Hi Readers,
Nak Share cerita preparation aku menjelang my E-DAY 16092012.
PHOTOGRAPHER
Hik yang ni suami adik aku JEFF yang tolong jadi tukang ambil gambar. Oklah tu kan. hehe. Kamera dia pun panjang dan berat-berat belaka menandakan dia punya gambar confirm cantik. (><)
Nak Share cerita preparation aku menjelang my E-DAY 16092012.
Sebenarnya bila orang tanya rasa apa? Aku tak tahu nak explain. Haha. The feeling bila nak jadi tunangan orang ni sangatlah berbeza. Lepas ni tak cakap dah boipren aku tu... Dah kena cakap TUNANG aku.. Actually bila decide je nak bertunang ni, aku pun agak sibuk mencari andaman mana yang aku nak hire. Kos pun aku ambil kira memandangkan pertunangan sekadar mengikut adatkan. Tak perlulah nak berhabis-habisan kan? Sekadar mencukupi apa yang ada. hik.
ANDAMAN
At last aku dan mama decide nak gunakan andaman CINDAI CHANTEK. Hmm sangatlah kebetulan akak Aisyah owner CC ni duduk opposite je dengan rumah aku. Senangkan? Harganya sangat-sangat berpatutan. Butik akak ni pun tak jauh dari rumah aku. Betul-betul dekat duyong juga. Kalau aku nak try test baju tak adalah susah sangatkan.
BAJU
First time pergi terus berkenan dengan baju warna soft peach (oren-oren sikit). Tapi mama berkenan baju warna macam light cream chocolate like kebaya macam tu. Last-last aku bayar deposit dan bagitahu akak tu nanti aku datang untuk decide baju ye.
MINI PELAMIN
Yang ni aku punyalah google nak cari mini pelamin yang aku berkenan. Huuuu. Siap tunjuk gambar contoh dekat akak tu. Akak tu kata ok je. Bila aku sampai rumah tiba-tiba aku bertukar fikiran. Haha. Mama selalu cakap aku ni cerewet. Memang. Sangat!!! haha. At last berdasarkan gambar-gambar yang aku dah google, right click and save aku cuba design sendiri apa yang aku nak. Bunga-bunga kiri kanan mini pelamin pun aku decide nak warna apa. Aku nak mix kan warna peach, turqoise/biru, soft pink, shocking pink and white. banyakkan??? hehe. last-last puas hati, petang tu terus pergi balik dekat butik dengan Ika dan tukar design siap tunjuk gambar mini pelamin yang aku dah lakar-lakar cincai tu. haha. poyosss tak???
Aku suka sangat dengan paper lanterns. huhu. tapi CC ada warna putih je. So aku buat keputusan nak beli sendiri then simpan boleh guna lagi nanti. Asalnya nak beli online tapi terlambat takut tak sempat sampai. Akhirnya minta jasa baik encik BAM2 belikan dengan Petaling Street kedai amoi yang femes tu. hik. Dah bagi tau colour dan size apa nak. Tapi kalau nama pun lelaki yang beli.. haha. Tak kisahlah kita nak sogt ke dark colour bagi diorang sama je kot warna tu. Tapi oklah, puas hati. hehe thank you laling sudi susah payah belikan. hik.
BAJU
Ok berbalik pada baju. 2 weeks before the E-DAY aku pergi lagi butik. Hahaha asik nak ke butik je. Itu untungnya butik andaman dekat....! Ok kali ini aku pergi lagi dengan mama. Tengok semua baju. Hm, tiba-tiba tertarik dengan baju warna SHOCKING PINK dan TURQOISE HIJAU. Terus cakap dengan akak tu nak try dua-dua. Hmm, akak tu kata..
" Dik, baju turqoise tu kecik sikit tau sebab before ni orang yang pakai tu size badannya kecik.. "
"Oh ok takpelah saya try "
Mak aihhhh, i muat ok. hahaha. muat-muat je badan aku pakai. Terus cuba tudung dan veil. Cantik berkenan sangat. Mama pun asyik cakap cantik. Terus decide nak baju tu. CONFIRM! DONE! Dah tak payah alter lagi sebab dah muat-muat. Hik i dah kecik u...
HAND BOUQUET
Impian aku besar ok. Nak buat hand bouquet sendiri. Maka petang jumaat tu keluar dengan mama pergi kedai bunga huhu. Dapatlah beli bunga warna peach and cream. Konon-konon nak buat sendiri meh. Berkobar-kobar semangat ni.
Tapi di pagi sabtu yang indah my BFF bagitahu ada surprise dia nak bagi. hmmm. ok. Tadaaaaaaaa a beautiful vintage looking HB wehhh. handmade by cik Raihan. Cantik sangat. Terharu. Warna faveret ku. Peach, cream and turqoise!!! Raihan baru nak berjinak-jinak buat sendiri HB ni. Dia ada juga mengambil tempahan pada yang berminat ye. hik.
the super duper lovely hand bouquet made by my BFF cik RAIHAN.
Hik yang ni suami adik aku JEFF yang tolong jadi tukang ambil gambar. Oklah tu kan. hehe. Kamera dia pun panjang dan berat-berat belaka menandakan dia punya gambar confirm cantik. (><)
Asalnya aku nak beli small jar dan nak buat cookies. Sebab tak banyak pun kalau dalam 300 botol je. Oh yeah, my mom nak buat open house sekali tu yang banyak. Tapi aku macam decide nak buat like 150 jars je kot. Tapi ada kekangannyaaaaaa... Saahdis.
* Mama tak bagi drive kereta balik Melaka. So macam mana aku nak beli small jars kat Taman Johor jaya.
* Mama cakap tak sempat nak buat cookies semua tu.
At last mama bagitahu ma tak jumpa small jars kat melaka tapi mama dah beli benda lain dah.. Nak isi sweets and chocs as the door gift untuk orang sebelah.
Bila aku balik melaka, terperanjat sebab mama dah sediakan 2 jenis doorgift. Satu untuk orang sebelah. Dan 1 jenis lagi untuk tetamu lain. Mama guna paper bag goodies bag tu, dalamnya letak sebiji buah epal, lollypop dan chocs. Omai. Macam nak kahwin dah ni.
HANTARAN
Yang ni memang aku dah decide nak guna balik je hantaran my sista's last time. Cantik lagi buat apa nak membazir ye tak? Just nak kena buat sendirilah bunga sirih junjung. hik. Malam sebelum the E-DAY tu baru tungkus lumus siapkan.
Asalnya nak buat cake in a jar sendiri as one of the hantaran laaa.. Tapi busu pula offer nak buatkan. hm, pikir-pikir oklah aku pun macam sibuk nak uruskan benda lainkan. Kek pun pakcik den tolong sponsorkan huhu. SECRET RECIPE it is. Aku suka tengok kek yang design lawa-lawa cantik-cantik. Tapi masalahnya kek cantik ni semuanya TAK SEDAP. So decide better go for Secret Recipe. Walaupun diorang tulis atas tu hodoh buruk dan cincai tapi sedap. haha. Apam polkadot makcik sponsor jugaaaaaa. sedap!
apam polkadot made by BIK IJA.
actually it is supposed to be cheese cake in a jar, hehe. tapi tak jumpa jar.
Jadilah macam ni. tadaaaaaa. Made by Busu!
PROPS PHOTO BOOTH
Aku plan nak ada my own photo booth.. Mula-mula nak beli je props online. Tapi mak aihhhh mahalnya sampai RM100++ dah la sikit je. Hmm baik aku buat sendiri. bermodalkan tak sampai RM20 nak beli kertas-kertas keras tu kan. Dapat banyak kot propss. hehe. Malam the E-DAY tu bertungkus-lumus buat props with my sistas Ika & Sheela. hik. Semangatkan?
Lovely tak? hehe.
The "cut" props tu made special by my lil sista Sheela.
Love those!
Nurin cute!
My BFF since sekolah rendah. Sayang sangat mereka!
Plan nak ada candy booth with choc fondue. Macam bestkan??? Tapi impian tak menjadi kenyataan. Later plan for my wedding boleh tak? hee.
KHEMAH
oh khemah ni siap pakej dengan catering. Pak aji tanya nak warna apa. hee. Ma cakap nak warna biru/ turqoise. Sekali pak aji pasang khemah OMAIIIII warna faveret lagi.. Biru/turqoise + peach/orange. Serius weh cantik. Kenapa semua warna faveret. Adakah ini kebetulan. hehe.
CATERING
Yang ni Alhamdulillah ayah sponsor hik. sekaligus dengan open house. Catering ni memang biasa sangat kami sekeluarga suka ambil PAK AJI. hehe. Mmeang terbaik. Makanan menu kampung-kampung sedap.
Menu
Nasi Empit
Nasi putih
Daging Masak Rendang
Ayam Goreng rempah
Sambal goreng jawa (sayur)
Serunding jawa
Rojak
Bubur jagung dan barli
Air Katira (made by ayah)
Air sarsi
Kuih lapis (made by bik ayu)
Kek buah