Monday, August 29, 2011

5 tahun di India.. cepatkah masa berlalu?

www.tips-fb.com

As Salam Readers,



5 tahun lepas aku di KLIA. Haih dah 5 tahun. dah dewasanya aku.. 
waaaaa. nak jadi budak kecik jeee.  5 tahun tak dapat duit raya, balik-balik
dah kena bagi duit raya.. tak aci weh. ini Konspirasi!



tarikh 27/8/2011 genaplah 5 tahun aku dan rakan-rakan bermastautin dekat India, pada 27/8/2006 buat pertama kalinya kami menjejakkan kaki di airport Bangalore. hee. dengan terpisat-pisatnya tak berapa nak puas tidur dalam kapal terbang. Homesick yang semakin menusuk jiwa tu kan. 


"Cepat sungguh masa berlalu ye" kata orang itu.

"oh man, u stay in India u will know cepat ke tak cepat masa berlalu" haha. hanya badan yang menanggung je faham ok. Mama cakap, selalu sangat bila terjumpa kawan-kawan mama je orang akan bertanya..


"Eh, anak kau dekat India tu tak balik ke?" 

" Hah, nak balik dah hujung tahun ni.. cukup dah 5 tahun belajar "

" wahh nak habis belajar dah.. cepat ye masa berlalu.. 5 tahun pejam celik je dah jadi doktor gigi dah, untung kau ada anak pandai"



yasmin uploaded in Fb.cilok-cilok. hehe



KEJAP JE? PEJAM CELIK JE? adeh makcik, yang menanggung, yang menempuh.. yang menahan ni makcik.. badan ni. hanya tuan punya je faham cepat ke tak cepat, lambat ke tak lambat. pejam celik dah 5 tahun ke pejam celik celik celik celik tak habis lagi.. hohohoho. 



Waktu sampai-sampai Bangalore pertama kali tu, memang terperanjat sebab macam ini ke airport Bangalore? kalau airport dah macam ni.. yang lain macam mana -.-'. Paling tak boleh blah dengan suit blazer dan kasut tumit tinggi di pagi-pagi buta, berjalan beratur tola troli beg, dengan bunyi hon sana-sini. Memang kejutan budaya habis. hee. Elok-elok je jalan tepi jalan pun orang nak hon, dalam hati sumpah-sumpah.. Ada kene tendang kereta belakang ni nanti, tak habis-habis hon apa hal. haha. 



Oh semua itu kenangan, perjalanan bersambung lagi naik tempo traveller, jauhnyaaaaa Salem. Penat dah duduk ni, tak selesa pakai suit blazer. Perut pun lapar semacam. Pening lalat sebab driver bawa laju macam tengah race Formula 1. Sesampai di Salem, sekali lagi hati terdetik,






" yaALLAH ini ke Salem? "

" ini ke tempat aku nak belajar 5 tahun -.-' "

" kenapa bangunan ni tak siap, separa siap jeee "

" kenapa tak de senior ni "


dan 1001 lagi semua benda dok terdetik dalam hati. huhu. Bila pergi melawat Kolej tempat belajar, peh.. lagi 1001 persoalan terdetik,



Bilik darjah, bukan bilik kuliah. 




blackboard



" Ramainya orang dalam kelas?"

" dekat sini ke kelasnya? sempitnyaaaa. Gelap pula tuuu"

"ini ke rupa kolejnyaaaa, kenapa teruk sangat?"


Memang pelbagai alasan yang mengundang pecahnya empangan aku. uhuk. Dugaan demi dugaan. Susah rupanya nak sesuaikan diri dekat tempat orang ni. Nak mengadu tak bolh, nak mengeluh telan sendiri.. Nak tak nak terimalah seadanya. Orang kata, India ini unik... Jangan diubah India tetapi ubahlah diri kita untuk sesuaikan diri.


YaAllah susahnya nak sesuaikan diri, culture yang berbeza.. Sumpah berbeza. Pemikiran yang jauh berbeza. Sudut pandangan yang ternyata bezanya. Memang, segalanya mencabar minda dan emosi. Rasa macam nak balik Malaysia sekarang juga. Rasa nak berhenti. Rasa nak belajar di Malaysia yang ternyata lebih mudah dan senang.



Tapi..






5 tahun berlalu, kalau dulu aku balik ke Malaysia tanpa sesuaikan diri, aku lari tanpa cuba memahami culture mereka.. Aku patah semangat, berundur diri, angkat bendera putih.. memang akulah yang rugi. Rugi kenapa? Hah. aku takkan dapat belajar betapa susahnya nak deal dengan orang yang berlainan bangsa, agama, bahasa dan culture. Aku takkan faham bahasa tamil.hehe. Aku takkan dapat pengalaman yang tak dapat dizahirkan dengan kata-kata. Paling simple, ada ke orang Malaysia yang nak cabut gigi atau buat rawatan gigi di tangan pelajar tahun 3 pergigian. Yep, takde title doktor pon lagi. Sini sangat ramai, berduyun-duyun datang sampai tak cukup tangan.. Sampaikan pernah terdetik dalam hati, tolonglah sikit je datang hari ni.. Tak larat. haha. tak syukur betul! pengalamnan tu wehhh.


Kalau dulu, mak aku pesan...

" tak payahlah pergi India.. bahaya"

" pergi India hati-hati long, bahaya tu"


sekarang aku berani cakap, duduk di Malaysia 1000 kali bahayanya dari Salem ni.. Sedangkan dekat tempat public orang boleh rompak, tikam orang dengan selambanya tanpa rasa belas ihsan.. orang boleh merogol orang dan simbah asid tanpa rasa perikemanusiaan.. Bunuh orang ibarat permainan, nyawa orang ibarat benda yang boleh diambil sesuka hati.  See, sekarang aku rasa lagi takut nak balik Malaysia dari stay dekat India.


Alhamdulillah, terima kasih ya ALLAH, terima kasih rakyat Malaysia kan peluang yang diberikan menimba ilmu di tempat orang. Yang pasti, aku tak pernah menyesal 5 tahun berjauhan, 5 tahun beraya di perantauan.. Peluang yang jarang diperoleh. Terima kasih. 


senyum.


segulung ijazah yang pastinya akan aku gunakan untuk berbakti kepada bangsa dan rakyat Malaysia.


Lega.


masa ni hantar BFF si aimimira bersama Achot dan Husna.



 Bam2 datang KLIA.



heeee makcikku nangis. sedihkan nak berpisah dengan anak buahnya 
yang paling comel ni..



dengan my roomie dan Arwah Tim.



we called this White House. haha. penuh lampu kelam kelip sambut kami.



Kelas Anatomi dulu, tapi sekarang dah cantik. Siapa dok sibuk ngadu komplen itu 
sini, memanglah tak tahu syukur. Sekarang kelas ber'ekon, kerusi meja cantik, 
pakai pun white board.. up sikitlah..dari dulu blackboard kan.



Pakcik gagah macam badang. Aku ada. Kau ada? 



Kenangan, gambar pertama masuk dalam SALAM PERANTAUAN. hehe.



Mari ke sekolah ye, bukan ke rumah hantu..



Alahai muka kanak-kanak lagikan. hehe. Gambar tahun 2006.



p/s: Cepatnya masa berlalu yeeee. ;-P

Saturday, August 27, 2011

Oh hati cubalah berlagak cool ye, behave!

www.tips-fb.com




" tak sabar nak balik raya"

" I'm home! Home sweet home"

" bershopping sakan di jalan TAR"

" bahang raya kian terasa! "

" ho ho ho balik kampung! hati girang"



dang you facebook! Status-status orang yang buat aku rasa nak tutup facebook sampai lepas raya. Mulanya hati yang utuh, hati yang nak berlagak cool, hati yang bajet takde perasaan raya ni sikit-sikit berubah arah. Kurang asam kau hati. Ada hati kau belot dengan tuan sendiri. Janji nak berlagak cool. nak berlagak tak mahu emo sebab kununnya raya last dekat perantauan. Ala 6 kali raya dekat perantauan apalah sangatkan? Dang! Ala, tahun ni lagi gempak, pagi raya dekat oral surgery. Yess jom cabut gigi orang di pagi raya.



Aku bajet cool. Aku scroll down facebook, lama-lama macam ada empangan nak pecah. Relax lagi. Macam cool habis. Ambil hp, terus call mangsa pertama dan utama. Yep the only one that I can call bila rasa empangan nak pecah. NOPE. not my mom. Kalau my mom definitely it won't stop. It never was. Makin laju adalah. At last end up make her more worried about me. I won't do that. She's my mom. Obviously she will be more touching. uhuk. Lagipun tengok jam dah pukul 1 pagi dekat Malaysia.


Bila dengar suara Bam2, masih berlagak cool. 


"tak nak buka facebook dah!"

" aik kenapa? tiba-tiba je"

"semua orang pun nak letak status, balik rayalah.. shopping rayalah"

.gelak.

kelakarnya eh?

tak dapat tahan, air mata laju turun, suara dah mula berubah. tersekat-sekat sambil hidung sumbat. 

"eh awak nangis ke?"

"takdelah, mana ada nangis, sejuk sini.. selsemalahhh"

"tipu, awak nangis ni.."

"TAKDELAH"

" awak cakap takde tapi ada.. "

tak dapat tahan dah. terus tersedu-sedu. deng!


dengar suara hujung dok pujuk-pujuk tapi ada senyuman dekat bibir. cesss! cesss!!!!! zassss!



kejap je, dah puas.. senyum balik. hahahahahah. ngada kau intan. tu pun nangis. tu lah rasa macam cool, rupanya tak.. keh3. Takpelah berkhidmat untuk Vinayaka Mission Kolej aku pada raya pertama. rasa bangga tak? rasa cool tak?



Aku macam dah lupa apa ye perasaan raya beramai-ramai dekat Malaysia, dikelilingi sanak-saudara, malam raya masak-masak. hmmmm sedapnya, aku dah telan air liur. Pagi raya, makan-makan. terhibur dengar suara budak-budak kecik main kejar sana-sini. Lepas tu, dok kumpul ramai-ramai kluarkan sampul duit raya sambil kira-kira. Bila tak puas hati, 


' kenapa kau dapat banyak dari aku!! tak aci '

'haha sebab aku lagi besar dari kau, kau pendek.. dapat sikit je la'


Senyum simpul. Happynya. zaman aku dah berlalu. Jangankan duit raya, dapat salam tangan mama dengan ayah di pagi raya pun aku dah terlalu gembira. Lama tak salam peluk cium mama ayah di pagi raya, rasai kesyahduan raya memohon ampun dan maaf bersama. Bergambar raya. Bila last aku ada gambar raya dengan keluarga? Ades. Paling best, buat konvoi ziarah rumah saudara-mara. Happy. Bila penat, baring depan tv, layan cerita-cerita best. Yang pasti semuanya happening. Lagu raya sendiri dah jadikan happening. Oh takbir raya yang mendayu sangat mengusik kalbu. Rindu.



Takbir India takde mendayu. Bila malam dah penat masak, maklumlah hanya bergantung kepada hotplate T_T. Esok pagi tak siap masak lagi. Tengah hari makan ramai-ramai. Mama call waktu tu aku tengah mamai di alam mimpi. Maklumlah Malaysia awalnya 2 jam setengahkan. uhuk. Bila lepas makan, cuba call balik.. sedihnya takde orang layan aku, takde orang perasan aku call sebab semuanya tengah busy raya. Sedar-sedar mama nak tidur baru call balik. uhuk. sahdis. Dekat India, dah habis makan, kemas-kemas balik. dah penat. BAM! tidur dan tidur lagi. hari raya pertama berlalu di alam mimpi. NICE!



Sampaikan aku lupa perasaan raya di Malaysia. Jangan kau kata kau faham kalau kau duduknya di Sabah, tapi jarang balik Melaka. Tapi raya kau dapat balik. Jangan sesekali kau kata kau faham perasaan aku. uhuk. Lagi sedih, bila seorang demi seorang insan yang tersayang hilang.. Tahun demi tahun tak dapat jumpa, tahu-tahu sudah tiada. 



Tabahlah wahai hati, mari kita berlagak cool sekali lagi, tapi kau janji ok, jangan sesekali kau belot sama tuan lagi. kau kena tabah, setabah tembok besar cina. Kena kuat dan utuh Tak mahu lagi menitik air mata, tak patut. Kau nak balik dah.. Tahun depan raya bersama ye. belum terlambat! yesss, wahai hati mari berlagak cool.. 


Buat bam2 tersayang, terima kasih sayang.. Terima kasih coolkan balik hati yang mengada-ngada ni kan. hee. 


Selamat Hari Raya Aidlifitri Maaf Zahir Batin.

Eid Mubarak!


p/s: Kuih raya yang mama pos nak habis dah. =.='

Saturday, August 20, 2011

Resepi Red Velvet Kek.

www.tips-fb.com

Hello readers!





asyik share resepi je kan aku ni. haha. Al-maklumlah, bulan puasa ni, banyak tekak ni dok ngidam.Rajin pula tangan ni nak memenuhi citarasa tekak. Lagipun ada yang bertanyakan resepi ni hari tu. Hmm, parcel dari Malaysia pun baru sampai. Hehe. Lama dah nak buat Red Velvet kek ni. teringin nak buat. pewarna pula takde. So, bila parcel dah sampai.. dah ada pewarna pulakan. Tekak dok ngidam je. hehe.


Ada juga yang bertanya, apa bezanya red velvet kek ni dengan kek yang lain-lain.. So bezanya, of kos berkaler merah.hehe. Antara bahan-bahan nak buat kek ni pakai sedikit serbuk koko, so memang ada rasa mild koko di situ. Selain dari tu, ada gunakan butter milk. Jadi, butter milk ni bila bertindakbalas dengan satu komponen dalam coklat, maka terhasillah warna reddish brown ni. Tapi memanglah kene letak sedikit pewarna supaya warnyanya jadi cerah sedikit. Mula-mula tu, memang terperanjat gak, lepas mix warna jadi pink betul.. pekat warnanya, tapi bila dah masak  jadi kaler reddish brown. hehe.


BAHAN-BAHANNYA:

Red Velvet Cake

2 1/2 cup ( 250gm ) tepung yang dah diayak (maksudnya ayak dulu baru timbang ok)
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar (15gm) serbuk koko
1/2 cup (113gm) unsalted butter
2 1/2 cup (300gm) gula --- aku dah kurangkan jadi 250gm gula je.
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cup ( 240ml) buttermilk
2 sudu besar pewarna merah @ merah jambu ---- aku pakai merah jambu
1 sudu teh cuka @ white distilled vinegar
1 sudu teh baking soda


* kalau takde buttermilk jangan susah-susah, ambil susu segar pada suhu bilik sebanyak 240ml kemudian tambahkan 1 sudu besar cuka @ lemon juice.. biarkan selama 5-10 minit.


ok, untuk frosting pula.. ada orang menggunakan buttercream, ada orang gunakan cream cheese. Bagi aku, aku lagi suka cream cheese sebab buttercream ni macam muak sikit. Cream cheese ni memang ada rasa masam manis. memang perfect dengan red velvet kek ni. Oh yeah, ada banyak version resepi ni, aku letak 3 version ye. Ikut korang nak ikut yang mana ok?


Cream cheese frosting: 

RESEPI 1 ( aku ikut resepi yang ini)
250gm cream cheese
30gm butter
1 sudu besar perahan lemon @ lime
1 sudu besar esen vanilla
1 sudu besar susu segar
100gm gula ising


RESEPI 2
227gm cream cheese (suhu bilik)
227gm mascarpone cheese ( suhu bilik)--- cheese ni sangat susah dicari, kalau ada pun harganya sangatlah mahal.. ni sangat femes dekat Itali. hehe. tapi ada je resepi nak buat mascarpone cheese. Nanti di lain kali aku share ok?
1 sudu teh esen vanilla
1 cup (115gm) gula ising (powdered)
1 1/2 cup (360ml) cold heavy whipping cream (double cream)

RESEPI 3
250gm cream cheese
1 cup (115gm) gula ising 
1 1/2 cup butter


CARA-CARANYA:

preheat oven: 175 c

1) ayak serbuk koko dan tepung dalam satu bekas dan kacau.

2) campurkan buttermilk dengan pewarna merah @ pink

3) dalam bekas lain, mix kan butter sampai kembang dan creamy, kemudian tambah gula dan pukul lagi sampai kembang dan sebati. Masukkan vanilla esen, mix. Masukkan telur satu persatu. Lepas satu biji telur, mix. Kemudian masukkan satu lagi telur dan mix lagi.

4) Kemudian masukkan tepung+koko yang sudah diayak secara berselang seli dengan buttermilk. masukkan tepung, mix.. then masukkan buttermilk mix sampai habis kesemuanya.

5) Bila dah sebati, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh cuka sampai ada bubbles. Then cepat-cepat masukkan dalam batter yang dah di mix tadi ok! kemudian terus masukkan dalam loyang @ springform loyang ye. Terus bake selama 25-30 minit.

6) bila kek dah siap bake, sejukkan dalam peti ais beberapa jam.. Supaya senang nak dibelah nanti, sebab lepas masak ni, kek agak fragile. Takot terkoyak ke pulakan. huhu.

7) Kemudian terpulanglah nak belah 2 @ 3 @ 4.. huhu. aku belah jadi 3 lapis je. Setiap lapis tu sapukan cream cheese frosting ye. Kemudian dah siap sejukkan lagi dalam peti ais sehari semalam boleh, beberapa jam pun boleh. Bolehlah makan!hee.

paham tak? huhu. 

lepas siap mix sebelum bake. dahsatkan kalernya.huhu



CARA-CARANYA:
ok untuk cream cheese frosting pula,

1) gunakan electric mixer, mix cream cheese sampai creamy. Masukkan bahan-bahan lain.. butter + perahan limau + esen vanilla + susu segar + gula ising.


ni pula cream cheese frosting.


siap dibelah bahagi 3. hehe. gatai sangat nak belah cepat-cepat,
tak mo masuk peti ais. tengok tu.. tak berapa nak clean cut. huhu


Lepas letak frosting



3 lapis red velvet kek!



dah bagi-bagi kawan-kawan.







nah. sape nak seepotong? hehe



ok, bawah ni aku letakkan video tutorial dari blog JOYOFBAKING. siapa yang tak faham aku explain tu, tengok video ni.. lagi senang nak faham. more practical. hehe.






p/s: selamat mencuba kawan-kawan. Seriously rasanya sangat sedap. Tak rugi mencuba. hehe.

Wednesday, August 17, 2011

Resepi Black bottom cupcake with cream cheese filling @ Wacky Cake super yummy.

www.tips-fb.com

Yeah, nak share resepi lagi!





Kali ni aku nak share resepi Black-bottom cupcake with cheese cream filling. Mula-mula rasa macam nak try sebab tak susah pun. Senang je. Tapi bila dah buat. wow sedap sangat. hehe.


Cupcake ni senang dan unik sangat resepinya. Kenapa? sebab tak perlu guna telur, butter atau susu pun. Ada orang cakap namanya Wacky Cake. Tak tahu kenapa. Maybe dicipta waktu Perang Dunia ke-2. Hehe. Walaupun takde susu, butter atau telur, tapi yang bestnye.. Rasa cupcake ni sangat moist, spongy with gooey taste. Rasa coklat yang sedap datangnya dari serbuk koko bukan dari melted choc. 


BAHAN-BAHANNYA:

Cream cheese filling:

227gm cream cheese (suhu bilik)
1/3 cup ( 65gm ) gula
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanilla

( INDIAN VERSION) sebab India takde cream cheese. hehe.

625gm curd kemudian ditapis selama sekurang-kurangnya 7jam
perahan 1/2 biji lime
65 gm gula
1 biji telur
1/2 sudu kecik esen vanilla


Chocolate cupcakes:

1 1/2 cups ( 195gm) tepung gandum
1 cup (200gm) gula - aku guna 150gm gula sahaja.
1/3 cup (30gm) serbuk koko
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1 cup (240ml) air
1/3 cup (80ml) minyak sayur
1 sudu besar white vinegar (cuka)
1 sudu kecil esen vanilla.


CARA-CARANYA:

Untuk cream cheese filling:

Gunakan electric mixer atau hand mixer, mix cream cheese sampai smooth. Kemudian tambah telur, gula dan esen vanilla. Mix lagi sampai creamy dan smooth.

Untuk chocolate cupcake:
1) preheat oven 177 c.

2) Dalam bekas besar, ayakkan tepung + serbuk koko + gula + garam + baking soda + garam dan kacau.

3) Dalam bekas lain, mix kan semua air + minyak sayur + cuka + esen vanilla.

4) Buatkan lubang di tengah-tengah bahan-bahan kering yang telah diayak.. Campurkan bahan-bahan basah dan kacau sampai sebati.

5) Sediakan 12 bekas cupcake yang besar. Dan boleh bahagi sama rata. Isi sehingga 3/4 penuh ye kawan-kawan.

6) Kemudian gunakan sudu teh, spoonkan cream cheese filling tadi ke dalam setiap cupcake coklat tadi. Dan bolehlah dibakar selama 25 minit.


* bancuhan ini untuk 12 biji cupcake yang bersaiz besar. Kalau medium saiz akan dapat lebih kurang 18 biji.




bahan-bahan basah



bahan-bahan kering



selepas dicampur kedua-dua bahan basah dan kering







tuangkan 3/4 penuh.




sudukan filling di bahagian tengah-tengah cupcake tadi sebelum masuk dalam oven.



selepas bake.



hee, nampak sedap tak?




sebab ade lebih filling tu, aku jadikan toping.. letak sikit hiasan. hehe


memang terbaik rasanya! dah lah senang sangat nak buat.huhu



seperti biasa, sumber resepi dari JOYOFBAKING. website kegemaran aku. bawa ni aku letakkan video dari joyofbaking. senang sikit nak faham hehe.






p/s: selamat mencuba. lagi best dari molten lava cake weh! haha

Monday, August 15, 2011

Dah 7 tahun kenal awakkan?

www.tips-fb.com

Hello readers,


 yang mana satu Bam2. haha.


Lama tak menulis jiwang-jiwang ni, rasa kaku nak menaip. haha. Kugagahkan juga jemari comel aku nak menaip khas untuk si Bam2. Siapa kenal aku, siapa baca blog aku dari awal, siapa benar-benar "follow" blog aku memang kenal siapakah gerangan insan bernama BAM2 ni. walaupun bukan nama sebenar, dia sangat glamer dalam blog aku bila hormon jiwang aku melepasi had kritikal. hehe.



Tanggal 10/8 tu birthday Bam2. ok bukan nak cerita pasal tu. zas! Tanggal 13/8 tu anniversary aku dengan Bam2. Rasa gedik tak? rasa nak sepak laju-laju tak. Sibuk nak ada anniversary macam orang dah kahwin. Haha. lantaklah. whatever! tahun ni, Genap 6 tahun kami bergelar pasangan paling comel sedunia. Genaplah juga 7 tahun aku mengenali si bam2 kesayangan hamba.  Lama tak? ada orang cakap kalau kau dah kahwin ni tan, anak kau dah 6 tahun T_T


Buat si dia tersayang, 


perangai dia selalu tak semenggah. tapi tu yang buat 
aku sayang agaknya =P


rasa macam kejap je kan dah 6 tahun, 7 tahun exactly. tak puas hati nak juga cakap 7 tahun kan, hehe. Sebab rasa lagi legend. Macam-macam dah kite tempuhi bersama, paling dahsyat.. sepanjang 7 tahun ni jugalah kite bertahan sebagai long-distance relationship. Even it's hard, we get used to it kan? Tak pernah ada sesal dalam diri ni kenal awak. Tak pernah rasa sedih mengenangkan kenapa kita berjauhan. Sebab jauh itu mengajar erti rindu, erti setia, erti kejujuran yang jelasnya awak miliki semua itu. 



Ramai yang persoalkan, tak kira dari pihak awak, pihak intan.. Persoalkan boleh ke kau bertahan jauh-jauh ni? bolehkah kau percaya dia jauh-jauh macam ni? Bolehkah kau tak jumpa dia setakat dengar suara di hujung talian.. Semua tu bermain dalam kepala, ada kalanya mengganggu kesetiaan yang ada di awal waktu dulu. Tertanya, bolehkah aku percaya dia bila dia kata TIDAK, TAK ADA, TAKKAN.. bolehkah hati ni percaya dia adalah DIA yang aku kenal. Namun, semua itu di awal waktu yang kamu dan kamu bisa menggoyah perasaan yang baru saja tumbuh, orang kata bagaikan pucuk yang bila masa sahaja bisa dipijak. Kalau sekarang kau tanya aku, dengan sejujur dan seyakinnya aku mengatakan, sedikit pun tak bisa menggoyahkan perasaan aku pada dia. Kami tolak semua persoalan yang kau persoalkan. Aku yakin, dia yakin. InsyaAllah selebihnya kerja Allah. 



Bila terbit perasaan yang tak enak, cepat awak kata.. Dalam hubungan ini, tak perlulah awak jaga kita, kita jaga awak sayang.. Yang penting jaga diri sendiri. Kita jaga diri untuk awak, awak pun begitu. Bukankah mudah. Kalau awak benar-benar sayang kita, awak takkan buat perkara yang boleh melukakan kita. Ada logiknya di situ. Aku berpegang pada kata-kata dia.



Mulanya hubungan ini, memang bukannya mudah. Seawal umur 17 tahun kenal awak, mula terbit rasa suka.. Mana ada mama dan ayah yang nak percaya. Bagi mereka umur muda-muda itu cinta monyet. Kerapkali mama berpesan padaku, 



' betulke along ni, along tak nak ke pergi universiti dulu.. umur muda lagi. buat apa nak ada komitmen suka dekat orang. Pergi dulu, jumpa orang lain.banyak lagi pilihan dekat luar sana'

' long, kalau belum tentu suka, jangan.. jangan mainkan hati lelaki.. orang lelaki ni kalau dah suka.. lain. memang betul-betul suka. along tu, muda lagi.. berkawan-kawan je dulu.. '



My other half. He completes me.


dari ayat sebegitu, kita buktikan pada mama dan ayah. awak cuba ambil hati mama dan ayah. Bukannya mudah. kalau dulu, bila awak datang rumah je, ayah mesti keluar rumah tak mahu bertentang mata dengan awak. Begitu juga awak, takut mahu bersemuka. Namun sekarang, siapa sangka? boleh jadi teman berborak. Bila awak nak datang lawat, mama boleh masakkan lauk feveret awak. Sampaikan mama dan ayah lagi sayang dekat awak dari kita ni. huhu. terima kasih sayang. Terima kasih atas usaha awak. kita hargai.


kata mama, ' biarlah anak kita berkawan dengan seorang lelaki dari ramai-ramai lelaki. Sekurang-kurangnya kalau apa-apa terjadi senang nak cari siapa.' 


haha dengar tu sayang? 



budak kecik yang nakal!



Awak sendiri dah buktikan betapa sayangnya awak dekat kita. Perkara paling buat kite terharu bila tahun akhir ni, memang kite takkan dapat peluang mahu balik Malaysia. Setahun tak pernah selama itu tak balik. Awak cakap, tak apa.. nanti awak datang India. Senyum. Dalam hati ingatkan awak sekadar bergurau. Tapi bila awak bagitahu lagi selepas beberapa bulan suruh arrangekan semua cuti sebab awak nak datang India. Memang speechless. Seriously sayang? haha. Sampai mama cakap, tak apalah mama tak yah datang India, mama wakilkan Bam2 ye. teehee.



awak ni kan degil! Apa awak nak, awak cuba juga buat. Cuba yang terbaik. Determination awak buat kita jatuh sayang dekat awak. Kalau 7 tahun dulu, kita tak suka awak kerana perangai awak yang sangat annoying tu kan masa dekat PERFECT SCORE 2004. Tapi sekarang, dengan bangganya perangai awak yang suka kacau kita tu lah buat kita happy! Kalaulah waktu itu tak berlaku, i will never have u, the best my other half.



Mungkin aku tak ada pengalaman bercinta selain dia, mungkin aku takde pengalaman mahu dicerita punyai 9-10 teman lelaki, mungkin aku tak ada pengalaman keluar dengan teman-teman lelaki yang lain.. Mungkin aku tak punyai semua pengalaman itu.. Mungkin aku dah engaged with him di usia muda. Mungkin aku tak punyai peluang temui lelaki lain di luar sana. Mungkin aku tiada peluang mahu memilih yang terbaik.



TAPI, 



aku tak perlukan semua itu sebab aku sudah jumpa yang TERBAIK BUAT AKU. buat apa memilih kalau sudah jumpa yang terbaik. Mungkin dia tak sempurna. Mungkin dia banyak kekurangan. Tapi, dia melengkapi aku. 



Semua itu sudah berlalu, sekarang kita dah berjaya mencapai cita-cita. So, tibalah masanya giliran awak pula untuk mengejar cita-cita awak. kita tunggu awak biarlah selama mana pun. =D 7 tahun kenal dah kenal awak, tapi kite sikit pun tak ada rasa jemu dan penat. Malah hari demi hari makin sayang adalah. haha. Bila masanya tiba, InsyaAllah hari yang selama ni kita tunggu, hari yang kerap orang persoalkan akan menjadi kenyataan. Benda baik, perkara baik.. kita doa, DIA akan permudahkan. Amin. 





I love you Danial Izzat Minhat!


p/s: Hope Allah grant the best for us!

Friday, August 12, 2011

Betulkah syaitan diikat pada bulan Ramadhan?

www.tips-fb.com

As Salam Readers,





Dulukan masa aku kecik-kecik, aku ni penakut. Nak pergi tandas tu.. bilik air rumah kampung dulu lagilah dekat luar. Gerun semacam je weh. Bila bulan puasa je mak aku mesti cakap, saja mak aku nak escape teman aku,


"Alaaaa apa nak ditakutkannya along oi. bulan-bulan puasa ni, takde hantu! setan semua dah kena tangkap. Kena ikat."


Aku percaya bulat-bulat. Memang aku berani gila. jalan mendabik dada tanda akulah paling berani pergi tandas sorang-sorang, berani takde hantu time bulan puasa. Kerek gila mukakan. Pergi tandas tanpa rasa takut ada hantu skodeng. Mesti pernah punya, siapa yang mencicit lari balik dari surau ke masjid, mesti relax je jalan sorang-sorang sebab tahu setan dengan hantu dah kena tangkap. 



Tapi bila aku dah besar-besar galah ni, aku tertanya sendiri.. Betulke syaitan ni diikat? dibelengu bila kalanya tiba bulan Ramadhan. Lepas puas mencari, nah inilah kesimpulan yang aku buat. 



Ada 3 pendapat tentang benarkah syaitan ini dirantai atau diikat atau dibelengu.



1) Syaitan tidak dibelengu atau diikat, tetapi masih bebas bergerak cuma terbatas dan terhad.


Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud,

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi saw telah bersabda: '"Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai @ dibelengu para syaitan"
(HR Al-Bukhari dan Muslim)


Benarkah pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan para syaitan dibelengu?


Terdapat 2 pendapat,


Pendapat pertama dikemukakan oleh al-Hulaimi. Beliau mengatakan  “ada kebarangkalian bahawa maksud  “syaitan  dibelenggu” ialah  “mereka tidak dapat menggoda manusia sepenuhnya pada bulan Ramadhan seperti pada bulan-bulan yang lain, disebabkan manusia sibuk dengan berpuasa yang mengekang syahwat, membaca al-Quran dan  berzikir”.Ini boleh disamakan dengan ungkapan “dalam sistem diktator, rakyat ditutup mulut dan  digari”.Ungkapan ini membawa makna  “rakyat tidak sepenuhnya dapat bersuara dan bebas melakukan aktiviti yang dianggap menggugat  kerajaan” disebabkan sekatan undang-undang.



Pendapat kedua pula dikemukakan oleh al-Qadhi  ‘Iyadh.Beliau berkata : “Ada kebarangkalian ungkapan  “pembelengguan  syaitan” adalah kiasan kepada keterbatasan kemampuan mereka untuk menggoda manusia dan memperindahkan nafsu syahwat pada pandangan  manusia”.



Jadi kalau pendapat ini dijadikan pegangan, tak wujudlah kemusykilan mengapa masih wujud maksiat di bulan Ramadahan. Para syaitan tidak dibelengu tetapi masih bebas bergerak, cuma kemampuan mereka untuk menggoda dan menghasutmdalam serba kebatasan dan terhad.



2) Syaitan benar-benar dibelengu. ( pelampau syaitan )


Ada ulama' mengatakan bahawa, hanya sebahagian syaitan sahaja diikat iaitu pencuri berita-berita dari langait atau pelampau-pelampau syaitan. Kira ketua yang jahat sangat-sangatlah. Ada juga yang mengatakan semua syaitan diikat.


Hadis yang dikeluarkan oleh Imam  Nasa’ie dari Abu Qilabah dari Abu Hurairah r.a yang berbunyi  “…dan dibelenggu padanya(yakni pada bulan Ramadhan) pelampau- pelampau  syaitan”.


Hadis riwayat Imam  Nasa’ie ini memperincikan hadis riwayat Abu Hurairah yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari yang dibicarakan ini.Dalam erti kata lain, hadis yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari datang secara umum.Ia hanya menyebut “dibelenggu  syaitan-syaitan” tanpa diperincikan.Manakala hadis Imam Nasa’ie ini datang dalam bentuk yang lebih detail, dimana dijelaskan jenis syaitan yang dibelenggu pada bulan Ramadhan.Oleh itu, hadis Imam  Nasa’ie ini-pada pandangan sebahagian  ulama’- dianggap sebagai pentafsir kepada hadis Imam Bukhari.



3) Semua syaitan diikat.


Imam Qurtubi berpegang kepada hadis Imam Bukhari di mana para syaitan diikat tanpa pengecualian. Namun di situlah timbulnya kemusykilan. Kalau dah semuanya kena ikat, macam mana ramai yang boleh lagi dengan selamba buat maksiat tanpa rasa segan silu?


Kemusykilan itu dijawab oleh Imam Qurtubi, “pembelengguan kesemua syaitan tidak membawa makna tidak akan berlaku kejahatan dan maksiat kerana ada sebab-sebab lain berlakunya maksiat dan kejahatan seperti hawa nafsu yang jelek, adat kebiasan yang buruk dan syaitan-syaitan  manusia”.


Manusi sendiri mempunyai hawa nafsu yang boleh menyebabkan kita melakukan pelbagai perkara maksiat. Bellakunya sesuatu maksiat bukanlah hanya disebabkan hasutan syaitan semata, tetapi dikait rapat dengan hawa nafsu manusia yang kotor. Ada orang cakap, selama 11 bulan nafsu berguru dengan syaitan, maka sebulan tanpa syaitan pun sudah boleh menjadikan nafsu itu raja dalam diri kita.Maka, dengan itu.. renung-renungkanlah. Segala maksiat dan kejahatan datangnya dari diri kita yang hina ini juga. Jauhkanlah sebaik mungkin, dengan hanya menyucikan hati InsyaAllah Nafsu yang selama ini tunduk pada syaitan akan beralah lalu menuju ke arah kebaikkan.


Kiranya kalau kita semua ni, lebih kepada ke arah pendapat Al-Qurtubi la kan? sebab seingat aku, dulu-dulu time sekolah memang belajar syaitan tak ada tapi nafsu ada. Aku selalulah kalau rasa nak minum time pose tu kan.. aku ingat, cikgu cakap setan takde.. yang tinggal nafsu dalam diri kita. Jadi yang jahat bukan setanlah kalau aku minum tapi aku. esh. terus aku tak jadi minum. hee.






p/s: Selamat berpuasa semua!

Saturday, August 06, 2011

Resepi Muffin Apple Cinnamon

www.tips-fb.com

Hello readers,


Selamat berpuasa. dah hari ke berapa ye puasa? India hari ke-5 sudah. Nak share resepi lagiiiii! hehe, Bulan-bulan puasa ni, kalaulah terasa nak makan apa-apa, jom bake sendiri.. Tahulah dekat Malaysia kalau teringin je, senang.. Nak tunjuk-tunjuk je dekat bazaar ramadhan tu. Sini, kalau dah teringin sangat tu kan.. Kenalah buat sendiri. uhuk. Nama pun hidup merantau. Kalau teringin nak makan capati ke tosei bolehlah main tunjuk-tunjuk. Tapi ape kejadahnya nak teringin makan tosei dengan capati. Muak dah 5 tahun ngadap.


Jom bake Muffin Apple Cinnamon. Senang nak bake muffin tak leceh nak guna mixer bagai. By hand mixing pun dah ok. Sebab kalau guna mixer tu, nanti overmix.. then, muffin tak naik macam muffin, jadi kek. huhu. Konsistensi pon macam bantat dah jadinya.


BAHAN2:

1 1/4 cwn tepung serbaguna
1 cwn gula halus
4 biji epal hijau (buang kulit,3 biji diparut, 1 biji di dadu kecil)
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh cinnamon powder
secubit garam
1 biji lemon- diparut kulit dan ambil jusnya ( takde lemon! den guna lime. tapi tak payahlah amik kulitnya.hehe)
esen vanilla
1/2 cwn corn/vege. oil
1 biji telur- size L
almond nibs @ choc rice


CARA-CARANYA:

1) preheat oven 180 c.
2) ayak tepung,baking powder,cinnamon powder.
3) pukul telur,minyak,gula,jus lemon & parutan kulitnya,vanilla sampai sebati then campurkan dengan bahan-bahan kering yang dah di ayak tadi
4) lastly, masukkan parutan/potongan epal dan kacau rata.
5) letak dalam acuan muffin dan di tabur dengan almond nibs di atasnya atau choc rice.
6) kemudian bakar dlm preheated oven pada suhu 180 c selama 20-25 minutes atau sehingga kelihatan golden brown..


* ada yang aku bake plain. so tak letak apa-apa hiasan atasnya.. Then bila nak serve, aku letakkan sedikit yogurt + choc rice. memang best! sebab masam-masam plus manis-manis epal.


* nak tahu tips bake muffin? KLIK SINI ye.


Epal Hijau 4 biji



bahan-bahan basah dicampur dengan bahan-bahan kering



Epal yang dikisar atau diparut



Hasil campuran



Letak dalam bekas muffin



Selepas masak, menjadi gebussss!




Lepas bake, boleh letakkan sedikit yogurt dan hias!



masam-masam manis memang sedap!



Kalau tadi bake plain, yang ni letak hiasan sikit.



selepas bake!



p/s: selamat mencuba!

Related Posts with Thumbnails