Tuesday, October 25, 2011

Resepi Brownies base Cheese Cake *teknik kukus / steam*

www.tips-fb.com

Hello readers,



Selepas di 'make-up' kan. hik.



Sebelum make-up.


Dah lama rasanya tak berkongsi resepi kan? Kali ni nak berkongsi satu resepi kek yang dah lama sangat-sangat aku teringin nak buat. Selalunya orang buat brownies base cheese cake kan? Tapi aku jumpa resepi ini pula. So, rasanya lagi best kot kalau kita buat chocolate brownies ini atas bawah. Memang aku eksited gila masa buat kek ni, dekat India tak jumpa cooking chocolate ni, jadi mak aku post kan ke India.. Cheese cream pun import dari Malaysia!


Resepi ini hanya menggunakan teknik kukusan / steam. Jadi satu advantage buat mereka yang tak punyai oven. hee. Simple dan sedap.Cuma kena sabar je lah kan nak tunggu kukus 3 layer ni. hik. Takde la susah mana pun kan. Jaga air ke jangan bagi kering. that's all.


So, the recipe. Here we go...


RESEPI



Lapisan Coklat Brownies

200gm butter / marjerin ( 3/4 cawan + 1 sudu besar penuh)
200gm coklat masakan / dark chocolate ( 3/4 cawan choc yang disagat atau dihiris halus)
170gm tepung gandum ( 1 1/2 cawan rata- diayak)
30gm serbuk koko (1/4 cawan rata-diayak)
170gm gula halus (1/2 cawan + 3 sudu besar rata)
4 biji telur


Lapisan Cheese

250gm cheese cream
60gm gula kastor
25ml air
1 biji telur


Hirisan coklat masakan



Butter pada suhu bilik.



Selepas double boiler



CARA-CARANYA


LAPISAN BROWNIES

1) Didihkan air untuk double boiler coklat dan butter. Setelah mendidih air, letakkan bekas yang tahan haba di atasnya. Campurkan coklat (dihiris halus) dan butter ke dalamnya. Kacau perlahan-lahan sehingga semuanya cair dan sebati. Ketepikan.

2) Dalam mixing bowl, pukul gula dan telur shingga kembang.

3) Masukkan tepung dan serbuk koko sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan gula + telur tadi. Jangan gunakan electric mixer, sebab nanti akan jadi bantat. Jadi, hanya kacau menggunakan senduk atau whisk ye supaya rata dan tak berketul-ketul.

4) Masukkan coklat dan butter cair tadi, kacau sampai sebati lagi.

5) Air dididihkan untuk kukus bahagian bawah brownies.

6) Bahagi dua bancuhan dan tuangkan separuh ke dalam loyang.

7) Untuk elakkan air jatuh ke atas permukaannya (nama pun kukuskan), tutup loyang menggunakan aluminium foil. Kukus selama 15 minit.


LAPISAN CHEESE.

1) Sementara itu, bolehlah kita buat lapisan cheese pula ye. Masukkan semua bahan-bahan tadi k dalam mixing bowl kecuali telur. Pukul sampai kembang.

2) Masukkan telur, pukul sekejap untuk bagi rata.

3) * aku letakkan sedikit perahan lime (separuh lime).

4) Tuang adunan cheese ke atas lapisan brownies yang dah masak tadi, kukus selama 20 minit.

5) Lepas lapisan cheese masak, tuang baki adunan brownies tadi. Kukus lagi selama 20 minit.

6) sejukkan pada suhu bilik.

* nak letak lime atau tak terpulang.
* untuk setiap kali kukusan, tutup loyang menggunakan aluminium foil.


TOPPING *boleh pilih nak ikut cara mana*


CARA 1

300gm coklat masakan
120ml whipping cream
1 sudu besar marjerin

*panaskan dan cairkan menggunakan teknik double boiler sampai likat dan licin. Tuang ke atas permukaan brownies.
** resepi dari Raihana.


CARA 2

2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar minyak
2 sudu besar gula halus
75ml susu segar
160gm dark chocolate / coklat masakan
50gm butter


* cairkan dark choc dan butter. Kemudian campurkan bahan-bahan yang lain. kacau sampai sebati.
** resepi dari seorang sahabat yang sangat pandai + hebat baking. Thank you so much!



Sejukkan dalam peti sejuk lagi sedap!


Terima kasih my dear friend Raihana pada dengan resepi yang best ini!


p/s: Brownies ni memang sangat WOW choc nya. Siapa yang sangat sukakan coklat memanglah faveret korang. Tapi with the combination dengan cheese layer tu. Memang terbaik! Masa ni bake untuk end posting Oral Surgery.

4 si gojes suke membebel:

tqajml said... [Reply]

double boiler tu mcm ne ?

Raihanna said... [Reply]

omg intan.. ko punya cake nampak tempting lah!

StarPrincess said... [Reply]

as salam, tumpang lalu-tumpang lalu... ^_^ nak tye, boley terangkan x, mcm ner nak uat"untuk setiap kali kukusan, tutup loyang menggunakan aluminium foil" ..boleh explain x? kurang faham la ..hurm..nak uat time raya cina ni...
sy follow kamu yer.thnxxx...^_^

Intanberlian said... [Reply]

@StarPrincess

Wslm? Maksud tutup dengan aluminium foil tu. Cover permukaan loyang tu dengan aluminium foil utk setiap kali kukus layer by layer. Faham tak? Hheehe. Kan ade 3 layers. So layer pertama tutup permukaan loyang dan kukus. Seterusnya utk layer kedua dan ketiga.

Related Posts with Thumbnails