Wednesday, July 13, 2011

Resepi Kek Tiramisu yang sedap dan senang! yummy!

www.tips-fb.com

As Salam Readers,





Lama tak membebel, lama tak kongsi resepikan? Kali ini nak berkongsi resepi TIRAMISU KEK. Semua orang tahu Tiramisu kek kan? Sudah lama aku teringin sangat-sangat nak bake tiramisu kek ni. Puas tengok macam-macam resepi, banding-bandingkan.. sampai aku pun tak ingat resepi mana aku refer. Well, Tiramisu cake ini atau maksudnya "pick me up" sangatlah popular sebagai Italian Cake.


Masalah besarnya, dekat India tak ada LadyFingers.. Takde juga Mascarpone cheese macam dekat ITALI.. tak ada juga Cream Cheese macam dekat Malaysia. Kalau ada mak aih lah mahalnya. tak mampulah den nak membeli. Jadi aku bagi resepi ni ada version yang asal dan ada juga version India. hehe. 


RESEPI:

disebabkan tak ada Ladyfingers, maka aku bake sendiri Vanilla Sponge Cake. jimatkan. sedap pula tu *masuk bakul angkat sendiri*


BAHAN-BAHAN SPONGE CAKE:

175gm butter
200gm gula castor (kurangkan sikit gula, nanti manis sangat)
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
280gm tepung gandum
1 sudu teh baking soda
sedikit garam


BAHAN-BAHAN TIRAMISU:

250ml whipping cream ( dekat India susah cari, so aku gunakan fresh cream)
200ml cream cheese ( India mahal, so aku gunakan curd yang ditapis selama 8 jam) 
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1 sudu besar serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan ( kalau mahu)



CARA-CARANYA:


1) Preheat oven pada suhu 170 darjah celsius.
2) Gunakan elektrik mixer untuk mix butter dengan gula sampai gebu
3) Masukkan telur satu persatu sampai sebati.
4) Masukkan esen vanilla dan pukul sampai sebati lagi.
5) Akhir sekali masukkan tepung dan pukul sampai sebati.
6) Sapu loyang @ springform loyang guna butter, tuang bancuhan dalam loyang dan bakar selama 30 minit.
7) setelah sponge cake masak, sejukkan sementara. 
8) sementara itu, bancuh nescafe tadi ke dalam 1 cawan air panas.
9) Pukul cream cheese, gula halus dan whipping cream. ( curd dan fresh cream yang ditapis selama 8 jam + gula halus + perahan separuh lime ) sampai kembang.
10) Sponge cake tadi bolehlah dibelah dua sama tebal.
11) tuangkan bancuhan nescafe menggunakan sudu ke atas bahagian bawah kek tadi.. ( separuh cawan)
12) letakkan bancuhan cream cheese tadi ke atas kek tersebut.
13) letakkan bahagian atas kek ke atas bancuhan cream cheese tadi.
14) ulang balik step tuang bancuhan nescafe dan cream cheese.
15) bolehlah hias kek menggunakan serbuk koko atau choc rice etc.
16) sejukkan kek. Baru sedap dimakan!

fresh cream yang aku tapis sekali dengan curd. 



sponge cake yang dah masak dan gebusss.


bancuhan nescafe


terbalikkan kek untuk dibelah dua.


ni dah masuk top layer. siram dengan nescafe, then letak cream cheese tadi.


then boleh hias.

tiramisu cake! sejukkan sedap dimakan.


yang ni bake lagi kali ketiga, bawa masa end-posting dekat Prosthodontics department.



kalau nak tutup tepi-tepi tu dengan cream cheese pon boleh je.
gua potong tak sekata. haha buruk.



p/s: sedap rasanya sebab ada manis, masam, rasa nescafe. perfecta makan sejuk-sejuk!

12 si gojes suke membebel:

scha cha said... [Reply]

wuuuhuuuu...
nmpk sedap!
nk try..................!!
:)

Aini Azman said... [Reply]

wow,.boleh cube ni,.klu beli mahal,.hhhee

Yatt S. said... [Reply]

nak cuba. tapi malas lah buat sponge cake tu. nak gi beli je sok kat giant. pastu buat tiramisu. hehehehe.dasar anak dara pemalas. thanks for the resipi ;)

Seronok Ke Iklankan Diri Sendiri Dalam Facebook?
Tips : Cara Mudah Kantoikan Boyfriend Curang

Ken Wooi said... [Reply]

looking nice.. yum! :)

nina suhaina said... [Reply]

wah, nak cuba la resepi kakak ni. nampak sedap. boleh bawa pergi lab. hihi..

raihani said... [Reply]

weeeeeiiiiii~~
aku serta merta teringin utk try resepi ni even im not a tiramisu's fan . hukhukk aku nak kek ni ko buat bile balik msia nti weiii

Siti Hajar@Atiey said... [Reply]

Siyesly!akan try..tq so much..:)

Siti Hajar@Atiey said... [Reply]

siyesly,akan try!tqvm.:)

dapurCikWan said... [Reply]

terjumpa resepi tiramisu sini.. =)

Unknown said... [Reply]

dh msk sppnge kek tu tp tgh tenggelam..x tau nape..sedih sgt sbb nak buat tuk beday hubby arini..huuu.. :(

AnisSyaaa said... [Reply]

waaaaaah, sedaaaaaapnya :D

ღ ♥cik syiera ღ ♥ said... [Reply]

kak long!! hehehe,,cari2 resepi kek nie,,jumpa blog akak,,patotlah cm kenal je header tu,,huhuh,,anyway,,kek tu nampak sgt sedap :))

Related Posts with Thumbnails