Salam Readers,
satu persoalan bermain di minda..
KENAPA PEREMPUAN TERLALU MEMILIH? atau SUKA MEMILIH?
memang susah memilih ni =P
pernah tak mengalami situasi macam ni, tak kiralah empunya diri atau yang terpaksa menemaninya kan. hee. nak beli satu handbag ni, tapikan habis semua kedai nak dimasuk, tapi last sekali tak beli satu pun. sebabnya tak berkenan di hati. pengalaman aku, ada sekali tu, aku keluar dengan Bam2 ni nak beli handbag.. puas juga masuk dari satu kedai ke kedai. tapi belum jumpa yang betul-betul berkenan kat hati... kedai pertama tu, macam ok je. macam dah berkenan.. tapi sikap rasa nak cuba cari yang lebih cantik tu membuak-buak menguasai diri.. so cakapkan Bam2.. hmm, kite rasa nak pergi cuba cari yang lagi cun lah kat kedai lain.. Bam2 layankan. dah sayanggg.hahahaha. masuk kedai kedua, ketiga sampai entah ketujuh, kelapan? tak mampu kuingat.. muka Bam2 dah penyekkkk semacam. aku buat-buat tak nampak. buat-buat tak paham. maklumlah kite nak membeli kenelah berhati-hatikan. kene check semua. puas hati baru beli.mahal nak bayar ni.. 20hengget? pon mahal tuuuuu.
masuk kedai terakhir agaknya kalau tak silap.. try punye try. banyak juga handbag aku try. seploh ada? lebihhhh kottt. puas aku gayakan depan cermin ni. setiap beg bam2 kata,
eh cantiklah awak pakai !
eh berkenan kite tengok awak pakai. makin comel.
eh warna dia memang sesuai sangat ni dengan awak
kite rasa awak takde lagi beg macam ni.
eh awak, susah nak jumpa beg kaler ni.cantik awak pakai!
errrr. dah penat sangat punya pasalkan. haha semua pun aku pakai nampak CANTIK! semuanya nampak kena hehe. then, aku cakap.. oklah. awak cakap yang ni cantikkan? kite pun rasa "ok". kite nak yang ni lah. time aku nak pergi kaunter, slow-slow aku jalan. pakcik tu nak wrap dah ni. aku cakap eh tak naklah. aku terus keluar dari kedai. blank bam2. eh laahhhh awak kata cantik tadi.. tak jadi beli ke? lama kite dalam kedai tu tadi takde satu pun awak berkenan ke sayang? aku mampu tersenyum saja sambil jawab kurang puas hatilah. kite rasa beg yang kedai pertama sekali kite masuk tu kite suke lah. heee. hah?? yang mana?penyek terus muka bam2. nak menapak cari kedai pertama tadi entah yang mana.. jauh gila nak pusing balik..hahaha sian bam2 kan kena layan awek tak semenggah macam aku ni.
pernah juga time aku pergi TIMES SQUARE. hmm, cakap kat bam2 nak beli wedges. eh wedges yang boleh makan tu kan? dang! hello sayang. wedges tu sepasang sandal lah yang boleh dipakai tau.hee. jumpa satu yang cun, berkenan dah ni. tapi seperti biasa sifat penuh berhati-hati dan cuba mencari yang lagi puas hati memang sentiasa memenuhi diri aku. round lagi cari sampai entah kedai mana. tak jumpa. aku dah kecewa. cakap kat Bam2. kite nak wedges putih yang kite dah suka tadilah. hah tu laaaa... tadi tak nak beli. takpe jom kite cari balik.. sian bam2. hee. yeah! cari punye cari tak jumpe. kenapalah sekarang aku baru rasa semua kedai kasut tu sama je.. aku nak putus asa. sampai aku cakap, awk.. kalau tak jumpa juga dalam kedai ni, kite baliklah.. takpelah takde rezeki kite kot wak... sekalikan... TAKDE!! DANG!!! hmm awak, sekarang ni takde nak balik juga ke?kata Bam2. penyek dah muke aku.seposen tak laku. muke dah muncung tu, jom2 kite carik sampai jumpa.. tak tido malam nanti awak tu.. tapi aku dah nekad ni. *kunun* tak jumpa gak kedai ni.. balikkkkk!!! malas nak cari. tapi dalam hati doa...pleaseeelahhhhh ada!!! wahhh! macam magik. ADA! Bam2 kata senyum sampai telinge. gagaga.
lagi best, waktu pergi uptown dengan Bam2 dekat Shah Alam... jumpa satu beg cun kaler kuning. lama sangat dah ni mengidam nak beg kaler kuning. hehe. pe cekik darah pakcik tu. nak tibai aku sampai RM 40 lebih! hellloooo pakcik! uptown patutnya harga MURAH! ala biasalah kan, kalau letak harga mahal.. orang tawar murah. dah letak harga Murah pon orang nak tawar lagi.hehe. tak puas hati gak ni. tawar punye tawar aku minta RM25. dia bagi RM27. ceh beza sikit je ni.. last2 aku tak beli. ego gilaaaa aku... hambik kau. sampai sekarang terkenang-kenang. nyampahnya kat diri sendiri! takde rezeki. huhu. sekali jumpa beg kuning yang lawa kat Goa. belajar dari pengalaman. hehe... yang bestnya kat India ni.. ko tawar, pastu ko tak dapat harga ko tawar..ko BLAH! kompem dia panggil balik!!! hehehe.
hari tu dekat INDIA. SALES gilaaa punya salesss. memang gila. huhu. kedai branded banyak yang flat 40%, ada kedai best semua benda separuh harga. Levis beli 1 free 1.. haha. mahu tak gileee Bam2. memang kenalah Bam2 datang time ni.. aku jumpa purse Adidas kaler merah cantik! hmm, padan muka. tak beli. akhirnya teringat-ingat sampai sekarang. sanggup kirim kawan aku yang g Bangalore tu. tapi dah habis! padan muka!!! dah la purse aku dah koyak rabak ni. penuh staplerrrr!
huhu kesimpulannya, bukan setakat barang kehendak je, keperluan pun sama.. perempuan memang terlalu memilih.. dari budak kecik sampai lah ke tua. nenek mak. huh, takyah cakaplah.. cuba bawa nenek ke mak pergi cari kain nak buat langsir. memang macam tu jugalah ragamnya. haha. sememangnya dah macam genetik dalam seorang peempuan ni.. pasti ada sedikit yang akan dipilihnya. kadaang-kadang. hmm bukan. selalulah sangat.. pergi shopping 10jam. tapi beli nya hanyalah sebuah deodorant. haha. bukan sebab takde duit. tapi tak de yang kena dengan selera. kadang-kadang tengok. cantiknya baju itu, ini.. tapi semuanya cantik kat mata, bila TRY!! macam badut! macam sarung nangka busuk.. macam-macam lagilah.
Jadi tak salah sebenarnya kalau kita memilih. ada pros and kons nya. kebaikkannya:
1) kualiti yang dipilih sangat tinggi seiring dengan harga berpatutan.hee
2) warna yang dipilih setelah ditimbang berat banyak kali... sangat sedap mata memandang.
3) bila dah sampai ke kedai keseploh, baru rasa kedai pertamanya lagi cun.. nak patah balik.. dah malas. jimat duit. sekaligus boleh elakkan pembaziran walaupun akan terungkit-ungkit selama sebulan dua.
4) boleh bakar lemak. tak payah dah nak joging petang-petang.
keburukkan! membazir masa lah wehhh!!!!! dan buat yang si peneman Bakar darah!! haha.
jadi kebaikkan lagi banyak. maka tak salahkan kami memilih.hee. sebenarnya nak shopping macam nak rak ni memang best ajak kawan perempuan. 1 kepala. penat sama penat kan.. bila lapar semua buat-buat kenyang bila nampak sales.. kalau keluar dengan lelaki pulaaa.. dia lapar kite nak shopping, kite lapar dia dah penat. so better cari kawan perempuan!! no offense Bam2. heee. yee awak peneman shopping yang sangat best. cuma awak tak dapatlah nak masuk sekali dalam fitting room macam dengan kawan perempuan. aku amik 5 helai baju, si kawan amik 5 helai baju. pastu masuk sekali.. try sorang 10 baju. mane kena beli lah. tak kena ok je.. puas hati.hehe.tinggallah. try lain pulaaaa.haha. gila! sebab tu adanya girl's day out!!
bab mencari boifren pula. haih tak salah perempuan memilih ni, ada yang pilih nak yang hot! ada nak yang banyak duit, romantik, mat bunga, mat badan ketak2.. so semuanya ada citerasa. alaaaa macam lelakilah lebih kurang.huhu..
jadi kenapa terlalu memilih? sebab kita membeli menggunakan duit. supaya berbaloi dengan duit itu. supaya tak menyesal di kemudian hari. huhu.. kenapa berhati-hati membeli, supaya dapat yang terbaikkan. kalau main rembat je, asal murah rembat... asal cantik sebattt... hah, sekali pakai tak sesuai.. kena ingat ada benda hanya cantik di mata tapi bila dipakai. MasyaALLAH. rasa macam nak pengsan tengok. hehe, ala perempuan ni, biasalah. kene fikir lama. tu yang pergi banyak kedai. cubalah kalau pergi sekali dah berkenan terus beli. kedai kedua berkenan sebab lagi cantik dari sebelumnya. beli lagi. hah?
hah kenapa memilih pasangan, supaya tak dapat yang plastik! supaya tak dapat buaya darat. sebab pilihan itu akan menentukan arah tuju kita nanti.. tipulah tak memilihkan. sekurang-kurangnya kita nak seseorang yang lebih baik dari kitekan. takpun yang lebih kurang macam kite. biasaya orang yang tahu memilih ni, dia tahu apa yang terbaik dan sesuai untuk dia. heh, kesimpulannya, semua orang berhak memilih.. cuma ada limitnya. hehe. kalau terlalu memilih kite panggil CEREWET! hah itu dah agak menyampah di situ.hehe..