Showing posts with label hospital sultanah aminah. Show all posts
Showing posts with label hospital sultanah aminah. Show all posts

Thursday, November 22, 2012

3 bulan attach dengan pakar Peridontik, Restoratif dan Pakar Pergigian kanak-kanak.

www.tips-fb.com

Dear readers,

Lamanya tak update blog =.=

First of all, dah balik dari JB. Now dah mula posting Orthodontics. Alhamdulillah. Pakar yang sangat best.Seorang doktor pakar orthodontic perempuan yang sangat-sangat aku kagumi. huhu. 

Ok, nak cerita sikit pengalaman posting di JB. 3 bulan aku berada di JB aku attach dengan 3 kepakaran. Periodontics, Restorative dan Paediatrics. Dental pun ade paeds ok! 


PERIODONTICS
Secara amnye, Periodontics tu berkaitan dengan gusi. Apa-apa masalah berkaitan dengan komponen di keliling gigi mereka akan deal with it. Dan mereka sangat pakar tentng gusi. hehe. Sebagai contoh, tiba-tiba pesakit datang dengan keadaan gusi yang membengkak, gosok gigi berdarah atau mungkin gigi yang goyang dan pesakit ini tak nak cabut gigi mungkin. Jadi mereka yang nak sangat gigi mereka ini dicabut atas sebab goyang (gusi dah longgar) bukan sebab lubang ye.. mereka akan direfer ke sana. Tapi faham-faham ye bukan senang nk refer refer ni. hehe


Apa aku dok buat di sana?

Of kos kerja aku lebih kepada scaling (cuci gigi). Mula-mula gross scaling iaitu buat cucian gigi secara tak lah details sangat sampai deep sangat dalam gusi tapi still kena make sure bersih. Sebelum tu, kena buat periodontal charting. Arghhhh ini sangat remeh ok. huhuhu. kena teliti satu-satu gigi, tengok pocketting, mobility, gingival recession. Yang pasti kena check satu gigi untuk 6 point. Kena check dekat mana ada plaque ada bleeding on probing. T.T Mula-mula memang terkial-kial. Tapi dah sebulan Alhamdulillah ok! hee.




ni contoh periodontal chart yang kena di penuhkan.



Perbandingan gusi yang sihat dan tidak sihat


Kalau gusi tak sihat, ada ruang yang dalam melebihi 3mm antara gigi
dengan gusi maksudnya gusi tak sihat, ada peridontal pocket.



ni contoh cara nak check periodontal pocket/ pocketing.



 periodontal probe akan dimasukkan ke dalam gusi macam dalam gambar A.




PAEDS
Pakar pergigian kanak-kanak memang sangat mencabar! dah lah kanak-kanak, berkaitan dengan gigi pula tu. adesss. Tak banyak sangat yang dapat belajar dalam tempoh sebulan. Tapi still boleh observe pakar dan senior officers treat pesakit. Yang aku pasti pakar ni memang serious sayang betul dengan pesakit dia, most of the patient he will treat them by himself. huhu. Sangat tabah dan gigih mnghaapi pelbagai kerenah kanak-kanak ini yang most of them have their own medical problems. Ada yang Down syndrome's, hyperactive etc. 

bila petang dan pagi buat ward round, masuk ward paeds rasa sayu tersentap sikit huhu. Kesian budak-budak kecik ni.. kecik-kecik dah berumah di hospital. Pray hard supaya diorang getting better soon. By the way suka environment paeds. Suka staff-staff dekat paeds. Baik sangat. 




RESTORATIVE
Ini department yang paling aku sangat nervous nak pergi sebabnyaaaaaa tetttttt. Huhu aku masa di India tak banyak sangat exposure about restorative and conservative department. Semua orang pun asyik nak cabut gigi je kan. Tapi pakar restorative di HSI Dr. Nor Sitah memang terbaik!!! Sangat-sangat mengagumi Dr. Nor. Sepanjang berada di resto memang beliau tak pernah jemu ajar aku yang sangatlah tak tahu menahu. Rasa malu pun ada bila tanya itu tak pernah buat, ini tak pernah buat. Senior officer Dr. Dell pun sangat-sangat membantu. Staff pun ramah dan baik. Just love being there. Alhamdulillah banyak sangat ilmu yang aku terima di sana. 

Sedihkan, di India tak pernah buat RCT molar.. Crown prep pun tak pernah buat. All the materials and instruments pun berbeza. Tapi nasib baik dapat pakar dan senior yang banyak membantu. I'm so thankful to be posted there. hehe. 




ok ini crown preparation untuk buat crown pada gigi. Gambar 1 untuk gigi depan, gambar 3 untuk gigi belakang.


 Ini pula untuk bridge/ jambatan gigi.



Ini rawatan saraf akar/ root canal therapy untuk gigi depan



Ini rawatan saraf akar/ root canal therapy gigi belakang.



Oklah, till then.

p/s: Banyak nak post tentang gigi. ><

Sunday, July 15, 2012

GPS, Because of you I survived Johor Bahru.

www.tips-fb.com

I'm lucky to have GPS in my Myvi. huhuk.





Lama tak update. By the way sekarang aku dah posting di JB. 3bulan sahaja merantau di JB. Kemudian balik ke MUAR balik. rasa macam whathenyah kan??? kejap muar, JB balik.. muar lagi. adeh. takpelah. Diri ini yang nama pun first year dental officer hidup kena tabah merantau. 


Hari pertama lapor diri dah macam-macam dugaan. Asalnya memang kena posting di PERIODONTICS DEPT, tapi entah kenapa diorang cakap dah tukar jadual, kena pergi hospital sultanah aminah posting PAEDS instead of perio di jln mahmoodiah.  Aku benci betul kalau carik parking tak jumpa-jumpaaa. aku dahlah tak reti nak menyelit-nyelit ni ok. serious fail bab-bab parking. rasa nak park je atas kereta-kereta lain. Boleh tak??






Adalah lepas 30 minit aku ulang-alik pusing sana sini cari parking jumpalah satu parking. Tu pun tak semenggah punya. Kene naik sikit atas divider. Sekali ter parking JAUH sangat dari poliklinik. Dem! Menapak. Lepas lapor diri dengan DOKTOR PAKAR, adalah dalam seploh minit sesi suai kenal.. Rasa macam dah boleh ngam dah ni. Nak settle down ambil punch card dan pakai gown bagai. Sekali ada orang dari Jln Abd. Samad call.


" Err doktor, doktor kena balik abd. Samad balik ni "
" Kenapa?"
" Salah jadual doktor, doktor memang kena posting dekat perio. Tapi kena datang sini balik ambil surat baru, then baru pergi Perio pula dkt jln. mahmoodiah."
" hah??????"  APEKAH? APEKAH? APEKAH????

siot. Aku dah cakap tadi aku patutnya pergi perio deng. Nyampah ok. Dahlah macam nak rak cari parking. Kena menapak. Dah lapor diri. Aku sabar dan tabah, mampu tersenyum lagi tatkala menanti surat kedua untuk posting. Nasib baik tak susah nak parking kat jln mahmoodiah. 


                                                         ----------------------------------


Kenapalah aku asyik sesat je. adeh. Dah ada GPS pun boleh sesat. TAK SUKA!

Mula-mula nak balik rumah dah terlajak, terlepas simpang nak masuk rumah.. Tahu-tahulah drive kat JB ni keretanya, traffiknya mashaALLAH tak tahu aku nak explain macam mana. aku pun terus dan terus sampai penat dah GPS aku ni membebel ALTERNATIVE ROUTE, ROUTE CHANGE dan apa-apa lagi dia bebel.  Nasib den memang baik sebab dapat masuk satu jalan. Patuh dengan arahan GPS. Akhirnya sampai rumah dengan selamat. uhuk


Esoknya, punyalah berhati-hati ni takut lagi terlajak dan terlepas simpang balik rumah. Den pun nampak simpang terus masuk.. Apasal jalan ni lain weh???? PEH. terbakar. Bukan simpang ni lah dol. Simpang depan nun. Punyalah berjaga-jaga sampai masuk simpang yang depan pulaaaa. Sekali lagi, GPS ku penyelamat. Alhamdulillah. Kali ketiga takkan berulang lagi. hehe


                                                        ---------------------------------


Sambung lagi cerita.





Weekend ni tak balik Melaka, maka mahulah beronggeng-ronggeng bersama teman sepermainan di Muar. Kebetulan Sha pun tak balik Bangi. Teringin nak pergi Jusco Tebrau yang besar tu. Hmm, memang besar lebih kurang macam AEON Melaka juga. Agak jauh nak ke Tebrau, 17km macam tu dari Skudai. Jem tak payah cakaplah. Sampai juga ke Jusco.


Puas jalan, time nak balik pulaaaa. Aku konfiden ni parking kereta kat atas. Sekali salah, oh tingkat lain. Sumpah weh aku tak ingat landmark mana. kedai mana kiri dan kanan pintu masuk aku parking kereta. Macam mana ni. Tangan dah sakit angkut barang, kaki dah sakit jalan banyak. Nasib baik pakai Scholl buruk den. Main redah je keluar sebab takde clue langsung.  Bila keluar, omai. Kenapa tempatnya agak lain. Oh mungkin hujung sana. Den redah lagi sampai hujung. Puas jalan, den redah tengah-tengah cuba-cuba picit alarm. HAMPASSS.


Nak nangis dah rasaaaaaa. waaaaa. mana kereta, Kalaulah den boleh miscall Myvi den. Kaki dah berdenyut-denyut. Call akak sedara, dia cakap kena masuk balik cari kedai apa. Mana den ingattt. dia bagi landmark pameran cina.






Masuk dalam cari. TAK JUMPAAAA. Tawaf lagi cari. TAK JUMPAAA.


Nak Nanges. T_T. cool lagi tapi mata dah berair.


call lagi akak sedara, cuba cari kaunter pertanyaan.


" Hmm, tumpang tanya ye. Kat mana ada pameran cina?"
" Errr pameran cina? Tak ada." berkerut-kerut muka akak tu.
" Macam ni lah, saya ni tak jumpa kat mana kereta saya."
" Ingat tak kedai mana adik masuk tadi"
" Hmm TAK INGAT" muka pasrah.
" Tengok kad parking adik... hmm adik parking belakang sana ni bukan depan ni "

Hah??? Whathenyah? seriously ade depan belakang bawah TAK TAHU. huhu sengal lah ko ni tan.  Cuba cari-cari kereta. Agak-agak kereta ada kat sana, pergi cari autopay parking pulaaa. Satu hal lagi. Kenapalah ko besar sangat JUSCOOOOO oi. adeh kaki rasa nak patah daaa. Penat.


Dah bayar parking, main tekan alarm je. Bila terdengar bunyi. Omaigod. the feeling bila nampak Myvi kesayangan guwe tu sangat-sangat tak dapat nak di describe kan. bahagiaaaaa. Alhamdulillah. OK. Next cabaran, cari jalan balik dari JUSCO Tebrau ke Taman Skudai Baru.


Thanks to my GPS.


Seriously wehhhh.


Thanks GPS. Because of u i survived JOHOR BAHRU.


p/s: Seriously, the new myvi with GPS were built for women like ME.

Related Posts with Thumbnails