Salam Readers,
huhu orang katakan.. oranglah kata, perempuan clumsy comel? iye ke? aku rasa sangat memalukan..hoho Bam2 kata aku sangat clumsy.. bukan itu je.aku sangat-sangat cuai ok.. banyak kisah aku ni yang membuktikan keucuaian dan ke'clumsy'an aku...
JATUH MACAM KATAK KAT KL SENTRAL
ouh ini sangat-sangat memalukan. rasa nak nyorok dalam baju sendiri je. Pada pagi yang indah gitulah, aku naik ERL dari KLIA nak ke KL SENTRAL.. malam tu aku tidur rumah pakcik aku kat sepang, then nak senang.. dia suruh naik ERL je.huhu.. actually pagi tu aku nak pi dating dengan BAM2.. hee.
sebelum sampai aku call bam2 tanya dia dah sampai ke.. bam2 kata...dah nak sampai. so bila aku sampai je KL SENTRAL, aku pun berjalan dengan rasa tak sabar.. nak dating le katakan.haha.. BAM2 msg kata dia dah sampai dah pon masa tu..
aku jalan agak laju menuju ke arah MCDONALD.. memang port aku tunggu bam2 kat situ.. sedap-sedap jalan sambil berangan.. padan muka aku sebab berangan kan.. aku tergolek tanpa disangka.. dahsat gila aku tergolek.. tercampak handbag aku beberapa kaki dari tempat aku jatuh tu..
kurang ajar punya wire. aku tersadung wire ape tah..
dan paling best masa tu KL SENTRAL tengah ramai orang. sebab ada PESTA BUKU.. betapa ramainya mata yang memandang aku tak sanggup aku amik tahu.. aku tak pikir panjang dah, aku bangun. betulkan baju amik handbag, terus jalan dengan penuh konfiden... wahhh konfiden gitu..tapi aku tahu, ada orang tergelak tengok aku tergolek macam katak.. serius macam katak.. adoih.
dalam hati aku, menyumpah-nyumpah, mampoii lah ni kalau bam2 nampak ni..
agak-agak lepas beberapa langkah nak sampai McD. aku pon toleh belakang..
dang!! bam2 tengah tutup mulut tahan gelak
SIOT SIOT SIOT
MALUNYE LAH HAI MASA TU.
aku buat-buat senyum.konon-konon takde pape jadilah kan.. padahal aku dah glamer dah tadi
aku tanya bam2. nampak ke? nape tak tolong?
bam2 kata, masa dia nampak aku sebelum aku jatuh ok. dia nak panggil nama aku. sekali aku terjatuh.. dia terus tak jadi.. terkedu pastu terketawa.. kurang asam punya pakwe! terus tak jadi nak panggil.hoho.
LAGI?
aku tengah makan-makan dengan bam2. tiba2.. terbang garfu aku.. hoho. aku buat selamba je lah.. orang dok pandang.. lantaklah.. bam2 dengan baik hati pi amikkan satu lagi garfu tuk aku.hehe
MAHU LAGI?
kebetulan aku nak dating dengan bam2, aku bendera merah pula. paham-paham lah kan. lagi-lagi kalau hari 1-3..memanglah tengah heavy flow orang kata.huhu. so memang aku bawa spare pad lah. then kebetulan lagi, handbag kecik pula.semua nak sumbat.. aku cakap kat bam2 nak tumpang barang peribadi boleh kat sling bag bam2 boleh?.. tapi takyahlah tengokkan.. dia kata. boleh.
then tiba masa, aku minta.. aku pun seluk dengan hati-hati.. terus masuk dalam poket jeans, dan terus pergi toilet.. tak cakap sepatah pon dengan bam2..
then,
bam2 panggil aku.. aku jalan je menonong. emergency kot, bam2 panggil lagi..
aku toleh,
bam2 tunjuk bawah dekat dengan kaki dia.
aku tengok
yaAllah pad aku dekat kaki dia.. dang!!! sejuta kali dang!!! malu lagi.. adoih.. merah rasa nak terbakar dah muka.. bam2 dah tahan gelak je.. huhu.. aku pon dengan muka seposen, pi amik.. pastu berlalu tanpa sepatah kata.. drama lagikan..
MAHU LAGI DAN LAGI?
aku baru beli kasut sarung, so sajalah nak tayang depan bam2. dating aku pon pakailah.. siap pakai socks sebab takot melecet kaki ni.. tengah aku jalan-jalan.. entah macam mana aku boleh tak perasan kasut aku terbuka.. dah beberapa kaki ke depan..eh-eh-eh kasut aku tercicir ke belakang.. sock tu licin nak mati.. ceh.
gelak free lagi si bam2 ni.dang betul!
KECUAIAN AKU?
hmm kecuaian yang patut kene sekeh kepala.
TERTINGGAL HANDPHONE
boleh pula tengah borak-borak dengan bam2 kat KLSENTAL tu, then aku blah camtu je.. tetiba ada sorang pakcik tu kejar aku dengan bam2.. dik2..!! handphone tertinggal dik! nasib baik pakcik tu sungguh baik hati dan jujur.. dan biasalah dapat ceramah free dari bam2.hehe.
HILANG HANDPHONE
ouh yess, mungkin takde jodoh namanya, handphone yang sama... time aku hang out dengan member-member aku.. tengah dok try jeans kat fitting room aku letak atas bench dalam tu.. tak pasan. entah bila selepas beberapa jam baru pasan takde.. menggelabah pergi balik. dan semstinya sah2 dah takde kan.. bile call2.. dah off.. ada orang ingat aku sedekah kot.. iyelah aku sedekah.. walaupon bengkak-bengkak mata nangis hilang hp tu.sedih beb.
bak kata mak aku.. nasib baiklah along punya TUTTTT melekat. kalau tak hilang kan dah payah. agak-agak nak kencing kan.. alamakkk TUTTTT tertinggal kat umah. kan parah. aigooo mak aku ni.
TERTINGGAL ATM KAD
berlaku kat malaysia... masa tu aku keluarkan duit mak aku, nasib baik masa tu tak gerak lagi.. duduk dalam keta tengah dok kira duit tu.. tiba-tiba orang ketuk tingkap tunjuk kad. aku pikir gak. kang mana tahu dia curik duit kat tangan aku ke kan.. dia tunjuk kad tu.. YaAllah kad atm mak aku.. mampoiii kene sembelih dengan mak aku nanti... fuhhhh. maceh bang!
HILANG ATM KAD
cam biasa sila sekeh kepala aku dengan perlahan-lahan je.. sebab nanti sakit.sian aku.
bukan sekali beb tapi 2 kali aku hilang kad ni kat india.. atm kat india pelik sikit, keluar duit ,keluar resit dulu pastu dia tanya nak sambung transaction ke tak? then klik tak baru keluar kad.. tengok-tengok mana lah aku tak tertinggal kan..kalau kat malaysia keluar kad dulu.
orang pergi atm nak buat apa? ambil duitkan? so dah dapat duit mestilah happy, lupa kad.. kalau keluar kad dulu.. ohhhh tak dapat duit lagi..kena tunggu.. BETUL TAK?
satu aku hilang, takdepappe.. duit selamat lagi.. gelabah aku.
second time. kasi pengajaran sikit.. hilanglah RS1000.. lebih kurang RM70.
memang masa hilang kad tu, belakang aku de seorang lelaki tu after aku. bila aku keluar, aku tunggu lagi depan atm, maybe dia tak pikir panjang.. terus keluarkan RS1000..buat nya dia rembat RS10,000 ke kan.. habislah aku.. Alhamdulillah..pengajaran. harap takde yang ketiga.
cam biasa, kena ceramah free dari mama dan bam2.hehe.
dah lah, entah banyak lagi kecuaian dan ke'clumsy'an aku.
cukuplah.
sekian.
p/s: betulkah clumsy itu comel? argh!