Monday, December 19, 2011

Resepi Carrot Cake dan Cream Cheese Frosting @ Kek lobak merah yang sedap!

www.tips-fb.com

Hello readers,




Pernah makan kek lobak? Kek lobak rasa macam tak glamerlah pula namanya kan? Ok semula, testing-testing. Pernah makan Carrot cake with cream Cheese Frosting tak?? Dulukan first time aku dengar, what? Carrot jadi kek? Sodap ke? Tak pelik ke rasanya?? haha. 


Jawapannya: TAK PELIK okay.


Memang sedap rasanya. Carrot tu sebagai pemanis dalam kek ni. Rasanya memang sedap. Tak pelik langsung. Selalu aku buat kek coklat ni, sampai ayah aku kata, tak naklah kek coklat long.. Ayah tak makan kek-kek coklat. Tengah dok pening-pening nak buatkan kek apa ye? Dilema nak buat Hummingbird cake dengan carrot cake. Dah kebetulan pisang takde dekat rumah. Memang rezeki nak mencuba carrot cake ni. Ayah, mama aku bukan jenis yang makan kek-kek ni. Nak dapatkan pujian sedap tu bukan senanglah. haha. Akhirnya, bila dah buat aku bagilah ayah aku rasa.. Ayah cakap, eh sedaplah along buat. Ayah nak lagi. Part NAK LAGI tu bukan snenag nak dengar ok! haha. Alhamdulillah, macam-macam insiden berlaku ni nak siapkan carrot cake ni.


Paling kelakar, ada ke patut bila aku dah tuang bancuhan kek ni ke dalam spring form tu, sekali aku angkat loyang tu, meleleh-leleh bancuhan kek tu. Berterabur. Haaaa menjerit-jerit aku. Dahlah baru beli, Apehal tak ketat ni woiiiii!!!! Geram tau. Sekali mak aku tengok. Along pasang terbaliklaahhh.  Tu la gopohhhh benar along ni. Macam ayah. haha. Sian ayah den. Tersedak-sedak kena sebut nama. Alamak haih malu I, dahlah mama siap offer cakap.. Takpe petang ni kita tukar eh. MALUUU. Tapi Alhamdulillah menjadi juga keknya hehe.


Ok ini resepinya, setelah puas den cari-cari mana yang berkenan di hati. Cream Cheese Frosting pun puas den godeh-godeh nak cari yang best. hehe. Tapi banyak sangat dirujuk, den pun tak ingat den rujuk yang mana. Kalau tak silap yang Carrot cake ni dari JOYOFBAKING. Oh ya, sila pastikan semua bahan-bahan tadi pada suhu bilik ye untuk elakkan bantat.


RESEPI KEK:

2 cawan (260gm)  tepung 
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh cinnamon powder (serbuk kulit kayu manis)
4 biji telur
1 1/2 cawan (300gm) gula halus -- aku guna satu cawan je cukup
1 cawan (240ml) minyak sayur/minyak jagung
2 sudu teh esen vanilla
1 biji parutan kulit oren --- aku tak letak ni.
1 cawan (100gm) walnut (dibakar & dicincang) -- aku lupa beli, so aku pakai almond nib pun jadi sedap je.
2 1/2 cawan (340gm) carrot (diparut halus) -- aku parut guna pemarut. letih! huhu




CARA-CARANYA:

1) Preheat oven 180 degree celcius.

2) Parut lobak merah menggunakan pemarut sampailah dapat 2 1/2 cawan lobak. Agak-agak bila memarut tu ye. 




3) Dalam satu bekas besar, masukkan tepung, baking powder, baking soda, garam dan cinnamon powder. Gaulkan kesemuanya sampai sebati menggunakan whisk/senduk.



4) Dalam bekas lain, pukul telur menggunakan electric mixer sampai kembang (sampai putih). Kemudian masukkan gula halus ke dalamnya dan pukul lagi sampai kembang. Masukkan minyak sayur sedikit demi sedikit sambil mix. Masukkan pula esen vanilla.

Gula halus

Telur yang dah kembang.


5) Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul sampai sebati.

Selepas di tambah tepung


6) Kemudian masukkan parutan lobak merah dan walnut/almond tadi ke dalam bancuhan dan kacau menggunakan senduk/whisk.




7) Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama lebih kurang 45 min - 1 jam.





RESEPI CREAM CHEESE FROSTING:


250gm cream cheese
125gm butter
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar susu segar
1 1/2 cwn gula icing (yang ini pandai agak2. letak sikit-sikit dan rasa ye)
* aku suka masam-masam sikit, so aku tambahlah perahan limau + sour cream sikit-sikit. Sampai rasa yang aku nak tu dapat. hehe. so kalau tak nak letak pun takpe.


CARA-CARANYA:

1) Sementara menunggu kek masak, bolehlah kita buat cream cheese frostingnya.Pukul butter menggunakan electric mixer sampai kembang (putih)

2) Masukkan cream cheese dan pukul lagi sampai kembang.



3) Masukkan gula icing, pukul sampai kembang. Seterusnya bolehlah tambah susu segar, esen vanilla dan perahan limau/sour cream. Mix lagi ye. 



4) Bila kek dah masak, keluarkan kek dan sejukkan dulu. Bila dah sejuk barulah dibelah dua. Kalau tak nak belah dua pun tak pe. Sama ada nak letak frosting di atas sahaja atau masak kek dalam 2 loyang.Tapi tu kalau ada oven besar bolehlah kan. hehe.

5) Kemudian, boleh letak frosting dan sejukkan. HIAS.


 Dah sejuk pun sedap di makan.


 p/s: Selamat mencuba!

Kuliyyah of Dentistry, UIA.

www.tips-fb.com

Hello readers,


Ini ada beberapa gambar masa aku ronda-ronda Kuliyyah of Dentistry UIA hari tu. Memang tak dinafikan KOD mereka memang sangat cantik, serba serbi baru. Batch pertama pun bakal graduate tahun hadapan. Walaupun sekarang mereka masih menumpang di bangunan fakulti lain, bangunan baru KOD yang baru sahaja siap memang terbaiklah.. Mak haih punyalah besar. Tinggal tunggu pindah ke fakulti baru je. Pesakit baru dan yang sudah ada appointment pun punyai entrance berbeza menjadikan sistem mereka agak tersusun.


Ada pelbagai kemudahan disediakan, tak mustahil perkhidmatan rawatan yang disediakan punyai kelas tersendiri. Kepakaran doktor yang dijemput dari luar negara dalam membantu mendidik mereka menjadi bakal-bakal doktor gigi yang disegani suatu hari nanti InsyaALLAH. Apa yang aku sedikit kagumi ialah sistem mereka yang agak canggih dan tersusun. Haha mungkin aku belajar di sebuah universiti yang serba serbi kekurangan menjadikan aku ni jakun =P. Walaupun UIA baru lagi dalam melahirkan bakal-bakal doktor gigi tak seperti universiti tempatan lain yang sudah gah melahirkan ribuan graduan dokor gigi, ini tak menjadikan UIA sebuah institusi yang terlalu mentah. Bagi aku, permulaan yang kian terserlah dengan memiliki fakulti yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan kepakaran tenaga pengajar bakal menjadikan UIA gah setanding dengan universiti tempatan lain. (dari aspek bidang pergigian)


Rawatan gigi pun percuma,setahu aku memang percuma dari segi nak tampal gigi, cabut gigi buat gigi palsu.. yang lain aku kurang pasti. Bab-bab rawatan saraf gigi, crown and bridge, braces semua mungkin boleh tanya pelajar UIA sendirikan. hehe. Nanti salah cakap susah pula.hehe.


Jom layan gambar!


Kuliyyah of Dentistry




Beberapa gambar bangunan baru Kuliyyah of Dentistry



Library
Kemudahan fasiliti seperti library yang selesa dilengkapi pelbagai kemudahan dan pelbagai jenis buku dan bahan ilmiah menjadikan para pelajar sendiri selesa untuk berdiskusi, mengulangkaji pelajaran, menjadikan library sebagai sumber rujukan sekaligus mencipta persekitaran yang kondusif buat para pelajar.



Kuliyyah of Pharmacy
Waktu ronda-ronda UIA tu, bila aku ternampak je fakulti farmasi ni, dalam hati aku terdetik.. Mak aih besar gilaaaaa bangunan ni. Nampak gah betul. Memang dahsat kemudahan yang UIA ni sediakan. 




Kompleks Sukan UIA.
Hah best tak best ada Kompleks Sukan ni. Agak-agak kalau stress study tu, nak lepak, nak lepas geram tak payah susah-susah pergi sewa court dekat luar tu kan. Ada trek balapan, gelanggang badminton, tenis, bola keranjang, bola jaring, bola tampar, futsal dan kolam renang.




Dalam KOD, Prosthodontics lab.. Zura tengah sibuk dok trim special tray. hmm, kemudahan yang jauh beza dengan aku dulu. Memang tengok pun gigit jari. haha. Dulu aku siap berebut-rebut mesin trimmer tu lagi dengan budak-budak Dental Mechanic, kawan-kawan satu batch. Tapi takpe, aku dapat pengajaran siapa cepat dia dapat!! haha. Yela nak dapat seorang satu biji sendiri-sendiri punya macam ni, siap ada tempat duduk memang mimpilah kan. lol.



Prosthodontics lab



Antara kerja-kerja prosthodontics yang sedang disiapkan oleh Roki.



Wet lab untuk kerja-kerja yang bermain dengan air =P
Bukan senang nak buat gigi palsu.




Sebelum proses dewaxing dan acrylization with heat cure.
Salah satu proses menghasilkan gigi palsu.


Kemudahan untuk trim dan polish.



Dental Chairs



Kemudahan komputer di setiap Dental Chair untuk kemudahan pelajar memasukkan data-data pesakit ke dalam sistem. Jadi, jika pesakit datang untuk masa akan datang, case history dan treatment planning pun dah memang siap sedia ada. Memudahkan urusan perkhidmatan rawatan.. Tak adalah pesakit datang lagi masa akan datang nanti sekali lagi kena ambil case historykan. kalau ada sistem ni, bolehlah rujuk dan tanya balik kepada pesakit mana yang patut.



Attachment untuk handpieces di dental chairs.



Setiap kerusi dijaga sebaik mungkin dan dipertanggungjawab kepada 2 pelajar untuk setiap kerusi. Jadi mereka mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk menjaga kebersihan dan memastikan 'infection control' dilakukan dengan sempurna sebagai etika seorang dentist sebelum rawatan sepenuhnya dijalankan.


Kerusi, tempat pemegang dan tempat meletak barang-barang dental akan dibalut dengan plastik, jadi senanglah nak tukar untuk setiap pesakitkan. Sinki yang dilengkapi pelbagai jenis disinfectant. Setiap kali selesai rawatan untuk setiap pesakit, mereka akan sterile instruments tersebut. Hal ini menjamin kebersihan khidmat rawatan yang diberikan oleh mereka.



Dummy yang digunakan. Sebelum pelajar diberikan kebenaran untuk menjalan rawatan kepada pesakt sebenar, mereka dikehendaki melakukan rawatan tersebut di dummy/patung. 


Imaging room. Khas untuk mengambil radiograph ,Intraoral periapical radiograph (IOPA) dan Orthopantomogram (OPG).Bilik ini dilengkapi dengan sistem komputer di mana memudahkan technician untuk menghantar hasil imaging kepada pelajar melalui sistem komputer ini terus ke komputer para pelajar.



Mesin untuk mengambil OPG.



Mesin untuk mengambil IOPA.
Lead clothes sebagai protection dari radiation.



Sterilization Room
Selepas instruments tadi digunakan, akan dibersihkan dan dibasuh oleh para pelajar, kemudian dimasukkan ke dalam plastik khas dan dihantar kepada sterilization room untuk di sterile. Bilik ini dijaga dan diuruskan oleh para dental hygenist.


Ceh apa gambar aku tengah gosok hidung ni?



Bersama Zura. Credit gambar ni dari DSLR Si Zura.



Bersama Dian Diyana!! my buddy since dekat SMK(A) Sharifah Rodziah. Lama gila tak jumpa Dian, since Form 3 oindah STF memang terus takde peluang nak jumpa. Eksited gila jumpa. Tak tidur malam borak-borak, lagi-lagi Dian pun sama-sama course dentistrykan. hehe. Bertambah lebih-lebih eksited tu. Nanti boleh lepak-lepak sana lagi ek Dian. hehe.



Makan Nasi Kukus dekat CASPER, hmm manisnya masyaALLAH. hehe, tapi sedap!



p/s: Sesiapa yang nak dapatkan rawatan di UIA, nak melanjutkan pengajian dalam bidang pergigian memanglah digalakkan. hehe. Promote =P

Related Posts with Thumbnails