Saturday, February 27, 2010

Resepi mudah Puding Roti Epal..marilah cuba!

www.tips-fb.com

hari ini cuti sempena maulidur rasul di india..lambat sehari kalendar india ni..aku terlebih rajin nak buat puding roti..resepi ini aku dah lama guna..so marilah mencuba. senang je nak buat.. dan sedap rasanya.. tak caya? tanya kawan-kawan aku.hehe. hmm aku tak ingat aku cilok kat mana resepi ni,tapi aku dah alter sikit lah.

bahan-bahannya:

 

  
saiz cup yang aku guna.
disebabkan selalu main agak-agak je.
ni je cup aku jumpa tadi kat dapur

8-10 keping roti
sebiji epal
2 biji telur
satu sudu esen vanilla
1 cawan susu segar ( dalam resepi guna 1tin susu cair,tapi aku lagi suka susu segar)
1/2 cawan gula halus/gula biasa pun boleh
sedikit jus epal (kalau mahu,sebagai perasa,tak nak pun tak apa.sedap saja)
kismis hitam atau kuning
secubit garam

cara-caranya:
1) potong dadu roti dan epal.. dua-dua potong dadu.
 

 

2) kemudian letakkan di dalam satu bekas besar,agak-agaklah muat.dan disebabkan aku gunakan microwave..so aku terus letak dalam bekas yang tahan microwave. untuk sesiapa nak gunakan oven,letaklah dalam loyang ye..dan jangan lupa sapukan butter atau marjerin dekat loyang itu,untuk elakkan dari melekat nanti.

3) campur-adukkan roti,epal dan kismis tadi agak-agak dah sebati.
 
 
 

4) kemudian,dalam bekas lain.. pukul 2biji telur sampai kembang (guna garfu pun cukup)
 
 
 

5) campurkan satu sudu esen vanilla,1cawan susu,dan gula. ( cairkan gula guna air panas, penuhkan je cup tadi..sekiranya taknak cairkan gula,sila tambahkan kuantiti susu ye)

6) dah sebati sila tuangkan bahan-bahan tadi ke dalam bekas berisi roti,epal dan kismis.

7) kalau terkurang air,tambah sedikit susu..jangan sampai terlebih susu pula. yang ini sila ikut keadaan.pastikan dah dicampur rata.

8) biarkan roti kembang dalam 5minit atau kurang.
 
 sebelum dan selepas masak.


9) masukkan bekas tadi ke dalam microwave dan bakar selama 20min sehingga masak dan epal menjadi lembut. atau bakar dalam oven/kukus selama 40-45 min.
 
10) sejukkan ikut suhu bilik..then masukkan dalam peti sejuk =D
dah boleh potong dan makan.


p/s: aku dah banyak kali buat.huhu sedap.so marilah sama-sama mencuba.. pastu leh lah korang pula yang alter..nak guna buah lain ke kan.manalah tahu.


8 si gojes suke membebel:

Ahn said... [Reply]

seronoknye~(salah gune ayat)

IntanBerlian said... [Reply]

haha.pi belajar bm balik.

ana zara said... [Reply]

waaa..senang je nk buat nampak.. cam sedap..

IntanBerlian said... [Reply]

ana kene buat.dah buat sila buat entri.hehe.nk gak tgk jadi ke tak.huhu

Hazzy Ishak said... [Reply]

so simple...

Ahn said... [Reply]

weh,kau blaja buat cis kek pulak.sedap doh.danial izzat minhat mesti suka.aha

IntanBerlian said... [Reply]

Hazzy Ishak~

huhu simple dan sedap,mari cuba!!

IntanBerlian said... [Reply]

kiwi~


huhuhuh..ala susahlah nak cari bhn kat sini.nanti blik msia aku try.hehe..ko pandai buat? meh ajar aku.lala.

Related Posts with Thumbnails