Sunday, July 31, 2011

It Happened Only in India #3

www.tips-fb.com

Hi Readers!


Steady gila pakcik! di mana sahaja boleh tidur dengan lenanya.
kompem tak tergolek ni kan? 




ni fenomena biasa yang aku lihat, gaya hebat bila naik bas. Yang comelnya, bila bas berhenti diorang takkan terus naik. Tunggu je dekat luar bas tu.. Tapi bila bas pon dah bergerak, peh semua macam semut kejar gula, berlari-lari anak sambil bergayut macam tarzan. Memang hebat dan mantap tangan diorang ni. huhu. Kuat kot nak bergayut sebelah tangan je. dan hanya sebelah kaki yang memijak lantai bas. hoho. Lepas tu kan, pehhh bau hancing menusuk-nusuk hidung wehhhhh. sentappp je tahan. Apa taknya, dah kencing semua tak basuh. argh.




hehe yang ni gambar aku snap sendiri, ingat tunggu bas nak pergi town, sekali dah macam inilah situasinya, mahu kau masuk celah-celah diorang ni? mampuih macam sardinlah jadinya. Nak tengok gambar yang lain lagi? klik entri aku senbelum ini  "PELIKKAH? UNIKKAH? SARDIN PON KALAH"





Toilet VIP! hehe, aku ni kalau nampak toilet dekat India yang cantik bersih mengalahkan Toilet hotel cap ayam dekat Malaysia. Memang jakun weh. So kalaulah tiba-tiba aku publish gambar aku dalam toilet yang agak sikit cunnya. Tak payahlah korang sentap-sentapkan aku dengan ayat, ek eleh gambar toilet pon nak amik ke? Tu dah kira paling cun lah kalau aku snap gak gambar. Bagilah chance kat aku ni haa... Jakun. 




Ni apa ke jadahnya ni haaa.  haha.





Ni satu lagi kira fenomena paling common lah ni, siapa datang India tak nampak fenomena ni selain orang kencing tepi jalan memang kau sesatlah tu, kompem eroplane kau salah landing dekat asparagus ke astalavista de loca ke kan. So, paling normal kalau kau nampak 5 orang naik sekali, kira ada budak keciklah. Paling menakjubkan, kira memang rezeki kau lah nak tengok keajaiban duniakan, kau nampak macam kat atas ni. Semua pon orang dah dewasa yang kira dah akil baligh. Pastu siapa nampak gambar ni, cepat-cepat snap! Then tag aku ok? haha. Aku jakun.Namanya dah duk India dekat 5 tahun ni.



Ni satu lagi keajaiban yang mesti dilihat. Apa pun kita TIDUR dulu. yeah!




Persaingan yang sihat. NICE! GOAIR paling terbaik! hahaha.




p/s: Sekian sahaja untuk hari ini. Den loteh ni baru balik pasar. Nak pose dah eh? India orang cakap pose hari Selasa. Selamat berpose! 

Saturday, July 30, 2011

Bersyukurlah bila kita dilahirkan sebagai seorang Muslim @ Muslimah.

www.tips-fb.com

As Salam Readers,





Hari ni, ada seorang rakan bertanyakan tentang ISLAM. Sambil bertanya dia bercerita keinginannya mahu memilik sebuah Al-Quran. Perasaan ingin tahunya tentang Islam agak kuat. Katanya, seseorang pernah bagitahu dia.. " there is no harm in finding the truth". Perasaan kagum terdetik dalam hati. Baru hari itu dia bertanya mahu memiliki sebuah tafsir Al-Quran sebab nak sangat mengetahui isi kandungan Al-Quran. Malamnya, dia ke satu pesta buku.. Dia terjumpa kedai menjual buku-buku tentang Islam. Katanya dia dah beli sebuah Tafsir Quran beserta hadith Nabi Muhammad SAW.Dia tunjukkan beberapa buah buku tentang Islam yang lain. 



Aku katakan padanya, cubalah baca kisah-kisah nabi yang lain.. Banyak sangat ajarannya yang boleh dijadikan panduan hidup dan pedoman. Setiap kali aku bersuara tentang Nabi, mesti dia tolong sambungkan. Wah dahsatnya.. Katanya, dalam kitab BIBLE pun ada juga tentang kisah-kisah sebegini. Sama kisahnya. Rasa malu menerjah diri, sedangkan kita yang sememangnya ISLAM tidak berusaha untuk mendalami ilmu yang di depan mata, menghargai.. mempelajari.. menghayati dan terus mencari betapa indahnya ISLAM itu. Tetapi orang yang bukan Islam, mereka berusaha dalam mencari sesuatu kebenaran. Malu rasanya, Allah dah tetapkan kau Islam, Islam hanya pada nama.. Islam sebab mak ayah kau Islam.. Bersyukurlah kita dilahirkan dalam Islam. Itulah nikmat yang paling tak terhingga yang patut kita syukuri.



Walau ada ketika soalan yang mencabar diminda tak mampu ku jawab, namun.. usaha untuk memberikan jawapan terbaik tetap diberikan. Sebab itu, adanya rukun IMAN. Percaya wujudnya Allah, wujudnya Syurga dan Neraka.. Tak semua perkara mampu dek akal fikiran untuk difikirkan, ada kalanya.. kita tahu ia wujud sebab kita ada IMAN. 



Ada juga yang bertanya, siapa yang menulis dan menyampaikan isi-isi dalam Al-Quran. Bagi sesetengah orang yang bukan Islam, mereka kata.. itulah ayat-ayat manusia zaman dahulu, ditulis oleh manusia sendiri.. Dari dahulu sampailah sekarang pasti ada yang telah diubah. Namun, itu semua adalah wahyu Allah yang disampaikan menerusi para nabi dan rasul. Suruhan Allah yang menjadi panduan dan pedoman. Setiap apa yang tertulis ada hikmah dan pengajarannya tersendiri.. Betapa hebat dan indahnya Al-Quran ini memang tiada tandingannya. Kalau Allah kata jangan minum arak, mesti ada sebabnya. Anjing dan Babi itu haram.. kenapa? mesti ada sebabnya.



Dan sempena Ramadhan Al-Mubarak yang bakal tiba ini, doa aku moga sahabat ini dikurniakan Hidayah Allah Taala. Moga kebenaran yang dicarinya terbentang luas.. Jalan yang ditempuhinya disuluhkan cahaya rahmat dan hidayah-Nya. Dan kita sebagai Muslim dan Muslimah yang bertuah ini, sentiasa mencari dan mendalami Islam agar kita tetap berada dalam keredhaan dan jalan Allah.


Amin.



p/s: Islam itu mudah, Islam itu indah.Kitalah yang kena bijak menafsirkannya.

Resepi Raisin Cookies @ Biskut kismis yang sangat soft and chewy!

www.tips-fb.com

Hello sweetheart!


ahhh nak lagiiiii!!



Entri resepi kembali lagi! Disebabkan dah nak masuk bulan Ramadhan ni.. Lepas tu nak raya pulakan. Mesti berduyun-duyun orang yang dok sibuk nak buat kuih rayakan? Apa kata beralih arah buat cookies nak? Cookies ni kompem sodap! den dah buat banyak kali dah. Eh boleh sampai menjilat bekas-bekas sekali. hehe. Kali ni mahu share resepi RAISIN COOKIES yang sangat chewy. hee. sedap. lembut je.. 


BAHAN-BAHANYA:

2 cups @ 260gm flour
2 teaspoons baking powder
1/4 teaspoon salt
1/2 teaspoon ground cinnamon
1 cup @ 210gm light brown sugar
12 teaspoons @ 170gm unsalted butter (softened)
1 large egg
1/4 cup @ 60ml milk
1 teaspoon vanilla essence
1 cup @ 125gm dark raisin + golden raisin
cornflake*
cashew @ almond *

*ikut suka nak letak ke tak, hehe gue letak. sodap!


CARA-CARANYA:

1) preheat oven 190 degree celcius. Alaskan tray menggunakan aluminium foil.
2) gunakan elektrik mixer, campurkan tepung + baking powder + garam + ground cinnamon.. mix sampai sebati ye.
3) kemudian, masukkan pula brown sugar + softened butter + telur + susu + dan vanila esen. Mix selama satu minit ye.
4) akhir sekali campurkanlah raisin dan yang lain seperti conrflake ke cashew ke atau almond ke. ikut suka nak tambah apa ye. tapi raisin tu wajiblah..
5) bakar selama 8-10 minit. 


*boleh menghasilkan sehingga 4 dozen cookies bancuhan ini.



hasilnya selepas mix.



Dah boleh ngap!


*TIPS: 

1) cookies yang menggunakan brown sugar akan menjadi soft dan chewy.
2) kalau gunakan gula putih biasa cookies menjadi rangup.
3) kalau mix kan kedua-dua gula putih dan brown sugar bahagian luar cookies(tepi) menjadi crispy tapi tengah-tengahnya soft je.
4) 10 minit sudah cukup, walaupun masih lembut.. biarkan je cookies tu dekat luar oven (atas tray), so nanti heat yang masih ada pada tray akan continue to make it bake.
5) Gunakan alas yang berkilat seperti aluminium foil pada tray supaya warna cookies cantik dan tak hangus di bahagian bawah. SEBABnya, aluminium foil atau permukaan kilat akan menyebabkan pembakaran cookies lagi cantik dan sekata.



sedapnya. aku suka gila cookies ni, 
dengan bau cinnamon sikit-sikit.. pembuka selera sungguh.



hehe, siap dah. boleh buat kuih raya. cookies raya!



p/s: Selamat mencuba! kalau sedap bagitahu ye. hehe

Friday, July 29, 2011

Bila perempuan lagi ramai dari lelaki.

www.tips-fb.com

Hello readers,




Betulkah orang cakap perempuan sekarang makin ramai? betulkah lelaki makin sikit kat dunia ni? petanda akhir zaman namanyakan? Apa terjadi bila perempuan makin ramai tetapi lelaki makin sikit? Jadi tak mustahillah kalau ramai perempuan berebut satu lelaki? macam tu? lelaki pula sibuk nak kahwin banyak kononnya ikut sunah Rasulullah. Hello, come on lah. yang wajib belum tentu kau ikut.. sunah lain pun ada buat? yang bab kahwin dok kecoh-kecoh nak ikut sunah Nabi. 


Banyak sangat. Banyaaaakkkkkk sangat-sangat kisah yang terjadi nak diikutkan. tak kisahlah dalam berita ke, dalam drama, dunia realiti. Hakikatnya, memang wujud manusia nak merampas hak orang lain. 






Kononnya, eleh baru kau boipren girlfren dah nak kecoh ke bai? belum sah pun lagi. belum hak mutlak! the best man win katanya.

eleh, baru tunang hoiiii. tak payah kecoh-kecoh.. Tunang tu orang kata tanda milik kau. tapi belum jadi milik kau!

alaaaaa laki orang ke bini orang ke .. kalau Allah dah kata jodoh, jodohlah juga. Tak dapatlah aku tolak. tak baik tolak rezeki ke jodoh ke. Aku bukan nak jadi orang ketiga, jauh sekali nak runtuhkan masjid orang ni. Tapi nak buat macam mana, semuanya qada' dan qadar Allah. 



ye itulah jawapan yang agak bernaskan?






Kadang-kadang kalau difikirkan dari aspek orang yang miliknya kene rampas. Apalah rasanyakan? Hati macam disiat-siat ke bilik orang yang disayangi sejak dahulu tiba-tiba berubah kasih, berubah arah pada insan lain. Kalau dulunya berjanji setia, akad nikah berjanji mahu menjaga sepenuh hati jiwa dan raga. Tapi yang selebihnya SENTAP! Kenapa jadi macam tu? adakah sebab dah tak ada persefahaman? Kasih sayang yang dulunya melambak-lambak macam air dekat empangan, mencurah-curah macam hujan lebat, orang kata dah tak ada "SPARK" tak ada CHEMISTRY? Sukar hati ini nak bayangkan sebab tak pernah melaluinya. Alangkah hibanya kalau yang berlaku itu hanya sebelah pihak, ye hanya seorang yang hilang sudah kasih sayangnya..



Aku terkilan sebenarnya mendengar kisah sebegini, bukan sebab apa.. nak kata pengalaman tak juga. Tapi aku pernah melihatnya dalam hidup aku. Pasangan suami isteri yang dahulunya bahagia.. Anak ramai, orang kata itulah rezeki Allah, itulah penyemarak kasih sayang.. Namun, semuanya dalam sekelip mata hilang bila si suami menemui orang baru dalam hidupnya, tinggalkan si isteri terkapai-kapai dengan anak-anak. Walaupun tidak ditinggalkan, tetapi bila kerapkali menghilangkan diri .. Hati berdetik, tak sayangkan suamiku padaku. Apalah kekuranganku?Ya, perlu dinilai kembali apakah kekurangan diri.. Namun, bukankah semua manusia itu tidak sempurna.. Allah menjadikan setiap orang punyai pasangan supaya dapat saling melengkapi. Kau lengkapkan aku, begitu juga aku melengkapkan hidup kau! Tetapi hakikatnya memang berat, tak perlulah dicari salah orang. mari mencari salah sendiri kata orang lagi. 



Bukankah lebih elok dibawa berbincang, perkahwinan bukannya main-main, sebelum berkahwin ingatkan diri sendiri, cabaran dan dugaan alam perkahwinan ni ibarat nakhoda kapal yang sedang melayari bahtera ditengah lautan.. Tanpa petanda, bila-bila masa hujan ribut petir dan angin kencang bakal menyerang. Kebijaksanaan nakhoda mengendalikan bahteralah yang menentukan tenggelamnya kapal atau selamat sampai ke destinasinya. Fikirlah. 





Ada yang lagi buat aku terkilan, tak dapat cara baik hak orang.. Boleh pula main dengan cara yang kotor. Walaupun sukar nak percaya, dalam arus pemodenan dan serba maju ke hadapan.. masih ada orang yang berfikiran kolot percaya dan sanggup menggunakan teknik kotor seperti sihir. Nauzubillahiminzalik. Jauhkanlah daripada hasad dengki manusia. Sanggupkan pecah belahkan rumah tanggah dan hidup seseorang dengan ilmu hitam semata-mata ikutkan nafsu.Keji sungguh.. Cubalah letakkan tempat kite di tempat orang yang menjadi mangsa tu. Jangan biarkan nafsu dan serakah mengawal diri. 






Bagi pihak yang merampas pula, mungkin bukan niat di hati mahu menjadi orang ketiga.. Tak ada niat mahu mnegecewakan pihak yang satu lagi. TAPI, dah tersuka nak buat macam mana. Ceh, yang pasangannya pula pun sama dok melayan. orang kata tepuk sebelah tangan tak bunyi kecualilah kalau ko tepuk dekat dindingkan? Agaknya kalaulah Allah benarkan perempuan pun boleh kahwin 4, tunggang terbalik dunia ni, Asal usul pun dah bercampur baur. Sebab itu, perempuan hanya kahwin 1, dah kalau kahwin 4 nanti.. bapanya sape pun dah kompiuskan. Ingatlah Nabi kahwin 4 bukan sebab cinta nafsu bagai, tetapi niatnya yang mulia mahu membantu meringankan beban. Tapi sekarang, wahhhh tak nak kalah gitu.. kahwin nak yang lagi muda dan hot je kan? orang cakap, asal adil dan mampu. Apa kisah? ye tak? ingat-ingatkan kembali diri tu, apa sebab kau kahwin ramai? nafsu serakah? tamak haloba? yang mana satu? 






Peliknya, ramai juga kaum perempuan yang memang dah tak tahu malu langsung. Tahu itu hak milik orang. Tahu apa perasaan si wanita bila hak milik sendiri dirampas.. Tahu semua itu. Memang masak benar, sebab mana ada perempuan yang sudi berkongsi kasih? Nak menerima payung emas di syurga bukan senang. Tapi tahu-tahu pun kisah apa, digodanya laki orang, dipujuknya rayunya isteri orang, dikacaunya rumah tangga orang. SEBABNYA? lelaki itu baik, hensem dan kaya.. Aku nak! Bukan aku kisah milik orang ke tak? Aku cuba nasiblah, kalau dia tolak, aku blah! dia layan.. rezeki aku!  kejinya. Ah. dunia. memang macam tu. Kenapa kau layan wahai lelaki? tak sedarkah tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah bila kau akad dan nikah. Bila lahirnya permata comel milik kau?  Kalau si isteri itu sempurna dan berlakunya berantakan hanya kerana nafsu si lelaki. Memang kau keji! tapi kalau berlakunya berantakan atas sebab memang tak dapat diselamatkan. memang salah kedua belah pihak, nak buat macam mana. Kembalilah kepada statement, semuanya sudah ditetapkan oleh Allah Mungkin ada hikmahnya.


Perlu diingat, bila jatuhnya talak itu.. bergegar tiang arasyh Allah. Allah sangat membenci perceraian. 

"Perbuatan halal yang paling dibenci ALLAH adalah penceraian - HR. Ibnu Majah " 


Haih, dunia dah hampir sampai ke hujungnya, macam-macamkan berlaku.. tepuk dada tanyalah iman anda. Apa yang ditinta sekadar pendapat hati kecil aku. 




p/s: Saling mempercayai antara satu sama lain dan biarlah kepercayaan itu menjadi teras perhubungan yang kukuh, disamping saling memahami dan berolak ansur. Omputih kata Give and take!

Sunday, July 24, 2011

Cuci mata tengok gambar jom dari Salem ke Pallakad!

www.tips-fb.com

Yeay Hello Readers,


Kali ni sebenarnya sambungan entri sebelum ni, aku nak kongsi gambar sepanjang perjalanan pergi dan balik dari Salem ke Pallakad, Kerala.


ENJOICE!


the journey begins!




Salem Junction.




Lama tak naik keretapi, dah cantik dah.. cuma satu je tak berubah BAU HANCING nya. hehe




menunggu train datang




makcik cleaner tengah mengemop lantai!




nice cloud Awan komulonimbus sebelum hujan!




the journey!




love the clouds




tiba di satu junction.




ramai orang mahu melintas jalan.




pakcik keseorangan.




bila malam.




Full moon!




di Pallakad junction! membeli-belah sebelum naik train. haha.padahal dah tertinggal train, rileks je kan. boleh senyum sambil shopping makanan ringan.



Pallakad junction ni lagi bersih! takde bau hancing.




memang rajin makcik2 mop lantai ye.








menunaikan suruhan-NYA. tak kira di mana jua. Alhamdulillah nasib baik ada waiting room for ladies. adalah juga privacy nak tunaikan solat. walaupun agak sempit. tapi Alhamdulillah.




Yang ni memang aku kagum benar. Pakcik-pakcik ni nak juga melintas kat antara train ni. takmo pergi jalan jauh-jauh lalu jejantas. Pemalas betul huiii. mantap! Angkat barang berat-berat melintas keretapi ni.



Akhir sekali berjaya pun.haha. hebat!




Tengah dok kalut bincang nak naik train mana, maklumlah selepas tertinggal train 11.45 pagi, abang Fabita telah baik hati membelikan tiket lain. Actually it was an open ticket. haha. dok kalut pikir ape ko bondo eh open ticket tu? rupenya, boleh naik train mana-mana yang menghala ke arah salem. So takde seat number, takde coach, takde number train.. main redah je naik yang mana. Takde seat number tu yang payah.. sebab nanti kena jadi macam orang NOMAD. bila ada orang nak duduk seat dia, terpaksa merantau cari yang lain pula. kalau train penuh.. alamatnya kenelah berdiri. adeh. jauh tu. 4 jam. Alhamdulillah, kebetulan ada beberapa orang rakan dari Kerala (tapi naik dari stesen sebelum Pallakad ni) naik train yang sama, bila train sampai je terus cari seats mereka dan menumpanglah di situ. 




Cari tiket. manaaaaa?




Rakan yang baik hati menumpangkan tempat. hehe.




p/s: lama dah tak naik train sejak dari insiden main lumba lari dengan train dekat chennai dulu. SERIK! 

Saturday, July 23, 2011

Bila berkata tentang 'Indian Muslim wedding' di India.

www.tips-fb.com

As Salam Readers,





Bila orang cakap negara India, memang ramai yang tahu.. Arranged marriage. Memang kebanyakkan orang India, hampir semua sebenarnya yang masih amalkan arranged marriage by parents ke families ke. Bukan itu sahaja, kebanyakkan mereka menghalang percintaan atau perkahwinan berlainan kasta apetah lagi berlainan agama dan bangsa. Memang cabaran agak hebat sekiranya berlainan kasta, agama, budaya dan bangsa ni nak berkahwin. Sampai ada antara mereka yang berpasangan ( mempunyai hubungan cinta) pada zaman kolej tetapi bila habis kolej habis macam itu je, sebab mereka sendiri sudah tahu at the end bila nak settle down mesti ikut pilihan keluarga. Keluarga yang lagi penting dalam mencari pasangan atau jodoh seseorang. 


Pernahlah aku tanya seorang rakan (INDIA MUSLIM LELAKI), bagaimana dia nak cari bakal isteri.. Dia kata, nanti keluarga akan mencari bakal isteri.. tetapi bukan latar belakang isteri yang dilihat, pertama sekali latar belakang keluarga, dari segi ilmu agama, latar belakang kaum kerabat, sanak saudara, akhir sekali barulah dilihat dari aspek si gadis. Bukan senang bagi mereka nak mencari pasangan. Ada tu, dah elok-elok pilihannya, tiba-tiba pihak lelaki minta DOWRY yang sangat mahal tak terjangkau dek akal. Gila kau nak emas sampai 100-200 pound. mahal kot emassss. dah tu nak siap tanah, kereta, rumah.. DUIT lagi. bukan main-main ok.. banyakkkk! boleh sampai ratus lakhs dan kror. lagi-lagi kalau yang ada title DOKTOR TU. huhu. gilaaaa. nak bergolok-gadai. Itu kalau seorang anak perempuan.. kalau 2,6,10 anak perempuan tu.. kan ke papa kedana jadinya. 


Memang realitilah kalau kita tengok cerita tamil ke hindustan ke.. yang sampai pinjam ceti haram, bergolok gadai nak kahwinkan anak. Ada yang sampai nak bunuh diri kalau tak dapat kahwinkan anak perempuan mereka. Realitinya memang wujud orang yang membunuh anak perempuan dari kecil sebab tak mahu menanggung susah payah untuk mengahwinkan mereka nanti. Begitulah hebatnya penangan dowry ni. esh. Then, kata si kawan aku ni.. Kadang-kadang tujuan si lelaki minta dowry banyak-banyak bukannya apa.. duit itu akan mereka gunakan pula untuk si bapa mengahwinkan adik perempuan mereka kelak. 


Agak seram juga sebenarnya sebab kena kahwin dengan orang yang kita tak kenalkan. Bukan macam dekat Malaysia ni.. Kalau keluarga yang carikan pun, masih lagi bagi peluang untuk kenal hati budi.. kalau tak sesuai bolehlah putuskan. orang kata tak ada keserasian. Tapi kebanyakkan orang India ni pula, keputusan di tangan keluarga. suka atau tidak keluarga yang tentukan.. Ada juga yang tak kenal langsung bakal pasangan, hanya tahu bila dah kahwin nanti. Adoih scary jugakan. Yang kagumnya, mereka semua dah biasa dengan custom sebegitu. Begitulah unik dan incredible nya India. 


Al-kisahnya kawanku si Fabita ni, suaminya ialah rakan baiknya ketika kecil dahulu. Juga anak kepada kawan si ayah. Si suami jatuh hati kepada si gadis lalu merisik-risik. Bila sebelah pihak lagi dah bersetuju, maka urusan pun disegerakan. Mahar (mas kahwin kalau tak silap aku ni maksud diorang), si gadis menerima 2 bentuk cincin emas, seutas rantai emas dan seutas gelang emas. heee cantik wehhhh! Memanglah orang kaya. 


Minggu lepas aku dan 2 orang kawan pergi Pallakad, Kerala. Tujuannya? Nak penuhi jemputan Perkahwinan dari seorang batchmate perempuan Muslim. Haih dah lama teringin sangat-sangat nak pergi tengok India Muslim dekat India ni kahwin macam mana. Sebenarnya, Fabita ni dia nak tunang je tahun ni, dan Majlis Kahwinnya tahun depan. Tapi instead of tunang, pihak keluarga mencadangkan nikah.. So, kiranya Reception tahun depan. Orang Malaysia cakap nikah gantung.. sebab nikah je, tahun depan baru sanding. Macam tu lah kiranya. 


Perjalanan ambil masa lebih kurang 4 jam lebih juga naik train. Lama dah tak naik train.. Rasa macam eksited. huhu. Naik-naik keretapi, seats kami sudah ada orang duduk. Terpaksalah merantau cari tempat lain. Lebih kurang selepas 3jam macam tu, tibalah satu perhentian.. Tiba-tiba ramai orang pula nak duduk compartment tu. Datang seorang makcik nak duduk.. Kami pun bagilah seats.. duduk rapat-rapat sikit. Dah macam sardin pun ada. Tiba-tiba entah siapa datang marah kami sebab duduk tempat orang lain. Sedih gila kena marah. Siap kena halau. Pergi tengok balik seats kami... dah kosong. Nasib baik kosong.. adalah juga tempat nak duduk.



Lama tak naik train, bau ikan. Dari mana datang entah..haha. adeh tu lah Indiakan. Dari bau hancing baik bau ikan. Malam itu, duduk hotel yang disewa oleh keluarga Fabita. Esoknya, ingatkan naklah juga turun round-round area hotel.. Tapi hujan lebat. selebat-lebatnya. Memang bergelumang atas katil layan TV lah, nak pula makan senangnya, main order dari bilik. GEMUK! huhu. Petang tu bersiap, sampai-sampai.. Fabita baru nak bersiap.. Rupanya pengantin dah nikah... Adat mereka, ayah si perempuan akan ke rumah lelaki ( sebab dekat) kalau tak silaplah ni untuk upacara akad nikah. Jadi belah petangnya, pengantin perempuan bersiap-siap untuk menerima pengantin lelaki.. Pelamin dekat luar dah siap.. Jadi pengantin lelaki dan perempuan akan duduk atas pelamin untuk mengambil gambar dengan semua orang! 



Orang sibuk ni dok canangkan wedding orang Islam dekat India makanannya sangat SEDAPPPP! aku teringin benar nak rasa ni sebab selalunya wedding orang India vegetarian je kecuali wedding orang Islam. Hee, malam tu perut dah berkeroncong lagu dangdutttt. gelek-gelek dah perut minta diisi, sekali duduk satu meja adalah dalam 8 orang rasanya. Menu malam itu, Mutton beriyani, Appam, Paratha (roti canai), Chicken 65 ( macam ayam goreng berempah), fried fish, chicken curry.. SEDAP GILAAAA! haha, dalam hati cakap cukup ke makanan atas meja ni. Belum sempat hati aku menjawab balik soalan tu, ZASSSSS makanan tu ditambah, pantang luak sikit nasi kena tambah, kurang sikit ayam ditambah.. kuah dah kurang terus tukar mangkuk.. GILA EFISYEN adik-adik dan abang-abang waiter ni.. Jom keje kat Malaysia jom! huhu. hebat, mantap, cekap. Akhirnya, soalan aku terjawab! Makanan bukan tak cukup tapi berlebih.. haha. Takde peluang nak luak langsung. adeh kembang semangkuk perot. Rasa boleh lelong dah lomak malam tu kalau ada pasaran gelap.



Lepas sesi bergambar, balik hotel. Sedaplah nak tidur. Esok kena siap-siap nak balik Salem. Lepas breakfast tertunggu-tunggu abang si Fabita dan Fabita ni datang nak hantar ke train station. Lambat juga gerak. Huih paham-pahamlah orang India bawa macam mana, macam nak gugur jantung da.. Nausea! Akhirnya, kena tinggal juga dengan train. Rilek gila pergi cari tiket lain. huhu. Terima kasihlah banyak-banyak kepada Fabita dan keluarga for the hospitality. Orang India memang terbaik dengan diorang punya hospitality. Baik sangat-sangat. Terharu.


Jom layan gambar nak? Entri cecah lantai. haha.


sebelum bergerak ke rumah pengantin


sebelum pengantin berhias.



anak-anak dara


big eyes!



kebulur sangat dah.



bahan-bahan make-up, make-up sendiri je ni.



baju pengantin!



bakal pengantin. =P







hero-hero India



 pengapit yang comel.



Mengisi masa yang lapang.



Malu-malu kucing si pengantin bila pengantin lelaki datang.hehe.comel.



Pelamin sentiasa penuh dengan orang.



Makanan yang sodap-sodap belaka.



 Pasangan pengantin baru.



Big families.



p/s: Sweet memories before going back Malaysia. =D

Related Posts with Thumbnails