Sunday, October 14, 2012

My Engagement day: Hantaran sebagai tanda sayang =P

www.tips-fb.com

As Salam readers,




nak sambung cerita pasal my E-Day. Hantaran kami decided nak buat 9 dulang berbalas 7. Biasanya kalau tunang ni lebih kepada manisan dan sedikitlah barang-barang peribadikan? hehe.

FOR HIM

 SIRIH JUNJUNG

dah modified tak jadi junjung, buat dalam kotak sahaja. That box pun actually daripada box for belt and  wallet. hehe. Then aku balutkan box tu cantik-cantik guna wrapping paper and put some renda bermanik to make it look nice. Bunga-bunga to fresh flowers yang tak sampai RM10. Cuba cari roses tapi sebab masa tu Hari Malaysiakan, kedai banyak tutup. T.T




  COKLAT

Sebagai manisan mulut coklat memang tak pernah ketinggalankan? hehe. So I chose to put a box of 16 Ferrero Rocher in the middle. Then the box tu pun dah hias dengan renda-renda berkilat. hehe. Since Bam2 really likes Toblerone I put two of toblerone. Itu pun Bam2 tak sempat nak jamah. haha. Then aku letak juga coklat kecil untuk ditaburkan si sekeliling Ferrero Rocher. Ada Crunch, Kisses Hershey's dan Cadbury Blueberry and Strawberry Yogurt.

Oh yeah, I love the puzzle photo of us hujung tu. I made it di Jusco Tebrau. Ala kan ada booth kecil-kecil tengah-tengah jalan tu. Siap dalam 30 minit. It costs me RM30 for that. I love that, sebab tak terlalu besar and just nice kan dekat corner tu? ><



  SET KEMEJA & NECKTIE

Haha aku bukanlah orang yang hebat nak gubah hantaran ni, So, just put the shirt, necktie with the DR.DANIAL's clip and BAM2's Littman stethoscope. All in blue colour. The necktie and shirt bought in Sogo. YaALLAH seriously tak nak dah pergi Sogo. Ramainya orang macam semuttttt. Rimas gilaaaa. huhu. Sampaikan nak naik escalator pun kena beratur ikut turn. At last memang cari those 2 things je, tak larat nak cuci mata ke nak shop yang lain sebab punyalah ramai manusia di sana. 



APAM POLKADOT

Satu lagi sebagai manisan mulut. Apam polkadot yang berwarna-warni yang dibuat oleh makcikku. heee. Yang pink box tu beli di kedai yang jual barang hantaran. Sebenarnya nak cari paper box je tapi tak jumpa. At last this satin pink box menarik sangat. Satin pink love box ni harganya around RM9.90. Beli dekat kedai barang-barang untuk buat hantaran di Melaka. 



 SEJADAH

Kebetulan sangat sejadah ni warna biru. Hehe. Sejadah ni aku beli dekat Jalan TAR. Mahal juga harganya. Lebih kurang RM50. Mungkin berkualiti dan tebal. Asalnya nak buat sejadah ni macam bentuk rehal tapi disebabkan dah ada satu rehal so aku nak make it simple je. Buat bentuk kipas dan ikat dengan renda bermanik yang berjuntai-juntai tu. Habis cerita. Bakul tu pun dah bereben bagai. Nanti komplikated sangat pun tak cantik. Serabut je kan.


BUAH- BUAHAN

Buah-buahan ni memang wajib ada bukan? Sebagai pencuci mulut. Hehe. Buah ni ayah yang beli. Kombinasi buah epal merah, epal hijau, pear dan anggur. Nak nampak cantik kenalah lap buah tu sampai berkilat. Tak perlu susah payah pun nak letak minyak bagi nampak kilat cukup sekadar lapkan bersih-bersih. Seolah-olah macam kita polish. 


RASBERRY CHEESE CAKE IN JARS

Suka ini! Rasberry Cheese Cake in jars yang di sponsor oleh busuku. hee.Thank you much. Asalnya aku nak buat sendiri. Tapi sebab busu nak tolong buatkan. Aku sangatlah berbesar hati hehe. Tambahan dengan riben soft peach sebagai hiasan nak tembahkan seri. Seriously dah masuk dalam fridge memang sedap dimakan. 




KEK
Ada lagi 2 dulang, ada Kek. Kek aku pilih Kek Banana Chocolate Secret Recipe. Ni special request dari Bam2. So aku bagi la kek secret, awal-awal abang tu dah pesan. Kek ni boleh tahan paling lama 3 jam sahaja tanpa fridge. So memang letak dalam fridge sahaja sampailah masa majis baru keluarkan kek letak atas dulang. Kadang-kadang bukannya apa, kek yang cantik sangat gunakan fondant bagai ni, deco je lebih sedapnya tidak. Mahal pula tu. Nanti tak ada orang nak makan. So aku decide ok juga beli kek secret ni puas hati. Cantik atau tak belakang kira janji orang makan sedap. Mahal pun puas hati. Ye tak?


SET BELT & WALLET
Tak ada gambar pula. Yang ni lagi simple aku buat. Disebabkan kotaknya aku dah gunakan untuk buat sirih junjung. So just gulungkan belt dan posisikan dengan wallet. Tadaaaaa. haha. senangkan? Biar simple je tak payah pening-pening kepala.



FOR ME


SIRIH JUNJUNG
Balasan sirih junjung.Cantik sangat huhu. Mudah dan kreatifkan? Siap ada kapur dan pinang lagi. hee.


TELEKUNG
Set telekung yang dihias cantik. Nampak macam kelopak bunga. Serious tak nampak macam telekung. huhu. Kreatif kot. Hehe. Puas ni aku nak buka satu-satu. haha. Telekung tu beli dengan Bam2 dekat jalan TAR. Memang murah-murah kat sana.



SEPASANG BAJU BATIK
Cantikkan!!! Baju batik yang dibeli di Kelantan. heee. warna merah jambu lagi.


APAM POLKADOT
Apam polkadot sebagai pemanis mulut. Sedap dan lembut. huhu. Sekejap je dah habis.


COKLAT
Coklat sebgai pemanis mulut. Haha banyak gila kot. Serious tak tipu sampai sekarang ada lagi ni kat rumah.


AL-QURAN & REHAL
Al-Quran dan rehal berbentuk ukiran kayu. Rehal ni sekali dengan kotak. Memang cantik. 


BUAH-BUAHAN
Buah-buahan sebagai pencuci mulut. I love the cage!!!


KEK
Kek fondant yang cantik ><




 CINCIN RISIK & CINCIN TUNANG



Nak share gambar-gambar pooyo ni. hik


Mini Pelamin


Heart broken?


 No, we are in LOVE <3


 AND WE ARE ENGAGED!


 p/s: Sorry sangat lama gilaaaaa tak update blog. My life getiing busy and busier. ><

12 si gojes suke membebel:

intanurulfateha said... [Reply]

congratsssssss ! santekkk <3

khadijah said... [Reply]

comelnye baru follow ue blog, sebab tengok resepi kek haritu.. comel sangat dentist and doctor, congratz ya..:) kreatif la awak ni :)

Intanberlian said... [Reply]

@intanurulfateha

kak intan thank u!!!!

Intanberlian said... [Reply]

@khadijah

heee tq dear, kite tak kreatif mana pun laaaa.. sikit2 je boleh la hik.

wifenavy said... [Reply]

Sweet!!!! sgt..

Gee GTG said... [Reply]

waaa~~~cantik.. tahniah kak^^

semoga ke jinjang pelamin~~~>o<

zella y said... [Reply]

tahniah dear!!
u look gorgeous... ;)

meera said... [Reply]

Assalamualaikum.. Intan akka nalla irukeringgala? Enakku unggaloda blog padika romba pudikum. Akka faham x ni? Hehhee.

shazika said... [Reply]

tahniah dah bertunang!
Lawa gambar2 u :))

Anonymous said... [Reply]

Salam nk tnye la..rehal box tu beli ktne n bpe hrge nye ek..?

Intanberlian said... [Reply]

@Anonymous

wslm rehal tu kite beli dekat kedai buku je... dekat Jalan TAR. it cost me around RM40 kalau tak silap.

kb8282 online store said... [Reply]

Pihak kami ada menyediakan jualan secara online barangan handbag, dompet, cadar, eyewear, belt, jam tangan, pakaian wanita, tudung & telekung murah dan harga berpatutan. Boleh dijadikan barangan hantaran.

layari blog kami di ONLINE STORE
atau PHOTO PRODUK

Related Posts with Thumbnails