Wednesday, April 28, 2010

Skodeng Bilik Anak Dara - tag dari kak kujie

www.tips-fb.com

salam semua,


Entri khas buat kak kujie.huhu.

kak jie telah tag  di sini untuk mengskodeng bilik kesayanganku yang telah berusia 4 tahun ni..huhu

adoih malu ni nak reveal. tapi sebab kak jie tersayang. aku kuatkan diri ni nak tunjuk haha.

yang lain.tutup mata lah ye.

buat-buat tak nampak je.

orang lain selain kak kujie adalah tidak diwajibkan untuk melihat gambar-gambar 18SG seperti di bawah ini.

nak tengok gak, sila berjaga-jaga dengan ilusi optik ye.



satu bilik yang takde lah besar mana, ada 2 katil dan 2 meja study.sumpah bilik ni mahal. kenapa? entah. mungkin sebab ada aircond?kalau takde aircond parah lah. panas lah. lagi-lagi summer di india.rasa nak pasang huge aircond satu salem!

wardrobe kain berwarna hijau tu, peninggalan sahabat aku Arwah Fatimatussolihah.. hm kebetulan almari sekangkang kera aku dan rumate dah penuh. ada extra wardrobe pula.huhu.itu pun gaya macam nak runtuh je.haha penuh sangat.nak buat macam mana. asal balik malaysia shopping baju. angkut baju dari malaysia.yang kat india makin membukit..




si gemuk putih tu namanya bubu. aku selalu tak peluk dia. aku jadikanpengganti aku duduk diam-diam atas kerusi kat meja study. sebab tuannya amat pemalas untuk study.huhu.

tepinya ada bean2 pemberian bam2. selalu aku peluk sebab dia sejuk.haha,

kad-kad birthday pemberian kawan-kawan. silih berganti setiap tahun, yang lama aku simpan.

nampak iron itu?
boardnye mana?
ni atas katil aku.huhu



almari solek bercermin besar.pakej lengkap buat bilik anak dara.
err penuh ek? haha. ada pelbagai khazanah. from top to toe.
mana tak penuh. muka je dah ada bapa jenis krim.
perfume nak macam-macam jenis dan botol.
aku punya yang mana? cepat teka.hehe.




meja study.penuh dengan segala buku dan khazanah juga.
boleh buka pameran sikit hari lagi.
bukan sahaja tempat aku memerah otak, tapi tempat aku
menulis di blog picisan ini.huhu. dan of kos. tempat aku
melayan movie dan series.huhu

buku dah tak muat kat rak. ini pon separuh ada bawah katil.
separuh bawah meja.. mana taknya. 4 tahun beb kat sini. 
kalau tak kuat boleh runtuh rak ni.buku pula stok tebal macam kamus.

kat sini jugalah aku simpan segala jenis supplement
yang mak aku bagi. ada b-complex, bio-c, lecithin e, garlic
dan entah ape lagi ubat.

AlQuran, Yassin, Majmuk Sharif, buku doa.

gambar-gambar buat pengubat kerinduan.



board pink dibuat oleh Arwah sahabatku Fatimahtussolihah.aku memang suka sangat-sangat ni.hmm gambar-gambar sebesar alam ni lah yang aku duk tenung bilarasa rindu dengan segala isi yang ada di Malaysia. termasuk lah gambar Arwah Tim. kebetulan just opposite my bed. so bolehlah tenung-tenung 
sebelum tidur.



huhu kak jie, oklah.. itu je gambar yang dapat disenaraikan di sini.. maaf kak jie lamalah sangat nak post tag ni.huhu..

tiada dalam gambar, meja untuk letak segala pinggan dan mangkuk.. botol-botol berisi makanan, susu dan milo.. 

tiada dalam gambar, loker makanan berisi segala makanan..heee.. tak perlulah tunjuk.

tiada dalam gamba, toilet ku.. huhu. 


bilik sempit ini yang berharga lebih kurang RM 800 sebulan.. gilakan? boleh dapat satu apartment kat malaysia.. dahlah dapur kongsi. huhu.


bil elektrik pon sangat2 mahal.huhu... ikut industrial rate..err apelah nasib..

huhu malu ngan kak jie bilik sepah amat.

maceh kak kujie sudi singgah lawat sini dan tag.huhu rasa teruja dan terharu bila kak kujie yang femes ni sudi jejak sini. hits dari link di blog akak telah membawa 20 orang ke sini.huhu.. maceh lagi ye kak.

so mari usha kak kujie! klik sini

p/s: fuh selesai satu hutang.. huhu menimbun lagi mahu ku langsaikan..



Tuesday, April 27, 2010

Resepi mudah Kuih Cara Manis. mesti cuba!

www.tips-fb.com

salam semua,


tepat pukul 10.30 malam semalam. aku dengan pipa takde keja.saje test skill memasak kuih2 tradisional.cewah.. haha.. padahal senang je pon nak buat kuih ni.

aku ngidam lah.


 tayang awal-awal gambar.hehe


mak aku kata, baguslah.ngidam tak dapat beli.. belajar buat.

persediaan untuk kahwin.lol.


RESEPI

1 cawan tepung gandum*
1 cawan susu ( nak sedap guna santan lagi best )*
1 biji telur*
sedikit garam*
sedikit gula*
pewarna hijau*
2 sudu minyak masak*
minyak secukupnya
gula secukupnya


CARA-CARANYA:

1) campurkan semua bahan-bahan bertanda * dan kacau.. nak lagi senang..sila blender kesemuanya sehingga sebati..




2) panaskan acuan dengan api yang kecil.. sapukan sedikit minyak pada lubang-lubang acuan.
3) tuangkan bancuhan tadi ke dalam lubang acuan



4) masukkan sedikit gula ke di tengah-tengah setiap bancuhan tadi ( setiap lubang acuan )
5) tutup acuan tadi dengan penutup periuk dan biar hingga masak.



agak buruk sikit rupanya.


bolehlah korang cuba. kalau ada cetak dah siap. kalau takde, nak guna pencetak kuih bahulu pun layan je lah..



p/s:  sedap tak tipu..
malam ni nak buat kek banana choco plak =D

Related Posts with Thumbnails