Saturday, May 07, 2011

Resepi Banana Muffin with chocolate chip yang mudah | Tips Membuat Muffin!

www.tips-fb.com

As Salam Readers,





Kali ini aku nak berkongsi resepi Banana Muffin with Chocolate Chip! yeah coklat chip di situ. I like! hehe. Dan bagi aku, Muffin ni memang sangat senang nak dibuat berbanding kek-kek biasa. Simple sahaja.


BAHAN-BAHANNYA:

Bahan A:
1 3/4 cawan tepung gandum
1 sudu (k) baking powder
1 sudu (k) soda bikarbonat

Bahan B :
3/4 cwn gula castor atau 1/2 cawan gula biasa dan di blend.
4 biji pisang kecil atau 2 biji pisang besar

Bahan C :
1 biji telur
1 cwn susu segar
1/3 cwn minyak sayur ( nak guna daisy soft blend-muffin pon boleh sebab lagi lembut mcm kat bread talk tu)
1 sudu (k) esen vanilla
1 sudu (k) esen pisang ( kalau adalah, aku takde so tak letak)
secubit garam

1/2 cawan chocolate chip!


CARA-CARANYA:

1. Panaskan oven 180 c.

2. Campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk dan ayakkannya, ketepikan.
3. Di dalam bekas lain, lenyekkan pisang dan gaulkan dengan gula. (bahan B)
4. Di dalam bekas lain juga, pukul telur sebati dan masukkan semua bahan C.
5. Curahkan bahan C ke dalam bahan A, gaul menggunakan whisk atau senduk.
6. Kemudian, gunakan senduk kayu dan masukkan bahan B tadi, serta coklat cip dan gaul rata.
7. Masukkan adunan lebih sedikit daripada 1/2 cup muffin menggunakan scoop atau senduk.
8. Akhir sekali taburkan coklat cip atau coklat rice sebagai hiasan dan bakar lebih kurang 20 hingga 25 minit.
9) Lepas itu boleh check gunakan lidi sama ada dah masak ke belum muffin ni. Mudahkan?


 Pisang dilenyek bersama gula



Setelah dilenyek-lenyek.


 Bahan-bahan A diayak



 Telur dipukul, dan semua bahan B dicampur sehingga sebati



Campur coklat cip dalam Bahan-bahan A setelah diayak tadi.



Campurkan bahan A dan bahan C



Campurkan pula bahan B


susun cup atas tray



Scoopkan camouran ke dalam cup



Hehe, aku letak sedikit hiasan kat atas tu



Selepas masak, naikkan muffin aku?



ada crack di situ.



satu bancuhan resepi ni, aku isikan ke dalam 16 cup ni sahaja. cukup.
yang ni aku isi lebih kurang 3/4 cup atau hampir penuh. so,
dapatlah sebanyak 16 cup.



Nak berkongsi sedikit TIPS bila buat muffin ni,


1) CARA MENGADUK ATAU MENGACAU ADUNAN

Nak buat Muffin ni bukan macam nak buat kek, konsistensi tak boleh cair macam kek tu, so.. kalau nak mix cukuplah sekadar gunakan senduk.. Tak perlu gunakan mixer! Kadang-kadang memang adunan tu nampak tak sebati pun, cukuplah sekadar mengacau bolak balik guna senduk 4-5 kali asal bergaul atau pun tak melebihi 15 saat. Sepatutnya adunan dalam keadaan tak licin dan berbongkah-bongkah ok! JANGAN GUNA MIXER!


sekiranya menggunakan Mixer atau terlebih mix, adunan akan menjadi licin dan gluten.. So akhirnya muffin akan menjadi bantat, mendap dan teksturnya kasar dan berlubang-lubang.


2) BAKING POWDER MESTI ADA.


Muffin ni dikenali sebagai quickbread sebab pengembangannya tak menggunakan yis tetapi sebaliknya menggunakan Baking powder dan Sodium Bikarbonat. Tetapi Baking Powder WAJIB ada,  sedangkan Sodium bikarbonat ni tak wajib pun. Tapi kalau ada kedua-duanya pun ok sahaja.


3) CARA MENUANG ADUNAN KE DALAM CUP

Mestilah menggunakan scoop atau senduk sehingga hampir penuh atau 3/4 penuh ye. Ketika menuang adunan mentilah bukan mengalir macam kek, sebaliknya dalam bentuk tak sekata dan bongkahan. Sekiranya lubang tray muffin tak terpakai semua, haruslah juga diisikan dengan cup agar loyang tak terlalu panas dan cepat rosak serta muffin berdekatannya nanti kurang kelembapan.


4) CARA BAKAR MUFFIN

Salah satu muffin kita menjadi adalah disebabkan oleh kepanasan oven yang cepat. Panaskan oven pada suhu 180 c selama 20 minit. Pasang rak di tengah sebab bila terlalu bawah, dasar muffin akan terlalu kering. Adunan yang telah dituang mestilah terus dibakar. Untuk hasil terbaik, cuba bakar muffin sekali semua sahaja! Biasanya hasil kedua tak sebaik dengan yang pertama. Kalau terlalu banyak, campurkan adunan kering dan basah setengah bahagian dahulu. Setelah adunan pertama habis dibakar baru campur untuk adunan kedua tadi.


Masa bakar muffin pula antara 20-25 minit, nak tahu dah masak ke belum sila gunakan lidi dan cucuk di tengah-tengah muffin. Kalau masih melekat tak masak lagilah tu. Muffin yang terbaik bila dia masak dia akan naik menggunung dan terdapat sedikit rekahan. Teksturnya tak halus seperti kek tetapi berlubang kecil rata dan lembab.


5) PENGGUNAAN LOYANG


Ada 2 jenis standard lubang untuk muffin.. Ada yang berlubang 6 untuk 200ml dan berlubang 12 untuk 100-150 ml. Selain berlogam ada jga yang bersilikon. Loyang berwarna gelap lebih menyerap panas. Oleh itu, sila turunkan suhu 15-20 c dari panas yang diminta dalam resepi.






CREDIT TIPS MUFFIN: MEK COMEY SOKMO




p/s: Selamat Hari Ibu untuk mama tersayang!!

4 si gojes suke membebel:

ciK LyndaWawa said... [Reply]

nanti saya nak cuba mek....=]

mie said... [Reply]

sodap ni..
nak kena order, malas buat sendiri..
eheheeee

nana said... [Reply]

mane kak intan dapat susu cair kt india ni? xpenah jumpe pun..yg ade susu pekat & half condense milk je..satu lg kalau kukus boleh x?

iPai said... [Reply]

mak ai .. sedapnya ..

Related Posts with Thumbnails