Monday, October 25, 2010

Special Entry to my beloved friends.terima kasih atas persahabatan yang cukup indah ye.

www.tips-fb.com

Salam Readers,


sabtu malam ada kenduri doa kesyukuran sempena aku dah lepas final exam final year, sempena mama yang dah grad, dan ayah yang baru sahaja dapat anugerah Peladang Jaya. Sabtu hari tu, rakan-rakan dari sekolah rendah datang sekali. hee. Awa, Raihan, Ayit, Jukik, Kamil datang sekali.. mama kata lauk banyak jemputlah kawan-kaan datang... asalnya nak jemput mereka semua ni datang rumah aku Ahad. saja jumpa sambil buat makan-makan sikit... rindu lama tak jumpalah katakan.huhu.


tak habis-habis msg awekkksss ek ayet.


Ahad, walaupun tak ramai yang datang.. walaupun aku masak tak seberapa, walaupun sudah pukul 8 malam, walaupun semua orang sibuk, ada yang ada test, ada yang nak balik jauh. tapi sudi lagi singgah datang bertamu dekat rumah aku. aku hargai sangat-sangat. walau tak lama, walau sudah sekian lama tak jumpa.. rasa keakraban persahabatan masih ada, masih wangi masih tak lapuk ditelan zaman.. indahnya persahabatan bukan.. walaupun ketiadaan mira.huhu my bestfriend selain awa dan ran. takpe.. nanti kita jumpa ye mira kalau ada kesempatan...







ayet dan ran sampai dulu, seperti biasa orang paling awal datang, dan orang paling awal makan. huhu. terhibur tengok orang makan.. walau aku rasa entah apa aku masakkan. bertambah sesenduk demi sesenduk sambil mulut rancak bercerita mencungkil kembali kisah-kisah yang sudah lama terkubur.. mengorek kisah-kisah baru yang aku sendiri cuba catch up omputih kata. ahhh banyak sungguh yang masih di luar pengetahuan aku. setibanya piah bersama syafiq,jukik dan kamil.. lagi meriuhkan suasana.. borak kosong tapi penuh makna tersirat, seloroh bersahaja buat aku makin rindukan zaman sekolahku.. rindukan rakan-rakan didepan mata juga rakan yang tiada bersama.. entah bila dapat bersua. siapa tahu.. esok lusa mereka semua sudah bergelar raja sehari atau mungkin ibu dan bapa kepada anak 10 orang. huhu.








dari satu kisah ke satu kisah dicungkil kembali.. sambil bertanya khabar. aku perhatikan.. oh sudah besar kami rupanya. sudah dewasa mereka.. walaupun tampak akan dewasanya mereka.. masih terselit sifat nakal dan keanakkan.. aku terhibur. terhibur dengan keletah sahabat yang sudah sekian lama tak bersua muka. 11 tahun bukannya sekejap..mungkin awa,raihan dan mira setiap kali kakiku berpijak ke bumi malaysia aku pasti mencari ruang bersama.. namun yang lain-lain. inilah kali pertama bersua muka.. kalau setakat ini ruangan facebook menjadi penghubung.. ahhhh, facebook itu. bertemu 2 mata lagi indah. lagi bermakna.ada gelak tawa, senyuman terukir, dan yang pasti riak wajah yang menyelubungi segenap ruang bicara..


RAIHAN
huhu sahabatku ini, beb.. kau masih seperti dulu.. tiada yang berubah. ya barangkali kau kelihatan sedikit kecil.mungkin aku yang bertambah besar.. huhu tapi sifat fragile dalam diri kau masih seperti dulu. aku dan awa kerap menjadi dinding tempat menyerap segala suka duka kau. yaaa sekian lama kita bersahabat.. saat yang aku tak mungkin akan kulupakan di kelahiran ini.. ketabahan kau.. aku kagumi sejak dari dulu hingga sekarang.dari mula kau jejakkan kaki ke sekolah kita, 12 tahun lepas ye? dan kau akan terus tabah. menjadi sahabat yang baik, anak yang bijak.. senyuman itu, teruskan terukir, jangan dihilangkan kerana mungkin ada insan yang terhibur melihatnya seperti aku.


Raihan

AWA
huhu si sahabat yang begitu tegar luar dan dalamannya. ibarat kakak yang aku sanjung. kau takkan goyah meskipun badai melanda. hati kau sekeras besi aloi. waaah keras kah? haha. dan aku masih menyayangi kau sahabat. dulu kini dan selamanya. namun kau tahu, dalam keras ada lembutnya.. kalau tak mana mungkin ada hang tuah yang bisa mencairkannya lalu dibotolkan menjadi miliknya.period.haha.. ayat aku takleh blahkan. tolong!


MIRA
huhu sahabat yang aku sayang sejak dari umurku 6 tahun lagi. bukan setakat karib malah lebih dari itu. mungkin juga menjadi sebahagian dalamm hidupku. erti sahabat yang luas mungkin sukar kutafsirkan sendiri. senyuman yang tak pernah padam.sentiasa segar menjadikan aku senang disisinya. namun ruang masa dan kekangan yang menyebabkan kita sukar berjumpa. orang kata biar jauh namun hati saling memerlukan. sahabat. semoga berjaya dalam mengejar cita-cita.


PIAH
mungkin kita tak seakrab sejak dibangku sekolah. namun dewasanya kita bertambah keakraban ini. akukah yang buta tak dapat melihat persahabatan kita.ya aku belum terlambat untuk hulurkan salam persahabatan. huhu, gadis bernama piah.ye panggilanku.. tak pernah lekang hilai tawa. tawa kau ni jadi pengubat hati. kalau ada kau.pasti gegak gempita bumi ni. terhibur benar dengan kau. aku tahu, hidup kau.. liku-liku hidup yang kau tempuh walau ada ranjau dan duri. kau tempuh dengan gagah. teruskan menjadi gagah sahabat. sebab. kegagahan kau menempuh liku-liku ini pasti dilihat oleh DIA. moge kebahagian menjadi milik kau kelak.teruslah menghiburkan orang di sekekeliling ye =D



Piah



AYET
haha dulu kau kan pendek je aku tengok. nak tengok kau aku kena pandang "rendah".hehe. tapi kau dah dewasa. makin tinggi.. bila lagi mahu kahwin beb? muka kau tu memang dari dulu kan tak tahu malu. selamba. ingat lagi kau lukis komik.punyalah banyak sambutan. sampai ada yang sanggup bayar nak baca. aku suka minta free. haha. ada buat komik lagi? aku nak baca free lagi. masa mula-mula contact, aku tengok kau kat fb. dengan rambut panjang.. biar betik mamat ni. tapi bila dah bertentang 4 mata., oh kau dah dewasa. tutur kata kau tak lagi setajam dulu.kau berfikir bila berbicara.. sudah ada kedengaran dewasa dalam nada kau. haha. yang pasti seloroh kau masih sama.





KAMIL
hmm, dulu kau ketua darjah aku, comel je dengan badan bulat kau.hehe. tapi kau tetap maintain bulat sampai sekarang. barangkali dulu aku dengan kau tak seakrab seperti teman lain. ye itu dulu. baru aku tau, kau ni ada selorohnya, ada lawaknya.. lagi-lagi bila masuk dengan si jukik dengan syafiq. haruk pikuk jadinya. ramai kata, kaulah tulang belakang kebanyakkan reunion kita. teruskan usaha beb. huhu next time pastikan aku ada ye. sebab aku tak nak terlepas waktu itu. kau memang ada ketokohan pemimpin.hehe. cayalah! ouh yeah. kau ada test pon sanggup turun ke rumah aku. kagum ni.huhu.


Kamil


JUKIK
hmm dulu kau ni pendiamnya ya amat la.. mungkin dulu aku yang tak rapatkan.sekarang hilang dah semua tu. lagi galak kau bercakap, lagi rancak kau gelak.. sumber hiburan betul. memanglah sesuai kau dengan kamil tu. sehati berdansa. ada je benda yang nak dikaitkan.kau dengan lensa kamera kau yang tak dapat dipisahkan. huhu cemburu aku tengok kamera kau. mahu sebijik tapi skill takde. ko belajar sampai mantap.pastu aku kawen kau sajalah ye amik gambar tu.hehe.. 


SYAFIQ
haha. kau ni sumpahlah aku tak sangka kau punya humor.lagi campur dengan gelak gegak gempita si piah tu. memang bergegar rumah aku. semua gossip kau tahu.. muka kau je yang aku tengok ada banyaklah juga berubah. sampai aku terpikir-pikir masa 1st time tengok gambar raya korang... huhu tak sangkakan. dah besar da. ingatkan aku sorang je yang dewasa.haha.


Syafiq


last but not least. YB MAWARDI. huhu. moling datang pon bila semua dah nak gerak balik. nama pon YB memanglah paling lambatkan. tapi semua masuk balik gara-gara moling nak belanja minum dekat rumah aku. ye rumah aku tapi dia yang belanja... sumpah hebat. haha. dia ni lagi aku lama tak jumpa. hm pernah sekali dua jumpa dia dengan gf galah dia. sebab dia ketot je masa tu. ayat tak leh blah kau " weh intan kau dah pendek" cehhhh. tinggi sagatlah kau ni kan. huhu. yang pastikan kau tak banyak berubah. kau punya 3 suku, sengal kau, seloroh kau masih sama.. ye mungkin dulu kau suka kentut dalam kelas. tapi sekarang kau kata masih lagi pengotor seperti dulu.. cuma beralas, nak kentut je kau buat-buat bunyi kerusi supaya tak kantoi.  paling takleh blah, bila kau kata.. kau tak nak berhenti belajar... haha. nak belajar je. sampai umur 50tahun pun takpe. pastu duit ptptn hangus macam tu je. ngeng! hmm ye kau makin matang. dah boleh jadi bapak orang. haha.



puas aku disakat. aku tahulah aku lagi lama duk kat india.remaja aku, dewasanya aku di india.kau tahu. huhu sampai aku pun tak tahu bahawa takde gosok gigi untuk kucing. siot~ tipu aku hidup-hidup. aku ingat memang wujud. 


sakat menyakat, lagi-lagi si raihan. puas disakat.haha. ayat ayet. menggelupur nak kawen. tolonglah weh. nasib baik tak pecah perut aku gelak.nasib baik tak terbuka butang si raihan. perot dah penuh asik dok tambah makan.gelak lagi. ada terburai pulak nanti. sumpah tak pernah aku jumpa member gegak gempita macam korang ni ha.. awet mudalah aku sepanjang zaman. haha. dengan kisah si ayet yang pernah menenyeh muka dengan fair n lovely zaman sekolah dulu, kisah si jukik dengan babi hutannya, kisah si syafiq dengan gossippp hangetnya, si moling dan kentutnya... 


TOLONGLAH perhatikan gaya ayet belajar taekwando.dah la
gaya nak tumbuk aku.ngeng! yang 3 lagi tu plak. macam videoklip
hari raya dah aku tengok.haha.








ahh ramai lagi yang aku mahu temui. bilakah kesempatan yang ada.aku juga kurang pasti.. sebab masing-masing punyai cita-cita untuk dikejar.. punyai impian untuk dicapai.. masih jauh lagi perjalanan untuk dilalui. liku-liku mahu ditempuh.. namun esok masih ada.. mudah-mudahan umur kita panjang untuk bertemu di lain hari... insyaAllah sahabat.






huhu tak dilupakan.buah hati aku pun nak masuk dalam gambar.
credit to jukik.nice one! i like~

weee JIMBO dan NEMO


Ran allergic pon sanggup pegang.hehe.




 Jimbo in action


alahai makan pujuk s jukik suh duk diam2.


Tira merenung jauh nampak.huhu




buat MIRA, ATIQAH, IZZATI, NARIMAH, NISA, UDA, ZAHID,  IMAN, FARID dan ramai lagi tak mampulah pula aku nak sebut atu persatukan. kalau ada masa kite jumpa ye. tunggu sahaja sesiapa yang mahu berkahwin.. haha nantikan. entah siapa. masa tentukan. yang pasti.. photographer dah ada. tukang buat filem pon dah ada ni.. 


huhu rasa macam nak senyum kambeng sorang-sorang. macam kelakar bila pikir balik.dah besar dah kami semua.. dah matang, ada yang dah kerja. ada juga yang sudah menjadi milik orang... siapa sangka.. ada dikalangan mereka ni yang pernah aku crush dulu..haha. siapa dia. opsss rahsia. budak hingusan biasalah. bila aku kata mereka. skop besar beb. haha.. 


CREDIT PHOTOS GOES TO JUKIK with his beloved DSLR.


p/s: RAN harap kau jumpa balik phone kau ye.

22 si gojes suke membebel:

adrinaqamarina said... [Reply]

ha, sape crush tu? hehe

rindu saat macam ni, kawan3 yang dulu sama3 dengan kte dari kecik sampai skunk dah besar, banyak memori.

Unknown said... [Reply]

rmai nyer kawan dia...best friend 4 eva....
Ibu Bohong Kita

nina suhaina said... [Reply]

best la akak dapat jumpa kawan2 lama :)
sekali sekala buat gathering macam ni bestnye :)

Unknown said... [Reply]

best nya jumpa kwn2

CIK TOM said... [Reply]

best kan ada kawan baik..rindu kawan2 ;)

niKOnikOn said... [Reply]

sedeyh pix ak tak byk..
:(..
nk nanges..
sob sob sob

IntanBerlian said... [Reply]

@adrinaqamarina~ huhu dik. rahsia kisah lama. sebab dah ada buah ati.yang lama tu dah lama tutp buku.hahaa.

IntanBerlian said... [Reply]

@Nasir Bravo~ heee tu pon lama dah tak ketemu tu..

IntanBerlian said... [Reply]

@Nina~ huhu semestinya dear.

IntanBerlian said... [Reply]

@alinac lover~ huhu sesekali yong.

IntanBerlian said... [Reply]

tomato gurl~ huhu betul2 seronok lagi2 sesekali jumpe.haruk pikuk jadinya.

IntanBerlian said... [Reply]

nikonnikon~ wehhh jukik. huhu

My MiRa said... [Reply]

selamat malam blogger ^_^

My MiRa said... [Reply]

selamat malam blogger ^_^

Amni said... [Reply]

kawan kat sekolah pada saya, tak sama ngan kawan masa kat u.. kawan kat sekolah lagi rapat... dan masih rapat sampai skang pon.. minggu ni kitorang reunion sempena kawen sorang dari member.. wahhh.. tak sabar!

congratulation pada kamu, mama dan papa... =0

MOhd KamiL HakImiN biN yAhYa said... [Reply]

nape la aq posing mcm wedok!!
perghh.. pasni kene keras kan la badan.. :(

cik helena said... [Reply]

NAMA ADIK CIKHEL KAMIL :)

Unknown said... [Reply]

semoga persahabatan berkekalan hingga beranak pinak.. masa tu leh buat reunion family day... ;)

Syue said... [Reply]

hi...Dr.Intan..hihi..i'm ur followers..i like ur entry..

Unknown said... [Reply]

p/s=jemput join Giveaway yong ek

http://www.alinacshoppe.com/2010/11/giveawayalinac-membership.html

myra said... [Reply]

intan !!! baru dpt nk view...huhu...blek umh bru leh dpt..
emm..sdeh x dpt jmpe..=(..
slmt brprektikal..! cbot gg leklok..!.=b
miss u so muchh !!!..=).
syg intan !!.=)

MOhd KamiL HakImiN biN yAhYa said... [Reply]

apakah cikhel?? :P
sowi.. hehe

Related Posts with Thumbnails