Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Sunday, October 17, 2010

Pengalaman kena tipu hidup-hidup dan tips mahu menaiki auto di INDIA.

www.tips-fb.com

Salam Readers,


heh, lama aku tak bercerita tentang india, mood pon di malaysia.. buat apa cerita kisah india. haha. tapi rindu punya pasal kali ni aku nak cerita pengalaman aku naik auto.


ni lah rupa auto naik 3 orang.
kalau tak muat boleh duduk sebelah pakcik tu.
tak muat juga duduk belakanglah tempat letak barang.



nak diikutkan banyak pengalaman naik auto ni. aku paling tak suka naik auto bila nak tawar harga auto. macam malaysia. hmm mana-mana agaknya, meter tu sekadar perhiasan je, kadang-kadang aku rasa nak hempuk meter tu. geram pun ada. tahu nak paw orang je. dah lah aku pun pelajar. agak-agaklah kan. lainlah aku ni cop duit ke, ada kilang duit ke, tiup daun terus jadi duit ke.. ade aku kisah??? kadang-kadang hmm bukan tapi selalu lah. panas je aku ni bila orang auto ni dok tipu aku hidup-hidup. ingat aku baru sebulan dua ke duduk india hah? sedap sekali aku cakap;


" hey anna!! poiiii soladehhhh!!!! "


keluar tamil aku baru terkedu kau!!


lantaklah kalau sebutan aku macam omputih cakap jawa ke kan. janji dia terkedu! haha. maksudnya tadi 



" hey bang!! jangan tipulah!!"


hmm, pengalaman yang aku agak bengang masa aku 3rd year, baru habis 3rd year lah. cuti ada 10 hari. nak balik malaysia rasa tak berbaloi dengan tiket mencecah RM2000 kan. so aku dan seorang kawan lagi berangkat ke BELGIUM eh eh.. jauhnya.. haha.. bukan-bukan ke BELGAUM. belgium versi india. haha. aku tipu.


BELGAUM ni tempat member baik aku si Aimimira. dari salem ke bangalore dah 3 jam setengah. kemudian dari bangalore ke belgaum naik bas 12 jam. aku naik 10 malam sampai 10 pagi. macam tu lah lebih kurang. details tak ingat. lama dah tu kot. aku kan short term memory. naik bas dekat india ok lah, lama-lama pun tak sakit montot. naik bas tidur... heh, hebat tak india? boleh tidur-tidur golek-golek dalam bas..


ok ni kisah selepas aku balik dari belgaum. rumah aimi memang best. rasa macam balik rumah kat malaysia. dengan ada sedikit sedih dan homesick, sampai bangalore pagi-pagi buta, aku dok tahan pakcik autolah. 


sumbat selagi muat.



yang aku geram tu, harga semua 2 kali ganda. rasa macam nak pancung je sekor-sekor tu. tapi aku sabar je. aku tawar lagi, dia tak bagi.. aku cakap pakai meter. diorang tak mahu... sakit hati.. yang sorang tu kata, harga murah lah tu.. kepala hotak dia murah... 2 kali ganda!!! ingat aku ni baru sampai india ke. uish pagi-pagi memang dah uji kesabaran beb. aku dah nak terkucil pagi-pagi tu. nak tinggi suara lebih-lebih pun tak boleh.



tiba-tiba datang seorang pakcik auto tu berhenti depa aku dengan member aku, dia kata, ok dia pakai meter, tapi tambah 20rupee. aku pikir-pikir ok lah dari kena paw sampai 2 kali ganda kan... then masa auto tu jalan, 



aku punya terperanjat tengok auto tu punye laju meter dia!! gila lah. ini dah macam speedy habis meter tu mengalahkan kelajuan auto tu yang sememangnya macam-macam kura-kura sakit kaki.. menguji kesabaran betul ni. aku dah  hangin semacam. member aku pun cakap kenapa lain macam je meter dia ni. aku tak leh nak cakap apa dah. ikutkan hati nak saja aku suruh dia berhenti aku naik auto lain. tapi diikutkan pundi kencing yang dah penuh tinggal nak terkeluar je ni.. aku buat-buat tak nampak meter tu. aku diamkan saja.



sampai destinasi, aku cakap dengan dia, jangan lah tipu customer, aku ni pelajar kot. dia pandang pelik. aku cakap ingat aku  tak tahu dia punye meter tipu macam kepala hotak dia? dia sengih-sengih. ada tak rasa nak sekeh kepala. takpon kalau yang kurang kejam sikit, pancung je!  last sekali jumlah yang aku bayar sama saja dengan harga yang auto 2 kali ganda harganya tu. dasar penipu hidung kembang! adoih. lalu dengan seikhlas hati aku niatkan sedekah.. amiklah pakcik. moge dibukakan hati tu, jangan jadi cacing sudah..amin~ so pengajarannya, meter pun pandai menipu!! berhati-hati dengan si dasar penipu berhidung kembang ni. yang hidung kempis, mancung pun ada... macam-macam ada.




heh, sistem pemparitan dekat india ni sangat teruk, kadang-kadang kalau hujan lebat, jalan banjir gile, dalam sekelip mata dah jadi macam sungai jalan raya tu. aku rasa bukan naik auto dah tapi dah jadi macam AUTOBOT!! hoho.



ANTARA TIPS NAK NAIK AUTO:
1) kenalah tahu harga biasa berapa, maksudnya tanya orang awam. selalunya aku tanya orang-orang india sebelum aku tahan orang auto.. takpon tanya pakcik guard kat shopping complex. kau beragak-agak jangan tanya orang kaya. diorang entah-entah auto pun tak tahu. ok aku tipu, Bila dah tahu harga, tanya dulu pakcik tu sebelum naik... kalau dia cakap melebihi range harga sepatutnya cuba tawar, kalau tak boleh.. kau tinggal kan saja, banyak lagi auto lain. jalan beberapa langkah, buat tak tahu je bila dia panggil.paling tidak pun dia akan panggil kau balik. bagi harga kau nak atau atas sikit harganya... heh. cubalah!



2) bawa biskut supaya kalau ada budak kecik minta sedekah kau boleh bagi biskut tu instead of money. duit tu entah-entah sindiket belum tentu dia dapat. so baik bawa makanan kan.



3) orang india ni, kadang-kadang patutnya naik 3 orang atau 4 orang tapi dia naik sumbat sampai mahu 8 orang kot. berhimpit-himpit. heh, aku pon dah terbiasa kot. tapi yang tak bestnye, dengan foreigner dia nak paw lebih sebab naik ramai.. tapi aku tak layan. bukannya duduk atas pangku dia pun.kite yang berhimpit. so kalau dia nak charge lebih sebab ramai orang jangan layan!!



hehe. naik bas ke auto ke motor ke semua boleh buat macam ni
hebat tak india? sebab tu we called it
INCREDIBLE INDIA!




4) ada yang suka bawa laju. kau sound je dia.laju mengalahkan lipas kudung nak terkencing. kalau yang lembab tu pula mengalahkan kura-kura sakit kaki...tapi biar lambat asal selamat.




5) disebabkan open air, maka bau haruman yang mengenakkan dari hasil air kencing dan berak manusia-manusia yang tak tahu malu ni memang menusuk hidung dan kalbu.. jadi tutup hidung kuat-kuat asalkan kau tak lemas. habuk asap tak perlulah cakapkan.. sampah sarap?? hah lagi tak perlu aku bagitahu. jangan kau tengok selonggok benda ataupun apa-apa dekat pantai atau jalan tu adalah perhiasan mahupun batu atau kerang atau siput comel.. silap besar beb!!! tu taikkk keringggg  manusia tu...hahaha. pernah member aku terpijak taikkkk manusia bila kami dibawa melawat ke pantai yang paling indah di chennai lah kononnye.amik kau!!! euwww.
6) naik auto yang ada kain pelindung tepi supaya bila hujan nanti boleh diturunkan. so tak adalah tempias kena hujan.hehe.silap naik, habislah kau. lecun! lainlah kalau kau kalis air.hehe.



oklah itu saja tips untuk kali ini. 




hadiah kontest aku dah pos. ada antaranya yang dah buat entri hehe
mahu hadiah apa, silalah terjah entri mereka ini ye =D


HASRULHASSAN
 WAKRON


KEMMA
yang lain, MISS MUMUN,AHMAD ZAKI aku tak pos lagi ni sebab aku tak dapat emel diorang lagi time aku pos yang lain-lain..nanti saya akan poskan tau. kak ZAIIKULIM kata, dia tak dapat lagi sebab kedah jumaat kan tutup.huhu.



p/s: Sareee dah habis dijual. Alhamdulillah. terima kasih kepada yang membeli.

Wednesday, October 06, 2010

Pemenang Kontest Gambar makan paling sedap!

www.tips-fb.com

Salam Readers,


huhu aku pasti semua pun menantikan saat ni kan. hari ini aku akan umumkan siapakah pemenang 

kontest GAMBAR MAKAN PALING SEDAP!


keputusan ini BAM2 dan adik aku dah pilih. aku pun ikut setuju sahaja sebab semua pun layak menang ni. yang tak terpilih tu bukan sebab tak best. tapi sebab saingan pemenang ni.hee. esh kalau lah boleh bagi hadiah kat semua orang, aku dah bagi. tapi den tak mampu... ni saja ha den mampu.

PEREMPUAN:


 hee. udang tu sangat menyelerakan lah kak.wee.



huiii tengok adik ni makan. sampai menjilat tulang.
huhu kalau boleh makan tulang.dah lama makan k dik.hee.



huhu ini pula si mumun ni.excited betol dia nampak kek. so
adik aku kata sure dia tak sabar nak makan tu. memanglah nampak sodapp.



LELAKI


huhu yang ni gambar favorite. suka tengok gambar adik ni makan.hee
bukan aku je, bam2 dan adik aku pun suka. rasa hmmm sangat sodapp!
tak boleh kongsi2.huhu.


 tengok abang yang hujung tu.terpejam2 mata sebab sedap 
sangat huhu...



wakron. dah cuti makan tempe hari ni sebab nak makan western.
tengok besar mulut wak tu.haha. sekali ngappp je!


dan aku nak bagi hadiah saguhati TOPUP RM10

hee sebab aku suke pantun ke sajak dia letak kat entri dia ni.

Degupan jantung dup dap dup dap
Ke hospital sudah dihantar Marini
Jom tempek Gambar Makan Paling Sedap
Sebelum tarikh tutup 1 Oktober ini

Contest menarik tersenyum sendiri
Intan Berlian itulah pengajurnya
Syarat contest terpalit di entri
Kalau tak tahu silalah bertanya

Konsep dialog menjadi taruhan
Main point lawak itulah keutamaannya
Sesuai tak gambar yang dipertaruhkan
Untuk santapan contestnya

Penat berdialog ganjaran menanti
Di import dari India datang kemari
Pada yang tak join sangatlah rugi
Mencuba nasib untuk diri sendiri

Tataplah gambar dientry ini
Semoga juri berpuas hati
Pada yang menang bestnya dapat hadiah ni
Kain sari diimport mari

Terima kasih daun keladi
Intan Berlian namanya sedap
Buat contest jemput Miza lagi
Khas untuk Contest Gambar Makan Paling Sedap


hehe menarikkan!


kepada pemenang sila hantarkan alamat dan nama anda ke
emel aku ye.

bellarossa87@gmail.com

hmm sorry ok kalau lambat sikit post hadiah.tapi aku tetap akan post.

TAHNIAH !


terima kasih kerana join kontest ini. jangan ada yang kecil hati tau tak menang. cuba lagi bila next time aku buat kontest lagi... hmm rasa macam nak bagi saja semua menang. dah la banyak betul yang aku suka gambar-gambarnya. tapi bam2 yang bagi keputusan muktamad sebab aku dah rambang mata. =D

Saturday, October 02, 2010

update kontest Gambar Makan Paling Sedap!

www.tips-fb.com

Salam Readers,


akhirnya tamatlah sudah kontest pertama yang aku anjurkan sejak aku bergelumang dengan dunia blogging ni. terima kasih banyak-banyak pada yang join. memang rambang mata aku nak pilih ni. hmm oleh itu aku dapatkan khidmat BAM2 untuk pilih. so, keputusan muktamad adalah dari si BAM2 ni.. 



sorry sangat kalau ambil sedikit masa nak bagitahu siapa pemenangnya ye.


aku akan umumkan pemenangnya pada HARI RABU ni! boleh ye. aku nak pastikan aku appreciate betul-betul gambar yang korang bagi ni.. huhu terima kasih sekali lagi.

jumlah peserta: 20 perempuan dan 3 lelaki.

so semua peserta lelaki akan menerima hadiahlah jawabnya =D


buat souvenir yang aku janjikan tu, aku akan poskan sekali dengan hadiah pemenang-pemenang kontest ni.sekaligus senang. so terima kasih tau sebab sabar menunggu. huhu.



Saturday, September 04, 2010

update hadiah untuk Bila IntanBerlian buat contest; gambar makan paling sedap!

www.tips-fb.com

Salam Readers,


nak update pasal kontest aku. dah sekian lama juga akhirnya baru ada peserta.hehe.

tq YANAMIB sebab jadi 1st contestant.yep aku harap lepas raya ni makin banyaklah orang yang join ek. amiklah candid gambar orang makan kan.then join...menangi hadiah dari india.. 


KATEGORI PEREMPUAN:

HADIAH PERTAMA: sepasang kain sari (boleh dibuat baju kurung)
HADIAH KEDUA: set kelengkapan untuk muka dari Himalaya ( facial wash + apricot scrub + fruit facepack  +  toner )
HADIAH KETIGA : sepasang Shawl Pashminar from india.



KATEGORI LELAKI


HADIAH PERTAMA : wallet
HADIAH KEDUA : sepasang T-shirt from India
HADIAH KETIGA: jersi ( sorrylah bukan original.enggak mampu =D)



contoh pashminar


pashminar 1


pashminar 2

ini contoh je sebab aku beli ni khas untuk follower bertuah aku,
pernah aku cakap kat di entri INI


contoh sari


gambar ni aku cilok kat blogshop kawan aku si TQAH

so lebih kurang camni lah macam kain songket,


contoh tshirt dari india







oklah yang lain aku tak amik gambar.=D


selamat menjoinkan diri ye.bye!



p/s: ouh yeah aku bercadang nak jual kain sari lebih kurang macam gambar kat atas ni.. agak-agak ade orang tak berminat nak beli... hee. tak banyak maybe limited 10 pasang je kot. selama ni aku jual dekat kawan-kawan mak aku je..

Tuesday, August 03, 2010

Bila Intanberlian buat kontest, Gambar Makan Paling Sedap!

www.tips-fb.com

Salam readers,


memandangkan aku da nak final exam ni dan aku juga tak pernah buat kontest, maka kali ni aku berbesar hati nak anjurkan kontest khas buat kamu-kamu semua...


setelah berbincang dengan BAM2 (tak tahan kena bincang gak ek?haha)


Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!




SYARAT-SYARATNYA:

1. mesti pilih SATU gambar sedang makan, tak kiralah sama ada candid atau tidak ( candid mesti lagi nampak WAHHHH gituuu kan? hehe) TAPI gambar tersebut mestilah menunjukkan betapa sedapnya orang itu tengah makan makanan tersebut!! dan buat satu entri bertajuk ;


 BILA IntanBerlian BUAT KONTEST, GAMBAR MAKAN PALING SEDAP!


2. gambar tak boleh dicilok dari mana-mana, mestilah gambar anda atau sesiapa sahaja disekeliling anda (keluarga, makwe, pakwe dan sebagainya)


3. gambar boleh diedit mengikut kesukaan anda atau tidak, sila letak DIALOG di bawah atau pada gambar tersebut... unsur lawak semestinya KREDIT kan.hehe.


4. kemudian, anda boleh tulis: SAYA PALING SUKA ENTRI INTANBERLIAN YANG .......... KERANA........... (tidak kisah patah perkataan, aku mahu feedback entri mana yang korang suka baca, dan korang ni baca ke tak ek aku tulis pe.... BAM2 kata aku bajet je nak buat part ni.hahaa)


5. terpulang mahu jadi FOLLOWER atau tidak.. just pastikan korang dapat update bila aku update kontest ni nanti.. sebab mungkin berubah tarikh tutup or etc.


6. Sila TAMPAL BANNER di atas pada permulaan entri anda, linkback kepada entri kontest ini dan akhir sekali letakkan Banner di SIDEBAR...


7. Last sekali, jangan lupa tinggalkan link entri di ruangan komen ye, aku akan review later. thanks!



TARIKH TUTUP: 1/10/10


ini yang dijangkakan.. 2 bulan terlalu lama bukan. tapi hanya selepas itu aku akan balik malaysia.. barulah bagi hadiah-hadiah untuk korang... tapi kemungkinan juga akan bertukar bergantung kepada tarikh aku balik Malaysia.



HADIAH

Hmm aku dah berbincang dengan BAM2. tapi aku masih nak decide lagi, banyak penyertaan banyak hadiah aku sediakan.. mungkin 3 hadiah untuk LELAKI, dan 3 hadiah untuk PEREMPUAN.. kalau tak ramai.. aku buat 3 hadiah utama sahaja!


aku nak tanya, bagi peserta LELAKI, sudikah menerima HADIAH SARI dari aku??? sebab sari boleh juga dijadikan baju melayu.. atau diberi pada emak, kakak, adik dan awekkkkk!! sudikah?? sila bagi feedback ok? atau mahu t-shirt dari India sahaja?


so aku akan bagitahu hadiahnya kemudian, yang pasti dalam perancangan KAIN SARI, PASHMINA (shawl),t-shirt from india (kalau sang lelaki tak mahu sari)..



p/s: marilah beramai-ramai join ye.. bagitahu orang lain sekalik tau!! heeee. aku nak buat sumbangan bagi hadiah sari ni.. ke ada sape-sape mahu sponsor hadiah..haha bajet tak aku.

Wednesday, June 30, 2010

Contest: Mari Melompat tinggi-tinggi.

www.tips-fb.com

Salam Readers,


Bila mood nak masuk kontest datang.. macam-macam kontest yang aku nak join.huhu.. so kali ni aku nak join satu kontest pasal Lompat-Lompat..hehe.


kontest dari NINA AMAN

bertajuk
COOL JUMPER CONTEST

nak tahu termanya. bolehlah





TARIKH TUTUP: 4 JULAI 2010



inilah gambarnya.

cool tak aku?

ke comel?

muahahaha


aku rasa macam nak terbang.hehe.
time ni cuti lepas final exam third year.(last year lah)
cuti tak lama.. adalah 10hari..
so aku pon pergi Belgaum tempat member aku.
lepak sana seminggu.
dia bawa pi jalan-jalan kat GOA..

huhu best. aku suka sangat.. cantik pantainya.
tapi tak mandi pon time tu musim hujan. kuat gila ombak.



kecik sangat kan gambar tu.
nah amik satu lagi
boleh ke dua? huhu


mari melompat!!!!
akulah yang paling berjaya..
muahahaha.


ok sekian sahajaa.
ada masa lagi..mohlah join.hehe.


aigooooo hampir terlupa pula kena tag 4 kawan.



p/s: seronok lompat-lompat rasa macam kanak-kanak ribena.

Sunday, April 11, 2010

Kontez Dialog Kelakar

www.tips-fb.com

yeah finally aku berkesempatan untuk menjoinkan diri 
untuk kontest dari FIT ni.huhu.








hmm sila lah klik gambar di atas untuk tahu terma
dan hadiah-hadiahnya ye..

hmm ouh yeah, gambar mesti dipilih dari blog FIT sendiri.


ini gambar yang aku pilih
*tenet lembab gile tak leh aku nak cari gambar lain*


house: tok perut kau ni bapak besar.bape bulan dah ni.
nape aku tak pasan pun kau ngandung.

pakcik tua: kau dah pehal baru nak amik tahu.9 bulan tahu tak?
mak cacing dah dok sibuk tanya spital mane aku nak kuarkan anak-anak dia ni.


ok sekian. mari kita sama-sama
menyokong FITRIHADI.

ada masa lagi ni samapi kul 11.59 mlm ni.hehe.


p/s: ok FIT aku dah join.sekian.

Thursday, April 01, 2010

Si TeDi Buat Contest : Bila Dak Itam Berdialog

www.tips-fb.com

yeah finally aku dah ada idea nak join kontest si tedi neh.. lama dah aku dok memerap gambar si hitam ni.. maka  dengan ini secara rasminya aku nak join.hehe.


contest si Tedi


1)

dak itam: hmm bestnye mimpi ciktie jadi bini aku.cun nye ciktie.
*sambil menggesel-geselkan kakinya kat ciktie sebab sejuk*
kenapa rasa macam ada orang tengah skodeng aku tido ni.

ciktie: oii pehal lah dak itam ni gesel-gesel kaki kat aku ni.
dah lah meleleh air liur basi.buruk gile rupe.

si tedi: oii tam pehal kau cakap sorang-sorang ni? ngigau ke kau?

dak itam: memekak lah ted ni.aku tengah mimpi aweks ni.


dak itam: lahhh kau rupanya ciktie.. pehal kau usha-usha aku tido ni.malu aku. patut aku mimpi kau. eh
kau cantiklah  hari ni..merah pulak tu.. pakai blusher satu badan ke?

ciktie: gila ke kau tam, aku adalah sebuah mahkluk canggih paling seksi yang tak tahu berkata-kata
*dalam hati ciktie berkata*

si tedi: bebel pe lagi tu tam..bangun.dah maghrib.. gila kau tido lama2.

dak itam: argh payah2 kalau ted dah bebel.
gegaq satu rumah.

2) 2 sebab kenapa aku mesti pergi dan komen di blog si tedi

 i]sebab aku suka baca penulisan kau yang ringkas tapi penuh bermakna.
ii] kau tak sombong dan yang pasti kisah kau dan kucing kau yang hensem tu buat aku asik nak datang je.huhu



3) kisah pemergian dak utih..sumpah aku sedih dan sebak sama sebab aku mengalami nasib yang sama..mungkin bezanya.aku di india..yang aku terima hanya berita kematian bubu.. pedih hati aku ted. jadi aku pun turut sama merasainya.. dan baby adik si bubu pula di ambil orang..



4) ted dan kehenseman dak itam..hehe.. teruskan kisah kau dan kisah hidup mereka-mereka ini ye.



5) aku mengharapkan Kadangkala Diam Itu Adalah Lebih Baik akan terus segar,bernafas dan mantap dengan gaya penulisan kau yang bersahaja tetapi penuh bermakna dengan identiti kau,blog ini dengan kucing-kucing hensem dan comel kau dikekalkan..aku suka.. sedikit sebanyak terubat rindu aku pada kucing-kucing kesayangan aku ted.. papepon terbaik la semua entri kau. *aku tak bodek..aku tak tipu..aku katakan yang betul*


 

TARIKH TUTUP CONTEST: 16 APRIL 2010


untuk menjoinkan diri serta menyokong padu si TEDI..
mari terjah sini.


hadiah sangat-sangat menarik tertarik beb.
kalau nak tengok hadiah best dari ted.
terjah sini pula!



p/s: amacam ted? boleh pass tak ni.. ehemm nak menang boleh? hehe.. lama aku pikir ni.. sian gambar dak itam lama2 dalam simpanan aku.hehe.



Friday, March 12, 2010

Contest: Chick in Checkers!

www.tips-fb.com

hi bloggers.
nak join contest lagi?
mari tengok.huhu.


aku suka checkers woo.
suka sangat.
ada sapa-sapa nak bagi hadiah free?


ha tengok takde kan.so aku merajinkan 
diri join ini kontest.mana tahu menang.hehe.

hmm hadiah menarik sangat.
boleh terjah sini nak tengok
terma dan hadiahnya.


TARIKH TUTUP : 31 MAC 2010 (12.00am)



gambar aku..

masa ni aku tengah misi mencari miss mini 

kena tag orang,maka aku tag mereka ini.


cukuplah tu kan.

Ouh shoot.aku baru jumpa blogshop ni..cantik gila checkers.
rambang mata oii.. kalaulah aku kat malaysia.leh aku beli.

leh ke post sampai india?
dem.


p/s: tolonglah menang.tolonglah..tolonglah..aku nak hadiah birthday ni..walaupon birthday dah lama lepas.hehe.

Wednesday, March 03, 2010

Angan setinggi minah jenin.siapa bertuah dapat duit terpijak 1 juta?

www.tips-fb.com

salam bloggers.


"ma, kalau along dapat duit terpijak 1 juta kan..hmm ma rasa apa along nak buat dengan duit tu?" 
hehe aku pernah menanyakan soalan cepumas kat mak aku.. aku memang suka perasan sikit.haha.

"uih sapa nak bagi duit banyak tu long,tumpang senang lah mama."
"hahaha..anak mama kan suka berangan,tapi mana tahu kalau niat baik tetiba ada orang nak bagi ke..takpon rezeki along ke ma..tuah orang sapa tahu ma" hehe..

mak aku layan je aku ni weh... seriously.aku memang selalu berangan..terbayang-bayang sorang2.. tapikan sapa setuju dengan aku..1juta tak banyak mana pun sebenarnya..betul tak? sapa setuju sila angkat kaki dulu pastu baru tangan anda.

hmmm aku ada terpikir, 1 juta.. banyak juga tu..semestinya kena zakat..so sebagai seorang muslimah sejati, aku nak zakat kan beberapa yang sepatutnya aku zakatkan dari 1juta yang aku dapatkan tu.. rezeki Allah sama-samalah kita kongsi bersama..ye tak? mana tahu rezeki si dia dan dia juga dia ada kat bahagian berlebihan yang kita dapatkan tu..lebih berkat orang kata... itukan kewajipan kita..


then separuh dari jumlah aku dapat,aku nak simpan dulu...katalah RM 500,000.. then dari jumlah tu aku nak bagi dua lagi..separuh simpan Tabung Haji..separuh lagi simpan ASB.. 
 


 simpanan demi masa depan
 

simpan kat tabung haji buat masa depan..senang nak pergi haji ke umrah..aku harap aku dapat bawa ma ngn ayah aku g haji..kalau ak pun atleast... atleast umrah.. amin..


nak melabur dekat saham? main saham? aku tak reti.. mahu aku bangkrup nanti.hehe.so aku hanya mampu simpan sahaja..


penting ni simpan duit..impian aku nak buka klinik sendiri..modal tinggi woo... satu dental chair tu je dah berapa.. mahu 10-20 ribu ringgit...dengan segala material lagi..instruments..jadi kene menabung demi masa depan.. aku pun nak kahwin juga.hehe..so kene jimat cermat..

 
amacam smart tak.huhu.


 hijau je mata aku ni..hehe..argh aku nak satu.


kereta? aku teringin nak beli kereta..tapi aku sekarang kat india..bukan aku pakai pun kereta tu.. mula aku ingat nak beli cikai-cikai punya..mana ada duit beb..tapi dah dapat 1 jutakan.. pe lagi rembat baik punya lah.. aku ingat aku nak rembat satu TOYOTA CAMRY..aku memang suka gila usha TOYOTA CAMRY ni bila aku gi mana- mana.. tapi bukanlah sekarang.tunggu aku dah kerja baru aku beli..hmm tapi bam2 kata aku tak sesuai pakai keta besar-besar..HONDA JAZZ sudah..konflik dalaman..

 

bergaya kan..
merah keberanian.
putih kesucian.
gaya keunggulan.



impian aku tak adalah setinggi gunung nak ada kereta ferrari ke, lamborgini ke, toyota supra ke..dan seumpanya..mana mampu..minyak pakai kuat.. maintenance tinggi..terkincit-kincit aku nak menampung nanti.hehe..


ok so sekarang balance lagi RM 500,000.aku ingat nak bagi ayah aku RM 100,000 la.. ayah aku berkenan betul dengan HILUX.. dari dulu dia nak sangat beli..maklumlah,ayah aku ni ada bisnes kebun.keluar masuk kebun kan senang.. huhu pantang nampak HILUX ayah aku kata.



"itulah keta ayah" huhu..ouh ayah..macam anaknya.lol. =P

 so,aku tak tahu bapa harga pasaran HILUX,aku bagi jumlah ni..kalau lebih ayah simpan..kalau kurang ayah tambahlah sendiri eh.hehe..

mak aku aku bagi RM 70,000 la.. dan aku nak masukkan kat akaun adik-adikku seramai 3 orang sorang RM 10,000..buat masa depan ek adik-adik..jangan bantai beli coklat lah, baju lah,kasut la pula ok?


then, RM 100,000 aku ingat aku nak sedekah kan..agih-agihkan sikit sama sikit dekat rumah anak yatim,rumah orang-orang tua yang ada dekat-dekat area rumah aku tu...


so balance sekarang ada lah RM 200,000.. jumlah ni aku nak buat kenduri doa kesyukuran sikit..yelah sapa lah leh dapat duit 1juta terpijak macam aku ni..hehe..rezeki-rezeki..


pastu aku nak bawa mak ayah dan adik-adik aku pi shopping..aku nak suh je diorang amik baju ke kasut ke bag ke dan seangkatan dengan nya.. aku nak bawa diorang beli apa diorang nak..tapi ade limitlah..takkan lah aku nak bagi adik aku rembat keta sebijik plak.. pastu aku nak beli barang-barang dapur dan makan kat rumah..hmm akukan anak sulung..jadi semua tu dah menjadi tanggungjawab aku,huhu...

 




kalau ada rezeki lebih lagi..aku nak bawa diorang pi jalan-jalan india.. bawa pergi BANGALORE ( gi wonderla), CHENNAI (beli sari), DELHI (jalan-jalan ), gi TAJ MAHAL, dan kalau diorang tahan sejuk nak bawa pi main salji kat MANALI..huhuuhu...

 
 taj mahal..

 
jom main salji.hehe.



see...tengok...tak banyak mana kan 1 juta..dah abes dah aku belanja kan..hehe.simpanan masih ada.. puas hati semua aku dapat bagi rasa duit 1 juta ni...

hmmm aku pesan kat mak aku,

"ma kalau along betul-betul dapat ni..ma kene ingatkan along tau"
"ingatkan apa" tanya mak aku
"iyalah..manalah tahu..berangan lebih-lebih..berbuih mulut cakap nak simpanlah..sedekah lah.. nanti bila dah dapat.. sume tu entah ke mana..setan kuat.. ada yang berjoli shopping tak ingat dunia plak kang"
 " yela..mama tahu anak ma tak macam tu" 
senyum bangga jap.
"tapi ade ke orang nak bagi along duit banyak camtu"

gagagaga...aku memang berangan..
sekian angan minah jeninku..


ok ini adalah entri untuk contest if i were a millionaire atau jika aku seorang jutawan.oleh brother aduka5.

 
TARIKH TUTUP : 4 MAC 2010


sila terjah kalau mahu berangan macam aku.hehe.

 p/s: tak salah berangan asalkan tak makan diri.hehe.. angan-angan perlu ada sebelum tercapainya impian.betul tak.
 

Tuesday, March 02, 2010

Contest : Berbaju kurung dan berbaju kebaya menawan dan lambang wanita asli?

www.tips-fb.com

ini contest seterusnya yang aku gatal nak join.

tak susah.

semudah ini saja.

pakai baju tradisional melayu

dan posing.hehe.

posing macam sis honey ok?

contest ini dianjurkan oleh

untuk segala terma dan syaratnya
hadiahnya sangat-sangat menarik!

TARIKH TUTUP : 7 MAC 2010
inilah gambar yang aku pertaruhkan.

 
ok sis,ini gambarnya.

suka sangat gambar-gambar ni.
hee..sebab nampak sangat keayuan masing-masing.
masa ni baru balik dari sambutan 1 MALAYSIA.
sebagai tanda menyokong 1 MALAYSIA..
warga malaysia di India pun mahu sama berkumpul
dan mengangkat ikrar...

ouh ye sis.
intan yang berbaju kebaya ungu itu..

intan nak masuk contest ini kerana....
contest ni agak lain dari yang lain sebab
kena berpakaian tradisional.. 
pakaian tradisional ni sangat penting sebab ia melambangkan
kemelayuan dan kemalaysiaan kami
terutamanya bila kami jauh di perantauan..
hmm orang kata,berbaju kebaya mahupun
berbaju kurung nampak keayuan? betul ke?huhu..

pada awalnya,semua kawan-kawan intan agak pelik dengan
baju tradisional malaysia..diorang tanya macam-macam.
huhu.tapi dengan bangganya intan pakai ke kolej.
bila dah jauh-jauh dari malaysia apa-apa yang
melambangkan kemelayuan dan kemalaysiaan mesti 
rasa sangat-sangat bereerti.
huhu..bila menyanyikan lagu kebangsaan negaraku
di tempat orang ada rasa nak menitik air mata.
rasa macam sayangggnyaaa kat malaysia.
dan dah tentu tak ada negara terbaik
melainkan malaysia..kalau dibandingkan india=P

intan suka kaler apa?
suka sangat-sangat kaler merah.
huhu nak tahu kenapa.sebab rasa macam highlight gila 
pakai merah.hehe..merah kan melambangkan keberanian..


ouh yeah.intan tahu contest ni dari sis ryna!


p/s: suka berkebaya.suka sangat.lol.


Thursday, February 25, 2010

Nak menang 10 pounds dengan mudah?

www.tips-fb.com

ok,cut the crap.
aku kena study malam ini,
aku manusia paling pemalas
dekat bumi Salem.
aku malas
yes aku malas.

tapi aku kena study at least 5 topics
secara pukal.mahu aku tak tidur malam.
weh intan.
cut the crap ok!

gaga.
ingat tak aku pernah join 
satu contest joegrimjow
dan aku mempertaruhkan
entri ini bertajuk
true meaning of love

joe dah buat review untuk
setiap peserta kat blog joe...




tarikh tutup : 1 MAC 2010

ada sesapa nak menang 10 pounds 
dengan mudah?

mari teka siapakah pemenang contest ini,
joe nak bagi 10 pounds sape yang
boleh teka paling dekat sekali dengan 
keputusan contest tu.

aku bukan  suruh korang teka aku.
hahahaha.aku layak ke?
tapi kalau nak vote aku pon boleh saja.
tapi silalah pastikan aku layak untuk di vote ok?
aku tak nak buta-buta je orang vote aku.

pemenang nmbor 1 dah ditetapkan
pemenang kedua,ketiga,keempat dan kelima
orang boleh teka.dan mungkin akan dikira vote itu.

nah sila join untuk menang 10 pounds dengan mudah.

klik link bawah ini untuk ke 
bebeh.
adios.

btw,aku nombor 38
hahahaha.abaikan.aku saja nak bagitahu.

p/s: nanti aku bebel lagi.buku dah panggil-panggil ni.lalalala.

Sunday, February 21, 2010

Contest Cerita di sebalik gambar : aku menjadi mangsa prank!

www.tips-fb.com

ok aku demam ni.
hehe.demam join contest,
aku sungguh tak ada kerja
walaupun ada sebenarnya.
ceh dasar pemalas intan!

ok ini contest
dari blog si RATU.
hehe..

'Create
sila klik gambar ini untuk tahu
segala termanya ya?

TARIK TUTUP : 23 FEB 2010

gambar yang aku pertaruhkan.
ini dia..
jeng jeng jeng




ini gambar masa birthday aku JAN 2009.
dah lama dah kan gambar ni.tapi aku suke tengok.
geram pon ada..haha..aku menjadi mangsa
kekejaman budak-budak ni..
ok si lelaki bernama FADZIL..
nah Fadzil.aku femeskan kau di sini.gaga.
seingat aku masa ni.. diorang plan baik punye..

kek diorang letak tengah-tengah kat atas meja pingpong.
then masa tu ada 5 orang yang sambut birthday sama2.
secara pukal..hehe.disember,januari ngn febuari sekali.
kemudian.diorang suruh menyanyi sampai 2 kali.
aku punyalah tak perasan ada mamat 2 ekor ni
kat belakang kitorang dengan air bergayung kat tangan.
elok-elok habis lagu.
sedap aku kene siram.
nak lari tak boleh.kene kepung da..
huhu..tapi trimas.
aku suke kenangan itu...
salah satu kenangan terindah aku pernah ada..
dan yang pasti setiap kali januari
datang...akulah mangsa kene prank.
sebab kalau dah masuk mei,jun julai.
sume orang pun dah bizi nak study for final..

hehehe.aku tahu.korang semua dendam ngan aku kan.
gagagagga.
sebab selalu akulah yang prank tuk korang.lalala.
maaf sanusi..telur sebiji pek di rambut.
takpe.jangan dendam2...
tak elok.huhu.

ukhuwah terjalin.akan aku kenang sampai bila-bila.
itulah indahnya zaman belajar.
dah tua bangka nak main lari-lari
nanti orang kata mereng pula.hehe.

gambar-gambar selepas ini bukan untuk contest ye RATU..
aku sekadar melengkapkan kisah aku untuk tatapan semua.huhu.

 
 sila lihat bukti mereka di belakang kami..
ceh malam tu akulah yang paling teruk kene.


 
yeah.masa untuk revenge.opssi.
serangan balas..hehe..lari lintang pukang korang ek.
sampai terjun sana sini.haha.


p/s: aku suka zaman belajar.aku suka jadi muda.aku taknak tua..uish.


Saturday, February 20, 2010

Contest weekend @ sheffield :True meaning of Love

www.tips-fb.com

aku tertarik dengan satu contest dari joegrimjow.
entry ini untuk contest weekend @ sheffield
 
sila klik gambar untuk ke blog joe.
 
Tajuk entri aku
TRUE MEANING OF LOVE

mungkin entri aku ini hanya entri murahan yang tak mampu menang walau sepound pun dari joe.tapi aku terpanggil nak hantar entri ini bila aku tengok tajuk entri ni.. menang bukan segala-galanya bagi aku walaupun mestilah semua orang yang masuk nak menangkan.tapi aku nak juga berkongsi the true meaning of love..




aku nak kongsi kisah mak dan ayah aku.. sepanjang aku hidup,aku terlalu kagum dengan kedamaian dan keharmonian rumah tangga yang mak dan ayah aku bina..orang kata, keluarga penting bagi menggambarkan tumbesaran dan pencapaian sang anak.. yess,aku dengan bangga nya nak cakap,yang apa yang aku ada sekarang adalah impak yang sangat besar dari keluarga aku...

masa aku kecik-kecik dulu,tak adelah mak aku nak cerita sume kisah-kisah cinta mak aku ngan ayah aku.tapi bila aku dah makin membesar..mak aku pon tengok aku ke adik aku ke dah mula ada buah hati..pe lagi start lah dia pun nak share.hehe..

mak kau kata,mak dan ayah aku kenal sebagai abang dan adik angkat.. ceh itulah orang kata,kalau angkat-angkat ni sure ada yang terangkat nanti..hehe.. dulu ayah aku kerja sebagai pembantu makmal.. memang hidup susah sebab ayah aku pun dari kluarga susah.. ayah aku ni dah macam rupe hero hindustan sikit.. tu mak aku tertarik..dan mereka berkawan selama 6 tahun,baru bertunang.. dan Alhamdulillah tetap kekal bahagia sampai sekarang.. sekarang ni dah hampir 26tahun mereka berkahwin.


pada awal perkenalan,ayah aku ni seorang perokok..then,mak aku kata..kalau nak kawen dengan MAS.. abang kena berhenti merokok..guess what,ayah aku tegar betul..berusaha untuk berhenti merokok sedaya mungkin... dan akhirnya sampai sekarang..ayah tak prnah dah sentuh rokok..=D

dulu ayah ramai peminat..ayah banyak kali dapat surat layang atau surat cinta dari perempuan.. then ayah tak buka langsung terus bagi kat ma.. huhu..ma pula pelik,ma cakap..ayah kata buat apa nak baca..MAS lah baca.huhu...

awal perkahwinan..hidup mak dan ayah aku susah sangat.. pernah ayah aku naik motor yang pancit selama 2 bulan..bawa je slow sampai tempat kerja..dah lah jauh ma kate..sebab kekurangan duit masa tu..bila balik nanti ayah beli mi goreng..makan denga nasi..hampir setiap hari..then ma pelik lah..kenapa hari-hari beli mi goreng je..bukan lauk lain.. satu hari ma buka wallet ayah..terjumpa slip gaji ayah.. gaji ayah hanya tinggal RM 80 je sebulan selepas tolak hutang bank.. ma terperanjat.. ma terus tanya ayah..kenapa gaji tinggal skit macam ni..tak bagitahu mak aku pon.. then ayah aku jawab..itu dulu buat pinjaman kat bank sebab nak kahwin dengan mak aku.. mak aku sedih sebak dengar..ayah aku tanggung susah sorang2.. mak aku kata napa tak bagitahu dia..ayah kau jawab..dah jadi tanggungjawab dia.. tak ape..biar dia tanggung sorang.. masa mak aku cerita,tanpa aku sedar air mata aku mengalir..betapa ikhlasnya dan dalamnya cinta ayah kat mak aku... sikit pun ayah tak komplen apa2.. 

pernah sekali ma pergi jumpe bekas kekasih ma,untuk settlekan pasal mereka..sebab ma dah ada ayah.. then ayah dapat tahu..ayah sedih.. ma minta maaf dan terangkan kenapa.. ayah just cakap.. satu je aban gminta.."mas jangan tinggalkan abang" ma terperanjat,sebab ayah bukan nak kata jangan buat lagi ke pe..

susah ayah dan ma masa tu aku sikit pun tak mengerti.. yang aku tahu,minta itu dan ini.. ayah suka berniaga.. cakap je ape dia.. ikan,ayam,sayur, barang-barang kraftangan even berniaga air dan goreng pisang kat pasar ramadhan.. tapi ayah aku ni terlalu baik sangat hatinya.. ma kata ayah kalau berniaga tak akan kaya.huhu.. sebab kalau orang beli sebungkus air ayah bagi satu free air.. orang nak beli barang, orang tak tawar lagi ayah aku ni dah turunkan harga.. 

sekarang ayah aku bercucuk tanam..tanpa aku sedar.. dah 7 kebun ayah ada.. aku tak pernah tahu semua tu.. entah dah berapa puluh ekar.ayah dah ade pekerja sendiri..ma selalu kata,ma bangga dengan ayah..kesabaran ayah yang tinggi tu buat mama makin sayang kat ayah..ayah walaupun tak ada pelajaran yang tinggi ayah sangat tabah dan rajin mencari sumber pendapatan.. Alhamdulillah berkat kerajinan ayah, sekarang ayah dan mama boleh dikatakan hidup senang... susah-susah ayah..bila ma gaji.sikit pun ayah tak tanya pasal gaji mama.. malah bila jualan ayah banyak ataupun baja ayah ramai orang order.. duit itu terus ayah bagi dekat ma...

 


aku perasan yang mak aku kadang-kadang agak emo dengan ayah.. sumpah aku tak pernah nampak ayah marah mama even tinggikan suara dekat ma.yang aku dengar hanya gurauan ayah sebagai penghibur ma dan kami.. aku selalu nampak ma marah gak.. tapi tak lama pun.mesti lepas tu ma tersenyum dek gurauan ayah tu.. betapa bahagianya.. ayah lah orang paling sabar yang aku pernah jumpe..orang paling baik hati aku pernah jumpaa..aku sampi terpikir,aku nak kahwin dengan orang yang macam ayah.. ouh yeah.ini bukan ELECTRA COMPLEX ok..

huhu,setiap kali ayah call aku kat india..ayah mesti cakap.. nah ni bini kesayangan ayah nak cakap dengan along... huhu.sweet je aku dengar.. bila aku kat rumah,ayah masuk-masuk rumah nampak aku dan adik2.. tak nampak kelibat mama... ayah msti tanya..mana buah hati ayah? mana bini kesayangan ayah?huhu...
 
Kasih sayang mak dan ayah aku memang terlalu melimpah ruah..hidup susah senang bersama.. ketabahan na kmembesarkan kami semua dengan penuh kesulitan.. seingat aku..terlalu jarang ayah aku ni nak berganti baju.. kalau tak mama yang belikan mahupun aku yang belikan.. ma pula,aku ingat lagi mama nak beli jam tangan.. pikir-pikir banyak kali then dia letak balik.. ma kata,kadang2 bila kita dah ada anak ni.. kita kena pikir anak-anak lagi penting...sebab kalo aku balik msia mesti banyak gak nak guna duit..huhu.. then satu hari tu aku pun belikan lah jam yang iras2 mak aku berkenan tu.. yang sama dah sold out.. even agak mahal cket.aku nekad je nak belikan.masa aku bagi tu.aku rasa nak freeze kan je masa.nak tengok lama-lama kegembiraan mak aku.huhu....

ayah aku ni macam lelaki melayu terakhir.. huhu,kalau ayah aku makan mesti nak mak aku teman sebelah,,betapa romantiknya ma dan ayah aku.. pernah sekali,mak aku gi meeting.. mak aku pesan.. nanti bagi ayah makan.. bila ayah balik, aku hidangkan makanan.. tapi aku terlupa nak keluarkan sayur dalam tudung saji..bila mak aku balik tengok sayur faveret ayah aku tak bersentuh.. mak aku tanya..ayah aku jawab.. laa along tak keluarkan pun.. perh.. ayah aku memag kene layan macam raja.hanya mak aku je yang tahu cmne nak layan.huhu... cmne pun lauk dah hidangkan..selagi mak aku tak ada.. ayah aku tak akan makan.. mcm tu gak mak aku, mak aku mesti kata...makan dululah..mama tunggu ayah...aku selalu terpikir..mampukah aku layan suami aku sebegitu tabah dan sabar nanti.. mampukah aku dan suami aku sebahagia,seharmoni,seromantik itu nanti...huhu..
 
sekarang aku rasa aku dah dewasa.. aku dewasa jauh dari mak dan ayah aku.. aku rasa emo bila pikir-pikir.. aku nak duk bawa ketiak mak aku lagi.aku rindukan zaman kanak-kanak aku.. aku tak nak dewasa..dari form 1 aku duk asrama.. sampai masa aku ke india.. dan lepas ni aku dah 24tahun.dewasa.tak lama lagi aku mungkin berkahwin..pernah satu ketika,mak aku tetiba kata,ma rindukan along..mak aku nangis..aku tanya napa ni ma..ma kata,along makin lama makin besar.. jauh dari mama..lepas ni kahwin.ma rase anak mama makin lama makin jauh sebab masing-masing dah membesar..masa tak sama dah macam dulu lagi... hmm pasni aku tak nak dah jauh-jauh dah dari mak ayah aku.. mereka makin lama makin berusia.aku nak balas jasa semampu mungkin walaupun aku tahu takkan sikit pun terluak.sebab terlalu banyak jasa mereka..

oklah,kalau nak ikutkan terlalu banyak yang aku nak kisahkan di sini.. harap joe tak bosan membaca..harap juga judges tak pening pale bace..huhu =D

 
sekadar berkongsi.



p/s:cinta terlalu indah bila diungkap..cinta terlalu istimewa bila yang diungkap menjadi kenyataan ..cinta lebih bermakna bila dirasa melalui hati yang ikhlas.. tiada seorang pun yang sempurna..baik lelaki mahupun perempuan..maka kesempurnaan itu dilengkapi antara satu sama lain.. kalau tak lengkap juga.itu kan fitrah manusia...=D

Related Posts with Thumbnails