As Salam Readers,
hehe review time! Tiba masa aku review untuk Maharaja Lawak minggu ke-5 pula. Yang pasti peserta pilihan ramai masih ada dalam minggu ini.. Siapa lagi kalau bukan Jozan, Nabil, Sepah dan Jambu! Mereka masih lagi menampilkan aksi dan gaya yang tersendiri. Tetapi aku rasa minggu ni semua peserta agak hambar dan kurang sedikit berbanding minggu ke-4 yang lalu. Walaupun begitu mereka masih lagi boleh membuatkan para penonton ketawa dan tergelak. Siapa setuju minggu ni mereka agak kureng sedikit?
Here we go!
well, minggu ni aku rasa Sepah agak lawak berbanding peserta yang lain. Seperti biasa Sepah tak pernah nak hampakan penonton dan peminat mereka. Kalau minggu lepas, Idham ada komen tentang peranan Mamat yang agak kurang berbanding yang lain.. Jadi ternyata minggu ni mereka take the note dan tadaa Mamat punyai peranan dan banyak bercakap. Kenapa aku still rasa antara mereka Syuib lah paling kelakar? huhu. Kalau boleh kenelah lagi banyak isi dan punchline baru best rasanya. Mula-mula aku tak faham kenapa nak tukar semua jadi gigi taring. Haih, aku kan belajar pasal gigi, blank aku. Rupanya nak tajam dan jongang macam Mamat. haha. blank kejap. Tapi bila Mamat cakap 'ini jongang bangang!' gagaga. Baru sampai lawak tu. huhu kenapa mesti DAFI? Dafi Baik Punya! gagaga
JOZAN
hehe, bak kata Bam2.. lawak Jozan ni expected. Aku rasa mungkin kerana diorang ni dah selalu sangat melawak tak kiralah kat mana-mana, Raja Lawak? Pentas? rancangan sendiri? Rancangan orang? haha. So banyak lawak yang dah menjadi trademark dan kita pun dah biasa tengok. Tapi ternyata mereka ni walaupun expcted. Masih lagi mampu buat orang gelak. Kalau tak takkan dalam carta nombor 1 kot kan. Mimik muka pun dah orang tengok macam nak gelak guling-guling. Macam biasa chemistry diorang yang memang mantap tu buat kita rasa macam smooth je jalan cerita tu. well keep it up!
NABIL
yeah sekali lagi lawak paling kreatif aku nak anugerahkan pada si Nabil! Detektif Conan bukan Konan. haha. Bila aku tengok, mak aii sebijik macam Conan weh. Menang Lawak! dan paling lawak bila Nabil pakai tudung. comel.haha. dengan gaya dan loghat pekat nogoghi tu kan. hah part tu sangat lawak ok!. Nabil memang sangat berbakat. Tetapi bak kata Idham pace cerita atau sketch ni agak slow. Memang slow sikit jalan ceritanya. Kalau cepatkan pace nye mesti lagi bestkan. dan seperti biasa, Nabil mesti ada je propnye kan. tadaaaa darah bila kene tikam.hehe
JAMBU
Jambu pun best minggu ni, walaupun semuanya yang aku tengok agak everage gitu. Ada juga lawak yang boleh buat kita senyum kambing! hehe. Baju warna pink memanglah sesuai dengan nama Jambu!
MAN
hmm orang kata lawak Man banyak lawak cedok. Bukan sikit tapi banyak. Adakah kerana Man ni banyak sangat pressurenya bila bertanding dengan semua pelawak yang lagi tinggi standard mereka? Entah aku tak bape minat sangat dengan Man sebenarnya.
p/s: Jihan terkeluar. Mungkin Jihan ni kira ok tapi masih tak terlawan dengan lawak bersahaja peserta lelaki.
3 si gojes suke membebel:
tue la pasal.. minggu nie x best sgt la.. huhu
nabil jadi conan comel
Minggu 5 ta best sangat macam sebelum2 ni.. maybe sebab awal2 dah extreme lawak kot. ^^
Post a Comment