salam semua,
tadi waktu aku dok baca-baca metro.. hah aku baca metro online ok . walaupon aku duk india tapi hati aku tetap di malaysia.semua gossip aku tahu ok.. huhu. nak tahu gossip hanget tengok je kat tu ha beautifulnara.. abang nara sangat peka dengan gossip-gossip.dan yang pasti korang pasti uptodate. takpon moh layan OHBULAN. hoho..
entah kenapa aku tak bape gemar baca Utusan mahupun Berita harian.kadang politiknya lebih-lebih. baik aku baca metro takpon kosmo.
dah lalut jauh.
topik utama metro keluar pasal
CAMPUR ADUK BABI. boleh klik
SINI kalau mahu baca.
rupa-rupanya sebuah kilang didapati mencampur adukkan proses makanan yang halal dan haram.. dah nama BABI.. terang-teranganlah halal labu.. memang pelik dengan orang Malaysia yang tak peka dengan sensitiviti orang ISLAM.. kalau kau ISLAM.. sesat ke ape kau ni bedol..? kalau kau bukan ISLAM. kau tingggal di Malaysia.. sepatutnya sudah menjadi maklum dengan hal-hal sebegini.
aku nak kaitkan dengan situasi aku di INDIA.. sebelum aku membeli ayam di kedai MUSLIM. aku beli ayam beku. orang kata ayam orang malas.. beli frozen food je.hoho. beli kat supermarket.. ada cop halal. so aku beli.. dan suatu hari yang indah. sedang leka memilih ayam cantik dan tak cantik rupe bentuknya. mata aku macam nak terjojol beb. ada PORK di sebalik bungkusan ayam tu.. aku tak puas hati.. terus aku belek2 yang lain.. ada BACON. dan entah hape lagi seumpamanya.. berderau darah aku..
masa tu aku tak meletop lagi. dah bape banyak kali. aku pun sound terus kat pekerja kedai tu. aku kata.. PORK tak boleh campur dengan AYAM. Muslim tak boleh beli... walaupun tamil rojak aku tak bape nak paham. tapi dia paham juga lah.. bila aku pikir-pikirkan balik.apa gunanya? entah-entah di belakang kedai.. store room dia main bedal je campur aduk..
jadi cara terbaik.aku stop membeli ayam orang malas.aku rajinkan diri beli ayam kat kedai Muslim.hoho.
aku sangat-sangat gerun pasal ni.sebab aku taknak benda haram menjadi darah daging aku.. tidak.minta dijauhkan.. sekali masuk dalam darah aku.. selamanya akan ada sehingga keturunan aku.. nauzubillah. kalau dah haram macam mana hati nak suci..
aku pon agak sedih sebab orang Muslim di India agak kurang sensitif dengan hal-hal ini. nak kata tak ramai.. ramai juga Muslimnya. mungkin inilah dikatakan adat di negara orang.. hah! negara sendiri pon ada macam ni. ni ko nak harap lebih2 duk negara orang? kirim salam lah labu.
yang pasti kita sebagai seorang ISLAM kenalah peka kan.. jangan main bedal je.. halal tu pun orang kalau nak cop..ala aku pon boleh cop kot..kena pastikan kesahihan halal tu.. contohnya macam di malaysia.. aku rasa bolehkan check melalui sms sesuatu produk tu..
hah satu lagi.bila orang kata HARAM. bukan bermaksud BABI, ANJING semata-mata.. ia termasuk sekali dengan AYAM mahupun haiwan peliharaan lain yang tidak disembelih mengikut ISLAM.. ini basic.aku rasa semua patut tahu kan.. sekolah dulu ada belajar kan..
dan agak memalukan bila kawan yang bukan ISLAM menegur..
dia tegur yang si Muslim ni. kedai tu tak halal..
" MAT kedai tu tak halal..kau takleh makan..ko kan ISLAM."
" kenapa ada BABI ke?"
" takde pon."
" dah tu kenapa tak halal? "
"entah.. aku mana tahu.diorang kata non halal"
dah kenapa kau.. patutnya kau kena tahu.. tak halal bukan hanya sebab takde BABI OK?
dan satu lagi.. contohnya pizza hut di india.. ayam nya halal.. tapi diorang serve juga PORK.. hmm bagi aku.. itu tetap dikira SYUBHAT kan? kalau SYUBHAT atau ragu-ragu.. dikira haram.. seeloknya dielakkan..
siapa tahu..dia gunakan kuali yang sama atau tidak?
di sini aku listkan haiwan yang HARAM dimakan:
1) BANGKAI
- bangkai adalah haiwan yang mati tanpa disembelih.tetapi dikecualikan kepada ikan dan belalang
2) DARAH
-bererti darah yang mengalir. dikecualikan kepada hati dan limpa
3) DAGING BABI
-seluruh tubuh babi termasuk minyaknya.
4) SEMBELIHAN UNTUK SELAIN ALLAH
-maksudnya yang disembelih selain dari nama ALLAH.
5) HAIWAN YANG DITERKAM BINATANG BUAS
-kalau dah kena terkam dan juga dimakan sebahagiannya dan ia mati kerananya.. ia tetap haram walaupun darahnya telah mengalir.
6) BINATANG BUAS BERTARING
7) BURUNG BERKUKU TAJAM
-contohnya burung garuda,helang
8) KHIMAR AHLIYYAH (KELEDAI JINAK)
-tapi kuda diperbolehkan.
err.. semua ni aku rujuk di blog ini.. so untuk baca dengan lebih lanjt berserta hadithnya.. korang boleh lah
terjah sini ye.... credit to empunya blog..
p/s: almari aku dah tak posing.dah dapat almari baru..walaupon agak mahal dan huduh.huhu..