Showing posts with label Islam itu indah. Show all posts
Showing posts with label Islam itu indah. Show all posts

Monday, August 06, 2012

Bila berkata tentang solat terawih. Solat terawih ni berapa rakaat ye?

www.tips-fb.com

Dear Readers,




Selamat menempuh dan menghayati Ramadhan yang hanya tinggal 2 minggu je lagi.. Ehem, biasanya kalau cakap pasal puasa je kan, dalam kepala semua ingat nak RAYA! Hah sebab tu rata-rata semua orang tak sabar nak tunggu habis puasa sebab nak RAYA!


Dalam setahun ada sebulan je kan Ramadhan? Kalau dalam tempuh sebulan ni kita tak kejar "ganjaran" bulan puasa ni, memanglah rugi sebab belum tentu kita akan bertemu semula Ramadhan akan datang. Biasanya orang cakap apa kalau Ramadhan ni? Terawih. Istimewakan Ramadhan ni. Hanya Ramadhan sahaja yang ada terawih ni.


1) RAKAAT

Bila aku nak cakap pasal terawih ni, ada yang buat 20+3 rakaat, ada yang buat 8+3 rakaat. Tak kisah berapa pun rakaat pucuk pangkalnya hati. Hati tu ikhlas ke tak atau sekadar mengikut adat dan resam kununnye. Adat ke tak adat tolonglah ikhlaskan hati tu, kalau tak serious. Penat tunggang tunggik. Wallahua'alam kan niat masing-masing. Tapi aku paling tertarik bila adik aku cerita suasana dia bersolat terawih di rumahnya di area Seri Kembangan. Imam di sana bersolat terawih 4 rakaat 2 salam diikuti dengan tazkirah. Tazkirah yang terlalu menarik dan penuh ilmu tu menjadi tarikan para jemaah untuk sama-sama ke sana. Adik aku kata, memang tak pernah sikit orang, sentiasa penuh dan ramai je jemaah. Selesai tazkirah, solat diakhiri dengan Solat Witir 3 rakaat 1 salam. Menarikkan. Bagi akulah, sekurang-kurangnya setiap makmum yang hadir dapat input sesuatu walaupun sedikit dari sekadar solat 23 rakaat yang belum tentu khusyuknya. Itu pendapat akulah. 


Kadang-kadang memang ada Imam yang nak habiskan 1 juzuk, terus terang aku katakan, bila Imam baca terlalu lama, aku punya khusyuk cepat je lari ke sana ke mari. Memang aku bukan insan yang terlalu baik dan mudah mendapatkan khusyuk. Yelah, hati terdetik eh lama lagi ke Imam ni. Ehem, itu akulah, hamba yang kerdil ni. Setiap orang berbeza-beza. Perlu  juga rasanya kalau kita fikirkan balik siapa yang menjadi makmum? kesian jugakan pada warga tua yang tak berapa larat. 

Pernah aku terbaca juga tentang hadith dari 'Aisyah RA: 

Maksudnya : “Sesungguhnya Nabi tidak pernah menambah (bilangan rakat solat malamnya) pada bulan ramadhan dan bulan lain-lain lebih dari 11 rakaat.” (HR Al-Bukhari : 2013, Muslim :736). 


so true kan =P


Berbalik pula sekiranya Imam menunaikan solat terawih 20 rakaat, aku pula insyaALLAH kalau aku larat memang aku tunaikan habis mengikut Imam sebab di Skudai ni memang 20 rakaat. Kenapa kita seeloknya ikut Imam untuk habiskan solat, berdasarkan hadith yang aku baca ni ;


 Ini adalah kerana Rasulullah SAW pernah berkata: “Sesungguhnya seorang lelaki apabila mendirikan solat bersama imam sehingga selesai, maka dikira baginya solat sepanjang malam.” (Sunan Abu Daud:1375, hadith ini dinilai sahih oleh Shaikh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud). 

Jadi seeloknya kita sempurnakan sampai habis. Tapi kalau dah tak larat sangat, kepala hotak dah melayang nak makan kat rumah tu, ehem baiklah tak payah teruskan. ye dak? Kesimpulannya, tak kisah pun berapa rakaat yang penting ikhlas.



2) BACAAN

Adakalanya, bila terlalu ghairah nak mengejar untuk menghabiskan 20 rakaat tu, memang ada Imam yang bacaannya laju, ada yang bacaannya cepat. Apa pun, diharapkan bacaan itu masih mengikut bacaan yang betul.  Sedangkan Allah SWT berfirman: Dan bacalah al-Qur’an dengan tartil (al-Muzammil 73:04). 

Ada juga dek terlalu nak mengejar cepat habis terawih, solat itu seolah-olah macam robot dan terlalu laju. Sampaikan kelam-kabut juga si makmum nak mengejar. Asalnya TERAWIH tu kan bermaksud duduk bersenang-senang atau beristirahat *betulkan kalau aku salah*. Maka solat terawih bererti bersolat dengan  rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'.  Jadi kalau dah terkejar-kejar, ketenangan itu pun dah tiadakan. Dah macam robot. 


Ehem yang mana satukah anda?



3) GANGGUAN SOLAT TERAWIH

Hah pernah tak korang pergi terawih tapi dok terganggu dengan budak-budak kecik yang memekak kat belakang tu. Nak lagi hebat time nak dekat-dekat raya tu haaa. berdentum-dentum orang main mercun dekat perkarangan masjid/surau. Pelik tak? Apa hal kau nak main kat surau weh? tak de tempat lain ke nak main? rasa nak masukkan mercun dalam mulut depa. padan muka naaaa. Yang anak-anak kecil tu kan, memanglah elok kita latih anak kecil belajar solat, ajar ke masjid. Tapi pleaseeelah, not now. Apa salahnya latih dulu dekat rumah, ni dekat rumah pun ko tak heran nak ajar anak solat tapi nak bawa ke masjid. Ajar anak adab-adab bila berada di masjid, hormati jemaah lain. Janganlah sampai ada jemaah lain yang jeritkan anak kita.


kesianlah pada orang yang nak solat tu. Nak pula yang main Polis sentri dalam surau, Peh uji kesabaran. cubalah bayangkan orang yang sedang bersolat ni terdengar dan terganggu dek suara jeritan dari budak-budak kecil ni, buatnya dalam hati dia tersumpah serana, dalam hati tu dia termarah-marah. Bukankah kasihan. Pahala terawih belum tentu dapat, tapi dosa lain pula yang mereka dapat. YaALLAH.



4) SAF

Satu lagi, ni memang selalu sangat jadi isu! SAF!!! Memang yang kat belakang tu tak reti eh nak rapatkan saf? Kadang-kadang yang sebelah menyebelah ni pun haaaa, orang belakang dah tak masuk ke depan celah-celah kau dengan orang sebelahkan, apalah salahnya kita yang merapatkan... Anjak sedikit demi sedikit. Kan dulu dekat sekolah dah belajar macam mana nak rapatkan saf. Sedih tau. Bila pusing belakang lompong sana sini. Terdetik dalam hati aku, orang ni solat sendiri ke berimam. Kalau nak solat sendiri pergi balik rumahhh. Lagi sedih, hmm bukan budak-budak tapi mak-mak dan nenek-nenek orang. Haih. Aku rasa dah berplohhh kali pak imam ke pak bilal ingatkan SILA RAPATKAN SAFFF.



Kata Nabi SAW:
 “Tegakkanlah shaff-shaff, sesungguhnya apabila kalian melaksanakannya, maka itu seperti shaf-shaf malaikat. Rapatkanlah bahu-bahu, tutuplah celah-celah, dan berlemah-lembutlah terhadap saudara kalian, serta jangan biarkan ada celah untuk syaithan. Barangsiapa menyambung shaff, Allah akan menyambung hubungan dengannya. Barangsiapa memutuskan shaff, maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya” (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan An-Nasa’i; serta dishahihkan Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud nombor 620 dan Shahih At-Targhib wat-Tarhib nombor 495). 


Lagi mahu cerita, kebetulanlah masjid yang aku pergi ni dalam taman. Maka bersebelahanlah dengan rumah yang corner lot tu kan? Bukannya nak mengata, tapi bagi aku tak sedap sangat-sangat bila orang di sebelah sedang nak solat, kau di rumah duduk di luar bercanda ria.. terpekik terlolong. hmm, payah nak cakap. Memang hak masing-masing tapi elok lagilah kalau kita hormat-menghormati.



Serious weh, sangat cuteeeeeee kek ni!


Lagi sahdis, boleh dia letakkan kerusi di depan rumah semata-mata tak nak bagi jemaah menumpang parking kereta depan rumah dia. Dah kat tepi jalan, memanglah ruang parking kereta terhad. Apalah salahnya kalau diberi tumpang parking. Bukannya orang tu nak letak lama. Lepas solat dia baliklahkan??? Kalau kita sendiri tak solat terawih, apa salahnya kita menumpang pahala dengan beri ruang parking pada mereka yang nak solat tu. YaALLAH macam-macam rupa manusia ni. Hari pertama lagi aku dah terdengar jerit pekik si tuan rumah yang marahkan orang menumpang parking depan rumah dia. Malu. Malu melihat situasi itu di bulan puasa. Wallahua'alam.


Malam tadi ada dengar tazkirah di Channel OASIS. Kalau kita benar-benar menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan dan sikhlas hati, insyaALLAH Allah akan ampunkan segala dosa kita yang telah lalu. Cara untuk hidupkan Ramadhan ni dengan BERSOLAT TERAWIH. YaALLAH mulianya bulan Ramadhan ni kan? Hmm, jangan kata terawih... Puasa pun terlalu ramai yang ponteng dan tak berpuasa. Malukan? Ada yang tanpa segan silu makan di khalayak ramai. Yang berniaga start pukul 12 tengah hari pun ada. Untuk apa? Untuk orang berbuka? ke untuk orang bersahur sebelum masuk zuhur? Haih entahlah.  Tingkatkan amal banyakkan muhasabah diri. Andai apa aku kisahkan di atas ada salah silap mohon ditegur. Maaf andai terkasar dan tersilap bicara.





Salam Ramadhan Al-Kareem.


p/s: Alhamdulillah kali ini dapat berpuasa, berterawih dan beraya di MALAYSIA bersama keluarga dan Bam2. =D

Sunday, April 08, 2012

Dear my future husband

www.tips-fb.com



Dear my Future husband,


I  will cook, I will clean, I will shop
I will be the best housewife ever
INSYAALLAH


I will dress up for you, I will
maintain my appearance for you,
I will make sure I will be the best wife I can be.
INSYAALLAH


I will have as many children as you want,
I will raise our children to be the best they can be,
I will be the best mother.
INSYAALLAH


As long as you promise me one thing,
HELP ME GET TO JANNAH.


with love,
Me




p/s: read one article in my friend's FB. So, I would like to dedicate this to my other half. 

Friday, August 12, 2011

Betulkah syaitan diikat pada bulan Ramadhan?

www.tips-fb.com

As Salam Readers,





Dulukan masa aku kecik-kecik, aku ni penakut. Nak pergi tandas tu.. bilik air rumah kampung dulu lagilah dekat luar. Gerun semacam je weh. Bila bulan puasa je mak aku mesti cakap, saja mak aku nak escape teman aku,


"Alaaaa apa nak ditakutkannya along oi. bulan-bulan puasa ni, takde hantu! setan semua dah kena tangkap. Kena ikat."


Aku percaya bulat-bulat. Memang aku berani gila. jalan mendabik dada tanda akulah paling berani pergi tandas sorang-sorang, berani takde hantu time bulan puasa. Kerek gila mukakan. Pergi tandas tanpa rasa takut ada hantu skodeng. Mesti pernah punya, siapa yang mencicit lari balik dari surau ke masjid, mesti relax je jalan sorang-sorang sebab tahu setan dengan hantu dah kena tangkap. 



Tapi bila aku dah besar-besar galah ni, aku tertanya sendiri.. Betulke syaitan ni diikat? dibelengu bila kalanya tiba bulan Ramadhan. Lepas puas mencari, nah inilah kesimpulan yang aku buat. 



Ada 3 pendapat tentang benarkah syaitan ini dirantai atau diikat atau dibelengu.



1) Syaitan tidak dibelengu atau diikat, tetapi masih bebas bergerak cuma terbatas dan terhad.


Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud,

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi saw telah bersabda: '"Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai @ dibelengu para syaitan"
(HR Al-Bukhari dan Muslim)


Benarkah pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan para syaitan dibelengu?


Terdapat 2 pendapat,


Pendapat pertama dikemukakan oleh al-Hulaimi. Beliau mengatakan  “ada kebarangkalian bahawa maksud  “syaitan  dibelenggu” ialah  “mereka tidak dapat menggoda manusia sepenuhnya pada bulan Ramadhan seperti pada bulan-bulan yang lain, disebabkan manusia sibuk dengan berpuasa yang mengekang syahwat, membaca al-Quran dan  berzikir”.Ini boleh disamakan dengan ungkapan “dalam sistem diktator, rakyat ditutup mulut dan  digari”.Ungkapan ini membawa makna  “rakyat tidak sepenuhnya dapat bersuara dan bebas melakukan aktiviti yang dianggap menggugat  kerajaan” disebabkan sekatan undang-undang.



Pendapat kedua pula dikemukakan oleh al-Qadhi  ‘Iyadh.Beliau berkata : “Ada kebarangkalian ungkapan  “pembelengguan  syaitan” adalah kiasan kepada keterbatasan kemampuan mereka untuk menggoda manusia dan memperindahkan nafsu syahwat pada pandangan  manusia”.



Jadi kalau pendapat ini dijadikan pegangan, tak wujudlah kemusykilan mengapa masih wujud maksiat di bulan Ramadahan. Para syaitan tidak dibelengu tetapi masih bebas bergerak, cuma kemampuan mereka untuk menggoda dan menghasutmdalam serba kebatasan dan terhad.



2) Syaitan benar-benar dibelengu. ( pelampau syaitan )


Ada ulama' mengatakan bahawa, hanya sebahagian syaitan sahaja diikat iaitu pencuri berita-berita dari langait atau pelampau-pelampau syaitan. Kira ketua yang jahat sangat-sangatlah. Ada juga yang mengatakan semua syaitan diikat.


Hadis yang dikeluarkan oleh Imam  Nasa’ie dari Abu Qilabah dari Abu Hurairah r.a yang berbunyi  “…dan dibelenggu padanya(yakni pada bulan Ramadhan) pelampau- pelampau  syaitan”.


Hadis riwayat Imam  Nasa’ie ini memperincikan hadis riwayat Abu Hurairah yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari yang dibicarakan ini.Dalam erti kata lain, hadis yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari datang secara umum.Ia hanya menyebut “dibelenggu  syaitan-syaitan” tanpa diperincikan.Manakala hadis Imam Nasa’ie ini datang dalam bentuk yang lebih detail, dimana dijelaskan jenis syaitan yang dibelenggu pada bulan Ramadhan.Oleh itu, hadis Imam  Nasa’ie ini-pada pandangan sebahagian  ulama’- dianggap sebagai pentafsir kepada hadis Imam Bukhari.



3) Semua syaitan diikat.


Imam Qurtubi berpegang kepada hadis Imam Bukhari di mana para syaitan diikat tanpa pengecualian. Namun di situlah timbulnya kemusykilan. Kalau dah semuanya kena ikat, macam mana ramai yang boleh lagi dengan selamba buat maksiat tanpa rasa segan silu?


Kemusykilan itu dijawab oleh Imam Qurtubi, “pembelengguan kesemua syaitan tidak membawa makna tidak akan berlaku kejahatan dan maksiat kerana ada sebab-sebab lain berlakunya maksiat dan kejahatan seperti hawa nafsu yang jelek, adat kebiasan yang buruk dan syaitan-syaitan  manusia”.


Manusi sendiri mempunyai hawa nafsu yang boleh menyebabkan kita melakukan pelbagai perkara maksiat. Bellakunya sesuatu maksiat bukanlah hanya disebabkan hasutan syaitan semata, tetapi dikait rapat dengan hawa nafsu manusia yang kotor. Ada orang cakap, selama 11 bulan nafsu berguru dengan syaitan, maka sebulan tanpa syaitan pun sudah boleh menjadikan nafsu itu raja dalam diri kita.Maka, dengan itu.. renung-renungkanlah. Segala maksiat dan kejahatan datangnya dari diri kita yang hina ini juga. Jauhkanlah sebaik mungkin, dengan hanya menyucikan hati InsyaAllah Nafsu yang selama ini tunduk pada syaitan akan beralah lalu menuju ke arah kebaikkan.


Kiranya kalau kita semua ni, lebih kepada ke arah pendapat Al-Qurtubi la kan? sebab seingat aku, dulu-dulu time sekolah memang belajar syaitan tak ada tapi nafsu ada. Aku selalulah kalau rasa nak minum time pose tu kan.. aku ingat, cikgu cakap setan takde.. yang tinggal nafsu dalam diri kita. Jadi yang jahat bukan setanlah kalau aku minum tapi aku. esh. terus aku tak jadi minum. hee.






p/s: Selamat berpuasa semua!

Thursday, August 04, 2011

Bila orang bertanya benarkah Tuhan itu wujud?

www.tips-fb.com

As Salam Readers,





Aku tertarik dengan satu kisah yang aku terbaca di blog SYURITA, aku nak kongsikan dengan pembaca yang lain. 

*********


Seorang lelaki pergi ke pasar untuk meggunting rambutnya. Seperti selalu, si lelaki tadi berborak dengan tukang gunting dan bercerita pelbagai kisah. Maklumlah, lelaki tadi sememangnya seorang yang peramah...


Sampailah ke satu tahap, mereka bercerita tentang ketuhanan...
Si tukang gunting berkata.."Aku tak percaya bahawa tuhan itu wujud.."
Si lelaki tadi hairan.."Kenapa pula?"
Si tukang gunting menjawab.." Sebab, kalau tuhan wujud, pasti tiada orang yang susah. Bukankah tuhan itu maha kaya? Maha pengasih? Dimana kasihnya? Mengapa tak mampu bagi semua orang kaya?"



Si lelaki tadi hanya terdiam. Tidak mahu perbalahan panjang berlaku...


Lantas si lelaki tadi membayar upah tukang gunting dan berlalu pergi....


Setelah beberapa langkah, si lelaki tadi melihat ada seorang lelaki yang berambut panjang. Mukanya juga comot dan janggut serta misainya panjang tidak terurus.


Lantas lelaki itu bergegas mencari tukang gunting tadi dan berkata.."Oh tukang gunting rambut! dalam dunia ini tak ada tukang gunting rambut!"


Si tukang gunting ternganga sebentar....
"Kau cakap apa ni? Baru tadi aku gunting rambut kau. Aku ni tukang gunting lah!"
"Habis, kalau ada tukang gunting mengapa ada lelaki tadi ku lihat rambutnya panjang dan jambangnya juga panjang tidak terurus?



Si tukang gunting bengang dan berkata..."Itu kesilapan mereka tak datang kepada aku untuk menggunting rambut!"
Si lelaki tadi tersenyum dan berkata..."Begitulah juga tuhan. Dia memang wujud. Tetapi berapa ramai yang datang kepadanya untuk meminta pertolongan dan meyakini kewujudan-Nya? Maka silap engkau lah yang tidak datang kepadanya lantas tidak percaya kewujudannya..."




sekadar berkongsi..







p/s: Indahkan Islam. Setiap apa yang ada dalam Al-Quran tiada satu pun yang bertentangan dengan hukum Sains dan kehidupan kita.

Saturday, July 30, 2011

Bersyukurlah bila kita dilahirkan sebagai seorang Muslim @ Muslimah.

www.tips-fb.com

As Salam Readers,





Hari ni, ada seorang rakan bertanyakan tentang ISLAM. Sambil bertanya dia bercerita keinginannya mahu memilik sebuah Al-Quran. Perasaan ingin tahunya tentang Islam agak kuat. Katanya, seseorang pernah bagitahu dia.. " there is no harm in finding the truth". Perasaan kagum terdetik dalam hati. Baru hari itu dia bertanya mahu memiliki sebuah tafsir Al-Quran sebab nak sangat mengetahui isi kandungan Al-Quran. Malamnya, dia ke satu pesta buku.. Dia terjumpa kedai menjual buku-buku tentang Islam. Katanya dia dah beli sebuah Tafsir Quran beserta hadith Nabi Muhammad SAW.Dia tunjukkan beberapa buah buku tentang Islam yang lain. 



Aku katakan padanya, cubalah baca kisah-kisah nabi yang lain.. Banyak sangat ajarannya yang boleh dijadikan panduan hidup dan pedoman. Setiap kali aku bersuara tentang Nabi, mesti dia tolong sambungkan. Wah dahsatnya.. Katanya, dalam kitab BIBLE pun ada juga tentang kisah-kisah sebegini. Sama kisahnya. Rasa malu menerjah diri, sedangkan kita yang sememangnya ISLAM tidak berusaha untuk mendalami ilmu yang di depan mata, menghargai.. mempelajari.. menghayati dan terus mencari betapa indahnya ISLAM itu. Tetapi orang yang bukan Islam, mereka berusaha dalam mencari sesuatu kebenaran. Malu rasanya, Allah dah tetapkan kau Islam, Islam hanya pada nama.. Islam sebab mak ayah kau Islam.. Bersyukurlah kita dilahirkan dalam Islam. Itulah nikmat yang paling tak terhingga yang patut kita syukuri.



Walau ada ketika soalan yang mencabar diminda tak mampu ku jawab, namun.. usaha untuk memberikan jawapan terbaik tetap diberikan. Sebab itu, adanya rukun IMAN. Percaya wujudnya Allah, wujudnya Syurga dan Neraka.. Tak semua perkara mampu dek akal fikiran untuk difikirkan, ada kalanya.. kita tahu ia wujud sebab kita ada IMAN. 



Ada juga yang bertanya, siapa yang menulis dan menyampaikan isi-isi dalam Al-Quran. Bagi sesetengah orang yang bukan Islam, mereka kata.. itulah ayat-ayat manusia zaman dahulu, ditulis oleh manusia sendiri.. Dari dahulu sampailah sekarang pasti ada yang telah diubah. Namun, itu semua adalah wahyu Allah yang disampaikan menerusi para nabi dan rasul. Suruhan Allah yang menjadi panduan dan pedoman. Setiap apa yang tertulis ada hikmah dan pengajarannya tersendiri.. Betapa hebat dan indahnya Al-Quran ini memang tiada tandingannya. Kalau Allah kata jangan minum arak, mesti ada sebabnya. Anjing dan Babi itu haram.. kenapa? mesti ada sebabnya.



Dan sempena Ramadhan Al-Mubarak yang bakal tiba ini, doa aku moga sahabat ini dikurniakan Hidayah Allah Taala. Moga kebenaran yang dicarinya terbentang luas.. Jalan yang ditempuhinya disuluhkan cahaya rahmat dan hidayah-Nya. Dan kita sebagai Muslim dan Muslimah yang bertuah ini, sentiasa mencari dan mendalami Islam agar kita tetap berada dalam keredhaan dan jalan Allah.


Amin.



p/s: Islam itu mudah, Islam itu indah.Kitalah yang kena bijak menafsirkannya.

Thursday, May 12, 2011

Mengapa Hawa tercipta di saat Adam tidur?

www.tips-fb.com


As Salam Readers,


Terjumpa di notes Facebook, rasa sangat tertarik dengan bait-bait ayat yang ditinta oleh Pujangga Maya. Penuh makna tersendiri... Lalu kukongsikan di sini bersama pembaca yang lain sekadar dijadikan renungan..


sumber Feryco.com


----------------------------


Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ....



--------------------------------


Indah bukan?



Seperti yang aku baca dalam Men from Mars, Women from Venus. Memang ada diungkapkan bahawa perempuan dan perasaan tak dapat dipisahkan.. Sememangnya lelaki kurang sensitif dan emosi berbanding wanita. Jadi bukankah satu keindahan di mana kita saling melengkapi antara satu sama lain.. Indahnya hidup bila saling melengakapi dan saling memerlukan. Ada ketikanya sesuatu keputusan perlu diputuskan berdasarkan logik akal bukan emosi.. Ada juga memerlukan emosi. Di situ kita boleh lihat betapa pentingnya lelaki dan wanita. Cuma kitalah yang kena bijak menyesuaikan diri dan memahaminya.Allah menjadikan sesuatu bersebab kitalah yang kena bijak menggunakannya.




Friday, April 01, 2011

Bila tempe tanya : Kenapa Kau Pakai Tudung?

www.tips-fb.com

Photobucket



Seorang rakan bertanya, siapalah lagi kalau bukan si tempe (gelaran buat si local).


" kenapa kau pakai scarf (tudung) ni? " sambil menunjuk-nunjuk ke arah tudung aku. 


" ouh yang ini, aku kena tutup rambut aku, sebagai seorang Muslim, Islam memang menyuruh kami menutup aurat."


" kenapa kau pakai tudung? wajib untuk semua orang?"


" macam inilah, rambut ini sebahagian daripada aurat.. ye semua orang wajib pakai, tiada yang terkecuali. rambut sendiri boleh menjadikan seorang perempuan itu cantik dan menyebabkan orang lain tertarik. jadi apa sahaja yang boleh menarik perhatian lelaki perlu dielakkan."


" tak panas ke?"


" tak adalah. lagi best pakai.. kalau aku tak pakai, aku rasa bogel, aku malu!"


" tapi kenapa ye dia tu tak pakai pun scarf macam kau pakai? dia MUSLIM jugakan? tak dosa ke?"


" ouh, menutup aurat dan memakai tudung itu adalah wajib, it's a rule in ISLAM. semua agama ada rules, tapi tak semua orang akan ikut that rules walaupun ia wajib! sifat semulajadi manusia apa yang disuruh tak nak buat, yang dilarang nak buat. yang dah tahu salah pun tetap buat! ada orang yang akan mengikut atau melanggarnya. kalau patuh pada tuntutan agama dapat pahala, kalau langgar dapatlah dosa. but.. yeah there is a BUT! sebagai hamba kita tak layak untuk judge orang sama ada dia dapat dosa ke, dia dapat pahala ke.. itu semua urusan Allah "


" siapa je yang boleh tengok rambut kau semua tu? "


" ouh kawan-kawan perempuan sesama ISLAM, keluarga, seseorang yang muhrim bagi aku termasuklah suami aku nanti "


lagi seorang bertanya,


" suami? kalau macam tu, aku nak kahwin dengan kaulah.. lepas kahwin aku tengok rambut kau.. lepas tu divorce lah balik ! hah boleh? " sambil senyum senget. budus! 


lagi seorang menyampuk,


" err kau ni ada rambut ke?"


" tak! aku BOTAK! "


terbeliak semua mata pandang aku.


p/s: duduk dengan tempe memang macam-macam soalan yang keluar! 

Monday, December 27, 2010

Pengakuan berani mati SAYA GAY, SAYA OK!

www.tips-fb.com

As Salam


hmm bila aku terjumpa video ni dari OHBULAN, aku sedikit tergamam dan terlopong besar yang sememangnya agak besar.  mungkin Malaysia atau pun Melayu semakin open minded? atau semakin berani menegakkan benang yang basah?


Azwan Ismail, 32 merupakan seorang jurutera, penyair dan penulis. dia ni telah dipilih untuk menyertai kempen ' Seksualiti Merdeka' yang mendapat sokongan daripada pergerakkan It's Get Better Project.







tapi siapalah kita nak menghakimi orang lain walaupun terus-terang kita dah tahu ia salah dan bertentangan dengan agama. orang akan kata, satu jari kita menuding ke arah orang lain, maka 4 jari lagi tertuding ke arah kita. tetapi kadang-kala tak salah mendengar kata orang sekiranya kita sendiri yakin bahawa kita ni tergelincir atau tersasar dari landasan-Nya dan tiada kekuatan nak melangkah ke arah-Nya. ambillah kata-kata orang sebagai kekuatan diri jika kata-kata mereka itu benar. walaupun kita tak memahami perasaan mereka yang homoseksual tapi perlu diingat ia perbuatan yang sangat salah di sisi agama. ingat sahaja contoh KAUM NABI LUTH A.S dulu.. jadikan pengajaran semua ni.. takkan nak berulang lagikan. tak ingatke dulu Kaum Nabi Luth dihancurkan oleh Allah Taala.aish, bangga betul dia kata dia semakin konfiden sejak buat pengakuan bodoh ini. 



hmm, pendapat aku.. it's just so wrong untuk membuat pengakuan sebegini. Nauzubillah..


dan aku jumpa komen ini di bawah video tersebut,

“Barangsiapa yang menyebut bahawa manusia semuanya sudah rosak, maka dia itulah yang paling rosak ...di kalangan mereka” [Hadith Riwayat Muslim]
Ini bermakna kita boleh menegur kemungkaran yg berlaku tetapi jgn sekali-kali mencerca dan mencela mereka dan seterusnya menganggap diri kita lebih baik dan mulia drpd mereka. Berilah teguran dgn penuh hikmah dan penuh dgn sifat rendah diri dan tawaduk. Wallahu a'lam (nasihat utk diriku sendiri dan sesiapa yg sudi berkongsi)


sama-samalah kita doakan moga Allah beri hidayah untuk elakkan daripada saudara ni makin tersesat jauh.. SAYA GAY, SAYA OK. this is so wrong. bak kata OHBULAN, sini bukan NEWYORK CITY tapi KLCC.



p/s: kegembiraan di dunia hanyalah sementara.

Monday, October 04, 2010

Apa Itu Santau?ibarat baling batu sorokkan tangan.simptom dan cara elakkan santau.

www.tips-fb.com

Salam Readers,


kali ini nak kisahkan sedikit pasal SANTAU! semua orang terutamanya orang Melayu memang familiar dengan perkataan SANTAU ni.. sebab memang kebanyakkan orang Melayu lah yang suka mengenakan orang lain. dengki sesama sendiri dengan mengenakan atau menghantar santau pada orang lain. Santau dihantar kepada orang tertentu  dengan niat mahu membalas dendam atau kerana mahu melihat orang tersebut menderita akibat santau malah ada yang terbunuh juga. memang ia tidak bermoral dan semestinya salah di sisi ISLAM.
dengan kata lain santau ni ibarat mahu membunuh orang dalam diam. balingkan batu sorok tangan!



aku dapat sumber ni dari MASTIKA OKTOBER 2010. dari Datuk Dr. Amran Kassim, Ahli lembaga Pengarah UKM. tapi aku dah tukar kepada bahasa yang aku olah sendiri... bukan ayat sepenuhnya dari MASTIKA.



APA ITU SANTAU??


santau ni tidak dapat dikesan oleh para doktor. malah istilah santau sendiri tak ada dalam perubatan moden. kalau orang datang ke hospital, mereka akan di 'diagnose' sebagai penyakit TB@Tibi (TUBERCULOSIS), paru-paru dijangkiti kuman atau lebih teruk Kanser. KENAPA? kerana kebanyakkan mereka datang dengan simptom batuk kering yang serius. Tetapi ini semua adalah kerana tindakbalas atau kesan daripada bahan ramuan santau tersebut. boleh dikatakan SANTAU MENYEBABKAN TB.


Terdapat 3 elemen Santau:

1) Melukakan
(biasanya dari sumber seperti mentol lampu kalimantang yang ditumbuk sehingga menjadi serbuk yang sangat halus @ penyental periuk @jarum halus )

2) gatal
 ( miang buluh @ bulu-bulu binatang @ ulat bulu )

3) beracun
( getah beracun dan berbisa seperti getah pokok ipoh @ bisa ular @ kalajengking etc )


ada juga yang menggunakan salah satu elemen sahaja, tetapi kebanyakkannya mencampurkan ketiga-tiga elemen tadi supaya santau lebih menjadi. setelah diadun, maka  "SANTAU" terhasil apabila diletakkan ke dalam makanan seseorang. hmm kejam kan???



terdapat juga yang dipanggil santau kategori BATIN. campuran masih sama, maksud BATIN di sini adalah bahan-bahan santau ini akan ditapa selama 40 hari 40 malam atau lebih, terlebih dahulu selepas dibacakan jampi serapah. selepas ditapa bahan ini akan dikirimkan kepada seseorang melalui perantaraan jin. sebab itulah tidak terbatas. bukan sahaja dalam makanan malah di mana-mana tempat pon boleh.



kebanyakkan kesan santau bukan sekali gus, ia terjadi bila dah bertemu dengan 'seteru' atau 'regu'. maksudnya bila orang trsebut dah makan makanan seperti nanas muda, rebung dan cuka.. hah barulah santau itu ada kesan!


apa simptom-simptomnya??

1) gatal-gatal anak tekak,
2)batuk kering yang teruk berlarutan terutama pada tengah malam.
3) sakit kepala berdenyut-denyut
4) bisa-bisa pada sendi
5) pesakit jadi pelupa dan pemarah
6) nafas berbau busuk
7) kemungkinan gigi mangsa akan tercabut satu persatu ( tindakbalas racun)
8)hujung kuku tangan jadi hitam.
9) gangguan tidur dan mimpi aneh



santau biasanya dikaitkan dengan sihir atau ilmu hitam. hal ini sudah tentu akan merosakkan iman dan akidah seseorang.. percaya kepada ilmu hitam selain dari ALLAH adalah syirik! aku pun kadang-kadang tak faham kenapa wujudnya manusia berhati dengki dan busuk.. setiap salah dan silap ada balasannya.jangan dibuat hukum sendiri.. Allah sekarang bayar cash!! 


kadang-kadang ada pengamal yang tak berniat nak kenakan santau pada orang.. tetapi akibat perjanjian dengan jin, dia terpaksa mengenakan ilmu tersebut kepada orang lain. jika dia tak berbuat demikian, santau itu akan memakan dirinya. sebab itulah wujudnya SANTAU ANGIN!! pengamal ini akan meletakkan santau di tempat-tempat tertentu contohnya simpang-simpang jalan, jadi sesiapa yang kurang bernasib baik. akan terkena!! malang sungguh.. eshhh Nauzubillah. 


moga kita sama-sama dijauhkan dari hasad dengki manusia dan perbuatan khianat manusia. amin.



yakinlah Allah itu maha adil dan maha kuasa. apa pun dia yang tentukan.



antara cara elakkan santau:



 bacakan ketika kita dapat makanan atau air.. kalau ada santau
insyaAllah pinggan atau gelas itu akan pecah.








p/s: elakkan syirik dan khurafat.huhu.

Thursday, September 02, 2010

Akibat terkena sumpahan ibu, sengsaranya aku bagai nak tercabut ajal!

www.tips-fb.com


Salam readers, 


ouh sungguh lama diriku tak membebel.hehe.. sihat kah semua? hari ini last paper teori... sengsara 7 subjek akhirnya berakhir.. tolonglah sangat-sangat ini jadi yang terakhir aku ambil exam kat  sini especially subjek prosthodontics.. omaigod.entah kenapa aku tak suka betul bende alah tu... gila nak menghafal satu-satu definition GPT ( glossary of prostho term).. sakit jiwa ok..  semalam study prostho.. rasa nak gila sekejap.. semua aku cuba bayangkan tak dapat bayangkan.. atleast surgery leh lagi aku cuba bayang-bayangkan..


**************************


ouh bukan itu mahu kuceritakan.. hehe. aku nak share satu perkara. yang aku rasa memang boleh dijadikan sempadan dan tauladan buat semua....



hmmm kisah ni memang kisah benar dari empunya diri lah...


mana aku dapat sumber? ouh yeah mak aku yang sangat best telah parcelkan MASTIKA khas untuk aku.. haha.. dari dulu MASTIKA dengan UJANG tu dah macam santapan wajib.lol... kalau aku tak balik.. bila sampai rumah.. selonggok mak aku bagi...


" nah along! mama tahu along nak baca.. ni mama dah belikan.. haha "



ok kisah tu berkaitan dengan SUMPAHAN seorang ibu...


akibat sumpahan seorang ibu... gadis ini telah mengalami benda pelik yang sangat sengsara dan azab bagi dia.. nak tahu ape.. meh baca satu persatu sampai habis....




kisahnye bermula suatu hari itu, rakan-rakan MAYA (bukan nama sebenar) telah datang melawat maya di rumah. sambil berborak dengan maya dan emaknya, emak dia tanya...


" kamu semua kerja apa?"


" kami semua kerja kilang kat hujung kampung ni makcik"


ada 3 orang semuanya.. maya pergi dapur buatkan air untuk kawan-kawan dia.. normallah kan orang datang buatkan air... then bila maya bawa air tu ke depan untuk dihidangkan...


tiba-tiba


" hey maya, kalau hari-hari engkau datang hidangkan air, bagi orang makan percuma.. larilah perbelanjaan kita!! dah hentikan. simpan balik air tu.. suruh kawan-kawan engkau ni balik!!" herdik si emak.



semestinya maya berasa malu dengan sikap emaknya yang agak keterlaluan kan.. kawan-kawan maya pon terdiam.. tak sangka mungkin. then maya tegur emaknya.. jangan berkelakuan begitu depan kawan-kawannya. malu.. maya kata, emaknya memang akan berkelakuan sebegitu jika dengan kawan-kawannya yang dari golongan miskin.. kalau yang kaya.. bukan main puji layan macam raja... itu yang maya tak berkenan.. sebab mereka sekeluarga pon bukan nye terus senang...


maya ingatkan emaknya..


" dulu kita pon susah emakk... dah senang.. kita herdik-herdik pula mereka"


" Ah! kau apa tahu..? bukan kau yang cari duit!! aku ni yang susah payah siang malam cari duit, kau senang-senang je nak habiskan camtu je????" tingkah maknya tak puas hati.


dah macam sandiwara anak beranak ni depan kawan-kawan maya.


tiba-tiba



maya macam hilang akal.. tak tahan dengan sikap emaknya.. tiba-tiba maya tanpa sedar menghayunkan teko air milo panas kat emak dia lalu tersimbah muka... melolong-lolong emak maya terkena air panas.. kawan-kawan maya terperanjat.. diorang cuba tenangkan maya.



tak cukup sampai situ, maya dah macam kena rasuk setan.. berlari ke dapur, ambil sebilah pisau dan seolah-olah nak menetak emaknya.. nasib baik ayah dan kawan-kawan maya sempat menghalang.. emak maya berlari ke pintu ketakutan, maya pula dah macam orang histeria...



di sini bermula segala kesengsaraan maya, bila terpacul ayat ni dari mulut si emak,


" kalau engkau betul anak kandung aku, minum dari susu badan aku, aku sumpah akan keluar balik susu dari mulut engkau!!! "



dan beberapa hari lepas tu. maya jatuh sakit..dan memang ada kejadian aneh. bila tiba-tiba keluar susu berwarna putih berbau busuk dan masam meleleh dari mulut maya tanpa henti.. ayah maya yang menjaga dia selama dia sakit.. agak pelik.. makin hari makin teruk.. maya kurus sebab tak lalu makan.. ayah maya bawa ke klinik.. tapi memang doktor pon tak tahu apa puncanya.. tanpa ubat.. kejadian itu berterusan.



akhirnya, emak yang selama ni tak peduli sebab masih marahkan maya, jatuh kasihan melihat maya sedemikian rupa, berulang kali emak minta maaf pada maya sebab tanpa dia sangka apa yang dia sumpah menjadi kenyataan dan menyebabkan episod kesengsaraan sang anak.bila semua usaha dah menjadi buntu, si emak pergi berjumpa seorang ustaz yang sememangnya dikenali ramai..



" ada tak apa-apa yang ibu kamu buat sebelum terkena penyakit ni?"  tanya ustaz pada maya.



semua detik-detik itu dikisahkan dari awal sampai akhir..mengeleng-geleng kepala ustaz.. lalu menerangkan pada emak dan ayah.. memang tiada ubat bagi penyakit maya nI...



KECUALI MEMINUM AIR BEKAS CELUPAN TAPAK TANGAN DAN TAPAK KAKI IBU.





lalu ustaz pun menyuruh emak basuh kedua-kedua belah tapak tangan dan kaki didalam baldi seolah-olah berwuduk.. dan setelah selesai ustaz suruh pula emak MELUDAH SEBANYAK 3 KALI.. ustaz pesan suruh bagi maya minum air tersebut, selebihnya sapu kat ubun-ubun sampai habis..




dengan kuasa ALLAH, selepas minum air tersebut, maya terus merasa lapar dan minta nasi untuk dimakan.. memang seleranya yang selama sebulan disekat itu dengan tiba-tiba datang.. susu yang dok mengalir pon dah berhenti.. terus maya sujud minta ampun kat kaki emaknya..menyesal sungguh maya.emak maya juga turut meminta maaf atas keterlaluanya.




memang selepas itu, nyata maya dan emaknya berubah ke arah yang lebih baik.




pesanan maya, macam mana pon teruk emak kita, jangan sesekali kita bertindak biadap. sebab maya sendiri dah merasa sengsaranya sumpahan seorang emak.. terasa macam nak tercabut ajal !!




ustaz membacakan doa dan berpesan serta menasihati emak supaya tak megeluarkan kata-kata sumpahan terhadap anak. ustaz ingatkan.. SUMPAHAN SEORANG EMAK SANGAT AMPUH DAN BERKESAN PADA ANAK!!  tiada penawar kecuali diberi ampun selain meminum air basuhan kaki dan tangan emak.. serta air ludahan emaknya dengan ikhlas dan redha..





dahsat bukan.




hm pengajarannya?ape yang aku boleh katakan,


1) walau sekaya mana pon kita. jangan dihina yang miskin.. rezeki Allah ada di mana-mana.. setakat air secawan tak kan luak mana.. malah akan bertambah rezeki sekirangnya kita bersedekah menjamu orang makan.. bahagian si miskin ada pada si kaya, jadi berkongsilah harta yang kau ada, kau ingat kau kerja kuat-kuat tapi kalau Allah tak izinkan kau akan dapat semua tu.. ?

nak dibandingkan nikmat dan kekayaan ALLAH.. ilmu ALLAH.. tu ibarat kalau kau tulis menggunakan air dilautan.. dah habis tujuh lautan pon masih takkan habis kau tulis ok... kita ni, pergi exam banyak-banyak kali, sebatang pen pon belum tentu habis. MasyaALLAH... luasnya ilmu,nikmat dan kekayaan Allah..




2) Seteruk mana pun ibu kita, jangan berkelakuan biadap.. apetah lagi yang mengabaikan mereka. ingat susah payah mereka lahirkan kita, besarkan kita.. paling tidak.susu yang kita telan dari badan mereka.. kalau kau minum susu lembu sekalipon.. ingatlah, masa dalam perot dari mana kau dapat semua sumber makanan...




3) si ibu, jangan sewenang-wenangnya menyumpah sang anak.. ingatlah, Allah tu maha adil, walaupun si ibu seolah-olah memaafkan setiap kekejian dan kebiadapan sang anak.. Allah itu tetap akan membalasnya..




4) last sekali... REDHA ALLAH terletak pada REDHANYA SEORANG IBU..



sumber cerita: 
 MASTIKA keluaran JULAI 2010 yang telah aku olah ayat ceritanya. jalan cerita tetap sama..



p/s: sorry panjang gila. aku nak kongsikan bersama... syabas sapa bace sampai habis.. =D rindunya kat mama.. wish to be home now.... T_T

Saturday, August 21, 2010

Betapa besarnya Maksud DOA DUDUK ANTARA 2 SUJUD | Bacaan AlQuran yang cukup indah dan merdu..

www.tips-fb.com

Salem readers,


kejap je dah seminggu puasa ek. eh lebih dah pon..


aku nak bagi santapan rohani sikit.








selama ni kalau kita solatkan.. pernah tak kita cuba mencari dan memahami setiap ayat-ayat yang kita baca atau sekadar membaca tanpa mengetahui maksudnya... bila kita solat setiap patah ayat yang kita baca adalah doa yang kita mohon kepada ALLAH Taala.. 



kita pula sekadar membaca mengikut rukun.. tersebut di bibir.. tanpa mengetahui maksud dan memahaminya.. tanpa tersentuh di hati... akibatnya. terjadilah insiden solat nak cepat.. solat sekejapan.. baca pon lintang pukang.. asal namanya solat kan.. itulah kalau tak memahami maksudnya.. main tibai je baca.. yaAllah peringatan kepada diriku jua. 


aku nak kongsikan sedikit maksud setiap bacaan yang kita baca waktu 


DUDUK ANTARA DUA SUJUD....



rendahkanlah hati memohon kemaafan kepada ALLAH Taala.dengan seikhlas mungkin. betapa banyaknya dosa yang kita lakukan seharian.. setiap minit setiap saat.


Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)


kemudian diamlah sejenak..
buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil ... Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah ..Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan ..Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,


Warhamni (sayangi aku)



Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya..Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima..Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..




Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)



Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita..Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu


Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain



(Hadis riwayat Al-Qudhi)




yaALLAH terima kasih.indahnya doa itu.. agaknya memang sudah dijangka manusia kadang-kadang alpa memohon sesuatu kepada DIA.. kita minta bila kita terdesak akan sesuatu.. lalu doa dalam solat bermaksud sebegini menjadikan kita tak pernah putus meminta kepada DIA,.. tetapi itu sekiranya kita melakukan solat setiap waktu...



indah bukan solat itu. sebab itu solat itu tiang agama.. 


moga ramadhan ini sedikit sebanyak boleh merubah kita menjadi yang lebih baik. kalau tak banyak sekurang-kurangnya sekelumit.. ISLAM itu indah.. asalkan kita ikhlas. insyaALLAH.. kasih sayang dan rahmat Allah tak pernah putus walaupun sedikit.. selagi kita berharap dan berada dijalan-Nya. insafi diri selagi masih ada masa...








eh eh ada doa pendekat jodohlah.. hehe sesatttttt. 




amalkan ye =D



akhir sekali.. aku nak share video bawah ni. aku tengok kat youtube.. hmm menag betul-betul merdu.lunak suara anak kecik ni menjadi imam... rasa sebak pon ade dengar...







p/s: salam ramadhan kalian...

Saturday, July 10, 2010

Bila semua orang berkata tentang PAUL THE OCTOPUS.

www.tips-fb.com

Salam readers,


aku rasa bila aku sebut saja PAUL THE OCTOPUS.





rata-rata orang mesti kenalkan.

lagi-lagi si kipas mati bola sepak atau world cup.


sotong ni sangat terkenal sebab semua predictions dia pasal Germany's game tepat.. dan bukan tu sahaja.. dia dah start predict dari zaman EURO 2008 lagi..dan 4 dari 6 games adalah tepat.


dan semestinya sotong tetap sotong. hanya haiwan ciptaan Allah yang tidak mempunyai akal fikiran apetah lagi nak predict sesuatu yang belum tentu dia tahu kan. tak masuk akal..


bukannya apa. aku takut ada pula yang terlalu percaya particularly orang ISLAM.. sebab dah tentu-tentu ia menyalahi akidah kan? betul tak? betul kan aku jika aku salah...


kawan aku ada bagitahu hal sotong ni pada aku before Spain vs German. aku macam tak percaya je lah.. then sekali Spain menang. ada gak terdetik dalam hati aku. eh betul pula si sotong ni.. esh.


adakah ini salah satu propaganda atau anasir-anasir jahat yang nak meruntuhkan akidah umat ISLAM.



wallahualam.



biarlah berpada-pada.


tak salah kita saling ingat mengingati.



p/s: correct me if m wrong. wassalam.

Saturday, June 12, 2010

Campur aduk babi | halal haram | binatang haram dimakan

www.tips-fb.com

salam semua,


tadi waktu aku dok baca-baca metro.. hah aku baca metro online ok . walaupon aku duk india tapi hati aku tetap di malaysia.semua gossip aku tahu ok.. huhu. nak tahu gossip hanget tengok je kat tu ha beautifulnara.. abang nara sangat peka dengan gossip-gossip.dan yang pasti korang pasti uptodate. takpon moh layan OHBULAN. hoho.. 


entah kenapa aku tak bape gemar baca Utusan mahupun Berita harian.kadang politiknya lebih-lebih. baik aku baca metro takpon kosmo.


dah lalut jauh.


topik utama metro keluar pasal  CAMPUR ADUK BABI. boleh klik SINI kalau mahu baca.

rupa-rupanya sebuah kilang didapati mencampur adukkan proses makanan yang halal dan haram.. dah nama BABI.. terang-teranganlah halal labu.. memang pelik dengan orang Malaysia yang tak peka dengan sensitiviti orang ISLAM.. kalau kau ISLAM.. sesat ke ape kau ni bedol..? kalau kau bukan ISLAM. kau tingggal di Malaysia.. sepatutnya sudah menjadi maklum dengan hal-hal sebegini.


aku nak kaitkan dengan situasi aku di INDIA.. sebelum aku membeli ayam di kedai MUSLIM. aku beli ayam beku. orang kata ayam orang malas.. beli frozen food je.hoho. beli kat supermarket.. ada cop halal. so aku beli.. dan suatu hari yang indah. sedang leka memilih ayam cantik dan tak cantik rupe bentuknya. mata aku macam nak terjojol beb. ada PORK di sebalik bungkusan ayam tu.. aku tak puas hati.. terus aku belek2 yang lain.. ada BACON. dan entah hape lagi seumpamanya.. berderau darah aku..


masa tu aku tak meletop lagi. dah bape banyak kali. aku pun sound terus kat pekerja kedai tu. aku kata.. PORK tak boleh campur dengan AYAM. Muslim tak boleh beli... walaupun tamil rojak aku tak bape nak paham. tapi dia paham juga lah.. bila aku pikir-pikirkan balik.apa gunanya? entah-entah di belakang kedai.. store room dia main bedal je campur aduk.. 


jadi cara terbaik.aku stop membeli ayam orang malas.aku rajinkan diri beli ayam kat kedai Muslim.hoho.



aku sangat-sangat gerun pasal ni.sebab aku taknak benda haram menjadi darah daging aku.. tidak.minta dijauhkan.. sekali masuk dalam darah aku.. selamanya akan ada sehingga keturunan aku.. nauzubillah. kalau dah haram macam mana hati nak suci..



aku pon agak sedih sebab orang Muslim di India agak kurang sensitif dengan hal-hal ini. nak kata tak ramai.. ramai juga Muslimnya. mungkin inilah dikatakan adat di negara orang.. hah! negara sendiri pon ada macam ni. ni ko nak harap lebih2 duk negara orang? kirim salam lah labu.


yang pasti kita sebagai seorang ISLAM kenalah peka kan.. jangan main bedal je.. halal tu pun orang kalau nak cop..ala aku pon boleh cop kot..kena pastikan kesahihan halal tu.. contohnya macam di malaysia.. aku rasa bolehkan check melalui sms sesuatu produk tu..


hah satu lagi.bila orang kata HARAM. bukan bermaksud BABI, ANJING semata-mata.. ia termasuk sekali dengan AYAM mahupun haiwan peliharaan lain yang tidak disembelih mengikut ISLAM.. ini basic.aku rasa semua patut tahu kan.. sekolah dulu ada belajar kan..


dan agak memalukan bila kawan yang bukan ISLAM menegur..

dia tegur yang si Muslim ni. kedai tu tak halal..

" MAT kedai tu tak halal..kau takleh makan..ko kan ISLAM."
 " kenapa ada BABI ke?"
" takde pon." 
" dah tu kenapa tak halal? "
 "entah.. aku mana tahu.diorang kata non halal"
dah kenapa kau.. patutnya kau kena tahu.. tak halal bukan hanya sebab takde BABI OK?


dan satu lagi.. contohnya pizza hut di india.. ayam nya halal.. tapi diorang serve juga PORK.. hmm bagi aku.. itu tetap dikira SYUBHAT kan? kalau SYUBHAT atau ragu-ragu.. dikira haram.. seeloknya dielakkan..


siapa tahu..dia gunakan kuali yang sama atau tidak?


di sini aku listkan haiwan yang HARAM dimakan:


1) BANGKAI
- bangkai adalah haiwan yang mati tanpa disembelih.tetapi dikecualikan kepada ikan dan belalang

2) DARAH
-bererti darah yang mengalir. dikecualikan kepada hati dan limpa

3) DAGING BABI
-seluruh tubuh babi termasuk minyaknya.

4) SEMBELIHAN UNTUK SELAIN ALLAH
-maksudnya yang disembelih selain dari nama ALLAH.

5) HAIWAN YANG DITERKAM BINATANG BUAS
-kalau dah kena terkam dan juga dimakan sebahagiannya dan ia mati kerananya.. ia tetap haram walaupun darahnya telah mengalir.

6) BINATANG BUAS BERTARING

7) BURUNG BERKUKU TAJAM
-contohnya burung garuda,helang

8) KHIMAR AHLIYYAH (KELEDAI JINAK)
-tapi kuda diperbolehkan.


err.. semua ni aku rujuk di blog ini.. so untuk baca dengan lebih lanjt berserta hadithnya.. korang boleh lah terjah sini ye.... credit to empunya blog..


p/s: almari aku dah tak posing.dah dapat almari baru..walaupon agak mahal dan huduh.huhu..

Related Posts with Thumbnails