Thursday, July 14, 2011

It Happened Only in India #2

www.tips-fb.com

As Salam Readers,


boleh tengok pemandangan belakang!



lol



motor pun ikut naik bas. greattt!



Jauh sangat dong pintu keretapinya. tak sempat nak kejar. lalu tingkap pon boleh.
tolong tolakkan montot aku cepat.



cayalah. main boleh sepak dengan gaya bebas.hehe teringat gua pakai labcoat kolej time main throwball dulu. hahaha gelakkan diri sendiri lagi. India apa pun boleh!nak mandi laut, mandi dekat water theme park, main gelongsorair pakai sari pon boleh. dekat malaysia ko takde tight, takde swimming suit, takde baju ketat nampak segala bentuk, lekuk, bonjol badan tak boleh. ko bogel lagi bagus!



Mereka ingatkan silalah letakkan kasut, chappal, selipar jepun anda di sini. Biasalah tu masalah komunikasikan.




Selagi ada dinding, selagi itu boleh dikencing dengan senang hati. Peh ini aku mahu cerita, panas punya cerita.. hari tu lalu depan hostel.. tempat biasa aku lalu nak shortcut pergi kedai depan. Dengan senang hati seorang makcik mengangkang lebar-lebar. angkat sikit sari takmo bagi kena tanah.. tiba-tiba berderas laju air kencing turun macam hujan lebat. dang man! aku selalu lalu situ weh! tak ada ke tempat bersih yang aku boleh pijak tanpa perlu merisaukan hati takut terpijak taik dengan kencing. huih. panas-panas. tempat awam ni makcik. kalau pakcik tu gua dah lali dah.. haih rosak mata, rosak hati.


nak bebel sikit, haih hari tu pergilah town, nak membeli-belah barang dapur.. tiba-tiba hujan lebat. ingat nak pergi makan malam. Dalam setengah jam selepas tu. hujan masih lebat ni.. sampai depan kedai makan faveret. Sedih gilaaa! bukannya kedai tutup. Tapi banjir dah hampir dekat lutut tingginya. Gila! baru setengah jam. Memang ramai orang dok tersekat dekat kedai tak boleh keluar. motor pon dah separa tenggelam. Kecewa. tu lah india.. sistem pemparitan tak betul. tersumbat sana-sini. Jalan pula tak rata. Nak lagi terbaik, kalau dekat Malaysia lepas hujan bau fresh dan best je, tapi dekat India ni.. tak kiralah tengah ke selepas hujan ke, bau tak payanh cakaplah. Macam bau loji tandas. Nak termuntah. Siapa nak pijak ke main air banjir dekat India.. memang suicidelah weh. pakai klorok pun belum tentu hilang bau!



Baik punya pakcik. hati-hati takut tersondol orang depan. Kalau kes macam ni orang depan dan belakang kene 2 km jarak baru selamat.



Barangkali keretapi ini selekoh kelandasan lain mungkin. ye. India segalanya mungkin!



Ala, ini benda biasa. hospital dah bertahun tu haa.. pesakit keluar masuk berapa riban entah. rilek je tangga ke bangunan tak siap. Adventure orang kata. Kolej aku cermin takde pon, tinggal besi-besi je.. rilek je. sempoi. 




Saje nak view tinggi sikit. Naiklah motor 2 tingkat.



Tayar spare.



nicely done



Coke or cock?



haha, yang ni terbaik!



p/s: Incredible India kan?

Wednesday, July 13, 2011

Resepi Kek Tiramisu yang sedap dan senang! yummy!

www.tips-fb.com

As Salam Readers,





Lama tak membebel, lama tak kongsi resepikan? Kali ini nak berkongsi resepi TIRAMISU KEK. Semua orang tahu Tiramisu kek kan? Sudah lama aku teringin sangat-sangat nak bake tiramisu kek ni. Puas tengok macam-macam resepi, banding-bandingkan.. sampai aku pun tak ingat resepi mana aku refer. Well, Tiramisu cake ini atau maksudnya "pick me up" sangatlah popular sebagai Italian Cake.


Masalah besarnya, dekat India tak ada LadyFingers.. Takde juga Mascarpone cheese macam dekat ITALI.. tak ada juga Cream Cheese macam dekat Malaysia. Kalau ada mak aih lah mahalnya. tak mampulah den nak membeli. Jadi aku bagi resepi ni ada version yang asal dan ada juga version India. hehe. 


RESEPI:

disebabkan tak ada Ladyfingers, maka aku bake sendiri Vanilla Sponge Cake. jimatkan. sedap pula tu *masuk bakul angkat sendiri*


BAHAN-BAHAN SPONGE CAKE:

175gm butter
200gm gula castor (kurangkan sikit gula, nanti manis sangat)
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
280gm tepung gandum
1 sudu teh baking soda
sedikit garam


BAHAN-BAHAN TIRAMISU:

250ml whipping cream ( dekat India susah cari, so aku gunakan fresh cream)
200ml cream cheese ( India mahal, so aku gunakan curd yang ditapis selama 8 jam) 
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1 sudu besar serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan ( kalau mahu)



CARA-CARANYA:


1) Preheat oven pada suhu 170 darjah celsius.
2) Gunakan elektrik mixer untuk mix butter dengan gula sampai gebu
3) Masukkan telur satu persatu sampai sebati.
4) Masukkan esen vanilla dan pukul sampai sebati lagi.
5) Akhir sekali masukkan tepung dan pukul sampai sebati.
6) Sapu loyang @ springform loyang guna butter, tuang bancuhan dalam loyang dan bakar selama 30 minit.
7) setelah sponge cake masak, sejukkan sementara. 
8) sementara itu, bancuh nescafe tadi ke dalam 1 cawan air panas.
9) Pukul cream cheese, gula halus dan whipping cream. ( curd dan fresh cream yang ditapis selama 8 jam + gula halus + perahan separuh lime ) sampai kembang.
10) Sponge cake tadi bolehlah dibelah dua sama tebal.
11) tuangkan bancuhan nescafe menggunakan sudu ke atas bahagian bawah kek tadi.. ( separuh cawan)
12) letakkan bancuhan cream cheese tadi ke atas kek tersebut.
13) letakkan bahagian atas kek ke atas bancuhan cream cheese tadi.
14) ulang balik step tuang bancuhan nescafe dan cream cheese.
15) bolehlah hias kek menggunakan serbuk koko atau choc rice etc.
16) sejukkan kek. Baru sedap dimakan!

fresh cream yang aku tapis sekali dengan curd. 



sponge cake yang dah masak dan gebusss.


bancuhan nescafe


terbalikkan kek untuk dibelah dua.


ni dah masuk top layer. siram dengan nescafe, then letak cream cheese tadi.


then boleh hias.

tiramisu cake! sejukkan sedap dimakan.


yang ni bake lagi kali ketiga, bawa masa end-posting dekat Prosthodontics department.



kalau nak tutup tepi-tepi tu dengan cream cheese pon boleh je.
gua potong tak sekata. haha buruk.



p/s: sedap rasanya sebab ada manis, masam, rasa nescafe. perfecta makan sejuk-sejuk!

Related Posts with Thumbnails