Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Monday, March 14, 2011

Lomography is my new hobby!

www.tips-fb.com

Saya ada hobi baru...


weee, apekah hobi saya? ini semua adalah akibat pengaruh rakan sebaya yang sangat mantap ok! huhu, pengaruh dari si Minah Senget Kelam, Atiqah May dan Kamil Hakimin Al-Yahya gear. haha.


disebabkan hobi baru maka saya telah pun mengimport hobi itu jauhhhhh dari Malaysia! terima kasih kamil sebab tolong belikan ye! trimas bam2 sebab tolong bawakan ke India. yeah! mulakan hobi baruku dengan hari yang penuh indah!.heeee.



apekah hobi baru?



UWS. name pendek diberi. nama panjang? SUPERHEADZ ULTRA WIDE AND SLIM  *big grin*








bila sampai je barang ni dekat rumah bam2, bam2 tanya,


" eh apa benda intan beli ni? "

" kameralah.."

" macam kamera mainan je.. kamera mainan sampai RM100 lebih ke? " 

" hehe, ala hobi baru... weee"


hee. i love it, aku kirim 2 roll films dari Kamil. baru nak mencuba..

1) Agfa CT Precisa (35mm, ISO 100)
2) Lomographic X-Pro Slide, ISO 100



Antara gambar-gambar yang aku snap menggunakan Superheadz UWS lomo camera aku dan filem Agfa CT Precisa ( 35mm, ISO 100 ). disebabkan ISO nya hanya 100 jadi memang kena ambil gambar di bawah cahaya matahari dan yang penting kena pastikan ada cahaya secukupnya atau pun cukup terang. kalau tak jadilah gelap gelita macam gambar-gambar aku yang lain.


Wondersplash



sky high!



the sunshine




sky wheel




Bird eye view




him




the sea




together till the end




secret




the king




the bliss




Aguada Fort




princess




tower



yang ni aku cilok di internet.hee.




love both! cantikkan?



hmm, aku mengimpikan Diana F+, Holga, Digital Harinezumi, Polaroid. huhu nanti next time pulaaa! berminat ke? mari skodeng ini belog, ada jual segala bagai kamera lomo. orang panggil toy kamera. lol. lepas ni boleh try filem lain pulaa...



p/s: nak beli DSLR tak mampu kan =P

Thursday, December 16, 2010

Kisah hantu zaman sekolah; Pandang kanan nampak PUTIH, Pandang kiri nampak HITAM...

www.tips-fb.com

Alhamdulillah dapat juga aku luangkan masa nak menulis setelah sekian lama aku tak berkesempatan.. Pernah tak dengar kisah-kisah hantu zaman sekolah dulu.. banyakkan? kisah histeria? lagi  banyakkan? kisah hantu dengan asrama ni dah terlalu sinonim.. ada yang kadang-kadang aku dengar sama saja kisah-kisah itu cuma ditambah sana ditolak sini. Apa pun ada juga yang boleh dijadikan pengajaran.. Jadi apalah salahnya kita berkongsi ek.huhu.


dulukan selepas aku pindah sekolah ke sekolah asrama penuh SEKOLAH TUN FATIMAH (STF), adalah satu  ketika tu, pihak EDAR (Exco Dakwah Ar-Ruhiyyah) nak cari calon-calon yang sesuai untuk organisasi mereka, disebabkan senior-senior semua nak bersara.. Masa tu, aku memang dari sekolah agama, jadi ada kawan-kawan yang cadangkan aku pergilah sekali join.. nak-nak pula syarat dia kena bagi ucapan sepatah dua kata kat depan surau sambil didengari oleh junior dan senior. so selepas itu, diorang akan vote lah siapa yang diorang rasa layak.



bukannya aku rasa aku layak tapi aku rasa macam seronok pula dapat share something. aku tak nak berucap tetapi aku nak sampaikan sesuatu.



jadi malam itu, aku pun mulakan kisah aku tu....



ada sebuah sekolah asrama tu, terdapat sekumpulan pelajar-pelajar nakal.. memang nakal semuanya, tapi nakal setakat ponteng kelas, ponteng surau, fly dari sekolah.. macam itulah lebih kurangnya.. semua cikgu kenal dengan perangai semua pelajar tu.. kesemuanya 6 orang pelajar perempuan.. Kemudian suatu hari, seorang dari mereka bagi cadangan..


" Weh, esok Qiamulail korang pergi tak? Jom pergi! "


" hah? tanduk aku belum hilang lagi beb "


" weh, jomlah pergi.. sesekali buat baik. apa salahnya, kan dah nak exam ni" 


" hmm, nantilah fikir dulu, hari Ahad beb, sekali seminggu. aku nak bangun lambat"


Akhir sekali semua macam dah setuju kecuali Zila yang agak berat hati nak tinggalkan katilnya pagi-pagi buta tu. Keesokkan pagi-pagi Ahad, Zila tergerak hati nak pergi.. bangun tengok dah jam sudah lewat gila.. dia pun tak fikir panjang terus bergegas ke surau.



Ketika itu, jemaah dah mulakan solat sunat, Zila solat di barisan belakang sekali.. ketika dengar bacaan yang dibaca oleh si Imam memang Zila sedikit kagum.. kenapa suara dia lunak semacam.. memang Zila rasa kagum dan sedikit kesal sebab selama ni dia jarang sangat pergi surau. Memang lunaklah, lain dari yang lain. tak pernah aku dengar suara orang selunak macam ni. Satu persatu solat sunat dikerjakan sehingga solat Subuh. 



Apa yang menghairankan, sikit pun suasana tu tak menyerupai suasana pelajar asrama berjemaah. Padahal Zila nampak kawan-kawan dia duduk di saf depan.. semua jemaah Zila kenal. tapi tak macam dulu, kalau dulu semua orang pantang lepas solat je pandang kiri kanan berborak-borak, ada juga yang membuta pelbagai posisi, tak kurang juga amik port kat luar surau sementara nak tunggu azan subuh berkumandang. Lagi pelik tak ada orang yang bangun pergi amik wudhu'. semuanya terlalu khusyuk berzikir.sangar mengagumkan.. terdetik dalam hati, semua orang dah berubah sebab nak exam ke? yaAllah aku saja ke yang tak berubah-ubah.



masuk solat Subuh, seperti biasa kerjakan solat subuh.. tetapi disaat memberi salam, Zila beri salam sebelah kanan.. semuanya PUTIH belaka.. beri salam sebelah kiri, semuanya HITAM belaka.. YaAllah kenapa ni. Masa tu entah kenapa Zila rasa seram sejuk. tak fikir panjang Zila bergegas balik ke blok.



Paginya, Zila tegur kawan-kawan dia.. 


" korang pergi Qiam tak bagitahu aku eh?" semua pun tercengang-cengang.


" Qiam? "


" Yelah siap saf depan korang solat. aku je ni yang kat belakang. nampak aku pun buat tak tahu je."


" Zila sayang, apa kau merepek ni. Qiam pagi tadi kan dah dibatalkan. Semalam AJK SURAU dah buat announcement time lepas baca Quran."


" hah? "


" tulah lain kali, orang baca Quran jangan tidur ke dengar lagu ke. jangan main-main beb, pagi tadi memang tak ada Qiam, solat Subuh Jemaah pun takde"



muka Zila dah pucat lesi. hampir pitam dia kat situ juga dengar penjelasan kawan-kawan dia. bila dia ceritakan kat kawan-kawan dia, semua pun macam sedar dengan tidak. melopong mulut masing-masing. Sejak dari hari tu, Zila dengan kawan-kawan dia antara orang yang solat di saf paling depan, setiap kali Qiam mereka akan sama-sama pergi.



entahlah, ini memang kisah benar kalau betullah cerita senior aku.. katanya, solat tu diimamkan para malaikat. yaAllah benarkah? aku pun kurang pasti... kalau benarlah, betapa untungnya Zila. Alhamdulillah sekurang-kurangnya insiden itu membawa kesedaran bukan hanya pada Zila tetapi rakan-rakannya.



Bila aku habis sahaja ucapan opsss cerita yang panjang lebar tu, aku terus pergi belakang surau.. sebab masa tu tiba masa untuk vote. paling memeranjatkan aku, vote pelajar lain menyebabkan aku dapat pegang jawatan SETIAUSAHA. memang agak besar tanggungjawab tu sebab antara jawatan yang tertinggi. sedangkan aku rasa aku sangat tak layak...berat wehhhhhh....  aku ni dah lah bertanduk. aishhhh. disebabkan jawatan itu aku pun mula berubah sedikit demi sedikit. yelah, nanti orang kata nama je setiausaha EDAR tapi perangai!!! tapi akhirnya, aku letak jawatan sebab aku rasa masih ramai lagi yang layak.. Ustazah tak bagi, ustazah kata, awak kena bawa juga. bila dah banyak kali aku jumpa merayu barulah ustazah bagi aku lepaskan jawatan tu dengan syarat aku kena pegang jawatan NAIB setiausaha. layanlah.... kadang-kadang aku rasa senang ceritakan kisah-kisah yang boleh dijadikan teladan.. kawan-kawan aku kata, tak apa sebagai penarik orang datang ke surau sekurang-kurangnya.



well, itulah intanberlian.. memang suka bercerita dan berkata-kata.lol.




p/s: kalau ada kesempatan aku cerita lagi ye.

Saturday, April 17, 2010

Resepi Kek Coklat Moist Mudah | Happy birthday to mama dan roomate tersayang, Asma.

www.tips-fb.com



aku tayang dulu kek coklat moist ni..resepi sila lihat di bawah nanti ye..


Entri khas buat mama  serta roomate tersayang yang menyambut birthday bulan ni..

1) mama ( 13 April )




happy birthday mama, along jauh sangatlah nak sambut birthday mama.tapi along tak pernah lupa segala jasa baik mama terhadap along... huhu nanti along balik malaysia kita sambut birthday secara pukal ok ma.. 

love u ma! you are the best mom of the world.

ouh yeah, kawan-kawan.. ayah aku tak bagi pergi euro trip. suruh balik malaysia sebab nak buat cuti-cuti malaysia.. huhu ayah kata, rammmaaaaaiiiiiii sangat nak jumpa along kat malaysia ni..hehe.

so aku pergi juga chennai yang awalnya bertujuan nak renew passport untuk travel nanti.. tapi mak aku kata,

takpelah along buat belanja duit tu, renew kat malaysia nanti dengan mama, mama ayah semua nak datang india nanti...

yes!! akhirnya aku meng'enjoykan diri ke chennai dan shoppping!!! of kos.maceh ma.


2) birthday roomateku Norasmalina. ( 17 April )




hah promote sikit asma ni.
 roomate tercintan
 single dan available lagi ni.hehe.


petang tu, aku + pipa + casio sibuk nak buat kek untuk asma.
ini dia resepi mudah yang sedap

chocolate cake moist..

sedap ni tak tipu.haha.

RESEPI:

1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1/2 cawan coklat powder
100gm butter
2 biji telur
1/2 sudu besar esen vanilla
1/2 sudu besar serbuk penaik
susu atau fresh cream

cara-caranya:

1) pukul telur sampai kembang dan campur esen vanilla.

2) campur dengan tepung gandum, serbuk penaik,coklat powder, gula dan minyak masak.. kacau sampai sebati.

3) letak susu sedikit demi sedikit sampai mencapai kepekatan yang dikehendaki.. tak terlalu pekat tak terlalu cair ok.. biar sebati.

4) letakkan kertas ke dalam bekas acuan / aluminium dan sapukan sedikit butter supaya tak melekat dan mudah dikeluarkan.

5) kukus selama 1 jam. check air kukusan, kalau kurang sila tambah ye.jangan sampai kering. *aku suke kek kukus sebab moist sangat*




lepas masak



angkat guna kertas ke atas pinggan
dan sila buangkan kertas tersebut dengan hati-hati.


TOPPING
*tak perlu buat pun takpe sebab dah cukup sedap dah kek tu*

coklat cadbury untuk masak tu cairkan, tambah sedikit butter, susu dan gula. kalau nak lagi pekat gunakan fresh cream ye..



letak coklat topping.



DECORATION
*ikut suka*

1) sapukan coklat di seluruh permukaan kek
2) taburkan gula icing, gunakan penapis.. tabur dengan sekata.
3) letaklah badam di keliling kek tu, macam pagar lah kununnya.huhu
4) potong kiwi secara kepingan nipis ( buah lain pun boleh) 
dan susun atas kek
5)tulis nama 



 tabur icing sugar



 susun buah kiwi



 sesi menulis nama.dan menghias..


yeah dah siap pun.cantik tak huhu.




hasil decoration oleh aku dan steph.

tak lupa dengan bantuan pipa + casio + wancik.


UPDATED:

aku ada satu lagi resepi kek coklat moist yang best~

RESEPI KEK COKLAT MOIST YANG LEBIH MUDAH,MOIST DAN SEDAP.

klik atas tu tau.pastu comparelah mana yang lagi senang bagi korang eh.




p/s: Happy birthday mama.sayang sangat mama
happy birthday asma! huhu moga dapat jejaka yang hensem dan baik hati seperti Kim hyun Joong atau JGS..wee...

p/s/s: silalah cuba resepi ni ok.kalau sedap bagitahu aku.tak sedap korang lah salah buat.haha.

Tuesday, February 23, 2010

Kenangan bersama kau TIM masih segar..izinkan aku mengungkitnya kembali..aku rindu kau Fatimatussolihah,ye hari ini 23 FEB...

www.tips-fb.com

23 FEBUARI 2010
23 FEBRUARI 1987

 
 kau dan aku

ada apa dengan 23 feb itu? sebenarnya 23 feb ni adalah hari ulangtahun kelahiran arwah sahabat baik aku FATIMATUSSOLIHAH (TIM).. pejam celik pejam celik dah 4 bulan lebih tim tinggalkan kami.. insiden tu masih segar dalam ingatan aku.mana mungkin aku lupa.mana mugkin aku terlepas ingatan.sedangkan aku yang menemani arwah dari salem ke bangalore dan ke kargo MAS...masih segar.dan selamanya segar..apatah lagi kenangan yang terbina sejak bertemu tim di kutpm shah alam..dan sampai ke india.. sumpah..aku sayang tim.. dia salah seorang sahabat aku yang sangat unik.. tim tak payah study pulun-pulun macam aku.tim study sikit je.dah kira baik dah markah dia.. 


 kau tetap segar tim dalam ingatan aku.
bukan aku sahaja.
malah ramai orang sayang...

ingat lagi tak pasal arwah sahabat yang aku pernah cerita dekat blog aku ni..aku banyak sebut pasal dia..di sini.. dan sini.. dan juga ini... tak perlulah aku ulang yang sama..

masih ingat berita ini dulu? dan ini ? dan sini.....

sepanjang aku kenal tim di shah alam.. tim happy go lucky.nak nampak tim sedih macam kau tunggu kucing tumbuh tanduk.aku tak pernah nampak..yang aku tahu dia gelak bagai nak rak hampir setiap hari.. kenangan tengok movie setiap kali habis kelas.sampaikan pakai baju kurung masuk panggung.sampaikan ponteng kelas.sampai kan tumpang kereta aaron takpon raja sebab susah nak g sunway pyramid.huhu... aku gembira ada kenangan-kenangan tu tim..

keceriaan itu yang aku rindu.
ko selalu cerita itu ini dengan aku kan..perangai gila-gila kau tu sampai aku tak tahu nak respons apa..huhu.ko tak pernah kering idea kan? aku paling suka bila kau mula melakar-lakar dengan pensil ke.pen ke.. atau water colour.kau kreatif.aku suka.huhu... smpaikan hari tu aku kemas-kemas rumah kau tim.aku amik satu polisterin yang tim dah kaler-kaler..aku tmpal elok2..letak dekat wall meja study aku..huhu...


 
nah nampak tak,
ni tim punye board pink.
aku cilok tim
aku suke..
dan bawah itu gambar kau 
tersemadi indah.


masa kat india..lepas tim pindah rumah sewa..seingat aku..kau lah tempat aku pergi kalau aku tensen study,,kau layan je akukan tim..huhu... argh makin aku kenang makin aku sedih..tapi akan aku semat dalam-dalam hati ni...ruang untuk kau tim sikit pun tak pernah hilang..kau aku letak tempat paling istimewa dalam hati aku.. ces. napa aku nangis ni tim.napa ni..aku kan dah get over sedih ni..bencinya.!!


love u sayang..

mungkin sebab aku tak boleh lupa keakraban kita masa kat india ni..suka duka aku dan kau masa kat posting.. kalau batch kita kena marah dengan lecturer kau selalu stood up untuk kitorang semua.huhu..tu yang aku kagum,ko bukan kisah pe diorang nak kata..janji kau cakap benda yang betul..

tim,sempena birthday kau esok.. tadi petang kami semua dah kumpul ramai-ramai dekat blilik aku.. aku cuba terbaik untuk handle bacaan yassin tadi khas untuk kau tim..kami hadiahkan untuk kau..kami nak kau tenang dan aman di sana..suatu hari nanti kami semua akan menyusul ke sana.. kami sayang kau tim..aku lagiiii sayang kau tim.. 

nanti bila-bila aku senang,aku pergi lawat pusara kau lagi ye tim...


masa aku gi terengganu ni...

umi kau, abah kau,adik kau si tenten, ciksu,ciktie..dah aku anggap macam keluarga aku sendiri..aku selalu bergurau senda kat fb dengan mereka..itu je cara yang aku rasa aku sangat dekat dengan kau.. aku sayangkan mereka semua macam aku sayang keluarga aku...

akhir sekali..moga Arwah Fatimahtussolihah dicucuri rahmat dan tergolong dalam hamba-Nya yang solehah.. amin~

p/s: kalau boleh diputar..aku mahu waktuku bersama kau diulang kembali,agar aku dapat tatap kau..hiburkan kau sedaya mungkin.. tapi itu hanya lah KALAU semata..

Monday, November 02, 2009

Amiruddin Hussain nak kahwin dah?aku bile lagi?hoh0.

www.tips-fb.com

td aku tgh belek2 bloglist aku,tetibe ade something
yang menarik mate aku..mcm halilintar beb,aku perhatikan betol2.
betik ke x ni ek?hah....betik weh..tahu x hape????ha ni dia..

When the senses combined... * ni blog kwn lame aku*  
Jemputan ke Walimah Ana *ana itu merujuk pada amir* 
3days ago

utk tgk kad kwen amir...sile klik sini...
omg.kawan yg aku knl mase kecik2 dulu nak kawen dah? uish..
selama ni aku dengar kawan2 member aku je yang kawen.? .
Amiruddin Hussain nk kwen???
wahh..senyap2 je si amir ni tau2 nak kawen dah..huhu..
btw mir, silalah jemput aku ok..aku nak kad yg best neh dr ko.
memandangkan ko kan kawan aku dari sekolah rendah kot..
so kene special2 cket..ngat tau aku nak kad special..
haha..hmmm maybe..nope.definitely maybe.
aku memanglah xdapat datang.setelah aku kire2 hari..
lebih kurang tgh2 bln12 kan? aku balik msia end of dec. 
so xdpt lah aku merase nasi minyak ko mir...
btw.kad ko tetap aku nak.hehe...

well,beruntung sape kawen dgn amir ni *ok aku puji ko mir,xtipu neh*
heh,amir dulu2 rendah je dari aku..sekarang dah tinggi...
dulu budak hingusan kot..sekarang dah leh jadi suami org.bapak org.hehe..

btw..buat sahabat aku...AMIRUDDIN HUSSAIN... 
Selamat Pengantin Baru in advanced.
moge bahagia selamenye hendaknya....amin~


 nak kawen kene angkat2 cmni ke..uh,kne diet neh.buatnye kang xterangkat plak.muahaha,


lepas aku tau amir nk kwen tu kan..aku p0n terus cari name @syg kat phone list aku kan...aku terus call..
tutttt..tuttttt...

aku: bam2..awk tau x kwn intan yg yang amiruddin tu nak kawen da...intan xknl pon sape bakal isteri diye lah..
bam2: ouh kenal2 dear...hurm..nak kawen dah diye? 
aku:hah tu lah...kite ni bile lagi.hahahaha*aku gelak nk cover soklan aku,cm gatal sgt je bunyinyekan*
bam2:hahaha...cmne syg oi..kenelah tunggu bam2(bukan gelaran sebenar) abes belaja,kumpul duit *ala aku tau je pon.saje usik bam2 aku tuh..muahaha*
aku: huhu..yelah tau2..
bam2:hah,awk leh tggu bam2 kan nnti.. awk kawen nanti mestilah nk de macam2 kan.huhu*hehe betul la pe bam2 ckp 2..xkan aku nak kawen koboi.dahlah aku ni demand diye mcm2..haha...ala usik je la yg oi.aku pon xabes lagi ni.xkn nk kwen..terkincit2 aku nk bawa sume bnde t*
aku:hehe...yela2.tau2...oklah..gudnite ye..abes credit t *hehe.aku tgh bajet,bapak angkat aku si jpa xmsuk2 duit lagi*
bam2:ok,nite n bla3 * part jiwang xyahla aku bgtau kot*


p/s:bile plak turn aku?duh..bkn senang intan oii ko nak kwen2 nih..perfect kan dlu pe yg kurang.duh...kene pandai amik hati mak mertua,bpk mertua,dan seangkatan dgnnye..xpe2.masenye akan tibe..lets wait and see ppl..heh. *dlm ati,bilelah bam2 nak masuk meminang aku neh.h0ho.gatainye aku.who0psie*

Saturday, October 17, 2009

Buat Sahabatku Fatimahtussolihah~

www.tips-fb.com

13/10/2009 adalah tarikh keramat yg xakan sekali2 aku lupekan seumur hidup aku..di mne sahabat baik aku sndiri telah meninggal dunia disebabkan accident.
14/10/2009 kami semua off to general hospital..dari pukul 7.30 pg smpi pukul 10.30p baru selesai..sdh gile aku sbb mcm tu lame procedure diorg..aku xsmpai hati tgk jenazah mcm tu lame nk go thru all da procedures..
mybe org cni yg kurg snsitif dgn jenazah buat aku
bengang dan sdh..kalo di malaysia.xakan mcm ni..!!

then we off to bangalore mengiringi jenazah utk procedure seterusnya sebelum di bawa ke airport...
aku,farah dan alom duk dlm ambulans bersame2 jenazah..
rakan2 yg lain naik tempo traveller ikut dari blkng ambulans..
myb kekurangan keselesaan di ambulans tuh
membuatkan ade rakan yg mng'offer' diri
tuk gantikan aku....aku sekadar mnjawab.
"xpelah..aku nak abeskan mase2 terakhir yg ade ni
bersama tim....."

tim,sepanjang perjalanan ke bangalore.aku puas dpt pndang ko lme2.aku puas walaupun ko hanya sekujur tubuh kaku didalam kotak cermin.aku puas tim..asalkan aku dapat bersame2 ko tim..aku cube sedaye upaya aku nk lwn perasaan sdh,hiba,sebak aku tim.tapi aku tewas.meleleh gak air mate ni..dlm sedu aku cube habeskan surah yassin yg aku bace..aku harap doa dan bekalan yassin yg aku cube smpikan pd ko dpt ko terima wat bekalan nanti tim..aku sdh tim.tp aku tau aku kene kuat..aku kene tempuh hari2 mendatang tanpe ko..myb org berkate..yg hidup pasti akan pergi...semua dah terjadi..tapi hanye org tertentu yg phm pe yg aku rase...aku bkn xnk terime knyataan.tapi aku hanya manusia biase yg penuh dgn emosi dan perasaan..aku juge perlukan mase tuk semua ni..ko xtau pe yg aku rase bile bdn ko diletak ais2 ketul..dan bile ais tu cair..ko bergerak2 seolah2 meminta bntuan kami..ko seolah2 bertanye nape ko begini.maaf tim sekiranya ape yg kami cube sempurnakan sebagai sahabat,saudara seIslam tidak dpt kami tunaikan dgn sempurna tim...aku hanya memandang dgn hopeless..namun tim aku xpnh putus2 berdoa tuk kesejahteraan ko di sane tim...

tim....sesampai di bngalore.alangkah hibanya aku bile melihat tubuh ko xsmpat kami mandi,kafan dan solatkan tim...sekali lagi maaf tim yg kami pinta...namun aku tau..di malaysia semuanya lebih sempurna...
betape hibanya lagi bile aku lihat wajah ko buat kali terakhir.maaf tim.dikala doa dibace aku sekali lagi xdpt nk thn sendu dan air mate ni dr meleleh jatuh...hati aku meronta2 nk kucup dahi ko buat kali terakhir..tapi apekan daya..aku hanye sekadar memndang ko dari sisi..tim...

sekali lagi aku iring ko ke maskargo..aku sdh..kalo kupunye peswat sendri dah pasti biar ku saje yg hantar ko pulang..tim..klo boleh aku nk tgk ko smpi ke msia.smpi ke liang lahad..tp aku xmmpu tim..maafkan aku..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ngt x tim mase 1st year dlu kite pnh msuk pertandingan decoration gune bijian2 tuh..kite design gambar wau.ngt x tim? kite mng 3rd... dan skali lagi kite wat gmbr umah kg..tp kali ni xmng pon.tp xksh kan tim..

tim,ko ngt x..mase time exam dlu..aku ckp aku tension kat hostel.ko ajak aku dtg rumah.aku ckp xpe lah xyah tim.."intan dtg k.aku da beli grilled chicken,t kte mkn same" ko tmpt aku mngadu tim..ko hiburkan aku mase tuh..bile aku nk blik..ko ckp "xpelah intan,xyah naik auto..bhye..t kwn aku hantar" dan mase tulah aku baru knl sape DR.SABREE.diye lah yg antar aku blik hostel dgn ko..dan kereta merah itu jugelah yg aku pernah naik tim...

ko ngt lagi x,ko jemput aku dtg umah ko."jom intan kite msk same2..dtglah umah.mkn2" dan 1 ari.aku dan farah dtg umah ko.kte msk udang msk lemak cili api,ikan goreng,sayur cmpur...ko ckp.aku jrg msk2 ni..ye aku tau ko jrg mkn.sbb tu ko slalu sakit tim...

ngt x lagi tim,bile each time before practical exm.kite tggu kt luar same2..."intan,jom blaja ngn aku.aku xabes stdy lgi ni" n mase tu la ko mesti nk aku bace.ko nk dgr..ko nk hafal same2 ngn aku.ko mmg genius..ko ckp kt aku..mse result baru2 kuar.ko risau sgt result Community Dentistry ko.sbb ko baru je stdy mlm tu..then Alhamdulillah.ko pass...betape happynye ko.ko asik ckp je..ko xcaye result ko cm2..

ngt lagi x tim..bile ko tgk bagpack aku..ko ckp ko nk beli bagpack gak.then ko g kdai adidas.ade beg mcm aku je.tp pink colour..pastu beg kite jadi same.kdg2 org usik ckp kite kembar,..ko ngt x lagi semua tu tim..tim...aku mnta izin utk smpan bagpack pink tu sbg kenang2 kenangan ye tim..

ngt x lagi tim...aku ty ko..
"tim,nape lame xdtg kolej..g bngalore lame2 watpe" ko jwb,"aku tension lah tan,aku tertekan" "nape tim? klo de pape nk share citelah kat aku tim" "xpelah tan"
 jawapan ko watkan aku xty2 nape.ko ngt x bile tim..aku ty ko after class 12/10/2009..
aku terkilan sbb xcube ty ko pe yg mnybbkan ko tertekan..ko slalu meluahkan pe ko rase kt aku.maaf tim..

ngt lagi x tim..kite dah plan same2 nk wat mkn2 weekend ni..ko ckp xsdp t nk msk rendang klo xde serai..jadi ko nk g cari serai dlu..tapi semuanya hanya takdir yg mnentukan...

tim..terlalu byk tuk aku kng..smpi aku sndri xmampu nk ulang satu persatu...dari kutpm aku knl ko.. bkwn baik ngn ko dr kutpm smpilah kat salem ni..da lame tim..aku da knl ko cmne..
ko cheerful,happy go lucky,tapi aku tau klo ko sdh ke de msalah.ko xpnh cite kt org.ko smpan diam2..ko lbh ske bdiam..xske bckp hal org...tu yg aku kagum dan puji pasal ko..ko xpnh ckp yg buruk2 psl org len.. ko xksh pe org ckp psl ko..jnji ko heppy...tim.aku nk ko tau,spnjang aku knl ko..aku sgt amik berat psl ko.. dan aku sgt sygkan kau tim...moge ko tenang disane..slm syg dan rindu dari aku....AL-FATIHAH....

 KAT KUTPM,SHAH ALAM


ngt x tim...mase ni kite nk bedah tikus..ko mmg ske bab2 ni kan tim?


ngt x tim ni mase taklimat jpa ke pe tah..aku nk ko peluk aku mcm ni lagi bleh x tim?



ni mase kat kem...ngt x tim?



ni pon same....



mase ni kite otw nk g kem btn kan2?



ngt x tim.dlu kalo kite kemane2 mesti berempat..kite lah yg suke tgk2 movie kt mines klo x kat mid..smpi pnh kite msuk cinema pakai baju kurung..kan tim?huhu..kite tumpnag keta raja..xpon keta aaron...



hmm..miss those moments we had spent together...

KAT INDIA....


ni mase kt yercaud~



yercaud gak..ko mmg gile2.huhu.



mase kite sume baru smpi salem..kt white house..siap pakai blazer lagi...



college day...kite ngn jonah kan.mase tu ko ckp..jonah tu hero tamil...



mase ni ko ajak aku msuk pertandingan ni...yelah sbb kite kn da mng tuk decoration wau tuh.sygnye aku xde plak smpan gambar wau tu tim....



yeah,ni lah hasilnye...kepuasan kan tim even kite xmng pape...



ni plak gala nite...ko sibuk nk try pakai sari...



mase ni kite g town ramai2..ko lah yg ajar naik bus blik hostel...ko ckp amik bus yg bwh jam besar kt bustand..sbb kite kn xtau bace tulisan tamil kat bus..tp skrg aku da blaja tamil tim..



kite membeli belah kt greenland..



kite mkn2 kt ananda bavan...



mase ni baju chudidar aku baru siap..ko pon sibuk nk try baju aku..huhu...

 
ni kat dental collge...

oklah..klo nk diletak semua gmbar.xmuat plak t tim..ni je yg aku letak k tim...
tim...akhir sekali...maafkan aku sekiranya entri aku ni keterlaluan..aku skdr mngimbau blik mase2 aku bersame kau...moge roh kau aman di sane..ramai yg mendoakan kesejahteraan kau tim..slm syg dari aku..

p/s: Dr.Muhammad Mohseen b.Muhammad Babu masih lagi tidak sedarkan diri..marilah kita same2 mensedekahkan surah yassin dan Al-Fatihah...moge keluarga Mohseen tabah dan xberputus asa..moge Mohseen recover sooner..amin~










Related Posts with Thumbnails