Wednesday, March 31, 2010

tag ; award ; lagu tema world cup 2010 memang terbaik!

www.tips-fb.com

tag ni dari kak eja dan hazzy.
huhu maaf ye kak eja lambat pula buat tag ni.
ni nak langsaikan hutang tag,lalala.

1) adakah anda rasa HOT? 

HOT tu panaskan? ouh yeah..aku memang tengah HOT gila ni.. arghh dah masuk summer kat India.. panas gila.. tak tahan! 

2) Upload wallpaper PC/Laptop yang anda guna sekarang...?


3) Cerita Pasal Gambar Ini...?

gambar buah hati kesayangan aku. satu tu gambar masa g makan, yang kedua tu gambar masa kat masjid kristal terengganu.. last winter vacation aku balik malaysiakan.. aku tengah HOMESICK ni.. rindunya kat mama dengan ayah.. bila rasa penat-penat ke tensed ke ni rasa nak peluk mama.. tapi jauh T_T

4) Kali Terakhir Makan Pizza...?

jangan di tanya bila? aku pun tak ingat.seingat aku masa balik malaysia winter hari tu. aku tak jumpa pizza hut HALAL kat sini.. kalau halal pun, dia ada serve pork gak.. nak ke kau makan.. benci kan duk luar malaysia ni.. kalau vege pizza buatan india adalah kot aku telan.

5)Lagu Terakhir Anda Dengar...?

macam ternginang-ngiang je lagu tema WORLD CUP 2010..hehe best lah..ada ala-ala india sikit bunyinya. pernah dengar? nah pergi dengar.rasa nak menari gelek2..haha.

by K'naan

lirik:
Give me freedom, give me fire, give me reason, take me higher
See the champions, take the field now, you define us, make us feel proud
In the streets are, exaliftin , as we lose our inhabition,
Celebration its around us, every nation, all around us
Singin forever young, singin songs underneath that sun
Lets rejoice in the beautiful game.
And together at the end of the day.
WE ALL SAY
When I get older I will be stronger
They’ll call me freedom Just like a wavin’ flag
And then it goes back
And then it goes back
And then it goes back
When I get older I will be stronger
They’ll call me freedom
Just like a wavin’ flag
And then it goes back
And then it goes back
And then it goes
Oooooooooooooh woooooooooohh hohoho
Give you freedom, give you fire, give you reason, take you higher
See the champions, take the field now, you define us, make us feel proud
In the streets are, exaliftin, every loser in ambition,
Celebration, its around us, every nations, all around us
Singin forever young, singin songs underneath that sun
Lets rejoice in the beautiful game.
And together at the end of the day.
WE ALL SAY
When I get older, I will be stronger
They’ll call me freedom
Just like a wavin’ flag
And then it goes back
And then it goes back
And then it goes back
When I get older I will be stronger
They’ll call me freedom
Just like a wavin’ flag
And then it goes back
And then it goes back
And then it goes
Wooooooooo Ohohohoooooooo ! OOOoooooh Wooooooooo
WE ALL SAY !
When I get older I will be stronger
They’ll call me freedom
Just like a wavin’ flag
And then it goes back
And then it goes back
And then it goes back
When I get older I will be stronger
They’ll call me freedom
Just like a wavin’ flag
And then it goes back
And then it goes back
And then it goes
Wooo hooooo hohohohoooooo
And everybody will be singinit
Wooooooooo ohohohooooo
And we are all singinit


6)Apa Yang Anda Buat Selain Menyelesaikan Tag Ini...?

aku tengah pi skodeng blog dan entri-entri baru orang ni.. sapa? haha.ramai.mana aku drop komen tu, itu lah aku skodeng.. ada beberapa blog je yang aku masih setia menjadi silent reader.. nanti aku reveal.=P


7) Selain Nama Sendiri, Anda Dipanggil Nama Apa...?

orang panggil aku dengan nama INTAN saja, tapi sejak kat india nama aku boleh menjadi INTERN atau INDAN dan kalau nak sebut panjang-panjang jadi INTAN SCHEZWANI ( macam schezwan fried rice plak). di rumah aku ialah ALONG.hehe. 

kadang-kadang ada blogger panggil aku bella =D


8) Tag Lagi 5 Orang Siapa Yer Nak Tag Nie...?

ok aku nak bagi homework ni dekat jeng jeng jeng...
1. Joegrimjow ( sebab aku tengok dia happy betul tak kene tag dengan hazzy.haha.)
2. kyuubi85 ( selalu aku skodeng beliau punye blog.hehe tapi jarang komen)
3. deqyalalink ( budak dental ukm.hehe rasa happy kenal dgn dental student kat malaysia)
4. Aqma ( kawan aku hehe masa kat PLKN dulu)
5. kak wawan ( yeah saja nak bagi homework untuk akak wawan sayang ni)


9) Siapa Orang No.1 Pada Anda...???
kenalan baru di alam maya.suka aku baca entri dia.banyak informasi dan banyak teladan.. amik contoh yang baik-baik ek.hehe.



10. Katakan Sesuatu Pada Orang No.5.
..
kak,akak ni comel la..haha *puji dengan harapan dia blnaje cendol*


11. No.3 Ada Hubungan Dengan Sape...???

seorang lelaki..bukannya perempuan..aku dah chek dia normal.haha.tul kan deqya.
 

12. Bagaimana Pulak Dengan No.2...???

ouh kenalan baru di alam maya juga.hehe aku suka skodeng blog beliau..bukan beliau ok.


13. Kata² Cinta Dengan Orang No.4...???
Aqma aku rindu gila kat kau sayang.. amacam cinta tak tu?


14. Berikan 5 Yang Anda Tau Tentang Orang Yang Tag Anda....
ada 2 orang ni:

kak eja dia dah bertunang..cantik betul aku tengok dia.huhu. tunggu dia kahwin nanti.nak suruh dia jemput aku.gaga.. dia suka masak ada mcam-macam resepi kat blog dia.

hazzy, dia comel..agaknya sekali petik ramai jejaka datang kejar kan hazzy.. hazzy pun suka masak..ada resepi best-best juga kat blog dia.. i like~ hazzy single dan available ek? ke aku salah.hehe..

yeah habis dah hutang..


ok yang ni ada award yang aku dapat..maaf ye FIT, kak ryna dan aqma sayang.. kalau lambat post pasal ni.hehe papepon maceh banyak-banyak..muuahh..

dari aqma

dari kak ryna dan FIT.

award ni aku hadiahkan buat :


sekian terima kasih

p/s: sakit rumah yang menjadi-jadi.

Tuesday, March 30, 2010

Tak terfikir aku soalan itu dia akan tanya!

www.tips-fb.com

salam semua,

pernah tak ada orang tanya pasal Islam dengan korang? maksud aku yang non-muslim lah.. 


pada beberapa hari lepas, ada seorang batchmate aku tanya.. mula-mula dia cerita pasal good friday and bla3. dan dia kata nama dia JONAH.. which is Yunus in Islam .. dia kisahkan kat aku pasal Jonah dalam mulut ikan paus tu..dan selepas berdoa.. 3 hari dia terkeluar.. 


aku pun diam sahajalah.. ouh yeah.dia penganut Kristian.


dan tiba-tiba dia tanya aku:


" siapa tuhan kau intan?" Aku siap-siap translate dalam bahasa lah ye.
aku jawab. " Allah.kenapa kau tanya?"
 " siapa anak tuhan kau?"
"  ouh tuhan DIA satu sahaja.. DIA tak ada anak, tak ada isteri, tak ada sesiapa..dan dia berdiri dengan sendirinya.. "
dia buat muka pelik.. dia kata lagi " kau tahu tak, Jesus tu anak kepada tuhan"
 "ye aku tahu kau percaya yang Jesus tu anak kepada tuhan, tapi sebagai Islam aku percaya yang tuhan itu satu DIA tak beranak dan tidak pula diperanakkan."

" macam mana muka tuhan kau?"
" aku tak pernah tengok muka tuhan.. tapi aku percaya DIA itu ada" 


dia buat muka pelik lagi..time tu aku dah rasa lain macam.. menggigil badan aku.. aku kena bersiap sedia apa lagi yang dia bakal dia tanya aku..



tak pernah aku ditanya soalan sedemikian rupa..selalunya aku selalu sahaja baca dalam artikel, blog dan sesi-sesi dialong sebegini.. tapi tak pernah terjadi dengan aku.. aku kena jawab macam mana pun.. ini soal agama aku..


" eh macam mana kau boleh percaya Tuhan kau ada sedangkan kau tak lihat pun muka dia..tak tahu pun bagaimana rupa DIA.. dan tak yahu DIA tu di mana..macam aku, aku tahu Jesus punya rupa.. aku tahu dia dari Jerusalem.. kau pula tak tahu apa-apa?"
 " kan aku cakap tadi.. aku tahu DIA itu satu dan DIA tak ada sesiapa..DIA hanya satu" dan aku tahu dia makin pelik..


 fikiran aku ligat berfikir..bagaimana aku nak terangkan ni, aku teringat beberapa sesi dialog debat yang pernah aku baca di beberapa artikel dan juga kat blog Joe..


" hey Jonah mari aku bagitahu kau satu perkara, kalau lah aku lempang kau sekali kan.. kau rasa sakit kan? kat mana yang kau sakit tu? tunjukkan aku?"

 dia tunjuk pipi dia..

" ok sekarang bagitahu aku..mana dia sakit?"
 " sini sakit,ini sakit"
 " bukan, itu bukan sakit..itu pipi kau..itu kulit kau..itu bukan sakit.."
 " kau tak nampak dimana sakit kan? kau tak tahu rupa sakitkan..tapi kau boleh rasa sakitnya kan?"
" see jonah.. dalam kehidupan ini, ada perkara yang kita tak perlukan explanation dan bukti rupa mahupun bentuk.. tetapi kita sendiri boleh merasakan kewujudannya.. we can feel it.. feel its existence right.. "


dia diam sambil memegang-memegang pipi dia..hati aku berdebar..dia macam memikirkan sesuatu.aku pun cuba cari apa lagi patut aku cakap..


tiba-tiba:
"hey intan let me tell u something"


wah berdebar-debar hati aku..apa lagi dia nak utarakan ni..


" Jonah. u got case!!! " seorang senior panggil dia..



tarik nafas lega aku... argh memang agak susah untuk berdebat dan mempertahankan sesuatu bukan..


mungkin seperti yang aku baca di blog Joe, aku patut berkata begini:

kau nampak tak otak kau di mana? pernah nampak? atau patutkah aku katakan kau tak berotak hanya kerana aku mahupun kau tak nampak otak kau.


argh kasar pula bunyinya.


walaupun begitu aku cuba.. aku yang kekurangan ilmu ni cuba mencari ilmu agar suatu masa nanti kalau ada orang mempersoalkan pasal agama aku..aku mampu tersenyum dan menjawab dengan yakin dan tenang tanpa rasa berdebar-debar dalam hati...



dan bila dia tanya siapa tuhan kau.. aku tidak menjawab tuhan "aku".. sebab bagi aku.. bila kita kata pasal tuhan.. DIA ialah ALLAH.. dan DIA ialah tuhan seluruh umat manusia dan segala yang ada di muka bumi ini..maka.. tidak wujud tuhan kau mahupun aku sebab DIA hanyalah satu...






p/s: maaf sekiranya ada yang tersalah untuk apa yang aku katakan.. yang buruk itu datangnya daripada aku juga..

Monday, March 29, 2010

I Wanna Be a Project Alpha TV Star!

www.tips-fb.com

Kini Project Alpha kembali lagi..huih pejam celik dah season 3 dah pun. season 2 tak keluar lagi.. tapi season 3 punya audition sudah ada..



anda berani mahu mencuba kehebatan anda?

aku belum mampu lagi.hehe.. aku pun tak hebat mana..

1st season.. akak redmummy dah menang.hehe.hebat kan?

so siapa pula season 2 nanti? nantikan saja.. ouh yeah.nak lihat siapa 7 calon untuk season 2? boleh kenali mereka..mari klik sini.

mereka adalah: Azwan Ali, Cheesie, KY, Ninie Ahmad, Niki Cheong, Shaolin Tiger, Klubbkid

ia takkan lengkap tanpa host nya yang comel dan cantik itu ; Jojo Struys
( bolehlah terjah ke blog-blog mereka ini ye)

season 3 siapa pula.mungkin kau dan kau..tapi aku tahu bukan aku.. inilah masa untuk anda tonjolkan kehebatan diri serta gaya penuh keunggulan huhu..

apa itu project Alpha ek?
Project Alpha ini adalah reality tv series yang pertama di Malaysia yang menonjolkan kisah hidup the Top Malaysia's bloggers..

kenapa adanya Projek ini?
sekarang ni, blog mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian..tengok saja, pelbagai tips dan sumber pengetahuan yang dipaparkan oleh para bloggers.

so bagaimana dengan anda? mahu mencuba kehebatan diri? mahu menonjolkan bakat anda? mari hantar video audition anda dengan segera..

PROJECT ALPHA nak jadikan kau STAR!! 

hehe tak susah pun lah.. video tu hanya 60 saat atau kurang je..tapi tak lebih ok! gunakan kreativiti anda.. jadikan video itu paling kreatif sekali ye.. dan hantar kan video itu. kat bawah ni ada beberapa rules yang kena ikut..so aku copy kan ni..

Step 1: Join ruumz or login to your account

Step 2: Join the Project Alpha ruumz group! (You're looking at it!)
*The option to join is located on the top left hand side of your screen.

Step 3: Upload your video into the 'Auditions' Album below

Step 4: Insert a title and a short description about your audition.
* Tip: You can also tag yourself to your video so that it will appear on your ruumz profile page

Step 5: To increase your chances of being selected, get your friends and family to "Like" your video

View the T&C here

 
 
The Top 3 winners will be featured as guests bloggers in the next season of Project Alpha
and will also walk away with:



1st Prize
- 3 days 2 nights stay at 360Kuching Hotel, Kuching in a Deluxe Room with breakfast for 2 pax
- Adidas ACTION 3 hamper worth RM100 (Includes a South Africa 2010 mini ball)
- P1 W1GGY Prepaid worth RM199

2nd & 3rd Prize
- Adidas ACTION 3 hamper worth RM100 (Includes a South Africa 2010 mini ball)
- P1 W1GGY Prepaid worth RM199



kalau nak tengok contoh video boleh lah klik link ni ye:
http://projectalphagroup.ruumz.com/Groups/

hehe,aku tak mampu join lagi.belum layak orang kata.. dan aku belum lagi bersedia untuk jadi femes.. wahaha.. perasan jap..bagi aku can lah ek.

banyak lagi hadiah menarik menanti..

so jangan lepaskan peluang keemasan ini ye..segera hantar video anda yang paling kreatif sekali ok! inilah masa yang paling dinantikan untuk anda menonjolkan bakat anda! sertai Project Alpha season 3!!

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions or projectalpha.ruumz.com/groups

Lady GAGA suka buka baju?

www.tips-fb.com

dear readers,

korang kenal dengan Stefani Germanotta?

tak? so macam mana pula dengan LADY GAGA.. tipu betul siapa yang tak kenal kan. Aku suka betul dengar lagu si GAGA ni.. hehe..best lah suara dia ni.. banyak juga lagu dia ni jadi Faveret aku.. 

antara singles GAGA yang memang menjadi international number one hits adalah poker face, just dance dan bad romance.

so satu hari tu member aku tanya, kau pernah ke tengok music video si GAGA ni tan? hmm seriously tak pernah pula terniat nak tengokkan.. selalu aku youtubing pun tak pernah terlintas dalam kepala ni nak jengah si GAGA.. 

bagi aku si GAGA ni pelik gila. personaliti dia memang tak boleh blah. dan signature dia sebagai orang yang pelik dari segi fesyen terutamanya..semua orang pun tahu kan.. mangsa fesyen ke apa si GAGA ni.. lantaklah yang penting suara dia best..

dia seksi memang tak boleh blah.. aku pula malu tengok.hoho.kalau buat konsert tak sah kalau tak pakai spender dengan bra je.. sesuai betul jadi model baju dalam..  then ada saja part dia nak buka baju kat dalam music video dia...



nah amik kau.kena tangkap dengan paparazzi.haha.
apa kau buat tu GAGA..
tarik jangan tak tarik.


erk baju buih? baju plastic bubbles?
ini masa konsert The Fame Ball tour kot.
orang kata baju semi nude.


apa kena kau ni GAGA.


ouh yeah she's crazy.
tapi cantikkan muka dia ni.
macam patung plak aku tengok.


suatu hari yang indah aku tergerak nak jengah music video dia. feveret aku lagu TELEPHONE. walla apa pelik sangat ni GAGA oii..  pastu aku teruskan dengan tengok pula BAD ROMANCE, POKER FACE, JUST DANCE, PAPARAZZI, LOVE GAME..

Telephone
GAGA ft Beyonce
suka aku tengok spek rokok dia.berasap-asap.
pastu cam lawak betul tengok ramnibut telefon dia tu.
skip part menari dengan g-string.


Bad Romance
erks.. pelik kenapa last-last laki tu hangit dan hangus.
 tahlah korang tengok sendiri.


Love Game
err tengoklah sendiri
kenapa kena banned.


yang lain pergilah youtubing sendiri ek.

apa yang aku boleh simpulkan.. si GAGA ni seksi tak beragak. Dia ni kalau music video takde part yang agak lucah tak boleh. pastu ada ke patut menari-nari pakai g-string.. aku ke yang kolot sangat ni rasa pelik.

dan aku juga perasan mesti ada part orang nak bukakan baju dia.. adoih. GAGA oh GAGA..

pastu mesti ada dia pakai baju plastik,clear transparent.. tak panas ke kau GAGA..

dia punye gerakan tarian dia..hmm agak unik.aku rasa si GAGA ni sendiri punye move kot.pelik semacam je.. huhu.. tak leh tahan, mada aku tengok GAGA ft dengan beyonce.. aku rasa beyonce ni dah macam dia dah..hoho.pelik dan unik.

dan juga, spek mata dia.pelik-pelik..aku rasa nak gelak guling-guling pun ada.tengoklah telephone nye MV.. lawak betul spek rokok tu.
khabarnya GAGA nak jadi designer sunglasses.. habislah pelik-pelik nanti koleksi dia.

dan GAGA juga merupakan first POP artist to be viewed in youtube more than 'billion' times..

poker face - 374,606,128 hits, 
her debut 'Just Dance' - 272,941,674 hits
'Bad Romance' - 360,020,327 times


GAGA ni muda lagi, lahir pun tahun 1986.. setahu aku, music video dia yang LOVE ROMANCE tu kene banned dengan Australian Channel ( NETWORK TEN) dengan alasan sexually explicit imagery..huhu

kan aku dah kata, music video kau ni GAGA 18SX..

patutlah ada member aku kata, ramai lelaki suka tengok MV si GAGA ni.. tsk.tsk.tsk.

cuba tengok mata dia yang comel dalam bad romance tu..aku siap jumpa tutorial nak make up camtu lagi.layankan..

amacam mahu buat..
4 eyelashes palsu?
wtheeee tak berat ke? mak aii.


p/s: aku tetap suka dengar lagu kau GAGA.. jangan kau jadi GAGAP sudah.

Sunday, March 28, 2010

Resepi mudah Sagu Gula Melaka.

www.tips-fb.com

salam semua,

minggu lepas, aku memang takde kerja.so nak
mengisi masa yang ada aku pun teringin nak buat 
sagu gula melaka.
 
aku tak pernah rasa sebelum ni.

kebetulan banyak pula gula melaka dengan
biji sagu kat bilik aku ni..
dan aku pula terjumpa resepi ni waktu blogwalking
kat blog Hazzy Ishak ( mari skodeng beliau)
 
Resepi nya sangat mudah.
yang bujang-bujang tu pun boleh saja buat.hehe.

bahan-bahan: 
(ini yang aku guna, kalau nak ubah kuantiti sendiri pun boleh)

1 1/2 gula melaka
1 mug biji sagu
2 peket santan serbuk  ( boleh diganti dengan susu)
( aku guna peket je, celah mana nak cari santan kat india ni)
sedikit garam
gula
daun pandan ( kalau ada) 

cara-caranya:

1) rendam biji sagu dalam air biasa selama setengah jam sampai sedikit kembang.
2) kemudian, buang airnya dan toskan biji sagu.. masukkan dalam kuali.
3) tambah air sedikit demi sedikit, gunakan api perlahan
4) masak sampai sagu bertukar menjadi lutsinar.
5)bila dah masak, masukkan ke dalam acuan dan sejukkan.
6) untuk gula melaka, potong kecik-kecik sedikit dan masukkan ke dalam kuali, letak sekali dengan daun pandan.. dan panaskan dengan api perlahan sampai gula cair.. kalau kurang manisnya tambahlah gula biasa.. ikut suka.dah masak.. asingkan dan sejukkan.
7) untuk santan, pastikan api perlahan.. tambah sedikit garam.. pastikan juga tak sampai pecah minyak. dah masak.. boleh juga disejukkan.



hehe, aku letak perwarna pink kat sagu ni..
saje nak menambah seri..weee.


bila nak makan, terpulang lah ikut kreativiti sendiri nak hidang macam mana.macam aku ni, aku guna sudu dan letak sikit-sikit dalam mangkuk.
pastikan dah sejuk sirap gula dan santan.. pastu letak sekali..
memang sedap woo!!
 
 
 yang first aku letak santan.
yang second tu aku dah letak gula..
SEDAP.! tak tipu.
 
 
kalau ikut style hazzy pula, dia letak dalam acuan kecil.
pastu letak santan dan sirap gula.
memang cantik.

nilai estetik aku kurang sikit.haha.

hehe, member-member aku kata rasa macam cendol.
arghh faveret aku la cendol.jadilah kan tak dapat
cendol tapi dapat ni..

nak buat lagi.tapi celah mana nak dapatkan
gula melaka dengan biji sagu kat india. T.T


meh tolong postkan kat india =D


p/s: thanks ye hazzy. =D Hilang kempunan aku makan cendol.hehe.

Saturday, March 27, 2010

it's not easy to extract firm tooth sayang..

www.tips-fb.com

salam bloggers,


 huhu jangan risau.aku tak kan baca buku depan
kau sayang..


hah aku takde idea nak merepek.kalau aku cerita kisah aku cabut gigi orang semalam mesti korang pun dah bosan kan dengar.. hehe.. asik-asik pasal cabut gigi.. argh aku nak cerita juga.

eh korang tak gerun ke kisah aku cabut gigi orang.. semalam second time aku dapat gigi geraham( 2nd molar) firm.. dan dengan bangganya aku berjaya cabut tanpa patah rootnya.. yeah!!

hehe sebelum ni aku selalu sangat cakap dalam hati aku.. asik kes grade II dengan grade III mobility je.. tak mencabar langsung.. kerek ek aku..maap. =P

itu pun last minit dah nak habis posting baru dapat.. senior kata.
"boleh ke awak cabut ni?" " argh saya try lah bang..
 *dalam hati aku.ceh underestimate aku eh bang!*

hehe.. sepenuh tenaga ok..dan dengan gembiranya inferior alveolar nerve block aku telah berjaya menjadi.. patient sikit pun tak rasa sakit.. Alhamdulillah. (>.<) *nak senyum lebar-lebar*

entah kenapa aku selalu dapat patient yang pelik-pelik. dulu aku pernah dapat pakcik tu dia deaf and dumb boleh klik sini nak baca kisah aku cabut gigi pakcik tu.

semalam aku dapat sorang abang tu.. muka dia expressionless.memang blurrr habislah.. aku suruh buka besar-besar mulut pun dia tak paham..

ada sekali tu aku konon bagus habislah cakap tamil dengan dia.. sekali dia jawab:
" sorry i didnt get you." ouh man.i was like..wtheeeee.. ceh malu aku dowh. tahu speaking rupanya mamat neh..so pengajaran..cakap english dulu ye..

hmm sebenarnya, gigi firm molar sangat-sangat sukar bagi perempuan yang kurang tenaga macam aku.ceh. 

sebelum ni aku pernah dapat kes firm tapi bukanlah gigi molar (geraham).. aku dapat gigi canine dan premolars.. not that difficult.. kenapa molar susah sebab rootnya ada 3 untuk atas dan 2 untuk gigi bawah..

jadi nak senang..

1)kena pastikan LA work so patient tak sakit..so boleh lah buat macam-macam dalam mulut.

2)kena elevate mucoperiosteum fully..sampai nampak root part dan bony area.so senang nantii nak luxate kan gigi tu guna periosteal elevator.. luxate ni maksudnya kita kena umpil sedikit gigi tu ke atas supaya senang nak grip guna forcep nanti.. dan tiada masalah root patah..kalau patah dah satu hal lagi nak keluarkan root.. 

3) grip firmly..give more buccal traction.. hehe aku suka part ni. walaupun kena guna tenaga lebih.tapi aku suka.. nanti boleh dengar bunyi gigi tu..dengan bone juga.. crack2.. hehe.. kalau sebelum ni masa aku nak cabut 3rd molar ( gigi bongsu) aku tak berjaya sebab aku tak cukup kuat dan kurang visibility serta accessibility. kali ni aku berjaya.hehe...
bila aku nak sterilize instruments aku, ada sorang senior perempuan tanya:

" u did it intan? " senyum lebar aku ..angguk kepala laju2 lak tu.haha.
dia senyum  " good job dear!" 

tapi aku rasa aku belum layak nak terima kata-kata pujian sebab tengoklah entah berapa ramai teman aku.. aku masih belum mampu berdepan dengan pesakit sendirian kalau kes-kes firm ni.. dan credit juga pada Iggy sebab tolong aku luxate..tenaga perempuan aku tak cukup lagi.. bukan aku tak cuba..aku cuba T.T

yeah,teruskan usaha intan!!

sabar sayang..nanti aku balik malaysia.aku mesti mampu berkhidmat dengan baik.. nanti aku jemput kamu semua melawat aku ye..aku bagi the bestest treatment...hehehe.


hah tolong korek hidung sebelum datang ek sayang
haha. aku takpe.
sebab aku pakai facemask.
lalalala.
tapi hidung aku bersih.
aku tak tipu.
sumpah.

p/s: aku dah tak takut tengok darah!!! bangga tak dengan diri aku ni..=P

Friday, March 26, 2010

Tag lagi; siapa pasangan aku?

www.tips-fb.com

aku telah di TAG oleh cik Hazzy Superb. dan juga cik Slap me Please! hehe.. maceH! sebab bagi aku homework ye.. mmuuahh sikit!

Siapakah diri anda di rumah?
Aku? aku lah anak sulung yang manja dan comel lagi ayu lagi lemah gemalai..dan paling penyayang dan bertanggungjawab..hehe cukup tak tu? siapa lagi nak puji aku kalau bukan akukan.gagaga..

sebenarnya aku cucu sulung juga belah mak aku..hehe so dulu kecik2 mak aku kata aku ni manja betul dengan pakcik makcik aku.nak apa semua dapat..nasib baik jadi gak orang.hehe. dan aku tak sabar nak grad.. aku nak buktikan aku mampu berjaya.pastu aku nak atuk nenek mak ayah sume pegang ijazah aku.huhu..kalau aku balik kampung, aku gi tolong atuk aku kat kedai makan kan..habis satu kampung tahu aku balik malaysia.. " uih dah balik dah orang india ni, pandai cakap tamil" soalan tipikal yang akan di tanya..habis aku bantai cakap tamil..

adik aku pula kata aku ni pendiam. tak banyak marah..tapi kalau aku marah..ha macam muka hantu.haha. ala sabar pun ada limitkan..nasib badan lah kalau salah timing ye sayang..

Siapakah diri anda di samping rakan?
hehe aku orang yang suka senyum dan membantu orang lain..tul ni tak tipu punya.huhu.. dan ada kawan aku kata aku ni macam kaunselor..kalau ada masalah.aku boleh jadi the best good listener..hehe.mana yang mampu aku tolonglah kan..bukan itu je, aku juga dapat gelaran DR.LOVE..muahaha..poyokan aku.. ok, aku poyo..aku tahu..

ada yang kata aku tak kuat marah.. tapi aku ni sensitif.hehe.. dan aku sangat- sangat peramah..aku boleh berkawan dan berbual dengan sesiapa sahaja..bak kata mak aku campak mana-mana pun boleh hidup.yeke? hehe.cuba campak dalam mulut rimau..=P

5 perkara anda idamkan tapi belum tercapai:
1) aku nak pergi jepun + korea + kota london + paris + switzerland + kashmir + dubai (banyaknye)
2) pi umrah dengan mak ayah aku..nak pergi dengan mereka juga! tak nak pi sorang2!
3) aku nak DSLR sebijik juga.hehe..
4) aku nak ada tittle DR. kat depan nama aku.huhu,pastu aku nak sambung master,nak buka klinik sendiri..  dah banyak duit aku nak beli sebijik kereta idamanku CAMRY! hehe.
5) huhu nak kahwin.nak anak kembar laki perempuan..boleh tak?

Siapakah nama pasangan anda?
ala malu lah i nak bagitahu..hehe.. ok2 nama dia si comot Y.

Ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda.
1) dia hensem dan comel
2) semua orang jeles habislah aku berpasang-pasangan dengan dia ni.tu yang best orang lain pun dok jeles.
3) dia punya kulit lagi cun dari aku. ceh..ade ke patut.tapi aku suka.haha.
4) dia kelakar tapi sengal
5) dia punya suara best!

Bilakah tarikh anda couple.
tidak ku ingat..hehe.maaplah i ada short term memory ni.

Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda.
argh banyak.. sebab long distance relationship ni.. =(

Lagu tema cinta anda
Cari Jodoh - wali band.

 nah ni videoklip cari jodoh.
geli tengok mamat ni.haha.


Apa perubahan yang ingin anda lihat pada pasangan anda.
tak payah lah nak lembut-lembut sangat kulit tu. malu i dowh.i tak naklah nampak lagi hodoh dari u. dan kalau bolehlah kan..tolonglah belajar nyanyi lagu cari jodoh dari wali band tu..pliz2..i suka sangat2 tahu.. dangdut gitu..

TAG? 
aku tag 10 orang : 

1) Nescafe Ais ( haha..aku suka ganggu gugat hidup encek nes..walau aku tahu takdenye dia rajin nak layan tagging2 ni)
2) Nurika Jianie ( nah untuk adik comel )
3) Fitrihadi ( saje bagi kau fit! )
4) Aus Melankolik ( tah napa aku nak susahkan kau.haha)
5) Ana zara ( mari kenali dengan lebih rapat.hehe)
6) Cikhel ( buat cikhel sayang..hehe..)
7) Dr.hakim @ roy ( huii roy nak pi buat tag ni..)
8) Buzzy ( hi dear...huhu nah mari bagi homework sikit!)
9) Seha ( huhu selamat berkenalan seha!)
10) Farazila ( hehe akak! mari buat tag)



hehe..perkenalkan.inilah pasangan baru aku!
Mr.Yamapi.
*maap bam2 ghee.i taknak femeskan u*

p/s: cik slap me please..tq tau untuk award beautiful blogger tu.huhu...

Thursday, March 25, 2010

No Sweat !

www.tips-fb.com

salam dan hello semua,

hm well kali ini aku nak cerita pasal peluh! hah apa itu peluh.aku tahu mesti semua orang pun mengalami masalah inikan.. pasti rasa rimas dan berlengaskan..lagi-lagi sekarang ni musim panas tak ingat tu. dah lah terik semacam. peluh pulak tu..memanglah tak selesa.

peluh atau sweat ni dihasilkan daripada apocrine gland,dan sebenarnya ia adalah odorless,tapi kenapa berbau? apabila sweat is broken down by the hair and skin cells in armpit and then eaten by bacteria. the bacteria will release a chemical namely 3-methyl-2-hexenoic acid..yang itu menyebabkan ketiak berbau..

lagi-lagi kerja macam aku ni.. dah lah kerja aku asyik nak berdepan dengan para pesakit..jadi kenalah pastikan badan tak berpeluh dan tak berbau.. 

hah kalau korang jumpa dentist yang berpeluh sana sini..bau tak boleh blah tu..nak ke korang datang jumpa dia..ceh aku percaya,itulah sekali je korang datang..

pastu confirm korang pun sebarkan pada sedara mara,kawan-kawan jangan pergi kat klinik si polan bin si polan tu.. busuk siot! hah..lingkup terus klinik dia..hehe.

kerja aku pula dah macam nak peluk muka pesakit je.. rapat gila ketiak aku dengan hidung mereka ni. lagi dan lagi kena menjaga bau badan dan ketiak aku..muahahaha.. aku wangi ok.sila tanya pesakit aku..diorang suka je aku treat diorang..

nak tahu rahsianya? mari aku kongsikan..

tadaaaa....ini dia

ADIDAS ACTION 3

untuk elakkan ketiak berbau, kena pastikan ketiak kurang berpeluh.. dan untuk mengelakkan ketiak kurang berpeluh..gunalah anti-perspirant.

kenapa? 
kerana anti-perspirant ni act as a second skin under your armpit.so prevent perspiration from being released. tanpa peluh, bacteria tak ada..maka tiadalah bau!!!!

oleh itu, ADIDAS ACTION 3 is the best choice. This is the first absorbent anti-perspirant deo spray by ADIDAS with a triple action!!

ADIDAS ACTION 3 ada 
*perlindungan sehingga 48 jam daripada peluh!
*New Dry Max System Technology for extra wetness absorption.
* ada anti-whitening untuk kurangkan warna putih ada pada kulit dan baju
* 0% alkohol.

ada banyak pilihan antaranya FRESH, INTENSIVE, CONTROL, SENSITIVE, PURE dan PROLEVEL (khas untuk para atlit)

Project Alpha kembali lagi!!! 

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions


p/s: tak suka tengok orang ketiak basah.!


Wednesday, March 24, 2010

Composite restoration ; dapatkan kembali gigi yang cantik.

www.tips-fb.com

salam semua,

hari ini aku nak kongsi sedikit pasal dentistry.
hari itu aku posting conservative dentistry and endodontics kan.
aku ada buat composite restoration.composite ni ialah tooth colour material.so kebiasaannya untuk gigi depan supaya lebih esthetic.. tetapi boleh je nak buat untuk gigi belakang..

sekarang ni dah tak guna amalgam restoration kalau nak tampal gigi ( yang kaler hitam tu). tetapi composite restoration ini agak mahal sedikit..but more worth it lah sebab nampak esthetic.

biasanya kalau tooth fracture kat bahagian depan pun gunakan composite je.

kalau di kolej aku satu gigi lebih kurang RM 8.
kalau di klinik-klinik swasta di tempat aku pula dalam RM 50-60 la..
tak pasti pula harga di Malaysia berapa..

hari itu aku ada buat satu kes tooth fracture ( class I Ellis and davey fracture-enamel). so nak shape kan balik bentuk gigi tu.kene ada nilai kesabaran dan penuh teliti supaya kepuasan pesakit tu ada. yelah sape tak nak cantik balikkan gigi tu..

ada syaratnya, lepas tu tak boleh minum minuman yang ada stains contohnya kopi, minuman berkarbonat etc dalam masa 2 hari sebab nanti menyebabkan discolouration lah.. dan satu lagi keburukannya.dalam masa yang lama, akan ada polymerization shrinkage dan ada gap between restoration dengan tooth surface..so ada possibility untuk develop secondary caries dan staining..

hari tu aku tak sempat nak ambil gambar, jadi apa yang aku nak tunjuk ni semua kes kawan-kawan aku lah.sebab aku first yang dapat kes..lecturer lupa bagitahu kena ambil pre and post operative treatment.

ni aku masa buat root canal treatment


ini juga.


itu semua ialah files yang digunakan semasa root canal treatment.
ini adalah glass bead sterilizer untuk strelize files tu.



KES 1

fracture di dua-dua bahagian gigi tu.
kena restore dengan composite.


satu gigi sudah di restore oleh Johnson.


dan satu lagi oleh Juliza.
dan lihat hasilnya..
perfecta!



KES 2
ada caries di kedua-dua bahagian gigi
so kena excavate dulu caries tu
dan letak base GIC. sebagai thermal insulator.
sebab dah close to the pulp chamber.


restore by Ignatius


sebelah lagi restore by Dharmendra



KES 3

by Ignatius again.
same cases fracture.



KES 4





KES 5

disebabkan oleh dental caries
by Jonah



dentist-to-be
we did our best for your satisfaction
wah macam iklan pula.hehe.




hero india.hehe.
my friends


p/s: ok sekian sahaja untuk kali ini.. sebarang pertanyaan boleh sahaja.. aku cuba nak buat formspring.me teringin jugakan..tapi entah kenapa kena block dengan firewall sengal kat hostel aku ni.. dem betul. reason: hacking? ada ke patut.

Tuesday, March 23, 2010

Kenapa jangan tidur petang.

www.tips-fb.com

aku sangat suka tidur petang..
ye lebih tepat sekali lepas asar..
ada sesiapa yang suka tidur lepas asar macam aku?
argh aku gelar aktiviti itu sebagai
-- kuak lentang atas katil---

 
exercise lah tu kan? 
damn it! betul ke orang kata boleh mewarisi
kegilaan? abes lah aku macam ni.. boleh gila.

lebih 40 kali dah aku bantai..mahu hari-hari.
penatlah layan gigi orang masa kat kolej.
aku kena gain balik tenaga aku yang hilang 
untuk belajar di malam hari.
* ceh belajar lah sangat kan *

tapi kalau aku tidur petang.malam sure
aku akan tidur lambat.bila aku tidur
lamabat esok pagi aku malas bangun pagi.
dan akibatnya aku terpaksa bangun pagi.
maka aku tak ikhlas pi kelas.
dan aku sure tersengguk2 macam 
memancing ikan.
argh kene ubah gaya hidup.
dah terlambat ke ni?

hmm aku ada terjumpa di encik google.
katanya: 

Imam Al Ghazali di dalam kitab Ihya Ulumuddin telah berkata: Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor.
 
hmm so maksudnya.
kalau nak tidur kenelah sebelum
zohor.bukan selepas asar.

sebenarnya bukan boleh menyebabkan kegilaan.

pernah tak korang alami macam ini,
tidur sedap betul sampai 3-4 jam.
sedar-sedar dah gelap.amik tuala
masuk bilik air.. 
rupanya magrib bukannya dah subuh
ha pernah tak?

nanti orang-orang tua kata..ha itulah
tidur lepas asar lagi.kan
dah mengong otaknya.

hah pernah tak hadapi ini pula.
tidur sedap-sedap pastu mimpi pelik-pelik.
mimpi kene kejar itulah inilah.
kene makan itulah inilah.
aku pernah mimpi aku tengok aku mati.
gerun-gerun.
pernah juga aku mimpi dunia nak banjir.
kena berebut-rebut baik kapal besar.
pastu kena ada token.sapa takde
tak boleh naik
gerun aku..sekali sedar,
amik kau nak isyak dah..

YaAllah aku rasa aku nak gila dah.
hoho.mungkin itulah maksudnya 
mewarisi kegilaan kan.
pandai-pandai je aku.

so kenapa jangan tidur petang:

1) nanti ko cepat membesar sebab nak tahu kenapa? growth hormone banyak waktu petang sebab tu baby suka tidur petang.hehe..bagus untuk tumbesaran..tapi kau dah cukup-cukuplah tu besar.

2) nanti gemuk.sebab patutnya ko pergi exercise!

3) nanti senang tertinggal solat.yelah kalau dah lajak tu kan. tak pun solat akhir waktu.aku panggil solat kembar..sebab asar nak masuk magrib atau pun magrib nak masuk isyak..jadi mari kita cuba elakkan.

4) nanti malam kau tidur lambat.kau tak boleh tidur.esok pagi kau tak segar nak teruskan hari-hari kau yang indah..tak best bukan?

5) nanti ko pening-pening lalat..puasnya tidak..pening lagi adalah.. yelah kalau terlebih tidur tu..same je ngantuk juga..

6) nanti ko buat benda pelik-pelik.contohnya tetiba bangun pi amik tuala ank gi mandi.. haha macam adik aku..sedap je aku gelakkan.

7) mimpi pelik-pelik.. boleh menjadi gila.huhu.

ok sekian sahaja.


p/s: ok rekod hari ni aku tak tido petang yeah!

Monday, March 22, 2010

Kenapa kitaran haid atau menstrual tidak teratur?

www.tips-fb.com

terima kasih pada yang sudi baca luahan hati aku semalam.entah kenapa aku nak emo.dan kalau aku emo aku jarang nak post kat blog ni..malu orang baca.hoho..tapi aku rasa macam nak gak publish.. buat muka tebal lah.

btw aku terharu juga ada yang sudi komen entri emo aku.. bila aku emo.spontan je apa aku nak tulis.. ikut hati aku..ayat pun leh tahan bunga..wahahaha..bunga ke weh..

Alhamdulillah..hati aku dah sihat..aku emo tak lama..aku dah lega..aku dah boleh tenang.. aku dah happy.. terima kasih semua..sayang sikit!!! mmmuahh!


sebenarnya ada benda lain juga yang mengganggu gugat pemikiran aku ni.

aku punya kitaran menstrual dah lewat gila dah ni..argh pening aku.. esh lambat menstrual pun nak pening-pening ke? ada orang tanya.. bukan apa aku risaulah..sepatutnya umur cam aku ni dah leh kata patutnya regular lah kan..



so aku tanya makcik google tadi.inilah hasilnya:

ok mula-mula aku nak bagitahu apa yang dimaksudkan dengan irregular menstrual cycle ni.. kitaran normal ialah dengan selangan setiap 28 hari. tapi kebanyakkannya ialah antara 24-35 hari..
dan ada juga yang akan mengalami kurang dari 21 hari atau lebih dari 35 hari..( tapi jarang berlaku) itu mungkin normal.

dan kebiasaannya akan berakhir lebih kurang 5-7 hari..paling normal lah tu.

 jangan ikut.ini salah!!

tahukan kenapa adanya kitaran menstrual ini? 
sebabnya untuk meruntuhkan balik dinding endometrium dan bersihkan balik uterus apabila tidak adanya embryo yang nak di attach dekat dinding endometrium yang dah menebal tu.. ( bermaksiud tiada persenyawaan berlaku antara ovum dengan sperma) alah,semua pun tahukan.. SPM ada belajar ni.huhu.

so apabila isyarat hormon dalam badan ni sampaikan antara satu sama lain maka terjadilah kitaran menstrual.. jika isyarat ini terganggu ataupun tak sampai itulah terjadinya kelewatan kitaran ini.

so antara faktor-faktor yang mengganggu isyarat ini ialah:

1) STRESS ( oh aku tahu kenapa..aku sangat stress lately.hoho)

2) NEW CYCLE ( budak-budak perempuan yang baru sahaja datang haid..belum lagi teratur kitarannya)

3) TERLALU BANYAK EXERCISE
(kalau terlalu bayak exercise boleh menyebabkan havoc dalam sistem badan ni)

4) SISTEM PEMAKANAN YANG TAK BETUL / DIETARY PROBLEM
- boleh disebabkan oleh poor nutrition contohnya terlalu banyak carbohidrat
- atau pun mereka yang mengalami BULEMIA atau ANOREXIA

5) PEMIKIRAN DAN EMOSI ( yang ni mungkin tekanan jugalah)

6) PREMENOPAUSE ( dah nak dekat menapouse cmni juga)

7) MEROKOK ( so stop your smoking habit baby!)

8) HORMONAL BIRTH CONTROL PILL
- yang ni kan kadang-kadang yang aku tahu ada orang nak stopkan dia punya menstrual cycle buat satu ketika atas sebab tertentu pun akan makan pil ni.

9) ALKOHOL BERLEBIHAN

10) UBAT

11) ANXIETY ABOUT PREGNANCY

12) UTERINE ABNORMALITIES ( FIBROIDS/CYSTS/POLYPS)


So camna nak atasi:




kenelah kurang kan stress, jaga pemakanan, berhenti merokok, bersederhanalah dalam bersenam..

tengok macam aku tak perlu exercise pun.

oklah.sekian sahaja untuk kali ini.

p/s: perempuan OH perempuan.


Related Posts with Thumbnails