Dear Readers,
Ya ALLAH rupanya terlalu ramai di luar sana yang mahu menjadi doktor gigi ye. Pelik juga, ramai orang yang takutkan dentist. TAPI masih ramai yang sudi dirinya ditakuti, digeruni mahupun dibenci orang ek? haha. Esh jadi doktor gigi ni best tau. hehe. Sebab bukan calang-calang orang yang sudi giginya digerudi doktor gigi. hahaha.
Aku masa kecik-kecik dulu pun, tengok nurse dengan doktor gigi ni rasa nak sepak-sepak je. Benci! Rasa nak koyak-koyak je kad hijau tu. Menggeletar lutut bila dapat kad hijau. Puas pujuk mak tak bagi sign kebenaran rawatan tu. Rasa berbuku je hati bila kena nganga mulut tanpa kerelaan hati. Hah tu baru aku tu. haha. Itu pun aku nak jadi doktor gigi lagi ek? Sebenarnya, aku teringin sangat nak rasa apalah perasaannya jadi doktor gigi ni kan. Kenapa semua orang takut sangat jumpa doktor gigi. Tak puas hati aku. hehe. Alhamdulillah,bila dah jadi doktor gigi, i do love this job! I love dentistry.
Terlalu banyak emel dan soalan dari adik-adik lepasan SPM bertanyakan bagaimana nak menceburkan diri dalam bidang dentistry ni. Ok adik-adik, tak mampu nak jawab seorang-seorang, akak postkan di sini ye. Harap soalan-soalan adik-adik terjawab.
1) Apa perasaan akak bila dah bergelar dentist?
- I'm happy for now. Memang terus terang bila dah mula posting tu, rasa macam penatnya.. Penat sangat sampai rasa nak cuti setahun. Hehe, tapi adik-adik semua bidang kerja sama sahaja. Ada yang susah dan ada yang mudah.
2) Ada tak peluang pekerjaan selepas habis belajar? Sebab bukannya ramai pun yang nak jumpa doktor gigi ni.
- *terseyum simpul baca soalan ni* InsyaALLAH dik, dentistry ni bidang yang luas. Walaupun orang tengok kecik je mulut ni kan. Tapi kecik-kecik cili padi ni dik. Selepas tamat pengajian tak kira melalui tajaan atau pun secara persendirian, adik memang kena berkhidmat wajib dengan kerajaan (KKM) selama 3 tahun. Dalam masa 2 tahun pertama, adik-adik digelar (FYDO & SYDO), boleh refer post tentang Fydo dan Sydo sebelum ni ye.
Selepas 3 tahun, terpulang sama ada mahu meneruskan perkhidmatan di kerajaan atau letakkan jawatan untuk ke sektor swasta. Pada yang ada kontrak dengan kerajaan (JPA sponsor) mestilah teruskan khidmat selama 10 tahun. Banyak cabang dalam dentistry, boleh jadi pakar bedah mulut, orthodontik, restoratif, periodontik dan lain-lain lagi. Adik boleh sambung belajar, boleh juga jadi pensyarah klinikal dan sebagainya. Jadi peuang pekerjaan itu akan sentiasa ada. Niat kita nak membantu orang dik. Rezeki Allah ada di mana-mana =D Kalau ada rezeki lebih bolehlah buka klinik sendiri. hehe.
3) Bagaimana nak apply belajar dentistry atau ke luar negara?
- Untuk ke luar negara, boleh apply gunakan keputusan SPM. Adik apply biasiswa ke luar negara sama ada di bawah tajaan JPA, MARA atau mana-mana organisasi yang menawarkan biasiswa dentistry ni. Jika diterima, adik akan menerima surat panggilan temuduga, hanya selepas temuduga sahaja adik akan diberitahu sama ada diterima atau tidak ke luar negara. Program persediaan juga akan ditaja sepenuhnya oleh pihak penaja. Ada yang tajaan kita tak boleh pilih tempat, ada juga yang kita apply lain, tapi kita dapat lain. Tengok juga pada kuota dan kelulusan kita. Yang penting kena mencuba selagi ada peluang di depan mata.
- Buat mereka yang tak dapat tajaan, ada juga yang membuat pinjaman MARA. Sebab apa yang akak tahu, sekiranya keputusan cemerlang, jumlah yang perlu dibayar hanyalah sedikit sahaja. Ada juga yang pergi dengan tajaan PA & MA (sendiri) kemudian pada tahun kedua, mereka menggunakan result exam akhir sem tahun pertama (cemerlang) untuk apply biasiswa sama ada JPA atau mana-mana organisasi yang ada tawarkanlah.
4) Keputusan saya sekian dan sekian. Tak cukup cemerlang. Boleh tak saya apply dentistry?
- SPM adalah jalan utama, tapi tak bermakna adik tak cemerlang SPM adik tak boleh jadi doktor gigi. Yang penting adik tahu kemampuan adik. Teruskan pelajaran di Matrikulasi. Buat yang terbaik, capai pointer terbaik dan teruskan pelajaran dalam bidang pergigian menggunakan keputusan Matrikulasi. Selain itu, banyak sangat universiti dan kolej tempatan yang menawarkan bidang pergigian ni. Seperti, UM, UKM, UIA, USM dan UITM. Selain itu, kalau adik berkemampuan, kolej-kolej swasta juga banyak menawarkan bidang pergigian. InsyALLAH yang penting usaha dan keinginan adik-adik.
5) Subjek apa yang perlu diambil?
- Kebanyakkan subjek yang berkaitan dengan dentistry ni, BIOLOGI, KIMIA DAN MATEMATIK.
6) Berapa tahun belajar?
- Kebiasaanya course ni 5 tahun. Tapi bergantung juga pada universiti tersebut.
7) Susah tak belajar dentistry?
- *senyum* tipulah kalau akak cakap senangkan? Apa-apa bidang pun dik memang ada yang susah dan senangnya. Akak pernah terfikir, jadi cikgulah lagi senang. Susah jadi dentist ni. Then, mak akak ni seorang cikgu menjawab,' Along jadi dikgu barutahu susah ke senangnya nak mendidik anak-anak orang ni'
phew, memang pun hanya orang yang dalam sesuatu bidang tu je tahu apa dia kesusahan, cabaran yang dia kena tempuhkan. Belajar susah tapi kitalah yang kena permudahkannya. InsyaALLAH kalau kita ikhlas, kita berniat baik ALLAH pasti permudahkan urusan kita.
8) Gigi saya tak cantik, boleh ke saya jadi doktor gigi?
- *senyum lagi* adik, yang penting kebersihan gigi terjaga. Kalau doktor gigi ni gusi bengkak, gigi berkerak memang takde orang nak jumpakan?
Ok, harap soalan-soalan ni sedikit sebanyak menjawab pertanyaan adik-adik. Sekiranya ada persoalan lain yang tak terjawab, boleh emel pada akak ye, InsyaALLAH akak cuba jawab.
Terharu pula bila ada yang cakap, aku ni sumber inspirasi mereka nak teruskan pengajian dalam bidang dentistry ni. Rasa kerdil sangat diri ni nak menjadi sumber inspirasi seseorang. Pada adik-adik yang pernah buat post tentang akak, terima kasih akak ucapkan. Akak baca dan hargainya. Kita yang bakal mencorakkan masa depan kita, kita usaha Allah yang menentukannya. All the best adik-adik!
p/s: Allah menjadikan seseorang itu istimewa dengan cara mereka yang tersendiri.