Wednesday, April 04, 2012

Gua keluar rumah, gua jadi bujang!

www.tips-fb.com

My dear readers,





Cerita busuk tapi saja mahu dikongsi. Bila pagi-pagi nak pergi kerja, sempatlah layan Johara seploh minit gitu. Tapi tambah tolak iklan dengan gelak si johan adalah 2 minit dengar orang telefon Era bagi pendapat. Satu hari tu topik hangitlah juga berkisar rambang mata dan usha-mengusha. Tajuk macam besar maknanya. Tapi bagi lelaki dan perempuan tafsiran mesti berbeza-bezakan. Hmm, ada yang penafsirkan sebagai rambang mata tengok perempuan? Ape jadahnya? Yelah kalau jalan-jalan nampak mamat hensem, nampak awek cun mesti nak toleh dua tiga kali ek. Ini nak tengok, sana nak tengok. phew rambang mata beb.


Seorang pemanggil Era tu bebel. Oh ye, lelaki jantinanya. kite tengok apa yang dia tafsirkan dengan rambang mata.


" Gua kalau keluar beb, pantang nampak awek cun. Mesti gua nak usha dari atas sampai bawah beb. Mata lelaki biasalah beb. huis rambang mataaaaa "  peh gua beb banyak betul.

" Eh lu dah kahwin belum ni beb? "

" Eh gua dah kahwin tapi gua kalau keluar dari rumah sorang-sorang tu gua ni jadi bujang beb!!! Biasalah mata gua. Tak boleh kalau tak tengok. Memang dah biasa" 

" Uish lu baik-baik, isteri lu dengar nanti "

" Takpe, Era dekat rumah gua dah kuarantin. Bini gua tak boleh dengar punye "

" ek eleh, lu punya pasal, orang lain pun jadi mangsa tak boleh dengar era ke? "



Peh dahsat, ganas betul brader ni. Gua lu beb. Esh gerunkan dapat lelaki macam ni? Berlagak bujang bila keluar rumah. Dengar tu, diri sendiri dah ngaku. Memang ke lelaki macam tu? Tak semuakan? Pantang nampak muka cun sikit dah mula nak panjangkan leher. Tergeliat pun takpelah janji dapat tengok. Mata naik juling dah lagi-lagi kalau yang perempuan yang rasa hebat sangat tunjuk lurah dendam yang tak berapa nak putih plus berjerawat batu. Esh susah juga. Nak salahkan siapa? Kalau perempuan tak tunjuk, lelaki tak dapat tengok. Ala lelaki pun, kalau yang tertutup pun tengok macam nak juling ini yang terbuka. Memang kalau boleh nak keluarkan sekejap biji mata tu. 



Haih bunyi macam seksis? apekah seksis? apekah? apekah? haha. tak tahu maksud main tibai je cakapkan. 



Tiba-tiba adalah pula call dari seorang perempuan. huih lama pula aku duduk dalam keretakan. Memang saja aku lepak lama-lama dalam kereta dekat parking lot tu. Topik hangit punye pasal. ok apa pandangan si gadis tentang rambang mata pulaaa..



Gadis tu cakaplah, 

" oh saya ni memang rambang mataa! kalau time SALES tu memang tak tahu nak beli mana satu dah. Itu nak dicapai, ini nak dicapai. Memang rambang mata. "

" Oh shopping " kecewa bunyi dj era dengar respon tak seperti yang dia nak.

ye kawan-kawan itulah dia perbandingan cara lelaki dan perempuan berfikir yee.. perempuan shopping dulu baru pandang yang lain!! Disebabkan dj era macam tak puas hati dengan jawapan si gadis, soalan kedua di tanya,

" eh awak tak de ke rambang mata nak tengok lelaki yang hensem-hensem lalu depan awak tu?


terdiam sekejap, " hmm, ada je bang.. lagi-lagi kalau yang hensem-hensem tu kan, terdetik gak dalam hati.. Apesal lah awek dia buruk semacam, lelaki muka hensem tapi awek bapak tak cun "


mak aih sedapnya je kau kondem awek orang ek? esh tak baik. Rupanya kalau lelaki usha mata ke laut. Perempuan usha hati penuh dengan kata-kata berapi ye. Apa-apa pun, jagalah diri sendiri kesimpulannya. Allah ni jadikan pasangan kita yang lebih kurang sama dengan kita. Orang yang baik pasangannya dengan orang baik. InsyaALLAH. Kalau perangai kau dah macam hantu, janganlah berangan nak yang baik-baik saja. Sebab itu wujudnya perkataan SEKUFU. 



Jadi kalau rasa-rasa diri tu suka skodeng, usha-usha tak tentu pasal, mata gatal rasa macam nak korek keluar biji mata atau rasa macam bujang walaupun anak dah 8, hmm baik pikir dua tiga kali ye bai. Senang carita macam inilah, kalau kita rasa tak suka pasangan kita buat benda yang tak elok, apa kata kita pun jangan buat. Fair and square. Give and take dan segala pepatah yang seangkatan dengannya.



Buat kaum hawa, si gadis, sang puteri, wanita di luar sana.. Apa kata kita kurangkan berpakaian yang boleh mengorek biji mata kaum adam, yang boleh menyebabkan kaum lelaki tergeliat leher. Biar cukup. Tak perlulah nak tunjuk bahagian lurah yang berjerawat, hitam legam dan bukannya cantik pun. Kesian. Kesian pada yang melihat. Bukannya apa, dosa je diorang dapat sebab dah memang tak cantik. Tak ada apa pun. Paling kesian bakal suami kalian.



Tapi yang kelakarnya, ada juga boipren haprak kat sebelah relax je awek tayang dada, tayang perut buncit kat sebelah. Bangga mungkin. Tapi boleh pula cakap

 " Kau apehal pandang-pandang awek gua?" 

" Eh la, aku ingat untuk tayangan umum, bukan ke? Ke kena bayar singgit ni ? Nah amik singgit. " ouch.

Tahu marah pula, macam awek dia halimunan. Macam awek dia lawa sangat. Entah-entah terpaksa pandang sebab dah jalan kena pandang depan. Kebetulan lurah dendam depan matakan. Esh takkan nak jalan pandang bawah pulaa. Terlanggar lurah macam mana? Dalam tu. Jatuh nanti. Fikir-fikirkanlah.


HOI seksis ke kau ni? Seksis lagi. Apekah seksis? apekah? apekah? apekah? 


Marilah sama-sama menegur apa yang patut. Biarlah ke arah yang lebih baik. Yosh! Cerita di atas sudah digilap-gilap supaya cantik berkilat. Sekian.


p/s: Nak jadi yang terbaik untuk bakal suami. Amin.

6 si gojes suke membebel:

Fatin Syahira Ramli said... [Reply]

entah apa2 la orang sekarang. macam2 fikir. takut betul T___T emm.

hihi semoga kita dapat yg baik2 insyaAllah. untuk dpt yg baik, kita kena jadi baik =')

Puteri Iqa Izyan said... [Reply]

muehehehe. selalu jugak fikir mcm pemanggil perempuan tu. :P *kejam pulak ghase.

tapi yang part si lelaki tu tak menahan. kesian bini kat umah. aishhh

mie said... [Reply]

apapun..
semua orang ingin kan yang terbaik..
ehehehe

Intanberlian said... [Reply]

@Fatin Syahira Ramli

hee so true dear. nak yag terbaik kenelah jadi yang trbaikkan.

Intanberlian said... [Reply]

@Puteri Iqa Izyan

jauhkanlah dapat suami macam tu kan T_T

Intanberlian said... [Reply]

@mie

so true =D

Related Posts with Thumbnails