Wednesday, March 28, 2012

Cinta Jarak Jauh tak semestinya tak bahagia!

www.tips-fb.com

Hello readers,






Apa khabar semua? hehe. Rasa macam nak mood jiwenglah malam ni. Boleh tak? haha. Agak-agak sesiapa yang nak muntah hijau taik lembu tu, pi jauh-jauh ye. Aku takkan bertanggungjawab sekiranya keyboard anda bermandikan muntah. haha. merepek melalut ke laut dah. stop!



Biasalah kalau dah namanya LONG-DISTANCE ni kan, memang jiweng karatlah yang menjadikan hati ni berbunga-bunga. Bukan senang cinta jarak jauh ni. Banyak dugaannya. Tapi Alhamdulillah, 8 tahun dah tempuh, 8 tahun dah harungi semua ni. Orang cakap 8 tahun ko boleh berjauhankan, inikan pula setakat setahun je lamanya??? haha. Apa maksud tersiratnya tu? Alahai, pandang sebelah mata pun tak heranlah setakat 12 bulan tu. *ayat sedapkan hati* Kalau dululahkan, lautan India weh jaraknya.. tak boleh nak main berenang je kalau rasa nak jumpa. No fulus, no balik-balik malaysia deyh. Hah kalau sekarang ni, setakat dipisahkan dengan highway, hutan belukar takde kisah sangatlah. Kuantan-Muar macam India- Malaysia. cayalah. 3jam setengah juga jaraknya. ye dok?



Hehe, long story to be short walaupun lepas ni masih berjela... Biasalah, asam garam pahit manis orang bercintan ni, tersalah cakap, tersalah ayat mesti ada. hehe. So, bila dah selisih faham memang agak haru biru juga. Dah sorang dok belajar, sorang keje. memang life yang berbeza. Ok pendekkan lagi ceritanya (><)



Suatu hari Isnin yang indah ni, tiba-tiba dapat sms dari bam2. Dia cakap nak jumpa. Hmm, kitorang suka berangan. haha. macam kerja dekat sebelah-sebelah je. Kunun nak jumpa. Tapi angan-angan je lebih. Banyak pesakit hari tu, jadi aku perasan sms pun dah pukul 4.30 petang. Dah nak habis waktu kerja. Kebetulan aku nak ke Klinik sebelah, baru ada masa nak check sms, eh ada sms, detik hatiku cemas. ceh cemas. 


" kita tunggu awak depan jab. bedah mulut ni "


hah? dalam hati aku. biar betul budak ni. Aku patah balik, tercari-cari juga. Dari jauh aku nampak seorang jejaka idaman ni duduk kat ruang menunggu pesakit kecemasan. omaigod! (><) Dengan muka penat gila, muka tak bermaya, dengan sehelai sweater di tangan, serta sebuah beg galas sambil tersenyum manis gitu. Puas aku cubit-cubit tangan aku ni, eh mimpi ke ni. 





" Kenapa awak kat sini? Macam mana awak boleh ada kat sini? Bila awak sampai? Naik apa?"

satu je dia jawab,

" Awak tak nak datang jumpa kita, kita datanglah jumpa awak "



pheww, tak terjawab soalan aku yang dah macam peluru. Lupa kejap tujuan asal nak ke klinik sebelah. Sempat aku cakap, kite nak pergi klinik sebelah jap eh. Bam2 memang tak sempat jawab semua pun soalan-soalan subjektif aku bagi tadi aku dah nak blah. Dia angguk je lah. Balik tu, lalu lagi depan ruang menunggu tu. 



Eh dah ghaib???  hmm, aku dah mula rasa macam was-was. Mungkin aku berangan je tadi. Gila.


Masuk Dept dental aku bagitahu sha, aku rasalah sha aku mimpi je kot tadi. Sha tanya, nak tahu mimpi ke takkan, kau ada cakap apa-apa tak tadi dengan dia. Cakap. Dia cakap satu ayat. Ko ni, betullah tu weh. Gila jap ke aku ni. Sekali check balik, rupanya Bam2 pergi toilet. Ceh, baru nak suspen-suspen sikitkan. haha.  haih tak sempat jadi drama. Bagi kunci kereta aku, suruh dia tidur dalam kereta. Dah macam tak bermaya betul muka bam2.



Tak fokus betul time kerja. shoot!



Sampai dekat kereta, puas aku tanya..



Rupanya Bam2 naik bas pagi tadi dari Kuantan. Sampai tengah hari and dia tunggu aku macam tu je. Omaigod. kesian sangat. Paling terharu, Bam2 jalan kaki dari bus station ke hospital. 1.5km lah juga. aish. Tertanya-tanya aku, mana dia nak duduk, nak mandi nanti. Bam2 cakap, takpe dia lelaki.. masjidkan ada. Nak solat nanti ni, mandilah sekali. Lega sikit dengar. (><)



Malam tu, nasib baik takde kes, sebab kebetulan tengah tagging oncall. Lepak je sambil borak dekat secret recipe. haha. biasalah, kalau jumpa mesti nak makan je ek. Lagi-lagi makan cheese cake. omai. sedapnyaaaa!  Padanlah makin comel. Malam tu, bam2 tidur rumah kawan dia. Rupanya dia dah plan nak tidur rumah member. Peh. memang suspen je kan. tak jadi lagi drama ni. 



Esok tu, rasa macam tuan puteri bila pergi kerja ada orang ambil depan rumah, hantar pergi tempat kerja. Lunch pun ada orang ambil wahhh bahagianya. Patutlah best ada driver ek? haha. Silap-silap. best sebab ada peneman. After lunch, Bam2 balik Kuantan. Sedih.Hmm, Awak sukakan buat surprise macam ni. Kita ni je tak mampu buat surprise pelik-pelik macam awak buat. hehe. 



Apa-apa pun, just nak awak tahu, kita happy sangat-sangat. Biarlah orang nak cakap kenapa kita boleh bertahan dengan jarak jauh ni..Kenapa orang persoalkan itu dan ini sebab yang penting kite tahu hati awak. awak tahu hati kite. Kite yakin awak melengkapi hidup kite. InsyaALLAH. Terima kasih sebab awak sentiasa ada untuk kite. Thank you Allah for giving me the chance to know him. 



Buat apa cari yang lain kalau ini yang terbaik buatmu!





Haih kena pula dengan quotes ni:

When I saw you I fell in love, and you smiled because you knew.William Shakespeare




Yela, first time jumpa dah suka kat awakkan Bam2. Dan awak tersenyum pula tu. haha. tandanya awak dah tahu ke ek? haih curious ni. Cinta pandang pertama ni weh!


p/s: Men are from Earth. Women are from Earth. Deal with it -- George Carlin

9 si gojes suke membebel:

Sue Izza said... [Reply]

perghhh...kalau akak la,main terjah cam tu dah terduduk sambil kesat air mata dah tu...heeee

syim said... [Reply]

macam sweet... long distance relationship kena byk sabar dan paling penting TRUST!

Affieza said... [Reply]

May happiness will always be with both of u dear...

dee said... [Reply]

yeayy! selamat pengantin baru! eyh? :p

nina suhaina said... [Reply]

sweetnya kak intan ni :) kalau jadi hantar kad jemputan kat rumah tu. akan diusahakan datang. teeheee :)

Nava K said... [Reply]

Some great facts you have shared on long distance relationship but I don't believe in it. For me, distance does not work.

loti mukhtar said... [Reply]

menangis baca..

so sweet..

waaa....

T_T

Unknown said... [Reply]

So sweet......tgh LDR skrg ni....Banyak ujian dan sgt mencabar utk memastikan hbgn ini berjalan lancar....

Unknown said... [Reply]

So sweet......tgh LDR skrg ni....Banyak ujian dan sgt mencabar utk memastikan hbgn ini berjalan lancar....

Related Posts with Thumbnails