Showing posts with label UIA. Show all posts
Showing posts with label UIA. Show all posts

Monday, December 19, 2011

Kuliyyah of Dentistry, UIA.

www.tips-fb.com

Hello readers,


Ini ada beberapa gambar masa aku ronda-ronda Kuliyyah of Dentistry UIA hari tu. Memang tak dinafikan KOD mereka memang sangat cantik, serba serbi baru. Batch pertama pun bakal graduate tahun hadapan. Walaupun sekarang mereka masih menumpang di bangunan fakulti lain, bangunan baru KOD yang baru sahaja siap memang terbaiklah.. Mak haih punyalah besar. Tinggal tunggu pindah ke fakulti baru je. Pesakit baru dan yang sudah ada appointment pun punyai entrance berbeza menjadikan sistem mereka agak tersusun.


Ada pelbagai kemudahan disediakan, tak mustahil perkhidmatan rawatan yang disediakan punyai kelas tersendiri. Kepakaran doktor yang dijemput dari luar negara dalam membantu mendidik mereka menjadi bakal-bakal doktor gigi yang disegani suatu hari nanti InsyaALLAH. Apa yang aku sedikit kagumi ialah sistem mereka yang agak canggih dan tersusun. Haha mungkin aku belajar di sebuah universiti yang serba serbi kekurangan menjadikan aku ni jakun =P. Walaupun UIA baru lagi dalam melahirkan bakal-bakal doktor gigi tak seperti universiti tempatan lain yang sudah gah melahirkan ribuan graduan dokor gigi, ini tak menjadikan UIA sebuah institusi yang terlalu mentah. Bagi aku, permulaan yang kian terserlah dengan memiliki fakulti yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan kepakaran tenaga pengajar bakal menjadikan UIA gah setanding dengan universiti tempatan lain. (dari aspek bidang pergigian)


Rawatan gigi pun percuma,setahu aku memang percuma dari segi nak tampal gigi, cabut gigi buat gigi palsu.. yang lain aku kurang pasti. Bab-bab rawatan saraf gigi, crown and bridge, braces semua mungkin boleh tanya pelajar UIA sendirikan. hehe. Nanti salah cakap susah pula.hehe.


Jom layan gambar!


Kuliyyah of Dentistry




Beberapa gambar bangunan baru Kuliyyah of Dentistry



Library
Kemudahan fasiliti seperti library yang selesa dilengkapi pelbagai kemudahan dan pelbagai jenis buku dan bahan ilmiah menjadikan para pelajar sendiri selesa untuk berdiskusi, mengulangkaji pelajaran, menjadikan library sebagai sumber rujukan sekaligus mencipta persekitaran yang kondusif buat para pelajar.



Kuliyyah of Pharmacy
Waktu ronda-ronda UIA tu, bila aku ternampak je fakulti farmasi ni, dalam hati aku terdetik.. Mak aih besar gilaaaaa bangunan ni. Nampak gah betul. Memang dahsat kemudahan yang UIA ni sediakan. 




Kompleks Sukan UIA.
Hah best tak best ada Kompleks Sukan ni. Agak-agak kalau stress study tu, nak lepak, nak lepas geram tak payah susah-susah pergi sewa court dekat luar tu kan. Ada trek balapan, gelanggang badminton, tenis, bola keranjang, bola jaring, bola tampar, futsal dan kolam renang.




Dalam KOD, Prosthodontics lab.. Zura tengah sibuk dok trim special tray. hmm, kemudahan yang jauh beza dengan aku dulu. Memang tengok pun gigit jari. haha. Dulu aku siap berebut-rebut mesin trimmer tu lagi dengan budak-budak Dental Mechanic, kawan-kawan satu batch. Tapi takpe, aku dapat pengajaran siapa cepat dia dapat!! haha. Yela nak dapat seorang satu biji sendiri-sendiri punya macam ni, siap ada tempat duduk memang mimpilah kan. lol.



Prosthodontics lab



Antara kerja-kerja prosthodontics yang sedang disiapkan oleh Roki.



Wet lab untuk kerja-kerja yang bermain dengan air =P
Bukan senang nak buat gigi palsu.




Sebelum proses dewaxing dan acrylization with heat cure.
Salah satu proses menghasilkan gigi palsu.


Kemudahan untuk trim dan polish.



Dental Chairs



Kemudahan komputer di setiap Dental Chair untuk kemudahan pelajar memasukkan data-data pesakit ke dalam sistem. Jadi, jika pesakit datang untuk masa akan datang, case history dan treatment planning pun dah memang siap sedia ada. Memudahkan urusan perkhidmatan rawatan.. Tak adalah pesakit datang lagi masa akan datang nanti sekali lagi kena ambil case historykan. kalau ada sistem ni, bolehlah rujuk dan tanya balik kepada pesakit mana yang patut.



Attachment untuk handpieces di dental chairs.



Setiap kerusi dijaga sebaik mungkin dan dipertanggungjawab kepada 2 pelajar untuk setiap kerusi. Jadi mereka mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk menjaga kebersihan dan memastikan 'infection control' dilakukan dengan sempurna sebagai etika seorang dentist sebelum rawatan sepenuhnya dijalankan.


Kerusi, tempat pemegang dan tempat meletak barang-barang dental akan dibalut dengan plastik, jadi senanglah nak tukar untuk setiap pesakitkan. Sinki yang dilengkapi pelbagai jenis disinfectant. Setiap kali selesai rawatan untuk setiap pesakit, mereka akan sterile instruments tersebut. Hal ini menjamin kebersihan khidmat rawatan yang diberikan oleh mereka.



Dummy yang digunakan. Sebelum pelajar diberikan kebenaran untuk menjalan rawatan kepada pesakt sebenar, mereka dikehendaki melakukan rawatan tersebut di dummy/patung. 


Imaging room. Khas untuk mengambil radiograph ,Intraoral periapical radiograph (IOPA) dan Orthopantomogram (OPG).Bilik ini dilengkapi dengan sistem komputer di mana memudahkan technician untuk menghantar hasil imaging kepada pelajar melalui sistem komputer ini terus ke komputer para pelajar.



Mesin untuk mengambil OPG.



Mesin untuk mengambil IOPA.
Lead clothes sebagai protection dari radiation.



Sterilization Room
Selepas instruments tadi digunakan, akan dibersihkan dan dibasuh oleh para pelajar, kemudian dimasukkan ke dalam plastik khas dan dihantar kepada sterilization room untuk di sterile. Bilik ini dijaga dan diuruskan oleh para dental hygenist.


Ceh apa gambar aku tengah gosok hidung ni?



Bersama Zura. Credit gambar ni dari DSLR Si Zura.



Bersama Dian Diyana!! my buddy since dekat SMK(A) Sharifah Rodziah. Lama gila tak jumpa Dian, since Form 3 oindah STF memang terus takde peluang nak jumpa. Eksited gila jumpa. Tak tidur malam borak-borak, lagi-lagi Dian pun sama-sama course dentistrykan. hehe. Bertambah lebih-lebih eksited tu. Nanti boleh lepak-lepak sana lagi ek Dian. hehe.



Makan Nasi Kukus dekat CASPER, hmm manisnya masyaALLAH. hehe, tapi sedap!



p/s: Sesiapa yang nak dapatkan rawatan di UIA, nak melanjutkan pengajian dalam bidang pergigian memanglah digalakkan. hehe. Promote =P

Tuesday, December 13, 2011

Bezanya UIA Kuantan dengan VMSDC.

www.tips-fb.com

As Salam readers,


Cantikkan Kuliyyah of Dentistry UIA?


Setelah sekian lama menahan rasa nak menulis, baru dapat masa nak menulis. Maklumlah suri rumah sekarang ni, sibuk mengalahkan doktor gigikan. Cerita dah basi. Tapi memang suka cerita benda basi. haha.


Awal-awal balik dari India. Oh lupa nak bagitahu, aku dah selamat sampai Malaysia. No more SALEM. No more India. Sedih. Tipu gila kalau tak rasa sedih. Tempat bermaharajalela selama 5 tahun kot. Kalau kahwin dah besar anak aku, 5 tahun dah. Gembira??? haha tipu gilalah kalau tak GEMBIRA kan. Siapa nak duduk India lebih dari 5 tahun? Bukan akulahhhh. 5 tahun tu kira paling maximum boleh tahan. Kalau dicerita kenapa cukuplah 5 tahun, berjela-jela tak cukup page.



Warna-warni dental chair.



Pelajar dentist tengah key in data pesakit ke dalam komputer.


Melalut lagi, ok sambung ceritalah bai. Awal-awal balik India dah pergi merantau mencari cinta. =P. Niat di hati nak melawat Opah di Kuantan, tapi niat di jiwa nak jumpa buah hati.Alang-alang dah sampai Kuantan, ceh alang-alang. Macam tak plan pulaa yee. Haha, si Bam2 dah final year tak boleh kacau selalu. Kena fokus. Dah fokus, pass exam dengan cemerlang terbilang. Kerja cari duit. Lepas tu boleh hantar meminang aku. Kalau tak, aku takut mak aku yang hantar rombongan meminang Bam2 pula nanti. (-.-)


Seronok ke kuantan, best dapat jumpa member-member lama. Si Dian yang sentiasa comel loteh. ya Allah 9 tahun lama tak jumpa. Tapi memang sentiasa comel. Single lagi. Siapa berminat aku boleh tolong kenen-kenenkan. Bakal doktor gigi ni. Ayu-ayu gitu. Memang lemah gemalai, kalau tak percaya tengoklah dia menari zapin. Nak tengok? Sorry dia kata, dah pencen. haha. Sorry dian, haha sumpah Dian tak pernah menari zapin. Jumpa lagi si Nebby yang juga berkurun lama tak jumpa. Nebby pun single lagi. Hah sudah jadi ejen cari jodoh pula aku.



Bila rasa tension bolehlah lepak di Kompleks Sukan UIA.
*dekat India memang tak dapatleee, kalau tension jom kuak lentang atas katil!*


Alang-alang dah sampai Kuantan, teringin teruja juga nak tengok Kuliyyah of Dentistry budak-budak UIA. Sekali menjejakkan kaki kat sana, ya Allah speechless.......................................... Lama teruja. Memang suasana macam inilah yang aku idamkan bila menjejakkan kaki ke India. Tapi kirim salamlah kan. Memang ibarat menunggu duit berploh juta jatuh ke riba. Memang cantik! Tak naklah cakap cantik. Memang canggih. Sedikit perasaan cemburu dah terbit sikit-sikit dalam hati aku.


Tapi bila berborak-borak dengan adik-adik, ceh adik-adik. Bajet senior. Haha. Kawan-kawanlahkan. Sedap sikit dengar. hmm, instruments bagai memang mahal nak Mamp*s. Haish. Susah juga ye kalau mahal-mahal ni, mana boleh tahan.. Aku tengok wax knife, wax carver diorang sume dah hitam-hitam hujungnya. Haih takkan tak bertukar terdetik hati aku. Dekat India, bila dah hitam legam, cikgu tengok mahu kena baling.. Cepat aje cikgu suh beli yang baru.. Al-maklumlah dental depot dekat je depan kolej, selangkah dua langkah sambil makan tengah hari, singgah kejap beli wax knife.


" Anna!! wax knife ondre! "



Zura tengah sok sibuk trim special tray.
Jeleskan ada tempat sendiri nak trim-trim ni.


Hah, dapat kau wax knife berharga Rs12  kalau tak naik harga lagilah. mana tahu besi naik harga. senang cakap wax knife 60 sen. Tak lepas singgit. Kalau bawa duit singgit gi kedai memang dapatlah. Kalau dekat Malaysia ko pergi dental depot bawa singgit, dapat pegang je la, lepas tu pulang balik.. Upah dia amik dalam store bagi dekat kau. Lepas tu kene simpan balik. Tapi nak jumpa dental depot pun susahkan? Dian cakap wax carver, wax knife harga sampai belas-belas ringgit. plastic bowl boleh sampai puluh-puluh ringgit. Handpiece ratus riban ringgit. Jadi memang patutlah harga dental teratment di MALAYSIA sangat MAHAL!. Mungkin kualitinya berbeza. Siapa tahu?


Bukannya apa, benda-benda ni memang selalu kene curi. Bila kene curi.. selalulah kene beli baru. Kesian Dian, last time dia punya instrument hilang, tak sampai hati.. nak beli mahal. Kalau aku tahu, aku bawa semua barang-barang yang aku dah sedekahkan dekat INDIA tu. Yela siapa nak angkut semua barang-barang tu balikkan. Akhirnya, aku minta tolong junior aku dekat India belikan untuk Dian. Sekali borong amik kau. haha. Jadi dengan itu, perasaan cemburu yang mula terbit tadi cepat-cepat aku tolak balik.. Di mana-mana pun kita belajar atau berada, kekurangan dan kelebihannya tetap ada.


Sehebat mana pun UIA, VMSDC di Salem tetap terbaik dalam hati kecil aku sebab di sanalah aku belajar menjadi seorang doktor gigi. Keperitan yang aku tempuh nak sesuaikan diri, berjauhan dari yang tersayang di tengah-tengah bumi India, dikelilingi orang asing, ditindas akibat kekurangan kemahiran berkomunikasi, kesusahan ketiadaan serta serba serbi kekurangan dari segi kemudahan segalanya menjadikan aku lebih matang, lebih bersyukur dengan kehidupan yang mencukupi bila di bumi Malaysia. Terima kasih India. Terima kasih atas ilmu yang diperoleh. Sekarang mungkin aku boleh berjalan dengan penuh keyakinan. 5 tahun bukan sekejap. 5 tahun yang penuh rintangan. Alhamdulillah.



Wet Lab. *betul ke tak namanya? haha*
Ini nak buat kerja-kerja Prostho.


Ada banyak gambar nak di kongsi, tapi aku post entri lain ok. Terima kasihlah pada yang sudi melayan aku kat sana, especially my encik Bam2. Thank u so much! Lain kali boleh datang lagi ek.hehe. Thank you pada Ika, menumpang kasih di bilik Ika sementara nak tunggu Dian sampai dari KL. Thank you pada Dian, Bazlina, Faridah dan Aimi sebab sudi bagi den menumpang sayang selama 3 hari. Hehe. Thank you juga pada Zura dan Roki sebab sudi bawa jalan-jalan naik keta comel dan ajar makan nasi kukus. Sumpah tak pernah makan. Maklumlah kalau tanya tandori roti, kulcha, romali roti hah. tu den expert! Pehhh first time makan kari manis gilaaaa.. Paling dahsat sambal belacan pun manisss. mak aih.



Pelajar tahun akhir pergigian UIA =P



Roki tengah mix Plaster of Paris


Macam mana nak buat gigi palsu? Hah inilah salah satu stepnya.



Dah penat jom pekena Nasi Kukus pula. 
Nama kedai aku lupa.


p/s: Gambar-gambar lain post dekat entri lain ye. 

Related Posts with Thumbnails