I dedicate this post for HIM, yes he's my other half. The one who completes me (><)
Kehadapan Dr. Bam2 yang sangat saya sayangi.. hm, Jumaat ni awak dah start exam Professional yang awak nanti-nantikan. Intan doakan yang terbaik untuk awak ye. Ingatlah semua susah payah awak selama ini belajar sejak dari matrikulasi sampailah ke tahun akhir ni. Wow almost 7 years kan sayang??
Ingat tau, ma abah family awak termasuklah intan sendiri mengharapkan awak buat yang terbaik. Percayalah bila kita dah berusaha dengan sungguh-sungguh seikhlas hati, banyakkanlah berdoa dan bertawakkal. Banyak mana pun usaha kita, Allah juga yang menetukan segalanya. Allah tahu mana yang terbaik untuk hamba-hambaNya sayang.
Tapi janganlah sesekali awak berputus asa sebelum berjuang ye (><). Yakinlah awaklah yang terbaik antara mereka yang terbaik. Walaupun kita kenalah menjadi seorang yang merendah diri tetapi janganlah terlalu merendah diri, simpanlah sedikit keyakinan dalam diri supaya apa sahaja yang kita lakukan nampak konfidennya. Jangan patah semangat. Jangan lemah semangat. Eh patah dengan lemah tu tak sama ke sayang? hehe. Walaupun awak kata orang tu pandai, orang sana bijak, orang sini study sikit je dah hebat, orang hujung tu baca sikit ingatnya lamaaa.. TAK. Tak semua orang sama, ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, mungkin kita sendiri sahaja yang tak tahukan. YANG PENTING, awak kenali diri awak apa kelebihan dan kekurangan awak, gunakan sebaik mungkin di saat-saat terakhir ini ye. No more turning back.
Hadapi semua ini dengan penuh yakin, semangat, doa dan paling penting tawakkal. Tawakkal tu bukanlah hanya bersandarkan hati pada ALLAH Taala semata, tetapi diiringi dengan usaha dan doa. So, you did the best, selebihnya kita serahkan pada Allah. He knows what is the best for you. Kalau Dia kata TIDAK, maknanya Dia tahu apa lagi yang terbaik untuk kita, jika Dia kata NANTI, tabahlah menanti sebab Dia tahu bila kita memerlukannya. Jika Dia kata YA, Alhamdulillah itu rezeki awak. Intan yakin dengan awak. So, awak pun kena yakin dengan kemampuan awak. InsyaALLAH.
"Kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya".Surah Ali-Imran : Ayat 159
Akhir sekali, ingat balik kenapa awak pilih menjadi seorang doktor. Kenapa awak rasa awak sangat gigih berusaha tanpa penat dan jemu, Kenapa dan untuk siapa awak lulus exam pro dan bergelar seorang doktor. Angkat tangan ke dada, pejamkan mata bayangkanlah wajah-wajah kesayangan awak yang selama ini menyokong awak tanpa jemu. InsyaALLAH doa mereka termasuk Intan sentiasa ada untuk awak ye bakal Dr. Danial Izzat Minhat. Kata-kata ini tak semanis madu, tak seindah salju tapi ikhlas dari hati yang satu. peewitt. madah pula ye haha.
Ehem, Ingat ye janji kita (^^,)
Seikhlas hati menyayangi awak,
Intanberlian
p/s: I pray the best for him and all his friends. Ameen.
p/s: I pray the best for him and all his friends. Ameen.
1 si gojes suke membebel:
Wow it's mean dentist vs doctor lah ni...hehe
Post a Comment