Showing posts with label emo. Show all posts
Showing posts with label emo. Show all posts

Saturday, December 03, 2011

Kau tamak kau tetap rugi nanti!

www.tips-fb.com

As Salam Readers,


Allah dah kata orang yang tamak selalunya rugi..


Kalau tak rugi sekarang, akhirnya tetap rugi. Lagi-lagi kalau sudah caranya penuh dengan hasad dengki.


Tak baik kalau nak busuk hati dengan rezeki orang, walaupun rezeki itu letaknya di tangan Allah, janganlah sesekali dengki dengan punca rezeki orang lain. Orang kalau dah tamak, bukan kisah halal haram, semuanya dihalalkan caranya. Bukan kisah busuk hati ke hasad dengki ke semuanya kau balun. Sudahlah manusia tamak haloba, KAU bukan pemberi rezeki. Rezeki itu dari Allah Taala. Kalau kau busuk sangat hati, ambil lah semua. AMBIL! Satu hari nanti kau akan tersedar, oh aku tamak dulu!


Takpelah wahai hati, bersabar ye, Semua ini ada hikmahnya... Kalau Allah dah tentukan sebegini pasti ada hikmahnya. Jangan bersedih, kuat mana pun usaha kau, kau tahu kau terbaik. Kau tahu kau punya kemahiran, buat apa kita nak menebal muka menagih kalau kau sendiri tahu kau mampu. YOU DON'T WANT, IT'S YOUR LOSS! 


Buat KAU MANUSIA yang tak tahu menghargai skill seseorang, kerana budi kau pentingkan duit. Ah sudahlah nama pun mata duitan. Sebab itulah orang kata kerana budi tergadai body. NICE!. Tak apa, terima kasih atas peluang yang tak seberapa ni. Suatu hari nanti kau sendiri akan tersedar.


Buat si busuk hati bertudung litup, busuk hati kau juga punyai anak dan keluarga.. Aku tak kata yang bukan-bukan, cuma beringat dengan setiap yang kita lakukan.. Kau punyai anak-anak dan keluarga sendiri. Allah sekarang bayar CASH! bukan pada kau, mungkin pada orang yang terdekat. Jangan busuk hati kalau punca rezeki itu untuk anak-anak. Aku bukan terlalu noble nak mengatakan rezeki kau itu baik ke buruk. Tapi beringat apa kita buat pada orang suatu hari nanti kau akan terkena balik. hidup ni bagai roda, kadang kau di atas, kadang kau di bawah. 



well, it's KARMA! 




Sekian.

Saturday, August 27, 2011

Oh hati cubalah berlagak cool ye, behave!

www.tips-fb.com




" tak sabar nak balik raya"

" I'm home! Home sweet home"

" bershopping sakan di jalan TAR"

" bahang raya kian terasa! "

" ho ho ho balik kampung! hati girang"



dang you facebook! Status-status orang yang buat aku rasa nak tutup facebook sampai lepas raya. Mulanya hati yang utuh, hati yang nak berlagak cool, hati yang bajet takde perasaan raya ni sikit-sikit berubah arah. Kurang asam kau hati. Ada hati kau belot dengan tuan sendiri. Janji nak berlagak cool. nak berlagak tak mahu emo sebab kununnya raya last dekat perantauan. Ala 6 kali raya dekat perantauan apalah sangatkan? Dang! Ala, tahun ni lagi gempak, pagi raya dekat oral surgery. Yess jom cabut gigi orang di pagi raya.



Aku bajet cool. Aku scroll down facebook, lama-lama macam ada empangan nak pecah. Relax lagi. Macam cool habis. Ambil hp, terus call mangsa pertama dan utama. Yep the only one that I can call bila rasa empangan nak pecah. NOPE. not my mom. Kalau my mom definitely it won't stop. It never was. Makin laju adalah. At last end up make her more worried about me. I won't do that. She's my mom. Obviously she will be more touching. uhuk. Lagipun tengok jam dah pukul 1 pagi dekat Malaysia.


Bila dengar suara Bam2, masih berlagak cool. 


"tak nak buka facebook dah!"

" aik kenapa? tiba-tiba je"

"semua orang pun nak letak status, balik rayalah.. shopping rayalah"

.gelak.

kelakarnya eh?

tak dapat tahan, air mata laju turun, suara dah mula berubah. tersekat-sekat sambil hidung sumbat. 

"eh awak nangis ke?"

"takdelah, mana ada nangis, sejuk sini.. selsemalahhh"

"tipu, awak nangis ni.."

"TAKDELAH"

" awak cakap takde tapi ada.. "

tak dapat tahan dah. terus tersedu-sedu. deng!


dengar suara hujung dok pujuk-pujuk tapi ada senyuman dekat bibir. cesss! cesss!!!!! zassss!



kejap je, dah puas.. senyum balik. hahahahahah. ngada kau intan. tu pun nangis. tu lah rasa macam cool, rupanya tak.. keh3. Takpelah berkhidmat untuk Vinayaka Mission Kolej aku pada raya pertama. rasa bangga tak? rasa cool tak?



Aku macam dah lupa apa ye perasaan raya beramai-ramai dekat Malaysia, dikelilingi sanak-saudara, malam raya masak-masak. hmmmm sedapnya, aku dah telan air liur. Pagi raya, makan-makan. terhibur dengar suara budak-budak kecik main kejar sana-sini. Lepas tu, dok kumpul ramai-ramai kluarkan sampul duit raya sambil kira-kira. Bila tak puas hati, 


' kenapa kau dapat banyak dari aku!! tak aci '

'haha sebab aku lagi besar dari kau, kau pendek.. dapat sikit je la'


Senyum simpul. Happynya. zaman aku dah berlalu. Jangankan duit raya, dapat salam tangan mama dengan ayah di pagi raya pun aku dah terlalu gembira. Lama tak salam peluk cium mama ayah di pagi raya, rasai kesyahduan raya memohon ampun dan maaf bersama. Bergambar raya. Bila last aku ada gambar raya dengan keluarga? Ades. Paling best, buat konvoi ziarah rumah saudara-mara. Happy. Bila penat, baring depan tv, layan cerita-cerita best. Yang pasti semuanya happening. Lagu raya sendiri dah jadikan happening. Oh takbir raya yang mendayu sangat mengusik kalbu. Rindu.



Takbir India takde mendayu. Bila malam dah penat masak, maklumlah hanya bergantung kepada hotplate T_T. Esok pagi tak siap masak lagi. Tengah hari makan ramai-ramai. Mama call waktu tu aku tengah mamai di alam mimpi. Maklumlah Malaysia awalnya 2 jam setengahkan. uhuk. Bila lepas makan, cuba call balik.. sedihnya takde orang layan aku, takde orang perasan aku call sebab semuanya tengah busy raya. Sedar-sedar mama nak tidur baru call balik. uhuk. sahdis. Dekat India, dah habis makan, kemas-kemas balik. dah penat. BAM! tidur dan tidur lagi. hari raya pertama berlalu di alam mimpi. NICE!



Sampaikan aku lupa perasaan raya di Malaysia. Jangan kau kata kau faham kalau kau duduknya di Sabah, tapi jarang balik Melaka. Tapi raya kau dapat balik. Jangan sesekali kau kata kau faham perasaan aku. uhuk. Lagi sedih, bila seorang demi seorang insan yang tersayang hilang.. Tahun demi tahun tak dapat jumpa, tahu-tahu sudah tiada. 



Tabahlah wahai hati, mari kita berlagak cool sekali lagi, tapi kau janji ok, jangan sesekali kau belot sama tuan lagi. kau kena tabah, setabah tembok besar cina. Kena kuat dan utuh Tak mahu lagi menitik air mata, tak patut. Kau nak balik dah.. Tahun depan raya bersama ye. belum terlambat! yesss, wahai hati mari berlagak cool.. 


Buat bam2 tersayang, terima kasih sayang.. Terima kasih coolkan balik hati yang mengada-ngada ni kan. hee. 


Selamat Hari Raya Aidlifitri Maaf Zahir Batin.

Eid Mubarak!


p/s: Kuih raya yang mama pos nak habis dah. =.='

Saturday, April 09, 2011

Blog has been removed!

www.tips-fb.com

Salam Readers,


Photobucket


pagi-pagi muka aku dah monyok macam cipan. Cuba buka link http://intanberlian87.blogspot.com tapi yang tertulis.


BLOG NOT FOUND! 
intanberlian87.blospot has been removed.


masa itu memang terberhanti kejap degupan jantung aku! rasa nak menangis, menjerit tapi terkelu. cuba lagi buat kali yang ke seploh, still yang sama terjadi. aku dah rasa semacam. dalam kepala masa tu kalau hilang blog aku takkan nak buat satu lagi? blog tu macam diari. banyak memori aku tulis. Hilang semua. semua sebab aku memang takde back up! Memang tak tahu nak buat apa, dalam kepala aku lagi. nak cuba emel bro Nescafe Ais ke, Melromeo ke, Kak Kujie ke. macam mana ni. 


aku hilang punca.


Cuba buka link Blogger.com.. nak cuba sign in. then keluar page, 

There's unusual activity has been done to your account. You need to verify your account.


hah? blank.


masukkan number phone, dia hantar verify pincode. try verify.. masukkan password. Alhamdulillah boleh. Cuba buka link blog. pon boleh. Lega.


Kenapa eh? salah aku ke? aku ada buat something yang tak sepatutnya? ke ada orang hack? entah aku tak de idea kenapa dan mengapa. yang pasti aku tarik nafas lega gila. Buat seseorang yang tak punyai blog mungkin takkan faham perasaan yang aku hadapi beberapa minit tadi. Betapa preciousnya blog terhadap tuan punya blog. You make a blog of yours, and you pamper it like your own life.. you will know what i mean. It's my blog, my story and my life.


I found this, if u deleted your blog and how to recover it! maybe it will help. i guess. maybe somebody will explain to me... I would appreciate it!



p/s: harap takkan berulang lagi.

Wednesday, March 09, 2011

Bila manusia tak bertamadun dan tak tahu nak fikir guna akal.

www.tips-fb.com

bila kau ada di India, 

banyak benda kau kena tolerate, banyak sangat benda kau kena buat-buat tak nampak, buat-buat tak tahu.. buat-buat pekak dan bisu.. buat-buat bodohlah kesimpulannya.. yang pasti hati kau kena tabah weh!


Kenapa manusia ini sangat tak bertamadun??? kasar sangat ke bunyinya. anggaplah aku tengah cakap dengan lemah-lembut dan lemah gemalai ye...








Aku pergi tandas nak terkucil, sekali tengok.. ada makcik tengah membuang air kecil dengan lazatnya di depan pintu tandas yang terbuka lebar! mak aih sejak bila tandas ni jadi open? ada masalah ke dengan tandas ni. aku buat-buat tak nampak. nak cakap, nak tegur tapi simpan dalam hati. bukannya apa takut jadi macam ayam dengan itik. aku cakap lain dia paham lain pula. so better tutup mata, tutup hidung. hancing! padanlah selama ni kalau aku masuk tandas apasallah dalam bilik tandas tu lagi wangi dari luar tandas?? hancingnya tak payah cakaplah. bukan ada air pun kat luar tu.. itulah namanya kencing bersepah-sepah!! tapi aku cepat-cepat fikit positif balik, ouh agaknya makcik ni rabun tandas.. dia ingat tu mangkuk tandas.. ala maaflah kan dia.. ok, dah tenang dah hati ni..

aku pernah cakap, kalau pergi tandas.. kau kena ketuk-ketuk dulu, hello-hello sikit. bukannya apa, pernah sekali. dalam fikiran ni nak terkucil je, nak cepat je.. tak main dah nak hello-hello orang kat dalam.. pintu tak tutup.. main redah je lah.. bila buka, baru nak rasa lega ni.. mak aih. ada orang tengah sedap membuang! omo omo. mata aku!! tak sempat tutup. gila! kalau iye pon kuncilah pintu. terbantut ok aku nak membuang! padahal kunci tu ok je. takde masalah pun langsung. cuba tenangkan hati. fikir positif.. ouh agaknya, ilusi optik kot, dia ingat dah kunci.. tolonglah. cukuplah menodai mata aku dengan kencing bersepah-sepah ni, cubalah kasi bertamadun sikitkan.. agak-agaklah. 5 tahun aku duduk sini. habis tercemar kepala hotak aku. sudahlah yang lelaki pun bersepah-sepah kencing. perempuan pun?? hah geram tak?






sampai aku jalan dekat KL, bam2 kata.. hancing gilaaa bus stop ni.. aku respond balik.. iyeke? bau hancing? takde pun. iyelaaaa kata bam2. kuat gila bau.. ouh patutlah. DAH LALI.. tahap hancing sini tak boleh lawan hancing dekat India. bagi aku biasa je tu. normal punye bau. normal punye environment.. orang putih kata apa tu.. " increase hancing threshold? " something like that la. 



pernah sekali, aku baru lepas buat kes ni, lapar gila perut.. nak pergi kantin makan.. lalu dekat satu laluan sempit ke kantin.. ternampak insiden ni pula. ternampak pesakit yang aku treat tadi tu tengah nak buka zip seluar nak kencing kat semak samun tepi jalan tu. berdehem aku. dia ternampak aku, menggelabah, tutup zip, senyum sikit tanda kenal.. dan blah. hah! tahu malu pulaa. nasib baik malu. kalau tak, aku juga yang malu..



puas cerita pasal kencing? maaflah kisah ni takkan pernah luput dari dalam belog aku. malaslah nak cakap, tapi selagi tak cakap lagi tu tak puas hatikan. takpe intan, sedapkan hati lagi.. kat Malaysia nanti kau tak jumpa semua ni.. kau juga yang rindukan? hak tuihlah rindu kan. pervet ke hape kau nak tengok orang kencing. heh, kalau naik bas tu, kalau boleh elak duduk ke berdiri sebelah diorang ni, memanglah kau bertuah, bukannya apa. bau hancing. tu laaa.. sape suruh kencing bersepah-sepah. tak cebok pula tu.. kalau iyepon, ceboklah sikit. ni bau. kesian tau orang keliling kau. boleh masuk ICU kalau 5 tahun berterusan macam ni. ouh yeah, lupa pula.. dah orang sekeliling macam tu. mana nak perasankan.. bau hancing orang sebelah dah mixed up dengan sendiri punya. jadilah perfume Han-cingla.



kasi contoh lain pula lah kan.



bosan cerita kencing,



suatu ketika yang indah, tengah dalam perjalanan nak pergi gym. kawan aku drive, aku duduk seat belakang.. jalan ke gym tu hm tak adalah besar mana. waktu tu aku tengok je depan. nampak satu motor tu, seorang manusia bijak tengah bawa motor sambil tengok belakang. LAMA. biar betul ni, member aku dah HON lama gila. PONNNNN PONNN. still takde perubahan. jauh kot dia tak dengar, lagipun kat India, orang Hon kau pun kau takkan perasan dia tengah hon kau.. maklumlah sana sini bunyi Hon kan.. aku cuak dah, kalau mamat hampeh ni tak tengok depan memang berlanggar, kami ni ibarat menanti mamat tu langgar je kereta ni. nak elak ke tepi tak boleh sebab ada lori. 


suspen gila. kawan aku masih tekan hon ni, aku rasa macam nak tembak je dia hidup-hidup. pasrah menanti dilanggar.. hampir-hampir terlanggar, dia pandang depan dan sepantas kilat cuba elak kereta kami dan cia semestinya tergelincir lalu terjatuh. haha. padan muka. jahat aku! geram sangat! bahaya tahu tak hoi! akal letak kat mana hah? itu belum part best lagi.. 


Part best nye, sebaik dia terjatuh kawan aku pun berhenti. belum sempat kawan aku marah ke balun ke hape, mamat tu dah terjerit-jerit memaki-maki kawan aku. kepala hotak dia! aku blank. blurr gila. apekah? apekah yang berlaku? dunia terbalik ke? so funny right? he's the one who made mistake tapi he's the one yang menjerit macam orang kena sawan. what the hell man? wire kat kepala dah putus kah? why is it so hard for you nak admit that u made a mistake. just apologize man. don't make yourself look like a fool! dia cakap kawan aku gilaa! 


" hey loose panniii! " 

" yare loose panni? hah?? " 


haha, tu je aku mampu faham. gila, habis semua bahasa kotor kasar keluar. loossee, pundek, haih.. dalam tamil la. ingat aku tak faham ke?. 5 tahun ni. haha. rasa nak gelak pun ada. dia siap cakap nak call police. call weh! kawan aku gertak pula, ada kenal sorang inspektor sahab. nak call.. dia dah berubah muka. blahlah lu mat. lu punya salah ada hati lagi nak maki-maki orang. tak boleh jadi, dari layan orang gila.. baik blah. kami pun blah dari situ sam bil dia terus melalak-lalak, terpekik terlolong macam orang sawan. malas nak layan.


hah tengok, faham tak kenapa aku kata nak kena tolerate dengan semua tu? 


memang tak bertamadun ke? susah nak jawab. kalau yang tak betul tu memanglah tak betul. tak semua. aku tak kata semua, nanti ada yang kecik hati pula kan? haha. bolehke diorang google translate bahasa rojak aku ni? kalau boleh lagi bagus, cubalah memahami hati dan jiwa manusia sekeliling. jangan ikutkan hati sendiri. agak-agak kalau nak kencing bersepah ingat.. kesian orang yang kene tengok aku tengah flash ni. kesian orang yang kena bau haruman segar kencing aku ni. kesian. nak maki tak ingat dunia, fikir sikit kesian kat aku sendiri, yela aku cakap tamil maki sorang-sorang, orang tu bukan faham kot. hah. 



p/s: hah sampai sini sahaja sesi lepas geram!

Monday, January 03, 2011

kadang-kadang aku benci "tempe" !

www.tips-fb.com

Salam Readers,






hm, kadang-kadang aku sangat annoyed dengan si tempe. aku sangat menyampah dengan tempe. aku sangat benci tempe. tapi orang kata sedangkan lidah lagi tergigitkan inikan pula dengan si tempe. yang bagaikan aur dengan tebing beb, tak dapat dipisahkan. ke mana aku pergi, mesti dikelilingi tempe. mana aku pergi, pandang kanan pandang kiri, depan belakang tetap tempe yang aku nampak.



haih tempe yang aku cakap ni bukanlah tempe orang jawa tu, yang tu memang aku bedal. nama pun keturunan jawa totok ni! tempe gelaran paling terbaik untuk orang-orang kat India ni. senang cerita budak local la. nak ngumpat pun senang, tsk tsk tsk. tak baik tau intan. aku pun tak adalah tahu celah mana gelaran tempe tu muncul. dah macam tradition pula. sejak dulu kala. memang takde history boleh aku kongsi. sebab aku pun tak tahu.



perangai yang sangat pelik si tempe ni semakin menjadi-jadi sejak masuk internship ni, kerjalah kononnya, sekor-sekor bergaya dengan handbag kenit dan yang lelaki pula berlenggang kangkung tanpa membawa apa-apa instruments. kununnyalah dah matang, tak mainlah bawa beg besar gedabak, penuh kiri kanan bawa barang. macam juniors! hak tuih~ dahlah siap tegur aku dengan kawan-kawan,



" why u bring all the things, look at me.. simple" 




" why so many instruments u bring? u are not final years! "




" hey so many bags? where are u going? picnis eh?"



ceh. komen orang ikut sedap mulut je, nak dijadikan cerita.. pada suatu hari yang indah. disebabkan mamat yang tegur aku dan kawan aku tu nak buat kes, selalunya dia minta je juniors barang-barang. tapi disebabkan juniors semua balik kampung bercuti.. dah tak ada tempat nak menagih simpati. dia pi minta kat kawan aku ni. amik kau. bebellah kawan aku tu. komen orang bawa banyak tapi sekarang nak pinjam aku? rasa nak lempang laju-laju tak? sengih-sengih macam kerang busuk.



dan paling best, adalah seorang mamat ni nak pinjam instrument aku. aku cakap aku nak buat kes.. dia kata ok takpe, buatlah dulu.. dia nak buat dummy work bukan kat pesakit pun kan. dia keep on cakap kena dia kena siapkan kerja ni nak dapatkan completion. kalau tak, tak dapat. HELLLOOOO ada aku kisah? kemudian tu, aku pun sibuklah buat kat pesakit ni. yang paling bakar darah dengan mendidih bila masa aku buat tu, dia asik bugging aku suruh cepat siapkannn.. kali pertama aku angguk. kali kedua mata aku dah senget herot pandang dia semacam.. kali ketiga wah ini sudah lebih!!!! HELLLLOOOOOO MACHAAAAAA! ini barang aku ok! suka hati akulah nak buat lambat ke cepat. kau tu. dah tahu nak dapatkan completion bawalah sendiri. and paling penting ada aku kisah kau siap kerja ke tak? nak PINJAM barang orang buat cara pinjam. ini macam aku pula yang pinjam barang kauu!! haih. memang kecik je aku tengok si tempe ni. dah lah memang kecik! tak aku cakap dalam hati je. (-.-")







entahlah kenapalah duit kerajaan yang JPA bagi kat aku kerjanya nak membeli barang yang asik dirosak dan dihilangkan oleh tempe??? lembut hati sangat aku ni. orang minta bagi. orang minta je bagi.padan muka kena pijak kepalakan. kena jadi macam kawan aku tu, ada seorang tu nak pinjam handpiece dia dia jawab baik punya.



" sorry, i won't give u"

" heh? seriously? " tempe yang minta tu dah blank, mamat tu tak bagi dia pinjam.

" yeah, i won't give u. i bought it for Rs2500. and if anything happened, that's my money. not yours.so better not to give to anyone"

and the tempe blank dan buat muka seposen. padan muka.tapi tu kawan aku, kalau aku? haish,susahnya jadi manusia yang baik hati dan lembut hati ni.. arghhh tolonglah keraskan hati aku.. letak gam ke tak bagi lembut ek?




pernah satu kali tu, kat oral surgery.. instruments aku semua tu Germany Steel. memang mahal. disebabkan aku ada tissue forcep, cikgu minta aku tolong pinjamkan kat seorang kawan aku sebab dia nak buat suturing. aku bagilah.kawan punya pasal walaupun si tempe. lepas sterilization, aku minta balik.. sekali dia bagi aku yang cap ayam punya tooth forcep. apa lagi. aku pun bersuaralah. ni bukan aku punya. aku punya germany steel. bukan cap ayam berak kapur ni!!! dia kata, dia tak tahu. arghhh bengang tahap gaban. nasib baik tak jadi gaban je aku. entah siapa yang curik aku pun tak tahu. aku pasrah walaupun hati terluka. ceh. benci tau tempe!!! tak suka tau tempe!!!!




setiap hari mesti aku rasa macam kedai tempat pinjaman instruments. yang paling tak best,setiap kali diorang pinjam kenapa mesti aku yang kena ingatkan supaya pulang balik? hey tempe kau pinjam reti lah pulang balik!!! entah apa yang diorang bawa pun aku tak tahulah.. PEN sebatang yang memang sah kena ada pun nak pinjam??? biar aku beli seploh batang pen, sapa nak pinjam.. nanti aku sedekah sebatang pen. kesian sangatkan. nak kata miskin, pehhh bapak semua kayaaaa gilaaaaa, pengaruh kuattt tu.. nak lepas exam pun ada yang guna pengaruh dah duitt je!!!  bapak bukan calang-calang orang.. tapi pen sebatang pun nak pinjam? kedekut apa tu? tahap taik hidung masinnnnn.



ada ke patut bila diorang tengok beg aku gebussss semacam dia tanya,


" hey intan, u bring depot ( kedai jual barang-barang dental) inside your bag?"


wuwuwuwuwuwu. kejam tak statement tu. debussssss! rasa nak tumbuk je mulut lancang tu.nyampah tau dengan tempe~!




dahlah, lagi aku cakap, lagi aku tulis, lagi aku ungkit makin menaikkkkk mencanak-canak api kemarahan yang terbuku ni.. kalau korang cam mana, yela aku ni bukan baik hati dan penyabar macam korang wehhhh. tapi marah-marah aku punm dalam hati ada tamannnnn. sebab tu aku cam lekkkk je diorang buat camni. tapi siaplah kalau sampai puncaknya. meletup,mahu jadi perang dunia kot.




p/s: kalaulah aku balik malaysia, budaya yang sama aku jumpa memanglah malang nasib aku.

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan kembali lagi.. aku masih di sini, sekadar luahan rasa....a

www.tips-fb.com



Salam Readers,


hmm, kejap je dah masuk Ramadhan balik kan? cepat betul masa berlalu... dan seperti biasalah.. aku puasa dan beraya di India.. dah macam satu kebiasaan raya tanpa keluarga dan insan tersayang.. yang pasti puasa ku.. takde lah dapat bergotong royong masak dengan mama, gi cari juadah buka puasa kat pasar ramadhan.. ouh aku rindukan zaman tu... entah bila kali terakhir...aku pun dah lupa.


aku selalu idamkan kuih muih kat bazaar, aku nak minum air-air yang mesti ada kalau berbuka, air katira ayah aku, soya bean, tebu... ouh murtabak!! kebab!! dan tak yah lah nak cakap banyakkan. terliur je beb.



hmm yang pasti raya nanti.. aku masih sedang menhadapi exam. hmm, saat tu mungkin aku rindukan juadah raya mama dan mak (nenek) aku.. sama-sama masak, hidangkan makanan.. kemudian bermaaf-maafan.. melawat sanak saudara.. memang letihkan.. tapi seronok.. hmm, apa yang aku sedihkan.. sejak aku tak beraya di Malaysia.. ramai juga atok nenek sanak saudara yang telah kembali kerahmatullah... kali terakhir aku jumpa entah bila.. moge roh-roh mereka dicucuri rahmat...


kadang-kadang bila menerima sms mama, aku berdebar, siapa lagi yang aku hilang.. sebab mama jarang sekali sms.. mesti akan terus call..


pernah satu ketika, aku menerima berita kematian pak utehku waktu aku di dalam kereta bersama seorang pakcikku yang lain... masa tu, memang aku tersentap.. hah?? tak de dengar berita papepon. rupanya, mama memang sengaja merahsiakan dariku..  seingat aku, pak uteh dulu sihat walafiat je.. rupanya, bila ku tengok gambar terakhir pak uteh sebelum meninggal.. yaAllah.. tersentap hatiku. sedihnya.. kurus kering. amat berbeza dengan pak uteh yang dulu..


dan tiada lagi ikan segar, udang segar yang pak uteh tangkap sendiri di lautan sebagai santapan kami bila ke rumahnya.. ingat lagi.sebelum aku ke India, pak uteh tangkap udang besar-besar.. padahal dia tahu aku allergic..


pak uteh kata, makan tan... bukan selalu.. kat india tak de nanti..


sebak pula..


tak sempat aku ungkapkan kata-kata maaf buat kali terakhir.. pak uteh pergi disebabkan kanser perut.. memang kejap je semua tu terjadi...



dan kuingat lagi bila mama bagitahu, nenek sedara ku meninggal.. nek leka yang dah kuanggap macam nenek sendiri sebab mukanya yang tak tumpah dari muka arwah nenekku.. hmm kuingat kata-katanya,

nanti buatkan gigi palsu nenek tau.. sambil tersenyum...


sebak lagi..


masih kuingat bila mama bagitahu, atuk Ansar meninggal gara-gara denggi tak lama saja hari tu.. hmm juga mengundang kesedihan ku.. hmm, ajal maut Allah tentukan.. tapi bukankah lebih bermakna kalau kita di sisi...



dan bilangan itu kian meningkat.. ada je panggilan atau sms dari mama yang buat aku berdebar-debar.. harapnya tiada lagi...cukuplah dulu...



sebab itu aku nekad, tak mahu lagi berjauhan... sebab mama selalu cakap, mama dengan ayah bukan muda lagi macam dulu... hmm aku paham.. aku nak berada di sisi mereka selagi mereka ada.. mahu berbakti dengan mama dan ayah.. bersama mereka selagi ada waktu..



maka,



dengan penuh harapan aku kuatkan hati aku..



kali terakhir tan puasa dan raya di india.. nikmati sepenuhnya tan.


ouh hati tabahlah..



sudahlah. makin cerita makin bergenang.


syahdu bila tengok status orang balik kampung, terawih, juadah.. memang lainkan.. bak kata kawanku.. nama pun kehidupan merantau..mana nak samakan..



moga ramadhan kali ni lebih bermakna dan penuh berkat..


dikesempatan itu, kuhulurkan jari memohon sejuta mungkin zillion kemaafan andai apa kututurkan apa kutulis sama ada sengaja atau tidak mengguris hati kalian.. salam sayang,



p/s: zaman kanak-kanak paling kurindui...

Wednesday, July 28, 2010

Kita post ni khas untuk awak,

www.tips-fb.com


Salam readers,



entri ni mungkin berbunyi jiwang atau gelimat sikit. tapi ikhlas dengan luahan hati aku khas untuk bam2. kalau sape tak nak baca. sila tekan X kat atas tu ok.


untuk AWAK,


awak, kita minta maaf cakap awak LAMPI. kita takde niat nak cakap awak macam tu.. kita minta maaf sangat-sangat kat awak.. mungkin kita terlebih sangat sampai cakap awak macam tu.. tak2.. memang pon kita terlebih.. kita paham.. kita minta maaf.. tu kisah dulu.. antara kita dan awak..




kita pon tak nak orang lain salah sangka dengan awak.. awak bukan lelaki macam tu.. awak lain.. dari dulu kita kenal awak.. sejak 5 tahun yang lepas. awak banyak berubah.. dulu ye.. awak sangat innocent..maksud innocent tu.. awak ni memang tak paham hati perempuan.. kalau kite majuk ke.. awak memang tak tahu.. tapi lama-lama wak... awak lah orang yang paling pandai pujuk kita.. awak lah paling sensitif dengan hati kita.. awak tatang hati kita elok-elok.. sikit pun awak takkan bagi sakit..


awak baik sangat.. kalau awak ada masalah.. awak pon tak nak bagitahu kita bila awak dengar kita pon ada masalah.. wakk. awak simpan diam-diam.. bila emosi kita dah stabil baru awak cerita.. awak sanggup buat apa je untuk kita happy.. dari dulu sampai sekarang.. malah sekarang lagi dahsat pengorbanan awak..


kita salah. kita suka sangatkan sakitkan hati awak..


kita minta maaf..


awak selalu sangat cakap, kita tak pandai jage hati awak... kita suka je main cakap lepas.. dulu kalau gaduh.. sikit-skit kita nak clash dengan awak.. walaupun kita cakap indirectly.. tapi awak diam je.. awak ingatkan kita.. benda clash jangan buat main-main.. jangan sedap mulut nak itu ini.. bila nak cakap fikir dulu... jangan dah cakap baru nak minta maaf.. takde gunanya.. sebab, terlajak kata.. tetap ada kesannya walaupon maaf kita dah lafazkan..



sekarang kita buat awak kecik hati lagi..



tak, awak tak macam tu... kita minta maaf...


kamu-kamu semua, kita tarik balik apa kita cakap semalam..



tu semua cite lama..



awak,


awak tahu tak, awak je yang satu yang boleh buat kita happy. sumpah awak je yang tahu macam mana nak handle kita lagi-lagi bila kita emo.. kita suka sangat pendam kalau kita sedih dengan kawan-kawan kita.. tapi awak tahu je ada yang tak kene dengan kita.. mesti awak tanya.. kenapa lain macam je ni. apa yang tak kena.. end up.. kita ngadu kat awak.. dan awak juga yang paham kita...



kita ada awak je,



kalau awak pun kecik hati. kita da sape lagi wak


sedihnya,








sebenarnya, hari ni kita BAD DAY wak, kita nak ngadu kat awak.. tapi tak jadi sebab kita dah buat awak kecik hati.. kita minta maaf,


tadikan, kita nak cari kes untuk CLASS II tapikan awk.. banyak kali kita turun naik department.. tapi semua patient tu tak boleh lepas amik x-ray.. kena buat treatment lain.. kita pon pergi department lain nak buat scaling.. tapikan takde patient da. kita sedih.. semua orang dah nak abes kes.. kita terkontang kanting pergi sana sini takde patient wak.. banyak lagiii.... tadikan, kita nangis sorang-sorang.. kawan kita ckp kalo tak siap scaling tak boleh buat university exam.. camne kita nak balik msia nanti.. kita tak boleh study sebab pikir semua ni.. sabtu dah last day posting.. isnin dah start study leave tapi kita macam tak sedia nak final.. kita nangis kenangkan rapuhnya hati kita sekarang.. tak kuat macam dulu wak.. dulu kita boleh tabah.. tapi mungkin final exam makin dekat..

tadi tangan kita gatal je nak call awk masa kat posting. sebab tak tahu dah nak luah kat sape. nangis kat sape. tapi nanti kantoiii.. kolej kitakan tak leh bawa hp.. 



balik-balik posting kita kena siapkan case write-up yang salah lagi.


malam tadi bila kita call awak.. awak dah lain. baru kita tahu awak dah kecik hati. sorry wak.


nanti bila-bila awak baca.. ni lah luahan kita. kita nak cerita tapi kita simpan..



kita minta maaf sekali lagi,



sumpah awak dah banyak berubah, dulu selalukan gaduh2 dengan awak.. tapi sekarang tak lagi.. awak dah lain.. awak sangat memahami.. kalau kita emo, kita majuk... cepat je awak pujuk.. awak nyanyikan lagu feveret kita.. tersenyum kita.. dengar lawak awak lagi.. memang awak ni selalu buat kita happy.


awak sangat positif, kalau kita crita pape yang menganggu kita, memang kata-kata awak banyak bagi perangsang.. nasihat awak.. semua tersemat dalam hati kita wak.. dulu kita suka ngadu pape kat mama.. tapi kita tak nak mama susah hati.. awak dah macam mama kita.. semuanya yang pahit kat kta awak dengar telan kan wak?


YOUR LOVE IS MY DRUG

MAYBE I NEED SOME REHAB.


pernah dengar kan lirik lagu ke$ya tu.huhu. memang kena dengan kita.



awak tahu tak, masa kita tulis blog ni. airmata kite meleleh.


kita macam budak kecik kan wak..



SORRY AGAIN AWAK.


love u.


the only u.


takde yang sebelum awak. apetah lagi selepas awak..



p/s: thanks for everything wak.. kita jarangkan cakap time kasih kat awak atas awak buat tuk kita selama ni.. bodohnya kita.. selalu abaikan perasaan awak..kita dah delete post tu ~

private kan blog ke tak.

www.tips-fb.com


dear readers,


pagi-pagi buta aku dah online,


aku nak private kan blog.


maybe start hari ni or esok or lusa


entahlah aku pon tak pasti


blog ni je tempat aku release tension sebenarnya,


hectic day, bad day


sangat tensed.


sorry.



thx for everything sbb sudi singgah ok.



doakan aku tabah,


aku sangat takot nak final ni.


heh, kalau aku hilang pon maybe takde sapa yang sedar,



aku si picicsan ni,
 


pembaca setia pon belum tentu ada. (ada ke)


aku hargai setiap komen dan setiap lawatan korang ok!



salam sayang,

Saturday, July 17, 2010

Bila pelakon Malaysia nak berbogel dalam filem.

www.tips-fb.com

Salam readers,   


Pelakon filem Malaysia sudah berani berbogel? 

cerita dah basi tapi aku baru nak kecoh.  

dah kenapa nak berbogel.




takkan disebabkan nak menghayati watak dan jalan cerita sanggup nak berbogel. maruah diri tu.. kalau iye pon ingatlah sikit nilai-nilai ketimuran kita.yang pasti nama-nama tu agama ISLAM. malu aku. malu dengan bangsa lain agama lain.. macam dah tak de pegangan pula nak berbogel. ingat barat ke..   


aurat sesama lelaki pon dari pusat ke lututkan.. bukannye boleh tunjuk semua. inikan pula nak dijadikan tatapan penonton segenap lapisan masyarakat. agak menyedihkan. inikah manusia akhir zaman.. seolah-olah malu tu dah tak wujud dalam diri..  


kalau sebelum ni kecoh pasal ARJA LEE kononnya macam nama CINA tapi bila sebut nama betul Azharuddin Ramli.. ni kecoh pula pasal Zul Handyblack. dengan alasan nak lebih menghayati watak..

  sumber SINI 
gambar bogel? SINI dan SINI  

blog aku suci tak nak aku letak gambar bogel. 


tapi untuk filem ... dalam botol tu dah diganti balik dengan watak Arja Lee pakai seluar ketat sebab Raja Azmi tak nak menjerut leher sendiri. 

sumber berita  SINI    



bila fikir-fikir balik, betullah kalau orang kata dah nak akhir zaman. segalanya macam tak masuk akal.. orang Islam berbogel dalam filem? semata-mata untuk hayati watak.. walaupun bukan arahan si tuan director? helloo.. alasan kau tu pergi buang dalam longkang lah..   


entahlah. nauzubillah.  

kita ni hanya mampu doakan moga mereka-mereka ini sedar yang apa mereka buat tu dah keterlaluan.. amin~  



kadang-kadang kita memang kena saling ingat-mengingati lagi-lagi buat mereka yang tak sedar kesesatan yang lagi jelas dan terang ni.. sebab masing-masing buat kesalahan kan.. macam aku juga.   


sekian. tepuk dada jangan tanya otak. tapi tanyalah IMAN.   



p/s: Moga Allah tunjukkn jalan yang lurus buat kita semua.tiada senget tiada bengkok.amin~
tertunggu-tunggu juga aku manalah tahu ada pelakon wanita pula berani mati nak berbogel kan?

Monday, April 19, 2010

why being that oh-so-cheap to seek people attention?

www.tips-fb.com

salam semua,




jom lukis.haha.
aku tak pandai lukis.
so aku curik pakcik google saja.


maaflah entri aku sekarang semua emo sikit.
err PMS kot ni..haha

yeah you. PMS like a bitch!! 


Kali ni aku nak cerita sikit pengalaman adanya seorang makhluk yang sangat pelik dan agak psiko. entah kenapa aku rasa psiko sebab dia ni nak berkawan dengan ramai orang tapi cara dia salah..


jangan lah terlalu baik sangat dengan dia ni.
ialah kalau kita dah berkawan rapat sangat.mestilah kita bercerita macam-macam even gosipping kan. yang si makhluk ni pula, dia pergi sampaikan dekat orang lain, lebih hebat si empunya-menjadi-mangsa-gosip. dan bertambah hebat lagi dia twist cerita tu.. dah jadi hyperbola pula.. hal ini berlaku kepada kawan aku.


dan yang peliknya.dia nak seek attention orang lain dengan menyampaikan cerita bukan-bukan dan melaga-lagakan orang lain pula.. 


kenapa aku bengang? 


padahal aku malas nak amik tahu pun

hah sebab terjadi juga kat diri aku.


makhluk ni menyampaikan kununnye aku bitch pasal si A dekat si B. dan si B bagitahu makhluk ni.lalu si makhluk pun bagitahu si A yang aku telah berjaya membawa kisah buruk itu.. menjaja merata-rata tempat..


gi matilah weh!
aku bukan macam kau. membawa berita sehangat hot fm dan jaja serata dunia mengaibkan orang sambil mencari kawan... so cheap lah kau makhluk!


sumpah doh, aku tak ada mention si A pada si B. apetah lagi menceritakan perilaku si A. aku tak kuasa nak masuk campur hal-hal macam ni.. buat apa mengata pasal orang.kau pun tonggang terbalik..


dan mahkluk ini agak psiko. sebab dia sanggup melakukan apa sahaja untuk mencari kawan dan perhatian orang lain.. pathetic tak? ouh man.. benci gile perangai buruk ni.


aku malas nak masuk campur kisah kau. tapi tolonglah.bila nama aku dah masuk dalam list bitching kau. aku tak boleh tahan.. agaknya inilah perempuan kan.. duduk-duduk. tak de kerja.. walaupun ada kerja.. pergi jaja cita orang walaupun tak betull pastu tambah lah sikit asam garam gula buat penyedap cerita. hah kau dapat nama sebab kaulah penyampai terhebat di seantero dunia.


ok, khabar ini dari si sahabat baik makhluk. si makhluk ini punyalah hasad dengki melimpah ruah sampai merosakkan makanan orang lain dalam fridge. amik kau.. esok lusa kau pasti cirit birit dengan jayanya..



jom tembak!
aku tak kejam
tak-tak jangan tembak.



banyak lagi kisah psiko yang tak mampu aku berkata-kata.

sebabnya, takut korang ingat si makhluk ni alien dari 
planet zargus yang tiada hati dan perasan pula


argh psiko psiko.


aku dah tak tahan dah. tu aku emo kat sini.


maaflah korang kene bace.


aku PMS.


aku ada alasan.


yeah thats right!


blame my hormone!


p/s: aku tak sempat blogwalking lawat korang.aku datang nanti k.aku tengah busy nak exam.wuuu.

Sunday, March 21, 2010

Sekadar luahan rasa

www.tips-fb.com




bila hati sedih aku nak kau
bila hati perit aku nak kau
bila hati penat aku masih nak kau

tapi bila aku nak kau.
kau mesti nak aku juga.
lantas perhatian itu bertembung.

kadang-kadang aku rasa aneh.
kenapa aku macam ni.
kenapa kalau kau takde aku rasa lemah.
aku sunyi.aku makin sakit.

aku tak boleh bila kau takde.
tapi kau mengerti? aku tak tahu apa patut ku katakan.
sempit segala yang ada.
rasa lelah nak menghela nafas sendiri

aku penat menangis.air mata aku kering.
rasa nak hamburkan semua.
tapi aku ada tahapnya,
entahlah aku masih menanti kau.
masih mencari kau.

kadang-kadang aku sedar,
aku yang racun.aku yang duri
aku bukan madu macam dulu.
aku cuba jadi wangi..tapi aku tetap busuk.
tak semanis madu macam dulu.
walaupun pahit aku masih intan.
aku masih aku.

Alhamdulillah..DIA masih ada.
di saat aku perlukan kau.
mungkin salah masanya aku meminta.
tapi DIA tetap ada.
dalam sendu aku mengharap.
DIA tak pernah kecewa dengan aku.
DIA tak pernah jauh dari aku.
dalam doa pada DIA aku sebut
nama engkau

jangan disalah tafsir.
aku juga tahu kau tak pernah jauh.
kau sentiasa ada untuk aku.
tapi mungkin ada perbedaan yang
kita sendiri masih terkapai-kapai.
ruang masa itu aku harapkan.
sebab aku hanya ada engkau.
selain DIA.
dan DIA yang mengizinkan segalanya
terjadi.

DIA.
sembuh kan aku.
aku nak hati yang kuat.

hati yang mampu menahan liku-liku kehidupan
tidak bisa gentar.
tidak bisa jatuh.
hati ini mahukan kekuatan.
sebab
kau dan aku berbeza.
dan aku masih mahu
perbedaan itu menjadi milik aku.

sebabnya sayang aku masih pada engkau.
makin kukuh.
makin utuh
walaupun onar datang melanda.
kau masih untuk aku.
aku percaya pada DIA.

TERIMA KASIH DIA.

 tak aku tipu.

p/s: abaikan emo aku malam ni..aku sakit..doakan aku sembuh.aku kena kuat..betapa hebatnya dugaan mahu menjadi dentist.. hebatnya dugaan mahu menjadi manusia..

Saturday, March 06, 2010

Iklan yang menyentuh jiwa vs lollypop

www.tips-fb.com

salam bloggers.

selamat malam.hehe.

malam ni aku nak share dua benda ni
ni satu iklan yang aku rasa syahdu betul kalau tengok.

dah lama iklan ni.

tahun baru cina,aku jumpa kat blog



aku pun nak menjaga ayah dan emak aku nanti.

dan satu lagi huhu.cam biasa aku kan peminat k-pop dan j-pop

yang ni video klip yang aku suka tengok.
aku tahu korang tak suka.tak suka jangan tengok.

sebab agak gedik.hoho.

lagu LOLLYPOP from 
BIGBANG and 2NE1

aku suka tengok colourful kan?

p/s: dua benda berbeza..


Sunday, January 31, 2010

Kenapa aku makin pelik dan jelik dengan dunia?

www.tips-fb.com

balik pasar penatnya.macam-macam diborong walaupon duit aku dah sengkek gila.sedihkan,memang sahdis.dah2 tak payah sian kat aku.aku boleh hidup lagi,=D


oklah.keluar topik.aku sebenarnya ada rasa jelik,muak,nyampah dengan kisah skandal artis, kahwin sana sini, tukar pasangan macam tukar baju, cerai berai tak cukup sekali.. ni kahwin, anak tak sempat hirup nafas segar, entah-entah inai tak hilang pun lagi dah bercerai-berai..muak tahu tak.yang tua kahwin muda.. lagi aku muak.. yang curik laki orang,bini orang,tunang orang lagi aku nyampah.. tahu tak aku jelik dengar..


orang akan kata,ko tak kahwin lagi boleh la cakap macam tu,ko tak lalui lagi asam garam rumah tangga sedap dok mengata orang.. ko berlaki pun tak lagi sedap nak bedal cakap entah merapu meraban.. ye aku tak kahwin lagi..memang betul.sikit pun tak salah..

tapi apa itu maksud perkahwinan.. adakah boleh kahwin hari ini.lepas 2 hari bercerai? Allah menghalalkan hubungan antara sang teruna dan dara dengan harapan mereka dapat berkongsi hidup,suka dan duka bersama disamping memanjangkan zuriat dan umat nabi Muhammad s.a.w.. nikahnya kau sebab nak mengelakkan zina..tapi kenapa lepasnya nikah wujud orang ketiga?khalwat bersama si dara? mahupon teruna? napa wujudnya sugar daddy..sugar mummy..aku semakin konfius.. atau inilah sebab manusia tak pernah cukup dengan apa yang dia ada..tapi bila kita diuja dan diuji sedikit kesulitan,lantas itukah jalan terpantas atau terpintas yang ada? 


lagi-lagi aku sedikit pelik,bila waktu bercinta,waktu angau..waktu pijak bumi pon tak jejak rasanya.. semuanya indah belaka..kentut ko pon oh sungguh wangi rasanya..kentut lah banyak2 kali tak apa..sebab wangi sangat leh buat perfume tambahan..ok aku geli. tapi bila semunya dah terbalik, pungpang pungpang dicanangkan keburukan si dia.. tak cukup ko bagitahu si bakal isterinya,ko canangkan pula kat media.. pula tu si dia orang terkenal.. mahu satu dunia tahu.. itukah rasa rasional yang ada dalam diri ko sebagai bekas kekasih..ohh bekas kekasih..maksud nya ko pernah berkasih dengan dia.. tak akan tak ada sekelumit perasaan kasihan..yes kasih.. dalam  diri kau..even sebagai bekas untuk berbuat demikian. tak perlulah diaibkan. cara terbaik, berpisah cara baik.. yang lepas lupakan.. dia ada hidup baru..jalan sendiri yang perlu diteruskan..kau pon begitu bukan?


yang lagi aku pelik dan bertambah-tambah jelik,bila ada pula sang bekas tunang hendak menyaman tunangnya akibat putus tunang.. tidak percaya kah kau akan takdir bahawa kau dah tak ada jodoh? nak buat apa buat saman-menyaman dengan alasan saman malu kalau betul-betul dia dah tak sukakan engkau..? kita merangcang tapi Allah yang menentukannya...sepatutnya kau amik iktibar,bersyukur..Allah tahu siapa yang terbaik untuk kau.. kau kena syukur,sebelum lafaznya akad nikah,Allah dah beri jalan dan tunjuk yang benar bahawa dia bukan untuk kau.. itulah cara positifnya..jangan dibuat benda pelik-pelik.. kadang-kadang aku sangat malu bila muka melayu itu yang tayang surat saman dengan alasan menyaman tunang sebab putus tunang.. satu dunia tahu.. sampai RM 30,000 nak saman bekas kekasih? sampai 4 cincin ko suruh ganti? gila ke hape kau ni weh????


tak cukup dengan saman..ko guna pula ilmu hitam durjana nak kenakan si dia.. sape engkau nak menentukan hukum sedemikian...oh zalimnya engkau? banyak kisah aku dengar,kat berita,kat lampung..sedara sendiri.. menjadi mangsa ilmu hitam yang keji hanya sebab menolak cinta? tak kasihan kah engkau melihat orang lain terseksa hanya kerana sifat tamak dan ego engkau?

entahlah dunia semakin jelik dan pelik.

sampai aku sendiri pon malu nak tengok dunia dengan mata aku sendiri.

seriuskah aku?

maaf atas salah silap.

aku berbahasa tanpa berfikir mungkin,

hanya meluah mana yang mampu.

yes,nauzubillahiminzalik..aku pun ada hidupku

minta dijauhkan.amin~

p/s: hidup ini singkat...gunakan sebaik mungkin.

Tuesday, November 10, 2009

Secebis rasa~

www.tips-fb.com

slm peeps~
aku agak emo sejak semalam.nape ek? aku pon tak tau.PMS rasenye tidak..

aku peliklah,kenape kite kene berayat harapan kalo kite
xde pon perasaan kat seseorg tuh.ayat harapan tu kununnye mcm ni la.

"hi,lame xdgr cite..rindulah kat awk"
"lame xnampak syg,rindulah"
"wah cantiknye hari ini, cair i ok tgk u"

dan seumpamenye.nape ek? xboleh ke kalo ko
tolong2lah jgn sewenangnye gune word syg dan rindu dkt
sesape je sesuke hati..aku pelik...
memanglah kdg2 sebut tu xde pon maksudkan.sekadar
gurau senda semate..tapi nape nak gurau smpi mcm 2.
nk buat org itu tergelak2.suke2.gembira diusik gitu?
tahlah..nape ye? tahu x yang hati perempuan ni sgt2
halus..dan sememangnye cpt perasan.aku xtipu ni.
perempuan,pantang diri diamik berat lelaki...
dah tersuke...pntang diri dipandang2...disengih2..
dah rase org tu minat diye.pdhal tah hape org tu pk
ke ngumpat..ko xtau kan2..
bagi akulah..word yg cthnye mcm rindu,syg,darling
dan seumpamenye,hanya layak utk dikatekan
pd org yg sememangnye layak dan bukan utk gurauan semate.
bg aku...byk lagi care utk digurau senda.kalo word mcm tu
da kite canangkan dkt semua org.dah xberharge kalo
kite ckp pada org yg kite syg...yg layak..
laki suke ke kalo perempuan ni terlalu perasan dgn diye?
mmg ade lelaki kate,"aku ckp je kat diye.aku niat gurau..
xpnh aku mksudkan sebenarnye..klo perempuan
tu nk perasan ke hape.xde effect kat aku pon."wth.
betape singkatnye pikiran...jgn induce lah weh kalo xnak.
ayat flirt tu even xde maksud.tau x,kdg2 word tu buat
sebelah pihak lagi perasan???jgn mainkan perasaan org..
aku x tuju pada sesape.ini aku rase berdasarkan pengalaman
dan aku ckp secare generalnye...
tapikan sebenarnye,perempuan xjeles tau.tapi cume
unfair lah.diye xbuat tapi kamu buat gitu.
unfair juge sbb diye rase diye je yg layak kamu kate
rindu..syg...darling...
tapi kamu pula boleh kate dgn sesape saje..
bg diye pula..lain..kamu je yg layak semate.
aduhai dunia...

dan sebenarnye,aku rase lelaki pikir terlalu simple dan remeh.
xmcm perempuan..terlalu complicated...ye mmg aku akuilah.
tapi kene tahu gak.ade certain things kami amik remeh tp u guys
sgt tercabar lah..jatuh ego lah.tp bg kami.xde mende pon.
dats da things.ade bnde yg kami pndang berat gak laki pndg remeh.
yeah..so pliz same2 memahami..give n take org kate.

hurmmm...sorry aku seems emo.tapi aku sekadar
luahkan pe yg ade dlm2 hati aku ni...saje suarekan.penat dah
simpan lame2....esok mesti aku dah ok.



p/s: yes,it's hurt if u keep on wondering......

Related Posts with Thumbnails