Sunday, January 13, 2013

Doktor, tolong cabut gigi saya..

www.tips-fb.com

As Salam readers,




Tergerak hati nak kongsi kisah ni..

Last Friday aku standy di bilik x-ray. Oh ye, bila aku kata standby maksudnya sekiranya pesakit ramai (dan kebiasaannya memang ramai pun kalau petang Jumaat), aku yang standby ni akan buka bilik x-ray untuk rawatan mencabut gigi atau pemeriksaan ibu mengandung sahaja. 


Ehem, aku pun kurang pasti kenapa petang Jumaat dan pagi Isnin sure ramai gilaaaa kot orang. Apasal ek? Mungkin Jumaat dah nak cuti weekend, Isnin baru lepas cuti. hmmm makes sense. hoho.


Ok, sambung al-kisah tadi.. Tiba-tiba ada seorang pesakit warga asing. Tak adalah tiba-tibakan.. dramatik sangat. haha. Aku panggil pesakit warga asing (WA) ni tadi. Muka dia serius dalam kesakitan. Entah berapa lama dia dah tanggung sakit. Biasanya pesakit WA ni kesnya hanya nak cabut gigi sahaja. Aku agak warga NEPAL. 


Tepat sangkaan aku, WA ni nak cabut gigi. Tiada masalah kesihatan dan bila aku check giginya ada gigi yang goyang. 31(gigi kacip bawah belah kiri) mobile grade II. Dia kata sakit dah beberapa hari. Tapi paling sakit malam tadi, memang dia tak tahan sangat. Muka WA berkerut-kerut tahan sakit bila aku sentuh gigi tersebut. Oh patutlah sudah ada abscess (nanah) yang keluar dari gusinya. Memang sudah lama. Bila aku check mental lymph node palpable tapi tak sakit. Dia kata mahu cabut sahaja. Tak tahan sakit, susah mahu kerja.


Aku pun terus ambil LA untuk di inject. Tapi sebelum sempat aku bagi bius, pembantu aku tanya. 

" doktor, dia ada tak RM 20. Dia WA. Kena bayar RM 20 untuk cabutan ni "

Oh. kebiasaanya yang datang ni memang ada duit. Aku pun tak adalah nak bertanya. Buat pengetahuan umum kos rawatan WA memang berbeza dengan kos rawatan penduduk tempatan. 


Contohnya: kos cabutan untuk orang awam RM 1 sahaja dan kalau nak bagi ubat adalah percuma. Tetapi, bagi warga asing untuk cabutan mereka perlu bayar RM 20 dan ubat-ubatan (kalau tak cabut gigi) pun RM 20. Tapi kalau kita bagi ubat selepas cabutan, adalah percuma.



Pesakit WA pun jawab, 
" Saya tak ada RM 20. Saya sudah bayar RM 2 di depan tadi."

" Awak tak ada RM20? Awak tak bawa duit? " sambung pembantu aku lagi.

" Tak ada. Saya belum dapat gaji. Hujung bulan baru gaji.. Tapi gigi saya banyak sakit" sambil terkerut-kerut tahan sakit. 

" Tak boleh cabut ni doktor kalau tak ada RM20. Tanya kaunter dulu " kata pembantuku.


Kami telefon orang yang menjaga kaunter. Ye, tak boleh teruskan rawatan kalau tiada amaun yang cukup. Aku sambung tak apalah kita bagi ubat dulu. Bagi antibiotik dan ubat tahan sakit untuk kurangkan sakit dia. Nampak macam tak bengkak sangat. Oh, bagi ubat pun kena bayar RM 20 doktor. Macam mana ni.. Kalau doktor nak bagi ubat tahan sakit PCM sahaja percuma. Aku dah puas fikir-fikir, sebab ni abscess bukan sakit gigi sikit-sikit. WA balik rumah makan PCM pun berapa lama sahaja dia boleh bertahan. 


Bila aku toleh, dengan muka dia yang berkerut-kerut tahan sakit. Sebak pula. Tak sampai hati. Takkan aku nak hantar pesakit balik macam tu sahaja dengan sakit-sakit hanya kerana dia tak bawa amaun duit yang cukup. yaALLAH. Kalaulah aku berada di tempat dia bagaimana. Sedih. Sebak. Sayu. Tak. Kerja aku adalah nak make the pain goes away whatever it is. I have to decide faster. Terdetik nak bayarkan sahaja RM 20 tu. Tak apa bersedekah di petang Jumaat.


Sebelum sempat aku suarakan hasrat aku, WA bersuara,

" Doktor, kalau saya tak ada RM 20 ni memang tak boleh cabut kah? "

YaALLAH hiba betul aku tengok muka WA.  Tak tahu nak gambarkan bagaimana. Siapa pun dia, dia manusia biasa. Cuma bezanya dia berlainan warna kulit, negara dan aku kurang pasti agamanya. Belum sempat aku menjawab, WA bersuara lagi,

" Doktor, saya pergi kejap pinjam duit sama kawan. 10 minit sahaja. Tunggu ya. " 


Sukar aku nak gambarkan apa aku rasa. Rasa macam kejam bila membiarkan dia berlari balik ke hospital sebelah, cari kawan untuk pinjam duit RM 20 untuk satu cabutan. 


 that's real life. 


Aku tak nak jadi orang sebegitu. Aku masih punya hati perut. I'm a dentist. A doctor who makes the pain goes away. who makes my patient feel better. After all, there's limitation. Aku memang bertekad tadi, kalau benar dia tak mampu juga bayar amaun tu. Aku lagi rela bayarkan dari melihat dia balik dalam kesakitan dan frustrated. I'm a human after all. Punyai hati dan jiwa. 


He really came back after 10mins. Sambil tercungap-cungap. Aku tahu dia berlari. Sebak. Dia hulurkan duit RM 20. Nah, doktor.. Duitnya. Tolong cabut gigi saya. Sakit dah ni.  ye.. saya akan cabut gigi awak.

Aku menangis dalam hati.

Aku teruskan cabutan. Alhamdulillah. Dia ucapkan terima kasih. 


Selepas itu, aku terdiam dan terduduk seketika. Berfikir. Inikah realiti hidup? 


p/s: Jangan hanya ada perasaan simpati. but we should have the empathy. Put ourselves in their shoes.

Related Posts with Thumbnails