Tuesday, November 04, 2014

Apakah kaitan Masalah Gusi dan Ibu Mengandung? | Periodontitis & Pregnancy.

www.tips-fb.com

As Salam Readers,


Hari ini kita post benda atau topik berilmiah sikitlah ye. Nanti aku dok membebel melalut-lalut korang bosan pula kan. I ni dah lah suka membebel. hah gitu.


Kali ni pengkhususan untuk ibu-ibu mengandung di luar sana. Perasan tak setiap kali lepas buat buku merah (bukan passport) dekat KKIA, mesti nurse suruh check gigi. Aku ni selalu jugalah dok tercongok dekat KKIA menanti ibu-ibu mengandung datang untuk dental check up. Ehem bukan suka suka je buat rules sendiri kena check gigi kalian ye, semuanya bersebab.


Kadang-kadang memang ramai yang memandang enteng check up gigi ni. Mungkin mereka tak tahu kenapa dan mengapa serta apakah kepentingannya. Sehinggakan ada assistant aku yang dok bertanya,

"dah check up gigi?" pun kena marah, ada yang campakkan buku depan dia. Kesiankan. Orang nak buat benda baik tapi kena marah. Maka aku nak terangkan apakah kepentingannya check up gigi ni ketika mengandung. 


Penyakit Gusi @ Periodontitis @ Gum Disease

Ini adalah masalah bengkak atau keradangan gusi. Paling senanglah kalau dah nampak gusi warna merah menyala tu, memang sah ada masalah gusi. Lagi senang kalau gosok gigi sikit gusi berdarah, pegang gusi sikit pun berdarah. memang petanda sangat tu. Aku simpulkan di sini:

1) warna gusi merah kemerahan (selalunya warna pinkish gitu kalau sihat)
2) Gosok gigi berdarah
3) Mulut berbau busuk
4) Nampak putih2 atau hitam2 tanda wujudnya karang gigi di celah-celah gigi
5) Gigi goyang
6) Gigi nampak panjang, sebab gusi sudah ke bawah/ ke atas dari kedudukan yang sepatutnya. Bila gusi sudah tak berada pada kedudukannya, mesti akan rasa ngilu dan sakit (kadang-kadang)



Masalah Gusi


Karang gigi 




Okay apa pula kaitannya dengan kandungan kita? 


Tahukah anda bahawa karang gigi itu adalah akibat pengumpulan bakteria dan sisa makanan yang terlekat pada gigi? Makin tebal karang gigi maka makin teballah ternakan kuman dan bakteria di mulut anda semua. Jadi bayangkanlah. 


RISIKO PENYAKIT GUSI PADA KANDUNGAN KITA

Kelahiran Bayi Pra Matang dan Bayi Kurang Berat 
( Premature delivery and low birth weight)







Bagaimana boleh terjadi?

Penyakit Gusi yang teruk (advanced) boleh menyebabkan level hormon prostaglandin meningkat naik. Tahu tak hormon Prostaglandin itu untuk apa? Prostaglandin is a labor-inducing compound form in one of the oral bacteria strains associated with periodontitis. Maka dengan itu bolehlah menyebabkan kelahiran pra matang dan bayi yang dilahirkan kurang berat dari yang sepatutnya.

Ibu yang ada masalah gusi berisiko tinggi untuk melahirkan bayinya kurang dari usia 37 minggu dalam kandungan. 








Faham tak penerangan tu? 


SEBAB itulah PENTING untuk selalu bersihkan gigi secara EFEKTIF, jumpa doktor gigi secara berkala dan paling penting ANTENATAL dental check up sebagai rutin ketika mengandung. 

untuk tips penjagaan dan cara bersihkan gigi dengan berkesan boleh klik SINI



Oh yeah ada satu lagi masalah gusi yang jarang tapi boleh berlaku. Kita panggil sebagai :

Pregnancy Tumour @ Pyogenic Granuloma @ Pregnancy Epulis @ Granuloma/ Epulis Gravidarum


Hal ini lebih kepada ketumbuhan pada gusi. It is benign (harmless/tak berbahaya) tumour and does not have potential to become malignant (cancerous). 
Kesan: Mudah berdarah (highly vascular), tak sakit
Rawatan: Boleh dibuang melalui pembedahan kecil dan electrocautery.
Ada kalanya kalau tak dibuang, akan mengecut sendiri selepas bersalin.


 Pregnany Epulis


Okaylah. Cukuplah untuk hari ni. Lebih-lebih nanti berpinar pula mata korang nak baca. Maka dengan itu jangan diabaikan kalau nurse suruh check gigi ye. Bukan sekadar nak dapatkan sign dekat buku merah je. Kalau doktor gigi kata perlukan rawatan terutamanya SCALING, yess anda kenalah datang teruskan rawatan tersebut.




p/s: Orang cakap bila mengandung sahaja mesti gigi goyang. Alhamdulillah aku tiada masalah. Bagi aku semua itu mitos. Yang penting penjagaan gigi yang berkesan. 

Monday, November 03, 2014

Fasa hidup berubah yang bagaikan bullet train.

www.tips-fb.com

As Salam Readers,


Pheww what a long. super long time tak menaip tak mengarang. Tumpul dah kepala hotak ni. huuu. Kali terakhir update bergelar tunangan orang. Alhamdulillah kini aku dah bergelar isteri kepada si bam2. Bonda kepada baby comel #dhiazarakamilia dan insyaALLAH #dhiazarakamilia juga bakal mendapat adik tahun depan. fewwwitttt. 


Haha nampak tak betapa lajunya bullet train kehidupan aku yang berubah fasa tanpa sempat aku menarik nafas. Bukan senang nak sesuaikan diri dari hidup bujang ke hidup berpasangan. Baru berdua kejap bertiga dan kini bakal berempat. Alhamdulillah sekali lagi. 


Memandangkan niat di hati nak membersihkan balik sawang di blog ni, nak berbakti balik kepada readers sambil berkongsi asam garam hidup beranak pinak ni maka aku pun akan cuba untuk mengaktifkan balik diri ini dan menajamkan balik hotak yang dah lama tumpul. 


Perubahan hidup yang positif menjadikan aku bertambah sibuk. YaALLAH tak tersangka woiiii sesibuk ini jadik mak orang. huuuu. nak pakai make up pon tak sempat. Kalau dapat pergi berak pun dah syukur wehhh. Maka dengan itu, janganlah marah sekiranya blog aku banyak spam gambar anak guwe yang comel tu ye. Iye aku tahu tak secomel anak che ta tapi cukup comel di mata aku dan bam2. Haha mungkinkah bam2 akan tenggelam timbul dalam kisah di blog ini. Mana mungkin kan. Kadang-kadang aku terfikir, adakah doa aku atau doa korang yang asik dok panggil bam2 menjadikannya kenyataan???? kih2. Maafkan dinda wahai kanda bam2. I still lap u!


Okay for today. Nanti aku post yang berilmiah sikit ye. Ini sekadar intro kepada my COMEBACK gitu. InsyaALLAH. 


Gambar kahwin yang setahun lepas. Time ni we all slim and cun melecun gitu.


Reception di Putrajaya


Dhia zara Kamilia fresh from oven!


Dhia zara baru je 44 hari. First time travel back to Putrajaya





Anak bonda cepatnya membesar. Bonda dan papa love u baby!!!


p/s: Rindu zaman belajar di India. huuu tetiba kan???

Related Posts with Thumbnails