Tuesday, September 27, 2011

Cabut gigi @ tooth extraction.

www.tips-fb.com

Hello readers,




Sekarang ni tengah posting surgery. suka! suka cabut gigi orang, suka cabut bila gigi firm, rasa puas hati sangat-sangat. Mula-mula kalau ambil kes firm tooth je mesti nak ada member teman sebelah.. Bukannya apa nak moral support. hik.


Honestly, hari ni sudah limit.. sakit gila lengan ni.. dah berturut-turut cabut gigi firm. Dulu tengok senior cabut mak aihhh senang betul ek? Sekali cuba sendiri, hah amik kau! Sekali tu, aku pernahlah cabut gigi seorang lelaki berumur 24 tahun, muda lagi.. Jadi gigi tu memang kuat betul. Puas cuba luxate gigi tu tapi tak boleh, akhir sekali gunakan forcep terus je.. Mak aih nervous ni, penonton ramai sangat.uhuk. Juniors, batchmates semua dok tonton macam nak tengok surgery apa je. haha. Semua nak judge keupayaan dan kekuatan muscle power aku. haha.  


Bila bagi traction tu, memang dah sakit-sakit tangan.. tapi gigi ni gerak sikit je.. adoih. Sampaikan beberapa kali aku dok berhenti, amik masa.. rehat sekejap. Ada member bersuara, takpe Intan biar lambat asalkan tak patah root gigi tu, nanti kalau patah satu hal lagi pula nak pergi cungkil keluar root. Akhir sekali setelah beberapa kali bagi traction dan rehat, gigi berjaya dikeluarkan.. terasa sakit dari jari sampai ke bahu. adeh. haha. Berjaya den. 


Firm tooth ni susah nak cabut tapi susah-susah mana pun kalau kita sabar dan teliti memang akan berjaya. Cuma sakit sikit tanganlah. Nak lagi hebat cuba luxate gigi tu dulu, tapi ini biaanya orang laki je mampu buat sebab tak cukup power nak luxate laaaa... Takpe praktis make perfect.huhu.


Kes root stump ( crown dah takde, tinggal bahagian akar je) dan grossly destructed tooth ( gigi ni caries dah teruk sangat sampai hampir separuh crown da takde) memang susah kes ni.. Lagi-lagi kalau pesakit muda sebab giginya kuat lagi. Kalau nak senang gunakan open method je, bagi incision sikit.. patahkan bone sikit bagi exposed gigi.. dan boleh keluarkan gigi. huhu.


Sebenarnya, teruk mana pun kes tu, teruk mana pun gigi tu, jangan risau mesti boleh keluar punya, korang dah tak rasa apa-apa sebab dah bagi bius kan? cuma kalau dengar-dengar bunyi ke.. pressure tu abaikan je. Nak cabut gigi mestilah kene rasa sedikt pressure tu kan, kalau tak macam mana nak keluarkan gigi tu dari soketnya.yang penting sekali takde rasa sakit. =D


Bila dah cabut gigi kena perhatikan soket tu pula, pastikan takde sharp bones.. kalau ada kenalah buang sedikit guna bone ronguer, trim guna bone file.. Kalau tak, after healed nanti pesakit akan datang dengan chief complaint pain disebabkan oleh bony spicules. So, satu hal lagi kena datang untuk alveoloplasty untuk buang sharp bone tu. Dan kena pastikan bone dicover oleh soft tissue, kalau tak boleh menyebabkan dry socket. After few days extraction pesakit akan datang balik sebab soket tu sakit. Jadi semua ni memang sangat-sangat penting. Tak boleh ambil ringan je.


Banyak lagi kena ambil berat, latar belakang, kes history pesakit, ubat-ubat yang pernah diambil, penyakit yang ada.. sebab semuanya saling bersangkut-paut. =D


p/s: dah pendek je update hari ni. 

Sunday, September 25, 2011

Produk Naturactor ( cover face, loose powder, pressed powder) dan produk dari Meiko Comestic direct from Meiko booth in Japan! Dapatkan yang original, mengapa mahu yang tiruan?

www.tips-fb.com

Hello readers,


Kali ini, aku nak promote satu produk bernama NATURACTOR. Kalau aku sebut Naturactor memang kebanyakkan orang di Malaysia sangat familiar dengan produk ini. Naturactor ini berasal dari JEPUN. 100% original dari MEIKO booth.


Meiko booth di JEPUN.


Produk ini dijual oleh sahabat baik aku yang kini mengikut suaminya belajar di JEPUN. Jadi tiada masalah sangsi atau ragu-ragu sama ada produk ini ori atau pun barang tiruan. Zunita memang beli sendiri naturactor di Meiko booth di Jepun dan Zunita juga yang poskan produk-produk ini ke Malaysia. 


Antara produk-produk Naturactor yang dijual adalah;


1) NATURACTOR COVER FACE - Harga: RM 40/pc


Packaging from JAPAN.



Packaging from CHINA.


APA KEBAIKKAN NATURACTOR COVER FACE?

kandungan cover face:
minyak jojoba (jojoba oil)
beras (rice)

1) Minyak Jojoba memang terkenal dengan fungsinya untuk melembap. So, dengan adanya ingredient ni, Cover Face mampu membantu untuk menghidratkan kulit, menjadikan kulit lebih lembut, dan cantik berseri.

2) Cover Face ni jugak adalah rice based powder, so ia menyerap minyak berlebihan yang dihasilkan oleh kulit, menyeimbangkan kelembapan kulit agar tidak berminyak, menghasilkan kulit yang bebas dari keradangan dan jerawat.

3) Kombinasi dua ramuan di atas mampu menghasilkan kulit yang lebih sihat, lembut dan berseri.

4) Cover Face juga terkenal sebagai ''moist powder foundation'' - yang bertindak sebagai bedak asas dan pelembab. Sambil menjadi foundation (menutup cela di muka), ia juga bertindak sebagai pelembap pada kulit.

5) Bertindak sebagai pelindung dari sinar UV, menjadikan kulit tidak mudah gelap (act as sunblock too)

6) Tidak menutup pori2 di muka, ringan, tidak melekit, tidak bertompok2 apabila dipakai.

7) Bertindak sebagai 3-dalam-1 foundation; sebagai bedak asas, pelembab, dan juga sunblock.




2) NATURACTOR SUMMER CAKE (FOUNDATION)




The first foundation berbetuk bedak!

Buat yang tak sukakan foundation yg melekit? tidak suka foundation berbentuk cecair? Lebih gemar menggunakan foundation berbentuk bedak/powder?

NATURACTOR Summer Cake (Foundation) adalah IDEAL utk anda..
Foundation yg berbentuk powder ini berupa seperti compact powder, sgt portable, tidak melekit dan sesuai bg mereka yg selalu berpeluh :)

Didatangkan dalam 5 tone warna (sama seperti Cover Face foundation)
#630 : very fair skin (chinese skin)
#642 : very fair skin (malay skin)
#643 : fair skin (malay skin)
#650 : medium skin (typical malay skin)
#670 : for concealer


3) NATURACTOR PRESSED POWDER




Bagi mereka yg kurang gemar menggunakan loose powder, sekarang anda mempunyai pilihan yg lebih baik! Ianya lebih compact, mudah dibawa kemana2, dan yg paling penting, menjadi finishing make up yg cukup sempurna!

Terdapat dalam 4 tone warna

#430 : pinky shade
#441 : very fair skin (chinese/very fair malay skin)
#451 : medium skin (typical malay skin)
#470 : white-blue-ish shade/concealer

4) NATURACTOR SILKY LUCENT POWDER

NATURACTOR Silky Lucent Powder, 25g
#31 - untuk kulit cerah (Chinese skin)
#41 - untuk kulit melayu cerah (Fair Malay skin)
#51 - untuk kulit sawo matang/medium (Typical Malay skin)


5) TENNIFER LIQUID MILK (SUNBLOCK)

45 ml, SPF 30

6) NATURACTOR SKIN CARE ( pre-order required)
  • facial clean
  • soap
  • facial foam
  • nourishing pack
  • facial freshener
  • Essence lotion
  • Moist skin lotion
  • Moist Milky lotion
  • Moist skin cream
  • Night cream

Malah bukan itu sahaja, Ita juga ada menjual produk lain seperti 

  • Produk Penjagaan Rambut Meiko
Produk: 
URB Life Shampoo - (330ml)
URB Life Hairpack (conditioner) - (200gm)

kebaikkannya:  
-Produk kecantikan rambut (shampoo) dari Meiko
-Dibuat drp 9 herba terpilih utk jadikan rambut lebih sihat dan bersinar
-Melembabkan dan menyuburkan rambut
-"Pearl-like" gloss shine hair

Naturactor Hair Oils - (85ml)
kebaikkanya:
-mengandungi olive oil dan camellia oil
-berfungsi utk menjadikan rambut lebih sihat dan bersinar
-mempunyai bau yg harum 

Hair rejuvenate tonic - (150ml)
kebaikkanya:
-mengandungi ekstrak ginseng yg bagus utk pertumbuhan rambut
-melebatkan rambut
-mengelakkan/mengurangkan masalah keguguran rambut
-tidak mempunyai bau

  • Eye Cosmetic Meiko- Harga: boleh lihat sendiri di page facebook atau blog ZUNITA. 
26 pilihan warna eyeshadows, selain dari itu terdapat juga eyeliner, mascara, eyeliner and eyebrow, lipstick, magical lipstick (boleh tukar warna after apply) nak tengok gambar lagi boleh ke facebook naturactor. Link ada di bawah ni.

  • SK II - SKII PITERA SET (TRIAL)

Facial treatment essence (30 ml)
Facial treatment clear lotion (40 ml)
Facial treatment gentle cleansing cream (15g)
Facial treatment mask (1 piece)

  • Missha signature real complete BB cream
  • Missha BB cream 

APA ITU BB CREAM? 

-Kebanyakkan artis2 Korea yang mempunyai kulit yang bersih dan cantik. Rahsianya? Mereka menggunakan BB cream! 
-BB cream atau "blemish balm" berasal dr Korea, dan kerap digunakan oleh artis korea bg nampak lebih cantik dan neutral :)

Kelebihan BB cream:
-Menghasilkan penampilan wajah yang sangat neutral, "tanpa make up"!
-Memberikan coverage yang sempurna pada muka, oleh kerana ianya tidak tebal, so ia tidak menutup pori2 muka
-juga berfungsi sbg pelembab
-Mengelakkan masalah pigmentasi, jerawat, muka kusam, dan hampir semua masalah kulit
-Mempunyai fungsi penyembuhan utk melembut, melicin dan mencantikkan kulit
-Menggalakkan penghasilan sel-sel kulit baru utk menghasilkan kulit yg halus dan lebih muda
-Mengandungi UV protection utk kulit yg sihat
-Anti-kedutan dan mencerahkan kulit!

Hanya dengan 1 krim, anda dapat baanyak kelebihan!

BB CREAM = Base + Foundation + Concealer + (Natural Makeup) + Sunblock + Moisturiser + Oil Control + Healing Properties (Skin Regeneration, Pore Tightening, Skin Toning) + Optional Feature (Anti-Wrinkle/Brightening/Whitening)

dan lain-lain lagi.


KENAPA MESTI BELI NATURACTOR DARI MAKE-UP COLLECTION (ZUNITA)?

1) Adalah satu kerugian buat peminat produk Naturactor dan Meiko sekiranya tak membeli dari Zunita memandangkan beliau kini sedang mengandung 2nd trimester dan bakal pulang ke Malaysia tak lama lagi. Jadi jangan lepaskan peluang ini.

2) Produk yang datangnya terus dari Meiko booth yang dijamin original sebab dibeli sendiri oleh Zunita. 

3) Kebanyakkan produk yang dijual di Malaysia datangnya dari CHINA, dan dikhuatiri keasliannya. Tak tahu sama ada kedua-dua produk dari CHINA dan JEPUN ini mempunyai kualiti yang sama atau tidak TETAPI bila produk tersebut dari China dan dikhuatiri keasliannya, kemungkinan produk tersebut kurang efektif dan mengandungi bahan-bahan yang juga diragui keasliannya. Biar bijak dalam membeli. Aku ulangi selagi, DIKHUATIRI bukannya aku kata dijamin tiruan.

4) Jika produk yang dijual itu adalah asli dari Meiko booth Jepun, aku sangat pasti harganya dalam lingkungan RM 60-RM 80 dan ke atas. Jauh lebih tinggi dari harga yang ditawarkan oleh Zunita.


BAGAIMANA NAK BEZAKAN SAMA ADA PRODUK NATURACTOR ITU DARI JEPUN ATAU CHINA?

terdapat 2 jenis packaging, iaitu satu produk tersebut dari Jepun dan satu lagi dari China. Aku akan letak lebih banyak lagi gambar untuk membezakannya tetapi di entri lain, memandangkan dah terlalu panjang pulakan entri ini. 

atau anda boleh baca di blog NATURACTOR MAKE UP COLLECTIONS (ZUNITA) di link 


BAGAIMANA HARGA POS PULA??

MENGGUNAKAN PERKHIDMATRAN POS LAJU

Semenanjung Malaysia - RM6 
Sarawak RM 8 
Sabah - RM 9 Sabah


Sekiranya anda meragui keaslian dan kurang berpuas hati Zunita akan bertanggungjawab dan wang anda akan dikembalikan.


Untuk maklumat lanjut tentang produk dan jika mahu order atau membeli dan sebagainya, bolehlah korang semua layari sendiri facebook dan website milik Zunita.


KLIK SINI 





Sekian sahaja, dah macam promoter tak aku. hik. Ada siapa-siapa nak aku promote barang dia? haha. kidding. Apa-apa pun rebut peluang ini ye, dah banyak review positif dari pelanggan Zunita. She's good. I'm not telling you because she's my good friend but she's real good because she's a good supplier. Anything u can ask her. By the way, jangan terlambat ok!

ANYONE INTERESTED BOLEH PM/WHATSAPP ME: 0107669946 (strictly no call)


p/s: Aku dah book produk ni dari dia gak. gaga.

Wednesday, September 21, 2011

Harga buat mereka yang nak buat rawatan pemutihan gigi @ teeth bleaching?

www.tips-fb.com

Hello Readers,





Topik paling hebat di blog aku, soalan paling kerap yang ditanya oleh pembaca blog aku ni adalah tentang


 TEETH BLEACHING @ TEETH WHITENING @ PEMUTIHAN GIGI.


Tak menang tangan aku nak menjawab setiap emel berkaitan tentang teeth whitening ni. Aku pernah menulis entri tentang pemutihan gigi ni di entri bertajuk 




So, dalam entri tu aku ada menejelaskan beberapa perkara berkaitan dengan teeth whitening ni. Mungkin orang di Malaysia memang kerap minum minuman berkafein selain merokok, maka masalah gigi kuning ini adalah normal. Walaubagaimanapun, perlu diingat.. tak bermakna sekali buat bleaching ni, gigi akan selamanya putih selagi habit anda tak diberhentikan. 



Jadi buat mereka yang tertanya-tanya berapakah kos pemutihan gigi di Malaysia ni, aku nak statekan harga. Tapi untuk klinik kerajaan aku kurang pasti. Klinik ini ialah klinik DR.LEEN. Kalau anda pernah baca blog milik beliau mungkin anda familiar dengan nama DR.LEEN ni. Bagi aku, Dr.Leen ni dah ada banyak pengalaman.. InsyaALLAH. 


Harga pemutihan gigi in office = RM 1000
Produk yang digunakan = Opalescence





Harga untuk 'take home kit' = RM 600
Produk yang digunakan = Beyond






Untuk sebarang pertanyaan bolehlah buat appointment dengan Dr.Leen ye? Di bawah ni ada alamat, nombor phone dan details klinik Dr.Leen.


KLINIK PERGIGIAN DR. LEEN
No 27-1, Jalan Reko Sentral 6,
Reko Sentral, off Jalan Reko,
43000 Kajang.
03-87394039 / 014-6345676


Waktu Rawatan:
Isnin- Jumaat : 10 pagi -9.30 mlm ( rehat: 1.30 – 2.30, 7.15-7.30)
Rabu : TUTUP
Sabtu : 10 pagi - 6 ptg ( rehat : 1.30-2.30ptg)
Ahad : 10 pagi - 2 ptg


Rawatan yang disediakan:
Tampalan, scaling (cuci gigi), cabutan, rawatan saraf, crown, bridge, denture, whitening, rawatan kanak-kanak, orthodontic treatment ( braces ) dan implant



Jadi bolehlah contact Dr. Leen ok? She's good. And baru dapat tahu she's my super senior in STF dulu. huhu. Masa tu aku takde lagi kot. Tapi yang pasti she's SERIKANDI too. 


Kalau nak buat rawatan pemutihan gigi menggunakan latest teknik ZOOM. lagilah mahal huhu. mahu cecah 4-5k tu...


p/s: Nak buka klinik pergigian macam Dr.Leen juga SOMEDAY. InsyaAllah. *big grin*

Kali terakhir beraya di India, unik dan happy!

www.tips-fb.com

As Salam Readers,


Hish lamanya tak menaip. Lamanya tak membebel. Nak cerita benda basi boleh? haha. Orang dah nak habis raya tapi aku baru nak post pasal raya. Tapi disebabkan tahun ni aku raya paling UNIK dan paling "BEST" maka, tanpa kira basi ke tak basi aku tetap nak tulis. Biar korang tahu betapa Uniknya raya aku tahun ni.



Tahun ni, tahun akhir aku beraya di India. Alhamdulillah. Setelah sekian lama dok beraya di India, berjauhan dengan keluarga dan Bam2, tahun depan insyAllah bolehlah menyambut Ramadhan dan Aidilfitri di Malaysia. hik. Tak sabar. Tak bestnya, dah 5 kali aku tak dapat duit raya, tup tup tahun depan dah kene bagi duit raya?? Peh ini mana adil weh. Konspirasi!!!



Tahun ni, waktu raya memang kebetulan aku posting di Oral surgery! Kebetulan juga aku duty diagnosis dan instrumentation! Sangat kebetulan.  Mungkin ditakdirkan aku ada pengalaman beraya paling unik ni kan. hik. Memang ada cuti 2 hari dari pihak kolej. Tapi department Oral surgery dengan oral medicine tak pernah off. Memang sentiasa buka walaupun cuti umum khas untuk kes-kes emergency. Jadi memang aku wajib datang. Kebetulan pula duty diagnosis dan instrumentation. Kalau amik cuti nanti kene extention 2 hari, nak tukar orang leceh benar... amik sign orang tu la orang ni laaaa...



RAYA PERTAMA


berbaju raya ke klinik!



Intrumentation duty with Jithin C.N.



sambut raya dengan rakan-rakan dan staff.
Bawa kuih raya. Bagi diorang rasa betapa sedapnya kuih
raya Malaysia.huhu.

Apple pie & Egg tart made by Farah.



Muka-muka gembira dapat makan free. haha



Kuih raya untuk madam H.O.D



kebulur sekor-sekor ni. tak pernah cukup. Batchmates semua lelaki 
macam ni lah gayanya. Bawalah apa je makanan, kompem habis. licin.
lesap sepantas kilat!



Dah licin. 



Suasana sunyi sebab tak ada pesakit. 


well, these are the instruments used to extract your teeth!



Habislah hari pertama, balik kolej me and farah tolong-tolong rakan-rakan yang lain memasak.. Sebabnya malam tu kami buat pot luck makan di malam raya beramai-ramai. Banyak sangat menu untuk malam tu.. Sampai banyak juga yang berlebihan.


Esoknya, aku dan Farah pergi kolej siap bawa Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Kari  Ayam, Kuih Tepung pelita dan Lepat Pisang. Pagi-pagi tu sampai kolej terus buat open table. haha. kelakarnya, mula-mula ada orang jual mahal tak nak.. Tapi bila dah rasa.. hah baru nak tambah lagi.  Siap ada yang cakap, sedap tapi pelik.. macam mana boleh mix rasa pedas dan manis. haha. Ayam masak merah kan macam-macam rasa ada. huhu.



RAYA KEDUA


Muka ceria dapat makanan.







Tepung pelita yang aku buat! hik.











Dr. Saravanan try makan tepung pelita.



Pesakit masih hibernasi dekat rumah. 
Takde keje jadilah macam ni. huhu.
debate 'love marriage vs arranged marriage'



the happy faces



the happy faces



Alhamdulillah tahun ni walaupun raya pertama dan kedua sibuk ke klinik, menjalankan tugas di oral surgery. Aku rasa syukur. Inilah pengalaman yang takkan aku lupakan sampai bila-bila. The happy faces bila mereka makan makanan yang kami bawa sambil mengucapkan EID MUBARAK. Siapa kata raya di perantauan itu tak best? haha.


p/s: Nanti nak upload gambar pot luck di malam raya pulaaaaa bersama usaha gigih menyiapkan kuih tepung pelita dan lepat pisang. hik.

Thursday, September 08, 2011

Kisah syahdu si emak.

www.tips-fb.com

As Salam Readers,




Semalam ada seorang sahabat berkongsikan satu cerita di facebooknya. Aku kurang pasti dari mana sumber cerita tersebut. Sumpah meleleh-leleh air mata aku nak habiskan cerita pendek ni. Sedih, sebak, semuanya berbaur-baur dalam diri. Entah kenapa. Mungkin aku sangat rindukan mak aku.. Inilah paling lama tak balik Malaysia. Hanya kerana nak balik for good, aku tabahkan diri ini. Aku kongsikan buat tatapan semua, pada yang dah baca. scroll down je la ye.. 


***********


Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Waj...ah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.
...
Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.


Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.” Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab? 


**************


Tahniah yang dah baca sampai habis. Seorang ibu dan ayah tak mengharapkan pun duit anak. Tak mahukan pun si anak membalas budi sebab ternyata berapa ribu tahun, berapa juta ringgit emas permata tidak sekali-kali kita dapat membalas jasa dan budi mereka. Mampukah kau bayar air susu ibu? sakit bersalinkan engkau?  Tak sama sekali, renungkanlah. Bila kite memberi sesuatu pada ibu dan ayah, lebih kepada sebagai hadiah buat mereka, tidak sekelumit pun luak budi yang mereka pernah taburkan pada kita.


Kepada yang tak menghargai ibu dan ayah, duduklah jauh dari mereka, ternyata kamu akan rasa kehilangan. Hargailah mereka selagi mereka masih ada. 


sedih


sebak.


Hanya doa kesejahteraan buat ibu dan ayah yang mampu kukirim.


Lega.





p/s: Redha Allah terletak pada redha Ibu ayah kita.

Disaat aku mencintaimu - Dadali | Ada video cover by Joel my Indian friend =D

www.tips-fb.com

Hello Readers,


Pernah tak dengar lagu Disaat aku mencintaimu by Dadali.. Ni lagu band dari Indonesia. Best sangat lagu ni. Kalau tengok videoklip memang sedih sangat. Huhu sangat jatuh cinta dengan lagu ni sejak Bam2 nyanyi for me. Then buat muka tak malu, asik nak suruh dia nyanyi je. hee. Suara Bam2 memang best! haha. *puji melambung*


Nak jadikan cerita, last time aku bagitahu seorang my batchmate, Joel yang aku suka sangat lagu ni. Terus Joel download lagu ni. Esoknya, dia bagitahu aku dia dah belajar macam mana nak pronounce malay word tu satu persatu siap dengan melodi. wahhhh! kagum ni, huhu.. Padahal dia tak tahu pun apa maksud setiap perkataan tu. Sebelum ni, Joel pernah nyanyi lagu Siti Nurhaliza Seindah Biasa tu. huhu. Suara Joel memang bestlah.


Bawah ni ada lirik, layanlah.. memang lentok habis. haha. Kemudian jom layan videoklip asal dari DADALI dan videoklip terbaik dari JOEL. Bukan senang ni nak dengar orang India nyanyi lagu melayu, ehem Indon exactly. huhu.


Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta



Joel nyanyi lagu Disaat aku mencintaimu.




lagu yang menusuk kalbu.

yang versi Bam2 nyanyi tak payahlah kan, aku seorang je boleh dengar kot. Nanti korang pun tangkap cintan macam mana? huih takbleh takbleh!  *perasan*



p/s: Amacam best tak lagu ni? best tak Joel nyanyi? cepat-cepat bagitahu.

Wednesday, September 07, 2011

Gigi hitam akibat merokok dan kunyah tobacco! bukan senang jadi dentist ni.

www.tips-fb.com

As Salam Readers,


Lama tak update blog. Demam raya pon dah habis. Wah banyak mende nak story pasal raya tapi nanti dululah. huhu, nak kena transfer gambar semuakan. So, post raya ni aku nak letak gambar.. hah jangan terperanjat pula ye. haha. Aku kalau tengok tu dah biasa sangat. Orang cakap ala bisa tegal biasa. Betulke pepatah aku tu? 



pemandangan bila masuk musim hujan. Mendung je. sejuk pula tu. Happy
betul aku kalau cuaca macam ni. Nak tidur pun nyenyak.haha.

EH eh, bukan ini yang aku nak tunjuk.hehe.



Tapi yang ini!





hah kau ada berani tengok ini mulut? KAU ADA? takdeeeee kan?? haha. Bagi seorang doktor gigi, pemandangan indah sebegini memang dah menjadi asam garam kehidupan seharian. Bau mulut? ala, setakat bau busuk tu, relax jeee.. Kaler hitam macam ni, pun dah biasa. Lali dah. huhu. tengok pun ala, macam gula-gula HACKS je kot. 


Masa ni aku duty diagnosis di Oral Medicine. First time aku diagnos, aku perhatikan gigi pakcik ni lama sangat.. lama..memang lamaa... aku cuba nak cam, gigi ke apa ni pakcik? kataku dalam hati je la.. Puas aku kuis-kuis, ketuk-ketuk guna mouth mirror, guna probe, guna explorer.. Crown alaf baru ke macam ni? Permukaan gigi tu memang hitam berkilat. 



Itulah dia pakcik, dok makan sireh kuat sangat.. Habis gigi tu hitam berkarat. Aku tanya pakcik tu,

" Tata, poigala sapdek ireka? Vetula pakka sapdek ireka? paan? hans? bidis? "

" elamae ireka" 

" evlo warasyem ithe elamae sapdek ireka "

" patte warasyem"
ceh ada ke 10 tahun  je jadi macam ni, tipuuuuu gila, tengok gaya ada dekat 20-30 tahun ni dah dok kunyah sireh dengan tobacco.. 



Haih lupa pula, korang faham tak aku berbahasa tamil. haha. hah paham? paham? takkan? padan muka sape suruh tak belajar tamil macam aku? *riak* masyaAllah. Ampun. haha. Aku tolong jadi google translator la ye. korang jangan pula pi google translate. Pening pakcik google nak fahamkan slang aku yang berabuk tu nanti. Aku main tibai je ejaan tu. Janji ada bunyik.



Aku tanya pakcik tu, dia ada ke habit kunyah betel nut, tobacco, merokok, areca nut.. Sebab memang sangat penting nak determined semua ni.. Tobacco, betel nut, areca nut chewing habit ni memang boleh lead to cancer. Sangat berbahaya. jadi sebagai seorang dentist sudah menjadi tugas kite untuk menasihati pesakit, ceritakan keburukkannya.. Suruh mereka stop habit ni. Jangan dah jadi cancer baru nak stop. Memanglah mengundang bala namanya. Tapi kita hanya boleh menasihati, selebihnya itu hak mereka mahu berhenti atau tidakkan.



Yang terbaiknya dekat India ni, boleh jumpa pelbagai jenis penyakit.. Sebab kebanyakkan mereka masih mengamalkan habit mengunyah tobacco ni. Kadang-kadang tu umur masih muda remaja lagi. Kesian aku tengok. Apalah nak jadikan. Jadi kita yang ada kesedaran ni, nasihatkanlah mereka. Umur muda remaja tu. Contohnya, Lichen planus, candidiasis, leukoplakia, oral submucous fibrosis etc banyak kes aku boleh tengok dekat India ni, dekat Malaysia bukan senang nak jumpa sebab kebanyakkan orang di Malaysia sudah ada kesedaran dari aspek Oral cancer ni. 



Pernah satu kes tu aku diagnos, umur baru 21 tahun, tapi sudah ada habit HANS chewing selama 2 tahun. Hans ni sejenis tobacco, di mana mereka akan kemam dan letakkan si sesuatu tempat contohnya di vestibular area. Hakikatnya, mereka kemam di tempat berhampiran dengan saraf-saraf tertentu supaya ada feeling HIGH. Biasanya kes sebegini memang takkan nampak sangat kesannya, jadi tanya di mana dia selalu kemam. Bila diperhatikan terdapat TOBACCO POUCH KERATOSIS dekat area tersebut. Kesiannya, sayang sungguh. maksudnya seawal umur 19 tahun lagikan.. Belum lagi usia tua. Kalau habit ini diteruskan sehingga berpuluh-puluh tahun, kemungkinan untuk dapat ORAL CANCER sangat tinggi.



Yang paling kelakarnya, sebab nak cakap tamil nak explain aku tak khatam lagikan.. panggillah seorang kawan tamil tuk translatekan. Jeliknya, tengah explain.. dia boleh pick up phone call. Hello, it's about your life man! Tapi, apa boleh buat, dia tak mahu dengarkan. It's your choice.



Tobacco Pouch Keratosis






yang ni lidah gigi pakcik bergigi hitam tadi.
we called this Coated tongue.



Bila dah jadi dentist, perkara pertama aku perhatikan ialah gigi orang.. Dah jadi habit. Entah kenapa, bagi aku.. mulut dan gigi melambangkan peribadi orang tu. huhu. Sorrylah beb. Kalau gigi berkarat semacam aku sendiri kurang selesa sebenarnya.. Rasa nak tolong scalingkan je. hehe. Tapi mulutlah paling banyak bakteria, jadi mestilah dijaga seeloknya. Gigi kekal takkan tumbuh balik, takkan elok balik kalau rosak. Tampal lah banyak mana, dah cabut, gantilah dengan material yang hebat mana.. crown? bridge? implant? Hakikatnya, ciptaan Allah takkan sama. Jadi yang asli itu juga yang paling terbaik. Jadi jagalah sebaiknya =D



Sebagai dentist, memang takde pilihan lain selain tengok mulut orang. Walaupun pada mulanya, rasa mual, geli geleman memang ada dalam dirikan. Huhu. lama-kelamaan dah jadi perkara biasa bagi kami. Lagi-lagi kalau cabut gigi, bau mulut campur bau darah pehhh memang terbaik. hehe. Suprisingly, aku boleh je makan dengan enak tanpa dihantui gambaran dan bau tersebut. hee.



Paling kelakar bila posting periodontics yang kerjanya dok scaling @ cuci gigi orang. Dahlah yang datang calculus tebal entah bape inci. huhu. Tak payahlah explain. ada pula orang tak boleh makan nanti. Setiap kali lepas scaling mesti member tanya, ada pape tak kat muka? AHA, apa taknya.. calculus dok melayang sana sini sampai hinggap dekat pipi dan muka. HAH! GELI TAK? haha. ADA BERANI?



depan hostel waktu petang-petang. Redupkan? cuba kau tengok
time musim panas. haha. silau!



Apa yang aku boleh simpulkan, BEST jadi DENTIST! serious, tak tipu. =D



p/s: Balik malaysia treatment gigi mahal!

Related Posts with Thumbnails