Jom layan gambar ini ye.
Ini namanya nak mencabut gigi ye kawan-kawan.
Ni video, tapi takut aku tunjuk, korang cakap aku ganas
sangatkan. haha. tak sudilah I nak jadi orang yang sangat
ganas di mata korang, padahal I lemah lembut, lemah
gemalai ok.
disebabkan ini gigi quadrant no. 4 kene approach dari belakang ye kawan-kawan. Ni aku dah bagi injection dekat pakcik ni, so, lepas dah numb, baru boleh start procedure.
Cuba letakkan forcep supaya boleh grip gigi betul-betul dekat cemento-enamel junction nak elakkan crown gigi pecah. Nak pastikan forcep boleh masuk betul-betul, kenalah pastikan gusi disekeliling gigi di longgarkan betul-betul guna periosteal elevator.
Pastikan lagi betulkan posisi forcep tu.
Jangan lupa bagi support dekat alveolar bone dan mandible ye. Slowly bagi figure 8 motion. Nak elakkan akar gigi patah. Walaupun susah dan penat kena juga teruskan perlahan-lahan. Bagi pula buccal traction. So, bagilah buccal traction dan figure 8 motion ye sampai gigi boleh dicabut.
Bila dah cabut, jangan lupa untuk check socket tu.
1) check expose bone ke tidak
2) ada any sharp bone ke tak
3) check inter-radicular bone tu, kalau higher dari buccal & lingual bone plate, kene reduce sikit guna bone ronguer. kalau tajam, make it blunt gune bone file.
4) any bony exposure kene suture, cover dengan soft tissue untuk elakkan dry socket.
5) letak cotton
6) jangan lupa bagi instruction pada pesakit.
INTRUCTIONS AFTER TOOTH EXTRACTIONS:
1) tak boleh meludah, sebab kalau meludah nanti akan kacau blood clot yang dah terbentuk untuk healing process.Jadi, nanti wound takkan heal dan ambil masa yang lama nak berhenti berdarah.
2) Jangan minum air menggunakan straw, sebab akan create negative pressure dalam mulut. Alasan yang sama dengan jangan meludah.
3) Tak boleh MEROKOK selama sehari sebab boleh kacau wound healing.
4) Jangan minum dan makan makanan yang panas selama sehari.
5) Gigit kapas yang diberikan tightly sekurang-kurangnya 30minit untuk membantu proses wound healing.
6) Kalau masih berdarah di rumah, dah tak ada kapas / gauze, boleh gigit cold wet teabag selama 30min dekat area tu.
7) Makan soft diet sekurang-kurangnya sehari
8) Jangan makan dekat site yang baru dicabut selama sehari.
9) Makan aiskrim, minum minuman sejuk berais untuk membantu healing process.
10) Makan ubat dengan betul seperti yang diarahkan oleh doktor.
11) Jangan berkumur-kumur atau gosok gigi selama 12jam selepas cabut gigi. Kemudian, kumur-kumur menggunakan air garam (1/2 sudu teh garam + 1/2 cawan air suam) selepas menggosok gigi dan setiap selepas 2 jam.
12) Boleh makan seperti biasa selepas sehari cabut gigi.
DONE!








