Tuesday, June 12, 2012

Hasilnya setelah 4 bulan menuntut ilmu di Oral Surgery Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

www.tips-fb.com

As salam readers,


 Puas menjahit, jahit baju terkial-kial ek?? 



Omai.. lamanye sangat-sangat tak menulis, tak membebel kat belog kesayangan ni. uhuk. Kononnya macam busylah sangatkan??? 


Well, nak update. Dah habis posting di Oral Surgery. Tamatlah 4months attachment pakar di OS. Alhamdulillah, it went well. For me. haha. Sedih pula rasanya dah tinggalkan OS. Mula-mula masuk OS rasa macam nak sangat cepat habis posting. Bila 4 bulan dah berlalu, eh dah 4 bulan?? haha. Macam-macam aku belajar di OS. Yang pasti OS lah yang banyak build up aku punye courage, self-confidence dan skills nak treat pesakit, handle macam-macam jenis kes.




Tidak mengira waktu bila dah namanya ONCALL.



Dari simple kes seperti scaling, cabutan, tampalan, rawatan saraf akar (RCT), buat gigi palsu, crown sampailah kes-kes eksiden yang complex  (for me) seperti patah tulang rahang, tulang pipi, koyak sana sini. huhu tak payahlah nak cerita details kan. Alhamdulillah, aku happy di OS, tambah-tambah bila dah ada NJ, PA'AN, WEIN altogether with me and SHA. rasa senang nak kerja bersama. Tambahan lagi senior officers Dr.Liza, Dr. Najiha dan Dr. Akmal yang banyak sangat membantu. Ya ALLAH aku rasa sangat macam orang bodoh masa 1st day di OS. Dr. Rohana yang sangat supercool. Tak pernah jumpa pakar yang cool macam Dr. Rohana. Kadang-kadang aku terfikir macam manalah Dr.Rohana dan doktor senior yang lain sangat mantap, hebat. Nak sangat jadi macam merekaaaaa! huhu. I wish i cud be like them.




Through-and-through laceration wounds at upper lip. Pesakit ni terkena kaca-kaca tingkap keretanya yang dilanggar sebuah motorsikal. Memang besar-besar kaca yang tertinggal dalam celah-celah luka tu.



Ada 2 through-and-through laceration wounds di bibir pesakit ni.
 Maksudnya luka dari luar dan dalam bersambung/ tembus.




First day, first week di OS rasa macam anak tiri.. Tak tahu nak buat apa. Tak tahu nak berkata apa. Semua orang sangat busy. Seperti susahnya nak masuk dalam keluarga orang OS. Rasa terpinggir. Rasa rendah diri. TAPI itu hanyalah first day, first week. Percayalah, di OS terasa bagaikan sebuah keluarga yag penuh gelak ketawa. Boleh bergurau senda, usik mengusik saling membantu, berganding-bahu. Ikatan kekeluargaan itu memang agak akrab. Sampaikan aku terindu-rindu suasana happening di OS. =D



Pada mulanya, terketar-ketar tangan ni nak buka balutan di muka mangsa kemalangan, tertanya-tanya berapa besarkah lukanya? bagaimanakah rupanya. FULL OF SURPRISES! Apetah lagi nak menjahit luka yang merata-rata di mukalah, bibirlah, dahilah, pipilah, juga mulut.. TAK PERNAH aku jumpa pesakit sebegini di INDIA. waktu belajar memang tak didedahkan langsung. Pertama kali seumur hidup begitulah aku ibaratkan. hik. Manalah tak bergetar lututkan. haha.




Issued my first all ceramic crowns. Yeah! Nampak tak yang mana crown pesakit ni? Ada dua di tengah-tengah tu. Orang cakap gigi kapak ek? Pesakit ni mengalami eksiden, dua giginya patah separuh. Setelah rawatan saraf dibuat, untuk lebih estetik kenalah buat crown. Kalau setakat tampalan memang tak cukup kuatlah.



Dan semestinya harga all ceramic crowns ni bukannya murahhhhh!
 Pesakit hanya bayar caj lab sahaja. Itu pun sebatang gigi/ crown berharga RM450



First time pasang arch bars di mulut pesakit, amik ko. 3jam lebih kot. haha. sakit-sakit belakang, peluh tak payah cakaplah. meleleh-leleh kot. Sampai kena perli dengan bosss.. "AIK LAMANYA" haha. ampun boss saya budak baru belajar. Last pasang arch bars walaupun tak hebat tapi oklah 1 jam 40 minit. Nampak tak ada improvement???? Bangga ni. haha. Tapi saya masih budak baru belajar. Bila di OS ni pesakit kanak-kanak (paeds) pun aku ada rawat. Memang bukan mudah. Ada yang mempunyai pengalaman yang diludah, ditendang. hehe. Tapi masih tegar dan kental!


Seorang mangsa kemalangan yang agak teruk juga keadaanya. 
Selain kecederaan di dagu, muka.. Pesakit ni mengalami patah di tulang rahang bawah.



Setelah dijahit.



Tak masuk oncall lagi tu, oncall ni best bila nak claim duit oncall. haha. =P Waktu oncall pun senior officers banyak snagat membantu. Banyak juga call mereka bertanya opinions. Bila dapat phone call tu berdebar je apa kes yang bakal menanti. huhu. Sampai nak mandi pun bawa handphone dalam bilik air. Alhamdulillah, sejak masuk OS tak adalah rasa takut sangat oncall. my second oncall coming soon!!! huhu end of this JUNE.


Walaupun pernah terdetik dalam hati kenapalah attachment OS 4 bulan?? kenapalah lama sangat?? TAPI semua tu memang dah terjawab. ohhhh patutlah OS 4 bulan. Tiba-tiba rasa nape OS 4 bulan je? haha. Sekarang berkhidmat di Klinik Pergigian Maharani pula. Treat outpatient. Scaling, Extraction, Filling. BOSAN dan SANGAT PENAT!!!! Tak ada dah interesting cases untuk di jahit, di pasang arch bars. No more OT day. No more free food yang selalu sangat ada di pantri. hehe. No more ward round. Banyaknya no more. Tapi yang pasti ONCALL masih ADA. hehe.




Ini Dr. Syareena!!! hehe aku gatal nak assist Sha sebab nanti ada dalam gambar. Lol.
 Si adik kecil ini main-main naik basikal dan terjatuh.
 Ada luka sedikit di bibir dan giginya yang hampir tercabut. 
Menangis-nangis adik ni. Puas pujuk, nasib baik walaupun
 masih menangis dia bagi kerjasama yang baik.




Now, m still adapting with my daily routine di Klinik Pergigian Maharani. RAMAINYA pesakit. Walaupun penat, i think i'm fine with it. Because this is my life. I'm a DENTIST. This is who i am. Inilah life aku sebagai seorang dentist. Kalau duduk bergoyang kaki kenapa aku pilih kerjaya ini. Bila aku rasa penat dan stress cepat-cepat aku fikir balik. Ikhlaskanlah hati ini mengamalkan ilmuku yaALLAH. Ilmu tu tak ada gunanya kalau tak diamalkan. Amalan itu tak berguna jika tidak ikhlas kerana ALLAH. Kalau rasa nak enjoy kerja, marilah kita ikhlaskan hati kerana ALLAH. InsyaALLAH. *big grin*




Kes terakhir aku di OS. Disebabkan sakit gigi tetapi mengabaikannya, 
sampailah dah ada nanah dan bengkak, terpaksa melakukan 
rawatan incision and drainage. Maksudnya, kene belah sikit di bahagian 
bengkak yang ada nanah untuk keluarkannya. Kemudian akan diletakkan 
tiub getah (kecil). Hari-hari kena datang cuci sampailah tak ada nanah lagi.



Jadi waktu ni, tiub getrah sudah boleh dibuka, dah tempat 
itu mestilah ditutup kembali melalui jahitan.



Pengajarannya, jangan sampai dah bengak bernanah baru 
nak jumpa doktor gigi. Dapatkan rawatan secepat yang mungkin
 supaya tak semakin teruk yeeee =D



p/s: Pengalaman paling bermakna di OS. 4 bulan takkan cukup untuk menimba ilmu di OS. Terima kasih tak terhingga kepada Dr.Rohana the big boss, Dr. Nurliza, Dr. Nazihah, Dr. Akmal, DSA-DSA (Akak, adik, pakcik =P), PPK, dan JT yang memang terbaikkkkkk. =D

11 si gojes suke membebel:

nazirul mubin said... [Reply]

thanks for sharing ur experience Dr.Intan... really inspired me as dental student. Keep it up!

Intanberlian said... [Reply]

@nazirul mubin

most welcome adik =D all the best to u!!!!

capik said... [Reply]

Waaaaaa.ak mcm xtawu ape2.lol.xpenah buat arch bar lg.wuuuuuu.

shima said... [Reply]

wow bestnye dr. intan!!!
keep updating :)

amy syifa said... [Reply]

blh tak klu tetiba sy nak sambung blajar jadi dentist..hahaaa... dah bosan jadi dental nurse =P agak2 ada peluang lagi x sbbb dah tua T_T

Anonymous said... [Reply]

salam doc..sy mengalami masalah kesan hitam dicelah gigi depan dan terdapat bahagian berwarna hitam di ruang dalam pada gigi depan sebelah kiri tetapi gigi tersebut tidak berlubang..kesan hitam tersebut menyebabkab sy malu untuk senyum..apa yg harus sy lakukan??harap doc dapat membantu..terima kasih..
-Deana-

Affieza said... [Reply]

Even only 4months, but all your experiences taught u to become a great dentist dear!!!

Sha said... [Reply]

uuuuu, so interesting, Dr. Intan! :D baru nak masuk tahun kedua september ni Insyaallah. Masih jauh perjalanan. All the best, Dr.!

Kak Jie said... [Reply]

tak berapa berani nak tengok gambar2 ni....gerun yang lebih.


tapi seronok nak baca pengalaman mcm ni

fifie said... [Reply]

I guess we have the same blog's name. Hehe. Hai, I'm new here cik doktor :)

keili said... [Reply]

hi there, thank you for your post. i m a final year student overseas and i am coming back to work in malaysia next year so it is really interesting to read your entry and gain insight as to what i ll be doing next year as a fydo. thank you so much!

Related Posts with Thumbnails