Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

Monday, January 09, 2012

DSAI kini bebas dari tuduhan, tapi kenapa masih ada yang mencerca dan mencaci?

www.tips-fb.com

Salam readers,




Sana-sini orang update kes DSAI, penuh di facebook, twitter, blog dan segala macam media elektronik. Berita tersebar sungguh pantas. Inilah dinamakan dunia tanpa sepadan. 


Alhamdulillah, akhirnya DSAI bebas dari tuduhan liwat. Sejak 3 tahun lalu mungkin pelbagai tohmahan yang dilemparkan. Paling kesian pada anak-anak dan isteri beliau.Betapa untungnya punyai keluarga yang sangat kuat, tabah dan sangat memahami. 


Terbaca status di syahirul.com

Rasulullah s.a.w bersabda: Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk. (H.R. Muslim)
Ketahuilah, di mahsyar adalah mahkamah yang paling adil dan segala perbuatan manusia sama ada baik atau buruk akan dibalas.


Apa pun sebagai seorang Muslim kita berpegang bahawa Allah sentiasa bersama mereka yang benar. Siapalah kita nak hakimi orang benar atau salah, dosa atau tidak. Ada je orang yang terlalu pemurah menderma kepada si fakir semasa hayatnya tetapi tempatnya ke neraka hanya kerana tidak membantu saudara terdekat. Semua itu urusan yang MAHA KUASA.


Jangan dicaci, jangan dicerca.. Siapa kamu nak mengatakan itu adil atau tidak. Tak perlu dicanang di facebook ke twitter kata tidak adil, sudah pasti diSUAP. Siapa kamu untuk menghakimi sesuatu.Jangan berkata sembarangan sekiranya kamu sendiri tidak tahu. Diam adalah lebih BAIK. Alhamdulillah DSAI sudah bebas dari tuduhan, tidak kira apa dalam pemikiran kamu. Sama ada adil atau tidak, keputusan adalah Muktamad. Bukan senang punyai keluarga sekuat keluarga DSAI.


Tuduhan yang terlalu berat itu, jika sebenarnya dia tak bersalah bukankah ia satu FITNAH. Jika benar dia bersalah, Allah dah kata, di Mahsyar sana tiada satu pun yang terlindung, tiada satu pun yang terlepas. Setiap zarah itu pasti akan dihitung.


Sudah, tutup sahaja mulut-mulut busuk kalian dari mencerca dan mencaci. Buka lembaran baru. Bersama menaikkan kembali nama Malaysia. Biarlah Malaysia ke arah yang lebih baik demi anak-anak warisan pada masa akan datang yang pasti lebih mencabar.


p/s: Berfikit gunakan akal waras, berlandaskan iman di dada. 

Thursday, January 05, 2012

Baby Bridger bijak menggunakan iPad!

www.tips-fb.com

Si kecil zaman sekarang,


Mesti rasa pelik kenapa dalam ni ada baby macam dia.



Menggunakan ke jalan yang betul.


Huish umur berapa ni dik.



Tengok kartun!



Ipad menggantikan bedtime story book.



Dari kecik terdedah dengan radiation macam ni, memanglah dah besar pakai spek tebal.hee.




Tergelak si kecil ni.



Baby down syndrome.




 Apple untuk dimakan!


hehe, tapi kalau digunakan ke arah kebaikkan ia boleh menjana minda si kecil. Asalkan tak diajar menggunakan ke jalan yang salah. Penuhkan aplikasi yang boleh meningkatkan intelek si kecil. hehe, contoh macam adik Bridger ni, birthday dia yang ke-2, ayah dah bagi iPad sebijik. NICE!

Bijak betul budak kecik ni, esh geram!! Suara dia pun comel je.

Lepas ni, Apple boleh ambil Bridger jadi icon Apple ek? =P




p/s: Budak kecil ni ibarat lembaran putih, kitalah yang bakal mencorakkannya.

Friday, December 23, 2011

Akibat kebodohan diri, kau hilang harga diri.

www.tips-fb.com

Hi Readers,





Suka pasang telinga bila orang tua bercerita. Tak baikkan?? hehe. Tapi suka jugaaa.. tu yang terdengar kisah budak-budak perempuan yang sudah terlanjur. Haish kesal betul dengar bila memikirkan anak-anak melayu yang semakin pelik perangai diorang ni. Dah tak sayang maruah ke?Tak kisah agama ke? Tak ingat dosa ke? Paling senang, kau dah buang tebiat ke??


Bila dah lahirkan anak-anak yang tak bersalah ni, kalau umur setahun jagung, hingus pun masih dok meleleh, keluarga pula tak mampu membesarkan si anak, susah tentu nasib si anak ke tangan keluarga angkat. Sekiranya keluarga angkat menjalankan kewajipan dan tanggungjawab sepatutnya, Alhamdulillah Jika tak?? kesian si anak kecil. Tak bersalahkan?


Makcik kisahkan cerita dia menemukan si ibu muda ni dengan keluarga angkat. Pelbagai ragam ada. Ada yang amik acuh tak acuh, janji lepas tangan. Ada pula yang sedih meroyan tak nak bagi si anak dekat orang. Habis tu ko nak bagi makan apa?pasir? Tahu buat, lepas tu tak pikir. Nak kata otak letak kat lutut nanti jadi macam PANGLIMA pula. =P Senang cakap, mungkin otak ada, akal tak de. Kalau kita ni ibu yang melahirkan mesti terdetik perasaan hiba nak bagi anak sendiri dekat orangkan. Cakap macam ada pengalaman. hoho. Tapi itu apa yang mak aku cakap.


Waktu nak bagi anak ni dekat keluarga angkat, baby tengah menyusu badan si ibu muda. Bila tiba masa, nak bagi si anak.. Tarik anak yang sedang menyusu.. Menangis si anak. Bagi lagi susu. Seketika lepas tu tarik lagi.. Menangis lagi anak tu.Sampai dua tiga kali insiden tu berlaku. Agaknya si anak pun tahu dia bakal diberikan kepada orang lain. Hiba dengar. Makcik pun cakap waktu tu memang air mata laju turun macam air hujan. Sebak tengok anak kecil tu seolah-olah tahu dia akan berpisah dengan ibu muda.


Apa yang aku tahu, fakta baby ni.. dia kenal dan tahu BAU dan SUARA si ibu sebaik dilahirkan ke dunia ni. Apa taknya 9 bulan darah mereka berhubung. 9 tahun si baby hidup bergantung pada si ibu. Berkongsi rasa, kasih, sayang, darah, nutrisi, sakit dan paru-paru. Betulkan?


Apa juga yang aku dengar, mereka yang melahirkan anak luar nikah takkan rasa 'NIKMAT SAKIT' bersalinkan si anak. Sebab itu dengan selamba badak boleh bersalin di tandas, tepi longkang, di rumah  lepas tu selamba juga dia pi masuk kelas belajar macam biasa ek? Akibatnya, perasaan kasih dan sayang pada si anak seolah-olah ditarik hanya kerana mereka tak merasai betapa nikmatnya bersalinkan si anak. Mungkin perasaan takut melebihi segalanya. Bukan kerana takutkan ALLAH, tapi lagi takutkan ORANG RAMAI tahu. Sahdiskan?


Umur belasan tahun dah boleh terlanjur. Kata mak ayah si ibu muda, padahal pergi ke mana di hantar dan diambil. Hanya kerana terlewat 2 jam menjemput si ibu muda dari sekolah dah boleh terlanjur macam ni. Kuasa Allahkan, orang yang dah kahwin ini, tunggu-tunggu tak dapat juga anak. Tapi bila buat benda maksiat Allah nak tunjuk betapa mungkarnya perbuatan tu dah boleh jadi. Itu pun tak de kesedaran, lepas hari boleh ulang lagi, buat balik. Kalau tak dilahirkan, dibuang anak itu merata-rata, ada yang dibunuh, ada yang digugurkan. ZALIM.


Itulah, dulu aku ni nak pegang komputer pun takde, jangan kata pegang.. nak kenal pun takde harapan. Best zaman aku kecik-kecik dulu.. Main galah panjang, baling selipar. Takde pula mak aku risau. Takpe pula mak aku pesan,





" Along balik cepat,nanti kene culik "

" Tak payah pergi nanti kene rompak "

TAKDE PON. Sekarang anak depan mata pun boleh hilang bai. Punyalah bahaya dunia sekarang. Main bunuh je, bunuh orang macam bunuh lipassss!




Dulu aku takde facebook, aku ada batu seremban.. Dulu aku takde ps2 tapi aku ada main getah. Dulu aku takde ipad tapi aku main baling selipar. Tengok siapa sekarang yang spek mata mengalahkan tembok besar cina. Siapa yang gemuk gedempol macam gajah. Setiap hari dok ngadap ipad, ps2. Aku main lari kejar sana-sini. Sihatkan hidup aku. Siapa yang ada banyak boifren takde badan? Takde badan sebab hari-hari dok ngadap muka plastik dekat facebook. laki ko tak kenal dah jadi pakwe, pakwe ko tak kenal ko dah bagi no telefon. Siap jumpa. EEE.  Ngerilah aku. Bestnya zaman aku dulukan?





Kita ada facebook cari kawan LAMA. Tapi kau cari kawan baru. Pastu lama-lama hidup kau jadi haru-biru.



Gambar: Ihsan Google




p/s: Sekarang budak kecik pun ada iPad sorang satu. 

Thursday, December 22, 2011

"Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya " Jelas Ariff Alfian

www.tips-fb.com

Tak tahu nak komen apa. Terkedu dengar penjelasan Ariff Alfian.


“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,





1. Kalau Islam kembalilah ke jalan ALLAH. Nabi Muhammad sendiri tak mengaku umat kalau kau gay. Hatta kau mengaku Islam sekalipun. Sudah terang-terangan terpesong. Kembalilah selagi masih ada peluang. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Rasa malu bila tengok dia pakai baju melayu bersamping siap bertanjak. Rasa air muka kita sebagai seorang Muslim dan Rakyat Malaysia berbangsa Melayu macam dipijak-pijak. Entahlah. Memanglah sudah akhir zaman.


2. Sayang sungguh, bukan calang-calang orang ditaja oleh Petronas dalam jurusan Perubatan pula tu.. Sepatutnya dia menggunakan peluang yang diberikan, kalau macam inilah.. Melambak lagi pelajar-pelajar bijak yang mengimpikan biasiswa yang diterima kau. 


3. Simpati dengan ayah, ibu dan keluarga Ariff. Dibesarkan dari kecil sampailah besar dengan harapan besar pulang dengan segulung ijazah bergelar DOKTOR. Tapi tak pulang-pulang, yang diterima berita perkahwinan songsang si anak dan hutang hampir 1 juta.


Sama-samalah kita mendoakan agar Ariff Alfian kembali semula ke pangkal jalan sekaligus ke pangkuan keluarganya. Doa rakyat Malaysia insyaALLAH bakal merubah dia. Bukan kutukan tetapi doa yang terbaik. Kita sendiri banyak kelemahan. Biarlah hal seperti ini dijadikan teladan dan sempadan. Nauzubillahiminzalik.


Moga ALLAH menetapkan pegangan, akidah dan Iman kita. 


RESPONS ORANG RAMAI:

TWITTER

“Ariff Alfian, God gave you intelligence but you pushed that away for a guy. What a shame,”-@MarisaSoraya 

“Kahwin sejenis (same-sex marriage) is already a big sin. “Then leaving your parents to pay (off) the loan? You have a lot to tanggung (bear), Mr Ariff Alfian Rosli.”-@likhaSN

“I wish Ariff Alfian happy forever after with his partner. Obviously, Malaysians are not ready to accept gays here. Don't come back,”-@emmalynnaziz 

Sumber: THE STAR


FACEBOOK:


Ada yang kempen positif.

Dan ada juga yang negatif.



Apa-apa pun biarlah kita mendoakan yang baik-baik. Jangan sesekali mendoakan kecelakaan dan yang buruk-buruk terhadap orang lain. 



PANDANGAN AL-QURAN Allah swt telah berfirman:
"Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut; dan Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui." ( 148 : an-Nisa)

Hadis dari Anas r.a ,
Rasulullah saw bersabda:
"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah." Hadis riwayat Ahmad - sanad hasan


Sumber: RESEPIRAHSIAKU


p/s: Jangan sampai nafsu melangkaui akal dan iman kita.

Adlin Aman Ramli nak berperang dengan Chef Wan angkara Maharaja Lawak Mega.

www.tips-fb.com

Hello!!





Siapa layan Maharaja Lawak Mega?? Dulukan aku eksited nak tengok. Masa dekat Indialah. Astro takde. Bam2 cakap, hmm lawaknya macam tak sebest dan tak se'umpp Maharaja Lawak. Mungkin ni semua pun orang-orang lama. Lawak pun macam dah biasa sangat tengok. hehe. Memang nak kata macam Sepah tu takdelah.


Tapi sebab ayah aku kemain suka lagi, aku pun layan. Sempat tengok ke tak sempat tengok live ke memang kompem punya Record. PVR Astro ni kerjanya asik nak merecord je. Sampai dua tiga kali tengok nak tunggu the next Maharaja Lawak Mega tu. 


Ko suke siapa dalam tu?


Haha, bagi akulah Boboi tu memang kelakarlah juga. Kenapa aku rasa si Afdlin tu comel. Mungkin sebab tembam-tembam dengan perutnya boroiny jadi budak-budakkan. haha. Osbon pun boleh tahanlah juga. Lagi-lagi kalau slang jawanya keluar. hmm, takat tu je lah yang best.. yang lain takde pun yang best bagi aku. 


Saehu tu, hmm tak berapa nak faham. Tapi Astro ni pandai, memanglah ada tinggal kumpulan Saehu dengan Syok. Dah memang namanya kene MENGUNDI. Pandai Astro melobi orang ek? haha. Nak mengundi, kirim salamlah. Setakat tengok je bolehlahkan. Saehu tu kompemlah Indon-indon yang melambak dekat Malaysia n dok ngundikan. Biasalah bai, ragam manusia ni..undi bukan ikut mana yang layak.. paham-paham je la. Yang Syok pun hmm, kompem orang seberang sana dok ngundikan??? 


Paling aku kesian ADLIN tu, pleaselah Adlin.. Aku dah rasa dari awal.. Melawak it's not really your cup of tea. Sampai mak aku kata, macam terseksa je tengok si Adlin ni nak bagi orang ketawa. Nak kata ketawa sangat pun tak. Puas menari sana sini. Malu juga tengok. Tapi aku rasa tu bukan melawak, u just entertain the audience dengan tarian. Last sekali dengan cara mengkritik juri. Macam sudah tak ada idea lain, orang lain tungkus lumus prepare dengan props semua. Honestly, Stand up comedy is a big NO for u. Hmm mungkin idea yang lain dari yang lain tapi kene juga kau amik tahu, yang juri tu bukan Pelawak yang ko nak dok bandingkan dengan MAMAT KHALID ke SALIH YAACOB kan. Mungkin kalau mereka ni, mereka bolehlah lagi terima. Yang kat atas tu susah nak terima pemahaman kau yang  pelawak mestilah ada saat "Ditertawakan dan Mentertawakan" Adoih.. dah memang mereka bukan pelawak baii.




TENGOKLAH KAT BLOG BEAUTIFULNARA NI.


Paling kelakar, bila sekarang timbul isu kononnya nak declare war pulakkk antara Fanpage Adlin dengan Fanpage DCWan. Sudah-sudahlah tu. Mari kita bertindak professional. Tak ingat ke dulu kamu pun mengkritik orang kaw2 beb. Semua orang pun sentappppp bang oii. Dah kene batang hidung sendiri baru nak sentapkan. First time tengok muka Adlin sebagai peserta aku dah rasa Pelik. Memang pelik pun sebenarnya, sebab dia tak tahu melawak.


Hakikat sebenarnya, bukan senang nak jadi seperti Arwah Tan Sri P.Ramlee. Serba boleh. Multitalented! He's like one in a million. Berlakon, melawak, menyanyi dan mengarah semuanya Hebat. Jadi kalau rasa tak boleh dikritikkan, tak payahlah susah-susahkan diri masuk pertandingan yang ada pengkritik!!


There's a big difference between "BERLAKON LAWAK" dengan "PELAWAK".



p/s: Peace you all!

Kain Sari dari India untuk dijual. *limited edition*

www.tips-fb.com

Hello Readers,



Sari Songket dari INDIA untuk dijual. Hari tu kali terakhir balik dari India, ini je mampu diangkut. Ikutkan hati nak bawa banyak lagi ni. hee. Tapi cukai kastam pun dah mahal. Plus barang-barang den satu kontena lagikan. haha. So, ada 8 pasang sari songket je ni. Siapa cepat dia dapat ek. Aku pernah jual kain sari songket ni dulu. Sari ni kebanyakkannya jenis Belgaum saree & Bangalore Saree. 


( Link di atas ada contoh kain yang aku jual dan baju contoh yang dah siap dibuat baju menggunakan kain sari)


INFO SAREE:
# panjang kain sari : 6.3 meter# boleh dibuat 2 baju 1 kain atau sebaliknya, sepasang baju ibu dan sepasang baju si anak, atau sepasang baju isteri dan sepasang baju si suami (kemeja).# selesa dipakai, kain yang lembut.# tak letak lining pun tak apa.



HARGA: RM 160


* FREE POSTAGE ( dalam Malaysia sahaja)
* Sekiranya alamat yang diberikan tidak jelas dan kain sari tidak sampai ke tangan pembeli, pembayaran pos kali kedua akan di charge.


2 warna pilihan



4 warna pilihan





KOD 1
warna maroon
songketnya memang tak berkilat.
tidak terlalu meriah.
SOLD


KOD 2
dark brown
songketnya memang tak berkilat.
tidak terlalu meriah.
SOLD


KOD 3
Warna biru (soft)
songketnya memang tak berkilat.
tidak terlalu meriah.
SOLD


KOD 4
Warna hijau
songketnya memang tak berkilat.
tidak terlalu meriah.
SOLD


KOD 5
Warna Turquoise
songketnya memang tak berkilat.
tidak terlalu meriah.
SOLD


KOD 6
Warna Dark Green
songketnya memang tak berkilat.
tidak terlalu meriah.



KOD 7
Warna Turquoise (design lain dari yang atas)
songketnya memang tak berkilat.
tidak terlalu meriah.
SOLD


KOD 8
Warna dark maroon to dark brown
Songket berkilat
SOLD


Siapa yang berminat nak membeli boleh contact aku ye.

phone/sms: 011-12819189
emel: bellarossa87@gmail.com


Siapa cepat dia dapat!!!





p/s: Kain ni limited, ini je lah yang den ade. InsyaALLAH ada masa nanti aku upload kain cotton pula ke ek.

Monday, December 19, 2011

Resepi Carrot Cake dan Cream Cheese Frosting @ Kek lobak merah yang sedap!

www.tips-fb.com

Hello readers,




Pernah makan kek lobak? Kek lobak rasa macam tak glamerlah pula namanya kan? Ok semula, testing-testing. Pernah makan Carrot cake with cream Cheese Frosting tak?? Dulukan first time aku dengar, what? Carrot jadi kek? Sodap ke? Tak pelik ke rasanya?? haha. 


Jawapannya: TAK PELIK okay.


Memang sedap rasanya. Carrot tu sebagai pemanis dalam kek ni. Rasanya memang sedap. Tak pelik langsung. Selalu aku buat kek coklat ni, sampai ayah aku kata, tak naklah kek coklat long.. Ayah tak makan kek-kek coklat. Tengah dok pening-pening nak buatkan kek apa ye? Dilema nak buat Hummingbird cake dengan carrot cake. Dah kebetulan pisang takde dekat rumah. Memang rezeki nak mencuba carrot cake ni. Ayah, mama aku bukan jenis yang makan kek-kek ni. Nak dapatkan pujian sedap tu bukan senanglah. haha. Akhirnya, bila dah buat aku bagilah ayah aku rasa.. Ayah cakap, eh sedaplah along buat. Ayah nak lagi. Part NAK LAGI tu bukan snenag nak dengar ok! haha. Alhamdulillah, macam-macam insiden berlaku ni nak siapkan carrot cake ni.


Paling kelakar, ada ke patut bila aku dah tuang bancuhan kek ni ke dalam spring form tu, sekali aku angkat loyang tu, meleleh-leleh bancuhan kek tu. Berterabur. Haaaa menjerit-jerit aku. Dahlah baru beli, Apehal tak ketat ni woiiiii!!!! Geram tau. Sekali mak aku tengok. Along pasang terbaliklaahhh.  Tu la gopohhhh benar along ni. Macam ayah. haha. Sian ayah den. Tersedak-sedak kena sebut nama. Alamak haih malu I, dahlah mama siap offer cakap.. Takpe petang ni kita tukar eh. MALUUU. Tapi Alhamdulillah menjadi juga keknya hehe.


Ok ini resepinya, setelah puas den cari-cari mana yang berkenan di hati. Cream Cheese Frosting pun puas den godeh-godeh nak cari yang best. hehe. Tapi banyak sangat dirujuk, den pun tak ingat den rujuk yang mana. Kalau tak silap yang Carrot cake ni dari JOYOFBAKING. Oh ya, sila pastikan semua bahan-bahan tadi pada suhu bilik ye untuk elakkan bantat.


RESEPI KEK:

2 cawan (260gm)  tepung 
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh cinnamon powder (serbuk kulit kayu manis)
4 biji telur
1 1/2 cawan (300gm) gula halus -- aku guna satu cawan je cukup
1 cawan (240ml) minyak sayur/minyak jagung
2 sudu teh esen vanilla
1 biji parutan kulit oren --- aku tak letak ni.
1 cawan (100gm) walnut (dibakar & dicincang) -- aku lupa beli, so aku pakai almond nib pun jadi sedap je.
2 1/2 cawan (340gm) carrot (diparut halus) -- aku parut guna pemarut. letih! huhu




CARA-CARANYA:

1) Preheat oven 180 degree celcius.

2) Parut lobak merah menggunakan pemarut sampailah dapat 2 1/2 cawan lobak. Agak-agak bila memarut tu ye. 




3) Dalam satu bekas besar, masukkan tepung, baking powder, baking soda, garam dan cinnamon powder. Gaulkan kesemuanya sampai sebati menggunakan whisk/senduk.



4) Dalam bekas lain, pukul telur menggunakan electric mixer sampai kembang (sampai putih). Kemudian masukkan gula halus ke dalamnya dan pukul lagi sampai kembang. Masukkan minyak sayur sedikit demi sedikit sambil mix. Masukkan pula esen vanilla.

Gula halus

Telur yang dah kembang.


5) Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul sampai sebati.

Selepas di tambah tepung


6) Kemudian masukkan parutan lobak merah dan walnut/almond tadi ke dalam bancuhan dan kacau menggunakan senduk/whisk.




7) Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama lebih kurang 45 min - 1 jam.





RESEPI CREAM CHEESE FROSTING:


250gm cream cheese
125gm butter
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar susu segar
1 1/2 cwn gula icing (yang ini pandai agak2. letak sikit-sikit dan rasa ye)
* aku suka masam-masam sikit, so aku tambahlah perahan limau + sour cream sikit-sikit. Sampai rasa yang aku nak tu dapat. hehe. so kalau tak nak letak pun takpe.


CARA-CARANYA:

1) Sementara menunggu kek masak, bolehlah kita buat cream cheese frostingnya.Pukul butter menggunakan electric mixer sampai kembang (putih)

2) Masukkan cream cheese dan pukul lagi sampai kembang.



3) Masukkan gula icing, pukul sampai kembang. Seterusnya bolehlah tambah susu segar, esen vanilla dan perahan limau/sour cream. Mix lagi ye. 



4) Bila kek dah masak, keluarkan kek dan sejukkan dulu. Bila dah sejuk barulah dibelah dua. Kalau tak nak belah dua pun tak pe. Sama ada nak letak frosting di atas sahaja atau masak kek dalam 2 loyang.Tapi tu kalau ada oven besar bolehlah kan. hehe.

5) Kemudian, boleh letak frosting dan sejukkan. HIAS.


 Dah sejuk pun sedap di makan.


 p/s: Selamat mencuba!

Kuliyyah of Dentistry, UIA.

www.tips-fb.com

Hello readers,


Ini ada beberapa gambar masa aku ronda-ronda Kuliyyah of Dentistry UIA hari tu. Memang tak dinafikan KOD mereka memang sangat cantik, serba serbi baru. Batch pertama pun bakal graduate tahun hadapan. Walaupun sekarang mereka masih menumpang di bangunan fakulti lain, bangunan baru KOD yang baru sahaja siap memang terbaiklah.. Mak haih punyalah besar. Tinggal tunggu pindah ke fakulti baru je. Pesakit baru dan yang sudah ada appointment pun punyai entrance berbeza menjadikan sistem mereka agak tersusun.


Ada pelbagai kemudahan disediakan, tak mustahil perkhidmatan rawatan yang disediakan punyai kelas tersendiri. Kepakaran doktor yang dijemput dari luar negara dalam membantu mendidik mereka menjadi bakal-bakal doktor gigi yang disegani suatu hari nanti InsyaALLAH. Apa yang aku sedikit kagumi ialah sistem mereka yang agak canggih dan tersusun. Haha mungkin aku belajar di sebuah universiti yang serba serbi kekurangan menjadikan aku ni jakun =P. Walaupun UIA baru lagi dalam melahirkan bakal-bakal doktor gigi tak seperti universiti tempatan lain yang sudah gah melahirkan ribuan graduan dokor gigi, ini tak menjadikan UIA sebuah institusi yang terlalu mentah. Bagi aku, permulaan yang kian terserlah dengan memiliki fakulti yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan kepakaran tenaga pengajar bakal menjadikan UIA gah setanding dengan universiti tempatan lain. (dari aspek bidang pergigian)


Rawatan gigi pun percuma,setahu aku memang percuma dari segi nak tampal gigi, cabut gigi buat gigi palsu.. yang lain aku kurang pasti. Bab-bab rawatan saraf gigi, crown and bridge, braces semua mungkin boleh tanya pelajar UIA sendirikan. hehe. Nanti salah cakap susah pula.hehe.


Jom layan gambar!


Kuliyyah of Dentistry




Beberapa gambar bangunan baru Kuliyyah of Dentistry



Library
Kemudahan fasiliti seperti library yang selesa dilengkapi pelbagai kemudahan dan pelbagai jenis buku dan bahan ilmiah menjadikan para pelajar sendiri selesa untuk berdiskusi, mengulangkaji pelajaran, menjadikan library sebagai sumber rujukan sekaligus mencipta persekitaran yang kondusif buat para pelajar.



Kuliyyah of Pharmacy
Waktu ronda-ronda UIA tu, bila aku ternampak je fakulti farmasi ni, dalam hati aku terdetik.. Mak aih besar gilaaaaa bangunan ni. Nampak gah betul. Memang dahsat kemudahan yang UIA ni sediakan. 




Kompleks Sukan UIA.
Hah best tak best ada Kompleks Sukan ni. Agak-agak kalau stress study tu, nak lepak, nak lepas geram tak payah susah-susah pergi sewa court dekat luar tu kan. Ada trek balapan, gelanggang badminton, tenis, bola keranjang, bola jaring, bola tampar, futsal dan kolam renang.




Dalam KOD, Prosthodontics lab.. Zura tengah sibuk dok trim special tray. hmm, kemudahan yang jauh beza dengan aku dulu. Memang tengok pun gigit jari. haha. Dulu aku siap berebut-rebut mesin trimmer tu lagi dengan budak-budak Dental Mechanic, kawan-kawan satu batch. Tapi takpe, aku dapat pengajaran siapa cepat dia dapat!! haha. Yela nak dapat seorang satu biji sendiri-sendiri punya macam ni, siap ada tempat duduk memang mimpilah kan. lol.



Prosthodontics lab



Antara kerja-kerja prosthodontics yang sedang disiapkan oleh Roki.



Wet lab untuk kerja-kerja yang bermain dengan air =P
Bukan senang nak buat gigi palsu.




Sebelum proses dewaxing dan acrylization with heat cure.
Salah satu proses menghasilkan gigi palsu.


Kemudahan untuk trim dan polish.



Dental Chairs



Kemudahan komputer di setiap Dental Chair untuk kemudahan pelajar memasukkan data-data pesakit ke dalam sistem. Jadi, jika pesakit datang untuk masa akan datang, case history dan treatment planning pun dah memang siap sedia ada. Memudahkan urusan perkhidmatan rawatan.. Tak adalah pesakit datang lagi masa akan datang nanti sekali lagi kena ambil case historykan. kalau ada sistem ni, bolehlah rujuk dan tanya balik kepada pesakit mana yang patut.



Attachment untuk handpieces di dental chairs.



Setiap kerusi dijaga sebaik mungkin dan dipertanggungjawab kepada 2 pelajar untuk setiap kerusi. Jadi mereka mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk menjaga kebersihan dan memastikan 'infection control' dilakukan dengan sempurna sebagai etika seorang dentist sebelum rawatan sepenuhnya dijalankan.


Kerusi, tempat pemegang dan tempat meletak barang-barang dental akan dibalut dengan plastik, jadi senanglah nak tukar untuk setiap pesakitkan. Sinki yang dilengkapi pelbagai jenis disinfectant. Setiap kali selesai rawatan untuk setiap pesakit, mereka akan sterile instruments tersebut. Hal ini menjamin kebersihan khidmat rawatan yang diberikan oleh mereka.



Dummy yang digunakan. Sebelum pelajar diberikan kebenaran untuk menjalan rawatan kepada pesakt sebenar, mereka dikehendaki melakukan rawatan tersebut di dummy/patung. 


Imaging room. Khas untuk mengambil radiograph ,Intraoral periapical radiograph (IOPA) dan Orthopantomogram (OPG).Bilik ini dilengkapi dengan sistem komputer di mana memudahkan technician untuk menghantar hasil imaging kepada pelajar melalui sistem komputer ini terus ke komputer para pelajar.



Mesin untuk mengambil OPG.



Mesin untuk mengambil IOPA.
Lead clothes sebagai protection dari radiation.



Sterilization Room
Selepas instruments tadi digunakan, akan dibersihkan dan dibasuh oleh para pelajar, kemudian dimasukkan ke dalam plastik khas dan dihantar kepada sterilization room untuk di sterile. Bilik ini dijaga dan diuruskan oleh para dental hygenist.


Ceh apa gambar aku tengah gosok hidung ni?



Bersama Zura. Credit gambar ni dari DSLR Si Zura.



Bersama Dian Diyana!! my buddy since dekat SMK(A) Sharifah Rodziah. Lama gila tak jumpa Dian, since Form 3 oindah STF memang terus takde peluang nak jumpa. Eksited gila jumpa. Tak tidur malam borak-borak, lagi-lagi Dian pun sama-sama course dentistrykan. hehe. Bertambah lebih-lebih eksited tu. Nanti boleh lepak-lepak sana lagi ek Dian. hehe.



Makan Nasi Kukus dekat CASPER, hmm manisnya masyaALLAH. hehe, tapi sedap!



p/s: Sesiapa yang nak dapatkan rawatan di UIA, nak melanjutkan pengajian dalam bidang pergigian memanglah digalakkan. hehe. Promote =P

Related Posts with Thumbnails