Monday, August 23, 2010

Hancur anak bangsalah kalau macam ni.! | gadis 12 tahun pon dah buat seks bebas?

www.tips-fb.com


Salam readers,


nak share 2 gambar yang aku rasa penuh maksud tersirat.hehe.















orang kata kanak-kanak ni terlalu suci. ibarat kain putih. kita yang kena corakkan dia. orang juga kata.., baiknya anak itu cerdiknya anak itu sopannya anak itu.. tingginya budi pekerti anak itu semuanya benda pertama orang akan cakap.



uish anak sapa lah ni?? pandainya dia didik anak. 



tapi kalau yang perangai macam setan tu???


anak sape lah ni.. punyelah setan perangai.setan pon kalah!!


tengok saje berita hari ni.. budak berusia 12 tahun ok! diulangi 12 tahun telah ditangkap melakukan seks!! di tengah-tengah bulan puasa.. masyaAllah. apelah nak jadi.urut dada aku baca berita ni. first time aku baca. sedih pun ada kalau jadi mak ayah nya. dah lah si lelaki  tu baru je dia kenal.. entahlah dunia.





heh, sebenarnya. walaupun salah anak tak semua juga kan. ade juga terselit salah mak ayah. hmm papepon siapalah kita nak judge orang kan... tepuk dada tanyalah iman!


************************

aku nak share apa aku rasa, sebab tadi kawan aku si ita adelah bercakap pasal video si rosnah mat aris yang pernah kecoh kutuk isteri baginda siti khadijah tu.. hmm ita kata, memanglah salah si rosnah tu cakap macam tu.. tapi bila tengok komen2.. ade pula orang yang dok mengata laknatlah kau.! dan macam-macam lagi..



pada pendapat aku.. orang melayu suka melatah.. melatah tu maksudnya. cakap saje mana ada berita tak senonoh. mana ada kisah gossip hangat.. mana saja ada kisah tak elok..tuppppp! beramai ramai berlumba-lumba nak komen..nak dok mengata.. menghina.. dan sebagainya.. bagi aku. buat apa kita ni nak hina orang. nak kutuk orang... apa salahnya kita taburkan nasihat ke teguran ke. kan lebih elok.. biarlah dia tak dengar.. biarlah dia tak ikut..kan tanggungjawab kita untuk menegur sesama sendiri.bukan dok mengata... 




hmm tak yah pergi jauh2.. pergi je kat youtube,laman web gossip. baca je komen-komen kat bawah tu.. hmm macam diorang pula yang dah dok berlaga-laga. sorang memaki.. sorang lagi mengata.. datang sorang lagi.. memaki kepada pemaki  pertama.. terbaik lah. tak pasal-pasal timbul hal lain.. nak cari dosa sendiri watpe. padahal.. kalau kau baca pastu ko diam-diam je. hah habis cerita.



tu la dia, memang.. memang takkan sah kalau tak dapat provoke orang ek? 



heh, kadang-kadang aku suka baca blog OBEFIEND bila dia dok troll provoke orang sana sini.. memang kadang-kadang macam over. tapi suka pula aku baca orang yang cepat melatah ni...



p/s: gambar salam perantauan dah masuk paper harian metro.. ade tak sesiapa terjumpa.huhu..

Saturday, August 21, 2010

Betapa besarnya Maksud DOA DUDUK ANTARA 2 SUJUD | Bacaan AlQuran yang cukup indah dan merdu..

www.tips-fb.com

Salem readers,


kejap je dah seminggu puasa ek. eh lebih dah pon..


aku nak bagi santapan rohani sikit.








selama ni kalau kita solatkan.. pernah tak kita cuba mencari dan memahami setiap ayat-ayat yang kita baca atau sekadar membaca tanpa mengetahui maksudnya... bila kita solat setiap patah ayat yang kita baca adalah doa yang kita mohon kepada ALLAH Taala.. 



kita pula sekadar membaca mengikut rukun.. tersebut di bibir.. tanpa mengetahui maksud dan memahaminya.. tanpa tersentuh di hati... akibatnya. terjadilah insiden solat nak cepat.. solat sekejapan.. baca pon lintang pukang.. asal namanya solat kan.. itulah kalau tak memahami maksudnya.. main tibai je baca.. yaAllah peringatan kepada diriku jua. 


aku nak kongsikan sedikit maksud setiap bacaan yang kita baca waktu 


DUDUK ANTARA DUA SUJUD....



rendahkanlah hati memohon kemaafan kepada ALLAH Taala.dengan seikhlas mungkin. betapa banyaknya dosa yang kita lakukan seharian.. setiap minit setiap saat.


Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)


kemudian diamlah sejenak..
buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil ... Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah ..Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan ..Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,


Warhamni (sayangi aku)



Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya..Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima..Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..




Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)



Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita..Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja.. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu


Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain



(Hadis riwayat Al-Qudhi)




yaALLAH terima kasih.indahnya doa itu.. agaknya memang sudah dijangka manusia kadang-kadang alpa memohon sesuatu kepada DIA.. kita minta bila kita terdesak akan sesuatu.. lalu doa dalam solat bermaksud sebegini menjadikan kita tak pernah putus meminta kepada DIA,.. tetapi itu sekiranya kita melakukan solat setiap waktu...



indah bukan solat itu. sebab itu solat itu tiang agama.. 


moga ramadhan ini sedikit sebanyak boleh merubah kita menjadi yang lebih baik. kalau tak banyak sekurang-kurangnya sekelumit.. ISLAM itu indah.. asalkan kita ikhlas. insyaALLAH.. kasih sayang dan rahmat Allah tak pernah putus walaupun sedikit.. selagi kita berharap dan berada dijalan-Nya. insafi diri selagi masih ada masa...








eh eh ada doa pendekat jodohlah.. hehe sesatttttt. 




amalkan ye =D



akhir sekali.. aku nak share video bawah ni. aku tengok kat youtube.. hmm menag betul-betul merdu.lunak suara anak kecik ni menjadi imam... rasa sebak pon ade dengar...







p/s: salam ramadhan kalian...

Friday, August 20, 2010

Salam perantauanku 2010 | tahniah DR.Aimimira dan DR.Husna!

www.tips-fb.com


Salam readers,


weee gambar dah masuk salam perantauan walaupun setakat online je kan.hehe...


hmmm nanti kalau sesape terjumpa gambar cun ni kat paper utusan.. tolong lah bagitahu aku ek..


hahahaaaa.. desperate tak aku.


kalau nak tolong gunting simpankan pon takpe..


hehe.



nah buat tayangan umum.



gambar contoh. jangan lupa cari kat paper ok!!



ouh yeah. aku ada ceritakan pasal ada orang tiru aku tu. ceh macam hebat je bunyinye ek.haha. abaikan weh.. hmm tadi macam biasa dia tiru aku lagi.. tiba-tiba..


datang seorang cikgu tu. tegur dia. 


"kenapa kau pandang belakang? kau mana leh buat camtu? ko tengok kertas dia eh?"


*tamil cakap melayu gitu.. cayalah!!! keh2*


pastu datang seorang pakcik penyelaras dewan.. dia cakap-cakap tamil sikit. aku buat tak tahu je. tak nak dituduh subahat kan... aku tekun je tunduk.


hehe tiba-tiba dia suh aku bangun.. tarik meja aku ke belakang sikit.


ceh. jauh sejengkal je dari tempat tadi kot..haha.


hmm btw, seorang sahabat baik aku, dulu sama-sama tempuh suka duka dekat STF.. sebilik. pastu ditakdirkan.. dapat pula satu matrik kat TANGKAK... haha


pastu lagi dapat pula ke INDIA sama-sama.. DENTISTRY juga..
dan sekali lagi kami sama-sama ke SHAH ALAM buat foundation ke INDIA..


dan tapi kami tak dapat pula ke tempat yang ssama.. dia nun dia atas tempat sejuk.. aku nun di bawah tempat paling HOT!! sama duk sini HOT2 gitu.. haha.


AIMIMIRA ARIFFIN.. sudah pass final year dengan jayanya.. tahniah dear. terbaik wok!! aku masih di belakang ni.hehe. tunggu.tinggal beberapa langkah lagi nak kejar kau mi... 


TAHNIAH DR.AIMIMIRA ARIFFIN.


muuahhh sayang kau!!

 waktu bercuti kat GOA.hehe.
 




 maaplah mi.. gambar ko dengan dia ni aku letak.sebab cun.haha


TAHNIAH JUGA BUAT DR.HUSNA!!! heeee.


p/s: bila lagi turn aku pulak ni....

Wednesday, August 18, 2010

Bila bergaya bebas meniru waktu exam !

www.tips-fb.com


Salam readers,



aih hidup aku sangat tak stabil sejak beberapa hari ni. adoih.. tunggang langgang hidup bila tengah final ni.. makkkk nak buka murtabak hari ni... wah tiba-tiba.. makkk posss lah plizzz ke india. adoih ngidam.


2 paper dah berjaya aku tumbangkan. wahh macam badang ek.. ade 5 lagi paper. chaiyokkk intanberlian!! hmm baru habis paper kedua tadi. not bad. agak-agak tak tahu tu macam biasa.. gunakan kemahiran untuk meng'crap..hahaaa... encik penanda kertas tolonglah jangan baca ek.. anggaplah bertulis tu dah betul.. bagi je markah sebab banyak tu guaaa tuliss... walaupun guaaa buat teori sendirik...hehe.AMIN!



hmm sekali tengah rajin buka nuffnang.
pehhh time aku busy tak update tak blogwalking. punyelah banyak Buffered earning.



eleh tan.... orang lain lagi banyak kot.huhu.


takpe ade rezeki adalah.hehe.








weh tak de sapekah nak join kontest aku.. majuk r camni..




ok. bye! takde cite best pon sebab aku tengah exam.hehe.



eh eh tiba-tiba kan teringat satu cite best.



tahun lepaslah. bukan tahun ni. tahun ni belum ada lagiii.... 


adalah seorang batchmate aku ni, dia pi meniru.. hmm biasalah kan. si pemalas study ni memang suka meniru.. adoih.. apa gunanya exam kalau macam tu..pelik aku.. exam untuk menguji kepala hotak kita dan sebanyak mana pengetahuan kita bukannya menguji betapa hebatnya kau meniru!


tiru baik punya. handphone letak dekat dalam baju kat bahagian bahu.. so dia ni pon sedap menanyakan soalan kepada si penjawab yang rajin bersekongkol tu kan... sekali...



ada seorang cikgu lalu belakang dia. terkantoiiiii!!!



" hey man, talk slowly!!!"



bapak arrrr.... gila punya kolej!



mahu lagi best??? 


semalam ada seorang kawan aku tu msg lepas 1st paper..

"how's MCQ???"

" SIMPLY DID.quite ok.but not too ok!!" 
yola bukan semua pon aku tahu.huhu.. banyak tembakkkk je.


" i copied urs.. 20 quest"


makkk aiii sentappp. padanlah concern semacam.haha. lantak kaulah labu.. bukan semua berul pon.. haih.. tak baik tau tiru2 bulan posa ni.. tak berkat tauuu!!!


dan tadi sekali lagi,


dia pusing belakang pandang aku..


" intan MCQ ok!"


hmm suka hati kaulah.aku tak nak bersubahat. ko nampak tu rezekilah namanya.!



MAHU LAGI BEST???


hmm, junior aku bagitahu.. masa diorang exam lagi best.. tak tahu jawapan. tanya je cikgu. then cikgu akan pergu at budak-budak malaysia JPA (sebab bagi diorang budak malaysia ni rajin dan bijak).. pastu dia tengok jawapan kau.. hafal.. kemudian transfer kepada si penanya soalan...


amacam hebat tak.. sentappp beb. sape yang study tonggang terbalik tu.pastu jawapan kene tiru bulat2 oleh cikgu pula tu... adoih. memang dasar _____ punya kolej. isi sendiri. bulan posa tak baik cakap-cakap benda tak baik... gagaga.



sudahlah. malu mahu cerita banyak-banyak..


ini sahaja buat santapan korang.


sebelum tu tolonglah sapa-sapa baik hati pos kan murtabak daging.. aku kempunan. pastu dengan kuih putu ayu, tepung pelita sekali ek... pastikan sampai depan bilik aku... wahhh!!!



p/s: sambung mode exam!

Saturday, August 14, 2010

Dari India ke Malaysia khas untuk kamu lah... hm nak tahu 10 things i hate about you BAM2???

www.tips-fb.com

Salam readers,


10/8 yang lalu birthday bam2.. happy birthday dear. dah besar awak.hee..  selalu sangatkan bila birthday awak kite takde kat malaysia.. hee.


tahun lepas minta tolong kawan bam2 belikan kek secret recipe choc indugence. tapi tahun ni aku nak buat lain sikitt.. heee.nah, aku sangat suka kek ni.. nak tahu kenapa. tengoklah...weee. ceh aku yang order mestilah aku suka.. hahaha... lama ni plan..



kek special..ada muka aku..haha. aku nye muka kena ada.








aku tempah kek ni dari




huhu, nice dealing dengan kak huda.. hmm ada macam-macam lagi yang kak huda ada buat.. cupcakes dia.. memang kreatif abes lah.. huhu. tapi aku sangat berminat dengan edible image ni.. comel tak?? comel kan2???? hehe.. ouh yeah kak huda ni kat area kuantan.. tu senang sikit nak delivery kat bam2.



harganya pon agak berpatutan


choc moist 1.5kg + edible image + candles + delivery

hmm kek ni patutnya harganya RM50 (asalnya RM45)

tapi aku dapat RM45 sebab dah order awal dari kak huda.. memandangkan banyak harga barang mentah naik.. so tu yang naik harga...  edible image plak RM24.. plus delivery RM10..  candles tu free sebab aku bayar genap RM80..heeee.. maceh kak huda!






bam2 kata sedap. haha. dia tak mo bagi kawan-kawan dia makan gambar muka aku.. gedikksss kan dia.. dia kata makan part dia je boleh.. gedikssssss!



dan HAPPY ANNIVERSARY SAYANG...


13/8 anniversary yang ke-5.. 5 tahun dah kenal si bam2 ni.. 5 tahun dah melalui suka duka dengan si bam2.. hm macam-macam dah ek kita lalui.. kalau nak dikenang. kelakar pon ada kalau ingat-ingat dulu-dulunya kenangan.hehe.




sempena itu nak lah belikan something for u.. tapi tak kesampaian... sebab last minit orang tu takleh nak amik order plak... takde rezeki awaklah...heee...last year, delivery cupcakes... tahun ni.. bukan cupcakes.. adalah..haha. tapi tak jadi. dah takjadi takyah lah cerita kan...



asik bagi makanan je kan aku ni.haha... padanlah bam2 makin tembammmmmm!!!! haha. memanglah dia ada sebab nak kata aku penyebabnya. bam2 ni takleh main2..politik dia dahsat.. kalau dia kata dia work out hari-hari.. dah kurus kan..



"pasni kite dah kurus, awak takleh kata bam2 lagi.. kita work out hari-hari.. tinggal muscle je.. kurus da.. takde perut tau"



" yeke? camtu kite jumpa awak nanti awak dah kuruslah kan.."

" eh tak juga.. awak balik lambat lagi.. masa tu mungkin kita dah tak kurus macam sekarang, kita dah tembam balik ke kan"


"ceh penipu!!!!! tak de buktilah awak ni"



tengok-tengok.. politik tak si bam2 ni.. ceh!!

ok sayang khas untuk awak!!!

10 things i hate about you:

10) i haven't slept in an eternity. always in my thought, dream..lost my sleep because of u.
9) u make me smile for no reasons. u make me look like completely fool in front of others. i would be talking or doing something, then your thought would creep into my mind then i will smile without seeing the person or place.
8) u make me emotionally dependent.. no celebration complete without u.. my tears wouldn't dry without your soothing words.
7) i dont dress up for myself anymore.. Only for u!!
6) u have made everyone else in this world seem less important
5) i'm not myself anymore
4) i love u so much
3) u made me write "i love u so much" in the "10 things i hate about you" list
2) get off my mind.. m not able to concentrate on the list..
1) u proved science wrong. it's not my heart or mind where my life lives. but in YOU!




huhu oklah, di samping itu.. nak wish birthday kat mak usu kesayanganku dan sahabatku Ardi Irna Syukriah yang jatuh pada 11/8..




HAPPY BIRTHDAY BUSU!!
sorry tak dapat nak post kad dah.heee.. sangat-sangat busy. hee. balik nanti lah ek.hehe.
mmmuahhhhh sayang busu!!



ARDI HAPPY BIRTHDAY BABE!!!
salam sayang dari aku... heee... senyum selalu dear.



p/s: maybe entri terakhir sebelum final exam. ada paper starting this monday! wish me luck eh!
ouh yeah.. selamat menjalani ibadah puasa... jangan lupe join KONTEST aku!! dan jengah-jengah lah paper ek.. mana tahu gambar salam perantauan aku dah masuk...haha. =D

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan kembali lagi.. aku masih di sini, sekadar luahan rasa....a

www.tips-fb.com



Salam Readers,


hmm, kejap je dah masuk Ramadhan balik kan? cepat betul masa berlalu... dan seperti biasalah.. aku puasa dan beraya di India.. dah macam satu kebiasaan raya tanpa keluarga dan insan tersayang.. yang pasti puasa ku.. takde lah dapat bergotong royong masak dengan mama, gi cari juadah buka puasa kat pasar ramadhan.. ouh aku rindukan zaman tu... entah bila kali terakhir...aku pun dah lupa.


aku selalu idamkan kuih muih kat bazaar, aku nak minum air-air yang mesti ada kalau berbuka, air katira ayah aku, soya bean, tebu... ouh murtabak!! kebab!! dan tak yah lah nak cakap banyakkan. terliur je beb.



hmm yang pasti raya nanti.. aku masih sedang menhadapi exam. hmm, saat tu mungkin aku rindukan juadah raya mama dan mak (nenek) aku.. sama-sama masak, hidangkan makanan.. kemudian bermaaf-maafan.. melawat sanak saudara.. memang letihkan.. tapi seronok.. hmm, apa yang aku sedihkan.. sejak aku tak beraya di Malaysia.. ramai juga atok nenek sanak saudara yang telah kembali kerahmatullah... kali terakhir aku jumpa entah bila.. moge roh-roh mereka dicucuri rahmat...


kadang-kadang bila menerima sms mama, aku berdebar, siapa lagi yang aku hilang.. sebab mama jarang sekali sms.. mesti akan terus call..


pernah satu ketika, aku menerima berita kematian pak utehku waktu aku di dalam kereta bersama seorang pakcikku yang lain... masa tu, memang aku tersentap.. hah?? tak de dengar berita papepon. rupanya, mama memang sengaja merahsiakan dariku..  seingat aku, pak uteh dulu sihat walafiat je.. rupanya, bila ku tengok gambar terakhir pak uteh sebelum meninggal.. yaAllah.. tersentap hatiku. sedihnya.. kurus kering. amat berbeza dengan pak uteh yang dulu..


dan tiada lagi ikan segar, udang segar yang pak uteh tangkap sendiri di lautan sebagai santapan kami bila ke rumahnya.. ingat lagi.sebelum aku ke India, pak uteh tangkap udang besar-besar.. padahal dia tahu aku allergic..


pak uteh kata, makan tan... bukan selalu.. kat india tak de nanti..


sebak pula..


tak sempat aku ungkapkan kata-kata maaf buat kali terakhir.. pak uteh pergi disebabkan kanser perut.. memang kejap je semua tu terjadi...



dan kuingat lagi bila mama bagitahu, nenek sedara ku meninggal.. nek leka yang dah kuanggap macam nenek sendiri sebab mukanya yang tak tumpah dari muka arwah nenekku.. hmm kuingat kata-katanya,

nanti buatkan gigi palsu nenek tau.. sambil tersenyum...


sebak lagi..


masih kuingat bila mama bagitahu, atuk Ansar meninggal gara-gara denggi tak lama saja hari tu.. hmm juga mengundang kesedihan ku.. hmm, ajal maut Allah tentukan.. tapi bukankah lebih bermakna kalau kita di sisi...



dan bilangan itu kian meningkat.. ada je panggilan atau sms dari mama yang buat aku berdebar-debar.. harapnya tiada lagi...cukuplah dulu...



sebab itu aku nekad, tak mahu lagi berjauhan... sebab mama selalu cakap, mama dengan ayah bukan muda lagi macam dulu... hmm aku paham.. aku nak berada di sisi mereka selagi mereka ada.. mahu berbakti dengan mama dan ayah.. bersama mereka selagi ada waktu..



maka,



dengan penuh harapan aku kuatkan hati aku..



kali terakhir tan puasa dan raya di india.. nikmati sepenuhnya tan.


ouh hati tabahlah..



sudahlah. makin cerita makin bergenang.


syahdu bila tengok status orang balik kampung, terawih, juadah.. memang lainkan.. bak kata kawanku.. nama pun kehidupan merantau..mana nak samakan..



moga ramadhan kali ni lebih bermakna dan penuh berkat..


dikesempatan itu, kuhulurkan jari memohon sejuta mungkin zillion kemaafan andai apa kututurkan apa kutulis sama ada sengaja atau tidak mengguris hati kalian.. salam sayang,



p/s: zaman kanak-kanak paling kurindui...

Sunday, August 08, 2010

Bila barbie doll pon dah ada versi Lady Gaga.

www.tips-fb.com

Salam Readers,



pernah tahu tak barbie doll pon dah ada versi Lady Gaga.


designed by Lu Wei Kang, seorang designer dari Beijing yang berumur 29 tahun.


dia buat koleksi wardrobe atau baju yang pernah dipakai oleh Lady Gaga dalam bentuk miniature barbie doll. dan bakal dipasarkan kelak.. hehe. dahsat ek Lady Gagap ni... disebabkan dia ni mangsa ratu fesyen. sampai orang tertarik nak buat koleksi pakaian dia... mantoppp!!!


mungkin koleksi wig, spek mata, baju yang macam tak pakai baju yang pelik-pelik tu kan menyebabkan designer ni berminat nak buat koleksi gagap ni.



layankan gambar-gambar ni,



hmm wig reben. wig telefon.sume jenis wig dia ade.



hmm entah entah ape kobondonye lah tu atas kepala dia tu.









mayat hidup!




hoho.




katak pon leh jadi baju.. nak lagi best.. katak betoll lahh gaga.. 
barulah gempakkk sikit! baru aku kasi tabik spring.. hoho.




macam patung kan dia?




hmm dan pelbagai rupa lagi..






p/s: pernah tengok dia makan kepala barbie doll masa performance dia? hihi. ngappppp!

Saturday, August 07, 2010

Terima kasih cikgu!

www.tips-fb.com

Salam readers,


pagi yang indah perut meragam.. dah 7-8 kali aku keluar masuk toilet.. gastrik kenapa kau datang sekarang.. dipersilakan merambus dari hidup aku wehhh.. aku nak final dah ni.. tolonglah.. adoihhhh! adekah stress induced gastritis.. yep barangkali... tak dapatlah nak dinafikan.. last year sampai kene endoscopy.. penuh dah medical record aku kat hospital tu pasal gastrik.. tak habis2...



ouh yeah. imbau lagi kenangan silam waktu sekolah.. ceh mood sekolah tak habis ni.. after form 3 aku berhijrah ke STF.. masa mak aku bagitahu aku dapat tawaran SBP tu.. hmm teruja gak aku.. sekolah mana ni.. then, mak aku kata STF.. erkkkksss... sumpah den tak pernah dengar.. gila dalam iglooo kan aku duduk.. haha.. baru kutahu, STF tu kira sederet lah dengan TKC, MCCK.. haha. masa tu tahu kolej2 glamer je.. STF pon glamer. aku je yang tak tahu.. sedih beb nak berpindah.. huhu..





tinggalkan kawan-kawan tercinta. hehe.. sehati sejiwa gitu.. berpindah sekolah baru bermakna kawan pon baru.. environment pon baru bagai.. huh, nak jumpa STF tu.. mahu pusing-pusing entah bapa kali kot.. sesat.. haha.. akhirnya sampai juga.



setiap petang aku nangis.. homesick. rindukan kawan-kawan lama.. yela, bila masuk sekolah yang ada form 1 sampai form5 ni.. bukan senang nak menyelit sekali.. cam biasa, public phone jadi umah kedua.. rasa macam form1 pon ada..hoho... tak tahan betol.. huh. nasib baik member-member baru semua baik-baik belaka. takde aku rasa tersisih.. tak susah mahu join sekepala..hehe... gila betol dugaan aku.. mak dah takleh datang petang-petang cam dulu.. jauh pon kat JB.heee. tapi takpe aku kan tabah.. wahahaha.



bila weekend pi outing. hmm, tempat tetap dan yang pasti mana lagi kalau bukan Plaza Angsana. kira itulah tempat escape dari sekolah. huhu.. aku takde sayap nak fly-fly.. aku student baikkkkk gituuuu. haha.. prefect ni wehh... wahahaha.. gila cipan aku jadi prefect.. adoihhh.. aku reject, cikgu tak bagi.. bukan apa rasa diri ni tak bapa nak layakk.. 





kan betul, bila orang dah dok beratur kat perhimpunan, aku lambat.. bagi alasan.. 


" ouh cikgu, saya dah chek blok.. kosong.. semua dah takde"


baik punye cover..padahal diri terpisat-pisat bangun tido.. hoho. maaapppp cikgu. gue dah kata gue tak layak.




ouh paling kuingat, aku duduk di belakang kelas masa form 5, tempat sangat strategik untuk membuta.. hehe.. subjek BM, AGAMA, SEJ.. memanglah aku selalu tak bernyawa.. bila cikgu BM masuk.. 


nak belajar ape?? 


prosa tradisional cikgu!!!


kenapa? sebab nanti cikgu suh baca sorang-sorang.. boleh lah tido.haha.


sampaikan satu hari aku segar bugar kan,


" eh intan pelik saya awak segar hari ni.. awak tak tido pula?"



zappppp sentapppp beb!!! haha.



bila cikgu sejarah masuk,


perkhh aku cam konfiden segar ni.. tapi lama-lama aku tewas juga.. bila aku tersentak.. terbuka mata, opsssiiii cikgu tengah datang menuju ke arah aku... aku pon segar-bugar.. khusyuk gila.. konon-konon konsentrate ni.. ouh ok cikgu melepasi aku tanpa syak wasangka... sekali....



PANG!!!!


bapakkkk arrrrr gila sakit kepala aku kena pukul dengan buku!!!! wahahaha.. gila bengong kejap kepala aku.. padan muka gue...hehe.


konon tobat? tak buat lagi kot.. dah jadi rutin.. hehe. kene pukul 10 kali mahu gila aku.. haha.




bila cikgu agama masuk,


errr, feveret student kene tanya soalan sebab selalu tido.. terpisat-pisat aku nak jawab.. baik punye kene perli.hehe.. dulu aku ni AJK SURAU. hmm jangan tanya kenapa.. kene lantik walau tak rasa layak.. bila aku datang lambat surau.. merahhhhhh kulitku dicubit... hoho. tunggu tersiat je..wahaha.. tak2 gue tipu.. takdelah sampai tersiat.. tu lah, jadi AJK SURAU tapi lambat.. orang dah habis imam aku baru terhegeh-hegeh nak datang...



STF sinonim dengan band girl nya... =D



dulu sekolah aku sangat femes dengan TERHEBATnye ADDMATH dan MATH MOD. hoho.. hari-hari kene push untuk maintain prestasi.. hoho rasa macam pandang nasi pon nampak nombor dah.. nak muntah bila tengok math.. hehe.. ugutann terbaik, kalau awak tak dapat A math mod. kawad satu sekolah bawa sepanduk.. "AKU FAIL MATH " errrr yeke camtu bunyiknye.hehe.


cikgu addmath aku pula, kalau sape terlelap ke kan.. ayat power dia kuar...
" kalau saya tumbuk awak... melekat kat dinding!!!"


hehe, cikgu pompuan tau.. aura dia..wahhhh dahsat.. setakat ni belum lagi ada yang kene.. semua tak berani,. takot melekat kat dinding tak leh nak kuar-kuar..hehe.. tapi aku suka sangat belajar addmath.. hee. inspirasi kot.. sebab cikgulah aku leh dapat A1 addmath.. weee... maceh cikgu



adoih kurindukan zaman sekolah. jeritan warden, itu yang kurindu.. latih tubi..kene suap.. ouh mana ada dah sekarang.. pandai-pandailah kau nak hidup.. 


hmm, tanpa cikgu-cikgu sekolah rendah, aku takkan berjaya lepasi UPSR.. tanpa cikgu-cikgu SHARODZ. aku takkan berjaya lepasi PMR dengan cemerlang sampai ke STF.. tanpa cikgu-cikgu STF.. mana mungkin aku boleh lepasi SPM sehingga melayakkan aku ke INDIA..
terima kasih cikgu.


wahh macam ucapan hari guru..


hari-hari pon hari guru.


mana mungkin tertanding dengan jasa guru..


sebab tu.. even cikgu dah pencen bagai.. kita tetap panggil mereka CIKGU!!



p/s: kenangan di sekolah terbaikkkkkkk!!!!

Thursday, August 05, 2010

Bila imbau kenangan masa form 1 kena paksa duduk asrama!

www.tips-fb.com


Salam Readers,



aku gian nak membebel bila lama aku tak membebel.. aitttt jangan salah paham.. membebel kat blog aku ni lah weh... aku pendiam tau.. mana ada bebel-bebel kat luar tu.hehe




hm, nak dijadikan cerita, masa aku call mak aku semalam terus buka cerita pasal aku duduk asrama, belajar jauh-jauh dari keluarga.. yang aku paling terharu tu, ayah aku kata.. dah 11 tahun along jauh dengan keluarga. huhu .. sebak-sebak.. lepas habis belajar ni aku nekad tak nak jauh-jauh dari mama dengan ayah..




bila imbau balik kenangan aku masa form 1, perkhhhh masa tu... aku melalak macam mana tak nak duk asrama, mak aku punyalah hati batu... tak de nye nak cair dengan tangisan comel aku tu... gila kentang! emo doh duk asrama.. yela, aku anak sulung.. mak akunye prinsip.. anak-anak kena duk asrama.. belajar berdikari!! gila kental kan mak aku!!


sekolah SMKA SHARIFAH RODZIAH.
sampai form 3 aku berada di sini, lepas PMR.. aku berhijrah ke STF.
terima kasih cikgu-cikgu sekalian.. jasamu kukenang.

paling ku ingat,

cikgu Zaimah
cikgu Haslina Hassan
Ustzh Noraini
teacher Nadia
cikgu Rubiah
cikgu Ismail


omaigod. memori ku semakin teruk!




tapi bila turn adik aku yang bongsu.. takde plak..haha.. yela bagos juga. sian mak ayah aku takde kawan.. nanti ada yang bercakap dengan kucing pula nanti...keh3...



ouh aku sangat ingat saat aku masuk asrama masa form 1, masa tu sekolah semua perempuan. hehe.. aku mana pernah sekolah campur laki wehhhh. hari-hari aku nangis.. nak balik!!!! aku bukan kira orang ramai ke tengok aku nangis... janji mak aku bersimpati weh.... tapi HARAM!!! takde langsung simpati..huhu







tu ha.. pondok telefon dah macam rumah kedua kot.. haha. kalau dia leh cakap, mahu dia halau aku.. hari-hari kasi banjir kat situ!!



hari-hari mak  dengan ayah aku datang.. hehe lawat anak dia yang cengeng ni kan.. hmm air mata masa tu bergalon galon dah aku bazirkan menagih simpati.. ceh. trick tak menjadi. aku guna trick lain pula.



bukit inilah.. hah ade ke leh banjir??? mana ada weh... tipu!!



aku si pemalas makan kat dewan makan.. gastrik aku menjadi-jadi.. hari-hari aku mogokkkkk!!! tak mahu perg kelas.. duk kat bilik kaunseling..hehe.. memang banyak cikgu kenal aku ni.. haha. aku si cengeng. mak aku hari-hari datang... sian diorang..heeee... tu la sape suh aku duk asrama.



aku ada bestfren dari skolah rendah yang sama masuk skolah asrama tu.. so bila mak dia datang, aku ikot lah.. masa tu.. dia cengeng gak.nangis.. nanti mak ayah dia kata, 

tengok intan tu, tak nangis pon... kuat je..


wah masa tu rasa macam tabah dan hebat gila. rasa banggaaaa takyah cakaplah.. konfiden tinggi mencecah langit beb.. tapi bila mak aku datang, dia pula ikot aku, aku punye turn plak cengeng.. hilang semua ketabahan dan kehebatan aku... mak aku kata,


tengok mira tu.. kuat je.. tak nangis pon....



ahhhhhh sudahhhh!!!! lakonan beb!! haha.



dulu mana ada duduk-duduk atas kerusi ni.. atas lantai je weh!



masa tu, tiap-tiap minggu, mak aku datang amik baju aku nak bawa balik. orang lain basuh sendiri, tapi aku...haha.. takyah cakaplah.. malu!


sampai form 2, aku masih si muka tebal hantar dobi kat mak.. bila petang-petang mak aku datang.. aku sumbat dalam plastik bag, sembunyi bawah tudung labuh (sekolah agama tu)... senyap-senyap aku gi kat keta mak aku... fuhhhh selamat.


sampailah satu hari tu, 


weh tan!! hantar apa tu?? hantar baju kat mak ke??



ceh kantoi... malu beb, kawan aku bahan aku lepas tu.. form 1 pon ramai yang dah basuh baju sendiri.. haha.. lepas tu, aku tobat.. aku cakap kat mak aku...


"ma, tak yah datanglah amik baju, along basuh sendiri,"


masa tu agaknya mak aku sujud syukur kot.. aku dah pandai basuh baju sendiri..




dulu aku macam tu lah... sekarang.. pendek sikit,hehe. ape yang pendek? paham-paham la wehhhh. malas mahu terang kan...  setiap tahun masa kat sekolah dulu.. pendek seinci.. makin naik setahun..pendek lagi seinci.. tapi Alhamdulillah dah tak pendek-pendek da... maintain gitu!!! tunggu panjang... tungguuuuu!!



nak jadikan cerita, mira si kawan aku tu.. duk luar asrama.. tapi aku nekad.. teruskan duk asrama.. memungut kenangan-kenangan manis dan pahit dalam kehidupan seorang pelajar asrama. nah! akhirnya.. pengalaman itu yang mengajar aku setabah ini duduk di negara orang!!!



tq ma dan ayah! heeee..



paling best sekalikan,


bila aku hantar adik aku daftar sekolah awal tahun hari tu, terserempak seorang cikgu yang sangat-sangat aku kenal.. hehe.cikgu geografi aku..


"eh awak!! buat apa kat sini??" kata cikgu tu..


"saya hantar adik saya daftar cikgu!"


" siapa nama adik awak ni?"


" sheela " jawab adik aku



" hah awak, jangan melalak melaung menangis macam kakak awak dulu ye? habis banjir sekolah ni.. nama je atas bukit.. tapi sebab kakak awak.. habis banjir.."



makkkk aiiiii sentappppp beb!!!



perkh, cikgu.. itu kisah lampau dekat 10 tahun lalu... adoih.. malu nye tak dapat lah nak cakapkan.haha..ye memanglah cikgu tu selalu gila tegur aku masa aku dok merempat kat bilik kaunseling dulu.. cehhh!


kumpulan nasyid femes amos.. Wardatuddiniah. tak tahulah kalau dah tukar namakan.hehe. masa ni sapa dapat masuk kumpulan nasyid ni dah kira hebatlah.. femes kot satu melaka.. aku?? aku takde suara macam siti.. setakat nak nyanyi dalam toilet.. memang kira hebatlah aku tu..



pengajaran: ingat kau dah 10 tahun takde orang ingat kau lagi??? so agak-agak nak menangis meroyan ke.. nak buat benda-benda tak semenggah masa zaman sekolah tu beragak-agak ok.. cikgu-cikgu.. memoori mereka sangat kuattt wooo...



p/s: huhu rindu nye zaman sekolah..indah kan?

Tuesday, August 03, 2010

Bila Intanberlian buat kontest, Gambar Makan Paling Sedap!

www.tips-fb.com

Salam readers,


memandangkan aku da nak final exam ni dan aku juga tak pernah buat kontest, maka kali ni aku berbesar hati nak anjurkan kontest khas buat kamu-kamu semua...


setelah berbincang dengan BAM2 (tak tahan kena bincang gak ek?haha)


Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!




SYARAT-SYARATNYA:

1. mesti pilih SATU gambar sedang makan, tak kiralah sama ada candid atau tidak ( candid mesti lagi nampak WAHHHH gituuu kan? hehe) TAPI gambar tersebut mestilah menunjukkan betapa sedapnya orang itu tengah makan makanan tersebut!! dan buat satu entri bertajuk ;


 BILA IntanBerlian BUAT KONTEST, GAMBAR MAKAN PALING SEDAP!


2. gambar tak boleh dicilok dari mana-mana, mestilah gambar anda atau sesiapa sahaja disekeliling anda (keluarga, makwe, pakwe dan sebagainya)


3. gambar boleh diedit mengikut kesukaan anda atau tidak, sila letak DIALOG di bawah atau pada gambar tersebut... unsur lawak semestinya KREDIT kan.hehe.


4. kemudian, anda boleh tulis: SAYA PALING SUKA ENTRI INTANBERLIAN YANG .......... KERANA........... (tidak kisah patah perkataan, aku mahu feedback entri mana yang korang suka baca, dan korang ni baca ke tak ek aku tulis pe.... BAM2 kata aku bajet je nak buat part ni.hahaa)


5. terpulang mahu jadi FOLLOWER atau tidak.. just pastikan korang dapat update bila aku update kontest ni nanti.. sebab mungkin berubah tarikh tutup or etc.


6. Sila TAMPAL BANNER di atas pada permulaan entri anda, linkback kepada entri kontest ini dan akhir sekali letakkan Banner di SIDEBAR...


7. Last sekali, jangan lupa tinggalkan link entri di ruangan komen ye, aku akan review later. thanks!



TARIKH TUTUP: 1/10/10


ini yang dijangkakan.. 2 bulan terlalu lama bukan. tapi hanya selepas itu aku akan balik malaysia.. barulah bagi hadiah-hadiah untuk korang... tapi kemungkinan juga akan bertukar bergantung kepada tarikh aku balik Malaysia.



HADIAH

Hmm aku dah berbincang dengan BAM2. tapi aku masih nak decide lagi, banyak penyertaan banyak hadiah aku sediakan.. mungkin 3 hadiah untuk LELAKI, dan 3 hadiah untuk PEREMPUAN.. kalau tak ramai.. aku buat 3 hadiah utama sahaja!


aku nak tanya, bagi peserta LELAKI, sudikah menerima HADIAH SARI dari aku??? sebab sari boleh juga dijadikan baju melayu.. atau diberi pada emak, kakak, adik dan awekkkkk!! sudikah?? sila bagi feedback ok? atau mahu t-shirt dari India sahaja?


so aku akan bagitahu hadiahnya kemudian, yang pasti dalam perancangan KAIN SARI, PASHMINA (shawl),t-shirt from india (kalau sang lelaki tak mahu sari)..



p/s: marilah beramai-ramai join ye.. bagitahu orang lain sekalik tau!! heeee. aku nak buat sumbangan bagi hadiah sari ni.. ke ada sape-sape mahu sponsor hadiah..haha bajet tak aku.

Penghargaanku buat follower bertuah!

www.tips-fb.com

Salam readers,


ok quick update.


sejuta penghargaann ku kepada follower tercintan.. hehe, tanoa korang siapalah aku yeah.. bila aku kata follower tak kiralah yang follow blog ni terang-terangan.. menjadi pengomen tegar, atau sekdar membaca sambil senyap-senyap.hehee.. omputih kata silent reader...


hari ni. dah cecah 300. whoaaa sapa sangkakan?


ok sebelum tu aku dah lama nak bagi sedikit penghargaan kepada follower yang bertuah yang kena jackpot!!! haha.. siapakah mereka??



encik nabil_poter.

(hehe, dia dah aku bagitahu awal-awal dulu)


Nisya~




maya al-Qibty



kamu yang bertuah sekalian.. silalah emel saya

nama dan alamat ye.


ada something untuk kamu.

tapi maaflah sebab aku hanya boleh pos selepas 2 bulan. bermakna selepas aku balik ke Malaysia nanti.. hehe.. souvenir dari india ye..so jangan lupa emel aku di

bella_rossa87@yahoo.com


di samping itu, ada award yang aku terima dari

dairy girlz-scopio - kak eja
-dah lama aku follow blog kak eja ni.. hee ada resepi-resepi menarik selain pengalaman-pengalaman kak eja pi london, pakai braces.. sekrang dah jadi tunangan orang pon.hehe


SWEET V@NILL@ - raihana (member sekolah lama aku)
rai ni, medic student dekat moscow.. apa yang aku kagumkan.. rai punya bakat memasak dan membuat cakes dan segala jenis lah.. haha kagum. kalau pergi blog dia.. memang laju je meleleh air liur kluar.hehe.. sedap2 woo..siap buat bisnes lagi. tabik spring ar rai!!!


tq award ni tau!!!


dan award ini aku hadiahkan kepada pembaca setia ku. hehe. siapakah dia? ala ko baca blog aku..ko sendiri mesti tahu kan.hehe...


tq banyak-banyak atas persahabatan yang korang hulurkan ye...


ouh yeah, juga kepada pengomen tegarku


IIDYLL

NINA SUHAINA

ZELLA

ALINAC LOVER

SHA-NA SZIED

FAZRUL

KIWI



p/s:jangan lupe join contest aku ok!!!

Related Posts with Thumbnails