Friday, April 29, 2011

All about Teeth Whitening | Teeth Bleaching | Pemutihan gigi.

www.tips-fb.com

As Salam Readers,




Disebabkan terlalu ramai yang bertanyakan soalan berkaitan Teeth Whitening atau Teeth Bleaching sama ada di ruangan komen atau pun emel, Jadi tak perlu lagi aku nak explain dalam setiap emel. Harap Post kali ini akan banyak membantu buat mereka yang tertanya-tanya tentang Pemutihan gigi ni. Ia juga dikenali sebagai Cosmetic Dentistry.



Apakah Teeth whitening dan Teeth bleaching?


Sebenarnya term whitening dan bleaching terdapat sedikit perbezaannya,


Teeth whitening tu bermaksud mengembalikan semual warna asal gigi dengan membuang dirt dan debris pada gigi. Jadi any product yang boleh membersihkan gigi seperti ubat gigi dikira sebagai whitener.

Teeth bleaching pula, menurut FDA term bleaching tu digunakan sekiranya gigi diputihkan beyond dari warna asal gigi tersebut.. maksudnya lebih putihlahkan.. Dan biasanya produk yang digunakan untuk bleach gigi mengandungi bleach seperti hydrogen peroxide atau carbamide peroxide.

Tapi biasanya sekarang orang tak panggil bleaching.. orang lagi prefer nak panggil teeth whitening walaupun produk itu mengandungi bleach. So dapatkan maksudnya?




Macam mana gigi boleh discoloured? Bukankah patutnya gigi berwarna putih?


Ok, dari kecil memang gigi kita berwarna putih, bersih dan sparkling! Kenapa? sebab semasa kecil kita kurang mengunyah dan menggunakan gigi kita bukan. Semakin meningkat umur, semakin banyak gigi kita digunakan. Maka makin lama lapisan luar gigi iaitu Enamel semakin menipis. Enamel yang seperti mutiara putih nya tu composed of crystalline rods, dan dicipta untuk protect gigi daripada effects of chewing, gnashing, trauma dan acid attacks caused by sugar. Tapi seperti yang dinyatakan tadi, bila usia makin tua enamel pon makin menipis dan menjadi semakin transparent menyebabkan warna lapisan kedua gigi iaitu dentin boleh see through the enamel. oh yeah warna dentin ialah kuning. Jadi warna gigi yang kuning tu kebanyakkannya disebabkan oleh warna dentin yang boleh dilihat melalui enamel yang dah transparent tadi.


Kadang-kadang waktu kita gigit dan kunyah-kunyah tu, ialah gigit pun bukannya bubur je kan, maka adalah micro-crack berlaku. bukan sikit malah maybe millions. Kita sendiri tak boleh lihat melalui mata kasar. Jadi bila kita minum kopi, teh, minuman berwarna malah khas untuk mereka yang merokok sehari entah berapa batang rokok tu kan.. cracks yang terbentuk, ruang-ruang yang ada antara crystalline rods of enamel walaupun sangat kecil.. stains tu tetap akan remains di celah-celah ruang tersebut. Dan semakin hari semakin banyak dipenuhi oleh stains, debris malah mungkin bakteria. Hal sedemikianlah yang menyebabkan gigi anda semua bertukar warna.  Kadang-kadang juga, ada yang dibuang selepas gosok gigi, tapi ruang tersebut remains open. Jadi again stains dan debris terkumpul di situ.




Apa jenis-jenis stains?


Extrinsic Stains- biasanya disebabkan oleh minuman berwarna seperti kopi, teh dan juga tobacco. Kalau superficial dan sikit sahaja boleh dibuang melalui berus gigi atau scaling. Kalau stains yang degil-degil tu bolehlah remove guna bleaching.

Intrinsic Stains- Biasanya ni stains dari bahagian dalam gigi bukannya luar. Mungkin disebabkan oleh trauma, aging exposure to mineral ( tetracycline) waktu tooth formation atau pun excessive ingestion of fluoride (fluorosis). contohnya negara seperti India, sumber air mereka mengandungi fluoride yang tinggi dan biasanya boleh leads to fluorosis. 




Punca gigi stains.


1) usia- faktor usia seperti yang aku dah terangkan di atas tadi.

2) cara makan - minuman berwarna seperti kopi, teh, cola dan termasuk juga red wine. makanan seperti carrot. orange.. Acidic fruit ataupun citrus fruit juga boleh menyebabkan gigi stains, sebab acidic fruit dan cuka ni boleh menghakis permukaan enamel.

3) smoking habit

4) Genetik- trait genetik yang mempunyai enamel yang nipis dan translucent. 

5) chemical - tetracycline ( ubat ), fluorine ( fluorosis)

6) grinding- orang yang ada habit grinding teeth atau nama lainnya bruxism ( melaga-laga gigi waktu malam dan siang sampai bunyi-bunyi)

7) jatuh- bila jatuh boleh menyebabkan crack pada enamel.






Cara-cara pemutihan gigi.


Ada banyak jenis cara-cara untuk memutihkan gigi ni. antaranya adalah:


1) In-office bleaching.

In-office bleaching maksudnya prosedur ini dijalankan oleh dentist sendiri. Biasanya involve high concentration of bleach. chemical yang digunakan sama ada carbamide peroxide yang akan break down into hydrogen peroxide atau hydrogen peroxide itself. Biasanya Carbamide peroxide yang digunakan 10-44% iaitu equivalent dengan Hydrogen peroxide 3-16%. Pesakit akan pakai tray yang sudah diletakkan dengan gel untuk 15-20 minit hingga boleh sampai upto 1 jam. Sekiranya stains tu terlalu degil, pesakit akan dipanggil untuk sesi kedua dan seterusnya sehingga apa yang dikehendaki tercapai. Atau dentist akan bekalkan gel untuk dipakai di rumah.


2) Home- bleaching


Yang ini biasanya involved low concentration. Dan kurang effective. kalau effective pun mungkin tak lama kekal.. Pesakit akan pakai tray untuk beberapa jam sehari atau 1 jam sahaja. atau overnight selama lebih kurang 5-14 hari. 


3) Over counter bleaching


yang ini maksudnya yang dijual di farmasi atau kedai-kedai. Ia jauh lebih murah dan biasnaya bleaching kit yang dijual di kaunter-kaunter, percentage atau concentrationnya jauh lagi rendah dari yang office dan home bleaching.  Mungkin juga selain daripada gel, ada juga ubat gigi, chewing gum atau mouth rinse.


4) Selain melalui cara bleaching, boleh juga menggunakan composite atau veneer to cover the stains, 


TETAPI DISARANKAN SEBELUM MENDAPATKAN BLEACHING KIT MESTI DAPATKAN CONSULTATION DARIPADA DENTIST TERLEBIH DAHULU.




RISIKO


1) Sensitviti

Seperti yang kita sedia maklum, bleaching is a powerful product., chemical ini boleh menyebabkan enamel semakin menipis lalu expose the dentinal tubules in dentin.. Jadi akan menyebabkan lagi banyak debris boleh masuk melalui dentinal tubules. Selain daripada itu, ia juga menyebabkan gigi lagi sensitive kepada thermal changes seperti panas, sejuk mahupun sentuhan. Kadang-kadang pesakit berasa spontaneous shooting pain di gigi depan. Ada orang yang sekejap sahaja, ada juga yang lama side effect ni.


2) Effect lain :

  • pada enamel- kurangkan enamel hardness
  • pada dentin- menyebabkan uniform changes in colour through dentin
  • pada pulp- menyebabkan tooth sensitivity
  • pada cementum- tiada effect tapi boleh menyebabkan cervical resorption dan external root resorption.

3) Gum and soft tissue irritation

high concentration boleh menyebabkan burn and bleaching of gingiva ( gusi).


4) carcinogenicity

Boleh menyebabkan kanser ( tongue cancer). etc, sebab hydrogen peroxide ada genotoxic effect, bila free radical released from hydrogen peroxide are capable of attacking DNA. 



Adakah ia sakit?

prosedur agak comfortable tetapi pesakit akan suffer from a dislocated jaw or fatigue sebab have to bite the block like for 20 minutes. Dan bila waktu hydrogen peroxide tu nak penetrate the outer dentin layer of your teeth, akan rasa seperti tingling sensation dan slightly discomfort. 



Berapa Lama ia bertahan?

Terpulang kepada pesakit, kalau pesakit tersebut menjaga cara makan dan tidak merokok boleh tahan sehingga mungkin setahun atau 2 tahun. kalau ada habit merokok dan minun kopi pekat 'kaw' mungkin kuranglah dari setahun.. Tapi biasanya pesakit akan dibekalkan dengan gel untuk di apply di rumah.



Untuk orang mengandung pula?

Biasanya dielakkan sebab belum ada lagi study yang menunjukkan effect. Cuma berjaga-jaga takut akan adanya effect pada fetus.



Umur?

Untuk mereka yang berumur bawah 13 tahun adalah sangat dielakkan kerana pelbagai faktor antaranya saiz pulp chamber yang besar. 


Setiap dentist mempunyai cara rawatan yang berbeza-beza kerana mungkin mereka ada teknik mereka tersendiri.. apa yang aku tulis di sini hanya general sebagai panduan kepada mereka yang mahukan sedikit idea tentang bleaching dan tooth whitening. Jadi sesiapa yang berminat adalah disarankan untuk berjumpa dengan mana-mana dentist dan dapatkan consultation mereka terlebih dahulu. Jangan pandai-pandai main beli sendiri di kiosk atau farmasi ye.


Apa yang aku boleh cakapkan di sini, aku sangat tak menggalakkan teeth bleaching atau whitening melainkan terlalu kronik sangat stains tu seperti fluorosis. Kalau boleh dielakkan lagi bagus.. Kalau gigi kuning tu kene ingat, kenapa? sebab enamel dah nipis.. sebab tu boleh nampak kaler kuning dentin. So takkan nak apply lagi chemical ni pada enamel yang menipis? dan biar semakin menipis? Effectnya nanti anda yang akan tanggung. Jangan kerana nak sangat cantik, sakit pula. Tepuk dada tanya minda. 


Di sini aku senaraikan beberapa klinik yang ada perkhidmatan Teeth bleaching. Harga boleh rujuk pada klinik tersebut ye.


Lee Dental Surgery ( Subang Jaya)
Dental Pro ( Bangsar Utama KL)
Utama Dental Surgery ( Petaling Jaya)
Pantai dental clinic ( Kota kinabalu Sabah)
Zahida Dental ( Shah Alam)
Joon Dental Clinic ( Subang Jaya)


Nak tengok list lain? BOLEH KLIK SINI.

Aku pernah juga buat kes bleaching ni, nak tengok hasilnya? Boleh tengok dekat entri aku sebelum ni bertajuk TOOTH BLEACHING; SIAPA NAK PUTIHKAN GIGI?  entri ini ada banyak gambar, (Pesakit aku ni dia ada stains disebabkan fluorosis)



Video to watch:


Zoom teeth whitening.


how to apply gel in the tray


Power bleaching


p/s: Harap penjelasan ini cukup untuk mereka yang mahu mengetahuinya ya. Sekian sahaja.

11 si gojes suke membebel:

Nava Kishnan said... [Reply]

just be careful with DIY ones, I rather do it with a experienced Dentist.

Anonymous said... [Reply]

xde cara laen ke??? cara semulajadi...klu letak garam bole putih ke???
gigi ak kunun lor...x merokok pon...huuuuu

Skinner said... [Reply]

ssh lah nak putih klu perokok macam aku nie. haha

Amirul Amin said... [Reply]

berapa harga caj dikenakan biasanya?

Diksu said... [Reply]

elok ke?mmg confirm putih?

Diksu said... [Reply]

gigi crown boleh kt putih?

nikasyami said... [Reply]

thanx for da info Dr intan...sy suke blog nie sbb bg byk dental info yg memudhkan sy utk bljr n apply mse klinik nnt..sy rse berbaloi la stud melalui blog nie..mmg same dgn pe yg lect sy ajar, tp sy je yg x brape ingt..nnt share byk2 lg psl OS n restorative sbb byk yg sy krg phm lg nie...

-nik, 4th yr ukm dental student-

apit and anuar said... [Reply]

klinik kami ada menyediakan whitening. harga berpatutan.. klinik pergigian kencana batu pahat..tq

Anonymous said... [Reply]

I must thank you for the efforts you've put in penning this blog. I really hope to check out the same high-grade content from you later on as well. In fact, your creative writing abilities has motivated me to get my very own website now ;)
My weblog perfumes

Winner said... [Reply]

After got my teeth whitening treatment at dentist in kuala lumpur, i have to control the coffee i drink everyday T.T .

Anonymous said... [Reply]

Kt mane klinik ni...klu buat whitening brpe hrge..

Related Posts with Thumbnails