Monday, April 02, 2012

Bagaimana nak teruskan pengajian dalam bidang Dentistry @ pergigian selepas SPM?

www.tips-fb.com

Dear Readers,




Ya ALLAH rupanya terlalu ramai di luar sana yang mahu menjadi doktor gigi ye. Pelik juga, ramai orang yang takutkan dentist. TAPI masih ramai yang sudi dirinya ditakuti, digeruni mahupun dibenci orang ek? haha. Esh jadi doktor gigi ni best tau. hehe. Sebab bukan calang-calang orang yang sudi giginya digerudi doktor gigi. hahaha. 


Aku masa kecik-kecik dulu pun, tengok nurse dengan doktor gigi ni rasa nak sepak-sepak je. Benci! Rasa nak koyak-koyak je kad hijau tu. Menggeletar lutut bila dapat kad hijau. Puas pujuk mak tak bagi sign kebenaran rawatan tu. Rasa berbuku je hati bila kena nganga mulut tanpa kerelaan hati. Hah tu baru aku tu. haha. Itu pun aku nak jadi doktor gigi lagi ek? Sebenarnya, aku teringin sangat nak rasa apalah perasaannya jadi doktor gigi ni kan. Kenapa semua orang takut sangat jumpa doktor gigi. Tak puas hati aku. hehe. Alhamdulillah,bila dah jadi doktor gigi, i do love this job! I love dentistry. 


Terlalu banyak emel dan soalan dari adik-adik lepasan SPM bertanyakan bagaimana nak menceburkan diri dalam bidang dentistry ni. Ok adik-adik, tak mampu nak jawab seorang-seorang, akak postkan di sini ye. Harap soalan-soalan adik-adik terjawab.



1) Apa perasaan akak bila dah bergelar dentist?

- I'm happy for now. Memang terus terang bila dah mula posting tu, rasa macam penatnya.. Penat sangat sampai rasa nak cuti setahun. Hehe, tapi adik-adik semua bidang kerja sama sahaja. Ada yang susah dan ada yang mudah.



2) Ada tak peluang pekerjaan selepas habis belajar? Sebab bukannya ramai pun yang nak jumpa doktor gigi ni.

- *terseyum simpul baca soalan ni* InsyaALLAH dik, dentistry ni bidang yang luas. Walaupun orang tengok kecik je mulut ni kan. Tapi kecik-kecik cili padi ni dik. Selepas tamat pengajian tak kira melalui tajaan atau pun secara persendirian, adik memang kena berkhidmat wajib dengan kerajaan (KKM) selama 3 tahun. Dalam masa 2 tahun pertama, adik-adik digelar (FYDO & SYDO), boleh refer post tentang Fydo dan Sydo sebelum ni ye. 

Selepas 3 tahun, terpulang sama ada mahu meneruskan perkhidmatan di kerajaan atau letakkan jawatan untuk ke sektor swasta. Pada yang ada kontrak dengan kerajaan (JPA sponsor) mestilah teruskan khidmat selama 10 tahun. Banyak cabang dalam dentistry, boleh jadi pakar bedah mulut, orthodontik, restoratif, periodontik dan lain-lain lagi. Adik boleh sambung belajar, boleh juga jadi pensyarah klinikal dan sebagainya. Jadi peuang pekerjaan itu akan sentiasa ada. Niat kita nak membantu orang dik. Rezeki Allah ada di mana-mana =D Kalau ada rezeki lebih bolehlah buka klinik sendiri. hehe.



3) Bagaimana nak apply belajar dentistry atau ke luar negara?

- Untuk ke luar negara, boleh apply gunakan keputusan SPM. Adik apply biasiswa ke luar negara sama ada di bawah tajaan JPA, MARA atau mana-mana organisasi yang menawarkan biasiswa dentistry ni. Jika diterima, adik akan menerima surat panggilan temuduga, hanya selepas temuduga sahaja adik akan diberitahu sama ada diterima atau tidak ke luar negara. Program persediaan juga akan ditaja sepenuhnya oleh pihak penaja. Ada yang tajaan kita tak boleh pilih tempat, ada juga yang kita apply lain, tapi kita dapat lain. Tengok juga pada kuota dan kelulusan kita. Yang penting kena mencuba selagi ada peluang di depan mata.

- Buat mereka yang tak dapat tajaan, ada juga yang membuat pinjaman MARA. Sebab apa yang akak tahu, sekiranya keputusan cemerlang, jumlah yang perlu dibayar hanyalah sedikit sahaja. Ada juga yang pergi dengan tajaan PA & MA (sendiri) kemudian pada tahun kedua, mereka menggunakan result exam akhir sem tahun pertama (cemerlang) untuk apply biasiswa sama ada JPA atau mana-mana organisasi yang ada tawarkanlah.



4) Keputusan saya sekian dan sekian. Tak cukup cemerlang. Boleh tak saya apply dentistry?

- SPM adalah jalan utama, tapi tak bermakna adik tak cemerlang SPM adik tak boleh jadi doktor gigi. Yang penting adik tahu kemampuan adik. Teruskan pelajaran di Matrikulasi. Buat yang terbaik, capai pointer terbaik dan teruskan pelajaran dalam bidang pergigian menggunakan keputusan Matrikulasi. Selain itu, banyak sangat universiti dan kolej tempatan yang menawarkan bidang pergigian ni. Seperti, UM, UKM, UIA, USM dan UITM. Selain itu, kalau adik berkemampuan, kolej-kolej swasta juga banyak menawarkan bidang pergigian. InsyALLAH yang penting usaha dan keinginan adik-adik.



5) Subjek apa yang perlu diambil?

- Kebanyakkan subjek yang berkaitan dengan dentistry ni, BIOLOGI, KIMIA DAN MATEMATIK. 



6) Berapa tahun belajar?

- Kebiasaanya course ni 5 tahun. Tapi bergantung juga pada universiti tersebut.



7) Susah tak belajar dentistry?

- *senyum* tipulah kalau akak cakap senangkan? Apa-apa bidang pun dik memang ada yang susah dan senangnya. Akak pernah terfikir, jadi cikgulah lagi senang. Susah jadi dentist ni. Then, mak akak ni seorang cikgu menjawab,' Along jadi dikgu barutahu susah ke senangnya nak mendidik anak-anak orang ni'

phew, memang pun hanya orang yang dalam sesuatu bidang tu je tahu apa dia kesusahan, cabaran yang dia kena tempuhkan. Belajar susah tapi kitalah yang kena permudahkannya. InsyaALLAH kalau kita ikhlas, kita berniat baik ALLAH pasti permudahkan urusan kita. 



8) Gigi saya tak cantik, boleh ke saya jadi doktor gigi?

- *senyum lagi* adik, yang penting kebersihan gigi terjaga. Kalau doktor gigi ni gusi bengkak, gigi berkerak memang takde orang nak jumpakan? 



Ok, harap soalan-soalan ni sedikit sebanyak menjawab pertanyaan adik-adik. Sekiranya ada persoalan lain yang tak terjawab, boleh emel pada akak ye, InsyaALLAH akak cuba jawab.


Terharu pula bila ada yang cakap, aku ni sumber inspirasi mereka nak teruskan pengajian dalam bidang dentistry ni. Rasa kerdil sangat diri ni nak menjadi sumber inspirasi seseorang. Pada adik-adik yang pernah buat post tentang akak, terima kasih akak ucapkan. Akak baca dan hargainya. Kita yang bakal mencorakkan masa depan kita, kita usaha Allah yang menentukannya. All the best adik-adik!


p/s: Allah menjadikan seseorang itu istimewa dengan cara mereka yang tersendiri.

58 si gojes suke membebel:

nur hanis said... [Reply]

terima kasih akak =)

Affieza said... [Reply]

Wow...it's great to be chosen as an idol

Hayati Haji Hamid said... [Reply]

haha seriously sy refer blog ni last year before i chose to pursue in dentistry. and yeah i dont regret.
but heck am struggling so hard to get a place in australia.
ada senior yg takleh fly ke aussie, jpa hantar ke india. ada info apapa tak sal yang kes gini? ;/

Hayati Haji Hamid said... [Reply]

haha seriously sy refer blog ni last year before i chose to pursue in dentistry. and yeah i dont regret.
but heck am struggling so hard to get a place in australia.
ada senior yg takleh fly ke aussie, jpa hantar ke india. ada info apapa tak sal yang kes gini? ;/

Intanberlian said... [Reply]

@Hayati Haji Hamid

mydear, ramai juga kawan akak yang kes macam ni.. tak dapat places and JPA hantar ke India. so far, ok je dik. belajar di mana-mana sama sahaja =D. aLL the best dear. =D

Intanberlian said... [Reply]

@nur hanis

welcome dear=D

Intanberlian said... [Reply]

@Affieza

haha kite bukan idol pun la.

deenna_yasmin said... [Reply]

salam, hye., :) just curi0us, subjek2 yang perlu blaj0 lagi t0ugh drp amek k0s medik ke? sy tgh buntu.. saya dpat tawaran utk k0s dentistry nie, tp xtawu asas2 yang ada dlm bidang nie. harap dapat bantu saya. :D

suraya binti mohd salleh said... [Reply]

salam kak intan..
rasa nk pengsan akk tinggal jejak kt bl0g..hihi mngada sngt kan??

yup,kak intan mmg sumber inspirasi..
wlaupun x amik bidang nie,
tp jd trtarik suda..
trutama skali dgn p0st2 akk..
dr kisah cintan cintun akk smpai kisah blaja,kerja 2 semua..
semu wajib baca..hehe..
cayalah kak intan..
rawat pesakit lekl0k yer kak :)
<3

Anonymous said... [Reply]

salam kak
bole x akak bg pro n cons antara medic n dentistry
sy tgh konfius ny
tq :)

yu chanteq said... [Reply]

assalamualaikum akak.....sy pelajar tngktn 6 ...sy nk tnye lah..berape pointer yg ptot sy skor utk bidang ni..??pastu camne perjala6 saye pas ni utk msk bidang ni..?sy amek sains tulen kt cni which is bio & chem included...pas2 kalo nk apply oversea camne??

yu chanteq said... [Reply]

salam akak sy nk tnye ni..sy dri tnhkt 6...camne perjala6 saye lpas ni kalo nk amek bidang ni coz sy amek sains tulen kt cni

Anonymous said... [Reply]

kak intan.. nk tnya.. sy baru pas spm tp x amik subjek kimia & biologi.. adakah cara bagaimana nk amik course utk jd dentist... ;/

Izzati said... [Reply]

Kak jdi dentist ni msti rmai ppuan kan? xde laki ke? hehe bru je ingt nk cari hubby yg sme krjaya. ;p

Unknown said... [Reply]

Akak..peluang bagi laki2 untuk jd dentist besar x??sy berminat sangat untuk jd dentist

Unknown said... [Reply]

Akak..peluang bagi laki2 untuk jd dentist besar x??sy berminat sangat untuk jd dentist

Intanberlian said... [Reply]

Wslm. Cabaran utk bidang dentistry dan medik ni berbeza-beza. Sebab apa yg kite belajar nampak macam sama tapi lain sebenarnya. Cthnya. Di India saya belajar subjek medic tp terhad kepada kepala dan leher sahaja. Tetapi di malaysia mereka perlu belajar sepenuhnye seluruh bdn seperti pelajar medic yg lain.

Apa yg boleh saya katakan, dentistry is more challenging since we have a lot of practical stuff, hand skills.

Saya masa mula2 belajar dentistrynpun tak tahu apa2, we start from zero to be a hero. Cewahhh hehe. So all the best.

Intanberlian said... [Reply]

Wslm. Waahhh segan i tau. Hik.
Thank you adik. Kalau ada umur pnjg boleh kite jumpe borAk2,hehe
InsyaAllah. All the best to u dear.
Muahhhnn!

Intanberlian said... [Reply]

Huhu rasa mcm dah terlambat pula reply ni kan. Apa pun dik. Medic n dentistry ni mmg totally diff walaupun nampak mcm sama kan. Medic byk teori. Dentistry ni teori ade n we a lot of practical and hand skills stuffs. Hehe. Kena tahu minat adik. Actually akak apply for medic before tp takde rezki and i was chosen to be a dentist, but Alhamdulillah akak syukur sangat2 since this is the best for me. Allah knows better what is gud for us. Solat istikharah penting huhu kalau adik still confuse. Sebab akak tahu akak tak mampu and tak kuat to be a housemen. Hehe. I prefer working as a dentist sbb office hour n kalau cuti dapat cuti haha. :-P

Intanberlian said... [Reply]

Wslm dik. Study hard and smart. Aim higher. :-) sains tulen dah kira advantge for u dik. So score yg terbaik. Apply biasiswa ke luar negara ye.

Intanberlian said... [Reply]

Try go for matrikulasi ke dik. But really sorry m not so sure Bout this.

Intanberlian said... [Reply]

Hehe haah ramai perempuan. Tpi siapa kata takde lelaki. Hehe. Ramai je lelaki dik just tak seramai kaum hawa. Hehe

Intanberlian said... [Reply]

In shaa Allah sangat besar dik. Huhu. Just go for it!!!!!

Unknown said... [Reply]

akak,,boleh cter sikit x flow nk jd dentist ny?start after spm..andai kata kalau kite smbng dlm foundation mcm mane pulak?sorry mcm soalan..bt,i really need someone who more experienced in this field..hrp akak dpt membantu,,tq:)

Unknown said... [Reply]

Haha..thanks akak..makin brsemangat sy..pray for me yee..

Unknown said... [Reply]

Haha..thanks akak..makin brsemangat sy..pray for me yee..

Anonymous said... [Reply]

salam kak Intanberlian , sya mrupakan pelajar tingkatan 5. sya hanya mngambil subjek sains seperti Biology, Chemistry, Addmaths dan Maths. Namun, sya x mngmbil subjek Physics. boleh kh sya melnjutkan pelajaran untuk mnjdi seorang dentist.?

Anonymous said... [Reply]

assalamualaikum kak.sy baru ja hbis spm in pure scince.kptusan spm sy skian skian .xlah gmpak sgt.sy knfuse sgt nak pilih course apa bla msuk U.either acc or dentist.bbelah bgi .sbb phy sya dpt B+,bio B n kimia C.agk rndah tuk jdi dktr.tpi bila tgk blog akak ni,waaaaaaaah son INSPIRATIONAL .TQ KAK,AKAK LAYAK JDI SEORANG IDOL :)pmohonan upu pulak xlama lgi ttup.adui pening sy nak msuk course apa ni :/

Anonymous said... [Reply]

o.k.u. y lumpuh kaki bole amik course nie x???

Eyrul Aieyzart said... [Reply]

akak.. saya pun anak cikgu juga!!! haha :D saya baru form 4.
tp saya ada la jugak minat nak jadi dentist ni.. tp confuse sama ada nak jadi seorang pendidik atau pun masuk dalam bidang kedoktoran ni..
yelah kalau ikutkan tempoh pengajian menjadi seorang guru lebih sigkat berbanding doktor kan? em.. takpe ade setahun lagi untuk berfikir! hehe :D

Anonymous said... [Reply]

Asslamualaikum kak, nsib baik sy bc post akak ni.. Datang balik semangat sy nk jd dentist.. Thnk u kak :)

Unknown said... [Reply]

Hi . Can i ask what if in my SPM i only attend for my physic but i TIDAK HADIR for my chemistry ? Is it affect i choose dentistry ? Or i can continue study form 6 and get good results in chemistry and addmath ? Grade B to apply for dentistry ? What is Grade B ?

Unknown said... [Reply]

Hi . Can i ask how if i only attend for my SPM for physic and chemistry but i absent for my chemistry . Would this affect if i take dentistry ? Or i can continue study form 6 and score better results in chemistry and add math ? How much should i score to be qualified ?

Unknown said... [Reply]

O

Anonymous said... [Reply]

Hi. Can i ask is there any affect if i only attend for my physic in SPM but absent for chemistry? Not include biology cause i drop it.
Or i can continue study form 6 to score better result in chemistry and add math ? What grade should i get ?

Lolita said... [Reply]

sy minat sgt jd dentist.sy spm 2012 dan alhamdulillah sy dpt 2 scholarship finance under petronas and jpamara dentistry.but parents sy paksa sy ambil petronas dan sekarang sy mmg dah masuk kolej buat a level finance yg sy x minat tu.klau sy apply lg thn dpn jpa gaknya chance sy cerah x?

Lolita said... [Reply]

sy pelajar spm 2012.alhamdulillah sy dpt dua biasiswa finance under petronas dan dentistry under jpa mara.sy mmg nk sgt jd dentist tp parents sy paksa sy ambil finance sbb die petronas.klau sy apply jpa next year dentistry agaknya sy boleyh dpt x?

Unknown said... [Reply]

assalam..akak..saya minat sangat nak jadi dentist..tapi nampak macam impossible jer sekarang ni..saya budak asasi sains hayat di unimas..masalah nyer,once we r asasian here,we cant apply kat mana2 u lain..except kos yg takde kat sini mcm dentistry..tp yg buat pening,bile buat survey,sume requirement kat uni lain tu tak include asasi UNIMAS..mcm mane eh??akak ade suggestn tak??

Anonymous said... [Reply]

akak nak tanya kalau lah keputusan spm saya tak beberapa bagus boleh ke nak lanjut kan pelajaran ke luar negara? and satu lagi betul ke atok saya(bekas jururawat) kata kat saya kalau nak jadi dentist kena belajar badan juga bukan setakat gigi sahaja?

fadhlin said... [Reply]

Assalamualaikum kak, saya pelajar lepasan spm tahun ni. Saya nak tya, saya ni jenis yang takut darah and rasa geli klau tengok surgery, tapi sy berminat dlam bidang pergigian.. Akak rasa patut tak saya teruskan minat saya ni?? or should I consider other course??

Anonymous said... [Reply]

salam akak . sy nk tau laluan yg perlu dpilih utk jd dentist ni . contohnya , bidang dan universiti mana yg terbaik utk smbung bljr ? dan satu lg plihan antara matrik , asasi atau diploma yg plg baik untuk mnyambung plajaran dalm bidang ni?

Anonymous said... [Reply]

assalamualaikum kakk, sy berminat nak ambil course dentistry ne. selain masuk matrix, ke mana sy harus tuju?

Unknown said... [Reply]

Hai akak dentist...! Saya memang berminat nak jadi dentist ni berbanding doktor biasa, tapi rasanya saya tak berpeluang nak dapatkan tajaan JPA & MARA ...keputusan saya 2013, 6A3B, rasa2nya saya berpeluang tak nak masuk IPTA ? If not kena cari peluang belajar kat obersea ker? guna biasiswa PA MA ?

afwan said... [Reply]

assalamualaikum , boleh saya tanya kalau saya ada diploma in medical science from private boleh pursue degree buat dentist ke kat ipta/s?

Unknown said... [Reply]

terima kasih akak....saya memang bercita cita nak jadi dentist tapi bila tengok balik exam result saya macam tak boleh masuk je bidang ni...tapi bila baca blog akak saya rasa lebih semangat nak kejar impian saya..terima kasih akak..

Anonymous said... [Reply]

salam Akk skrg sy bru form4..sy kelas kedua dpt sbjek admt..chem..phy6 &acc sbgai sbjek elektif..sy nk jdi doktor gigi!soalan saya:adkh sbjek biology tu pntg utk jdi sorg doktor gigi?

Unknown said... [Reply]

Akak, is it compulsory to take IB before gettin into dentistry? IB 2 years, then hav to pass 35 points above, baru boleh masuk dentistry. Then in dental school, 5 years. Total 7 years?? Working 3 years tu dlm waktu belajar ke after grad? So altogether 10 years... baru boleh open clinic sendiri eh? And how much is the pay for fresh graduate dentists in malaysia eh? ok thank you kak :)

Unknown said... [Reply]

Salam akak...tq for info ... best sgt..
Sye nk tnya akak la.... untuk asasi prgigian bape taun eh? Then, lepas ijazah slama 5 taun tu..bilew bleh smbung untuk ke kepakaran? Adkah kne keje tuk 3 taun tu dlu or bleh smbung terus bljr ke kpakaran? Tq kak!

Nisa said... [Reply]

Assalamualaikum kak can i have your email?

Anonymous said... [Reply]

Assalammualaikum kak intan kalau dari stpm boleh ke nak sambung studies in dentistry?

Irniey’s Bloggie said... [Reply]

assalamualaikum kak...mcm mane kalau sye dah ade diploma bkenaan dgn sains kesihatan pastu nk sambng ker dentistry???boleh ke buat macm tu?

aina nureena said... [Reply]

@Intanberlian so maknanya kalau belajar dentistry kat malaysia kena study all parts of body whereas study oversea kena belajar from head to neck region only?

Anonymous said... [Reply]

Memg takut darah first time. Kakak pon baru masuk dentistry . Mula2 takot. Da tgk tu jadi biase pulak . Sy rase patut teruskan je. Lebih baik kalau amik course y kite minat . Kalau x , rase menyesal plk. Lgpon dentistry bagus . Bagi akak.

Anonymous said... [Reply]

Salam. Skrg kan kalau akak tgk , ramai je y masuk matrikulasi . Tapi kene ingat matrikulasi bnyk . So nk compete to get higher pointer lagi susah. Akak syorkan asasi . Asasi tu pon kalau blh awk masuk terus dkt U yang awk nak . Contoh awk amik foundation kat lincoln , pastu degree nak smbung dentistry . Kirenye awk trus mintak kat lincoln jgk la. Sbb awk akan compete limited seats dlm tu je . Awk da tau target awk . Diploma pon ok jgk. Jgn prcaye sngt org kate asasi susah lagi pada matriks. Akak xpercaye semua tu. Bile bljr mmg sume susah dlu sbb benda baru. Lame2 baru kite tau jalan dia mcm mane .

Anonymous said... [Reply]

Kalau amik agama , boleh pegi usim / uia .
Kalau x , amik uitm ke. Cume kene compete la sikit . Mungkin u need to get cgpa 3.75 above . Tu pom blum sure. Sbb ramai

Anonymous said... [Reply]

Assalamualaikum....saya nak tanya akak tahu tak apa lg bantuan kewangan utk pelajar dentistry selain jpa utk dalam negara. Sy dpt tawaran dentistry uitm dan saya tgh buntu untuk dapatkan biasiswa. Really really need help.

Anonymous said... [Reply]

Assalamualaikum kak intan, can I hv your email? Saya nak tanya lebih lanjut about dentistry :)

Unknown said... [Reply]

Assalam. Akak ambil matrikulasi stpm atau diploma. Kalau lepas spm saya ambil diploma terus boleh ke? Tq

Related Posts with Thumbnails