Saturday, November 20, 2010

Bila berkata tentang scaling gigi.

www.tips-fb.com

Salam Readers,


Alhamdulillah akhirnya sejak sekian lama dapat juga aku kembali menulis, mencoret kisah hidup aku yang tak seberapa ni.. aku dah sampai ke bumi Salem, buat pengetahuan kalian.. dan sudah memulakan tugasku sebagai CRI ( Compulsory rotatory internship).. nak dikatakan aku pelajar tak juga, sebab aku dah habis belajar.. nak dikatakan aku ini seorang doktor pon tak juga kerana masih ada lagi tempoh pengajian aku.. maka sekarang aku melalui proses perantaraan daripada seorang pelajar ke seorang dentist.. InsyaALLAH akan aku cuba mendalami sebanyak mungkin ilmu, mengaut sebanyak mungkin pengalaman untuk masa depan kelak.


sekarang aku ditugaskan di deparment Periodontics. semua senior aku kata ini adalah department TOILET!! haha. nak tahu kenapa? sebab kami kena bersihkan gigi para pesakit.. dan secara jujurnya.. terlalu pelbagai rupa bentuk mulut manusia yang kamu pasti tak nak tahu.. huhu. silap-silap ada yang tak lalu makan.. lainlah aku ni.. dah naik lali dah.. bau, rupa dan warna sudah sebati.. haha.


pernah aku merungut dalam hati.. bukan saja dalam hati malah dengan rakan-rakan, kenapalah susah sangat diorang ni nak jaga gigi.. hisap rokok, kunyah sirih.. bila dah gigi yang putih bertukar rupa menjadi coklat mahupun oren ataupun hitam baru nak jumpa dentist???? memang rasa geram pun ada sebab tahunya datang klinik gigi dengan harapan gigi bersih. siap ada yang komplen cakap kami tak bersihkan sepenuhnya.. hmm haih aku memang sedar itu tugas aku sebagai dentist..


tetapi perlu diingati kebersihan gigi dan kesihatan mulut anda bukan bergantung harap pada si doktor gigi. tetapi seharusnya perlu disatukan dengan sikap tanggungjawab kamu semua. hmm, gigi sendiri kenalah pandai jaga.. gigi kalau diganti dengan gigi palsu fungsinya tak akan sama dengan yang asli.huiii aku tak tahulahkan dekat malaysia macam mana rupanya, sebab apa yang aku jumpa kat sini.. memang tak terbayanglah dengan kata-kata...


kadang-kadang bila dapat kes, aku doa tolonglah permudahkan urusan aku ya ALLAH.. sekali dapat kes.. sentap beb!!!! ouh dugaan untuk hari ni. teruskan berkhidmat intan! pujuk hati aku... bagaimana nak bagi kesedaran ye suruh orang datang jumpe dentist.. hmmm, setiap kali lepas aku buat treatment mesti aku pesan kat pesakit aku, berus gigi 2 kali sehari, kumur-kumur lepas makan, datang lagi nanti lepas 6 bulan buat check up. aku cuba buat yang termampu.. selebihnya terpulanglah..





ada satu kes tu, seorang pesakit datang department nak buat scaling.. then bila diagnose.. ada white patches.. kami suspect leukoplakia ( precancerous lesion ) jadi panggil lah doktor lain nak check balik.. sebab kalau boleh kite nak elakkanlah kanser ni.. then dengan selamba pesakit tu datang cakap


" i just wanna clean my teeth "


then kawan aku ni pun dok terangkanlah... ni kena treat ni encik abang, sebab precancerous lesion. later boleh menyebabkan kanser.. tapi dia tetap teguh cakap


" i just wannna clean my teeth"


dalam hati aku. esh macam manalah dapat pesakit macam ni. dah explain nasihat pun degil. for your own good jugalah bang oiiii...




 ANTARA RUPA BENTUK GIGI SEBELUM SCALING.
jangan tak selera makan pula ye.







kesan stain rokok 



pon kesan rokok.



ni masih tak seteruk yang aku jumpa ni.


jadi aku nak nasihatkan, jaga gigi ye! tak susah pun kan untuk gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari, setiap kali selepas makan kalau tak nak gosok gigi atleast berkumur-kumur..6 bulan sekali pergi scaling. tak adalah bila sekali datang tu sentap je tengok gigi yang macam tak pernah diberus.



p/s: dengan hanya scaling tak memadai.. tetapi diri sendiri juga kena menjaga kebersihan gigi. walaupun ini tugas seorang dentist, tetapi perlu dingati.ini semua demi kebaikkan diri kamu =D




SENYUM SEINDAH SURIA

23 si gojes suke membebel:

Js said... [Reply]

ya allah saya geram sgt..tahun ni ada dentist kerajaan dtg sekolah la..like usual. the dia panggil i buat tampal gigi..i think gigi x de prob apa2 sbb before that ada pergi jumpa dentist swasta..dia pun buat la..DIA BUAT DENGAN CUAI..besar gak lubang...habis da x boleh minum/makan benda sejuk..pastu buat kat klinik swasta kasi cover..3 bulan lepas tu, dia jadi mcm 'open' hole la kat gigi tu...sampai skrg x gi buat cover..tunggu la nnt sbb bahaya gak kan kalau biar lama2..tak guna punya dentist.

nina suhaina said... [Reply]

aah la akak. org selalu nak harap dentist je buat semua tapi dorg sendiri pon tak jaga gigi bebaik nak buat mcm mana kan.

adrinaqamarina said... [Reply]

giler kentang la diorang ne akak. hahah.

memang nak jadi doktor kena kental kan?

tomot said... [Reply]

bulan 10 lps g scaling kat gomen spital...mak aiiii..sakit gler..abis kuar darah ..skali kumur kuar darah beku berketul2..pelik tol la coz akak ckp scaling x sakit..tp yg kat private la...pasni dh fobia nak scaling...mane taknye..dh jd keras bdn duk tahan sakit mase duk kat atas kerusi 2..huhu..scaling mmg sakit ke kak dokter??

Nekmo said... [Reply]

sis..scaling tu cuci gg ke? (sori..sy xpandai..huhu).. erm..
klu wat scaling tu kat klinik..
gamaknyee bape dentist nak charge ek?
nk bg cntik2 gg ni..hehe

ღKekunangpelangiღ said... [Reply]

Takut pulak tengok. ^^"

Unknown said... [Reply]

kakyong bertahun dah tak buat scalling...

Anonymous said... [Reply]

lama nye ilang budak intan ni..windu nk dengar dia bebel hal gigi..hehehe..peghh gambo gigi berkerak pasai okok tu HARUS ditunjuk kat enche asben akak tu supaya insap skit..hhehehe!

nabilpotter said... [Reply]

memang mencabar ek jadi dentist..
kena pakai mask tebal2 la..hehehe..

dah lama tak jumpa doktor nak ketatkan braces..doktor pergi haji..bukan tak nak pergi jumpa dia..hehehe..

braces boleh buat tak intan?

IntanBerlian said... [Reply]

@Nia Zeach~

hmm biasanya dentist takkan buat rawatan kalau tak ada apa-apa masalah. bila dikatakan masalah, bukan bermakna adik terasa sakit atau sensitif ke, sometimes based on the clinical finding contohnya kalau lalukan probe (instrument dentist ) ada catch.. so maknenye ada lubang caries di situ.. walaupun tak sakit, mesti ditreat sebelum lubang tu semakin besar dan mengakibatkan sakit...

IntanBerlian said... [Reply]

nina~ huhu bestul tu dik. tapi tugas dentist juga untuk beri kesedaran pada orang ramai...

IntanBerlian said... [Reply]

@adrinaqamarina~ huhu ye dik.kite berkhidmat dengan orang, masyarakat bukannye robot mahupun mesin. so memang lah kene ada kesabaran.huhu orangkan ada pelbagai ragam.

IntanBerlian said... [Reply]

@baby bucuk comot~ huhudear, scaling basically tak sakit mana pon. tapi semuanye depends pada pesakit juga, contohnya kalau terlalu banyak hard n soft deposits pada ggi tu lagi-lagi yang dah banyak dan dalam antara gg dan gusi.. maka akan rasa sakit sedikit sebab macam manapun kene masukkan intrument tu ke dalam gusi antara gusi dan gigi nak buang deposits tu...

berdarah tu memang biasa sebab adanya irritant seperti soft dan hard deposits tu.. maka dia menyebakan ulceration pada connective tissue.. lepas scaling, buang segala deposits, gusi akan pulih seperti biasa...

IntanBerlian said... [Reply]

@nenek moden~ huhu adik scaling tu bersihkan gigi atau cuci gigi.sama lah. hmm kalau klinik swasta rasanya paling murah dalam RM50 dik.amalkan scaling setiap 6 bulan ye.

IntanBerlian said... [Reply]

@Epolkunang~ huhu tu baru sikit tu.

IntanBerlian said... [Reply]

@kakyong~ huhu bertahn tak buat tapi gg bersih dan cantik takpe =D

IntanBerlian said... [Reply]

@Che sue~ hehe sorry kak. lama takde internet connection kat sini.macam-macam hal. heee. kak harus tunjuk kak. =D

IntanBerlian said... [Reply]

@nabil_potter~ hehe memang pon nabil. kene biasakan dengan bau mulut.haha. kalau tak biasa kene juga biasakan.. sebab depan pesakit takleh tunjukkan yang kita ni geli ke ape. tak de etika.

huhu braces takleh.tu kene yang ada master untuk orthodontics =D

nekmo said... [Reply]

sis..takut ar pas baca komen sis kat atas tu..tak nak g scaling!!!kunk sakit...erm..lagi..tak faham tol la..nape ek..dulu g gomen punye klinik aw..g tampal gg.. skdg2 sakit pun ada gak..adakah tampalan tu da rosak? tu sbb sakit?..byk ni nak tanya..hoho..sis..kalau gg bongsu kan nek..pastu..macam de isi lebih tu..perlu ke kita buang?sbb nyee isi tu ganggu ar..makann suka tersepit kat situ..

aiman said... [Reply]

salam..

sy baru pegi scaling tgh hari tadi...kat klinik swasta..kiteorang bernasib baik sebba dental care nyer expenses covered by company..so, try la buat scalingf or the first time..

kuar darah dan ngilu tu rase nye biase jer kot.. tapi, doctor suh wat scalin every 6 months..nak tanye
1) mmg standard practice ke wat 6 bulan tu?

2) ade tak efek kalo slalu wat scaling? yer la...takut nanti gigi longgar ke ape2.. sebab bile aku wat scaling, baru la aku pasan antara gigi2 aku tum, ade ruang2 kosong.. kire slama ni nampak gigi sume 'kemas' mungkin sebab deposit kot..

ade komen tak? nanti leh email gak komen tu ke psychonamia@yahoo.com..

terima kasih byk2 yer.. =)

Afasz said... [Reply]

intan: nk tnya, kalau wat scalling kat klinik kesihatan kerajaan kene wat appointment ke????

email kat sy ye: nik.norfarizam@yahoo.com

terima kasih. :)

aji said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
Anonymous said... [Reply]

@Nia Zeach

Related Posts with Thumbnails