Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Wednesday, January 20, 2010

Cantik yang mane tu? Bahagian Atas Atau Bawah?

www.tips-fb.com

semalam aku baru je cerita pasal kolej aku punye affiliation as a deemed university nak ditarik balik kan.. so tadi time aku tengah clinical posting, kecoh semacam..tiba-tiba..

Principal nak jumpa.. principal cakap apa tah tak clear sangat... yang aku dengar..exam esok postponed isnin.hahaha...syiok abes..padahal bukan aku study pon..hmm pasal affiliation tu dah betol la..sekarang dah masuk court..cuak aku.. chancellor kene menentang abes-abesan kalo tak jatuh miskin papa kedana lah dia nanti...

tadi budak-budak kolej engineering wat riot.. strike sana sini pasal affiliation tu lah.. nak tukar jadi MGR, Gomen kolej.. sampai ada polis semua.. kecoh betol..

tapi terima kasih atas effort tu exam postponed.takda lah penat sangat otak aku nak pikir study pe kan..

tadi aku godek-godek tenet ni.aku jumpe ni plak...

layankan~

Cantik: Bahagian Atas Atau Bawah?

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.

"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."
wahaha.amik ko.

p/s: check betol-betol lain kali ok? time kasih encek Michael Scoffield..gitulah nickname nye.

Related Posts with Thumbnails