Review : Maharaja Lawak 2011 minggu ke-3. Nabil, Jozan dan Sepah terbaik!

www.tips-fb.com

Salam Readers,


Haih dah lambat lah pula nak review Maharaja Lawak minggu ke-3 ni. tapi nak juga review hehe. Minggu ni tema lawak mereka ialah Komedi Muzikal. hmm, memang agak mencabar nak menguji skill diorang melawakkan. Bukan senang nak melawak sambil bernyanyi ni. Ramai yang cakap Nabil best, Jozan lagi hebat dan Sepah lagi terbaik.. Apa-apa pun, pendapat dan citarasa setiap orang berbeza-beza bukan? So pendapat aku? Jozan, Nabil dan Sepah memang mantap terbaik wok! Yang lain tak payahlah den kabor. ye dok?


Akhirnya WAI dan XN3 tersingkir selepas minggu kedua. 


1) Nabil


Photobucket



hehe aku sokong Nabil terbaik, sebab bagi aku lawak Nabil ni lain daripada yang lain.. Nabil memang kreatif. Dari minggu pertama.. sambung kedua lawak bersiri memang tak mengecewakan. Bermain dengan lalat? Siapa terfikir nak buat lawak macam tu kan. Lagi satu Nabil ni berseorangan, so lagi nampaklah kehebatan dia ni. Apa-apa pun keep it Nabil! Lagu Grenade tu.. haha. layan.





2) Jozan


Photobucket



Akhirnya Jozan dah cuba menunjukkan taringnya! yezzzaaaa! superlike! Tapi seperti kata orang ramai, bab-bab menyanyi dan muzikal ni dah memang makanan Jozan. Lagipun suara Jozan memang best pun. Tapi aku sangat kagum dengan susunan cerita lawak si Jozan yang sangat teratur dan setiap lagu-lagunya yang kena pada situasinya. Memang satu homework yang sangat mantap dan terbaik. Memang tak ada siapa boleh lawan Jozan bab-bab muzikal ni. Tengok saja waktu hoskan Rancangan Raja Lawak pun dah memang start melawak sambil bernyanyikan.






3) Sepah



Photobucket



Lawak Sepah memang boleh gelak guling-guling gitu. Bam2 cakap Sepah terbaik. Tapi aku lagi suka Nabil dan Jozan lagi.hehe. Sepah memang maintain je performance diorang, memang hebat. lawak menjadi.. muzikalnya pon best. Comel gila Syuib pakai baju perempuan. haha entah2 pinjam dress Siti Sara =P







Jambu sedikit mengecewakan, dah membazir 2 minit pertama dengan Jinkaliwanya Jinkala tu, hmm kurang sikit isi lawaknya, sebenarnya aku suka si taukeh je boleh? tak nak suka Yus. hoho. Alex suara best! Lagu pun antara yang terbaik. Man pun boleh tahan dengan kecek kelatenya. Amir kesian sangat time dia menyanyi sampai out tempo.. sampai  Shah si guitarist nak bagi gitar.. huhu, kesian memang kesian sampai Mamat, Idham dengan Apek buat gaya suruh berhenti.. Well, nama pun pelawak bukan penyanyi.hehe. Paling kesian R2 tersingkir instead of Amir. Aku lagi rasa R2 lagi mempunyai potensi yang lagi besar dari si Amir. Tak kisahlah orang nak kata lawak Mastika ke lawak internet ke, yang penting lagi lawak berbanding dengan Amir. cuma minggu ni je tak best. Ramai bebenor penyokong si Amir ni ek? 





Usop Wilcha  pun tak kurang hebatnya, nak juga menyelit.huhu suara memang bestlah Usop! cayalah! haha aku rasa Usop ni pun boleh join sekali ML agaknya. kome, kome, kome, kome, kome, kome, kome, kome fullstop!


p/s: Kesian R2 terkeluar, Orang kata tak ada rezeki. 

Saturday, April 09, 2011

Sepah menghangatkan Maharaja Lawak Minggu Kedua!

www.tips-fb.com

Salam Readers,


Semalam time call Bam2 dia tengah tengok Maharaja Lawak. wah emo2. tak puas hati tak dapat tengok! Bam2 cakap ala, esok confirm dah masuk youtube. Balik kelas secepat mungkin aku tengok dekat youtube. haha happy bila adakan. terima kasih banyak-banyaklah siapa yang upload tu.I heart You bebeh!


So here we go, pandangan aku terhadap peserta ML untuk minggu yang kedua. seperti biasa gue tetap heart you Jozan! haha tapi gue tak mo biasss ok! 


Peserta Pilihan aku,


1) SEPAH


Photobucket


Tepat sekali apa yang Bam2 cakap Sepah terbaik malam tu, aku macam denial sikit sebab nak juga Joza paling best. huhu, tapi bila dah tengok semua.. bagi aku Sepah memang terbaiklah! Gaya bersahaja, energy yang digunakan memang superb. Shuib haha, muka poyo gila.. lawak gila time cerita pasal gajah dengan ular senduk. budus. kira diorang ni memang masuk airlah. kalau episod 1 lawaknya ada tapi sedikit hambar, tapi episod 2 ni memang bersahaja dan banyak punchlinenya. memang rasa nak guling-guling gelak. Cara penyampaian dan cerita pun mantap. 

abang dah kawen? ada anak?

ada anak..

hah biar saya teka, aku suka teka..

anak lelaki anak lelaki.. betul tak?

salah!

haaa anak pompuan!

macam mana kau tahu?


haha budusss gilaaa.





2) NABIL


Photobucket


somehow aku rasa aura Nabil sebagai pelawak tu masih kuat. dan lawak Nabil masih mantap. siapa sangka boleh buat lawak bersiri. haha. terbaik betul idea.  Lawak Nabil ni agak sempoi mungkin dan jujur? haha. loghat dia kot buat makin menarik. dan sebenarnya Nabil ni kreatif.huhu.





3) JAMBU

Photobucket


huhu Jambu tetap tak menghampakan. memang lain dari yang lain alawak dia. outside the box. bak kata Mamat Khalid, dah takde dah lawak yang konvensional ni.. masuk ke satu dimensi lain. huhu. maybe Taukeh tu memang muka pon dah lawak, rasa nak guling-guling tengok si Taukeh. Gaya dia memang tak boleh blah. Muka Legend Hati Kiut. I likeeee! haha. 





4) R2

lawak R2 pun masih terbaik dari ladang, walaupun masih si Abang yang melawak, yang adik ni macam membantu je, but still great comedy.. bak kata orang saling melengkapi. tapi betul teguran Abang Mamat.. kalau boleh kene share-share lah.. biar dua-dua bagi punchline. baru lagi best rasanya. tapi bagi aku ni pun dah ok. kelakar bab lembu.. aku curik bapak lembu je, mana tahu emak dengan anak pun ikut sekali. gilaaalah! haha. tapikan opssi. ada lucah sikit part last. 






5) JOZAN


Photobucket


hee, template lawak Jozan ni dah lama, mungkin Jozan kena amik template baru yang lain dari yang lain barulah nampak kelainan.. barulah makin mantop ye Jozan. papepon siapalah boleh lawan si Johan ni kan. bab nak meniru gaya bagi dia.haha. semua pun dia boleh. Jozan ni dah ada pengikut dan peminat tersendiri. jadi janganlah hampakan mereka ye termasuk Aku weh! Jozan dah macam pakej, chemistry pun dah ada.. cuma kena lebih kreatif dan biarlah satu benda yang baru di luar jangkaan penonton kan?






6) BALAS


Photobucket


hmm, oklah takdelah lawak sangat tapi kira ok-ok gitu. lucah mesti tak nak lepas. tak bape berkenan sikit part lucah tu. errr. pe kata tak payah part lucah. lebih baik cari punchline yang lagi better, tak perlu kot trademark lucah tu. banyak lagi cara lain nak buat orang gelak.. laaaa kata pelawak. dah masuk Maharaja Lawak pun.


7) MAN


Photobucket


err Man sorry bro. episod ni sangatlah kureng bro. orang minyak? hm pening sikit nak kaitkan dengan lawak-lawak yang lain.  mungkin lebih kreatif lagi bro?


8) XN3


Photobucket


kurang lawak. teruskan usaha! susah juga ye nak jadi pelawak ni.


9) JIHAN

hmm, Jihan ni ada isinya, idea pun ok. tapi entah kenapa aku rasa tak lawak. err perempuan tak sesuai ke eh melawak macam ni?


10) ALEX


err, bolehlah layan si Alex ni kan. lawaklah juga.. 


11) AMIR




Photobucket


sebenatnya Amir ni banyak idea, tapi mngkin presentation tu takde, tu yang tak sampai lawaknya. apapun aku tengok Amir ni betterlah dari si WAI tu. yang kelakarnya, ni lah salah satu peserta yang tak bunyi loceng. haha. penat gak aku cari tempat nak gelak. last-last aku gelak bila time AC dah keluar, budus gila AC, tukang picit loceng pun tergugat sampai tak sempat picit loceng. paling lawak, si Amir baling topi dekat penonton. hah sebijik dari AC.. hoi kau ingat ni konsert Hujan ke? haha. Tapi Amir ni kene slow sikit pace laaa.. cakap slow baru orang faham.. laju sangat macam peluru sampai tak sempat bunyi loceng.. tiba-tiba dah habis? papepun Mir, I'm Sorry ! 


12) WAI




Photobucket


Why??? Sumpah tak best. sorrylah bro. kenapa aku tak jumpa langsung tempat nak gelak, ingat nak senyum kambing pun jadilah tapi takde weh. betullah kata si Idham.. kenapalah korang decide nak join venture eh wahai Kecik dan Idlan? Amir pun nampak improvement.






Keputusan terkini selepas habis MINGGU 2!


Photobucket
sumber : SINI


p/s: still need JOZAN to make something different! oh kemon JOZAN! 

Related Posts with Thumbnails