Tuesday, March 13, 2012

Pengalaman pertama di Oral Surgery, Muar.

www.tips-fb.com

Hello my dear readers,





Wow, after a long time. more than a month without blogging. What a hectic life. Ini baru permulaan. Segalanya bermula di sini. Di MUAR. Terlalu panjang lagi liku-liku nak ditempuh. Pendapat? Pengalaman? Ramai sangat yang bertanya macam mana kehidupan bila dah mula bekerja sebagai DOKTOR GIGI @ PEGAWAI PERGIGIAN U 41 ni kan. Ramai sangat tanya kenapa tak update blog lagi. Cerita life sebagai FYDO. Memang nak cerita, terlalu banyak sampaikan tak terkata. hehe. Tetapi dek terlalu penat sampai tak mampu nak menaip. haha. over kan?


Posting pertama, aku ditempatkan ke JABATAN BEDAH MULUT, Muar. Omputeh kata, Oral surgery. Awal-awal lagi orang kata, duk kat surgery ni kene tabah. Nak tempuh pelbagai kes-kes yang ngeri. Nak rawat macam-macam jenis luka, koyak dan macam-macam istilah lagi weh. 


Ya Allah, aku memang tak pernah bayangkan aku akan tempuh semua ini. Cabaran yang sangat hebat. Terus-terang aku katakan, pertama kali tengok senior cabut gigi masa di India memang aku hampir pitam. Tapi Alhamdulillah pengalaman banyak mengajar aku, menguatkan aku untuk terus berbakti kepada masyarakat. Memang kami di India tak terlalu didedahkan sangat dengan pesakit MVA (motor vehicle accident) atau senang cakap mangsa kemalanganlah. 


Kiranya, di Malaysia ni masuk-masuk terus ke surgerykan. Agak terperanjat dan terkujat sikitlah. hahahaha. Tapi nasib baik sudah adapt. Memanglah macam-macam jenis kes eksiden yang datang. Koyak sana sini, luka besar, luka kecil.. Memang menjahit itu adalah satu rutin. Doktor Pakar, doktor senior, rakan-rakan FYDO serta tak dilupakan DSA yang sangat-sangat baik, ramah dan sedia membantu dalam apa jua keadaan banyak sangat membantu aku. 







Paling aku tak boleh nak lupa, ada sekali tu waktu OT (pesakit dibedah di bilik bedah) semua doktor senior dan doktor pakar ke bilik bedah. Hanya tinggal aku dan seorang lagi rakan FYDO stand by di OS. Tiba-tiba dapat panggilan untuk refer satu kes. Kami terima refer tersebut. Pesakit ditolak masuk ke dalam. Alangkah terperanjatnya aku melihat betapa parahnya luka pesakit tersebut di bahagian muka. Mungkin bagi aku yang baru saja bertugas kat OS, ini adalah satu kejutan. Aku dan rakan kuatkan semangat. Aku membantu rakan FYDO yang sedang menjahit luka-luka tersebut. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar apabila dibantu oleh doktor-doktor senior selepas itu. Tapi, mungkin Allah lagi sayangkan dia. Selepas beberapa minggu dalam keadaan kritikal, pesakit itu meninggal dunia akibat kecederaan yang teruk pada saraf tunjang. 


Bila dah berada di bedah mulut ni, jangan sangkakan kerjanya asyik nak menjahit mulut orang. huhu. Kami ada juga buat gigi palsu, rawatan saraf akar, crown, scaling, cabut gigi selain dari review pesakit-pesakit dari wad yang di refer ke jab. bedah mulut ni. huhu. Tapi rawatan-rawatan lain tu khas untuk post accident case la.


ONCALL!


itu memang tak dapat lepaslah. sudah menjadi satu rutin. Oncall kat sini pasif call. Selama 1 minggu. Aku tak mula oncall lagi, tapi dah start tagging dengan beberapa orang dental officer lain. Tagging ni kiranya macam kita ikut sekali DO pergi oncall lah. Untuk belajar dan menimba ilmukan. 






Paling terbaik bila aku ikut kawan FYDO aku tagging last week. Memang superb! haha. Banyak gilaaaa kesss. Ada yang lepas office hour tu dah keluar pagar hospital, dapat call oncall. Pusing balik masuk hospital. Terus sampai pukul 11 malam. Kene jahit luka pesakit di wad memang perkara yang agak kurang selesa dan sedikit rumit. Tapi tugas tetap tugas kena juga tempuh! Fighting! Kalau dapat call 3-4 pagi, adeh. Ngantuklah den. Kene minum kopi satu jug. hehe. =P exaggerate sikit.lol Walaupun penat, tapi best pun ada. Banyak sangat dapat aku belajar.


Next time bebel lagi ye =D


p/s: tipulah kalau tak penatkan! Ada tu rasa macam nak cuti sebulan je. weee.

7 si gojes suke membebel:

Dari sudut Hati kecilku said... [Reply]

wahhh, Kat muar ke intan? itu kampung ku..selamat bertugas ye :-). Best tak Muar? Best kan..

fatinshah said... [Reply]

hai doktor gg! update slalu lepas ni tau :) all da best in every case you have to handle

nazirul mubin said... [Reply]

br taw real life fydo camne..ingat dentist nie keje dier lame jer...nk wat impression bagai yg merumitkan...thanks for sharing, and hope leh terus rajin blog. chaiyoo!!!!

Affieza said... [Reply]

Wish u happy working...

ciknurul said... [Reply]

wahahahahaaaaa..ngeri nye dgr beb..hee! anyway..fighting!!

norina hakimi said... [Reply]

intan, mula-mula masuk omf, nina bukan stakat nk cuti sebulan, rasa nak give-up pun ade...huhu..alhamdulillah skg dah boleh adapt..

nina suhaina said... [Reply]

akakkkkkk !!!! be tough okeyy. hihi. best kak bila dah penat kerja lepas tu dapat cuti. hakhak.

Related Posts with Thumbnails