Sunday, June 24, 2012

Posting di PRIMER CARE plus ONCALL memang penat!

www.tips-fb.com

As Salam readers,


Gigih sahabatku Dr. Najwa menjahit pesakit ni.


hehe tak sangka pula ramai juga yang ternanti-nantikan entri dari blog yang tah pape ni kan. Alhamdulillah sekarang ni dah adapt well di Klinik Pergigian Maharani. Posting di primer care yang sangat hectic. Busynya. Penatnya ALLAH je tahu. huhu.


Masa di OS rasa busynya OS. Penatnya di OS. Tapi once dah masuk primer care. Now i know. Mana lagi penat. But the best thing about primer care i mean here in MUAR, all the dental surgery assistant sangat-sangat membantu. Mereka sangat alert and tahu apa yang aku nak, apa yang aku perlukan tanpa perlu bercakap banyak.kadang-kadang tu, tak payah minta pun, tapi macam paham-paham je. Terperanjat aku, tak minta lagi tapi assistant dah tolong ambilkan. haha. Macam ada telepati. Dahsat.

sempat pula tu menjawab. " Hah doktor, tak payah minta, saya dah agak dah doktor nak ni.. Saya dah tahu. "


Haha, hah amacam, effisyen ke tak namanye tu?? Hebatkan.


Luka di bibir.


Selepas dijahit (bahagian luar bibir) senyum pakcik ni sebab dah cantik balik bibirnya.


Nak dtambahkan cerita, minggu ni housemate si Najwa cheeeky oncall. Dan next week aku yang bertuah pula oncall. Penutup terbaik sebelum ke JB. Peh, tak tahulah aku nak cakap betapa jonahnya si Najwa ni. Betapa lebatnya oncall dia minggu ni. Kesimpulan terbaik, Najwalah paling JONAH! Jonah tu bermaksud banyak kes. haha aku sendiri tak tahu dari celah mana asal-usul jonah tu. Kalau Jonah Anderson batchmate kat India dulu aku tahulah asal usul dia. Dari Tamilnadu.



Suasana dalam bas pergigian bergerak.


Hari pertama, kes dah bersambung-sambung sampailah pukul 3.30pg. Ni pun dah 2-3 malam lagi balik rumah pukul 4.30pagi. rasa bengong-bengong sikit kepala ni. Esok kerja tetap kerja. Melambak-lambat outpatient nak dirawat. Lagi terbaik tidur 2 jam lepas tu pagi kena buat rawatan di sekolah. Arghhhh. Balik sekolah masuk klinik pula sambung buat out patient. ARGHHHH lagi sekali sebab rasa dah longlai. Malam sambung kes lagi sampai 4.30pagi . Yeah jadi zombie. Esok bagi ceramah lagi di sekolah. Petang masuk OP lagi. YEAH. double YEAH. bahagiakan hidup gua. Apa-apa pun aku dok membebel, abaikan. hehe. Biasalah luahan hati kalau tak dikeluarkan boleh jadi GILA ok. so, anggaplah aku meluahkan perasaan pada kamu-kamu semua. Bangga sikit bukan senang nak luahkan perasaan ni. Yeah. 


Tapi kerja tetap kerja. Marilah kita sama-sama ikhlaskan hati. hehe. 


Lock jaw/ dislocation of TMJ


Semalam, ada satu kes dislocation of TMJ (temporomandibular joint). Biasanya ni terjadi selalunya kalau kita buka mulut terlalu besar tak kisahlah sama ada nak makan burger double bigmac ke, gosok gigi, menguap tak tutup mulut. Nnati sendi di rahang akan tergelincir keluar dari tempatnya. Menjadikan kamu dan kamu smua tak boleh nak menutup mulut. Sakit sangat sebab mulut dah terbiar terbuka, otot pun akan jadi tegang!.


Awas buat mereka yang suka mnguap tak tutup mulut. See, ada hikmahnya kenapa kene menguap tutup mulutkan?


Kesian abang ni. dah 2 jam mulut terbuka. sebab dah terlalu lama, maka otot pun dah menegang pesakit pun dah terlalu sakit. Kami cuba juga nak reduce balik sendi tu malangnya memang tak berjaya sebab pesakit dah terlalu sakit. Refer pesakit ke emergency room untuk bagi ubat melembutkan otot + ada sedation sekali la. doktor MO di A&E bagi IV Scoline. Tak sampai beberapa second, abang tu dah macam mamai-mamai dan khayal. Paling terharu tiba-tiba Dr. Nurliza muncul datang membantu. wah terharu ok! Alhamdulillah berjaya memasukkan sendi rahang tersebut kembali. Dan diikat kepala menggunakan bandage.



Closed Manipulative Reduction (CMR) to locate back the dislocate TMJ.



Balik rumah dengan senang hati dan penuh harapan tolonglah jangan ada lagi. Ngantuk dah ni. 


Tengah sedap tidur, Najwa ketuk pintu. ARgh pukul berapa ni. 4.00pagi. Oh ok. Omai! 



Sebelum dan selepas CMR.



Rupanya abang tadi tu, sendinya dah terkeluar balik. YaALLAH tak sampai 2jam kot. Aish. dah pesan jangan buka mulut salama 1 hari. Nak minum ke makan bubur memang kena pakai straw sahaja. Abang tu refused doktor di A&E reduced kan TMJ dia. Dia nak kami yang comel loteh juga tolong buatkan. haha. Abang tu dah pesan tak nak dah SCOLINE. dia TAK NAK. ok.


Nasib baik baru terjadi, dan baru juga dimasukkan balik tadi. otot masih lembut. Najwa sungguh-sungguh cuba masukkan, akhirnya berjaya. *clap* ok lebih sikit *standing ovation* . hehe. Pesanan terakhir, jangan stress-stress ye bang, jangan marah-marah, jangan buka mulut besar-besar lagi.


TIba-tiba, 


" Kak, nah ni buat minum ye" 

" Hah ? " blank kejap. Ada duit RM 50 dia letak tepi beg.

" Eh takpe-takpe. Tak payah bagi duit ni "

" Takpe saya adik susahkan akak-akak berdua sahaja malam ni " terharu dengar.

sungguh-sungguh dia nak kami ambil duit tu sebagai hadiah atau tanda terima kasih. cepat-cepat Najwa kejar balik cakap. 

" Eh tak boleh ni, takpe oncall ni pun dibayar. tak boleh ambil ni. "

" Ambil kak" dia insist suruh ambil juga

" Eh tak boleh tak boleh haram ni " aku blank. kenapa Najwa kata haram, haha mungkin Nj ingatkan rasuah mungkin. =P

" Ambillah akak " separa merayu sudah pesakit itu.

" Takpe-takpe. Eh tak boleh ni, saya baru kerja ni. Kalau orang tahu nanti saya tak boleh kerja dah ni"


Kompem abang ni blank. Aik aku nak bagi duit tanda terima kasih pun akak ni boleh kena buang kerja ke? haha

Akhirnya pesakit tu mengalah.



Buat abang itu, takpe.. Memang tugas kami untuk menolong mana yang mampu tak kira masa dan waktu lagi-lagi waktu oncall kan. cewahhh! padahal dalam hati macam harem bila dapat kes pukul3-4 pagi.hehe Tapi kami hormat pemberian itu mungkin sebagai tanda terima kasih. Yelah sampai 2 kalikan dalam satu malam. hehe. Cuma kami ikhlas. dah memang tugas kami. (><) wee.



Ok. terlanjur tu, masukkan sekali kes petang tadi. Biasalah Dr.Najwa memang lebat. Tak pernah lekang dek pesakit. hehe. LEBAT kes. Lebat jugalah ongkosnya. haha. =P Petang tadi ada satu kes assaulted with back of the gun by 4 unknown men.hmm perompak berbangsa Thailand. Kesian wanita berbangsa kemboja ni. Tuan rumahnya pergi ke Taiwan. Dia diikat dan dipukul dimuka. 



Bila sampai turn nak ambil history pesakit. Omai. susahnya. tak faham bahasa melayu, tak faham bahasa inggeris. Bahasa cina pun faham wa pu che tau. adeh. Gigih dia explain dalam bahasa kemboja. Yang si doktor gigih memahamkan sambil berbahasa isyarat dan berbahasa ibunda. Haih kalau tamil memang kompem lepaskan. haha. pungpang-pungpang wanita ni bercerita sambil buat gaya dipukul. Haish. Memang dah macam itik dengan ayam dah tadi. Hehe. Tapi nasib baiklah dapatlah juga nak tangkap sikit-sikitkan. 



by the way. i enjoy being a dentist in my own way. even though penat gilaaaaa tapi terdetik kepuasan di situ yang orang lain tak akan dapat rasai. and i never know how to describe those feeling. Mungkin penat lelah belajar macam terbayar when we help those patients who really need it and their face, their expression, their satisfaction lepas sakit hilang, lepas dapat rawatan yang diperlukan. Berulang kali saying thank you doctor!! Only ALLAH knows those feeling. (><)v





p/s: KAMI SEDIA MEMBANTU. hehe teringat motto dan slogan  Kementerian Kesihatan Malaysia.

4 si gojes suke membebel:

gigiAriEma said... [Reply]

Mak ai bz giler an jd doktor ni. Tp dh mang kerja tu kn. Sabar yee kakak doktor. Ngee.



*bole sy tahu ape tu oral hygine?

nina suhaina said... [Reply]

huaa. samalah. kitaorang tidur atas kerusi je kalau tengah oncall.sobsob.

Affieza said... [Reply]

Be strong ye utk melalui semua ni...

shima said... [Reply]

wah,,,,bestnye!!!mcm xsabar plak nak keje..tp exam pun belum habis lg ni..wuuuuuu

Related Posts with Thumbnails