Wednesday, September 19, 2012

My Engagement day : segalanya bermula di sini.

www.tips-fb.com

Hi dear readers,


 Jalan raya di malam raya


yess i know after a long long longgggggg time baru dapat menaip balik bait-bait ayat ni, (-.-). Penat rupanya kerja ni , huhu sampai tak ada masa nak membebel, malam je tidur kompem awal punyaaaa. 



Rajin tak anak bujang ni buat air =P



Bakal berbesan. hik. Rancak berborak.


Ehem, nak cerita panjang. Siapa baca kisah cintan Intan dan Bam2? Cepat angkat hidung. Tak naklah asyik bercinta spenajang zaman sajakan? Dah plan lama untuk melangkah satu step lagi dari fasa sekarang. Plan asalnya bulan mac 2012 tapi atas sebab musabab tertentu kami plan untuk tukar tarikh. Lebih elok kalau aku tunggu sampai bam2 habiskan exam pro. 



Sampailah hari Bam2 nak tunggu keputusan exam pro diumumkan. yessss he passed! Happy. double happy bila bam2 cakap nak plan for our engagement day. Setelah dibincangkan melalui telefon. huhu yess thru phone call je yeee.. tarikh dipilih. Malam raya mama dan abah bam2 datang bertamu di rumah ingin berkenal-kenalan.. Secara jujurnya, selepas 8 tahun kami kenal, inilah pertama kali ibu bapa kami bertentang mata dan saling berkenal-kenalan. Punyalah berdebar hati ini kan. Amazingly, ayah dan abah bam2 sangat rancak berborak macam dah kenal lamaaaa. Fuh legaaa. 



Hik, Petang raya pertama kami sekeluarga pula berkunjung ke rumah arwah nenek bam2 untuk beraya. Happy bila ikatan silaturrahim ini semakin mesra. hee. Walaupun selama ini tak pernah berjumpa bertentang mata tapi ayah dan abah bam2 memang serasi  betul. borak macam tak nak berhenti. haha. Akhirnya kata sepakat diambil, ma dan abah2 bam2 akan datang meminang pada 16092012. Hari Malaysia tuuuu. 



Pengikut-pengikut setia. Sampai tertidur adik & Darwish. Penat sangat jalan raya.




The happy face of me.




P/s: Raya paling best!!!  Setelah 5 kali raya di India. 

Tuesday, August 14, 2012

Puasa Dan Ubat. Cara pengambilan serta apa yang membatal dan tidak membatalkan puasa.

www.tips-fb.com

As Salam readers!


Ok, walaupun bulan puasa nak sampai penghujungnya, tapi aku nak cerita sikit tentang cara pengambilan ubat ketika berpuasa. Yela, walaupun dah nak habis Ramadhan, tapi masih ramai di luar sana yang berpuasa sunat lepas ni kan? Nak puasa ganti lagi.. Betul tak?  Ramai juga yang tertanya-tanya boleh ke nak ambil ubat ni, nak guna ubat tu.


So here we are,

I found this pamphlet di klinik paeds issued by Kementerian Kesihatan Malaysia with the approval of JAKIM. So, insyaALLAH no more doubt after this. 


PENGGUNAAN UBAT YANG MEMBATALKAN PUASA.


1) UBAT BIJI - Pil/tablet
2) UBAT MINUM
3) INHALER (UBAT SEDUT) - untuk mereka yang ada asthma/semput esp.
4) PESARI - ubat yang dimasukkan ke dalam vagina termasuk prosedur cucian
5) UBAT YANG DIMASUKKAN KE DALAM DUBUR ( suppositori dan enema )
6) UBAT BIUS MENYELURUH ( Gen. Anaesthesia) - yang menggunakan gas.


PENGGUNAAN UBAT YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA


1) Ubat titis mata, hidung dan telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga)
2) Tablet sublingual ( bawah lidah ) - dengan syarat diletakkan di bawah lidah dan tak ditelan
3) Semua bentuk suntikan
4) Ubat jenis sapuan (krim atau salap) dan plaster
5) Ubat kumur
6) Ubat sembur hidung - dengan syarat tak disedut 
7) Ubat bius setempat atau bius separuh.



PANDUAN CARA PENGAMBILAN UBAT KETIKA BULAN PUASA.






p/s: Semoga post ni dapat membantu mereka yang memerlukannya. 

Related Posts with Thumbnails