Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Friday, July 29, 2011

Bila perempuan lagi ramai dari lelaki.

www.tips-fb.com

Hello readers,




Betulkah orang cakap perempuan sekarang makin ramai? betulkah lelaki makin sikit kat dunia ni? petanda akhir zaman namanyakan? Apa terjadi bila perempuan makin ramai tetapi lelaki makin sikit? Jadi tak mustahillah kalau ramai perempuan berebut satu lelaki? macam tu? lelaki pula sibuk nak kahwin banyak kononnya ikut sunah Rasulullah. Hello, come on lah. yang wajib belum tentu kau ikut.. sunah lain pun ada buat? yang bab kahwin dok kecoh-kecoh nak ikut sunah Nabi. 


Banyak sangat. Banyaaaakkkkkk sangat-sangat kisah yang terjadi nak diikutkan. tak kisahlah dalam berita ke, dalam drama, dunia realiti. Hakikatnya, memang wujud manusia nak merampas hak orang lain. 






Kononnya, eleh baru kau boipren girlfren dah nak kecoh ke bai? belum sah pun lagi. belum hak mutlak! the best man win katanya.

eleh, baru tunang hoiiii. tak payah kecoh-kecoh.. Tunang tu orang kata tanda milik kau. tapi belum jadi milik kau!

alaaaaa laki orang ke bini orang ke .. kalau Allah dah kata jodoh, jodohlah juga. Tak dapatlah aku tolak. tak baik tolak rezeki ke jodoh ke. Aku bukan nak jadi orang ketiga, jauh sekali nak runtuhkan masjid orang ni. Tapi nak buat macam mana, semuanya qada' dan qadar Allah. 



ye itulah jawapan yang agak bernaskan?






Kadang-kadang kalau difikirkan dari aspek orang yang miliknya kene rampas. Apalah rasanyakan? Hati macam disiat-siat ke bilik orang yang disayangi sejak dahulu tiba-tiba berubah kasih, berubah arah pada insan lain. Kalau dulunya berjanji setia, akad nikah berjanji mahu menjaga sepenuh hati jiwa dan raga. Tapi yang selebihnya SENTAP! Kenapa jadi macam tu? adakah sebab dah tak ada persefahaman? Kasih sayang yang dulunya melambak-lambak macam air dekat empangan, mencurah-curah macam hujan lebat, orang kata dah tak ada "SPARK" tak ada CHEMISTRY? Sukar hati ini nak bayangkan sebab tak pernah melaluinya. Alangkah hibanya kalau yang berlaku itu hanya sebelah pihak, ye hanya seorang yang hilang sudah kasih sayangnya..



Aku terkilan sebenarnya mendengar kisah sebegini, bukan sebab apa.. nak kata pengalaman tak juga. Tapi aku pernah melihatnya dalam hidup aku. Pasangan suami isteri yang dahulunya bahagia.. Anak ramai, orang kata itulah rezeki Allah, itulah penyemarak kasih sayang.. Namun, semuanya dalam sekelip mata hilang bila si suami menemui orang baru dalam hidupnya, tinggalkan si isteri terkapai-kapai dengan anak-anak. Walaupun tidak ditinggalkan, tetapi bila kerapkali menghilangkan diri .. Hati berdetik, tak sayangkan suamiku padaku. Apalah kekuranganku?Ya, perlu dinilai kembali apakah kekurangan diri.. Namun, bukankah semua manusia itu tidak sempurna.. Allah menjadikan setiap orang punyai pasangan supaya dapat saling melengkapi. Kau lengkapkan aku, begitu juga aku melengkapkan hidup kau! Tetapi hakikatnya memang berat, tak perlulah dicari salah orang. mari mencari salah sendiri kata orang lagi. 



Bukankah lebih elok dibawa berbincang, perkahwinan bukannya main-main, sebelum berkahwin ingatkan diri sendiri, cabaran dan dugaan alam perkahwinan ni ibarat nakhoda kapal yang sedang melayari bahtera ditengah lautan.. Tanpa petanda, bila-bila masa hujan ribut petir dan angin kencang bakal menyerang. Kebijaksanaan nakhoda mengendalikan bahteralah yang menentukan tenggelamnya kapal atau selamat sampai ke destinasinya. Fikirlah. 





Ada yang lagi buat aku terkilan, tak dapat cara baik hak orang.. Boleh pula main dengan cara yang kotor. Walaupun sukar nak percaya, dalam arus pemodenan dan serba maju ke hadapan.. masih ada orang yang berfikiran kolot percaya dan sanggup menggunakan teknik kotor seperti sihir. Nauzubillahiminzalik. Jauhkanlah daripada hasad dengki manusia. Sanggupkan pecah belahkan rumah tanggah dan hidup seseorang dengan ilmu hitam semata-mata ikutkan nafsu.Keji sungguh.. Cubalah letakkan tempat kite di tempat orang yang menjadi mangsa tu. Jangan biarkan nafsu dan serakah mengawal diri. 






Bagi pihak yang merampas pula, mungkin bukan niat di hati mahu menjadi orang ketiga.. Tak ada niat mahu mnegecewakan pihak yang satu lagi. TAPI, dah tersuka nak buat macam mana. Ceh, yang pasangannya pula pun sama dok melayan. orang kata tepuk sebelah tangan tak bunyi kecualilah kalau ko tepuk dekat dindingkan? Agaknya kalaulah Allah benarkan perempuan pun boleh kahwin 4, tunggang terbalik dunia ni, Asal usul pun dah bercampur baur. Sebab itu, perempuan hanya kahwin 1, dah kalau kahwin 4 nanti.. bapanya sape pun dah kompiuskan. Ingatlah Nabi kahwin 4 bukan sebab cinta nafsu bagai, tetapi niatnya yang mulia mahu membantu meringankan beban. Tapi sekarang, wahhhh tak nak kalah gitu.. kahwin nak yang lagi muda dan hot je kan? orang cakap, asal adil dan mampu. Apa kisah? ye tak? ingat-ingatkan kembali diri tu, apa sebab kau kahwin ramai? nafsu serakah? tamak haloba? yang mana satu? 






Peliknya, ramai juga kaum perempuan yang memang dah tak tahu malu langsung. Tahu itu hak milik orang. Tahu apa perasaan si wanita bila hak milik sendiri dirampas.. Tahu semua itu. Memang masak benar, sebab mana ada perempuan yang sudi berkongsi kasih? Nak menerima payung emas di syurga bukan senang. Tapi tahu-tahu pun kisah apa, digodanya laki orang, dipujuknya rayunya isteri orang, dikacaunya rumah tangga orang. SEBABNYA? lelaki itu baik, hensem dan kaya.. Aku nak! Bukan aku kisah milik orang ke tak? Aku cuba nasiblah, kalau dia tolak, aku blah! dia layan.. rezeki aku!  kejinya. Ah. dunia. memang macam tu. Kenapa kau layan wahai lelaki? tak sedarkah tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah bila kau akad dan nikah. Bila lahirnya permata comel milik kau?  Kalau si isteri itu sempurna dan berlakunya berantakan hanya kerana nafsu si lelaki. Memang kau keji! tapi kalau berlakunya berantakan atas sebab memang tak dapat diselamatkan. memang salah kedua belah pihak, nak buat macam mana. Kembalilah kepada statement, semuanya sudah ditetapkan oleh Allah Mungkin ada hikmahnya.


Perlu diingat, bila jatuhnya talak itu.. bergegar tiang arasyh Allah. Allah sangat membenci perceraian. 

"Perbuatan halal yang paling dibenci ALLAH adalah penceraian - HR. Ibnu Majah " 


Haih, dunia dah hampir sampai ke hujungnya, macam-macamkan berlaku.. tepuk dada tanyalah iman anda. Apa yang ditinta sekadar pendapat hati kecil aku. 




p/s: Saling mempercayai antara satu sama lain dan biarlah kepercayaan itu menjadi teras perhubungan yang kukuh, disamping saling memahami dan berolak ansur. Omputih kata Give and take!

Saturday, July 23, 2011

Bila berkata tentang 'Indian Muslim wedding' di India.

www.tips-fb.com

As Salam Readers,





Bila orang cakap negara India, memang ramai yang tahu.. Arranged marriage. Memang kebanyakkan orang India, hampir semua sebenarnya yang masih amalkan arranged marriage by parents ke families ke. Bukan itu sahaja, kebanyakkan mereka menghalang percintaan atau perkahwinan berlainan kasta apetah lagi berlainan agama dan bangsa. Memang cabaran agak hebat sekiranya berlainan kasta, agama, budaya dan bangsa ni nak berkahwin. Sampai ada antara mereka yang berpasangan ( mempunyai hubungan cinta) pada zaman kolej tetapi bila habis kolej habis macam itu je, sebab mereka sendiri sudah tahu at the end bila nak settle down mesti ikut pilihan keluarga. Keluarga yang lagi penting dalam mencari pasangan atau jodoh seseorang. 


Pernahlah aku tanya seorang rakan (INDIA MUSLIM LELAKI), bagaimana dia nak cari bakal isteri.. Dia kata, nanti keluarga akan mencari bakal isteri.. tetapi bukan latar belakang isteri yang dilihat, pertama sekali latar belakang keluarga, dari segi ilmu agama, latar belakang kaum kerabat, sanak saudara, akhir sekali barulah dilihat dari aspek si gadis. Bukan senang bagi mereka nak mencari pasangan. Ada tu, dah elok-elok pilihannya, tiba-tiba pihak lelaki minta DOWRY yang sangat mahal tak terjangkau dek akal. Gila kau nak emas sampai 100-200 pound. mahal kot emassss. dah tu nak siap tanah, kereta, rumah.. DUIT lagi. bukan main-main ok.. banyakkkk! boleh sampai ratus lakhs dan kror. lagi-lagi kalau yang ada title DOKTOR TU. huhu. gilaaaa. nak bergolok-gadai. Itu kalau seorang anak perempuan.. kalau 2,6,10 anak perempuan tu.. kan ke papa kedana jadinya. 


Memang realitilah kalau kita tengok cerita tamil ke hindustan ke.. yang sampai pinjam ceti haram, bergolok gadai nak kahwinkan anak. Ada yang sampai nak bunuh diri kalau tak dapat kahwinkan anak perempuan mereka. Realitinya memang wujud orang yang membunuh anak perempuan dari kecil sebab tak mahu menanggung susah payah untuk mengahwinkan mereka nanti. Begitulah hebatnya penangan dowry ni. esh. Then, kata si kawan aku ni.. Kadang-kadang tujuan si lelaki minta dowry banyak-banyak bukannya apa.. duit itu akan mereka gunakan pula untuk si bapa mengahwinkan adik perempuan mereka kelak. 


Agak seram juga sebenarnya sebab kena kahwin dengan orang yang kita tak kenalkan. Bukan macam dekat Malaysia ni.. Kalau keluarga yang carikan pun, masih lagi bagi peluang untuk kenal hati budi.. kalau tak sesuai bolehlah putuskan. orang kata tak ada keserasian. Tapi kebanyakkan orang India ni pula, keputusan di tangan keluarga. suka atau tidak keluarga yang tentukan.. Ada juga yang tak kenal langsung bakal pasangan, hanya tahu bila dah kahwin nanti. Adoih scary jugakan. Yang kagumnya, mereka semua dah biasa dengan custom sebegitu. Begitulah unik dan incredible nya India. 


Al-kisahnya kawanku si Fabita ni, suaminya ialah rakan baiknya ketika kecil dahulu. Juga anak kepada kawan si ayah. Si suami jatuh hati kepada si gadis lalu merisik-risik. Bila sebelah pihak lagi dah bersetuju, maka urusan pun disegerakan. Mahar (mas kahwin kalau tak silap aku ni maksud diorang), si gadis menerima 2 bentuk cincin emas, seutas rantai emas dan seutas gelang emas. heee cantik wehhhh! Memanglah orang kaya. 


Minggu lepas aku dan 2 orang kawan pergi Pallakad, Kerala. Tujuannya? Nak penuhi jemputan Perkahwinan dari seorang batchmate perempuan Muslim. Haih dah lama teringin sangat-sangat nak pergi tengok India Muslim dekat India ni kahwin macam mana. Sebenarnya, Fabita ni dia nak tunang je tahun ni, dan Majlis Kahwinnya tahun depan. Tapi instead of tunang, pihak keluarga mencadangkan nikah.. So, kiranya Reception tahun depan. Orang Malaysia cakap nikah gantung.. sebab nikah je, tahun depan baru sanding. Macam tu lah kiranya. 


Perjalanan ambil masa lebih kurang 4 jam lebih juga naik train. Lama dah tak naik train.. Rasa macam eksited. huhu. Naik-naik keretapi, seats kami sudah ada orang duduk. Terpaksalah merantau cari tempat lain. Lebih kurang selepas 3jam macam tu, tibalah satu perhentian.. Tiba-tiba ramai orang pula nak duduk compartment tu. Datang seorang makcik nak duduk.. Kami pun bagilah seats.. duduk rapat-rapat sikit. Dah macam sardin pun ada. Tiba-tiba entah siapa datang marah kami sebab duduk tempat orang lain. Sedih gila kena marah. Siap kena halau. Pergi tengok balik seats kami... dah kosong. Nasib baik kosong.. adalah juga tempat nak duduk.



Lama tak naik train, bau ikan. Dari mana datang entah..haha. adeh tu lah Indiakan. Dari bau hancing baik bau ikan. Malam itu, duduk hotel yang disewa oleh keluarga Fabita. Esoknya, ingatkan naklah juga turun round-round area hotel.. Tapi hujan lebat. selebat-lebatnya. Memang bergelumang atas katil layan TV lah, nak pula makan senangnya, main order dari bilik. GEMUK! huhu. Petang tu bersiap, sampai-sampai.. Fabita baru nak bersiap.. Rupanya pengantin dah nikah... Adat mereka, ayah si perempuan akan ke rumah lelaki ( sebab dekat) kalau tak silaplah ni untuk upacara akad nikah. Jadi belah petangnya, pengantin perempuan bersiap-siap untuk menerima pengantin lelaki.. Pelamin dekat luar dah siap.. Jadi pengantin lelaki dan perempuan akan duduk atas pelamin untuk mengambil gambar dengan semua orang! 



Orang sibuk ni dok canangkan wedding orang Islam dekat India makanannya sangat SEDAPPPP! aku teringin benar nak rasa ni sebab selalunya wedding orang India vegetarian je kecuali wedding orang Islam. Hee, malam tu perut dah berkeroncong lagu dangdutttt. gelek-gelek dah perut minta diisi, sekali duduk satu meja adalah dalam 8 orang rasanya. Menu malam itu, Mutton beriyani, Appam, Paratha (roti canai), Chicken 65 ( macam ayam goreng berempah), fried fish, chicken curry.. SEDAP GILAAAA! haha, dalam hati cakap cukup ke makanan atas meja ni. Belum sempat hati aku menjawab balik soalan tu, ZASSSSS makanan tu ditambah, pantang luak sikit nasi kena tambah, kurang sikit ayam ditambah.. kuah dah kurang terus tukar mangkuk.. GILA EFISYEN adik-adik dan abang-abang waiter ni.. Jom keje kat Malaysia jom! huhu. hebat, mantap, cekap. Akhirnya, soalan aku terjawab! Makanan bukan tak cukup tapi berlebih.. haha. Takde peluang nak luak langsung. adeh kembang semangkuk perot. Rasa boleh lelong dah lomak malam tu kalau ada pasaran gelap.



Lepas sesi bergambar, balik hotel. Sedaplah nak tidur. Esok kena siap-siap nak balik Salem. Lepas breakfast tertunggu-tunggu abang si Fabita dan Fabita ni datang nak hantar ke train station. Lambat juga gerak. Huih paham-pahamlah orang India bawa macam mana, macam nak gugur jantung da.. Nausea! Akhirnya, kena tinggal juga dengan train. Rilek gila pergi cari tiket lain. huhu. Terima kasihlah banyak-banyak kepada Fabita dan keluarga for the hospitality. Orang India memang terbaik dengan diorang punya hospitality. Baik sangat-sangat. Terharu.


Jom layan gambar nak? Entri cecah lantai. haha.


sebelum bergerak ke rumah pengantin


sebelum pengantin berhias.



anak-anak dara


big eyes!



kebulur sangat dah.



bahan-bahan make-up, make-up sendiri je ni.



baju pengantin!



bakal pengantin. =P







hero-hero India



 pengapit yang comel.



Mengisi masa yang lapang.



Malu-malu kucing si pengantin bila pengantin lelaki datang.hehe.comel.



Pelamin sentiasa penuh dengan orang.



Makanan yang sodap-sodap belaka.



 Pasangan pengantin baru.



Big families.



p/s: Sweet memories before going back Malaysia. =D

Sunday, April 10, 2011

Bila Kahwin itu susah, Zina itu Mudah

www.tips-fb.com

Salam Readers,



Photobucket


Bila orang persoalkan kenapa kau tak kahwin-kahwin? Bila lagi mahu kahwin, bukannya tak ada calon? berkawan sudah bertahun-tahun. Apa lagi yang kau tunggu-tunggu. berjumpa sudahlah selalu.. Pantang ada masa pasti nak berjanji-temu.. kadang-kadang tak perlunya alasan.. yang pasti adanya peluang.. Orang kata sudah rindu, mana boleh tak bertemu, memang tak pernah jemu..


Kenapa kahwin susah? Kenapa alasannya belum cukup wangnya. belum ada duitnya.. Mahu kumpul dulu duit hantaran.. duit nak belanja. belum lagi duit cincinnya. Cincin pula tak cukup satu, kalau boleh dua tiga empat. Sekali tunang satu cincinnya, bila nikah ambil gelang pula.. eh tu tak masuk merisik lagi. Sarat menunggu risik, tunang, nikah dan sanding.


Hantaran paling kurang 10 ribu, belum lagi khemah kanopi sampai seploh nak didiri, jemputan pula beriban yang hadiri.. buffet catering tak payah nak cakap lagi.. lauk-pauk tak cukup seploh kendi. tambah lagi bunga telur berwarna-warni. eh bunga telur? sudah ketinggalan zaman baa. orang pakai ferrero rocher, pakai bekas kaca letak coklat.. mana ada lagi telur berbalut tisu merah dan putih digulung-gulung dibelit-belit buatan tangan. paling tidak tuala warna-warni sebagai buah tangan. Bunga telur semakin dimamah zaman. Kek pula nak yang bertingkat-tingkat, lagi tinggi lagi hebat.. kalau boleh bila nak potong kek yang kena orang angkat.. 


Sekarang tak pakai bunga mati, semuanya mahukan segar mewangi. bukan sekuntum dua mahupun tiga tapi beriban kuntum jadikan hiasan seni..  Pelamin indah raja sehari, kalau tidak sofa cukuplah kerusi gergasi. Biar tinggi sikit barulah semua nampak tak perlu berdiri. Kalau tak pakai kanopi, terus sewa hotel mahupun dewan gergasi. biar semua dapat datang menghadiri. Bukan sedikit rakan taulan, nak kene jemput ribu riban. 



Photobucket



Belum lagi pakaian pengantin si raja sehari, 2 persalinan belum tentu cukup.. kalau belah perempuan dah 5 helai, belah lelaki nak kaler lain. lagi kontra lagi best katanya. kaler sama jatuh standard. mana boleh baju sama. hilanglah meriahnya. Orang kata kahwin ni sekali sahaja, mesti buat sehabis baik, tak kira sampai poket licin yang pasti hatinya puas. Kalau boleh nak pakai veil meriah, lagi panjang lagi bagus, lagi lip lap lagi menarik, paling tak berintan berlian.. 


Hantaran pula nak yang branded. beg kasut baju pewangi. semua mesti lengkap! Hiasan bukannya sedikit, kalau boleh nak yang cantik, kalahkan orang lain yang dah kahwin dulu.. Beli barang tak main sudah Sogo ke Jalan TAR.. apa ada kelas, tapi panas! naik kapal terbang terus ke Paris. bukannya lama sehari pun cukup. orang kata kahwinkan sekali, biar poket kering hatinya banyak puas!


Saat kahwin indah belaka, mana boleh tak ada photographer.. import jauh nak ambil gambar semata, eh bukan gambar tapi video juga! Kalau pakej ada pre-wedding dan post-wedding punye, barulah bermakna namanya. Paling kesian tak nikah lagi tapi dah gambar pre-wedding, kalau sopan tak apalah juga, ini puas peluk sini sana. orang kata nama pun pre-wedding. Bukan murah tapi mahalnyaaaa tak terkata, kata nak yang terbaik, duit pun lebih punyaaa! Pelbagai angle dan sudut kena disnap! Post-Wedding posing pun nak bergaya, tak kira cium peluk dan mengada.. kita dah kahwin peduli apa! Adab sudah hilang ke mana janji kene puas hatinya! Nama pun bayar berganda.


Setakat pasang lagu kahwin apalah sangat, kena ada deejay barulah terhangat! nak lagi best import penyanyi band dan pencak silat, dah alang-alang kahwin semualah kena ada. Kalau boleh biar orang gelar Wedding of the year. Biar poket kosong licin orang tak tanya. orang tak tahu kalau tak cakap. so baik diam-diam aje.


Belum masuk kos nak honeymoon, kalau boleh hari-hari nak honeymoon. bulan madu kecik-kecik pergi ke pulau, sewa bilik paling grand. bulan madu besar-besar kene pergi oversea. barulah romantik orang cakap. bulan ni berbulan madu sini, bulan depan ke sana pula. bulan depan lagi ke mana pula. kesimpulannya setiap hari bulan madu kita!


Photobucket


Puaslah fikir dan fikir lagi, oh ini sebabnya orang tak kahwin-kahwin. bukannya senang nak kahwin, banyak kos nak difikir.. kena kumpul lagi banyak pitih. orang kata kahwin sekali, pastikan meriah seantero dunia. Kalau tak orang tak panggil raja sehari. Laaa padanlah tak kahwin, duduk serumah tapi takde nikahnya, alasannya memang mudah, katanya tak cukup wangnya, kenapa tak nikah sahaja.. katanya lagi, kahwin itu sekali kena buat grand! mana boleh main nikah koboi. Grand itu penting, kalau tak malu sahaja.. tapi tak malukah dengan Allah bila duduk berdua tanpa nikah? alasannya pula malu dengan orang ramai takut tak meriah. Sebab itu lagi mudah berzina dari menikah? Lagi takut malu tak grand dari Allah Taala.


ada pula yang hutang kahwin grand tak langsai lagi, surat hutang bank pun tak sampai lagi, tapi indahnya bahtera semakin pudar, yang terbayang happily ever after, tapi yang menanti retak menanti belah. katanya dulu kahwin hanya sekali.. bukan dua mahupun tiga.. siapalah kita nak menentukannya.. Kalau DIA dah kata tidak, tidaklah juga. Sebab itu jangan diikutkan rasa, orang kata nanti kau binasa. buat sesuatu biar berpada barulah hidup aman dan sejahtera.


Apalah susahnya hendak menikah, perlukah meriah dan gegak gempita? Adakah ia tuntutan agama? Kan elok ikut sunnahnya, biar bersederhana, biar berpada.. bukan uruskan walimah tak ingat dunia. ingatkan nafsu semata-mata.. darjat pangkat harta apalah sangat.. sampai nak diikutkan tentang si adat. Utamakan yang lebih utama, baru diikut hal kedua. Bukankah lebih elok segerakan yang baik. Bersederhana dalam berwalimah. Asalkan maksiat dapat dicegah. Baru orang kata, nak kahwin itu mudah. 



Sekian sahaja nukilan hamba, peringatan untuk diri sendiri juga. Peace no war!


sumber inspirasi : Keris Silau ( I adore karya Keris Silau! )


p/s: kadangkala kita merancang DIA juga yang menentukan. Hope for the best!

Wednesday, January 26, 2011

Saya Kenal Sayang Saya | Lirik Lagu 150 juta by Fynn Jamal.

www.tips-fb.com

Salam readers,




hmm, entah kenapa alunan melodi dan lirik LAGU 150 JUTA bermain-main dalam minda kepala ni. huhu, memang aku tertarik sangat2 dengan lirik tu sebab sangat-sangat kena dengan diri aku ni, bila tengok lirik, tengok balik diri sendiri. opssi apesal hampir sebijik?? Fynn Jamal buat cerita pasal aku ke *lempang laju2* haha perasaannnnnn! yela, aku suka sangat-sangat semua lirik-lirik Fynn Jamal. ceritanya yang bersahaja, gayanya yang kadang-kadang agak sarkastik gitu!


tipulah siapa tak kenal FYNN JAMAL kan? huhu.


Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”


Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu


“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”


“Aku lagi kenal dia”


Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi


Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata


“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”


Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa


Rahsia kita berdua


entah kenapa dia boleh suka aku, aku sering tertanya, entah kenapa dia sanggup buat apa sahaja aku pun sering tertanya, entah kenapa dia sayang aku.. lagi aku sering tertanya.. memang aku tak cantik, aku tak comel, aku juga tak ayu, perempuan melayu terakhir jauh sekali.. aku dengan Lisa surihani jauh panggang dari api, aku dengan erra fazira wallaaa. lagilah ibarat langit dengan bumi.. nak kata lembut macam Rita Rudaini pun keras kaku macam kayu... nak kata sopan macam Heliza, mak aiiii kasar macam jalan tar aku ni...


huhu, aku dulu muka penuh jerawat.. tapi dia tutup mata. haha yeke? aku gemuk! dia kurus.. aku bulat dia lonjong.. aku pendek dia galah.. memang aku dan dia tak serasi.. dia punya rupa yang redup mata memandang.. segak dimata, senang dihati.. tapi aku? berkawat besi di gigi.. senyum pun nampak bling2! heee.  pipi dia kempis (tapi dululah.. haha), tapi pipi aku macam kuih donat! huhu.. dia kata aset! aku kata tak nak!!! nak kurus. nak pipi kempis.. tapi dia kata, kalau kempis dah jadi bukanlah AWAK! dah jadi orang lain yang saya tak kenal nanti. boleh kurus.. tapi pipi biar kembang macam donat. kata dia! haha.


aku tak romantik, aku tak punya suara seksi, aku tak punya nada yang mengada, jauh sekali menggedik.. aku tak punya suara manja.. aku tak punya suara lemah gemalai.. aku lagi tak punya suara yang bisa mencairkan hati yang mendengar.. jauh sekali serak-serak basah.. tapi aku punya suara yang unik. hahaha. sebab suaraku agak kasar. semua kata bila aku jawab phone sangat kasar! ye bukan aku mahu kasar tapi itulah aku.. kerap aku ditegur.. oiiiii jawab phone boipren ka?? macam cakap dengan samseng jalanan jaaaa? haha. kasar sangat kah? hang cakap dengan sapa? kawan hang kaa? tak! Bam2. huiii takde beza pon macam kau cakap dengan aku? haih. perlukah bezanya. yang penting hati. aku ikhlas. aku tahu dia siapa. bukannya dia itu kau. bukannya dia itu kalian. dia tetap dia. aku tahu bezanya. cuma, aku sangat susah menzahirkannya. bagaimana??? dia tegur, haih.. kasarnya cara awak cakap. ye baik! tapi sekarang tak lagi! hahaha. aku semakin lemah gemalai.. adekah? dia saja yang tahu bezanya aku dulu dan sekarang.. jadi yang lain shut up!



kata dia, walaupun luaran kasar tapi hatiku macam tisu.lembutnya lah hai. senangnyalah nak tercarik. kan bagus ku punya hati kertas. bisa mengguriskan jari. kupunya hati batu, tak bisa sakit walau dipijak. haih. itulah aku.. pantang tersalah sikit, aku merajuk.. dengan orang boleh ku kawal. boleh lagi ku elak. boleh lagi aku tak  kisah. tapi dengan dia? maaf awak... kita sensitifkan dengan awak? sebab itu kita makin sayang awak.. sebab awaklah tisu kite, awak serap semuanya air mata kitakan? kita nangis awak pujuk. orang tak tahu itu.. tapi awak tahu.. itu yang bezakan awak dengan dia. awak dengan mereka.. kita tahu siapa awak.. mereka tak tahu... awak lagi kenal kitaaa. kita lagi kenal awak!!



selalu aku keras kepala, tapi dia faham aku. aku lembutkan kepala aku balik!!! tak nak keras-keras.. kesian dia.. asik jadi dinding nak menahan kerasnya kepala aku ini. kita cuba ubah ye awak. ala awak pun apa kurangnya =P bila depan awak kita jadi diri sendiri.. kita tahu awak sayang kita seadanya. awak terima kita walau busukkkkknya kita...kan2? =D. tapi kita sentiasa wangi.haha. awaklah busuk! ok busuk tak sedap. kita tukar bucuk!



walaupun kita jauh berbeza, bagai langit dengan bumi. kita tak kisah. sebab awak tahu siapa saya, saya juga tahu siapa awak.. kalau dari jauh kita nampak awak, tak payah banyak, cukuplah dengan belakang awak. kita dah tahu dah awak tu dah mandi ke belum.. cuba teka kenapa? sebab bau bucuk awak lah.. hahahaha.


kadang-kadang aku terlebih cemburu, tapi aku sedar cemburunya aku perlukan batasan bukan? hanya kerana sayang. mungkin aku tak pernah jumpa orang sebelum dia, apetah lagi selepas dia, jadi aku tak betah membataskan cemburu itu, walaupun jauh di sudut hati aku tau, dia hanya ada aku. =D tapi emosi perempuan sukar ku kawal. awak, awak tahukan.. kita hanya sayangkan awak!  walaupun kita tak cantik macam lisa surihani, kita tak comel, kita tak ayu.. tapi kita adalah kita.. kita hanya untuk awak..  walaupun kita tak lembut, tak punya suara seksi, suara menggedik mengada.. tapi suara kita ni laaa yang selalu  awak nak dengarkan? hee. walaupun kita tak romantik macam orang lain, pendek kata.. romantik macam awaklah... tapi awak tahukan. huhu.. manja kita ni. romantik kita ni.. walaupun sebesar kuman. biarlah orang tak nampak.. yang penting awak tahu... bahagia kita, biar kita sahaja yang tahu.. orang lain.. kalau nak tahu juga. diam2.! haha.



kita suka lagu kat atas tu. lirik kat atas tu, kalau kita pandai main gitar.. kita nak mainkan lagu ni untuk awak.. tapi kita tak pandailah.. nak main gendang-gendang meja pun bunyi sumbang. monyet kalau dengar pun mesti ingat gempa bumi punyaaa.. kita tak pandailah.. kita nak nyanyi, tapikan kita selalu sangat lari tune. (T.T).. aish, selalu sangat kat karok tu. awak tegurkan.. tak mo dah la nyanyi. selalu lari tune. salah liriklah. jadi kita pun letaklah video orang lain nyanyi. takpekan?



ok papai. kita sayang awak. tak sayang orang lain. alaaa, mama dengan ayah mestilah kita sayang.. awak ni. kita nak awak jadi teddy bear boleh? tahu tak kenapa? sebab teddy bear, makin lama teddy bear ni.. orang makin sayang.. sebab makin lama, memori itu semakin bermakna.. masyamnya pun makin kuat.. heee. jadi nak awak jadi teddy bear. berapa lama pon, walaupun dah bucuk pun. iaaa makin bermaknaaaa.. macam AWAK!



saya kenal sayang saya!

right? =D




ni Ainan Tasneem cover. hm lain sikit dengan suara fynn.
siapa tak kenal Ainan kan? huhu.
aku tak punya suara semerdu ini.
jadi kupinjam yeee.




ni Fynn Jamal.




p/s: sorry kalau tak dapat reply komen dan kunjung balas ye. tenet cam cipan. tak boleh buka blogspot!

p/s/s: menanti minggu depan dengan tabah. hee. harap semuanya berjalan lancar..amin~ 

Friday, October 22, 2010

Adat Pertunangan perlukah lelaki hadir. takpun perlukah pakai sedondon.

www.tips-fb.com


Salam Readers,


last time waktu aku cuci mata tengok gambar baju kebaya dari indonesia kat facebook. aku agak tertarik sangat, memang cantik-cantik.. tapi agak meriahlah juga.. hehe mungkin sesuai untuk majlis makan malam, pertunangan mahupun pernikahan.. sampai aku dok asyik tengok tu, ada suara asing yang memang tak asing lagi dok cakap, ala tan. dah suka tu belilah.. ko pon tak lama lagi tunang tu kot, boleh pakai nanti.


 cantikkan? huhu tapi harga pon boleh tahan
baju saja RM200.






hahahaa, rasa nak guling-guling gelak.. tak lama lagi tu bila kan?? hmm mahu 3-4 tahun kot. ye daK? Hmm, jauh lagi perancangan tu walaupun dah dok bermain di minda bila tengok kawan-kawan dok sibuk tunang sana, kahwin sini, nikah sinun.. aku bila lagi? tapi takpe masanya akan tiba juga. nantikan. masa tu.. fesyen dah melambak-lambak.. tak payahlah aku beli sekarangkan.. telan air liur sajalah kalau tengok tu. nanti ikut nafsu beli, pakainya bila pula.. takkan aku nak pergi treat pesakit pakai kebaya glamer weehhhh. buang tebiat ke apa? 


aku pernahlah suarakan dekat bam2.


aku: bam2, kite minatlah kebaya tu.. cantiklah.kite rasa nak beli je.
bam2: kalau awak suka belilah.. nanti boleh pakai.
aku: laaaa nak pakai bile pula? glamer tahu tak. takkan nak g kolej pakai. orang ingat kite ni lampu berkelip bergerak pula.. kalau kite beli buat kite pakai time tunang dengan awak nanti boleh tak ek.
bam2: aik beli sekarang?
aku: haah lah, cantik tau. terliur tengok.
bam2: ehhh alaaaaa, kalau awak beli sekarang, macam mana pula kite punye baju melayu nanti?kan dah tak sedondon..
aku: ( blurrrr kejap, aku cakap tunang ke nikah tadi ) hah? kenapa kena sedondon pula.
bam2: laaa awak takkan tak tengok mana ada orang pakai sorang kaler hijau, sorang kaler merah.
aku: eh awak!! kite cakap pasal tunanglah. mana ada lelaki pon nak pakai sedondon. awak ni mamai ke?
bam2: eh tak ada ke? lelaki tak payah pakai baju melayu ek awak kalau tunang? kite ingat kena pakai sedondon.
aku: (aku dah tak tahan nak gelak) eh dah2 awak ni.. kalau awak nak pakai sedondon pe salah nye, kasi lain dari yang lain sikit.. orang dulu-dulu lelaki tak boleh datang tahu! ni awak nak pakai sedondon pula.haha.adoih.




hmm, dulu aku pernah tanya mak aku, lelaki patut ke datang kalau majlis pertunangan ni? mak aku kata, dulu time mak aku nak bertunang, ayah aku tak tahu pun jalan ke rumah nenek aku, maka ayah aku naik vespa nak tunjukkan jalan.. sampai rumah nenek aku, ayah aku terus patah balik.. tak ada join sekaki.. orang dulu-dulu maluuuuu.... tak join sekali. hmm itulah adat orang dulu-dulu. nama pun pihak lelaki menghantar wakil ke rumah pihak perempuankan.



tapi sekarang lain, yang lelaki pun sibuk ada join sekali orang tua-tua bincang hal pertunangan dan perkahwinan.. sibuk duduk sekali.. lepas tu, ada pula yang ambil gambar bersama sesudah majlis pertunangan selamat dijalankan.. tapi belum lagi aku lihat yang pakai sedondon baju melayu tu kan.. hah, kalau bam2 nak..mungkin kami jadi yang pertama.hehe.. namun zaman semakin berubah bukan.. adat tetap adat tetapi ada juga unsur yang diubah mengikut zaman..



masih menjadi tanda tanya perlukah lelaki hadir sekali di majlis pertunangan? 


aku turut terbaca persoalan tentang ini di blog MIE.



p/s: apa pendapat kamu pula?

Tuesday, July 20, 2010

Bila berborak tentang masa depan dengan mak. dah besar rupanya aku.

www.tips-fb.com

Salam readers,


bila exam semakin dekat, homesick semakin melimpah ruah.. adoihhh macam nak meletop dah ni. aigoo macam mana lah kawan-kawan aku yang lain boleh terpikir nak pi jalan-jalan lepas Final exam ni... heaven ok balik malaysia selepas separuh maut masa study week. hehe.. lagi-lagi inilah kali terakhir amik exam ( amin~) so tak yah dah nak bawa balik buku melambak2 yang berat bertan2 tu.. walaupun aku tak baca.. haha.saje nak menyedapkan hati sendiri.



adakah aku anak yang manja? asik nak balik je kerjanya? hmm mungkin.lol.


dulu aku aku asik balik, kecoh orang kampung ni... 


balik lagi ko? macam pi kl-melaka je..


ala biarlah. kecoh betol. india-malaysia macam JB-MELAKA kot.haha. 3jam setengah je.. kalau naik flight. kalau nak berenang mahu seploh hari seploh malam pon tak sampai.



ni bila aku call mak aku je, mak aku kata... orang kampung dah rindu.. tu haa kat kedai abah ( warong makan atuk aku) semua dah tanya.. bila orang india nak balik... bila masa aku tukar warganegara.ceh.


tahu pula nak rindu aku. uihh kalau aku balik. kecoh sekampung suruh aku cakap tamil.. aku boleh la nak hentam sepatah ayat.. haha.. ternganga pula tengok kefasihan dan ketamilan aku ni..



ok2 nak cite, last time bila aku borak-borak dengan mak aku kan..


sibuk dok cite pasal masa depan.hehe. dah besar dah aku rupenya. bajet muda remaja pula haiii..


mama: eh along, bila si bam2 nak masuk meminang along tu? kalau tak nanti mama hantar rombongan meminang pula kat umah bam2 eh.
(uih mak aku ni. kot iye pon.. jangan gelojoh sangat. malu i)

aku: hmm ala ma, dia kata... tunggu dia dah jadi doktor nanti baru boleh. takpelah ma.. takyah lah awal2 sangat. eh mama kata nak sambung master? bila ( tukar topik)

mama: ouh tak jadi lah, ingatkan ada intake disember ni. tapi sekali july next year plak. lama lagi. 

aku: ayah bagi ke? 

mama: ayah kau.. hmm tak de jawab tak takde jawab ye.

aku: ala takyah le maa.. gaji kan sama je kot.

mama: itula mama pikir, ika nak habis belajar may thn depan, along plak sept thn depan.. haaa cantiklah tu.. 

aku: apa yang cantiknya...

mama: semua ada kat rumah.. mama goyang kaki.haha 
( haha. aku rasa aku yang goyang kaki. sebab mak aku pantang gila kalau orang lambat buat kerja.. tau2 dia dah buat.. leceh tunggu korang buat katanya)

aku: hehe harap-harap along dapat dekat melaka je posting nanti. boleh duduk rumah. bestnye.. ika pon ada.. seronok2..
(bajet leh pilih tempat lah ni, buatnye kene hantar kat celah sabah.. ceruk sarawak.padan muka aku.. huiii minta simpang..)

mama: itulah, nanti mama sibuk2 belajar, lepas 2 thn. semua dah nak kawen. baik mama duk rumah kan.. ada along.. ika.. takyahlah kawen awal-awal long.

aku: pulaaakkkkkkkk kata nak cucu cepat ma. ( haha gatal)

mama: nanti along dapat gaji.. along bawa mama pi shopping.. time tu mama nak amik je.. along bayar.. ( amboiii mak aku. haha.. boleh2.. along time tu tengah cop duit.. cop-cop bagi mama.. hehe)

aku: hmm best juga ek. dapat gaji. along bawa mama pi shopping arr.. agak2 tak cukup duit pow mama pula.. haha. ( tak2 aku tipu.sian mak aku.hehe)

boleh along belajar masak ngn mama. sebagai persiapan nak kawen (gatal lagi.miahaha)

mama: uihhh tiap2 hari kita masak ( macam mimpi pulakkkkk.. ada yang aku dok membuta je nanti.lol)



begitulah kisahnya. kesimpulannya, bam2 tak perlulah risau2 eh. kalau awak tak masuk meminang ni, mama tak kan hantar rombongan ke rumah awak. sebab mama dah ada plan lain.. bukan mama nak wat open table depan umah.. tapi misi shopping2 lepas dapat gaji..hahaha.




adoihhhh kerinduan..


rindu nak makan sambal kerang mak aku.

rindu nak makan ikan masak merah.

ikan sweet sour..

ayam masak merah.


entah kenapa yang aku buat tak sama.


maaaa nak pinjam tangan boleh??? T_T



paling rindu ayat mak aku



kalau aku basuh baju lambat,

oiiii ni kalau laki balik rumah ni baju tak kering-kering lagi.



setiap kali mak aku pesan basuh baju. bam aku tidoooo balik.hehe. sidai agak lambat.. benda pertama mak aku buat bila balik kerja.. rasa baju kat ampaian.. dia rasa sejukkkkk je.. ayat tu la yang keluar nanti..haha.



bila aku kemas rumah sekali je sehari,

nanti lepas ko kawen, mama nak tengok rumah ko macam mana, kalau melekit sana sini.. bersepah jangan harap mama masuk... ( maakkkkk aiiiii amaran keras.hehe)



kalau suh masak kata kejap2...

hah tengoklah nanti lepas kawen, jangan kena halau dengan mak mertua sebab malas masak.. (adoihhhhh ugutan paling digeruni) hahaaa



ala ma, sumpah along tak malas bila dah kawen.. hah tak caya? tengoklah nanti.. ini superbbb punya bini tau.. superbbbb punye menantu.. hehe..


lastly,



MAMA I LOVE YOU...


kang ada orang jeles pula.



AYAH  LOVE U TOOOOO


hah kalau orang yang ni jeles lagi parah.



BAM2 LOVE U THREEEEEE..


inilah dia, kalau ramai orang sayangkan.keh2.


ok daaaa, bosan..
penat bebel.
bye

p/s: ponteng lagi clinical posting.. tadi tengah aku jawab exam pedo.. macam banyak gila nak jawab. tapi gila memulas perot.. bulu roma dah meremang semacam.. duduk takleh diam.. siot betull... aku expresss jawab ni. asal boleh jawab... then.. zupppp minta permisssion posting nak balik. terus balik.. sampai bilik pi toilet. lega..amaran keras, membuang dulu sebelum pi exam!

Wednesday, June 16, 2010

Tag: baik punya wedding planner.

www.tips-fb.com

bila aku takde entri nak buat.aku buat tag.boleh? hutang beb.kenalah bayar.hehe.

tag dari si ahn ni ha...

1. How old are you?
-- i muda lagi baru 20 tahun kot..hah pastu tambah sikit nombor 3 blkg kasi lawa.muda kan i?


2. Are you single?
-- yep.but m not available.heh


3. In what age do you think you’ll get married?
-- 27 semaksimum mungkin,hehe. i tak nak pregnant lambat2.. bahaya whoa.banyak risiko.


4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now?
-- absolutely.moga jodoh kami panjang. i lap u bam2.


5. If not, who do you want to marry?
-- i nak mamat korean lah.. kimbum! hehe.. takpon kim hyun joong.. tak nak2.. skrg i nak kat lee byun hun lah...weeee.. bam2 takpe jangan risau ye.. hati i tetap pada u.. i heart u bam2.


kekasih lama


kekasih lapok


kekasih gelap


kekasih awal dan akhir.heee.
i heart u bam2.
macam nak pi nikah ek.


6. Do you want a garden/beach wedding, or the traditional wedding?
-- hmm traditional sudeyh.i like kompang. pastukan kunun2nya pemalu gitu. tapi i memang pemalu.hahaha.. nak garden leh tak? dalam hati i kan ada taman..lol


7. Your ideal motif?
-- motif menda? ingat i pembunuh ke nak motif2?


8. Where do you plan to go on a honeymoon?
-- sibuk gila.busybody.tapi i bagitahulah.. nak g paris boleh..wah so lame..hoho.


9. How many guests do you think you’ll invite?
-- tengok bajet ler.hahahaha.satu malaysia kalau boleh,sumbat je kalau tak muat nanti.the more the merrier.


10. Do you want an extravagant wedding or a simple wedding?
-- simple tapi akan diingati.wee.


11. Do you want the traditional vows or something you’d make up on your own?
-- what vows? nanti i suh bam2 buat paling romantic gitu. pastu baca pada mlm pertama boleh?haha


12. How many layers of cake do you want to have?
-- i nak seploh tingkat.kalo boleh nak setinggi klcc.tapi tak boleh.nanti jadi menara pisa pulak.


13. Do you prefer having your reception at a hotel or at a simple place?
-- rumah nenek i.hehe.. kalau bam2 nak kat hutan pon i sanggup asalkan dpt kahwin dgn u bam2.


14. When do you want to get married, evening or morning?
-- nikah malam.esok sanding.. kalau nak sekaligus.. pagi risik, petang tunang, malam nikah,esok sanding.


15. You’d rather have your reception outdoors or indoors?
-- tak kesahlah,janji i dapat kahwin.


16. Do you like a grand entrance for your groom?
-- takyah.roboh plak t.


17. Name the song/tune you’d like played at your wedding?
--lagu2 tema i dgn bam2.. banyak..antaranya, suaraku berharap..paling latest.hehe.


18. Do you want a solemn ceremony or a light one?
-- nape banyak sangat tanya ni.sekeh kang.


19. What age do you want to get married?
-- rabun ke hape ni.ko dah tanya kan?


20. Describe your ideal husband/wife
-- just like bam2.more than enough.hee.


21. Do you prefer fine dining or just the normal spoon & fork/knife?
-- makan dalam dulang lah..mesra alam sikit


22. Champagne or red wine?
-- nak air mata kucing dengan sirap sejuk.


23. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
-- yeah.itu yang ditunggu-tunggu..mana leh tunggu lama2..haha. alahai.. i dentist, bam2 doctor. rasa-rasa ada ke cuti ek?


24. Money or household item?
-- money money money.. mata duitan kot.

25. Who will pay for the bills?
-- bam2. hahahahhaha.


26. Are you ready for married life?
-- sentiasa sedia..wahhhhh.haha.


27. Will u always be true to your wife/husband
-- absolutely.no doubt.


28. How many kids do you like to have?
-- 4 lah.. nak kembar 4..hoho pecah perot i.


29. A new house for a newly wed or an old one?
-- sewa dulu.ekonomi stabil.beli rumah lah.kang makan pasir plak.


30. Will you celebrate silver wedding, gold wedding, or diamond wedding?
-- i want white gold with diamond. sumpah i dah survey..hahaha.


31. What kind of cuisine would you like for your wedding?
-- masakan orang kampung jawa.hehe. terbaek wok!


32. Will u record your honeymoon in a cd or dvd?
-- dvd la. kalau cd bape banyak plak nak dibeli.


33. Whose wedding plans would you like to know next? Choose 5 person.
maaplah. i tak nak susahkan orang.hehe. sape2 nak buat silalah buat ye =D



p/s: ahn aku dah buat neh.pueh hati?haha.

Sunday, January 31, 2010

Kenapa aku makin pelik dan jelik dengan dunia?

www.tips-fb.com

balik pasar penatnya.macam-macam diborong walaupon duit aku dah sengkek gila.sedihkan,memang sahdis.dah2 tak payah sian kat aku.aku boleh hidup lagi,=D


oklah.keluar topik.aku sebenarnya ada rasa jelik,muak,nyampah dengan kisah skandal artis, kahwin sana sini, tukar pasangan macam tukar baju, cerai berai tak cukup sekali.. ni kahwin, anak tak sempat hirup nafas segar, entah-entah inai tak hilang pun lagi dah bercerai-berai..muak tahu tak.yang tua kahwin muda.. lagi aku muak.. yang curik laki orang,bini orang,tunang orang lagi aku nyampah.. tahu tak aku jelik dengar..


orang akan kata,ko tak kahwin lagi boleh la cakap macam tu,ko tak lalui lagi asam garam rumah tangga sedap dok mengata orang.. ko berlaki pun tak lagi sedap nak bedal cakap entah merapu meraban.. ye aku tak kahwin lagi..memang betul.sikit pun tak salah..

tapi apa itu maksud perkahwinan.. adakah boleh kahwin hari ini.lepas 2 hari bercerai? Allah menghalalkan hubungan antara sang teruna dan dara dengan harapan mereka dapat berkongsi hidup,suka dan duka bersama disamping memanjangkan zuriat dan umat nabi Muhammad s.a.w.. nikahnya kau sebab nak mengelakkan zina..tapi kenapa lepasnya nikah wujud orang ketiga?khalwat bersama si dara? mahupon teruna? napa wujudnya sugar daddy..sugar mummy..aku semakin konfius.. atau inilah sebab manusia tak pernah cukup dengan apa yang dia ada..tapi bila kita diuja dan diuji sedikit kesulitan,lantas itukah jalan terpantas atau terpintas yang ada? 


lagi-lagi aku sedikit pelik,bila waktu bercinta,waktu angau..waktu pijak bumi pon tak jejak rasanya.. semuanya indah belaka..kentut ko pon oh sungguh wangi rasanya..kentut lah banyak2 kali tak apa..sebab wangi sangat leh buat perfume tambahan..ok aku geli. tapi bila semunya dah terbalik, pungpang pungpang dicanangkan keburukan si dia.. tak cukup ko bagitahu si bakal isterinya,ko canangkan pula kat media.. pula tu si dia orang terkenal.. mahu satu dunia tahu.. itukah rasa rasional yang ada dalam diri ko sebagai bekas kekasih..ohh bekas kekasih..maksud nya ko pernah berkasih dengan dia.. tak akan tak ada sekelumit perasaan kasihan..yes kasih.. dalam  diri kau..even sebagai bekas untuk berbuat demikian. tak perlulah diaibkan. cara terbaik, berpisah cara baik.. yang lepas lupakan.. dia ada hidup baru..jalan sendiri yang perlu diteruskan..kau pon begitu bukan?


yang lagi aku pelik dan bertambah-tambah jelik,bila ada pula sang bekas tunang hendak menyaman tunangnya akibat putus tunang.. tidak percaya kah kau akan takdir bahawa kau dah tak ada jodoh? nak buat apa buat saman-menyaman dengan alasan saman malu kalau betul-betul dia dah tak sukakan engkau..? kita merangcang tapi Allah yang menentukannya...sepatutnya kau amik iktibar,bersyukur..Allah tahu siapa yang terbaik untuk kau.. kau kena syukur,sebelum lafaznya akad nikah,Allah dah beri jalan dan tunjuk yang benar bahawa dia bukan untuk kau.. itulah cara positifnya..jangan dibuat benda pelik-pelik.. kadang-kadang aku sangat malu bila muka melayu itu yang tayang surat saman dengan alasan menyaman tunang sebab putus tunang.. satu dunia tahu.. sampai RM 30,000 nak saman bekas kekasih? sampai 4 cincin ko suruh ganti? gila ke hape kau ni weh????


tak cukup dengan saman..ko guna pula ilmu hitam durjana nak kenakan si dia.. sape engkau nak menentukan hukum sedemikian...oh zalimnya engkau? banyak kisah aku dengar,kat berita,kat lampung..sedara sendiri.. menjadi mangsa ilmu hitam yang keji hanya sebab menolak cinta? tak kasihan kah engkau melihat orang lain terseksa hanya kerana sifat tamak dan ego engkau?

entahlah dunia semakin jelik dan pelik.

sampai aku sendiri pon malu nak tengok dunia dengan mata aku sendiri.

seriuskah aku?

maaf atas salah silap.

aku berbahasa tanpa berfikir mungkin,

hanya meluah mana yang mampu.

yes,nauzubillahiminzalik..aku pun ada hidupku

minta dijauhkan.amin~

p/s: hidup ini singkat...gunakan sebaik mungkin.

Monday, November 02, 2009

Amiruddin Hussain nak kahwin dah?aku bile lagi?hoh0.

www.tips-fb.com

td aku tgh belek2 bloglist aku,tetibe ade something
yang menarik mate aku..mcm halilintar beb,aku perhatikan betol2.
betik ke x ni ek?hah....betik weh..tahu x hape????ha ni dia..

When the senses combined... * ni blog kwn lame aku*  
Jemputan ke Walimah Ana *ana itu merujuk pada amir* 
3days ago

utk tgk kad kwen amir...sile klik sini...
omg.kawan yg aku knl mase kecik2 dulu nak kawen dah? uish..
selama ni aku dengar kawan2 member aku je yang kawen.? .
Amiruddin Hussain nk kwen???
wahh..senyap2 je si amir ni tau2 nak kawen dah..huhu..
btw mir, silalah jemput aku ok..aku nak kad yg best neh dr ko.
memandangkan ko kan kawan aku dari sekolah rendah kot..
so kene special2 cket..ngat tau aku nak kad special..
haha..hmmm maybe..nope.definitely maybe.
aku memanglah xdapat datang.setelah aku kire2 hari..
lebih kurang tgh2 bln12 kan? aku balik msia end of dec. 
so xdpt lah aku merase nasi minyak ko mir...
btw.kad ko tetap aku nak.hehe...

well,beruntung sape kawen dgn amir ni *ok aku puji ko mir,xtipu neh*
heh,amir dulu2 rendah je dari aku..sekarang dah tinggi...
dulu budak hingusan kot..sekarang dah leh jadi suami org.bapak org.hehe..

btw..buat sahabat aku...AMIRUDDIN HUSSAIN... 
Selamat Pengantin Baru in advanced.
moge bahagia selamenye hendaknya....amin~


 nak kawen kene angkat2 cmni ke..uh,kne diet neh.buatnye kang xterangkat plak.muahaha,


lepas aku tau amir nk kwen tu kan..aku p0n terus cari name @syg kat phone list aku kan...aku terus call..
tutttt..tuttttt...

aku: bam2..awk tau x kwn intan yg yang amiruddin tu nak kawen da...intan xknl pon sape bakal isteri diye lah..
bam2: ouh kenal2 dear...hurm..nak kawen dah diye? 
aku:hah tu lah...kite ni bile lagi.hahahaha*aku gelak nk cover soklan aku,cm gatal sgt je bunyinyekan*
bam2:hahaha...cmne syg oi..kenelah tunggu bam2(bukan gelaran sebenar) abes belaja,kumpul duit *ala aku tau je pon.saje usik bam2 aku tuh..muahaha*
aku: huhu..yelah tau2..
bam2:hah,awk leh tggu bam2 kan nnti.. awk kawen nanti mestilah nk de macam2 kan.huhu*hehe betul la pe bam2 ckp 2..xkan aku nak kawen koboi.dahlah aku ni demand diye mcm2..haha...ala usik je la yg oi.aku pon xabes lagi ni.xkn nk kwen..terkincit2 aku nk bawa sume bnde t*
aku:hehe...yela2.tau2...oklah..gudnite ye..abes credit t *hehe.aku tgh bajet,bapak angkat aku si jpa xmsuk2 duit lagi*
bam2:ok,nite n bla3 * part jiwang xyahla aku bgtau kot*


p/s:bile plak turn aku?duh..bkn senang intan oii ko nak kwen2 nih..perfect kan dlu pe yg kurang.duh...kene pandai amik hati mak mertua,bpk mertua,dan seangkatan dgnnye..xpe2.masenye akan tibe..lets wait and see ppl..heh. *dlm ati,bilelah bam2 nak masuk meminang aku neh.h0ho.gatainye aku.who0psie*

Related Posts with Thumbnails